The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT PERTAMA TAHUN 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cgufazila, 2019-12-18 09:34:47

MINIT MESYUARAT 1, 2019

MINIT MESYUARAT PERTAMA TAHUN 2019

Keywords: MINIT

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2019
SEK.MEN.KEB. TANAH PUTEH KUANTAN

TARIKH : 27 DISEMBER 2018 (Khamis)

MASA : 8.00 pagi – 1.00 petang

TEMPAT : Dewan Prestasi

KEHADIRAN

Guru Yang Tidak Hadir

1) Najmuddin bin Abdullah (bersebab)
2) Izzat (bersebab)
3) Dhaseni (bersebab)

AGENDA :

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 En. Chan Kok Wai (Pengetua) selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke
mesyuarat pertama bagi tahun 2019.

1.2 Pengetua memperkenal guru baru ( Pn Farah dan En Muiz).
1.3 Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En Fakri.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas

Cadangan pengesahan oleh Tn Hj Zaidan bin Hj Hussin
Disokong oleh Pn Maliyati binti Mokhtar

3.0 Perkara Berbangkit

Tiada

Isu/Perkara Yang Dibincangkan

4.0 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

4.1 Pengesahan Pelantikan setiap Jawatankuasa bagi Tahun 2019

4.1.1 Pengerusi meminta semua guru merujuk buku pengurusan SMJKTP bagi tahun 2019
dan mengesahkan pelantikan jawatan berkuatkuasa pada tarikh ini.
Tindakan : Semua guru

4.2 Pengurusan 2019

4.2.1 Beliau memaklumkan mesyuarat diadakan pada tarikh ini kerana menghormati
penganut Kristian yang baru menyambutnya pada 25/12/2018
1

4.2.2 Beliau juga mengingatkan peranan bahawa pengetua sebagai “Head of SMJKTP”
4.2.3 Beliau mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa buku pengurusan, AJK

jadual waktu dan pekerja pejabat serta pekerja sokongan yang telah bertugas semasa
cuti
4.2.4 Beliau memaklumkan bahawa bilangan guru SMJKTP seramai 122 orang, 3 orang
telah berpindah ( Pn Yap, En Muhammad dan Pn Rozmiza), 2 guru baru bertukar dan
jawatan Pn Lai sebagai GPK 1 terbatal kerana beliau merupakan Guru Cemerlang
gred 48. Pn Roshanilawatey akan memangku jawatan GPK Pentadbiran buat masa
ini
4.2.5 Pelantikan Ketua Panitia baru iaitu En Koh Kok Song menggantikan Pn Madziah
yang bakal bersara pada April.
4.2.6 Pergerakan Pn Rizaitun dan Pn Fatihah dari sesi petang ke sesi pagi manakala En
Liang Chen Tai dari sesi pagi ke sesi petang
4.2.7 Beliau mengingatkan bahawa wang PCG yang diterima oleh panitia tidak boleh
membeli peralatan untuk kegunaan guru.

Tindakan : Makluman

4.3 Dapatan Taklimat PPD

4.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Pihak PPD berharap semua guru perlu berintegriti
4.3.2 dan mempunyai “jiwa guru” bagi tahun 2019
Pihak PPD juga telah membuat penyeragaman bagi setiap sekolah dari segi cuti yang
4.3.3 dimohon guru
4.3.4
4.3.5 a) Cuti Rehat Khas (CRK)- diperuntukkan 10 hari setahun ( 1 bulan 1 hari)
4.3.6 b) Cuti Kuarantin – anak sakit berjangkit
4.3.7 c) Cuti sakit – hantar MC dahulu baru cuti dan maklumkan kepada Pengetua dan
4.3.8 AJK Relif
4.3.9 d) Cuti keluar Negara – permohonan dibuat 30 hari sebelum bercuti
e) Cuti tanpa Gaji (CTG) – mohon satu bulan sebelum tarikh
f) Cuti Tanpa Rekod (CTR) – Untuk kes kematian dan persidangan tertentu anjuran
JPN
g) Cuti bersalin – boleh mohon 60 hari atau 90 hari manakala suami 7 hari termasuk
Sabtu dan Ahad
Elaun-elaun Perkhidmatan Awam (LBGE) – perlu maklum dan buat bayaran jika
terima lebihan gaji/elaun. Cikgu bermasalah kehadiran akan dibuat bayaran gaji
harian
Semua guru kena membuat peristiharan harta dalam tempoh lima tahun
Guru perlu membuat pengesahan dalam perkhidmatan dan cuba elakkan dari
keberhutangan yang serius (baki 40%)
Akan berlaku rombakan GPK, Pengetua dan Pembantu makmal dalam Daerah
Kuantan.
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang dirancang dalam Panitia mesti
mengandungi 40 minggu dan dibuat ‘hard copy’ dan ‘soft copy’.
Etika pemakaian bagi guru ialah tidak dibenarkan baju korperat dan batik berlengan
pendek bagi guru lelaki
Dari sudut HEM, kehadiran perlu dikemaskini pada hari ketiga sesi persekolahan dan
PK HEM perlu membuat semakan. Pada hari pertama persekolahan, PK HEM perlu
menghantar peratus kehadiran kepada pihak PPD

