SBLM1023PENGANTARPENULISAN (N) SEMESTERSESI 2023/2024 DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN DINAMIK TUGASAN 3: MAJALAH DISEDIAKAN KEPADA: MOHD HANIFF BIN MOHAMMAD YUSOFF TARIKH PENYERAHAN:
AHLI KUMPULAN KELVIN TAN KAR WING (277036) MOHAMAD ZIKRIE MUSTAQIM MOHD ZUBIR (276985) SITI NUR BALQIS ABDUL RAHMAN (........) SITI NUR BALQIS HUSIN (279483) SITI NUR ATIQAH AZMAN (279698) NURILYA MAISARAH SHARAP (.....) FATIN NUR SYAFIQAH HAMDAN (281458)
POPULARTrending, Terkini & Trend Masa Depan Media Sosial S e b a g a i R u a n g A d u a n Aplikasi Permainan D I G I T A L M A C C A R D I L A N C A R ARTIFICIAL INTELLIGENCE dan Pendidikan
Tinta Editor KETUA PENGARAH KELVIN TAN KAR WING TIMBALAN KETUA PENGARAH MOHAMAD ZIKRIE MUSTAQIM BIN MOHD ZUBIR KETUA EDITOR SITI NUR BALQIS BINTI ABDUL RAHMAN EDITOR SITI NUR BALQIS BINTI HUSSIN SITI NUR ATIQAH BINTI AZMAN PEREKA GRAFIK FATIN NUR SYAFIQAH BINTI HAMDAN NURILYA MAISARAH BINTI SHARAP yukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya e-Majalah Popular Edisi S2024 dapat diterbitkan dengan jayanya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyumbangkan tenaga serta bekerjasama dalam penghasilan e-Majalah Popular ini. Berkat usaha dan kerjasama setiap pihak yang terlibat telah membuahkan hasil sehingga dapat menerbitkan majalah ini. Sebagai ahli siding editor ini, saya berbesar hati untuk meneroka lebih banyak perkara terutamanya hal yang berkaitan dengan penerbitan e-Majalah. Bukan itu sahaja, penghasilan e-Majalah ini banyak memberi pengalaman yang sangat bermakna dan dapat dijadikan sebagai inspirasi pada masa hadapan. Saya mewakili sidang editor e-Majalah Popular ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon maaf jika terdapat kelemahan atau kekurangan yang terkandung dalam e-Majalah ini. Diharapkan agar para pembaca berpuas hati dengan e-Majalah yang kami telah hasilkan.
ISI KA N D U N G A N BERITA UTAMA Aplikasi Permainan Digital 02 Macc AR Dilancar Siti Nur Balqis binti Husin BERITA SAMPINGAN Artificial Intelligence dan Pendidikan 05 Fatin Nur Syafiqah binti Hamdan RUANGAN KREATIF Sajak 10 Keberanian Puisi 10 Sahabat Syair 11 4 Nasihat Pantun 11 Adat RUANGAN IKLAN Noji 03 Smashed Burger 08 Takoyaki Jepang 12 Media Sosial sebagai Ruang Aduan 07 Fatin Nur Syafiqah binti Hamdan Popular / PERMAINAN MINDA Teka - Teki 06 Teka Silang Kata 13 Cari Objek Tersembunyi 17 CERPEN Lara di Hati 15 Siti Nur Atiqah binti Azman
Popular / BERITA UTAMA 01 APLIKASI PERMAINAN DIGITAL MACC AR DILANCAR Siti Nur Balqis binti Husin
APLIKASI PERMAINAN DIGITAL MACC AR DILANCAR BERITA UTAMA “Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi platform GAMMA, Google Play (Android), App Store (iOS) dan AppGallery (Huawei)” KUALA LUMPUR - Seiring dengan peredaran teknologi, sebuah permainan digital mudah alih pendidikan antirasuah ‘Malaysian Anti-Corruption Commission Augmented Reality (MACC AR) telah dilancar. Oleh Siti Nur Balqis binti Husin | 10 Januari 2024 Augmented Reality (AR) adalah sebuah teknologi yang saat ini ramai dimanfaatkan oleh ramai orag daripada pelbagai kalangan golongan. AR merupakan salah satu hal yang penting dalam peningkatan dunia digital. Salah satu contohnya adalah filter yang sering digunakan di Snapchat atau Instagram yang memungkinkan seakan-akan ada di dunia animasi. Permainan digital itu dilancarkan bersempena dengan Karnival Bahasa Melayu anjuran bersama pihak NGO dan Pihak SPRM yang terlibat yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Januari 2024. Beliau berkata, MACC AR ini merupakan bahan bantu mengajar yang secara tidak langsung menepati fungsi suruhanjaya ini untuk mendidik pelajar dan orang ramai supaya menentang rasuah dan mendapatkan serta memelihara sokongan masyarakat dalam memerangi rasuah. Hal ini kerana jenayah rasuah pada tahun ke tahun semakin meningkat “Teknologi ini adalah salah satu daripada tonggak Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang membolehkan kandungan disalurkan kepada pengguna dengan efektif di samping menarik minat mereka melalui audio dan visual yang menarik,” katanya ketika berucap pada pelancaran aplikasi itu. Tambahnya lagi, teknologi Augmented Reality atau AR merupakan teknologi terkini yang membolehkan kandungan seperti model 3D, animasi, video, imej dan lain-lain dipaparkan sebagai visual alam sebenar melalui penggunaan peranti pintar seperti telefon mudah alih, tablet atau kaca mata pintar sekali gus memudahkan pemahaman pelajar terhadap mesej antirasuah walau di mana pun mereka berada. Pengarah Bahagian NG0, Rasyid Ahmad, inisiatif tersebut adalah cetusan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam usaha mendekati murid-murid sekolah agar cakna mengenai bahaya jenayah rasuah dalam kehidupan. 02
