The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by srasgserdang, 2023-05-20 10:04:58

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGONG PIBG 2023

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGONG PIBG 2023

SEKOLAH RENDAH AGAMA SUNGAI SERDANG 42200 Kapar Klang, Selangor http://www.facebook.com/srasgserdang 21 MEI 2023 / Ahad 9.00 Pagi DEWAN BLOK RAFULIN, SRA SUNGAI SERDANG MESYUARAT TAHUN 2023/2024 Dirasmikan Oleh : Al-Fadhil Ustaz Mahdi Al-Hilmy Bin Arshad Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Pejabat Agama Islam Daerah Klang AGUNG PIBG KALI KE - 22 SCAN ME facebook


BIL PERKARA MUKA SURAT 1 SEKAPUR SIREH DARIPADA YDP PIBG 2 2 SEKAPUR SIREH DARIPADA GURU BESAR SRA SG. SERDANG 3 3 ATURCARA MESYUARATAGUNG PIBG KALI KE-22 4 4 JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2024 5 5 NAMA GURU DAN KAKITANGAN 2023/2024 5 6 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 6 7 ATURAN URUSAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 7 8 JAWATANKUASA PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 8 9 KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 9 10 SENARAI NAMA 8A UPKK 2021/2022 10 10 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 11-20 11 LAPORAN KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG 21 12 LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2022/2024 22 13 AKTIVITI/PROGRAM TAHUNAN SEKOLAH 2023/2024 23-24 14 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2022/2024 25-27 15 USUL/CADANGAN 28-32 17 SEKALUNG BUDI DAN PENGHARGAAN 33 1 ISI KANDUNGAN


2 SEKAPUR SIREH YDP PIBG السالم عليكم ورمحة هللا وبركاته احلمد هلل رب العلمني والصالة والسالم على أشرف األنبياء واملرسلني وعلى اله وصحبه امجعني Terlebih dahulu saya mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t serta selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW atas limpah kurnia dan izinNya, dapat kita bertemu secara bersemuka di dalam Mesyuarat Agung PIBG SRA. Sungai Serdang bagi kali ke - 22 sesi 2022 / 2024. Di kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas keikhlasan dan sokongan Tuan - tuan dan Puan - puan, kerana sudi meluangkan masa bagi menghadirkan diri ke Majlis Mesyuarat Agung PIBG hari ini. Semoga perjumpaan kita hari ini, dapat mewujudkan permuafakatan dan persefahaman disamping mengeratkan silaturahim seterusnya keharmonian dengan pihak sekolah. Tuan - tuan dan Puan - puan yang dihormati sekalian, Di dalam usaha bagi memastikan kejayaan pembelajaran murid, seharusnya kita selaku ibubapa, memberikan sokongan, dorongan dan mengutamakan kebajikan pembelajaran sepenuhnya kepada mereka dan juga kepada pihak sekolah. Oleh itu, kita harus lebih prihatin dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibubapa. Bersama – samalah kita berdoa kehadrat Allah S.W.T agar segala harapan dan impian kita untuk melihat usaha kita melahirkan insan berilmu dan bertanggungjawab di dalam menyampaikan ilmu dunia dan akhirat serta memberi perkhidmatan cemerlang dan seimbang menerusi nilai – nilai holistik yang berteraskan Al - Quran dan Sunnah selaras dengan VISI dan MISI SRA Sg. Serdang. Semoga perjalanan pembelajaran anak.– anak kita akan diberkati dan dirahmati Allah swt. Seterusnya dapat mengimbangi dan mengharungi arus permodenan teknologi pembangunan diperingkat global serta menjadi pemangkin untuk mengukuhkan ekonomi, agama, bangsa dan negara di masa hadapan. Saya, mewakili ahli-ahli PIBG, mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada semua barisan guru SRA Sungai Serdang yang sentiasa bertungkus - lumus dan berusaha dengan penuh keikhlasan bagi memastikan murid – murid memperolehi pencapaian yang cemerlang di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Ianya merupakan satu amanah dan tanggungjawab sebagai warga pendidik, mudah – mudahan keikhlasan yang diberi sewaktu mengajar akan memberikan keberkatan ilmu kepada semua murid. Seterusnya juga diucapkan jutaan terima kasih kepada semua barisan AJK PIBG sesi 2022 / 2024 serta para penyumbang diatas kerjasama, sokongan dan bantuan yang dihulurkan di dalam usaha membantu pihak sekolah melaksanakan pelbagai program serta aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan murid di SRA Sg. Serdang ini. Saya dan juga mewakili barisan AJK PIBG bagi sesi 2022 / 2024, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas gandingan mantap antara pihak pengurusan sekolah, guru-guru, PIBG dalam usaha menjayakan mesyuarat Agong pada kali ini. Mudahmudahan, PIBG dapat menjadi penyumbang dan pemangkin kepada kecemerlangan warga sekolah ini. Akhirulkalam, saya mendoakan agar SRA Sg. Serdang akan terus melakar kecemerlangan dalam segala bidang. INSYA’ALLAH.. Sekian. Terima kasih. وابهلل توفيق واهلدايه والسالم عليكم ورمحة هللا وبركاته ENCIK ZAMRI BIN SALLEH YDP PIBG, SRA Sungai Serdang.


SEKAPUR SIREH GURU BESAR 3 السالم عليكم ورمحة هللا وبركاته احلمد هلل رب العلمني والصالة والسالم على أشرف األنبياء واملرسلني وعلى اله وصحبه امجعني Alhamdulillah, mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana kita dapat bersama-sama hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SRA Sungai Serdang kali ke-22 pada kali ini. Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan amat mengalu-alukan kehadiran semua ibubapa / penjaga yang dapat hadir pada hari ini, mencari masa dan ruang disebalik kesibukan tugas dan tanggungjawab tuan/puan seharian. Tidak dilupakan kepada para guru yang telah berusaha dengan gigih selama ini. Saya rasa berbesar hati dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih diatas sokongan dan prihatin semua ibubapa dan guruguru. Bagi pihak PIBG sekolah, saya yakin, akan dapat menyemarakkan lagi semangat ibubapa dan warga SRA Sungai Serdang untuk melibatkan diri dengan aktif dalam program sekolah. Umum mengakui, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan dan kecemerlangan sekolah. Sekolah yang cemerlang terhasil daripada kerjasama dan sokongan yang padu dari PIBG. Guru memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran didalam kelas, manakala ibubapa memberikan respon terhadap perkhidmatan yang diberikan, disamping menyalurkan idea yang bernas, sokongan dan bantuan terhadap pembangunan akademik dan sahsiah di sekolah. Selain daripada itu, perlunya hubungan dan kerjasama yang erat antara guru dan ibubapa kearah meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Justeru, PIBG adalah badan yang sangat penting bagi memperkuatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Saya percaya dengan keprihatinan semua kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Saya sangat mengharapkan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, terutamanya PIBG kerana setiap antara kita boleh menyumbang sesuatu demi kecemerlangan anak kita. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi bersama-sama dengan kita pada hari ini. Sekian. وابهلل التوفيق واهلدايه والسالم عليكم ورمحة هللا وبركاته Salam hormat, ENCIK ZAIDI BIN MOHAMAD NUSRAN Guru Besar, Sekolah Rendah Agama Sungai Serdang, 42200 Kapar, Klang


