The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOORASIKIN BINTI MOHAMAD IDRIS
JOHNANDREA JUTIP
MAC LEERON FERIDLEE

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AKMAL BIN HASHIM (KV-WHA1099), 2024-03-25 00:12:21

PEMBANGUNAN PEMEGANG MATA ALAT BOLEH LARAS

NOORASIKIN BINTI MOHAMAD IDRIS
JOHNANDREA JUTIP
MAC LEERON FERIDLEE

Keywords: KOLEJ VOKASIONAL LABUAN

40 Manakala daripada jadual 4.4 pula skor reka bentuk 3 dalam borang matriks pemilihan reka bentuk daripada tiga pakar penilai menunjukan bahawa pakar 3 juga masih memberi skor yang tertinggi mengikut keperluan dan ciri-ciri khas yang terdapat daripada reka bentuk yang ketiga. Hasil jumlah keseluruhan skor bagi reka bentuk 3 adalah sebanyak 56. Setelah diteliti dan pertimbangan yang dibuat melalui skor yang diperoleh dari ketiga-tiga pakar didapati bahawa lakaran ketiga adalah yang paling tinggi skornya iaitu sebanyak 56 kerana terdapat ciri-ciri tambahan pada reka bentuk yang ketiga adalah mempunyai penghadang pada pemegang mata alat yang dimana ianya menjamin keselamatan Ketika pengoperasian dijalankan. Selain daripada itu lakaran ketiga ini membolehkan mata alat dipegang lebih daripada satu dan memudahkan pengendali mengendali pemegang mata alat jenis ini. 4.4 REKA BENTUK PEMEGANG MATA ALAT BOLEH LARAS Satu lakaran awal telah dibuat sebelum proses membangunkan produk dijalankan. Suatu penilaian awal akan dilakukan untuk mengetahui sama ada lakaran yang dibuat sesuai untuk membina sebuah mata alat boleh laras ini. setelah lakaran yang sesuai ditentukan, lukisan penuh akan dihasilkan beserta pemilihan bahan yang sesuai dengan reka bentuk tersebut. Terdapat beberapa ciri spesifisikasi yang akan di ambil kira untuk membangunkan sesuatu produk. Spesifikasi reka bentuk dijadikan sebagai panduan sewaktu proses pembangunan produk dijalankan untuk memastikan objektif kajian yang dinyatakan tercapai. Antara perkara yang perlu di ambil kira adalah seperti berikut : a) Keselamatan : Keselamatan merupakan aspek penting dalam Pembangunan sesuatu alat atau produk dengan mengambil kira aspek keselamatan pengguna dan tahap keselamatan produk ketika digunakan. b) Ergonomik : Faktor ergonomik merupakan suatu faktor kemanusiaan dalam suasana kerja yang perlu diletakkan semasa Pembangunan produk dijalankan agar pengguna produk selesa dan selamat menggunakan produk tersebut. c) Kos : Kos pembuatan sesuatu produk perlu dititikberatkan supaya ia mampu untuk dimiliki dan tidak menjejaskan kualiti produk.


41 4.4.1 Bahagian Rangka Body Bahagian rangka body pada merupakan bahagian utama yang diperlukan untuk menjadi suatu pemegang mata alat yang lengkap dan sempurna. Rajah 4. 2 Lukisan Kerangka Bahagian Body Pemegang Mata Alat Rajah 4.2 menunjukkan lukisan bahagian body untuk pemegang mata alat. Reka bentuk kerangka ini mestilah stabil dan mempunyai saiz yang sesuai dengan bahagian-bahagian yang lain supaya proses penyambungan setiap bahagian dapat dilakukan dengan mudah dan sesuai dengan ukuran pada setiap bahagian. 4.4.2 Bahagian Rangka Holder Bahagian rangka holder ini merupakan bahagian untuk memegang mata alat dengan lebih ergonomik. Rajah 4. 3 Lukisan Kerangka Bahagian Holder Mata Alat Berdasarkan rajah 4.3, reka bentuk rangka bahagian holder mata alat direka bentuk untuk memegang mata alat dengan lebih selamat ketika ingin melakukan pemotongan melarik.


