LAPORAN INOVASI
Notes Penghasilan inovasi dalam pendidikan merupakan suatu kaedah yang penting bagi membantu guru dan murid mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan. Oleh itu, guru sebagai golongan pendidik yang berwibawa haruslah bergiat aktif dalam meningkatkan kemahiran agar keperluan murid dapat dipenuhi melalui pembaharuan yang dilakukan.
LAPORAN MAKLUM BALAS date: BAHAGIAN A: PRAKTIKAL DAN KEBOLEHGUNAAN
date: Berdasarkan gambar di atas, bagi bahagian kebolehgunaan produk ini, rata-rata pengguna bersetuju bahawa produk ini bersifat mudah pengguna iaitu mudah untuk digunakan sebagai bahan bantu belajar murid. Buktinya, 90% mengatakan setuju dan sebanyak 10% mengatakan sangat setuju. Seterusnya, bagi soalan kedua, sebanyak 40% mengatakan setuju dan 60% mengatakan memuaskan bagi bahagian kebolehcapaian produk. Justeru, melalui maklum balas tersebut, ramai pengguna memilih tahap memuaskan atas faktor produk ini perlu dimuat turun terlebih dahulu sebelum digunakan.
Notes date: BAHAGIAN B: KEBERKESANAN INOVASI Bagi keberkesanan produk, 10% mengatakan sangat setuju dan memuaskan, manakala 80% mengatakan setuju bahawa produk ini mampu digunakan untuk meningkatkan pemahaman murid. 10% yang memilih tahap memuaskan berkemungkinan atas faktor produk ini mempunyai kelemahan dari segi penyampaian iaitu kandungan nota yang terhad, penggunaan video yang kurang menarik minat murid dan seumpamanya.
date: BAHAGIAN C: PERSEMBAHAN GRAFIK Seterusnya, dari segi persembahan grafik. Kesemua responden iaitu 90% dan 10% mengatakan sangat setuju dan setuju bahawa inovasi ini menarik dan berpotensi untuk menarik minat murid. Hal ini berkemungkinan elemen-elemen yang berwarna warni, penggunaan gambar berbentuk 3 dimensi dan penggunaan audio dapat menimbulkan keinginan serta motivasi untuk belajar dalam kalangan murid.
KESIMPULAN Kesimpulannya, inovasi dalam pendidikan bukan sahaja berupaya mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan, malah mampu meningkatkan sistem pendidikan negara Malaysia. Penggunaan inovasi khususnya yang berbentuk digital dapat menjana pemikiran kreatif dalam kalangan murid kerana penghasilannya yang menggabungkan pelbagai elemen yang menguji minda murid. Oleh itu, pihak sekolah haruslah peka terhadap keperluan murid dengan mengenal pasti kelemehan dan jalan penyelesaian yang bermanfaat kepada semua pihak.
SEKIAN, TERIMA KASIH Cassryllin Lia