2

Tindakan : PK HEM dan semua guru

4.4 Prasarana Sekolah

4.4.1 Pengerusi memaklumkan pihak sekolah telah menerima peruntukan sebanyak
4.4.2 RM210,00 dari KPM untuk meningkatkakn dan membaiki kemudahan di sekolah.
4.4.3 Beliau berharap bagi tahun 2019 dapat menukar bumbung di Blok A dan juga kantin.
Beliau memaklumkan pihak sekolah telah menukar papan putih bagi kegunaan guru
4.4.4 dan menyedikan sebanyak 7 batang pen marker untuk tujuan Pdpc dan PAK21.
Dakwat isian semula juga dibekalkan kepada guru.
Pengetua meminta semua guru kelas membuat pendaftaran kerusi/meja bagi setiap
pelajar pada hari pertama persekolahan

Tindakan : Makluman

4.5 Pengagihan Kelas

4.5.1 1M/ 2M/ 3M
a) Dipilih berdasarkan 30 terbaik peperiksaan akhir tahun dan UPSR. 10 orang
4.5.2 pelajar lain akan diserap berdasarkan rayuan, keputusan dan kebitaraan kokurikulum.
4.5.3 b) Subjek Pendidikan Islam atau Bahasa Tamil akan diambil diluar waktu Pdpc dan
4.5.4 guru subjek berkenaan memastikan pelajar hadir mengikut bilangan waktu yang
ditetapkan.
Tingkatan 1 – 3 ( bercampur berdasarkan markah keputusan peperiksaan)
a) K8 hingga K11
b) K4 hingga K7
c) K1 hingga K3
Pelajar K6,K7,K8 akan ditempatkan pelajar yang mengambil subjek Bahasa Tamil
Tingkatan 4 dan 5 akan ditempatkan berdasarkan PT3/ PBD dan Psikometrik

Tindakan : Makluman

5.0 KURIKULUM ( PN ROSHANILAWATEY – PEMANGKU GPK 1)

5.1 Pemantauan Kurikulum

5.1.1 Puan GPK 1 mengingatkan bahawa pemantauan kurikulum berdasarkan pencerapan
dan pemantauan ERPh serta PdPc guru terutama dari segi pedagogi dan isi
5.1.2 kandungannya.
5.1.3 Pemantauan juga melibatkan buku latihan murid dan Pengurusan bilik Darjah(PBD).
Setiap panitia mata pelajaran bertanggungjawab menjalankan mesyuarat serta
5.1.4 menyedaiakan jadual mesyuarat.Selain itu, setiap panitia hendaklah sentiasa
5.1.5 mengemaskini laman panitia di Laman Sesawang Frog VLE dan perkara yang
berkaitan dengannya.
ERPH perlu dihantar mulai 11/1/19 dan guru perlu melengkapkan bahagian refleksi
terutama bilangan murid yang mencapai sesuatu kemahiran.
Pencerapan guru akan dijalankan mengikut jadual seperti dalam buku
perancangan(m/s 26)

3

5.2 PDPC Berkesan

5.2.1 Puan Ros menjelaskann bahawa PdPc yang berkesan bermula dengan kawalan kelas
yang berkesan dan guru berjaya mempelbagaikan kaedah pengajaran disamping
unsur KBAT dalam PdPc serta menggunakan ICT,ABM dan PAK21.

5.2.2 PdPc akan menjadi lebih berkesan apabila guru Berjaya menyentuh hati murid ,
menyemak buku latihan murid dan menggalakkkan murid membuat pembetulan
5.2.3 kesalahan latihan yang diberi. Selain itu perkara asas sebelum p&p adalah kebersihan
5.2.4 kelas yang perlu ditikberatkan agar suasana PdPc lebih teratur dan menarik.
5.2.5 PdPc akan lebih berkesan lagi jika suasana kondusif dapat diwujudkan dalam bilik
darjah di mana sesi murid belajar dan guru mengajar dan mengelak murid tidur dapat
dicapai.
Guru-guru juga diingatkan waktu “relief” hendaklah diperhatikan dan buku
kehadiran perlu diisi dengan lengkap.
Ladap PAK 21 akan disampaikan oleh Pn.Roaini pada 28/12/18 dan semua guru
digalakkan memantapkan pengusaan ICT dalam PdPc kerana hal ini ada kaitan
dengan SSQS atau Pembestarian Sekolah .