42 4.4.3 Bahagian Rangka Upper dan Lower Plat Bahagian rangka ini merupakan bahagian yang penting untuk tapak dan penutup di atas body pemegang mata alat. Rajah 4. 4 Lukisan Kerangka Bahagian Upper dan Lower Plat Rajah 4.4 menunjukkan lukisan bahagian rangka upper dan lower plat. Reka bentuk kerangka ini mestilah bersifat rata supaya pemegang mata alat lebih stabil dan kemas. Plat yang rata adalah paling penting supaya dapat menyambungkan bahagian body dengan upper dan lower plat supaya dapat menghasilkan pemegang mata alat yang sempurna dan selamat. 4.4.4 Bahagian Rangka Nat untuk pelarasan mata alat. Bahagian rangka ini merupakan bahagian penting untuk pemegang mata alat boleh dilaraskan. Rajah 4. 5 Lukisan Bahagian Rangka Nat Pelaras Rajah 4.5 menunjukkan lukisan kerangka bahagian nat pelaras yang akan menggerakkan pemegang mata alat supaya boleh bergerak ke atas dan ke bawah mengikut ketepatan pada bahan.


43 4.4.5 Bahagian Rangka lock. Bahagian rangka lock ini merupakan bahagian untuk mengunci pemegang mata alat supaya tidak bergerak. Rajah 4. 6 Lukisan Kerangka Bahagian Lock . Rajah 4.6 menunjukkan lukisan kerangka bahagian lock yang akan mengetatkan dan mengunci pemegang mata alat yang telah dilaraskan supaya tidak bergerak. 4.4.6 Keseluruhan Pemegang Mata Alat Boleh Laras Setelah mereka bentuk setiap bahagian, semua bahagian akan disambung dan dipasang untuk dijadikan sebuah pemegang mata alat boleh laras. Pemegang mata alat boleh laras terdiri daripada 6 bahagian kerangka iaitu body, holder, upper dan lower plat, nat pelaras dan lock skru. Rajah 4. 7 Lukisan Keseluruhan Pemegang Mata Alat Boleh Laras


44 4.5 MEMBANGUNKAN PRODUK Dalam fasa membangunkan produk ini, pengkaji akan mula membina kerangka produk berdasarkan daripada analisis keperluan produk dan reka bentuk produk. Kedua-dua fasa ini menjadi panduan semasa menjalankan fasa Pembangunan produk ini. antara proses kerja yang akan dilakukan di dalam fasa ini ialah a) Menentukan bahan yang akan digunakan untuk pemegang mata alat boleh laras. b) Memotong bahan mentah menjadi bahagian-bahagian yang diperlukan. c) Membentuk setiap bahagian. d) Membuat proses penyambungan setiap bahagian yang telah siap dibentuk. e) Melakukan proses pengemasan produk. Proses-proses yang dilakukan sewaktu kerja-kerja Pembangunan Pemegang Mata Alat Boleh Laras dijalankan bermula daripada membina kerangka produk sehingga proses pengemasan produk dilakukan. 4.5.1 Menentukan Bahan Pemegang Mata Alat Yang Perlu Digunakan. Antara proses pertama yang dijalankan adalah penentuan bahan yang sesuai digunakan. Bahan yang sering dan mudah didapati di pasaran ialah Besi, Aluminium dan Keluli. Besi dijadikan sebagai pilihan kerana sifatnya yang mudah dibentuk dan tahan lasak. Jadual 4. 5 Perbandingan jenis bahan yang sesuai digunakan Jenis Bahan Kelebihan Nilai kekerasan Nilai keanjalan Besi -Mudah dibentuk -Tahan lasak 95.0-126 BHN 370-500MPa Aluminium -Tahan lama -Tahan Karat 12.0-1110 BHN 100-400MPa Keluli -Sifat mekanikal yang baik -Tahan hakisan 80.0-600BHN 515-625MPa


