TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT FADHLINA SIDEK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN HIDUP SIHATCEGAHROKOK DAN VAPE KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIATAHUN2023 TARIKH : 13 DISEMBER 2023 (RABU) MASA : 9.00 PAGI TEMPAT: SMK TASEK DAMAI, IPOH
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. (Salutasi disediakan oleh urus setia) 1. Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjatkansetinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SubhanahuWata'ala,kerana dengan limpah kurnia serta keizinan-Nya, dapat kitasemua hadir dan berhimpun di sini, khususnya, bersama-samadengan murid-murid, warga KPMserta tetamuyanghadirsempena Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat CegahRokokdan Vape Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023. 2. Tahniah juga kepada semua pejabat pendidikandaerahdansemua sekolah di seluruh negeri Perak yang memberi sokonganpadu dan turut serta dalam pelaksanaan kempenini secaraserentak di peringkat kebangsaan. 3. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkansyabasdantahniah kepada semua warga kerja programdalammerencanadan merealisasikan hasrat KPM untuk melaksanakanprogramini. Terima kasih kepada Unit Hal Ehwal Murid JPNPerakataskelolaan majlis ini dan terima kasih kepada PengetuaSMKTasekDamai atas kesudian menyediakan prasarana denganbaik. 4. Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape adalahsatuusahayang perlu dilaksanakan secara konsisten serta memberi impakyang bermakna kepada semua murid. Warga pendidiksertamasyarakat perlu cakna dan sentiasa memperingatkankesanburuk rokok dan vape kepada murid dan anak kita. Trendmurid
yang menjadikan tabiat menghisap vape sebagai satukebiasaandilihat semakin membimbangkan dan perlu dihentikansegera. 5. KPM sentiasa komited dalam memastikan pembinaankarakteryang baik dalam diri anak-anak kita. Oleh itu, kita tidakmahuanak-anak kita hilang nilai karakter yang kita hasratkandanhanyut dalam arus pemodenan yang 4 akhirnya membawaimplikasi buruk yang mampu menjejaskan kesihatantubuhbadan dan minda. 6. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita kes muridyangmenghisap vape telah terkesan serta merta terhadapfungsi badan murid tersebut. Hal ini memberi gambaranyangjelasbetapa budaya vaping ini patut dihentikan serta mertadalamkalangan murid sekolah kerana membawa kemudaratan.Justeru, saya menyeru semua murid di hadapansayadansemua sekolah seluruh Malaysia, hentikan pengambilanvapeserta merta dan sayangi diri sendiri. 7. Saya difahamkan bahawa sebelum majlis ini bermula, murid-murid telah diperdengarkan ceramah berkaitan rokokdanvapedari pihak jabatan kesihatan. Saya yakin melalui ceramahtersebut, murid faham dan jelas tentang kesan sertaakibatterhadap gejala merokok dan menghisap vape. 8. KPM juga sentiasa menyokong penuh akan RangUndang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi KesihatanAwam2023yang telah dibentangkan oleh Kementerian KesihatanMalaysiadi Dewan Rakyat baru-baru ini. Suka saya memaklumkandi sini bahawa, di bawah RUU yang akan dikuatkuasakanolehKKMkelak, murid-murid yang 5 berumur di bawah 18 tahunadalahtidak dibenarkan atau tidak boleh membeli dan merokoksemua
