The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penyalahgunaan bahan terlarang dikalangan pelajar IPT telah memberi impak kepada kehidupan sebagai pelajar.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nramirah4, 2022-01-01 09:40:15

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM

Penyalahgunaan bahan terlarang dikalangan pelajar IPT telah memberi impak kepada kehidupan sebagai pelajar.

DIPLOMA PEMASARAN

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM

TAJUK : Penyalahgunaan bahan terlarang dikalangan pelajar IPT telah

memberi impak kepada kehidupan sebagai pelajar.

PENSYARAH
PUAN WAN ZAMILAH BINTI WAN IBRAHIM

DISEDIAKAN OLEH :

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN
1.
2.
3.
4.






5.

6.

7.
8.
9.

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi dengan berkat keizinan dan kemudahan daripadaNya, kami dapat
menyiapkan tugasan E-Folio MPU23032 Pengajian Islam ini dengan jayanya. Disamping
berusaha menyiapkan tugasan ini sepenuhnya. kami juga mendapat pengalaman dan ilmu
pengetahuan baru yang dapat memberi manfaat kepada kami.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Ustazah Wan
Zamilah Binti Wan Ibrahim yang telah berusaha sehabis baik menyampaikan ilmu dan
membantu memberi tunjuk ajar mengenai tugasan ini bagi memenuhi kriteria yang telah
ditetapkan.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada ahli-ahli kumpulan, Aisya Najwa Binti Ahmad
Khar @ Ahmad Kahar, Noor Amirah Binti Adnan , Muhammad Salahuddin Bin Suriadee dan
Aina Azrin Azriana Binti Amran yang telah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini dan
saling membantu antara satu sama lain bagi menyiapkan tugasan ini dengan lebih baik.

Akhir kata, terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam proses
menyiapkan tugasan ini. Bantuan anda amat dihargai dan tidak akan dilupakan.

OBEJEKTIF KAJIAN

Mengenalpasti faktor Mengenalpasti faktor
keluarga dalam
mempengaruhi rakan sebaya yang
penyalahgunaan bahan
terlarang di kalangan mempengaruhi
pelajar IPT di Malaysia.
penyalahgunaan bahan
Mengenalpasti faktor
jati diri yang lemah terlarang di kalangan
menyebabkan
penyalahgunaan bahan pelajar IPT di Malaysia.
terlarang di kalangan
pelajar IPT di Malaysia. Mengenalpasti kesan-

kesan penyalahgunaan

Mengenalpasti cara- bahan terlarang di
cara mengatasi kalangan pelajar IPT di
penyalahgunaan bahan
Malaysia.

terlarang di kalangan

pelajar IPT di Malaysia.

PENGENALAN

Penyalahgunaan bahan terlarang sering berlaku dikalangan golongan remaja lebih-lebih lagi bagi pelajar-
pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Isu ini bukanlah satu perkara yang janggal di halwa telinga
masyarakat kini kerana isu ini telah berlaku sejak dahulu lagi. Bahan terlarang boleh didefinisikan sebagai
bahan yang dilarang untuk dibawa di kawasan IPT kerana bahan-bahan ini boleh menyumbang kepada
berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Antara contoh bahan terlarang adalah seperti rokok, dadah, alkohol, gam dan ubat batuk.
Penyalahgunaan bahan terlarang boleh mewujudkan ketagihan dan berlakunya jenayah yang tidak diingini.
Seperti yang telah dinyatakan, isu ini bukanlah lagi isu yang janggal di kalangan masyarakat. Isu ini
seharusnya dibedung lebih-lebih lagi golongan yang selalu terlibat adalah daripada golongan pelajar IPT.
Pelajar-pelajar ini merupakan nadi bangsa dan agama pada masa hadapan. Jadi, mereka seharusnya
dicegah daripada awal kerana masyarakat negara Malaysia tidak mahu anak-anak harapan negara ini rosak
hanya kerana menyalahgunakan bahan-bahan terlarang.

Terdapat banyak kes atau jenayah yang berlaku di negara Malaysia yang melibatkan anak-anak muda. Jika
didengar daripada terowong-terowong radio atau dilihat daripada kaca televisyen di rumah, bilangan kes
penyalahgunaan bahan terlarang ini semakin membimbangkan. Jadi, kita seharusnya lebih cakna dalam
menyelesaikan masalah ini daripada berterusan.