5.3 Pengurusan Panitia

5.3.1 Mesyuarat 1 setiap panitia mata pelajaran telah disusun mengikut ketetapan jadual.
Guru-guru digalakkan menyertai panitia yang paling dominan bagi
mereka.Mesyuarat 1 akan dijalankan mengikut mata pelajaran utama pada 28/12/18
bermula jam 8.00 pagi di tempat yang tertera dalam jadual.

5.4 Kemenjadian Murid

5.4.1 Semua murid berpotensi dan memiliki pengetahuan,kemahiran berfikir,kemahiran
memimpin,kemahairan dwi Bahasa,etika dan kerohanian dan beridentiti rasional dan
mereka boleh dibentuk.

5.4.2 Kemenjadian ini tentulah ada kaitan dengan pentaksiran dan pencapaian kuantiti dan
kualiti secara holistic berdasarkan TOV dan ETR murid(sasaran yang dibuat oleh
5.4.3 guru mata pelajaran setiap subjek).
5.4.4 Guru-guru diingatkan agar sentiasa fokus kemahiran 2M(menulis dan membaca)
5.4.5 Perkara kemenjadian murid ini juga boleh dilayari di Laman Sesawang Kemenjadian
5.4.6 Murid .Com
Setiap guru digalakkan membuat analisis pelajaran murid secara RCA dan analisis
item agar keberhasilan murid dapat dikesan awal.
Program MMI(Menguasai Masa Intruksional) perlu dijayakan agar murid mendapat
manfaat sekiranya ketiadaan guru di sekolah.

5.5 Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan

4

5.5.1 Penggunaan Frog VLE sepenuhnya dan sesuai dengan anjakan 7(PPPM2013-2025)

5.6 Pembestarian Sekolah

5.6.1 Sesuai dengan sekolah sebagai pusat pembestarian sekolah,semua guru digalakkkan
menguasai penggunaan ict secara menyeluruh.

5.7 Pusat Sumber Sekolah

5.7.1 dari sudut kurikulum, Pusat sumber sebagai salah satu wadah meningkatkan
pengetahuan murid.Justeru program Nilam sebagai satu langkah menarik murid agar
menjadi bangsa yang membaca.

5.8 Dasar MBMMBI

5.8.1 Pelbagai langkah yang dijalankan demi mencapai program tersebut.Antaranya
5.8.2 Program Jom Bercakap Bahasa Melayu,HIP(High Immersive Programme dan Ladap
DLP (Dual Language Programme)..Semua warga sekolah memainkan peranan untuk
menjayakan program tersebut .
Kita sebagai sebuah sekolah DLP dalam subjek tertentu maka pencapaian BM akan
dipantau.

5.9 SKPMG2

5.9.1 Puan GPK 1 menyatakan bahawa semua evidens akan disimpan dan direkodkan
5.9.2 dalam Frog VLE seperti laporan bertugas mingguan,aktiviti kokurikulum,HEM,kelab
Staf,minit mesyuarat dan laporan perhimpunan.
Semua perkara tersebut hendaklah direkodkan dengan kadar segera dan jangan
ditangguh.Evidens 2018 akan dinilai pada April 2019 manakala evidens 2019 perlu
dimulakan dengan awal.Semua akjtiviti hendaklah didokumentasikan.

5.10 Pelan Tindakan Strategik Peningkatan Akademik

5.10.1 Bahagian Kurikulum sentiasa memantau perjalanan dan merancang demi
peningkatan dalam peperiksaan awam seperti PT3 dan SPMdan peperiksaan
dalaman.Selain itu memastikan PBS Menengah Rendah(PBD,Psikometrik,Pajsk) dan
PBS Menengah Atas(ULBS,Kerja Kursus,Amali)berjalan lancar.

5.12 Ucapan Setiausaha Kurikulum (Puan Hasnidar )

5.12.1 Program Kurikulum 2019 dibahagikan kepada beberapa perkara:
A) KUMPULAN Sasaran dipecahkan kepada:
i) Cemerlang (Kelas S1-M1)
ii) Sederhana (Kelas M2,D,G,J)
5

iii) Potensi (Kelas A1,A2,A3)

iv) Elit (Kumpulan “Straight A”)

B) Program Elit :

- program ini akan dilancarkan pada 22/2/19
- perjumpaan dengan ibu bapa pada 11/4/19
- Cakna Ibu bapa pada 19/7/19

C) Kelas Tambahan SPM dan PT3
- Kelas-kelas akan dibuka secara lelong kepada semua panitia mata pelajaran dan
Tarikh akan dimulakan pada 23/3/19

