The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM2-0619 Ellizander Lamit, 2023-03-31 09:52:15

KISAH ETHAN MURID YANG MISKIN

KISAH ETHAN MURID YANG MISKIN

KISAH ETHAN MURID YANG MISKIN PENULIS : ELLIZANDER LAMIT


PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menghasilkan cerpen kanak-kanak ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Connie C. Ah Gang selaku pensyarah bagi subjek ini yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan cerpen genre kanak-kanak ini.


Di sebuah desa yang tenang dikelilingi dengan kehijauan alam, tinggal sebuah keluarga kecil yang terdiri daripada sepasang suami isteri yang bernama Natan dan isterinya Sofia. Mereka mempunyai seorang anak tunggal kesayangan bernama Ethan. Ethan berumur 12 tahun. Mereka hidup dalam keadaan yang amat miskin dan serba kekurangan. Disebabkan kemiskinan inilah mereka terpaksa tinggal di dalam rumah yang dibina daripada kayu dan beratap rumbia. .


Di samping itu, Encik Natan menyara keluarganya dengan pekerjaan hanya sebagai penoreh getah. Manakala, isterinya pula iaitu Puan Sofia merupakan suri rumah. Natan pula merupakan anak tunggal kesayangan mereka. Natan bersekolah di sekolah yang agak jauh dari rumahnya dan berdekatan dengan kawasan bandar. “Ingatlah selalu, walaupun kita ini miskin tetapi di luar sana pasti ada lagi yang lebih susah daripada kita” inilah nasihat yang selalu diucapkan oleh Puan Sofia untuk keluarganya.


Pada awal pagi lagi Ethan telah berangkat ke sekolah dengan berjalan kaki. “Penatnya, kalau hari-harilah begini habislah aku” Keluh Ethan di dalam hatinya. Apabila Ethan tiba di sekolah, dia melihat rakan-rakan sebayanya yang lain dihantar ke sekolah dengan menaiki kenderaan seperti kereta dan bas sekolah. “Seronoknya murid-murid yang lain dapat datang ke sekolah dengan senang berbanding dengan aku” Bisik Ethan di dalam hatinya dengan perasaan sedih.


Keadaan inilah menyebabkan Ethan semakin diselubungi dengan persoalan-persoalan tentang kehidupan mereka yang serba kekurangan dan miskin. “ Kenapa keluarga aku miskin?” , “Kenapa aku tidak hidup senang seperti mereka?” “Alangkah seronoknya kalau aku pun dihantar ke sekolah oleh ayahku dengan menaiki kereta atau bas sekolah “ , “Kenapa ayah dan ibuku tidak hidup seperti orang tua mereka yang serba berkecukupan?” Keluh Ethan di dalam hatinya.


Sebelum ini, Ethan diberhentikan sekolah sejak berumur lapan tahun oleh ibu bapanya. Mereka tidak mampu membelanjakan kelengkapan sekolah untuk Ethan. Hal ini demikian kerana yang mereka kekurangan wang. Kesannya, Ethan terpaksa tidak bersekolah selama tiga tahun. Jadi selama tempoh tersebut Ethan cuma berada di rumah sahaja.


Kemudian, apabila Ethan sudah mencapai umur 12 tahun barulah ibu bapanya menyekolahkan dia kembali. “Ayah, sudah lama anak kita itu tidak ke sekolah. Jadi tahun ini kita patut menyekolahkan dia kembali” cadang Puan Sofia kepada suaminya. “ Betul. Namun, wang yang kita ada sekarang rasanya belum cukup lagi menampung persekolahan anak kita itu. Walaupun begitu kita patut menyekolahkan dia” jawab Encik Natan. “Terima kasih ayah dan ibu” ucap Ethan kepada kedua-dua ibu dan bapanya. Kiranya, inilah tahun pertama Ethan kembali bersekolah.