FAKTOR - FAKTOR PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DI KALANGAN PELAJAR
IPT

FAKTOR KURANGNYA FAKTOR DIRI SENDIRI
PERANAN IBUBAPA
Sikap pelajar tersebut yang tidak
Peranan ibu bapa yang tidak mempunyai kesedaran diri dalam diri
mereka contohnya, pelajar tersebut
memberikan didikan agama yang sudah ditegur oleh pihak IPT tetapi
dia masih juga melakukan perkara
secukupnya kepada anak anak tersebut dan antara perkara tersebut
adalah membawa barang terlarang di
mereka menyebabkan akhlak kawasan kampus.

mereka kurang baik. Hal ini FAKTOR KURANGNYA PERANAN IPT

menyebabkan pelajar IPT mudah Pihak IPT tidak membuat
pemeriksaan atau 'spotcheck' setiap
membawa barang yang terlarang dorm atau kamsis yang mereka
menetap. Terdapat di kalangan
di kawasan kampus kerana mereka jugaberniaga bahan terlarang
seperti menjual rokok, vape, ganja
kurangnya didikan agama dalam dan dadah tanpa pengetahuan IPT.

diri mereka. FAKTOR PENGARUH RAKAN

SEBAYA

Pengaruh daripada rakan
sebaya yang mempunyai
sikap negative meyebabkan
pelajar mudah terjerumus
dengan bahan terlarang

KESAN - KESAN
PENYALAHGUNAAN
BAHAN TERLARANG
DIKALANGAN PELAJAR IPT

KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH TERHADAP PELAJAR IPT

Keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang
begitu besar dalam masyarakat kita pada hari ini. Pelajar iaitu dikategorikan sebagai remaja
merupakan aset utama negara pada masa akan datang, mereka memainkan peranan yang sangat
penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku
seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak
mereka. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan
dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan
bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya barat dan asasnya mungkin
berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan
keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri pelajar tersebut.

KESAN TINGKAH LAKU SESEORANG BILA MENGAMBIL BAHAN TERLARANG

Sikap diri sendiri itu apabila ia mengambil dadah dan minuman alkohol dan lain-lain. Penagih akan
menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-
penagih dadah, penjenayah serta penipu. la tidak bertanggungjawab kepada kerja atau
persekolahannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan
berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, perasaan marah,
rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah
yang berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai
penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya dan ia akan menimbulkan perselisihan
faham antara satu sama lain. Contohnya, apabila seseorang pelajar itu tinggal di rumah sewa
yang mempunyai rakan yang mengambil minuman alkohol, ini akan menimbulkan ketidakpuasan
hati dan keselesaan kepada orang lain kerana sikapnya itu.

Ini juga boleh menyebabkan rakan-rakan yang lain hilang kepercayaan kepada seseorang itu. Selain
itu, kesan keatas keluarga keluarga apabila anaknya mengambil bahan terlarang ialah Maruah dan
nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi
beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk
merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah.
Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan peceraian antara ahli keluarga
mungkin berlaku.seterusnya, kesan kepada masyarakat pula Suasana hidup dalam masyarakat tidak
lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh
penagih penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan
penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan,
ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara. Perpaduan pembangunan dan
kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan
dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat
penglibatan anak-anak dengan dadah.

KESAN PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG PADA EMOSI REMAJA KALANGAN IPT

Emosi adalah perubahan perasaan yang bertindak sebagai reaksi kepada sesuatu yang
menarik berlaku disekeliling. Di peringkat usia remaja terutama pelajar IPT, mereka akan
mengalami konflik atau krisis mencari identiti dan kekeliruan peranannya. Pendapat Elkind
menyatakan bahawa remaja memiliki semacam perasaan kebal iaitu keyakinan bahawa
diri mereka tidak mungkin mengalami keadaan yang membahayakan diri. Keadaan ini
menyebabkan remaja di IPT sering terjebak dengan penyalahgunaan barang terlarang iaitu
dadah. Kesan emosi yang ketara hasil tindak balas dadah terhadap remaja tersebut seperti
cepat marah, panik dan mungkin mengalami kemurungan.

Remaja yang ketagihan dadah menunjukkan perubahan emosi yang sangat jelas, sama ada
menjadi telalu gembira, asyik ketawa, berperangai buruk atau menjadi pendiam dan tidak
mahu melakukan aktiviti-aktiviti di kampus. Remaja yang mengambil ganja amat sukakan bunyi
bising, jadi mereka akan memasang radio sekuat hati di bilik dorm masing-masing.Emosi
mereka juga akan menjadi tidak stabil akibat kesan dadah. Apabila mengambil dadah, mereka
akan yakin dan gembira, sebaliknya menjadi murung dan gelisah jika tidak mendapat dadah.
Sama juga pada mereka yang ketagih dengan rokok atau vape, mereka akan bertindak agresif
dan menjadi panas baran jika tidak mendapatkannya. Apabila keinginan untuk mendapatkan
dadah tidak dapat dipenuhi, akan berlaku gangguan dan ketidaktenteram jiwa. Remaja yang
dalam keadaan ketagihan yang memuncak akan bertindak diluar kawalan untuk
mendapatkannya.

