The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SISTEM PENYAMANAN UDARA KENDERAAN DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wahidah wahab, 2023-03-01 08:36:36

SISTEM PENYAMANAN UDARA KENDERAAN

SISTEM PENYAMANAN UDARA KENDERAAN DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA

SISTEM PENYAMANAN UDARA KENDERAAN


PENGENALAN Sistem penyamanan udara kenderaan berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kenderaan dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu, gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator condenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana penghawa dingin kereta berfungsi. KAEDAH PENYERAPAN HABA KENDERAAN Haba dalam kenderaan melalui banyak punca. Haba meresap masuk semasa kenderaan berhenti / bergerak. Haba terhasil bukan sahaja berpunca daripada pancaran matahari. Haba dalam kenderaan boleh disingkirkan melalui proses penghawa dingin kenderaan. Alat penghawa dingin kenderaan mempunyai komponen yang boleh menyingkirkan haba daribahagian dalam kenderaan.


COOLING CYCLE


LANGKAH FUNGSI KITARAN PENYEJUKAN”COOLING CYCLE” Sistem penyamanan udara kereta merupakan suatu sistem aliran gas tertutup. Gas yang dimaksudkan ialah gas aircond iaitu gas R134a. Gas penyamanan udara ini akan bergerak dari compressor ke cooling coil ke gas filterke radiator condensor dan kembali semula ke compressor. Secara asasnya ianya boleh diterangkan seperti berikut: Gas dimampatkan oleh compressor kemudian gas ini akan dialirkan ke bahagian dalam kereta melalui cooling coil yang berada biasanya di bawah dashboard. Pada masa yang sama blower akan meniup angin melalui cooling coil dan membebaskanangin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator condensor yangakan menyejukkan gas tersebut.


KOMPONEN PENYAMANAN UDARA KENDERAAN KOMPONEN-KOMPONEN UTAMA 1. Pemampat (Air Compressor ) 2. Pemeluwap (Condensor ) 3. Penyejat (Evaporator) 4. Injap pengembangan termostatik (Thermostatic Expansion Valve) 5. Turas pengering (Receiver-drier) 6. Suis larasuhu (Termostatic swtich) 7. Kaca cerap (Sight glass) 8. Hos tekanan ( Pressure Hose) 9. Suis motor kipas (Fan switch) 10.Talisawat (Belt)


PEMAMPAT (COMPRESSOR) 1. Compressor - Fungsi Compressor adalah untuk mengerakkan bahan pendingin dalam sistem dengan cara memampatkan bahan pendingin dari tekanan rendah kepada tekanan tinggi. Apabila termampat, hukum gas (PV =mRT) menyatakan, suhu akan bertambah. - Operasinya menerima gas tekanan rendah daripada evaporator dan menghantar gastekanan tinggi kepada condenser. Merupakan nadi kepada sistem penyaman udara kerana ianya mengepam atau menggerakkan bahan pendingin keseluruh sistem dan berfungsi menyenggara perbezaan bahagian tekanan antara bahagian tekanan tinggi dan tekanan rendah. Beroperasi pada kadar kelajuan enjin yang telah ditetapkan oleh Auto relay bagi mengelakkan kerosakan mekanikal kepada enjin. Seperti kerosakan mekanikal termasuklah enjin bergetar ,enjin cepat panas dan kurang kuasa pada enjin Seterusnya, bahagian di antara pemampat dan injap pengembangan dikenali sebagai sektor tekanan tinggi. Manakala bahagian antara injap pengembangan dan pemampat merupakan sektor tekananrendah. Kemudian gas penyejuk yang dimampat di dalam pemampat akan mengalami pemanasanterlampau