03
ARTIFICIAL INTELLIGENCE DAN PENDIDIKAN Fatin Nur Syafiqah Hamdan MEDIA SOSIAL SEBAGAI RUANG ADUAN Fatin Nur Syafiqah Hamdan B E R I T A SAMPINGAN Popular / 04
“Penting untuk memastikan sistem pendidikan dan program latihan adalah sejajar untuk menghasilkan tenaga kerja yang berinovasi dan memanfaatkan teknologi ini dengan berkesan”, kata Prof Dr Abd Latif Saleh, Pro-Naib Canselor Kampus UTM Kuala Lumpur. Oleh itu, pelajar hendaklah menggunakan teknologi AI secara berpada-pada. Hal ini boleh menyebabkan kebergantungan pelajar hanyalah terhadap teknologi tanpa meminta bantuan atau ajaran daripada guru. Kebergantungan pelajar terhadap teknologi juga boleh merisikokan kerjaya seorang pendidik akibat pelajar lebih gemar mengharapkan bantuan daripada AI berbanding bantuan secara fizikal daripada seseorang yang bergelar guru. Namun, diharapkan agar guru sentiasa bersemangat untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar tanpa jemu. BERITA SAMPINGAN ARTIFICIAL Oleh Fatin Nur Syafiqah Hamdan [email protected] KEWUJUDAN teknologi baharu iaitu teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai Artificial Intelligence (AI) telah memberi kesan terhadap hidup manusia tanpa mengira usia. Negara Malaysia turut melangkah maju dalam menggunakan teknologi AI yang semakin berkembang pesat. Selain itu, teknologi ini turut membantu dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan. Perkara ini dapat dilihat daripada perkembangan yang dihadapi oleh pelajar. Pelajar kini kebanyakannya hanya mengharapkan teknologi untuk menyelesaikan tugasan mereka. “Semuanya hanya dihujung jari”, itulah kata-kata yang sering didengari. SINTOK, 16 JAN DAN PENDIDIKAN Intel igence 05
Dalam banyak-banyak mi, mi apa yang tak boleh dimakan ? 1. Burung apa yang mempunyai satu jantina ? 2. Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan ? 3. Kalau kapal terbang dah terbang, tinggal apa ? 4. 5.Ikan apa yang suka merempit ? Dalam banyak-banyak buku, buku apa yang tak boleh di baca ? 6. 7.Bom apakah yang tidak boleh meletup ? 8.Air apakah yang berani ? 9.Kotak apa yang tidak boleh dibuka ? Bila kita jalan atau berhenti, dia tetap jalan. Tapi bila dia berhenti, kita akan mati. 10. PERMAINAN MINDA 06 Popular /
“SETIAP KATA YANG DITULIS ADALAH CERMINAN DARI APA YANG DIFIKIRKAN” Terdapat satu kejadian iaitu seorang netizen membuat aduan berkaitan kenaikan harga bekalan dan barangan keperluan di media sosial sehingga viral. Menurut Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), hal ini sebaliknya perlu diadukan terus ke saluran rasmi KPDN. 07 BERITA SAMPINGAN MEDIA SOSIAL sebagai Ruang Aduan Oleh Fatin Nur Syafiqah Hamdan [email protected] DUNIA digital kini semakin menjadi perkara yang diutamakan dalam kehidupan seharian setiap individu. Pelbagai media sosial telah wujud sehingga ke hari ini seperti aplikasi Instagram, X, TikTok dan Facebook. Seperti yang dapat dilihat pada skrin peranti anda, media sosial telah menjadi tempat atau ruang bagi seseorang untuk meluahkan segala perasaan serta menyampaikan apa yang berlaku dalam kehidupan harian mereka. Perkara ini bukanlah sesuatu yang aneh lagi. CHANGLUN, 16 JAN Oleh itu, pengguna yang bijak perlulah memanfaatkan penggunaan media sosial dengan baik. Perkara ini secara tidak langsung dapat membantu semua pihak yang terlibat. Menurutnya juga, tindakan netizen mengadu perkara tersebut di media sosial telah melambatkan proses yang sepatutnya berlaku. Hal ini demikian kerana pihak berkuasa perlu mencari siapa yang memulakan postingan tersebut dan berjumpa dengannya terlebih dahulu sebelum memulakan siasatan.
