MSSB
JABATAN PERHUBUNGAN AWAM
Lot 11, Jalan Padang Nyu,
02600 Arau, Perlis.
Tel : 03872440 fax : 038726044
Website : www.mssb.com.my
PROGRAM MENYALUR KASIH BERSAMA MSSB
Multi Solving Sdn. Bhd (MSSB) telah mengadakan Program Menyalur Kasih yang diadakan di
Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis, pada 1 September 2022 yang lalu. Majlis tesebut
dianjurkan oleh setiausaha syarikat MSSB iaitu Pn. Nurul Najwa Syuhada dan juga turut
dirasmikan oleh Ketua Pegawai MSSB, Encik Muhammad Hanif Haikal.
Majlis itu diadakan bagi mengeratkan ukhuwah dan silaturahim antara kakitangan syarikat
dan juga anak-anak yatim, sekali gus meraikan kedatangan anak-anak yatim di Hotel Putra
Brasmana. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut seperti
pertandingan mewarna, pertandingan nasyid, cabutan bertuah, majlis penyampaian hadiah
juga diadakan bagi menggembirakan anak-anak yatim yang hadir dalam program tersebut.
MSSB mengadakan program tersebut adalah memberi peluang terbaik untuk kami berkongsi
rezeki bersama anak-anak yatim serta berharap memberikan inisiatif kecil ini dapat melakar
senyuman buat mereka sekali gus meringankan beban mereka.
Selain itu juga, Program ini memberikan pendedahan pembelajaran kepada anak yatim dalam
berkomunikasi serta dapat memberikan kegembiraan kepada anak-anak yatim yang telah
menyertai pelbagai aktivti yang menarik sepanjang aktiviti berlangsung. Mereka juga
berpeluang menerima hadiah khususnya kepada pemenang dalam aktiviti yang disertainya.
Sememangnya pihak kerajaan dan juga mana-mana badan berinisitif dalam mengajurkan
lebih banyak aktiviti yang boleh dilakukan kepada anak-anak yatim.
Akhir kata, pihak Hotel Brasmana berbesar hati kerana dapat menghulurkan bantuan dan
dapat meraikan bersama anak-anak yatim dan juga dapat merasmikan program menyalur
kasih bersama Multi Solving Sdn.Bhd (MSSB). Sememangnya Syarikat-syarikat korporat dan
individu tampil untuk berganding bahu dalam membantu dan berterusan menyatuni
golongan yang memerlukan serta memberikan impak yang positif kepada masyarakat yang
lain untuk lebih mengeratkan silaturahim bersama anak -anak yatim.
Dikeluarkan oleh :
Jabatan Perhubungan Awam
MSSB
Tel : 03872440
Fax : 038726044
e-mail : [email protected]
LAMPIRAN