D) Kelas KOKO LMS
- Kelas ini akan dijalankan pada waktu Kokurikulum hari Rabu
- Tarikh yang dicadangkan iaitu 19/6,26/6,10/7,17/7 dan 24/7
- Sasaran hanya kepada murid berpotensi lulus berpandukan PPT

E) Bengkel akademik SPM 2019
- Sasaran kepada murid Tingkatan 5 dalam bentuk seminar atau ceramah.Tarikh
yang dirancang iaitu 29/6,13/7,27/7,14/9 dan 30/10

F) Kelas Pecutan
- kelas ini akan diadakan pada waktu PJ dan Sivik yang akan dimulakan pada
10/9/19

G) Program Sentuhan Akhir SPM
- Program ini akan dijalankan mulai 1/11/19 dan sehingga peperiksaan berakhir
mengikut jadual SPM

H) Program Rebranding
- program ini akan ditumpukan kepada murid kelas 5A1-5A3 terutama dalam subjek
Bahasa Melayu dan sejarah dan mereka ini diharapkan lulus.

I) Program Jom Baca
- program ini diadakan pada setiap hari Khamis di sesi petang.Murid-murid
digalakkan membaca dengan kerjasama panitia Bahasa Melayu dan Pusat
Sumber .Bahan yangdibaca akan direkodkan dalam buku NILAM

J) Kem Bahasa
- sasaran program ini kepada murid-murid menengah rendah(tingkatan 1,2,dan3).
Diharapkan murid yang lemah dalam BM dan BI akan menguasainya.

5.12.2 Mesyuarat Panitia
-Setiap panitia mata pelajaran diharap dapat membantu melakukan post mortem setiap ujian
dan peperiksaan agar tindakan dapat dijalankan segera.Mesyuarat dijalankan sebanyak
empat kali setahun iaitu pada 28-29/12/18,20/3,18/6 dan 26/9.Setiap perkara yang
diminitkan hendalah dimuat naik ke frog vle
6

5.13. Ucapan Pn.Theyvi(Nilam dan Pelaksanaannya)

5.13.1 Program NILAM merupakan satu langkah bagi bahagian kurikulum untuk

menggalakkan murid membaca dan seterusnya meningkatkan akademik dalam kalangan

murid

5.13.2 Peranan guru amat penting dalam mewujudkan markah NILAM yang ada kaitan

dengan markah PAJSK.Guru-guru hendaklah kreatif dan inovatif bagi memastikan kejayaan

program ini

5.13.3 NILAM terbahagi kepada buku dan bukan buku.Bahan buku seperti bahan bercetak

atau e-book,audio book dan inter book manakala bahan bukan buku seperti jurnal,manual

pengguna,carta,poster,buletinmbuku skrap,cerpen,katalog

berilmiah,risalah,majalah,artikel,rencana,komik,peta dan laporan.

5.13.4 Di peringkat sekolah pelaksanaannya banyak bergantung kepada guru kelas.Guru

kelas akan memilih guru maata pelajaran yang akan menjalankan aktiviti .Keutamaan kepada

guru BM dan BI dengan skala 3,3,4.Setiap kelas akan dibekalkan borang pemarkahan yang

diisi ketika aktiviti dijalankan.

5.13.4 Sebagai inisiatif agar program ini berjaya,ganjaran akan diberikan kepada kelas-kelas

yang menyediakan ruang sudut nilam dan rekod bacaan murid meningkat

5.13.5 Seterusnya , untuk kejayaan program ini,guru-guru yang masuk relief boleh

mendapatkan bahan daripada pusat sumber dan jadual kemasukan murid akan dikeluarkan

5.13.5 Pihak sekolah juga akan menjalankan aktiviti Bulan Bacaan dan Majlis Anugerah

Tokoh Nilam yang terbuka kepada guru dan murid

5.13.6 Ladap Cara Menyimak Buku Nilam akan dijalankan pada 26/1/19

5.13.7 Guru kelas juga diingatkan untuk mengutip duit buku NILAM yang berharga

RM2.80 dan keahlian Pusat sumber bernilai RM2.00 untuk kegunaan lima tahun.

6.0 HAL EHWAL MURID

6.1 Disiplin (Pn. Rohana binti Abdul Patah)

6.1.1 Beliau memaklumkan tindakan yang akan diambil kepada murid yang hadir lewat ke
sekolah:
a) Kesalahan untuk kali pertama hinggalah kali ketiga, murid akan diberikan nasihat.
b) Kesalahan kali keempat, murid akan diberikan amaran.
c) Kesalahan kali kelima, murid akan dihantar kepada kaunselor untuk sesi kaunseling.
d) Kesalahan kali keenam, guru disiplin akan memaklumkan kepada ibu bapa ataupun

penjaga murid.
e) Kesalahan kali kesepuluh, murid akan digantung persekolahan.

