PERATURAN LATIHAN KEBAKARAN DAN PENGOSONGAN BANGUNAN 1. PERATURAN AM • Isyarat kecemasan akan dibunyikan pada bila-bila masa latihan kecemasan dan kebakaran diadakan. Isyarat tersebut ialah bunyi loceng panjang dan bertalu-talu. • Semua penghuni bangunan/bilik (tiada pengecualian) dimestikan mengikuti latihan ini dan mematuhi peraturan-peraturan yang dinyatakan seperti berikut: • Pastikan bilik-bilik darjah, pejabat dan bangunan tertentu dikunci dan ditutup rapat sebelum ditinggalkan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian. • Padamkan lampu dan kipas • Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa barang-barang penting seperti wang, barang kemas dan seumpamanya yang senang dibawa. • Dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan seperti pelan laluan yang dilampirkan. • Tinggalkan bilik-bilik/bangunan dalam keadaan teratur, senyap tetapi pantas. • Jangan berkeliaran di bangunan KECUALI petugas khas yang dipertanggungjawab membuat demikian. • Jaga keselamatan diri dan kumpulan anda.
2. TUGAS MURID-MURID • Masukkan kerusi di bawah meja • Tidak dibenarkan membawa beg • Matikan suis lampu dan kipas • Beratur di luar bilik darjah. Berjalan (JANGAN BERLARI) mengikut barisan ke padang dengan senyap dan pantas • Di padang murid beratur mengikut barisan dan kelas seperti waktu perhimpunan. PERATURAN LATIHAN KEBAKARAN DAN PENGOSONGAN BANGUNAN
3. TUGAS GURU DALAM BILIK DARJAH • Membantu ketua kelas/pelajar mengatur perjalanan keluar dari bilik darjah ke padang. Bawa jadual kedatangan jika ada dan pastikan pintu bilik darjah dan bilik guru ditutup. Sekiranya masa kritikal tidak perlu menutup pintu. • Membantu menyusun kedudukan murid-murid mengikut kelompok di padang seperti dalam pelan laluan keluar. • Memastikan semua suis ditutup PERATURAN LATIHAN KEBAKARAN DAN PENGOSONGAN BANGUNAN
4. TUGAS GURU DI MAKMAL SAINS/KEMAHIRAN HIDUP • Tamatkan eksperimen/kerja pertukangan serta merta dan tenangkan muridmurid • Padamkan semua api, matikan semua suis lampu, kipasdan tanggalkan plug dari soket-soket berkenaan. • Arahkan semua murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan berjalan keluar mengikut laluan keluar dengan senyap dan pantas. • Tutup pintu bilik. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian. PERATURAN LATIHAN KEBAKARAN DAN PENGOSONGAN BANGUNAN
5. GURU DI PUSAT SUMBER, BILIK TAYANG, BILIK MUZIK, PENGGUNA PERPUSTAKAAN, MAKMAL KOMPUTER DAN BILIK AKSES. • Berhenti membaca dengan serta-merta dan kembalikan bahan bacaan ke tempat asal. • Matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug darisoket yang berkenaan • Arahkan murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan berjalan keluar secara senyap dan pantas. • Tutup tingkap dan pintu sebelum meninggalkan bangunan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian PERATURAN LATIHAN KEBAKARAN DAN PENGOSONGAN BANGUNAN
6. SEMUA GURU HENDAKLAH MEMASTIKAN : • Tiada pelajar yang tercicir dalam kumpulan atau merayau-rayau. • Pastikan keselamatan murid terjamin ketika di padang. 7. PEJABAT/KAKITANGAN PEJABAT • Tutup semua tingkap • Kunci laci-laci dan rak dengan kemas. • Matikan semua suis lampu, kipas dan komputer serta cabut plug dari soket. • Sila tinggalkan bangunan dengan teratur dan selamat. Sekiranya ada tetamu di pejabat, bawa bersama tetamu ke padang mengikut laluan. • Pastikan pintu pejabat dikunci. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian. • Bawa jadual kedatangan murid. PERATURAN LATIHAN KEBAKARAN DAN PENGOSONGAN BANGUNAN
8. BILIK PEKERJA • Semua pekerja sekolah diminta meninggalkan bilik dengan segera. Ketua pekerja pastikan bahawa lampu dan kipas sudah dipadamkan dan tutup pintu bilik dengan rapat. • Ketua pekerja mengarahkan semua pekerja berada di pintu pagar masuk dan beberapa pekerja diminta membantu bomba membuka mana-mana bilik yang diperlukan oleh bomba. PERATURAN LATIHAN KEBAKARAN DAN PENGOSONGAN BANGUNAN
9. KANTIN • Kerja memasak dan penjualan serta lain-lain kerja hendaklah diberhentikan serta-merta. • Arahkan semua pelanggan berhenti makan serta-merta dan berjalan ke padang mengikut laluan yang ditetapkan. • Ketua kantin memastikan semua suis lampu, kipas, radio, peti sejuk dipadamkan. Cabut plug daripada soket. • Sebelum meninggalkan bangunan pastikan makanan ditutup dan tutup semua tigkap dan kunci dengan segera. PERATURAN LATIHAN KEBAKARAN DAN PENGOSONGAN BANGUNAN
10. KETUA PERONDA/PERONDA (YANG DILANTIK) • Meronda ke setiap bangunan / kawasan sekolah dan membuat laporan kepada Bomba jika dikehendaki. 11. ORANG YANG MENGHUBUNGI BOMBA • Adalah orang yang berhampiran dengan telefon (kakitangan pejabat atau Guru Besar. PERATURAN LATIHAN KEBAKARAN DAN PENGOSONGAN BANGUNAN