Pada hari pertama persekolahan Ethan, sesi suai kenal pun berlangsung di dalam kelas. Cikgu Siti yang sedang mengajar pada waktu itu memberitahu murid-muridnya bahawa beliau hendak ke tandas sebentar. Dia meminta mereka berkenalan antara satu sama lain dengan suara yang perlahan sahaja. Beberapa minit kemudian, tiba-tiba ada seorang rakan sekelas Ethan yang bernama Gundam mula mengejek dia katanya “ Nama awak Ethan? Kesiannya ada baju macam awak ini, sudah lusuh pun masih juga pakai. “ Kemudian, Gundam menghasut rakan-rakan yang lain di dalam kelas itu untuk turut mengejek penampilan Ethan yang kusutmasai.


Mereka terus-menerus menghina dan membuli Ethan tetapi dia tetap diam menahan emosi dan bersabar. Ada pula yang menghina ibu bapanya dengan berkata “ Orang tua awak mesti miskin sebab itu mereka tidak mampu membelikan awak pakaian sekolah yang bagus macam kami” .


Pada suatu ketika, apabila mendengar ejekan-ejekan seperti itu menyebabkan dia tidak mampu lagi menahan amarah yang tersimpan di dalam hatinya. Oleh itu, Ethan berdiri dari tempat duduknya lalu memarahi mereka. Selepas itu, Ethan meluru ke arah gundam lalu menarik pakaian sekolahnya dengan amat geram. Ethan juga bersedia mengangkat tangannya kerana ingin menumbuk Gundam. Tiba-tiba ketua kelas mereka yang bernama Amanda berkata “Berhenti! Jangan lagi bergaduh! teriaknya. Selain itu, Amanda juga memarahi Gundam atas perbuatannya yang suka menghina Ethan.


Tidak lama kemudian, Cikgu Siti pun masuk ke dalam kelas. Cikgu Siti berasa hairan melihat wajah murid-muridnya bermasam muka antara satu sama lain. Dia pun bertanya kepada mereka “Kenapa kamu bermasam muka?” . Ketua kelas pun bangkit dari tempat duduk lalu menceritakan keadaan yang telah berlaku.


Selepas mendengar laporan daripada Amanda, Cikgu Siti terus meminta semua murid yang telah menghina Ethan untuk berdiri di tempat masing-masing sehingga waktu kelas habis. Cikgu Siti juga menasihati murid-muridnya agar tidak menghina kekurangan orang lain.


Sebaik sahaja waktu kelas telah habis, terdetik di fikiran Cikgu Siti untuk membuat lawatan di rumah Ethan. Ethan merupakan murid yang rajin dan fokus di dalam kelas. Namun, Cikgu Siti juga perasan Ethan memakai baju sekolah yang telah lusuh dan beg sekolahnya yang hampir koyak. Oleh itu, Cikgu Siti ingin melawat rumah Ethan untuk melihat keadaan rumahnya dan berbincang dengan ibu bapanya tentang keperluan Ethan di sekolah. Cikgu Siti tahu bahawa Ethan berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan dan dia ingin membantu sebanyak yang dia boleh.


Apabila waktu rehat tiba, Ethan satusatunya murid yang tidak mahu membeli makanan di kantin sekolahnya. Dia juga sama sekali tidak membawa bekal makanan. Oleh itu, Ethan berada di pondok sekolah sahaja menunggu waktu rehat habis. “ Laparnya perut aku, bersabarlah Ethan” bisik Ethan di dalam hatinya. Kemudian, Ethan didatangi oleh Amanda dengan makanan yang dibelinya dari kantin sekolah. ”


” Ethan, makanlah nasi ayam dan minuman air sirap yang aku beli dari kantin ini” kata Amanda. Ethan terkejut melihat kemurahan hatinya. “ Terima kasih Amanda, awak memang baik hati. ” Ucap Ethan dengan penuh kesyukuran. “Samasama Ethan. ” Jawab Amanda kepada Ethan. Kemudian, mereka masuk semula ke dalam kelas dan meneruskan pembelajaran untuk matapelajaran yang seterusnya.