6.1.2 Selain itu, beliau memaklumkan tindakan yang akan dikenakan kepada murid yang
ponteng perhimpunan ataupun ponteng kelas:
a) Kesalahan pertama, murid perlulah menyalin karangan di hadapan bilik disiplin.
b) Kesalahan kali ketiga, murid akan dirotan.

7

c) Kesalahan kali keempat, murid akan dihantar kepada kaunselor.
d) Kesalahan kali kelima, guru disiplin akan memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga.
e) Kesalahan kali kelapan, murid akan dihantar kepada kaunselor.
f) Kesalahan kali kesepuluh, murid akan digantung persekolahan.

6.1.3 Kekemasan diri.
Murid diwajibkan untuk memakai tali pinggang kanvas berwarna hitam atau hijau. Murid
perempuan perlulah memakai skirt bawah lutut manakala murid islam perlulah memakai
tudung yang menutupi keseluruhan bahu. Murid juga perlulah memakai tanda nama dan tag
kolar pada baju kokurikulum dan juga baju pendidikan jasmani. Selain itu, murid hanya
dibenarkan memakai seluar sukan yang mempunyai logo sekolah sahaja. Murid juga,
perlulah memakai stokin berwarna hitam atau putih sahaja dan perlulah panjang sehingga
menutup buku lali. Diingatkan juga, setiap hari Rabu, murid diwajibkan memakai pakaian
unit beruniform. Murid yang melanggar peraturan berkaitan kekemasan rambut akan
digantung persekolahan jika melakukan kesalahan untuk kali ketiga. Semasa peperiksaan
ataupun pada hari yang tiada mata pelajaran Pendidikan Jasmani, murid dilarang memakai
baju pendidikan jasmani. Murid juga dilarang memakai selipar pada waktu persekolahan
kecuali bersurat. Selain itu, murid dilarang memakai barang hiasan seperti rantai, subang,
gelang dan mewarnakan kuku. Murid juga dilarang membawa dan menggunakan telefon
bimbit di kawasan sekolah.

6.1.4 Beliau juga memaklumkan peraturan keluar kelas untuk sebarang urusan. Murid
perlulah memakai vest yang telah disediakan. Jika keluar kelas tanpa memakai vest, murid
akan ditahan di hadapan bilik disiplin sehingga balik. Diingatkan juga, semua murid perlulah
bersama-sama menjaga vest. Jika hilang, kelas tersebut perlulah membayar ganti rugi.

6.1.5 Selain itu, murid dilarang makan di dalam kelas. Kelas perlulah dikunci pada waktu
rehat.

6.1.6 Murid juga dilarang bermain kad. Murid akan digantung persekolahan. Jika murid
bermain permainan kad yang melibatkan duit, murid akan dibuang sekolah.

6.1.7 Murid tidak dibenarkan memakai selipar dan berseluar pendek jika hadir ke sekolah
pada cuti sekolah. Murid perlulah memakai baju kokurikulum ataupun baju pendidikan
jasmani sahaja semasa berada di kawasan sekolah.

6.1.8 Guru-guru boleh merujuk Buku Peraturan Sekolah untuk merujuk peraturan-peraturan
yang lain.

6.2 Kunci (En. Nazri bin Mamat)

6.2.1 Setiap guru kelas akan diberikan dua set kunci dan mangga.
6.2.2 Ketua tingkatan akan meletakkan kunci kelas di dalam kotak kunci yang disediakan di
bilik disiplin.

6.3 Skim Pinjaman Buku Teks (Pn. Zuraidah binti Ahmad)
8

6.3.1 Guru tingkatan dan guru mata pelajaran disarankan supaya bersama-sama
mengingatkan murid supaya menulis nama, tingkatan dan tahun pada buku teks.
6.3.2 Guru tingkatan perlulah sentiasa mengingatkan murid supaya menyampul buku teks.

6.4 Bimbingan dan Kaunseling (Pn. Yee Kim Eng)

6.4.1 Fokus perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk pembangunan dan
perkembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin diri murid, pengurusan kerjaya murid
dan psikososial dan kesejahteraan mental.

6.4.2 Program yang akan dilaksanakan untuk pembangunan dan perkembangan sahsiah diri
murid adalah melalui Program Mentor Mentee, Program Sopan Santun dan Nilai-nilai Murni,
Program Kemahiran Berkomunikasi Tingkatan 1 dan juga Program Anak PERHATI untuk
tingkatan 4 dan 5.

6.4.3 Program untuk peningkatan disiplin murid adalah melalui Program Jom ke Sekolah,
Pasport Kehadiran, Majlis Pengikhtirafan Pasport Kehadiran dan Program Sekolah
Penyayang.

