SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SELAMAT TARIKH 30 JUN 2024 TEMPAT DATARAN K’SEMAT ANJURAN UNIT HAL EHWAL MURID SK KAMPONG SELAMAT
Kertas Kerja Hari Keusahawanan 2024 Sekolah Kebangsaan Kampong Selamat 1.0 TAJUK Kertas Kerja Hari Keusahawanan 2024, Peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Selamat, Semanggol. Perak. 2.0 RASIONAL Hari Keusahawan ini bertujuan untuk membentuk perpaduan, kerjasama dan kesefahaman dalam kalangan warga sekolah. Oleh itu, aktiviti yang dijalankan merupakan salah satu aktiviti yang dapat membentuk murid menjadi insan yangbertolak-ansur, tolong-menolong, peka dan sebagainya. Aktiviti ini juga dapat membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis. 3.0 Matlamat 3.1 Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan diri untuk bergerak ke depan. 3.2 Menyampaikan mesej hubungan sesama manusia dengan penerapan nilai murni yang baik dikalangan murid-murid. 3.3 Menyedarkan dan menginsafi murid-murid dalam penggunaan masa untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan bersistematik. 4.0 Objektif 4.1 Memupuk semangat kerjasama di kalangan murid 4.2 Memupuk pemikiran yang kreatif di kalangan murid 4.3 Memupuk minat murid dalam bidang perniagaan.
5.0 BUTIRAN HARI KEUSAHAWANAN 5.1 Tarikh : 30 Jun 2024 (Ahad) 5.2 Hari : Ahad 5.3 Masa : 7.45 pagi – 12.00 t/hari 5.4 Sasaran : Semua murid dan guru SK Kampong Selamat 6.0 JAWATANKUASA 6.1 Jawatankuasa Induk Penasihat : En Badrol Manan bin Mohamad Pengerusi : Pn Hjh Rohani binti Ahmad Pen. Pengerusi 1 : En Norazmal Khairi bin Md Desa Pen. Pengerusi 2 : En Mohamad Hizar bin Abd Hamid Penyelaras : Pn Anita binti Ismail Pen. Penyelaras (Dokumentasi) : Pn Norsuriaty binti Ahmad Sarkawi Bendahari : Pn Anita binti Ismail 6.2 Jawatankuasa Kecil Pendaftaran : Pn.Norsuriaty binti Ahmad Sarkawi Juru Acara : En Haironizam bin Ismail Siaraya : En Ismade bin Ramli Juru Gambar : En Mohd Zaki bin Abd Kairi : Keselamatan : Pn Hazwani binti Khalimi Pengawas sekolah AJK Senamrobik : Pn Siti Aminah binti Sedek AJK Makan & Minum : Pn Norhayati binti Sulaiman Pn Siti Haslina binti Abd Halim AJK Sukaneka : En Mohd Fahmi bin Abd Kadir AJK Persiapan Tempat : En Ahmad Firdaus bin Ismail Pekerja swasta AJK Kupon : Pn Anita binti Ismail
7.0 Cadangan Aktiviti 7.1 Senamrobik 7.2 Pertandingan Mewarna 7.3 Aktiviti Sukaneka 7.4 Tayangan Video 7.5 Gerai Makanan & Minuman 7.2 Kuiz (selepas Hari Keusahawanan) 8.0 PENUTUP Dengan terlaksananya Hari Usahawanan ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan muhibbah dalam kalangan warga SK Kampong Selamat di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan mencapai objektif Disediakan oleh, Disemak oleh, ………………………………. ………………………………… (PN NORSURIATY BT AHMAD SARKAWI) (PN HAJAH ROHANI BINTI AHMAD) Setiausaha PK Hal Ehwal Murid SK Kampong Selamat SK Kampong Selamat Tarikh : 21 Jun 2024 Tarikh : 21 Jun 2024
Ucapan penghargaan kepada semua guru dan warga SK Kampong Selamat atas kerjasama dan sumbangan tenaga yang diberikan dalam menjayakan Program Hari Keusahawanan ini.