KESAN PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG PADA FIZIKAL REMAJA KALANGAN IPT

Dadah yang disalahguna mempunyai implikasi atau risiko yang menjejas kesihatan tubuh badan manusia.
Setiap jenis dadah yang diambil mempunyai tindakbalas yang berbeza. Sebagai contoh kesan pengambilan
dadah jenis Stimulants (perangsang) seperti amphetamine menyebabkan seseorang itu mengalami
perubahan tekanan darah, berpeluh, muntah, kehilangan berat badan, sakit dada, koma dan lain-lain.
Malahan, kesan jangka panjang hasil pengambilan dadah tersebut berkemungkinan diserang sakit jantung
yang menyebabkan kematian.

Remaja lelaki di IPT pula pada awalnya terlibat dalam aktiviti merokok sehingga segelintir mereka ini ingin
cuba mencari sesuatu yang lebih memberi impak kepada mereka. Dadah merupakan jalan penyelesaian
untuk mereka memenuhi keinginan mereka ini. Akibat yang ditanggung bukan sedikit, kesan negatif pada
perkembangan fizikal seperti kemorosotan berat badan dan daya ketahanan badan mungkin akan berlaku.
Kaedah perkongsian jarum suntikan umpamanya menyebabkan seorang remaja itu terdedah kepada
penyakit berjangkit dan menerima risiko penyakit HIV Aids. Jadi jelaslah bahawa kesan ini akan merencatkan
proses perkembangan fizikal remaja yang pesat berlaku.

KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG PADA SOSIAL PELAJAR IPT

Perkembangan social pada waktu pelajar IPT sekarang lebih melibatkan kelompok rakan sebaya
dibandingkan ibubapa.Tugas utama yang dihadapi oleh pelajar IPT ialah membentuk identiti yang
stabilkesedaran mengenai perubahan pengalaman dan peranan yang mereka miliki dan mengakhir
zaman pelajar IPT dan memasuki alam dewasa yang akan mereka tempuhi.Kegagalan menyedari
peranan dan membentuk personaliti yang betul dan faktor tekanan psiko-sosial menyebabkan kalangan
pelajar IPT sering terjebak dalam kegiatan najis dadah dan juga pelbagai perkara negatif yang lain.

Sejujurnya,pelajar IPT yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah mereka akan mula menjauhkan diri daripada keluarga
dan rakan-rakannya. Mereka lebih cenderung untuk bersama kelompok yang terlibat sama dalam aktiviti penyalahgunaan
bahan terlarang.kebanyakkan mahsiswa mahupun mahasiswi akan hilang minat dan tidak memperdulikan tanggungjawab
terhadap dirinya sendiri.keluarga dan masyarakat.

Kesan Penyalahgunaan bahan terlarang mendorong pelajar melakukan jenayah seperti merompak mencuri dan jenayah
yang boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat justeru memyebabkan mereka lupa matlamat mereka di institusi tinggi
lanya juga mengakibatkan pelajar hilang kawalan dalam pergaulan sosial dan cenderung untuk melakukan seks. Kesan
pengambilan bahan terlarang boleh menyebabkan pelajar di IPT tersebut bertindak ganas dan berkemungkinan terlibat
dalam pergaduhan dan cenderung melakukan delinkuen. Masalah masalah lain mungkin interaksi antara ibubapa dan
pelajar itu sendiri akan semakin renggang dan berkemungkinan pelajar di IPT tersebut melarikan diri dan tinggal bersama
rakan-rakan yang sealiran dengannya.

Kesimpulannya pengambilan bahan terlarang terhadap pelajar IPT memberi impak yangbesar kepada mereka. Bahan
terlarang boleh menyebabkan mereka hilang sikap dan menyebabkan tingkahlaku mereka terhadap pensyarah hilang.

KESAN- KESAN PENYALAHGUNAAN MEROKOK MENGAKIBATKAN MASALAH KESIHATAN
KEPADA KEHIDUPAN PELAJAR IPT

Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10% - 12% dari kematian di
Malaysia. Salah satu penyakit yang dikaitkan dengan kesan merokok adalah Strok (Angin Ahmar).
Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak. Kerosakan ini disebabkan oleh kesan
nikotin yang menjadikan salur darah akan menjadi tebal dan sempit sehingga menyukarkan aliran
darah. Akibatnya, sebahagian badan mungkin menjadi lumpuh dan mengakibatkan maut.