ATURCARA MAJLIS 4 8.30 pagi : Pendaftaran ahli-ahli PIBG Ketibaan para jemputan 9.00 pagi : Aturcara bermula - Ucapan alu-aluan pengacara majlis : Ustaz Abdul Rahim bin Azhar -Bacaan doa oleh : Ustaz Mohd Khalid bin Hamim -Ucapan oleh : Yang Berbahagia En. Zamri bin Salleh YDP PIBG SRA. Sungai Serdang -Ucapan oleh : Yang Berusaha Ustaz Zaidi bin Muhamad Nusran Guru Besar SRA. Sungai Serdang -Ucapan dan perasmian oleh : Al-Fadhil Ustaz Mahdi Al-Hilmy bin Arsyad Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah, Pejabat Agama Islam Daerah Klang 10.15 pagi : Penyampaian cenderahati murid 8A UPKK 2022 Penyampaian cenderahati VIP 10.45 pagi : Jamuan ringan Tayangan video aktiviti tahunan 11.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-22 tahun 2023/2024 - Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 - Membentang Penyata Kewangan PIBG bagi tahun berakhir 31.12.2022 - Membahas dan Menerima Usul - Pembentangan laporan / Aktiviti tahunan - Ucapan penangguhan 12.30 tengah hari : Cabutan rezeki 1.00 petang : Bersurai


5 Yang Di Pertua : En. Zamri bin Salleh Naib Yang Di Pertua : En. Azwan bin Abu Seman Setiausaha : Pn. Ati Suria Hani binti Ismail Naib Setiausaha : Pn. Nurul Bariah binti Miswan Bendahari : Pn. Norazira binti Md Aris Ahli Jawatankuasa AJK Ibubapa : En. Mohd Suhaimi bin Azman En. Mohd Riduan bin Abdul Hamid En. Azman bin Mahmud Pn. Salina binti Samsuri Pn. Norhalizah binti Othman AJK Guru-guru : En. Talhah bin Muhamad Amin Pn. Mazlina binti Misnan Pn. Halimatun Niza binti Suratmin Pn. Farazila binti Mohamad Wasis Pn. Nur’atashah binti Norudin Pemeriksa Kira-kira : Pn. Zuralina binti Jamingan En. Mohd Alias bin Ismail SENARAI GURU-GURU DAN KAKITANGAN SRA. SUNGAI SERDANG TAHUN 2023 BIL NAMA JAWATAN 1 En. Zaidi bin Muhamad Nusran Guru Besar 2 En. Talhah bin Mohamad Amin GPK (1) & Guru Beredar 3 Pn. Sumiah bintiKasnan GPK HEM & Guru Beredar 4 Pn. Farazila binti Mohamad Wasis Guru Tahun 6 Abu Bakar 5 Pn. Halimatun Niza bintSuratmin Guru Tahun 6 Umar 6 Pn. Nur’atashah binti Norudin Guru Tahun 6 Uthman 6 En. Muhammad Khalid bin Hamim Guru Tahun 5 Abu Bakar 7 Pn. Mazlina binti Misnan Guru Tahun 5 Umar & Guru Ko-kurikulum 8 Cik Nurul Hidayue binti Juwani Guru Tahun 5 Uthman 9 EN. Abdul Rahim bin Azhar Guru Tahun 4 Abu Bakar 10 Pn. Nursyahirah binti Masduki Guru Tahun 4 Umar 11 Pn. Nurrul Bariah binti Miswan Guru Tahun 4 Uthman 12 Pn. Nurqurratuaini binti Mohd Ashar Guru Tahun 3 Abu Bakar 13 Pn. Nik Nor Azlina binti Nik Soh Guru Tahun 3 Umar 14 En. Mohd Marzuqi bin Mahmud Guru Tahun 3 Uthman 15 Pn. Khalilah binti Mohamed Salleh Guru Tahun 2 Abu Bakar 16 Cik Arifatunnur binti Mohd Abas Guru Tahun 2 Umar 17 Pn. Norazira binti Md Aris Guru Tahun 2 Uthman 18 Pn. Noraliza binti Hj Aman Guru Tahun 1 Abu Bakar 19 Pn. Zuralina binti Jamingan Guru Tahun 1 Umar 20 Pn. Ati Suria Hani binti Ismail Guru Tahun 1 Uthman 21 Pn. Muslikha binti Mokhid Guru beredar 22 Pn. Norfazliah binti Misroh PembantuTadbir (PIBG) 23 Pn. Raihani binti Asral Pembersih Kawasan JAWATANKUASA PIBG 2022-2024


NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 Ruj Tuan : Ruj Kami : SRA.SG.S.Klg 07/002/03( 21 ) Tarikh : 05hb Mei 2023 14 Syawal 1444H السالم عليكم ورمحة هللا وبركاته Kepada, Ibubapa / Penjaga Murid, Sekolah Rendah Agama Sungai Serdang, 42200 Kapar, Klang, Selangor Darul Ehsan. Tuan / Puan, NOTIS MESYUARAT AGONG PIBG SEKOLAH RENDAH AGAMA SUNGAI SERDANG KALI KE - 22 Adalah dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Rendah Agama Sungai Serdang kali ke – 22 akan diadakan pada ketetapan berikut : Tarikh : 21hb Mei 2023 bersamaan 01 Zulkaedah 1444H Hari : Ahad Masa : 9.00 Pagi Tempat : Dewan Blok Rafulin Sekolah Rendah Agama Sungai Serdang,42200 Kapar 3. Bersama-sama ini disertakan link Google Form kehadiran dan borang usul untuk dikemukakan dalam mesyuarat tersebut.Sila hantar jawapan kehadiran dan usul bertulis tersebut selewat-lewatnya pada hari Khamis 11hb Mei 2023. 4. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami mudah-mudahan dengan kehadiran tuan/puan akan dapat memberi idea dan sokongan serta membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi sekolah. Segala kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan / puan amat kami hargai dan kami ucapkan ribuan terima kasih. والسالم عليكم ورمحة هللا وبركاته ‘BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA’ “SELANGOR MAJU BERSAMA” Saya yang menurut perintah, ……………………………….. (ATI SURIA HANI BINTI ISMAIL) Setiausaha PIBG Sekolah Rendah Agama Sungai Serdang No. Tel / Faks : 03-32503581 Sk : Pengawai Tadbir Agama Daerah Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah Persatuan Ibubapa Dan Guru 6


6 1- Ucapan dan kata alu- aluan Pengerusi Majlis 2- Ucapan YDP PIBG SRA. Sungai Serdang sesi 2023/2024 3- Ucapan Guru Besar SRA. Sungai Serdang merangkap Penasihat PIBG SRA. Sungai Serdang 4- YDP PIBG mengumumkan mengenai jumlah kehadiran mesyuarat 5- Membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 A) Perkara berbangkit ( jika ada ) B) Pengesahan dan Sokongan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 6- Membentangkan Program Tahunan PIBG 2023-2024 A) Perkara berbangkit ( jika ada ) B) Pengesahan dan Sokongan Program Tahunan PIBG 2023-2024 7- Membentangkan Penyata Kewangan PIBG bagi tahun berakhir 31.12. 2022 A) Perkara berbangkit ( jika ada ) B) Pengesahan dan Sokongan Penyata Kewangan PIBG bagi tahun berakhir 31.12. 2022 8- Membahas usul-usul 9- Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG sesi 2022/2024 10- Cabutan Rezeki & Bersurai 7 ATURAN URUSAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 SESI 2023/2024