45 4.5.2 Membina Kerangka Produk. Kerangka pemegang mata alat merupakan bahagian yang penting. Kerangka projek dibina menggunakan bar besi. Bahan-bahan tersebut dipotong mengikut ukuran yang telah ditetapkan untuk memudahkan proses penyambungan bahan untuk membina kerangka produk. Kemudian tatal yang terdapat pada bahagian yang telah dipotong dikikir dan dibersihkan supaya memudahkan proses penyambungan serta mengelakkan sambungan yang tidak tepat. Jadual 4. 6 Proses Membina Kerangka Produk No. Langkah Gambar 1. Mengukur dan menanda pada kerangka besi mengikut ukuran yang ada di lukisan. 2. Pemotongan permukaan besi menggunakan Milling Machine. Pemotongan bertujuan untuk memotong permukaan yang tidak rata dan membuang karat pada besi. Pemotongan mestilah tepat bagi mengelakkan ralat ketika penyambungan. 3. Memotong bahagian ‘Body’ menggunakan mesin Edm Wire Cut mengikut “Drawing” yang telah dihasilkan menggunakan “Software Autocad”. Penggunaan mesin Edm Wire Cut untuk memotong bahagian ini adalah sangat baik untuk mendapatkan hasil yang kemas.


46 4. Proses pemotongan bahan menggunakan mesin Edm Wire Cut dijalankan. 5. Melakukan ukiran membenang untuk menjadikan sebagai skru pelaras dengan mengikut ukuran yang telah ditentukan. Ketepatan ukuran bebenang ini sangat penting ketika melakukan proses penyambungan. 6. Membuat benang dalam menggunakan Tab tirus, untuk memasukan nat ataupun skru pada bahan kerja agar tidak terjadinya kelonggaran pada pemegang benda mata alat atau pun tempat melaraskan mata alat 7. Mengimpal bahagian bawa dan tempat penutup mata alat untuk memastikan benda kerja tersambung pada bahagian penting.


47 8. Menyediakan besi Mild Steel dengan ukuran 90 x 50 untuk membuat tempet pemegang mata alat. 9. Contoh bentuk Mild Steel yang telah siap dibentuk dengan cara manual menggunakan, mesin kisar dan juga mesin grinding untuk membentukkan pemegang mata alat tersebut. 10. Contoh skru yang digunakan dengan ukuran benang M6 x 1.0. skru tersebut digunkan untuk mengetatkan mata alat semasa membuat pemotongan pada mesin larik.


48 4.6 KOS PEMBANGUNAN PRODUK. Jadual 4. 7 Bilangan Dan Harga Komponen BIL KOMPONEN BILANGAN KOS HARGA 1 Besi 90mm x 10mm 2 RM 30 2 Besi 20mm 1 RM 20 3 Besi 15mm 1 RM 10 4 Skru 11 RM 9.50 5 Besi 50mm x50 mm 1 RM 35 KESELURUHAN KOS = RM104.50 4.7 RUMUSAN Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan mengenai reka bentuk produk dengan lebih mendalam. Sebuah reka bentuk mata alat boleh laras dihasilkan dengan menggunakan perisian Inventor. Rangka dibahagikan kepada 6 bahagian dalam reka bentuk bagi memudahkan proses Pembangunan. Kemudian, pemegang mata alat dibangunkan dari rangka, pemotongan bahan dan penyambungan setiap komponen. Akhir sekali, kos pembangunan dikira. Bab seterusnya akan membincangkan mengenai pengujian dan penilaian produk dengan lebih jelas dan terperinci.


49 BAB 5 ANALISIS, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 PENGENALAN Bab ini membincangkan mengenai fasa analisis kebolehfungsian dan fasa penilaian pemegang mata alat boleh laras yang telah siap dibangunkan. Proses yang terlibat dalam fasa ini adalah meliputi uji lari produk untuk melihat kebolehfungsian produk. Manakala fasa penilaian pula merupakan proses untuk mengetahui sama ada objektif yang ditetapkan tercapai atau tidak. Uji lari akan dijalankan untuk memastikan produk ini boleh berfungsi dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan akan diberikan kepada pakar untuk menilai keberkesanan produk ini. 5.2 ANALISIS KEBOLEHFUNGSIAN Fasa analisis kebolehfungsian merupakan fasa dimana pemegang mata alat boleh laras ini diuji lari untuk melihat kebolehfungsian dalam memudahkan dan dapat memegang mata alat dengan baik dan kuat. Hasil dapatan kajian yang diperolehi adalah daripada penilaian pakar menggunakan borang soal selidik mengenai alat yang akan diuji. Produk ini dinilai untuk mendapatkan maklum balas daripada pakar yang telah dipilih. Selain itu, beberapa data akan diambil untuk melihat kebolehfungsian produk tersebut. Fokus utama dalam membangunkan alat ini adalah untuk memegang mata alat dengan kuat dan dapat mata alat boleh dilaraskan atau tidak. Uji lari dilakukan adalah untuk mengenalpasti reka bentuk produk, melihat pembangunan produk yang dibangunkan dan menguji kebolehfungsian produk itu sendiri. Dalam menjalankan ujian ini, pemegang mata alat akan di pasang pada mesin. Pemegang mata alat tersebut kemudiannya akan diukur sama ada menepati dimensi yang telah ditetapkan. Tempoh masa untuk melaraskan mata alat juga akan diukur dan dibandingkan dengan pemegang mata alat biasa.