PEMELUWAP (CONDENSOR)- (COOLING COIL) KEDUDUKAN COOLING COIL PADA KERETA


2. Condenser - menyingkirkan haba bahan pendingin yang diterima daripada compressor dengan bantuan fan. Jika tidak bahan pendingin bergerak dalam keadaan panas dan suhu aircond yang diingini tidak dapat dicapai. Bahan pendingin yang berbentuk gas akan kehilangan haba dan bertukar kepada bentuk cecair selepas melalui condenser. - Operasinya menerima gas tekanan tekanan tinggi daripada compressor dan menghantar cecair tekanan tinggi ke Receiver drier. Fungsi: Berfungsi sebagai alat untuk menyingkirkan dan pengental haba daripada wap bahan pendingin yang diserap oleh penyejat. Ia diperbuat daripada tembaga atau aluminium. Binaannya dalam bentuk tube-tube selari dan bersirip (seperti binaan radiator). Condenser menerima wap bahan pendingin (refrigerant vapour) yang bertekanan tinggi daripada (Air compressor). Kondenser ini digunakan untuk menyejukkan tekanan tinggi dan suhu yang tinggi gas penyejuk dan perubahan kepada penyejuk cecair. ● Pengaliran gas berlaku apabila disalurkan ke dalam pemeluwap di bawah tekanan dan suhuyang tinggi. ● Gas penyejuk dalam keadaan tekanan tinggi dan panas akan menghasilkan haba yangmenyebabkan pemeluwapan berlaku. ● Manakala gas penyejuk tersebut berubah daripada gas kepada cecair. ● Fungsi penapis atau penumpuk kering pula adalah membersihkan dan mengeringkan bahanpenyejuk yang kini dalam bentuk cecair.


TURAS PENGERING (RECEIVER DRIER) 3. Receiver Drier - Menampung sementara bahan pendingin dan menyalurkan kepada expansion valve sesuai dengan keadaan kerja expansion valve. ia juga menyaring kotoran dan wap air yang adapada bahan pendingin. - operasinya menerima cecair tekanan tinggi dari condenser dan menghantar kepadaexpansion valve dalam bentuk dan tekanan sama. Fungsi: Drier receiver digunakan untuk menyimpan, membersihkan dan mengasingkan wapbubble bahan penyejuk. ● Dari penapis atau penumpuk kering, cecair tersebut akan bergerak ke injap pengembangan dan akan bertukar menjadi cecair sejuk tekanan rendah dan kemudiannya disalurkan ke penyejat.


PRESSURE SWITCH Fungsi: Bertindak sebagai peranti keselamatan yang menghentikan pemampat dengan menghidupkan dan mematikan klac magnet apabila tekanan ke atas garis tekanan tinggi dalamkeadaan luar biasa tinggi. INJAP PENGEMBANGAN TERMAL (THERMAL EXPANSION VALVE) Fungsinya adalah untuk menyemburkan bahan pendingin ke dalam evaporator pada tekanan yang betul mengikut suhu yang dikehendaki oleh pengguna melalui larasan pada thermostat. Bentuk semburan adalah sama dengan semburan aerosol iaitu penyembur nyamuk. - operasi menerima cecair tekanan tinggi dari Receiver Drier dan menghantar cecair tekanan rendah ke evaporator.


Fungsi: Tujuan injap pengembangan ini adalah untuk membolehkan cecair tekanan tinggi untukberkembang kerana ia memasuki penyejat. Selepas melalui penyejat, penyejuk penghawa dingin akan kehilangan haba lagi sehingga akhirnya menjadi gas tekanan rendah yang sangat sejuk. Kemudian, penyejat yang sangat sejuk tadi akan ditolak oleh motor blower ke kawasan dalam penumpang kereta untuk menghasilkan suhu yang menyejukkan dan nyaman di bahagian dalam kereta.


PENYEJAT (EVAPORATOR) Evaporator - apabila expansion valve menyembur bahan pendingin ke dalam evaporator, bahan pendingin akan merebak memenuhi ruang dan menyejukkan cooling coil pada evaporator melalui tindak balas. blower akan menolak angin melalui cooling coil dan seterusnya ke kabin kenderaan, angin yang suhu biasa serta merta akan menjadi sejuk apabila melalui cooling coil yang sejuk akibat tindak balas bahan pendingin tadi. - operasinya menerima cecair tekanan rendah daripada thermal expansion valve dan akan expansion valve lagi untuk check suhu dan kemudian menghantar gas tekanan rendah kecompressor.