Penasihat : En. Zaidi bin Muhamad Nusran (Guru Besar SRA. Sungai Serdang) Pengerusi : En. Zamri bin Salleh (YDP PIBG SRA. Sungai Serdang) Naib Pengerusi : En. Azwan bin Abu Seman (NYDP PIBG SRA. Sungai Serdang) Setiausaha : Pn. Ati Suria Hani binti Ismail Naib Setiausaha : Pn. Nurul Bariah binti Miswan Bendahari : Pn. Norazira binti Md Aris Penyambut tetamu Buku Program 1- En. Zaidi bin Muhamad Nusran 1- Pn. Ati Suria Hani binti Ismail ( Ketua ) 2- En. Zamri bin Salleh 2- Pn. Nurul Bariah binti Miswan 3- En. Azwan bin Abu Seman Persiapan Dewan PA Sistem 1- En. Talhah bin Mohamad Amin (Ketua) 1- En. Mohd Marzuki bin Mahmud ( Ketua ) 2- Pn. Sumiah binti Kasnan 2- En. Mohd Khalid bin Hamim 3- Cik Nurul Hidayue binti Juwani 4- Pn. Halimatun Niza binti Suratmin 5- Cik Arifatunnur Binti Mohd Abas Publisiti 1- En. Mohd Suhaimi bin Azman ( Ketua ) Pendaftaran Ibubapa 2- En. Azman bin Mahmud 1- Pn. Farazila binti Mohamad Wasis ( Ketua ) 3- En. Mohd Riduan bin Abdul Hamid 2- Pn. Norazira binti Md Aris 4- En.Mohd Alias bin Ismail 3- Pn. Khalilah binti Salleh Pembaca doa 1- En. Mohd Khalid bin Hamim Cenderahati 1- Pn. Nur’atashah binti Norudin ( Ketua ) Juruacara 2- Pn. Mazlina binti Misnan 1- En. Abdul Rahim bin Azhar 3- Pn. Muslikha binti Mokhid 4- Pn. Nik Nor Azlina binti Nik Soh Pencatat Minit 1- Pn. Ati Suria Hani binti Ismail ( Ketua ) Jamuan 2- Pn. Nurul Bariah binti Miswan 1- Pn. Nor Aliza binti Aman ( Ketua ) 2- Pn. Zuralina binti Jamingan Jurugambar 3- Pn. Nurqurratuaini binti Mohd Ashar 1- Pn. Nursyahirah binti Masduki 4- Pn. Salina binti Samsuri 5- Pn. Norhalizah binti Othman 8 JAWATAN KUASA PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22


BIL. NAMA 1. ROSNALIZA HAMZAH 2. KHALILAH BINTI MOHAMED 3. HALIMATUN NIZA BINTI SURATMIN 4. ATI SURIA HANI BINTI ISMAIL 5. NORAZIRA BT MD ARIS 6. NOR ALIZA BINTI HAJI AMAN 7. NURQURRATUAINI BINTI MOHD ASHAR 8. MUSLIKHA BT MOKHID 9. NUR'ATASHAH BT. NORUDIN 10. ZURALINA BT JAMINGAN 11. NIK NOR AZLINA BT NIK SOH 12. SUMIAH BINTI KASNAN 13. NURUL HIDAYUE 14. ABDUL RAHIM BIN MOHD AZHAR 15. ZAMRI BIN SALLEH 16. NURUL BARIAH BINTI MISWAN 17. ABDUL SAMAD BIN SALIM 18. MOHD IZUAN BIN MEY 19. SHARINAH BINTI SALIM 20. SHARIFAH BINTI SALIM 21. MUHAMMAD KHALID BIN HAMIM 22. MOHD ALIAS ISMAIL 23. ROHANI ABDUL MUBIN 24. NORYANI BT DARUSMAN 25. ROSNALIZA HAMZAH 26. NORA HIDAYU BINTI KHANAPI 27. SABARIAH 28. MARYATI 29. ROZILAH BT ROSMAN 30. TUAN HAINURIN BIN SAMSUSAH 31. SITI SARAH JAAFAR 32. ZAI ERWANDY BIN AB MALIK 33. MOHD SUHAIMI BIN AZMAN 34. ROSNIDA BINTI ISMON 35. NORIDAYU RAZALI 36. ZURINA BT MOHAMED IKHWAN 37. MAHFUZAH BINTI MOHAMAD OMAR 38. MOHD YUSOF BIN HAMID 39. MOHD AFENDY BIN DERAMAN 40. JUMA' EAH BINTI SIPUN 41. ASRULLIZAM B MD JUDI 42. MOHD RIDUAN BIN ABDUL HAMID 43. NOR RAHMAH BT BUSRO 44. SUHAIMI BIN AHMAD WAKID 45. MUHAMAD RIDDUAN BIN MOKNI 46. SALINA BINTI SAMSURI 47. MOHD SHAFAWI BIN ABD RAHMAN 48. ROZZIE YATI BINTI AHMAN 49. AZMAN BIN MAHMUD 50. JULIANA BINTI JAMIL 51. JULIANA BT ABDULLAH 52. MAZRAN BIN HILMI 53. SAADAH BINTI BUSRO 54. NORHAZILAH BT OTHMAN 55. ZAINAP BT SALIKIN 56. ZARINAH BT JAMINGAN 57. HASHIMA HASSAN 58. NOR HAFIZA BT HUSIN 59. AZWAN BIN ABU SEMAN 60. SALHA BINTI HASHIM 61. MOHAMMAD NAZRIN BIN NOORDIN 62. ABDUL HALIM BIN HAJI NASRI 63. NOOR SUHAILA BT MOHD SUYUD 64. NORFAZLIAH BINTI MISROH 65. HAIZA BT RATMONO 66. WAN ABDUL FATAH BIN WAN GHAFAR 67. FARAZILA BINTI MOHAMAD WASIS 68. NURSYAHIRAH BINTI MASDUKI 69. NOR AMINUDDINOLLAH 70. RAIKHANIBT ASRAL 71. NORDIYANA BT AMBIAH 72. SANIAH BINTI MOHD YUNAN 73. MUHAMMAD SALEEM 74. MUHAMMAD FAIQ B MOHD ROZI 75. NORFAZIRA ROSMAN 76. SAMSIAH BINTI SANDERI 77. AMIRUL MUKMIN BIN ARIFIN 78. MAZLINA BINTI MISNAN 79. HARYATI BNTI NAWAR 80. RAHMAH BINTI SULAIMAN 81. MOHD MARZUQI BIN MAHMUD 82. HJ. RIZAN BIN PONIRAN 83. OSMAN BIN SELAMAT KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 9