jenis produk merokok termasuk rokok elektronik atauvapedi premis jualan serta memerlukan kawalan ibu bapa. 9. KPM konsisten dengan arahan kepada semuajabatanpendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dansekolahberkaitan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun1997:Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok danSurat SiaranKPM Bilangan 17 Tahun 2015 : Larangan PenggunaanRokokElektronik atau Vape di Sekolah. Oleh itu, adalah amat pentingbagi semua pihak untuk mengambil langkah-langkahpencegahan yang berkesan agar murid-murid mengamalkanhidup sihat tanpa rokok dan vape termasuk tidakterlibatdengan gejala negatif yang lain. 10. Teras Kedua dalam Tujuh Teras Nadi KeunggulanKPM,menekankan aspek Karamah Insaniah melalui pembentukanadab, akhlak dan integriti. Kita akan terus berusahamencapai hasrat ini dengan berpegang teguh kepada FalsafahPendidikanKebangsaan yang menuntut agar perhatian penuhdiberikankepada murid dalam pembentukan karakter yang harmonis,murid yang seimbang dari Jasmani, Emosi, Rohani danIntelektual 6 (JERI). Saya yakin amalan gaya hidupsihat dapatmemastikan JERI serta spritual murid dalamkeadaanyangbaik. 11. KPM berpandangan bahawa pendidikan pencegahanrokok, vape dan bahan-bahan terlarang seperti dadahdansebagainya secara konsisten mampu membentuk muriddalammengamalkan budaya dan gaya hidup sihat dan aktiviti-aktiviti diperkasakan dan dilaksanakan secara berterusan di dalamdandi luar bilik darjah melalui aktiviti kurikulumdan kokurikulum.KPM sentiasa memberi peringatan agar pihaksekolahmelaksanakan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang
merangkumi aspek dadah, rokok, alkohol, vape, inhalandanHIV(DARVIH). 12. Melalui silibus kurikulum di bawah matapelajaranPendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK), murid-murid telah didedahkan dan diajar supaya menjauhi amalantidak sihat seperti merokok, meminumalkohol danterlibatdengan penyalahgunaan dadah. Kemahirankemahiranasertifdiri mula diserapkan dalam jiwa dan pemikiran murid-muridagar mereka boleh berfikir dan 7 bertindak denganrasional terhadap bahaya ancaman penyalahgunaan bahantermasukrokok dan vape. 13. Pendekatan pendidikan pencegahan rokok juga diterapkandalam Program Pembangunan Sahsiah Murid seperti dalamkursus-kursus kepimpinan, ceramah, pameran, mesej 5minitbahaya rokok dan vape sewaktu perhimpunan atausebelumpermulaan pengajaran di dalam bilik darjah. Seterusnya, aktiviti berbentuk pertandingan seperti kuiz, poster infografik, esei,cerpen, video pendek dan diperluaskan lagi denganpenggunaan medium media sosial seperti Tik Tok, Facebookdan Instagram. 14. Program Kaunseling Berfokus yang dilaksanakanolehGuruBimbingan dan Kaunseling kepada murid-muridterusdiperkasakan agar murid-murid dibimbing supaya celikakal dansedar akan tingkah laku tidak sihat yang boleh memberi kesanburuk kepada diri mereka. KPM yakin dengan usaha berterusandan komitmen semua pihak menerapkan amalannilai murni dan kesedaran penjagaan kesihatan diri, termasuk menjauhi tabiat merokok dan vaping dalam kalangan muriddi sekolah,dapat membentuk karakter murid yang sejahtera.
15. Oleh yang demikian, KPM terus menyokong penuhusahaKKM dalam memerangi isu merokok dan akan memberikankerjasama sepenuhnya untuk mengawal penggunaanrokokkonvensional, rokok bukan dari tembakau termasukrokokelektronik dan vape khususnya dalamkalanganmuriddi sekolah. 16. Sesungguhnya usaha KKM ini adalah bertepatanbagi meneruskan dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysiasebagai sebuah negara bebas tanpa sebarang bentuk amalanmerokokmenjelang tahun 2040. Langkah-langkah ini juga selari denganmatlamat untuk melahirkan insan beriman, berakhlakmulia,berilmu, berketerampilan dan sejahtera dalammembentukMalaysia MADANI. 17. Akhir kata saya menyeru anak-anak sekalianyangberadadi hadapan saya serta murid-murid di seluruh negeri, daerahdan sekolah pada hari ini yang bersama-sama dalammajlispelancaran ini secara serentak untuk menyahut saranankerajaan “Malaysia Negara Bebas Rokok” dan mengamalkangaya hidup sihat. 18. Dengan Lafaz mulia, Bismillahirrahmanirrahim, sayadengan sukacitanya merasmikan Majlis PelancaranKempenHidup Sihat Cegah Rokok dan Vape KementerianPendidikanMalaysia Peringkat Negeri Perak bagi Tahun 2023. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah. WassalamualaikumWBT.