Ia merupakan tempat yang paling sejuk dalam sistem. Terletak pada bahagianbawah dashboard pada kenderaan. Ia berfungsi untuk : - 1. Membolehkan cecair bahan pendingin yang beredar melalui tiub-tiubnya menyerap haba dalam ruangan penumpang. 2. Menukarkan cecair bahan pendingin kepada wap bertekanan rendah sebelum ke pemampat. 3. Digabungkan bersama-sama kipas peniup atau blower untuk menggerakkan wap yang sejuk masuk kedalam ruang kenderaan. 4. Menyerap haba dari ruang yang didinginkan. Semasa proses penyerapan berlaku, berlaku sejatan cecair bahan pendingin yang akan bertukar kepada bentuk wap bersuhu rendah dan wap bertekanan rendah. Penyejuk sejuk melalui gegelung penyejat, yang mana mengewap dan menyerap haba dari ruang penumpang. Bagi proses yang terakhir dalam sistem penghawa dingin, bahan dingin yang kini dalam bentuk gas tekanan rendah dan sejuk akan kembali ke pemampat untuk memulakan proses kitaran tersebut sekali lagi. Proses yang berulang dalam kereta anda mampu memberikan keselesaan yang nyaman ketika dalam perjalanan.


FIN SENSOR Fungsi: sensor fin dipasang di dalam penyejat untuk mengesan suhu penyejat. Ia menghalangpenyejat daripada membeku.


THERMOSTAT Fungsi: Ia adalah berkaitan dengan klac magnet pemampatdalam sesiri. Ia akan disenggage klac magnet apabila sirip penyejat suhu permukaan di bawah kira-kira 0 ± 1 ℃. SUIS KAWALAN (CONTROL SWITCH)


BLOWER MOTOR/FAN Blower fan ini kalau rosak (tidak berpusing), cooling coil kereta boleh menjadi beku. Bila cooling coil beku, refrigerant R134a itu tidak dapat masuk pusing balik pergi ke compressor. Jadi, proses dan operasi sistem aircond akan terganggu. Mengakibatkan aircond kereta tidaksejuk.


CONDENSER FAN Fungsi : membantu menurunkan suhu dekat condenser tadi. Kalau tak da condenser fan ni, suhu gas tak dapat turun, jadi gas tak dapat bertukar jadi cecair. Tak lengkap proses kondensasi. Kalau aircond kereta kita tidak sejuk, benda paling mudah untuk check adalah pusingan condenser fan ini. Kalau tidak berpusing langsung, of course aircond kereta tidak akan sejuk. Perlu periksa fuse juga, relay dan motor dekat fan tersebut. HOSES & PIPES Sistem aircond kereta ini sentiasa berada dalam keadaan tertutup ataupun dipanggil closed loop system. Tak boleh ada langsung unsur udara luar di dalam laluan refrigerant. Dari compressor, condenser, expansion valve, cooling coil dan patah balik semula ke compressor,adalah refrigerant R134a seratus peratus, 100%. Hose dan pipe inilah yang menjadi penyambung di antara komponen-komponen aircond kereta. Nama-namanya adalah discharge hose, suction hose, dan liquid pipe.


BAHAN PENDINGIN Bahan pendingin atau dikenali juga sebagai refrigerant digunakan dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara sebagai penyerap haba di dalam penyejat dan menyingkirkan haba tersebut di dalam pemeluwap. Di dalam penyejat, bahan pendingin bertukar bentuk daripada cecair sejuk kepada gas sejuk dalam keadaan tekanan rendah semasa proses penyejatan. Di dalam pemeluwap pula, setelah haba disingkirkan, bahan pendingin akan bertukar bentuk daripada gas panas kepada cecair panas dalam keadaan tekanan tinggi semasa proses pemeluwapan. Nama- nama lain bagi bahan pendingin adalah freon, fron , genetron, isotron, dan neon. Nama- nama ini digunakan berdasarkan negara- negara yang menggunakannya. Bahan pendingin mempunyai takat didih yang berbeza pada tekanan yang berbeza dan penggunaannya berbeza mengikut kepada sistem yang memerlukannya. Sifat – sifat bahan pendingin yang sesuai ialah: ● Tidak beracun. ● Tidak meletup. ● Tidak berkarat atau menghakis. ● Tidak mudah terbakar. ● Boleh beroperasi pada tekanan yang rendah. ● Merupakan gas yang stabil. ● Tidak berbau tengik. ● Mempunyai haba pendam yang tinggi untuk menyerap haba.