SIR CAFE $ CO. DOUBLED SMASHED BEEF BURGER SIR CAFE & CO. VARSITY MALL UUM
SAJAK RUANGAN KREATIF SYAIR PANTUN PUISI Popular / 09
Oleh: Siti Nur Atiqah Azman Di dalam hati yang penuh semangat, Terhamparlah sebuah keberanian yang agung. Melangkah maju, tak takut terhadap tentangan. Menghadapi dunia dengan berani dan tabah. Keberanian adalah api yang membara, Menerangi jalan dalam kegelapan. Tak pernah berhenti, Tak pernah menyerah, Mengatasi rintangan dengan hati yang tabah. Dalam setiap langkah, wujudnya keberanian Memberi inspirasi kepada semua. Membawa perubahan, mengubah dunia Keberanian merupakan sebuah kekuatan yang tak boleh digoyahkan. Jangan takut untuk menjadi diri sendiri, Beranilah menghadapi segala cubaan dengan penuh keyakinan. Dengan keberanian, kau akan menemukan sebuah keajaiban Akhirnya dunia akan terpesona dengan keberanianmu yang agung. Kau yang selalu bersamaku Selalu menjagaku Selalu menerimaku Selalu membelaku Canda menghiasi hari-hari kita Kebersamaan selalu menyertai kita Sedih, senang kita lalui bersama Kau yang selalu menemanaiku Aku ingin selalu disampingmu Aku ingin selalu bersamamu Kaulah sahabat sejatiku Wahai sahabatku... Senyummu itu yang menghiasi hariku Aku selalu akan ada untukmu Kau selalu dalam benakku RUANGAN KREATIF Sajak Puisi SAHABAT Oleh: Mohamad Zikrie Mustaqim 10
RUANGAN KREATIF Oleh: Siti Nur Atiqah Azman Syair Pantun Bersabarlah dalam setiap langkahmu, Jangan terburu-buru, nikmati setiap proses yang ada. Jadilah bijaksana, berfikir sebelum bertindak agar tak menyesal di kemudian hari. Jagalah hati agar tetap ikhlas dan tulus, Hindari busuk hati, binalah peribadi yang baik. Tolonglah sesama dengan senang hati, supaya hidup terus diberkati. Berusaha dan berjuanglah dengan gigih, Tak pernah lelah dalam meraih impianmu Jadilah insan yang terus berusaha tanpa menyerah, kerana sebuah kegigihan pasti membuahkan hasil. Berkomunikasilah dengan penuh pengertian, Dengarkan dengan hati, bicaralah dengan hikmah. Jadilah orang yang empati dan peduli, Inilah kebaikan dalam berkomunikasi. Buah berangan di rumpun pisang Limau kasturi berdaun muda Kalau berkenan samalah berbincang Tanda diri beradat budaya Berbuah lebat pohon mempelam Rasanya manis dimakan sedap Bersebarlah adat seluruh alam Adat pusaka berpedoman kitab Asam kandis mari dihiris , Manis sekali rasa isinya ; Dilihat manis dipandang manis , Lebih manis hati budinya. Pokok pinang ditanam rapat Puyuh kini berlari-lari Samalah kita menjunjung adat Tunggak budaya semai dihati Adat Oleh: Mohamad Zikrie Mustaqim 11
TAKOYAKI JEPANG ‘INGAT UMI, INGAT TAKO’ PENCARIAN EJEN SELURUH MALAYSIA DIBUKA SEKARANG RM1500 HINGGA RM10000 SEBULAN JOM SERTAI KAMI UNTUK JANA INCOME BERSAMA TAKOYAKI JEPANG!!!!! Takoyaki Jepang
TEKA SILANG KATA PERMAINAN MINDA _________ 13
CERPEN Popular / 14