BIL NAMA KELAS 1 AISYAH MARDHIAH BINTI HARIZON 6 ABU BAKAR 2 AZKIAH BINTI KHALIK 6 ABU BAKAR 3 MUHAMMAD NAQIB AQEEF BIN KHIRULAZUAN 6 ABU BAKAR 4 MUHAMMAD WAFIUDDIN BIN MOHD WAHIDI 6 ABU BAKAR 5 NUR QALISYA MAWADDAH BINTI MUHAMMAD KHAIRUL SHAH 6 ABU BAKAR 6 NUR RAISHA AMANDA BINTI MOHD RAHMAT 6 ABU BAKAR 10 SENARAI NAMA 8A UPKK 2021/2022


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH RENDAH AGAMA SUNGAI SERDANG KALI KE - 21 SESI 2022 / 2024 TARIKH : 17 JULAI 2022 HARI : AHAD MASA : 09.00 PAGI TEMPAT : DEWAN BLOK RAFULIN, SRA SUNGAI SERDANG. PERASMI : TUAN HAINURIN BIN SAMSUSAH. PENOLONG PEGAWAI TADBIR AGAMA ISLAM DAERAH, UNIT PENDIDIKAN ISLAM, PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KLANG. 119 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG


12 SEKOLAH RENDAH AGAMA SUNGAI SERDANG 42200 KAPAR, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 TAHUN 2022 1. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 1.1 Pesanan tentang tatacara mesyuarat. 1.2 Ucapan syukur dan mengalu - alukan semua ibu bapa yang hadir ke mesyuarat pada pagi ini. 1.3 Mengumumkan jumlah kehadiran ahli (ibubapa dan guru) pada pagi ini adalah seramai 83 orang dan hasil kutipan sumbangan ahli mesyuarat sebanyak RM 466.00, manakala kutipan tabung infak (untuk pembinan bilik guru dan bilik-bilik khas) sebanyak RM 110.00. 1.4 Justeru itu, dapatlah ahli mesyuarat menyumbang bagi pihak sekolah bagi merealisasikan perancangan yang telah diatur untuk keselesaan semua. 2. UCAPAN PENASIHAT 2.1 Puan Rahmah bin Sulaiman menggantikan Guru Besar iaitu Encik Zullman bin Saiyuti yang tidak dapat menghadirkan diri ke mesyuarat PIBG diatas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir dan beliau mengalu - alukan kehadiran semua ibubapa pada pagi ini. 2.2 Puan Rahmah memaklumkan, dengan penambahan murid pada tahun 2022 telah mengakibatkan penggunaan sepenuhnya kelas di blok Rafulin sebanyak 18 kelas.. 2.3 Justeru itu, pihak sekolah telah merancang untuk membina sebuah bangunan iaitu bilik guru dan bilik-bilik khas di belakang pejabat sekolah dengan kos pembinaan sebanyak RM 80,000.00 2.4 Untuk makluman semua ibubapa, pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2023 telah dibuka bermula bulan April 2022 dan berakhir pada bulan Jun 2022. Manakala pengesahan pendaftaran tersebut akan dilakukan sepanjang bulan September 2022. 3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 3.1 Encik Zamri bin Salleh membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan meminta 2 orang wakil ahli mesyuarat untuk mencadangkan dan mengesahkan minit mesyuarat tersebut. • Encik Mohd Riduan bin Abd Hamid mencadangkan laporan minit mesyuarat agung PIBG kali ke - 20 disahkan. • Puan Salina Binti Samsuri menyokong cadangan tersebut. 4. PERKARA BERBANGKIT 4.1 Encik Zamri Bin Salleh membentangkan laporan aktiviti dan program PIBG yang telah dirancang oleh pihak sekolah untuk manfaat murid - murid SRA Sungai Serdang. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG


13 5. PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN PIBG 5.1 Ustazah Sumiah binti Kasnan selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan penyata kewangan berakhir 31hb Jun 2022. Disember 2021 - RM 46,554.50 Ogos 2022 - RM 107,679.60 Laporan kewangan dilampirkan • Puan Rozziyati binti Ahmad mencandangkan laporan kewangan disahkan. • Laporan kewangan ini disokong oleh Encik Mohd Alias bin Ismail. 6. USUL - USUL BERTULIS BIL USUL / CADANGAN JAWAPAN / TINDAKAN 1. 1.1 1.2 PERHIMPUNAN MINGGUAN Usul daripada Puan Nur Hasyima binti Hassan (Anak bernama Nur Qaseh Sumayya binti Khalid – 4 Uthman) ➢ Semasa perhimpunan murid duduk diatas simen yang tidak beralas menyebabkan pakaian anak menjadi kotor. Usul daripada Encik Kadiron bin Sarimin (Anak bernama Hawa Rayhaanah binti Kadiron – 2 Abu Bakar) ➢ Tapak perhimpunan dapat dibersihkan atau disapu sebelum digunakan. Pihak sekolah mungkin boleh membuat kutipan untuk membeli tikar atau bangku rendah untuk kegunaan murid bagi mengelakkan pakaian anak-anak kotor. ✓ Pihak sekolah telah mengambil insiatif bagi memastikan kawasan tapak perhimpunan dibersihkan terlebih dahulu sebelum waktu perhimpunan. ✓ Pihak sekolah berharap ibubapa mengambil insiatif sendiri dengan membekalkan tuala kecil untuk dijadikan alas/lapik sebelum anak-anak duduk didataran perhimpunan. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG


14 2. 2.1 2.2 2.3 PAGAR SEKOLAH Usul daripada Encik Mohd Nazrin(Anak bernama Muhammad Syafiq Hakimi bin Mohd Nazrin - 2 Abu Bakar) ➢ Harap pintu pagar sekolah dapat dibuka sebelum jam 2.00 petang bagi mengelakkan murid menunggu diluar dalam keadaan panas dan tidak selesa. Usul daripada Encik Shaiffull Amri bin Sedek ( Anak bernama Muhammad Hisyam bin Shaiffull Amri – 1 Uthman) ➢ Waktu masuk sesi persekolahan perlu ada guru atau pengawas yang membuka pagar. Jangan biarkan murid lain yang membuka pagar sendiri. Usul daripada Puan Suriya binti Abdul Talib (Anak bernama Muhammad Nur Syahmi – 2 Umar) ➢ Pintu pagar utama dibuka pada jam 1.45 atau 1.50 petang untuk mengelakkan murid menunggu diluar tanpa pengawasan orang dewasa. ✓ Pihak sekolah tidak boleh membenarkan murid-murid masuk kawasan sekolah tanpa pengawasan guru bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. ✓ Pengawas yang telah ditugaskan mengawal pintu pagar akan menjaga pintu pagar mengikut jadual yang telah ditetapkan. ✓ Pintu pagar hanya akan dibuka pada jam 2.00 petang dan sekiranya cuaca hujan pintu pagar akan dibuka awal. 3. 3.1 3.2 KANTIN SEKOLAH Usul daripada Puan Nur Hasyima bin Hassan (Anak bernama Nur Qaseh Sumayya binti Khalid - 4 Uthman) ➢ Makanan yang dijual dikantin sekolah terlalu simple. ( Makanan ringan ) Usul daripada Puan Jamila binti Othman (Anak bernama Nur Alia Nadia binti Sued – 6 Abu Bakar) ➢ Harga makanan dan minuman dikantin sekolah perlu dijual dengan harga yang berpatutan dengan murid. ✓ Menu makanan dikantin adalah mengikut kriteria / senarai yang dibenarkan dan diluluskan oleh pihak Jabatan. ✓ Harga makanan yang dijual dikantin adalah harga yang telah ditetapkan / diluluskan ketika permohonan tender kantin. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG


3.3 Usul daripada Puan Siti Hajar binti Bohari (Anak bernama Akma Adlina binti Ibnu Akhmal – 4 Abu Bakar) ➢ Variasikan menu makanan yang dijual dikantin. ✓ Pengusaha kantin perlu menyediakan makanan yang mencukupi bagi menampung kapasiti murid sedia ada sekiranya makanan yang dijual terlalu banyak akan dikuatiri berlakunya pembaziran. 4. 4.1 TAKWIM PERSEKOLAHAN Usul daripada Puan Nor Zuliana Haslinda binti Pauzi (Anak bernama Nur Irdina Wafiyah binti Mohd Suhaini – 4 Umar) ➢ Memandangkan sesi persekolahan telah berubah, mohon pihak sekolah menyediakan takwim persekolahan sebagai rujukan murid dan ibubapa. ✓ Takwim persekolahan hanya untuk rujukan pihak sekolah sahaja. Sekiranya ada sebarang program dan aktiviti yang hendak dijalankan, makluman tersebut akan diberitahu awal melalui whatsApp kelas anak masing-masing dan telegram sekolah. Mohon ibubapa prihatin atas maklumat yang diberikan 5. 5,1 5.2 BUKU LATIHAN Usul daripada Puan Fazira binti Yusof (Anak bernama Muhammad Rayyan bin Muhammad Rohman – 1 Abu Bakar) ➢ Buku latihan anak-anak tidak ditulis nama matapelajaran. Usul daripada Puan Nor Zuliana Haslinda binti Pauzi (Anak bernama Nur Irdina Wafiyah binti Mohd Suhaini – 4 Umar) ➢ Guru-guru memastikan penggunaan buku aktiviti murid dapat digunakan sepenuhnya sehingga akhir sesi persekolahan 2022/2023. ✓ Mohon ibubapa mengambil insiatif untuk menulis sendiri nama matapelajaran pada buku anak-anak terlebih dahulu mengikut warna setiap matapelajaran yang sedia ada. ✓ Guru matapelajaran telah mula membuat latihan-latihan apabila selesai PDP (Pelajaran Dan Pembelajaran). Mohon kerjasama ibubapa agar memantau kerja sekolah anakanak dirumah agar ianya disempurnakan. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 15


6. 6.1 KEDAI SEKOLAH Usul daripada Puan Nor Rahmah binti Busro (Anak bernama Nur Raisha Amanda binti Mohd Rahmat – 5 Abu Bakar) ➢ Minta pihak koperasi sekolah tidak menjual barangan selain daripada keperluan sekolah atau kelas sahaja ✓ Pihak pentadbir telah membuat pemantauan penjualan barangan dikedai / koperasi dan menghentikan penjualan barangan yang tidak bersesuaian dikedai / koperasi sekolah . 7. 7.1 WAKTU BALIK Usul daripada Puan Siti Hajar binti Bohari (Anak bernama Akma Adlina binti Ibnu Akhmal – 4 Abu Bakar) ➢ Waktu balik murid tahap 2 dapat diawalkan sedikit. ✓ Jadual waktu PDP telah ditetapkan oleh pihak Jabatan. Kelewatan tersebut mungkin disebabkan ada kelas mengaji dan kelas tambahan pada hari-hari yang telah ditetapkan sahaja. 7. HAL-HAL LAIN 7.1 Puan Nor Suhaila binti Suyud memohon penjelasan mengenai t-shirt sekolah adakah ia diwajibkan pembeliannya pada murid tahun 3. 7.2 Puan Nur’atashah selaku guru kedai sekolah memaklumkan bahawa t-shirt sekolah tiada disenaraikan dalam yuran pelbagai tetapi pihak sekolah mewajibkan pembelian pada murid tahun 5 dan 6 yang terlibat dengan kelas tambahan dan aktiviti-aktiviti luar. 7.3 Beliau juga memaklumkan pihak sekolah sedang bercadang untuk menempah t-shirt yang baru, kerana t-shirt sebelum ini kebanyakannya telah kehabisan saiz. 7.4 Encik Mohd Izuan memohon penjelasan mengenai kelas mengaji dan pembayan yuran. 7.5 Puan Rahmah memaklumkan kelas mengaji akan diadakan setiap hari selasa, khamis dan jumaat, selepas tamat pembelajaran iaitu pada jam 5.35 petang sehingga 6.15 petang dan bayaran bulanan adalah RM 25.00 untuk setiap murid yang terlibat. 7.6 Encik Azman bin Mahmud mencadangkan agar tabung infak pembinaan bilik-bilik khas dirancakkan lagi promosinya dengan mewar-warkan kepada pihak luar bukan hanya pada warga sekolah sahaja bagi mempercepatkan pembinaan. 7.7 Puan Salina binti Samsuri mencadangkan untuk melatih anak-anak supaya menderma RM 1.00 pada setiap hari jumaat untuk dana pembinaan bilik-bilik khas di SRA Sungai Serdang. 7.8 Encik Zamri bin Salleh telah memaklumkan cadangan bagi menderma RM 1.00 setiap hari jumaat akan diusulkan dalam mesyuarat PIBG kali-1 2022. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 15 16


8. PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2022 8.1 Encik Zamri bin Salleh melantik Encik Abdul Rahim bin Mohd Azhar sebagai pengerusi sementara bagi mengendalikan agenda mesyuarat seterusnya iaitu perlantikan AJK PIBG yang baru sesi 2022/2024 . Ahli mesyuarat bersetuju. 9. PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2024 9.1 YANG DI-PERTUA PIBG 9.1.1 Puan Rahmah binti Sulaiman mencadangkan Encik Zamri bin Salleh sebagai YDP PIBG. 9.1.2 Ahli mesyuarat telah bersetuju sebulat suara melantik Encik Zamri bin Salleh sebagai YDP bagi sesi 2022/2024 9.1.3 Encik Zamri bin Salleh – Yang Di-Pertua PIBG. 9.2 NAIB YANG DI-PERTUA PIBG 9.2.1 Puan Mazlina binti Misnan mencadangkan Encik Azwan bin Abu Seman. 9.2.2 Ahli mesyuarat telah bersetuju sebulat suara memilih Encik Azwan bin Abu Seman sebagai Naib YDP bagi sesi 2022/2024 9.2.3 Encik Azwan bin Abu Seman – Naib Yang Di-Pertua Agung. 9.3 SETIAUSAHA 9.3.1 Puan Ati Suria Hani binti Ismail. 9.3.2 Dilantik pada mesyuarat guru kali ke-2 pada 14/03/2022. 9.4 NAIB SETIAUSAHA 9.4.1 Puan Nurul Bariah binti Miswan 9.4.2 Dilantik pada mesyuarat guru kali ke-2 pada 14/03/2022. 9.5 BENDAHARI 9.5.1 Puan Norazira binti Md Aris 9.5.2 Dilantik pada mesyuarat guru kali ke-2 pada 14/03/2022. 9.6 AHLI JAWATANKUASA GURU: 9.6.1 Berikut adalah senarai nama ahli jawatankuasa PIBG dikalangan guru 1. Puan Rahmah binti Sulaiman 2. Puan Mazlina binti Misnan 3. Puan Halimatun Niza binti Suratmin 4. Puan Farazila binti Mohamad Wasis 5. Puan Nur’Atashah binti Norudin 9.6.2 Dilantik pada mesyuarat guru kali ke-2 pada 14/03/2022 10. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 17