Perbezaan tekanan tinggi dan rendah mestilah kecil untuk meninggikan keupayaanmampatan. Sifat – sifat ini hendaklah di ambil kira semasa memilih bahan pendingin terbaik bagi sesuatusistem penyejukan dan penyamanan udara. JENIS – JENIS BAHAN PENDINGIN Bahan pendingin di bahagikan kepada 4 jenis mengikut unsur kimia yang terkandungdalam bahan pendingin tersebut iaitu CFC, HCFC, HFC dan HC. Jadual 4 Jenis Bahan Pendingin


SISTEM AIRCOND KERETA Bekerja dalam keadaan tekanan tinggi dan rendah dan mempunyai beberapa komponenyang penting untuk berfungsi cemerlang. GAMBAHRAJAH SISTEM AIRCOND KERETA.


Sistem penyaman udara kereta sebenarnya berfungsi sebagai satu litar yang tertutup. Iamempunyai bahagian yang bertekanan tinggi dan juga rendah. Dalam bahagian bertekanan tinggi, coolant ataupun ejen penyejuk (dalam bentuk gas) disedut masuk ke bahagian kompressor yang dipacu oleh enjin. Itulah bunyi yang anda dengardi bahagian enjin bila kompresor mula berfungsi. Kompressor pula akan memaksa gas tersebut masuk ke condenser. Ia sebenarnya berfungsi seperti radiator yang akan menyejukkan coolant termampat tadi sehingga menjadicecair pada tekanan tinggi. Tekanan Sistem Aircond Kereta i. High pressure side: Tekanan tinggi yang dihasilkan adalah sekitar 180~220 psi dan jika mempunyai bacaan kurang atau lebih dari bacaan ini, bermaksud ada masalah yang sedang berlaku. ii. High pressure side ni guna meter warna merah. Merah yang bermakna tekanan tinggidan panas. High pressure side bermula dari compressor ke condenser dan menuju ke expansion valve


Low pressure side i. Tekanan yang ada di sini adalah sekitar 25~35 psi dan jika mempunyai bacaan kurangatau lebih, bermaksud terdapat masalah yang berlaku dalam sistem. ii. Menggunakan meter berwarna biru yang menunjukkan sejuk dan bertekanan rendah. Low pressure side bermula refrigerant masuk ke expansion valve dan kembali ke compressor


KONDENSASI DAN PENGELUWAPAN. Proses kondensasi dan pengeluwapan ada berlaku dalam sistem aircond kereta. Sifat refrigerant R134a berubah. GAS DI DALAM SISTEM AIRCOND BERTUKAR SIFAT MENJADI CECAIR DI CONDENSER, KOMPONEN YANG BERADA DI BAHAGIAN TEKANAN TINGGI. (HIGH PRESSURE) KEMUDIAN BILA MASUK MENERUSI EXPANSION VALVE, KEADAAN TELAH BERTUKAR, CECAIR REFRIGERANT TADI MENJADI GAS SEMULA.


PUNCA AIRCOND KERETA TIDAK SEJUK 1. Kekurangan Bahan Penyejuk - Jika aircond kereta tidak lagi mengeluarkan angin sejuk, ini menandakan sistem aircond kereta perlu dicaj semula. Ini bermaksud, perlu menambah bahan penyejuk atau refrigerant tambahan ke dalam sistem aircond kereta untuk membolehkannya mengeluarkan angin sejuk seperti biasa. Pastikan proses penyelenggaraan yang hendak dilakukan mengikut spesifikasi yang betul. 2. Kebocoran Bahan Penyejuk - Kebiasaannya, kebocoran bendalir bahan penyejuk sukar untuk dikesan disebabkan oleh bendalir bahan penyejuk akan tersejat ke udara dengan cepat. biasanya mekanik menggunakan alatan khusus untuk mengesan tanda-tanda tekanan bahan penyejuk yang rendah dalam sistem. Namun begitu, terdapat tanda-tanda berlaku kebocoran bendalir bahan penyejuk dalam penyaman udara kereta, antaranya: i. Terdapat bunyi semasa penyaman udara kereta dihidupkan; ii. Kitaran penyaman udara on atau off dengan kerap; iii. Terdapat bunyi daripada sistem penyaman udara (semasa enjin dimatikan); iv. Terdapat sisa-sisa minyak di sekitar hos dan aksesori paip penyaman udara. 3. Kegagalan Motor Kipas - Selain itu, antara punca yang menyebabkan aircond kereta tidak sejuk adalah disebabkan oleh kegagalan motor kipas yang terletak di bahagian depan motor kenderaan. Penting untuk kita sentiasa memastikan motor kipas sentiasa berfungsi dan berada dalam keadaan baik. Motor kipas yang berfungsi bukan sahaja dapat memberikan keselesaan kepada anda malah mengoptimumkan penyejukan terutamanya di bahagian enjin kereta anda. Kita juga boleh melakukan visual checking dengan cara membuka bonet depan semasa enjin dihidupkan untuk memastikan sama ada kipas ini berfungsi atau tidak. Jika kipas tidak berfungsi, kemungkinan besar berlaku kerosakan pada fius, geganti (relay) atau motor kipas.


