The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9228632, 2021-08-15 04:54:53

Contoh Kerja Kursus Geo Tingkatan 2

Geografi Tingkatan 2 (KERJA KURSUS)

Geografi Tingkatan 2

Bab 11:Panduan Kerja Lapangan

Kerja Lapangan

Kerja lapangan merupakan salah satu kompenan yang sangat penting dalam
kurikulum Geografi. ,Kerja lapangan dapat mengukuhkan lagi P&P dalam bilik darjah
dan dapat memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan idea serta
mempraktikkan kemahiran geografi yang dipelajari.

Kerja lapangan adalah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran kurikulum Geografi
yang telah dipelajari daripada bahagian Kemahiran Geografi, Geografi Fizikal, Geografi
Manusia, Geografi Kawasan, serta Isu dan Pengurusan Alam Sekitar. Kemahiran seperti
Kemahiran Abad ke-21, KBAT, kemahiran mentafsir, kemahiran kajian masa depan,
kemahiran sosial, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran TMK dapat disemai melalui
pelaksanaan kerja lapangan. Kerja lapangan wajib dilaksanakan oleh murid.

Contoh Laporan Kerja Lapangan

Penulisan laporan kerja lapangan hendaklah dibuat mengikut
kriteria berikut:

1. Kertas bersaiz A4

2. Format asas penulisan laporan hendaklah mengandungi
perkara berikut:
a) Tajuk kajian di muka depan laporan
b) Senarai kandungan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
KIJAL

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

Tajuk:

PENGANGKUTAN
AWAM DI KAMPUNG
TELOK KALONG,
KEMAMAN,
TERENGGANU

Disediakan oleh:
SITI NURNADHIRAH BALQIS BINTI NOR
ASMANIZAM

Tingkatan 2 Abdul Alim

Senarai Kandungan

Perkara M/S
Penghargaaan 1
Pendahuluan 1
Objektif Kajian 2
Kawasan Kajian 2
Kaedah Kajian 3
Hasil Kajian 3-4
Rumusan 5
Rujukan 5
Lampiran 6

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan
Geografi Tingkatan 2. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima
kasih kepada guru matapelajaran Geografi saya iaitu Puan Maschik binti
Ali kerana telah membantu saya dalam penyediaan laporan ini
merupakan hasil komitmen yang jitu daripada beliau.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya,
iaitu Encik Nor Asmanizam bin Ismail dan Puan Mutihazenita binti Hassan
yang memberi bantuan kewangan dan kebenaran kepada saya untuk
menjayakan kerja lapangan ini.

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang pengankutan awam di Kampung
Telok Kalong, Kemaman, Terengganu.

Saya memilih tajuk ini kerana kebanyakkan penduduk di sini
menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk ke
sesuatu tempat. Tambahan pula, kawasan kajian saya ini merupakan
tempat laluan utama pengangkutan awam.

Saya menjalankan kajian ini selama enam minggu bermula dari
bulan July sehingga tengah bulan Ogos. Pengumpulan data dan maklumat
dilakukan selepas waktu persekolahan. Manakala, penulisan laporan
laporan kerja lapangan dilakukan di bilik darjah pada waktu pengajaran
dan pempelajaran mata pelajaran Geografi.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalan kerja lapangan di Kampung Telok Kalong, Kemaman,
Terengganu bertujuan untuk:
(a) Mentakrif dan menghuraikan konsep pengankutan awam.
(b) Menyatakan dan menghuraikan konsep pengangkutan awam.
(c) Menyatakan dan menghuraikan kepentingan pengangkutan awam di

kawasan kajian.
(d) Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam di

kawasan kajian.

(e) Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan masalah pengankutan
awam di Kawasan kajian

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah di sekitar Kampung Telok Kalong, Kemaman,
Terengganu. Lingkungan kawasan kajian saya adalah lebih kurang lima
kilometre persegi. Kawasan ini adalah di pentadbiran Majlis Daerah
Kemaman. Kawasan ini juga juga terletak dalam Mukim Telok Kalong,
Daerah Kemaman, Terengganu. Jumlah penduduk kampung di kawasan
Kajian 2650 orang. Bentuk muka bumi Kawasan ini adalah terdiri daripada
tanah pamah yang rata. Jarak kawasan dari kampung telok kalong ialah
lima kilometer. Jika menaiki bas, tambangnya ialah RM 1.20. Sekiranya
menaiki teksi pula tambangnya ialah RM 5.00 seorang.

KAEDAH KAJIAN

Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut:

i. Pemerhatian – Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui

jenis pengangakutan awam di Kawasan kajian.

ii. Temu bual – Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui

kepentingan pengangkutan awam di Kawasan kajian.

iii. Rujukan – Rujukan buku di perpustakaan dan Internet digunakan

untuk mengetahui konsep pengangkutan awam

HASIL KAJIAN
Konsep Pengangkutan Awam

Menurut Pusat Persuratan Melayu (Kamus Pelajar Edisi Kedua),
pengangkutan awam ialah system pengangkutan bermotor seperti teksi,
bas kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan
tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.

Pengangkutan awam biasanya menawarkan perkhidmatan berjadual
dan dalam laluan tetap. Kebanyakkan penumpang bergerak dalam
lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dengan tempat
kerja, pusat membeli-belah atau institusi Pendidikan.

Jenis Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian

Melalui pemerhatian saya, jenis pengangkutan awam di Kampung Telok
Kalong, Kemaman, Terengganu ialah bas dan teksi. Pengangkutan awam
di sini terdiri daripada bas henti-henti atau bas tambang, bas persiaran,
bas sekolah dan bas ekspres. Perkhidmatan bas sekolah penting kepada
murid untuk ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Perkhidmatan bas
henti-henti pula penting kepada penduduk dalam Kawasan kajian untuk
ke bandar Cukai.

Kepentingan Pengangkutan Awam

Kepentingan pengangkutan awam di Kampung Telok Kalong, Kemaman,
Terengganu adalah sperti berikut:

(a) Membawa penumpang
Melalui pemerhatian saya, didapati bahawa, pengangkutan awam
di kawasan kajian sangat penting untuk mengangkut penumpang.
Di Kawasan kajian ramai pekerja asing. Bas dan teksi merupakan
kenderaan utama pekerja asing ini untuk ke bandar Cukai dan ke
tempat yang lain.

(b) Mengurangkan kesesakan lalu lintas
Melalui pemerhatian saya, pengguna pengangkutan awam dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kawasan kajian.
Penggunaaan pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat
mengurangkan bilangan kenderaan di atas jalan raya.

(c) Menjimatkan kos
Melalui pemerhatian saya, penggunaan pengangkutan awam
dapat mengurangkan kos. Saya dapat pergi ke bandar Cukai
hanya dengan tambang RM 1.20 berbanding dengan
menggunakan persendirian. Selain kos bahan api atau petrol, kos
tempat letak kenderaan turut dapat dijimatkan dengan
mengguanakan pengangkutan awam.

Rumusan

Kesimpulannya, jenis pengangkutan awam utama di Kampung
Telok kalong ialah bas. Bas mempunyai banyak kepentingan
kepada penduduk di Kawasan kajian. Antaranya ialah membawa
penumpang dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan
berharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada penduduk,
syarikat bas dan masyarakat umumnya. Dapatan kajian ini
diharap dapat mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab.

Rujukan
Buku

Chong Mui Sen, Azizan Abu Samah (2003). Geografi Tingkatan 2
Kualan Lumpur: Percetakan Saufi.

Internet

https://online.anyflip.com/ruvqg/nfjj/mobile/index.html

Lampiran


Click to View FlipBook Version