Di dalam sebuah universiti terkemuka yang bernama Universiti Utara Malaysia, hiduplah seorang pemuda yang bernama Ammar. Ammar ialah seorang remaja yang mempunyai sifat yang ceria dan sentiasa bersemangat dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberi. Namun di sebalik senyumannya yang cerah dan riang, terdapat lara yang tersembunyi rapat di dalam hatinya. Ammar merupakan anak yatim yang telah kehilangan ibunya ketika masih kecil dan kepergian sang ibu telah meninggalkan luka yang amat dalam dirinya. CERPEN / Setiap hari, Ammar sentiasa merasa sebuah kekosongan dan kesepian yang muncul di dalam hatinya dan ianya sukar untuk diobati meskipun sudah memakan masa yang sangat lama. Apatah lagi Ammar sering melihat rakan-rakan seperjuangannya yang mempunyai masalah atau sedang menempuh jalan kebuntuan sentiasa menelefon ibu-ibu mereka untuk meminta pandangan atau sekadar ingin bermanja. Melihat keadaan itu secara berterusan menyebabkan rindu Ammar terhadap ibunya semakin mendalam dan sukar untuk dibendung. Ini kerana, sebelum dia bergelar seorang pelajar, dia juga merupakan seorang anak yang memerlukan belaian kasih daripada seorang ibu kandungnya sendiri. Namun begitu, Ammar tetap berusaha kuat untuk menjaga semangatnya tetap bersinar dan menyembunyikan segala duka di hati namun lara di hatinya terus menghantui dirinya. 15
Pada suatu hari, Ammar bertemu dengan seorang pemuda yang sebaya dengan dirinya bernama Ashraf. Ashraf merupakan seorang pelajar yang mengambil jurusan Kerja Sosial di UUM. Disebabkan hal demikian, Ashraf memiliki jiwa yang sangat peka terhadap perasaan orang lain. Ashraf melihat kesedihan yang tersembunyi di dalam mata Ammar dan merasa terpanggil untuk membantunya mengatasi duka di hati. Pada waktu lapang, Ashraf mengajak Ammar untuk berjalan-jalan di sekitar negeri Kedah dan mengunjungi tempat-tempat indah yang sering diperkatakan oleh orang ramai. 16 CERPEN / Hari demi hari, hubungan mereka semakin erat sehingga mereka saling terbuka dan berkongsi cerita mengenai kehidupan masing-masing. Kehadiran Ashraf yang datang secara tiba-tiba telah membuatkan Ammar merasa sangat selesa sehingga lara di hatinya mulai terasa lebih ringan daripada yang sebelumnya. Ashraf mengajarkan Ammar untuk melepaskan perasaannya melalui kerja sukarelawan. Program-program yang disertai membuatkan Ammar mula menyedari bahawa masalah yang dihadapinya tidak sebanding dengan masalah orang lain. Melalui aktiviti-aktiviti ini, Ammar sudah menemukan sebuah cara untuk melepaskan beban di dalam dirinya. Saat waktu semakin berlalu, Ammar mula merasakan kebahagiaan yang sudah lama hilang dalam dirinya. Ammar belajar bahawa dalam setiap luka pasti terdapat kekuatan yang membantu untuk menyembuhkannya. Oleh: Siti Nur Atiqah Azman
Cari objek tersembunyi ! PERMAINAN MINDA Popular / 17
Teka Silang Kata Popular / JAWAPAN PERMAINAN MINDA Teka - Teki 1.Misai 2.Burung Kakak Tua 3.Bahrain 4.Tinggal Lambai 5.Ikan Lumba-lumba 6.Buku Lali 7.Bomba 8.Air Terjun 9.Kotak Penalti 10.Jantung Cari Objek Tersembunyi 18
@majalahpopular www.popular.my FOLLOW & LIKE: “Don ’t use social media to impress people. Use it to impact people. ”