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 9.7 AHLI JAWATANKUASA – IBUBAPA 9.7.1 Puan Nur’Atashah binti Norudin mencadangkan Encik Azman bin Mahmud. Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara tanpa undian. 9.7.2 Encik Marzuqi bin Mahmud mencadangkan Encik Mohd Riduan bin Abdul Hamid. Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara tanpa undian. 9.7.3 Puan Ati Suria Hani binti Ismail mencadangkan Encik Mohd Suhaimi bin Azman. Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara tanpa undian. 9.7.4 Puan Halimatun Niza binti Suratmin mencadangkan Puan Salina binti Samsuri. Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara tanpa undian. 9.7.5 Puan Farazila binti Mohamad Wasis mencadangkan Puan Nor Hazilah binti Othman. Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara tanpa undian. 9.7.6 Encik Abdul Rahim bin Azhar mencadangkan Encik Mohd Alias bin Ismail. Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara tanpa undian. 9.7.7 Senarai nama ahli jawatankuasa ibubapa: a) Encik Azman bin Mahmud b) Encik Mohd Riduan bin Abd Hamid c) Encik Mohd Suhaimi bin Azman d) Puan Salina binti Samsuri e) Puan Nor Hazilah binti Othman f) Encik Mohd Alias bin Ismail 9.8 PEMERIKSA KIRA-KIRA 9.8.1 Puan Zuralina binti Jamingan. Dilantik pada mesyuarat guru kali ke-2 pada 14/03/2022. 9.8.2 Encik Mohd Alias bin Ismail - Ajk Ibubapa 18


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG AHLI JAWATANKUASA PIBG SEKOLAH RENDAH AGAMA SUNGAI SERDANG SESI 2022/2024 PENASIHAT ENCI ZULLMAN BIN SAIYUTI YANG DI-PERTUA ENCIK ZAMRI BIN SALLEH NAIB YANG DI-PERTUA ENCIK AZWAN BIN ABU SEMAN SETIAUSAHA PUAN ATI SURIA HANI BINTI ISMAIL NAIB SETIAUSAHA PUAN NURUL BARIAH BINTI MISWAN BENDAHARI PUAN NORAZIRA BINTI MD ARIS AJK IBUBAPA ENCIK AZMAN BIN MAHMUD ENCIK MOHD RIDUAN BIN ABD. HAMID ENCIK MOHD SUHAIMI BIN AZMAN PUAN SALINA BINTI SAMSURI PUAN NOR HAZILAH BINTI OTHMAN AJK GURU PUAN RAHMAH BINTI SULAIMAN PUAN MAZLINA BINTI MISNAN PUAN FARAZILA BINTI MOHAMAD WASIS PUAN HALIMATUN NIZA BINTI SURATMIN PUAN NUR’ATASHAH BINTI NORUDIN PEMERIKSA KIRA-KIRA PUAN ZURALINA BINTI JAMINGAN ENCIK MOHD ALIAS BIN ISMAIL MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 19


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 10. UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 Yang Dipertua PIBG berharap agar semua ibubapa akan terus menyokong pihak sekolah demi kecemerlangan anak - anak SRA Sungai Serdang. 10.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG yang telah dilantik dan berharap agar semua dapat memberi kerjasama dari segi tenaga dan idea demi kemajuan anak-anak khususnya. 10.3 Semoga dengan perbincangan pada hari ini dapat memuaskan hati semua ibu bapa. 10.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.05 tengahari. Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh, ……………………………………….…....... …………………………………… (PUAN ATI SURIA HANI BINTI ISMAIL) (ENCIK ZAMRI BIN SALLEH) Setiausaha PIBG sesi 2022/2024 Yang Di-Pertua PIBG sesi 2022/2024 Sekolah Rendah Agama Sungai Serdang, Sekolah Rendah Agama Sungai Serdang, 42200 Kapar. 42200 Kapar. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 20


18 BIL NAMA AJK 11/12/ 2022 06/01/ 2023 14/05/ 2023 1 En. Zullman Bin Saiyuti √ √ X 2 En. Zaidi Bin Mohamad Nusran X X √ 3 En. Thalhah Bin Muhamad Nusran X X √ 4 En. Zamri Bin Salleh √ √ √ 5 En. Azwan Bin Abu Seman √ √ X 6 Puan Ati Suria Hani Binti Ismail √ √ √ 7 Puan Nurul Bariah Binti Miswan √ √ √ 8 Puan Norazira Binti Md Aris √ √ √ 9 En. Azman Bin Mahmud X √ √ 10 En. Mohd Riduan Bin Abd. Hamid √ X X 11 En. Mohd Suhaimi Bin Azman √ √ X 12 Puan Salina Binti Samsuri X √ √ 13 Puan Nor Hazilah Binti Othman √ √ √ 14 Puan Rahmah Binti Sulaiman √ √ X 15 Puan Mazlina Binti Misnan √ √ √ 16 Puan Farazila Binti Mohamad Wasis √ √ √ 17 Puan Halimatun Niza Binti Suratmin √ √ √ 18 Puan Nur’atashah Binti Norudin X √ √ 19 Puan Zuralina Binti Jamingan √ √ √ 20 En. Mohd Alias Bin Ismail √ √ √ 21 LAPORAN KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG


22 BIL AKTIVITI TARIKH 1 Mesyuarat AJK PIBG kali ke-2 Tahun 2023 06 Januari 2023 2 Hari Anugerah Kecemerlangan 2022/2023 13-16 Februari 2023 3 Bengkel Takwim 2023 17-20 Februari 2023 4 Hari Orientasi Murid Tahun 1 2023/2024 17 Mac 2023 5 Program Sumbangan Anak Yatim Sempena Hari Raya Aidilfitri 14 April 2023 6 Mesyuarat AJK PIBG Kali ke-3 Tahun 2023 14 Mei 2023 7 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 21 Mei 2023 8 Kelas Tambahan UPKK & PSRA Mei-Oktober 2023 9 Daurah Kepimpinan Pengawas 02-03 Jun 2023 10 Program Anakku Sayang 04 Jun 2023 11 Lawatan Imtiaz Ke MITS Alam Impian (Mumtaz&JayyidJiddan) 10 Jun 2023 12 Program Qiamullail & Motivasi Tahun 5 & 6 18-19 Ogos 2023 13 Perkampungan Ilmu Tahun 6 25-27 Ogos 2023 14 Teknik Cemerlang 8A UPKK (Azhari Sulaiman) 02 September 2023 15 Perkampungan Ilmu Tahun 5 03 September 2023 16 Lawatan Murid ke Kuala Lumpur 23 September 2023 17 Meraikan Mumtaz & 8A Percubaan 10 Oktober 2023 18 Teknik Menjawab Soalan PSRA 14 Oktober 2023 19 Lawatan Penghargaan PSRA & UPKK 03 Februari 2024 20 Hari Anugerah Kecemerlangan 2023/2024 06-08 Februari 2024 21 Bengkel Takwim 2024 09-12 Februari 2024 22 Hari Orientasi Murid Tahun 1 2024/2025 08 Mac 2024 LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2023/2024