Selain itu juga, rokok Mengakibatkan serangan sakit jantung. Merokok juga dikaitkan dengan
serangan jantung. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah
faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10 -12% kematian di Malaysia.
Malangnya 50% golongan lelaki di Malaysia adalah perokok. Sayangkan jantung anda. Oleh itu,
pelajar seharusnya, berhenti merokok kerana merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
Jauhkan diri daripada asap rokok basi. Lakukan aktiviti fizikal seperti bersukan dan sentiasa berfikiran
positif. Kesan merokok terhadap kesuburan lelaki

Tingkahlaku merokok akan mengakibatkan gangguan pada tahap kesuburan lelaki. Di
antara gangguan yang mungkin berlaku adalah; Mati pucuk yang mana saluran darah
ke zakar menjadi sempit dan tersebut. Kualiti sperma terganggu sehingga
mengakibatkan kesukaran untuk mendapatkan zuriat mahupun zuriat yang kurang
sempurna lemah tenaga batin kerana terjadi gangguan pada kemampuan
menghasilkan ereksi.

KESAN ROKOK

KESAN- KESAN PENYALAHGUNAAN ALKOHOL TERHADAP PELAJAR IPT

Kesan alkohol ialah berada dalam keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung
hayang,pertuturan yang tidak betul atau jelas, bingung dan bercelaru). Keracunan (gejala-
gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar bemafas, paras gula yang
rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).

KESAN ALKOHOL

BERLAKUNYA MASALAH
KEWANGAN

Tidak dapat dinafikan, kewangan menjadi salah satu masalah sesetengah pelajar.
Atas dasar faktor kewangan, ramai pemuda tidak dapat melanjutkan pelajaran.
Namun, masih ada pelajar yang tidak bersyukur, dengan menghabiskan duit
mereka untuk pembelian vape, dadah , rokok , alkohol dan sebagainya . Ini jelas
merupakan pembaziran wang. Membazir adalah amalan yang ditegah dalam
agama.

Ketagihan untuk menggunakan bahan terlarang dapat memberi tekanan kepada
pelajar, malah ketagihan ini dilabel sebagai gangguan otak yang kronik. Ini jelas,
dapat menjejaskan kehidupan pelajar kerana mereka tidak dapat tumpukan
perhatian sepenuhnya ketika belajar. Otak yag sihat digunakan untuk tumpuan
belajar sangat penting bagi seorang pelajar, maka wajarlah penggunaan vape
dielakkan oleh pelajar IPT. Semoga pelajar dan semua pengguna bahan terlarang
seperti dadah , rokok , vape dan sebagainya dapat menguatkan iman mereka dan
menahan diri dari kemungkaran.

CARA - CARA MENGATASI
PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG

CREDITS: This presentation template was
created by Slidesgo, including icons by
Flaticon, and infographics & images by Freepik.

MELALUI INSTITUSI PELAJARAN Sungguh pun masalah penyalahgunaan bahan terlarang
TINGGI DAN KERAJAAN bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak
dibendung ianya akan memberi kesan kepada keseluruhan
masyarakat sekitarnya. Oleh itu semua pihak semestinya di
institusi pelajaran tinggi mestilah mewujudkan kesedaran
tentang kesan dan bahaya bahan terlarang disamping
merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat
dalam usaha memerangi penggunaan bahan terlarang
dalam kalangan pelajar IPT.

MELALUI TANGGUNGJAWAB DIRI Setiap pelajar Institusi Pelajaran Tinggi perlu bijak
SENDIRI mengawal diri dan maklum tentang bahaya
penyalahgunaan bahan terlarang. Setiap Pelajar IPT harus
sentiasa dibimbing walaupunt mereka tiada Bersama
ibubapa mereka supaya dapat membina identiti dan
personaliti diri mereka. Perhatian dan sokongan dari semua
pihak penting untuk membantu mahasiswa tau mahasiswi
dalam membentuk keyakinan dan kekuatan diri dalam
menempuh kehidupan yang penuh cabaran.

MELALUI Disamping beberapa cara yang telah disebutkan sebelum ini
PELAKSANAAN perkara yang tidak kurang pentingnya dalam pencegahan
UNDANG-UNDANG penyalahgunaan dadah ialah melalui penggubalan undang-
undang yang berkesan terhadap pesalah-pesalah dadah.
Undang-undang penyalahgunaan bahan terlarang di Malaysia
meliputi aspek-aspek pencegahan hinggalah pemulihan.