4. Kompressor Rosak - Punca utama kenapa aircond kereta tidak sejuk adalah kerana kompressor kereta tidak berfungsi. Untuk pengetahuan, kompressor adalah salah satu komponen yang amat penting dalam sistem aircond kereta. Kerosakan kompressor boleh menyebabkan aircond kereta bermasalah sama ada kurang menggurangkan hawa dingin, atau lebih teruk, tidak mengeluarkan hawa sejuk langsung. Sekiranya aircond kereta tidak sejuk kerana kompressor yang rosak, anda perlu menggantikan kompressor itu. 5. Filter Dryer Tersumbat - Untuk pengetahuan, aircond kereta tak sejuk boleh berpunca daripada filter dryer yang tersumbat. Masalah dryer yang tersumbat dan kotor ini boleh menyebabkan tekanan sistem aircond menjadi sangat tinggi. Filter drier kereta boleh tersumbat kerana kekotoran yang tidak dibersihkan dan tidak diselenggara secara berkala. 6. Cooling coil kotor - Aircond berbunyi kuat tapi tidak mengeluarkan hawa sejuk? Itu tandanya cooling coil kereta sedang berada pada tahap yang kotor. Apabila cooling coil menjadi sangat kotor, putaran angin akan menjadi tersekat. Cooling coil yang kotor boleh disebabkan apabila ia penuh dengan habuk-habuk di jejaring cooling coil. Habuk-habuk tersebut menghalang daripada putaran angin daripada masuk dan menyebabkan aircond kereta tak sejuk. 7. Expansion Valve Rosak - Sebab aircond kereta tak sejuk seterusnya adalah expansion valve yang rosak. Ia boleh jadi sama ada stuck open atau stuck closed yang disebabkan kemasukkan kotoran. Masalah ini tidak boleh dibiarkan lama tanpa penyelenggaraan. Ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan teruk kepada seluruh sistem aircond kereta.


8. Condenser fan rosak - condenser fan yang rosak juga boleh menyebabkan aircond kereta tidak sejuk. Condenser fan adalah salah satu elemen penting dalam sistem aircond kereta yang berfungsi untuk membantu menurunkan suhu dan juga tekanan dalam sistem aircond supaya gas aircond kereta dapat bertukar menjadi cecair. Antara petanda yang condenser fan kereta anda sudah rosak adalah apabila aircond kereta anda hanya sejuk apabila kereta mula bergerak dan sebaik saja kereta berhenti, ia akan kembali menjadi tidak sejuk. CARA PENJAGAAN AIRCOND KERETA Aircond kereta atau penyaman udara adalah salah satu elemen penting dalam kereta. Oleh itu, penyelenggaraan secara konsisten perlu dilakukan. Untuk memastikan aircond kereta kekal sejuk dan tidak bermasalah, ini adalah perkaraperkara yang perlu lakukan; 1. Bersihkan penapis udara - Kebanyakan kereta moden pada hari ini, penapis udara kereta terletak di ruang kompartemen pada dashboard di bahagian tempat duduk penumpang hadapan. Ruang kompartmen ini mudah dibuka. Ia memudahkan untuk mengeluarkan dan membersihkan kotoran yang menganggu aliran penapis udara. Selepas membersih, anda perlu memastikan penapis tersebut betul-betul kering sebelum dimasukkan semula ke dalam ruang kompartmen.