Setelah waktu sekolah tamat, Ethan sempat berjumpa dengan Cikgu Siti di dalam bilik guru. “Ada apa Cikgu memanggil saya ke sini?” Tanya Ethan kepada Cikgu Siti. “Sebenarnya, cikgu ingin ke rumah Ethan pada hari ini. ” Jawab Cikgu Siti. Ethan terkejut mendengar Cikgu Siti akan ke rumahnya. “Jangan risau Ethan, cikgu cuma mahu berbincang sesuatu sahaja dengan ibu bapa awak” Cikgu Siti meyakinkan Ethan. “Cikgu, kita ke sana dengan berjalan kakikah?” tanya Ethan. “Tidak, kita akan ke sana dengan menggunakan kereta cikgu” jawab Cikgu Siti. Ethan berasa sangat seronok dapat pulang dengan menaiki kereta Cikgu Siti.


Dalam perjalanan, Ethan bercerita dengan Cikgu Siti tentang cita-citanya. Ethan ingin menjadi seorang guru yang berjaya seperti Cikgu Siti pada suatu hari kelak. “Cikgu, saya ingin menjadi seperti cikgu” kata Ethan. Tambahnya lagi, “ Namun, apakah saya mampu mencapai impian saya itu dengan keadaan keluarga kami yang miskin?” . “Kemiskinan bukanlah penghalang untuk Ethan capai impian itu” jawab Cikgu Siti. Jawabnya lagi “Teruskan berusaha dalam pelajaran. Itulah yang akan membantu Ethan untuk mencapai cita-cita yang diingini"


Setelah mereka sampai di rumah Ethan, Cikgu Siti terkejut melihat keadaan rumah mereka yang memang tidak selesa. Selepas itu, Cikgu Siti berbincang dengan ibu bapa Ethan tentang keperluan murid tersebut di sekolah. Mereka bercerita tentang kesukaran kewangan yang mereka hadapi. Ethan juga mendengar tentang berita gembira daripada cikgunya. Cikgu Siti berjanji akan membantu sebanyak yang dia boleh untuk memastikan Ethan mempunyai bekalan dan pakaian yang mencukupi.


“Syukur kepada Tuhan atas segala kebaikanNya” bisik hati Ethan dengan penuh rasa bersyukur. Muka Ethan penuh dengan kegembiraan dan jelas menunjukkan senyuman di wajahnya. “Ethan, cikgu amat teruja dapat membantu kamu. Jadi mulai hari ini Ethan tidak perlu risau tentang apa-apa lagi” kata Cikgu Siti kepada Ethan. “Selepas ini belajarlah dengan lebih bersungguh-sungguh, kelak nanti giliran awak lagi yang akan bantu ibu bapa awak ini” kata Cikgu Siti memberi dorongan kepada Ethan.


Mulai pada hari itu, segala keperluan sekolah Ethan dilengkapi oleh Cikgu Siti. Selain itu, Ethan tidak lagi berjalan kaki ke sekolah. Hal ini demikian, Cikgu Sitilah yang akan menghantar Ethan ke sekolah pada setiap hari. Jarak antara rumah Cikgu Siti dengan Ethan pun hanya sehala ke arah ke sekolah sahaja. Akhir sekali, Ethan dapat belajar dengan sangat selesa dan rakan-rakan sekelasnya yang lain juga telah menjadi kawan rapat Ethan. Ethan juga tidak lupa membalas kebaikan Amanda. Dia sekalisekala membelanjakan makanan yang dibelinya dari kantin sekolah untuk Amanda.


Tema: Pengorbanan demi menuntut ilmu: Cerpen kanak-kanak ini menunjukkan bahawa walaupun keluarga Ethan miskin dan serba kekurangan, tetapi mereka sanggup berkorban demi kepentingan pendidikan dan masa depan Ethan


Baik hati Bercita-cita tinggi Bersimpati Bersyukur Berterim kasih Kasih sayang Hormat-menghormati Rajin Sabar Tabah Tolong-menolong Yakin Kita hendaklah sanggup berkorban demi pendidikan dan masa depan yang baik. Kita haruslah tidak menghina akan kekurangan orang lain. Kita hendaklah sentiasa mengucapkan syukur ketika diberi sesuatu. Kita hendaklah tidak menjadikan kekurangan seperti kemiskinan sebagai halangan untuk menuntut ilmu. Kita hendalah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang susah. Nilai: Pengajaran:


Click to View FlipBook Version