MELALUI MEDIA MASSA Kecanggihan teknologi dan komunikasi menjadikan media massa sebagai agen
penyalur maklumat dapat menyumbang dalam membanteras masalah
penyalahgunaan dadah ini. Sebagai contoh, pihak media massa boleh
menyiarkan berita atau cerita yang boleh membawa keinsafan kepada remaja
supaya mereka tidak melibatkan diri dalam penggunaan dadah. Hal ini kerana
yang baik kita dijadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Segala
rancangan televisyen dan bahan cetak yang mengandungi adegan-adegan ganas
yang boleh mempengaruhi minda remaja perlu ditapis terlebih dahulu sebelum
disiarkan atau diterbitkan. Pihak media massa boleh menganjurkan kempen-
kempen kesedaran kepada orang ramai. Misalnya, kempen-kempen kesedaran
seperti ‘Kempen Anti Dadah’, ‘Belia Benci Dadah’ boleh dianjurkan di kalangan
pelajar IPT.

MELALUI PENERAPAN NILAI Penerapan unsur nilai murni dalam subjek seperti Pengajian Islam dan
MURNI Pendidikan Moral di peringkat universiti juga turut membantu memberikan
kesedaran kepada para pelajar tentang baik buruknya jika mereka
mengambil dadah dalam kehiudpan seharian mereka. Tamsilnya, pelajar
tidak akan mendekati najis dadah setelah mengetahui kesannya daripada
pembelajaran mata pelajaran di atas. Lazimnya, kita mengetahui rakan
merupakan tempat mengadu masalah dan meluahkan perasaan. Sebagai
rakan yang mengambil perhatian, mereka akan membantu rakan mereka
untuk menyelesaikan masalah.

KESIMPULAN

Islam melarang kita untuk mendekati apatah lagi mengamalkan perbuatan penyalahgunaan bahan
terlarang seperti dadah, vape, rokok dan sebagainya dalam kehidupan sehari-hari kerana ia
memudaratkan kesihatan kita. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan belanjakanlah (harta
bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan
berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik."(Surah al-Baqarah, ayat
195). Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh berbuat hal yang
memudaratkan." (Riwayat Imam Ahmad) Secara amnya, kemudaratan tidak patut dilakukan kepada diri
sendiri atau orang lain dan jangan pula melakukan sesuatu yang berguna kepada diri sendiri, tetapi
mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Jelas sekali Allah SWT serta Rasul-Nya menginginkan
manusia menjauhi perkara boleh membinasakan diri.

Seperti yang kita semua tahu penyalahgunaan bahan terlarang membawa banyak impak dan
kesan yang buruk terhadap pelajar IPT. Penyalahgunaan bahan terlarang yang berpunca
daripada banyak faktor mengakibatkan banyak masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak
hendaklah berganding bahu dan mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang juga
dianggap musuh utama terhadap negara kita sendiri. Bukan itu sahaja, kita juga sudah
semestinya tidak mahu negara kita yang telah dibangunkan sejak dahulu lagi musnah hanya
kerana masalah penyalahgunaan dadah ini. Oleh sebab itu, pihak-pihak yang
bertanggungjawab terutamanya pihak kerajaan hendaklah mengatur langkah untuk
menangani masalah tersebut dan pihak kolej juga hendaklah menguatkan lagi kuasa undang-
undang supaya pelajar IPT berasa takut untuk melibatkan diri mereka dalam
penyalahgunaan bahan terlarang. Namun ia tidak akan berjaya sekiranya kita sebagai rakyat
Malaysia tidak mahu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk membanteras masalah ini.
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam membimbing anak-anak mereka
supaya mereka menjauhkan diri mereka dari menggunakan bahan-bahan terlarang.

Akhir sekali, kita haruslah bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi bahan-bahan
terlarang seperti dadah agar pelajar-pelajar IPT tidak menjadi insan yang lemah. Akhir kata,
semoga segala usaha kita untuk menumpaskan musuh nombor satu negara ini akan
menampakkan kejayaaan.

Sumber rujukan

• http://www.myhealth.gov.my/penyalahgunaan-dadah/
• http://www.ipsas.upm.edu.my/dokumen/IISS_070_Siti_Hajar.pdf
• https://www.sinarharian.com.my/article/85814/BERITA/Nasional

/Penyalahgunaan-alkohol-sama-seperti-dadah

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyalahgunaan_bahan

LAMPIRAN





THANKYOU!


Click to View FlipBook Version