2. Buang objek asing - dinasihatkan untuk sering melakukan pemeriksaan di bahagian cermin hadapan. Jika ada daun kering atau mana-mana serpihan objek lain tersekat. Langkah ini perlu dilakukan untuk mengelakkan daundaun kering atau pun objek-objek asing daripada tersedut masuk ke dalam sistem aircond kereta. Jika ia termasuk, ia boleh menyebabkan sistem aircond tersumbat. 3. Hidupkan aircond kereta secara berkala - Jika kereta jarang digunakan, anda perlu menghidupkan penyaman udara kereta anda sekurang-kurangnya seminggu sekali selama 10 minit. Putarkannya ke kelajuan kipas tertinggi dengan tetapan paling sejuk. Dengan cara ini, ia dapat membantu mengekalkan tekanan gas aircond kereta dan memastikan compressor berfungsi dan berada dalam keadaan baik. 4. Periksa clutch magnet compressor - Untuk memastikan aircond kereta anda berada dalam kondisi yang baik, anda perlu membuat pemeriksaan magnet compressor. Sekiranya sebahagian getah pada clutch magnet compressor sudah cair, ia perlu ditukarkepada set clutch magnet yang baru. Getah clutch magnet compressor boleh cair dan rosak apabila mengalami tekanan kepanasan yang melampau. Ia juga boleh rosak sekiranya minyak compressor tidakditukar. 5. Periksa Fuse & Relay Compressor - Fuse compressor atau juga dikenali sebagai A/C Comp boleh menjadi putus. Sekiranya ia putus, ianya perlu gantikan fuse tersebut dengan yang baru. Namun, sekiranya fuse baru tersebut turut putus dalam masa yang singkat, masalah yang anda hadapi bukan lah pada fuse. Ia sebenarnya adalah masalah litar pintas magnet kompresor. Relay kompresor pula boleh didapat dalam kotak fius. Sekiranya fius putus, anda boleh cuba untuk tukar relay compressor ini dengan relay untuk hon atau mana-mana relay yang sama yang ada dalam kotak fius itu.


Sekiranya compressor itu hidup selepas penukaran, maka relay compressor tersebut mengalami masalah. Tukarkan dengan relay yang baru. Sekiranya compressor masihgagal, maka ikuti langkah seterusnya. 6. Semak kuantiti gas - Masalah aircond kereta tak sejuk secara tiba-tiba juga boleh disebabkan kuantiti gas yang berkurangan atau tiada langsung. Apabila gas aircond tiada, kompresor tidak dapat bekerja. Lakukan pemeriksaan. Caranya mudah saja iaitu dengan menggunakan kunci untuk mencucuk valve nipple dan kemudiannya tekapkan kunci tersebut dengan tidur. Jika gas masih ada, anda akan merasa gas keluar. Jika langsung tiada gas atau kurang, anda akan terasa perbezaannya. Anda turut boleh menggunakan UV Gas Leak Detector untuk membantu mengesan sebarang kebocoran. 7. Semak pressure switch dan current supply - Sekiranya apabila anda telah membuat langkah-langkah di atas dan aircond kereta masih tak sejuk, anda boleh teruskan untuk membuat bypass pressure switch. Pressure switch kebiasaanya diletak berhampiran dengan bahagian liquid pipe yang berperanan untuk menghubungkan condenser dengan expansion valve serta cooling coil. Apabila pressure switch tersebut rosak, kompresor tidak akan dapat berfungsi. Bagi current supply pula, sekiranya bahagian-bahagian di atas telah diperiksa dan anda masih tidak menjumpai puncanya, anda boleh periksa current supply di soket wayar ke compressor aircond. Sekiranya current supply berfungsi, maka terbukti clutch magnet compressor telah rosak. Anda perlu menggunakan test lamp untuk memeriksa current supply ini.


TANDA COMPRESSOR AIRCOND KERETA ROSAK ● Bunyi bergeseran apabila aircond kereta dihidupkan. ● Bunyi Kompressor Aircond Yang Kasar. ● Enjin Kereta Mati Apabila Suis Aircond Dihidupkan. ● Kerosakan pada Magnet Clutch


Click to View FlipBook Version