6.4.4 Program untuk pengurusan kerjaya murid adalah melalui Program Hala Tuju selepas
PT3 dan Pameran Kerjaya.

6.4.5 Program untuk pembangunan dan perkembangan psikososial dan kesejahteraan mental
melalui Program Orientasi Kelas Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, Ujian Minda Sihat,
Program Pengurusan Stress, Program Kecemerlangan dan Majlis Restu Ilmu untuk murid
tingkatan 3 dan tingkatan 5.

6.5 Biasiswa (Pn. Noraini binti Ahmad)

6.5.1 Guru biasiswa terbahagi kepada guru Biasiswa Yayasan Pahang dan Biasiswa BKP.

6.5.2 Guru biasiswa perlulah mengemas kini fail yang mengandungi senarai semak,
mesyuarat jawatankuasa dan minit mesyuarat. Mesyuarat pra pemilihan calon perlulah
dilaksanakan. Senarai nama murid yang layak adalah melalui sistem APDM.

6.5.3 Selain itu, fail pertukaran murid keluar, masuk, berhenti ataupun meninggal dunia
perlulah dibuat secara online. Selain itu, surat amaran disiplin kepada murid yang menerima
biasiswa perlulah diletakkan di dalam fail.

6.5.4 Borang-borang pemohonan keluar wang biasiswa juga perlu diletakkan di dalam fail.
Jumlah pengeluaran yang dibenarkan sebanyak RM150 untuk setiap dua bulan. Jika lebih,
surat kebenaran perlu dikeluarkan. Kad ATM akan di simpan ooleh guru biasiswa.

6.6 Kantin (Pn. Noraihan binti Zainal Abidin)
9

6.6.1 Beliau memaklumkan, AJK kantin telah berusaha untuk menaiktaraf keceriaan kantin
semasa cuti persekolahan.
6.6.2 Selain itu, buku aduan masih disediakan untuk murid ataupun guru untuk memberi
maklum balas tentang kebersihan ataupun makanan yang dijual di kantin sekolah.

6.7 Badan Ketua Tingkatan (Pn Roslina binti Tajul Arus)

6.7.1 Badan ketua tingkatan untuk tahun 2019 diketuai oleh En. Senthil Nathan A/L
Nagappan dan Pn. Ayu binti Bahadur.

6.7.2 Guru tingkatan perlulah melengkapkan maklumat nama dan nombor kad pengenalan
ketua tingkatan, penolong tingkatan dan senarai nama AJK kelas. Jika ada perubahan, silalah
maklumkan kepada guru badan ketua tingkatan.

6.7.3 Guru tingkatan perlulah membuat perancangan dan penyelarasan papan kenyataan kelas
yang merangkumi visi dan misi sekolah, carta organisasi kelas, pelan kedudukan murid di
dalam kelas (nama murid dan nombor meja dan kerusi), borang KEW-PA 7, jadual bertugas
murid, papan notis mata pelajaran, mutiara kata, Program Jom Sekolah, traffic light
kehadiran murid, peta laluan kecemasan, papan ganjaran dan parking lot.

7.0 KOKURIKULUM ( EN TAN KA KEONG)

7.1 Beliau mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru SMJK Tanah Puteh
dan ucapan selamat datang kepada guru-guru baru.

7.2 Memaklumkan bahawa masih ada guru kelas yang tidak melengkapkan PAJSK 2018
dan guru kelas berkenaan diminta melengkapkannya sebelum 31 Disember 2018.

7.3 Pemakaian baju uniform kokurikulum
a) semua murid diwajibkan memakai uniform lengkap kokurikulum pada setiap hari Rabu
mulai tahun 2019
b) Mengikut keputusan Mesyuarat Pengurusan pada 19 November 2018, sebagai jalan
tengah untuk pemakaian uniform kokurikulum pada setiap hari rabu, dibenarkan
memakai apa – apa jenis uniform kokurikulum.
c) Pada 2 Januari 2019 (Rabu), perhimpunan rasmi dan pakaian formal bagi guru dan
murid.

7.4 LADAP
a) Beberapa aktiviti akan dijalankan pada 29 disember 2018 (Sabtu) pada jam 11.00 pagi
hingga 4.00 petang iaitu
- Kawad kaki = Sarjan Md Izaninulhadi
- Kecemasan = Dr. Hew Kin Sun
- Anduh = Pn. Ewr Siew Yeek
- Ikatan = En. Wan Mohammad Kamal Azman
- Dokumentasi = Pn. Ropidah Abdul Aziz
10

b) Guru-guru diminta berpakaian sukan yang lengkap.

7.5 Pihak sekolah akan menawarkan 20 set bantuan uniform lengkap kepada murid yang
memerlukan.

7.6 Pertandingan sorakan akan dijalankan selepas PT3 dan juga melibatkan murid sesi petang.

7.7 Beberapa pertandingan akan dijalankan antara kelas/rumah sukan seperti bola tampar,
bola keranjang, futsal dan bola jaring sebagai langkah mengoptimumkan penglibatan
murid dalam bidang kokurikulum.

