FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH 2022/2023 DT5002 TEKNOLOGI DIGITAL DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PENSYARAH: PROF. MADYA DR TAN CHOON KEONG TUGASAN 2: (INDIVIDU) NAMA: ABIDAH BT JUNAIDI (PP2212025T) LINK EBOOK: E:BOOK PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 2 (PENYALAHGUNAAN BAHAN)
PENYALAHGUNAAN BAHAN
STANDARD PEMBELAJARAN • Menghuraikan risiko penyalahgunaan bahan. • Mengaplikasikan kemahiran kecekapan psikososial dalam menangani risiko penyalahgunaan bahan. • Menilai faedah tidak melibatkan diri dalam penyalahgunaan bahan.
“ • Penyalahgunaan bahan seperti dadah, arak dan gam boleh menyebabkan ketagihan. • Bahan-bahan ini boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan seseorang hilang pertimbangan.
RISIKO PENYALAHGUNAAN BAHAN TERHADAP DIRI SENDIRI Hati Fizikal Janin Saraf Sosial Mental dan Emosi Otak
RISIKO PENYALAHGUNAAN BAHAN TERHADAP DIRI SENDIRI • Hati akan mengalami kerosakan yang serius seperti sirosis hati yang boleh membawa maut. • Mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan lebih sempurna. SARAF • Merosakkan saraf yang terdapat di dalam tubuh badan. • Menyebabkan kecederungan mendapat pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. FIZIKAL • Merosakkan sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolism dan otot-otot. • Fungsi otak terganggu sehingga menyebabkan sawan. • Mata akan kelihatan merah dan berair serta hidung berhingus. • Penampilan diri tidak terurus dan tidak normal. Hati
RISIKO PENYALAHGUNAAN BAHAN TERHADAP DIRI SENDIRI JANIN • Saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh. • Keadaan muka yang rata dan kelemahan pada sendi-sendi dan otot. • Mengalami kekurangan berat badan. SOSIAL • Hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap diri sendiri keluarga serta masyarakat sekeliling. • Pretasi dan disiplin kerja akan merosot. Tingkah laku dan sikap akan berubah daripada seorang yang periang kepada pendiam. • Tidak menghiraukan kesihatan diri. • Lebih suka hidup menyendiri. MENTAL DAN EMOSI • Dikenali sebagai kesan psikologi. • Berasa seronok, teransang, halusinasi dan khayal (euphoria). • Hilang kawalan diri dan pemikiran. Tidak berasa segan silu untuk melakukan perkara di luar batasan di khalayak ramai. • Berasa keluh-kesah, gian dan amat menderita jika tidak mendapat bekalan bahan terlarang. • Boleh bertindak ganas dan hilang kawalan emosi.
KEMAHIRAN KECEKAPAN PSIKOSOSIAL
Penyalahgunaan bahan boleh mendorong seseorang terjebak dalam kegiatan antisosial dan perbuatan jenayah yang akhirnya memberi impak terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pembentukan generasi pemimpin turut terbantut malahan akan tercetusnya polemik dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Setiap individu bertanggungjawab mengaplikasikan kemahiran kecekapan psikososial dalam menangani risiko penyalahgunaan bahan. Antara kemahiran kecekapan psikososial yang boleh diaplikasikan adalah kemahiran membuat keputusan yang tepat, berkomunikasi dengan jelas serta berkebolehan menyelesaikan masalah dengan berkesan.
APLIKASI KEMAHIRAN KECEKAPAN PSIKOSOSIAL DALAM MENANGANI RISIKO PENYALAHGUNAAN BAHAN”
3.Hubungan kekeluargaan dan interpersonal Hubungan kekeluargaan dan interpersonal memainkan peranan penting dalam memastikan ahli keluarga tidak terjebak dalam masalah penyalahgunaan bahan.
FAEDAH TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM PENYALAHGUNAAN BAHAN
Dapat menghindarkan diri daripada melanggar undang-undang yang mungkin akan menyebakan dipenjarakan. FAEDAH TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM PENYALAHGUNAAN BAHAN
LATIHAN PENGUKUHAN 1. Senaraikan risiko penyalahgunaan bahan terhadap diri sendiri. Risiko penyalahgunaan bahan ________ ________ ____________ ___________
LATIHAN PENGUKUHAN 1. Berdasarkan pemahaman anda tentang penyalahgunaan bahan, hasilkan satu peta i-THINK tentang kemahiran psikososial dalam menangani penyalahgunaan bahan. Hasilkan satu peta i-THINK tentang kemahiran psikososial dalam menangani penyalahgunaan bahan.
TERIMA KASIH