Ucapan alu- aluan pengacara majlis TEKS EMCEE Salam Sejahtera, Yang berusaha Pn.Jovita Sarabun Guru Besar SK.Lokub Yang dihormati En.Tousin Bongkulat Penolong Kanan Pentadbiran Pn.Sylvia binti Saribun Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn.Mayang Rashid Penolong Kanan Kokurikulum Guru-guru Barisan AKP serta Murid-murid sekalian Selamat Pagi dan Salam Malaysia Madani Nyanyian Lagu Majlis mengucapkan Selamat Datang ke Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape Peringkat SK.Lokub Tuaran Tahun 2023 Bagi menyemarakkan lagi semangat kebangsaan dan cintakan tanah air, majlis mempersilakan para hadirin untuk berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Sabah dengan iringan muzik Dipersilakan Bacaan ikrar Bagi mempamerkan kesungguhan dan kesetiaan kepada negara dipersilakan Muhamad Farid Syazwan bin Wahid untuk memimpin lafaz ikrar Rukun Negara Jemput duduk Para hadirin dijemput duduk. Jemput dudukBacaan doa Hadirin sekalian Awan putih tampak beralun Hati tertawan bagai terpasung Tangan ditadah doa di alun Agar majlis lancar berlangsung Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Muhamad Putra Hafiz bin Kassim untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
Tamat doa Amin, Moga majlis pada hari ini mendapat keberkatan dari Ilahi. Aluan Pengacara Hadirin sekalian Untuk makluman semua, pada hari ini adalah hari yang dipilih oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023, sebagai hari pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape yang dilancarkan serentak pada hari ini di seluruh negara. Objektif program ini adalah untuk menanamkan kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid dalam jangka masa Panjang. Selain itu, ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan informasi kepada murid tentang bahaya menghisap rokok dan vape. Kempen ini bukanlah bersifat sehari tetapi ia nya merupakan kempen yang diberi penjenamaan semula dan dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ucapan Pengerusi Sayup terdengar sahutan cengkerik Di atas ranting sarang kerengga Tuan di sana senyum melirik Kami jemput bermadah pujangga Bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis menjemput Pengerusi Majlis, Pn.Sylvia binti Saribun Penolong Kanan HEM SK.Lokub untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan. ************************************** Terima kasih Puan Penolong Kanan HEM atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi Ucapan Perasmian Datang menyerah jejaka tampan Memimpin kota dalam tahanan Ucapan tuan kami nantikan Kata azimat penuh pesanan Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn.Jovita Sarabun, Guru Besar SK.Lokub Tuaran untuk menyampaikan ucapan perasmian sempena Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape tahun 2023
Dipersilakan ****************************** Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn.Jovita Sarabun atas ucapan perasmian sempena Pelancaran kempan Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape tahun 2023 sebentar tadi. Bacaan Ikrar Generasi Sihat tanpa Rokok dan Vape Majlis diteruskan dengan menjemput AYRA ALYSSA ARCHLEY Wakil Duta Sahsiah Untuk mengetuai bacaan ikrar generasi Sihat Tanpa Rokok Dan Vape. Dengan itu para pelajar diminta berdiri . ****************************** Para pelajar dipersilakan duduk Fotografi Seterusnya, dipersilakan barisan Pentadbir dan guru untuk sesi fotografi. Beredar Guru besar boleh beredar manakala murid-murid diminta kekal berada di tapak perhimpunan ini bagi mendengarkan slot ceramah Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape yang akan disampaikan oleh En.Saimen Lutas, Guru Disiplin SK.Lokub Tuaran. Dipersilakan Ucap terima kasih Penutup Menyanyi lagu Penutup Terima kasih diucapkan kepada En.Saimen Lutas di atas ceramah yang telah disampaikan. Maka dengan ini majlis sudah tiba ke penghujungnya. Sekalung tahniah kepada jawatankuasa serta warga SK.Lokub Tuaran atas pelancaran program pada hari ini, walaupun maklumannya secara mengejut namun sikap dan sifat guru yang sabar dan gigih berusaha tetap menjadikan majlis pada hari ini berlangsung dengan jayanya. Syabas dan tahniah semua. Majlis ini kita tutup dengan lagu “Tak Nak”. Sekian, terima kasih.