7.8 Setiap unit kokurikulum akan menerima peruntukan dalam bentuk Grant sebanyak RM50
(hanya melalui kedai buku atau koperasi sekolah)

7.9 Buku Laporan Kokurikulum 2019 boleh diambil daripada penyelaras masing-masing.

7.10 En. Mohd Fakri Bin Abdullah (Setiausaha Kokurikulum)
7.10.1 Agihan unit KOKU untuk murid tingkatan 1 akan siap pada hari pendaftaran supaya
ibu bapa boleh membeli atau menempah uniform Koku pada hari tersebut kerana
pembekal pakaian unit Koku akan datang membuka kaunter tempahan.

7.10.2 Menyatakan antara Tugasan Kokurikulum 2019 iaitu
a) Pertandingan Papan Kenyataan
b) Pertandingan Sorak
c) Pertandingan Sukan dan permainan 3-3 antara tingkatan
d) Perkhemahan Bersepadu Unit Kokurikulum
e) Konsert Tahunan Pancaragam
f) Melengkapkan maklumat koku dalam frog VLE
g) Fail unit Koku dalam bilik PK Koku perlu dikemaskini sebelum Februari 2019
h) Kutipan RM4.00 untuk kad Koku oleh guru tingkatan pada bulan Januari 2019.
Kutipan diserahkan kepada Penolong Setiausaha Koku iaitu Pn. Ropidah Binti Abd
Aziz (pagi) dan Pn. Norhayati Binti Sedari (petang)
i) Kadar elaun makan murid yang menyertai aktivit luar ialah RM4.00 sehari dan
tuntutan boleh dibuat kepada Setiausaha Koku iaitu En. Mohd Fakri Bin Abdullah.
j) Penggunaan kereta guru untuk menghantar murid menyertai aktiviti kokurikulum
bagi sekitar Kuantan ialah RM10.00 pergi dan balik
k) Semua tuntutan perlu pengesahan dari Tuan Pengetua dan GPK Kokurikulum.
7.10.3 Menyatakan beberapa Strategi Pelaksanaan Kokurikulum 2019
a) Memperkasakan kemahiran guru penasihat dengan melaksanakan kursus koku untuk
para guru.
b) Guru penasihat perlu mengadakan pelbagai program yang menarik dan berfaedah
untuk murid

7.10.4 Memaklumkan aktiviti Koku akan diadakan 2 kali sebulan mulai Januari hingga
Julai.

7.10.5 Memaklumkan senarai Jawatankuasa Koku 2019seperti di dalam Buku

11

agihan Tugas 2019.

7.11 PAJSK
a) Markah NILAM perlu diserahkan kepada S/U Koku untuk diisi secara online.
b) Penilaian markah koku di peringkat sekolah juga diambil kira dengan memberikan
markah murid yang kepada tempat keempat(5 markah) dan kelima(empat markah)
dalam aktiviti yang dipertandingkan. Contohnya pertandingan perbarisan Hari Sukan
markah boleh diberi kepada murid tersebut.
c) PAJSK online tiada Kelab Pencegah Jenayah.

7.12 Antara aktiviti yang dicadangkan oleh Penyelaras Kelab dan Persatuan ialah
a) Karnival Kokuria – Hari Koperasi
b) Pertandingan menghias papan kenyataan kkelab dan persatuan
c) Minggu Bahasa kerjsama dengan Panitia BM dan BI
d) Pertandingan msakan antara kelab dan persatuan
e) Pertandingan buku laporan aktiviti terbaik

7.13 En. Lau Tin Baw (Setiausaha Sukan)

7.13.1 Beliau menyatakan beberapa aktiviti sukan yang kan dijalankan iaitu
a) Merentas Desa – 23 Feb 2019
b) Sukantara – 2 hingga 5 April 2019
c) Kejohanan Balapan dan Padang – 27 April 2019

7.13.2 Memaklumkan ketua Rumah Sukan iaitu
a) Biru = Pn. Zaimuni dan En. Mohd Jalani
b) Kuning = Pn. Yeong Su Ping dan Pn. Chong Bee Yee
c) Hijau = En. Senthil Nathan dan Pn. Hanipah
d) Merah = Pn. Khaizani dan (belum dimaklumkan)