20 BIL PROGRAM TARIKH HARI 1 Bengkel Takwim 2023 17-20 Februari 2023 JUMAAT-ISNIN 2 Bengkel E-RPH 06 Mac 2023 ISNIN 3 Hari Orientasi Murid Tahun 1 17 Mac 2023 JUMAAT 4 Taklimat SPSM 20-22 Mac 2023 ISNIN-RABU 5 Sumbangan Anak Yatim 14 April 2023 JUMAAT 6 Program Khatam Al-Quran 18 April 2023 SELASA 7 Seminar Teknik Menjawab Soalan Darjah 6 08-12 Mei 2023 ISNIN-JUMAAT 8 Seminar Teknik Menjawab Soalan Darjah 4 15-18 Mei 2023 ISNIN-KHAMIS 9 Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri 19 Mei 2023 JUMAAT 10 Kamil Sekolah 20 Mei 2023 SABTU 11 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-22 21 Mei 2023 AHAD 12 Program Menyantuni Anak Yatim 25 Mei 2023 KHAMIS 13 Ujian Prestasi 1 (Tahun 4-6) 22-26 Mei 2023 ISNIN-JUMAAT 14 Program Pemantapan Jawi Tahun 5&6 27 Mei 2023 SABTU 15 Program Daurah Kepimpinan Pengawas 1-3 Jun 2023 KHAMIS-SABTU 16 Program Anakku Sayang 4 Jun 2023 AHAD 17 Kamil Daerah 17 Jun 2023 SABTU 18 Program Menyantuni Anak Yatim 23 Jun 2023 JUMAAT 19 Kamil Negeri 29 Julai 2023 SABTU 20 Kem Jati Diri Tahun 5 4 Ogos 2023 JUMAAT 23 AKTIVITI/PROGRAM TAHUNAN SEKOLAH 2023/2024


BIL PROGRAM TARIKH HARI 21 Program Qiamullail & Motivasi Tahun 5 & 6 18-19 Ogos 2023 JUMAAT-SABTU 22 Bicara Akademik 23 Ogos 2023 RABU 23 Perkampungan Ilmu Tahun 6 25-27 Ogos 2023 JUMAAT-AHAD 24 Teknik Cemerlang 8A UPKK 02 September 2023 SABTU 25 Perkampungan Ilmu Tahun 5 03 September 2023 AHAD 26 Program Sifar Musa’adah 09 September 2023 SABTU 27 Teknik Menjawab Soalan PSRA 14 Oktober 2023 SABTU 28 Kelas Intensif PSRA 2023 23-27 Oktober 2023 ISNIN-JUMAAT 29 Kelas Intensif UPKK 20-24 November 2023 ISNIN-JUMAAT 30 Lawatan Penghargaan PSRA & UPKK 03 Februari 2024 SABTU 31 Hari Anugerah Kecemerlangan 2023/2024 06-08 Februari 2024 SELASA-KHAMIS 32 Bengkel Takwim 2024 09-12 Februari 2024 JUMAAT-ISNIN 33 Hari Orientasi Murid Tahun 1 08 Mac 2024 JUMAAT AKTIVITI/PROGRAM TAHUNAN SEKOLAH 2023/2024 24


LAPORAN KEWANGAN PIBG 2020/2021 25


LAPORAN KEWANGAN PIBG 2020/2021 26


LAPORAN KEWANGAN PIBG 2020/2021 27


28 BIL USUL / CADANGAN JAWAPAN / TINDAKAN 1. 1.1 PENTADBIRAN Usul daripada Encik Ahmad Shah bin Khamiswan (Anak bernama Nur Amanda Al Sufi binti Ahmad Shah – 1 Abu Bakar) ➢ Diharapkan sesi pendaftaran pelajar untuk tahun 1 sesi 2024/25 nanti juga diteruskan secara online seperti tahun-tahun yang lepas serta pembayaran belian buku dan yuran juga dapat diteruskan secara online dan ditambah baik lagi dari segi kuantiti keperluan pelajar darjah 1 dan sebagainya. ✓ Pihak sekolah akan meneruskan cara pendaftaran pelajar tahun 1 dan kaedah pembayaran dan pembelian secara atas talian. Bagi ibubapa yang tidak berkemahiran, diminta untuk rujuk kepada pihak sekolah 2. 2.1 KURIKULUM SERAMAI 3 ORANG IBUBAPA MEMBERI USUL MENGENAI KELAS TAMBAHAN Usul daripada Puan Hashima Hassan (Anak bernama Nur Qaseh Sumayya (5 Abu Bakar) ➢ Tambahan masa untuk kelas tambahan UPKK pada hari sabtu. Usul daripada Puan Siti Razimah bt Abdul Rahim. (Anak bernama Muhammad Harith Zharfan– 6 Abu Bakar) ➢ Membuat kelas tambahan untuk murid tahun 5 dan 6 Usul daripada Puan Siti Hajar Binti Bohari (Anak bernama Akma Adlina– 5 Abu Bakar) ➢ Menggalakan kelas tambahan ✓ Ibubapa diminta untuk merujuk jadual kelas tambahan yang telah diedarkan oleh setiap guru kelas. Kelas tambahan telah ditetapkan pada 3 hari setiap minggu iaitu Isnin, Selasa, dan Khamis. ✓ Ibubapa diminta agar dapat menggalakkan anakanak untuk menghadiri kelas tambahan yang telah ditetapkan USUL / CADANGAN


USUL / CADANGAN 2.2 Usul daripada Encik Azman Bin Mahmud (Anak bernama Muhammad Razin Rifa'ie – 2 Umar) ➢ Membuat kelas tambahan bagi murid tahap 1, khususnya pelajaran Jawi, ✓ Pihak sekolah akan mengusahakan untuk melaksanakan kelas tambahan jawi bagi murid tahap 1 2.3 Usul daripada Puan Norshahira binti Rahmat (Anak bernama Muhammad aqil zafran bin muhammad Nazrin - 3 Abu Bakar) ➢ Dapat lebihkan kelas mengaji ✓ Kelas mengaji telah diadakan sama waktu dengan kelas tambahan tahun 5 dan 6 3. 3.1 3.2 KOKURIKULUM/HAL EHWAL MURID SERAMAI 2 ORANG IBUBAPA MEMBERI USUL MENGENAI AKTIVITI DI SEKOLAH. Usul daripada Puan Siti Razimah bt Abdul Rahim (Anak bernama Muhammad Harith Zharfan bin Adnan – 6 Abu Bakar) ➢ Mengurangkn aktiviti luar semasa musim panas ➢ Perbanyakkn aktiviti bertutup mengikut sunnah seperti memanah Usul daripada Encik Azlan bin Naseron (Anak bernama Anaqi Daniyal Bin Azlan –3 Uthman) Tambah kan lagi aktiviti-aktiviti yang lebih menarik ✓ Kebanyakkan aktiviti-aktiviti program sekolah boleh dirujuk di dalam buku program. ✓ Sekolah tiada kelengkapan alatan untuk memanah. ✓ Para ibubapa boleh memberikan cadangan kepada pihak sekolah berkenaan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk dipertimbangkan oleh pihak sekolah. 3.3 Usul daripada Encik Mohd Asrul Bin Md Kassim (Anak bernama Aireen Zahra– 4 Umar) ➢ Mengadakan majlis bacaan yassin bagi murid secara berjemaah ✓ Bacaan Yaasin telah diadakan seminggu sekali di kelas masing-masing pada waktu matapelajaran Al-Quran. 29