SEKOLAH KEBANGSAAN LOKUB 89208 TUARAN, SABAH KERTAS KERJA ________________________________________________________________ PELANCARAN KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOKDANVAPETAHUN 2023 __________________________________________________________ TARIKH : 13 DISEMBER 2023 TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN SK.LOKUB ANJURAN: BIMBINGAN DAN KAUNSELING DENGAN KERJASAMA : Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) UNIT HAL EHWAL MURID
1.0 PENGENALAN Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akanmenganjurkan Majlis Pelancaran KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE TAHUN2023Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Justeru, pelaksanaan di peringkat sekolah akan dijalankanmengikut ketetapan iaitu pada 13 Disember 2023 (Rabu). Pelancaran ini akan menyebarluaskaninfoberkaitan natijah penagihan vape, rokok dan dadah dalam kalangan pelajar.. 2.0 KONSEP Melahirkan Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC). 3.0 OBJEKTIF 3.1 Membimbing murid tahu dan faham akan kesan bahaya rokok dan vape. 3.2 Membimbing murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengatakan TIDAK kepada merokok dan menghisap vape. 3.3 Memperkasakan Duta Sahsiah Murid (Ikon Murid Pendidikan Pencegahan Dadah, Ikon Kelab Pencegahan Jenayah dan Ikon Pengawas) sebagai agen penyampaimaklumat kepada rakan sebaya dan warga pendidikan. 4.0 KUMPULAN SASARAN Semua guru dan murid-murid SK.Lokub 5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT PROGRAM Tarikh : 13 Disember 2023 (Rabu) Masa : 0800 - 1220 Tempat Program : Tapak Perhimpunan SK.Lokub
6.0 ATURCARA MAJLIS MASA AKTIVITI 8.00am Murid berkumpul Kehadiran guru 8.20am-12.20pm -Ucapan Aluan Pengerusi Majlis -Nyanyian Lagu Negaraku -Nyanyian Lagu Negeri Sabah -Ikrar Rukun Negara -Bacaan Doa -Ucapan PGB SK.Lokub Tuaran - Teks Menteri Pendidikan Malaysia - Perasmian Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok Dan Vape -Ikrar Generasi Sihat Tanpa Rokok dan Vape - Sesi bergambar Perasmi dan warga sekolah - Ceramah Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape Oleh Guru Disiplin - Menyanyi lagu “Tak Nak” https://www.youtube.com/watch?v=Q5IHoxbB9Y8- Bersurai 7.0 JAWATANKUASA INDUK Penasihat Pn.Jovita Sarabun (Guru besar) Pengerusi Pn.Sylvia binti Saribun (PK Hem) Naib Pengerusi En.Tousin Bongkulat (PK Kurikulum) Pn.Mayang Rashid (PK Kokum) Setiausaha dan Penyelaras Program Ustazah Faezah binti Saman (Guru PPDa) Penyelaras Bersama Pn. Helda Aswanda Pai (Guru Bimbingan dan Kaunseling) Bendahari En.Ladimin Unding (PT)
JAWATANKUASA PELAKSANA : JAWATANKUASA NAMA AJK Penyambut Tetamu dan Jemputan VIP Semua Pentadbir Pengacara Majlis Ustazah Faezah dan Pn.Helda Siaraya / PA System LCD En.Alix, En.Saimen Pn.Zita Persiapan pentas Pn.Hassni, Pn.Amoi Pn.Lunah, Pn.Jun, Pn.Mariana Persiapan Tempat En.Douhin, En. Genius, En. Binsin En.Alix, En.Saimen Fotografi Pn.Helsy & Pn.Zita Dokumentasi Pn.Noren dan Pn.Ballerina Kawalan Disiplin Pelajar En.Lunjin, En.Cornelius Buku Program / Banner/ Sijil Pn.SylviaSaribun, Pn.Helda Pai Bacaan Doa Tindakan ustazah Cenderahati Pn.Norin dan Pn.Ballerina 8.0 IMPLIKASI KEWANGAN Peruntukan : Bimbingan Kaunseling PERBELANJAAN KUANTITI HARGA CATATANBanting RM 30.00 x 2 RM 60.00 JUMLAH KESELURUHAN RM60.00 9.0 ULASAN PPD/JPN(sekiranya perlu) .................................................................................................................................... ....................................................................................................................................
PENUTUP Program ini diharapkan dapat membantu murid menerapkan nilai Karamah Insaniah yang dapat melahirkan Anak Yang Baik Lagi Cerdik serta memastikan bahawa mereka tidak terjebak dengansalah laku atau pelanggaran disiplin yang boleh membawa kepada kegiatan jenayah dan perlakuanyang menyalahi undang-undang. Disediakan oleh, Disemak oleh, ……………………………… ………………………………… (PN.HELDA ASWANDA PAI) (PN.SYLVIA BINTI SARIBUN) Guru Bimbingan dan Kaunseling, Penolong Kanan HEM, KERTAS CADANGAN KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE TAHUN 2023 KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH Meluluskan Kertas Cadangan Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok Dan Vape Tahun2023 Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok Dan VapeTahun 2023 ULASAN : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………Diluluskan oleh : ………………………………… (PN.JOVITA SARABUN) Guru Besar SK.Lokub