7.13.3Acara sukan yang akan dipertandingkan ialah
a) Sukantara = Lompat Jauh dan Lontar Peluru
b) Sukan Tahunan = Acara Padang ( lontar peluru, lempar cakera, lompat jauh, lompat
tinggi dan lompat kijang.
c) Kategori A = Murid Tingkatan 4 dan 5
B = Murid Tingkatan 2 dan 3
C = Murid Tingkatan 1 dan Peralihan
d) Semua acara lompatan boleh disertai oleh semua murid kecuali acara lompat

kijang.
e) Bagi acara balapan,
*acara larian jarak dekat disertai semua murid
* acara 4x200m – untuk murid perempuan sahaja bagi semua kategori
* acara 4x400m – untuk murid lelaki sahaja bagi semua kategori
12

* acara 1500m – terbuka dan disertai oleh 5 orang peserta bagi setiap rumah sukan

8.0 GPK PETANG ( EN. TAN KIA LENG)

8.1 Paparan slide aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2018 antaranya
- Pendaftaran Tingkatan 1
- Orientasi Tingkatan 1
- Mesyuarat Agung Ko-kurikulum
- Bantuan awal persekolahan
- Program sekolah penyayang
- Sambutan Tahun Baru Cina
- Mesyuarat Agung PIBG
- Majlis persaraan Puan Jenny
- Program pemantapan sahsiah pelajar tingkatan 1 dan 2
- Pelancaran H.I.P
- Sumbangan Hari Raya Aidilfitri
- Program Jom Baca
- Perhimpunan Ko-kurikulum
- Kelas peningkatan akademik
- BIna Insan
- Pemase
- Permuafakatan Ibubapa
- Pelancaran bulan Kebangsaan
- Penutupan Bulan Kebangsaan
- Finger Print
- Hari Pelaporan Peperiksaan Akhir Tahun dan taklimat e-kehadiran
- Jamuan makan dan raah mesra sempena Cuti Akhir Tahun

8.2 GPK Petang juga mengingatkan tentang etika kerja Kementerian Pendidikan
Malaysia

8.3 Prinsip etika kerja KPM perlu dilaksanakan dan di hayati berdasarkan prinsip nilai
yang baik, perlakuan yang baik, berdisiplin, beradab dan bertanggungjawab.

8.4 Nilai teras SMJK Tanah Puteh ialah rajin, berilmu, berakhlak mulia,usaha,amanah (
niat setiap manusia yang menerima ganjaran apa yang diniatkan )

8.5 Etika Kerja SMJK Tanah Puteh
8.5.1 Finger-print hadir sebelum 12 tengahari pada hari Isnin, Selasa hingga
Khamis sebelum 12.30 dan Jumaat sebelum 1.50 petang.
8.5.2 Jika lewat perlu dimaklumkan kepada pengetua dan Gpk Petang.
8.5.3 Cikgu yang perlu keluar sekolah disebabkan urusan rasmi perlu direkodkan.
8.5.4 Pakaian pada hari Rabu mengikut unit uniform masing-masing , hari Khamis
pula perlu memakai baju batik.
13

8.5.5 Semua guru perlu menepati masa Pdpc

8.6 Program Baru 2019
8.6.1 Kempen Jom Bercakap BM di bawah seliaan panitia BM
8.6.2 Kempen Budi Bahasa dan nilai-nilai murni anjuran Unit Bimbingan dan
Kaunseling
8.6.3 Motivasi diri serta Program Peningkatan Akademik Tingkatan 1 dan 2 (
Kelas pecutan waktu PJK/Sivik )

8.7 Data Guru Sesi Petang 2019
8.7.1 Guru sesi petang seramai 46 orang + 1 guru ( cikgu Radha )
8.7.2 Cikgu Rohani Kaunselour bertugas pada hari Isnin hingga Khamis daripada
pukul 11pg sehingga 5 petang, hari Jumaat sepenuhnya untuk relief petang
8.7.3 Cikgu Nathan, Siti Nurfatihah dan Chong Yet Ngor akan ke sesi pagi
manakala Cikgu Liang dan Nurliyana akan ke sesi petang.
8.7.4 Pihak pengurusan mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Norfarah
Eliani ( guru baru )

8.8 Enrolmen pelajar 2019

Tingkatan Kelas bilangan
376/384
2 2k1-2k12 350/393
1 1K1-1k12 41/54
Peralihan 1 dan 2 767/ 831

Jumlah Keseluruhan

9.0 Hal-hal Lain

9.1 Pengetua memperkenalkan Pengerusi Kelab Staff bagi sesi 2019 iaitu Pn Julie binti
Jamil

10.0 Penutup
- Harapan Pengetua agar guru dapat memberikan komitmen yang semaksimum kepada semua
tugas di SMJKTP dan berasa gembira di sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang Disemak oleh :

Disediakan oleh : .........................................................
En Chan Kok Wai
..................................................................... Pengetua
Sarina binti Abdul Manaf SMK Tanah Puteh Kuantan
Pencatat Minit Mesyuarat Guru
SMJK Tanah Puteh Kuantan

14


Click to View FlipBook Version