30 3.4 Usul daripada Encik Mohd Izuan Bin Mey (Anak bernama Adrian Dzal Iman Bin Mohd Izuan – 6 Uthman) ➢ Mohon pihak Sekolah dapat Mengadakan Safety Guard untuk kawalan lalu lintas kerana kenderaan sangat banyak semasa pelajar masuk dan balik dari sekolah bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku di kemudian hari. ✓ Pihak sekolah memerlukan kos tambahan untuk membayar kos pejaga lalulintas. .3.5 SERAMAI 2 ORANG IBUBAPA MEMBERI USUL MENGENAI MAKANAN DI KANTIN Usul daripada Puan Norshahira binti Rahmat (Anak bernama Nuradelia husna binti Muhammad nazrin– 2 Uthman) ➢ Menjual makanan yang mudah dimakan serta murah. Usul daripada Puan Khairun Nisah Binti Abdul Kamadin (Anak bernama Zahra Iman Binti Ali Zahrin– 3 Umar) ➢ Perbanyakkan menjual makanan sihat di kantin sekolah ✓ Segala jenis makanan yang dijual di kantin adalah mengikut harga dan piawaian yang telah ditetapkan dalam dokumen Tender. 3.6 Usul daripada Puan Norasikin Binti Daud (Anak bernama Nur Izz Zara Addelia – 4 Abu Bakar) ➢ Pensediaan/penjualan makanan di kantin yang lebih sistematik ✓ Pihak sekolah akan mengusahakan dan akan berbincang dengan pihak pengurusan kantin. 4 4.1 KEMUDAHAN/INFRASTRUKTUR Usul daripada Puan Siti Razimah bt Abdul Rahim (Anak bernama Muhammad Harith Zharfan bin Adnan – 6 Abu Bakar) ➢ Menyediakan locker ketika musim panas ✓ Penyediaan locker memerlukan kos yang tinggi USUL / CADANGAN


4.2 Usul daripada Puan Zarina roslee (Anak bernama Qisya fatihah binti abdul hafiz– 1 Umar) ➢ Bolehkah ibubapa menyumbang pertambahan kipas di dalam kelas? ✓ Pihak sekolah amat mengalu-alukan para ibubapa yang ingin memberikan sumbangan dalam apa jua bentuk sumbangan yang boleh dimanfaatkan kepada murid-murid. ✓ Ibu bapa boleh berhubung terus dengan pihak pentadbir sekiranya ingin memberikan sumbangan. 4.3 Usul daripada Puan Norasikin Binti Daud (Anak bernama Nur Izz Zara Addelia – 4 Abu Bakar) ➢ Tempat penghimpunan tidak dijadikan sebagai parking kereta/motor - untuk mengelakkan kawasan tersebut menjadi kotor ✓ Kerja pembersihan akan dilakukan sebelum bermulanya perhimpunan. ✓ Pihak sekolah juga ada memaklumkan perkara ini pada nazir masjid. 4.4 Usul daripada Puan Nor Azlina binti Mohari Anak bernama Khalisa Azzahra binti Mohd Khairul Akmal– 1 Uthman ➢ Kenapa kelas pelajar tahun 1 tidak diletakkan di bahagian bawah? ✓ Aras bawah digunakan untuk penggunaan dewan seperti peperiksaan, taklimat dan sebagainya 5. 5.1 LAIN-LAIN PERKARA Usul daripada Puan Siti Razimah bt Abdul Rahim (Anak bernama Muhammad Harith Zharfan bin Adnan – 6 Abu Bakar) ➢ Mengadakan pertandingan bowling ✓ Aktiviti bowling belum menjadi keperluan di sekolah 5.2 Usul daripada Puan Haiza azira binti ratmono (Anak bernama Nur shazwani– 3 Uthman) ➢ Buat laluan zebra ke taman permainan untuk guideline murid bagi mengelakkan risiko tinggi memandangkan banyak kenderaan keluar masuk masjid. ✓ Kawasan di luar sekolah bukan di bawah seliaan pihak sekolah. Ibubapa juga boleh membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan. SENARAI NAMA 8A UPKK 2021/2022 31


27 USUL / CADANGAN 5.3 Usul daripada Encik Asrullizam Bin Haji MD Judi (Anak bernama Nur Dayana Batrisya – 4 Abu Bakar) ➢ Beri keutamaan pada penduduk tetap kampung ini untuk belajar di sra sungai serdang. ✓ Pihak sekolah telah memberi keutamakan kepada penduduk Kampung Sungai Serdang untuk bersekolah di sini. Mohon kerjasama dari ibubapa agar dapat membuat pendaftaran dan pengesahan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 5.4 Usul daripada Encik Khairul Adyan Bin Ahmad Sani (Anak bernama Aqif Aqasyah Bin Khairul Adyan- 2 Uthman) ➢ Tiada kawalan traffic jalan semasa murid datang dan pulang. ✓ Pihak sekolah memerlukan kos untuk membayar upah/gaji/elaun penjaga lalulintas. 5.5 Usul daripada Encik Mohd Izuan Bin Mey (Anak bernama Adrian Dzal Iman Bin Mohd Izuan – 6 Uthman) ➢ Semasa di adakan perhimpunan di dataran berbumbung , mohon budi bicara pihak Sekolah berbincang bagaimana cara hendak mengatasi Isu pelajar2 sekolah yang duduk di atas lantai semasa perhimpunan tersebut di adakan.Ini kerana lantai yang berhabuk dan kotor menyebabkan pakaian pelajar sekolah kotor. ✓ Permukaan lantai tapak perhimpunan akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum sesi perhimpunan dijalankan. ✓ Insiatif ibubapa untuk membekalkan sapu tangan atau sebagainya supaya dapat digunakan bagi mengelakkan kekotoran ketika sesi perhimpunan berlangsung. USUL / CADANGAN 32


33 1- Yang Berbahagia Yang Di Pertua PIBG SRA. Sungai Serdang. (Encik Zamri bin Salleh) 2- Yang Berusaha Guru Besar SRA. Sungai Serdang. (Encik Zaidi bin Mohamad Nusran) 3- Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022 / 2024. 4- Guru-guru dan kakitangan SRA. Sungai Serdang. 5- Semua Ibubapa dan penjaga murid SRA. Sungai Serdang. 6- Para dermawan. Dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu serta menyumbang tenaga, buah fikiran dan wang ringgit kepada PIBG SRA. Sungai Serdang. SYUKRAN JAZILAN WA KHAIRA KATHIRA… SEKALUNG BUDI DAN PENGHARGAAN


Click to View FlipBook Version