50 5.2.1 Menguji Kebolehfungsian Dalam proses menguji kebolehfungsian produk ini satu uji lari telah dilakukan. Uji lari yang akan dilakukan adalah untuk menguji kemampuan produk ini dalam memegang mata alat dengan kuat dan mudah. Perkara yang akan diukur adalah keberkesanan produk, tempoh masa penetapan mata alat serta keselamatan ketika menggunakan pemegang mata alat boleh laras. Rajah 5. 1 Mata Alat Yang Akan Dipegang Oleh Produk Ketika Proses Melarik Berdasarkan rajah 5.1, sebuah mata alat yang akan dipegang oleh produk sebagai pembolehubah tetap dengan menggunakan parameter berikut: 1. Proses melarik : Dalam keadaan baik 2. Bahan : Besi 3. Kelajuan spindle : 150-1500rpm Kemudian, mata alat diletakan pada produk untuk memegang mata alat. Mesin akan ditetapkan dengan kelajuan spindle yang sederhana sebagai permulaan untuk menguji produk. Pengujian yang dilakukan adalah menjalankan proses melarik selari dan melarik penampang dengan menggunakan pemegang mata alat yang telah dihasilkan.


51 Rajah 5. 2 Pengujian Melarik Penampang Menggunakan Pemegang Mata Alat Boleh Laras Rajah 5. 3 Pengujian Melarik Selari Menggunakan Pemegang Mata Alat Boleh Laras Hasil daripada pengujian keberkesanan ialah pemegang mata alat boleh laras dapat memegang mata alat dengan baik. Pemegang mata alat boleh laras juga dapat memotong bahan dengan selamat.


52 5.2.2 Pengujian Masa Ujian pelarasan akan dilakukan dengan membandingan masa yang diambil untuk penetapan mata alat menggunakan pemegang mata alat biasa dan dengan menggunakan produk yang telah dihasilkan. Rajah 5. 4 Pengujian Masa Memasang Pemegang Mata Alat Biasa Rajah 5. 5 Pengujian Masa Memasang Mata Alat Dengan Menggunakan Produk Rajah 5.4 dan 5.5 menunjukkan pengujian masa bagi memasang dan menetapkan mata alat pada mesin larik. Dengan itu, masa telah diambil ketika memasang mata alat tersebut. Jadual 5.1 menunjukkan masa yang telah diperolehi ketika membuat perbezaan di antara kedua-dua pemasangan mata alat tersebut.


53 Jadual 5. 1 Masa Yang Diambil Untuk Melaraskan Mata Alat Pada Mesin Penetapan mata alat Masa Menggunakan pemegang mata alat biasa 3 minit Menggunakan pemegang mata alat boleh laras 1 minit Jadual 5.1 adalah menunjukkan masa yang diambil untuk membuat pelarasan mata alat pada mesin larik. Hasil yang telah didapati oleh pengkaji adalah ketika melakukan pelarasan mata alat tanpa menggunakan produk yang dihasilkan lebih mengambil masa berbanding menggunakan produk. Hal ini kerana penetapan mata alat tanpa menggunakan produk memerlukan alat dan plat besi untuk membuat pelarasan yang diinginkan. Manakala ketika menggunakan produk pemegang mata alat boleh laras yang telah dihasilkan ini adalah sangat mudah kerana tidak memerlukan plat besi tetapi hanya menggunakan nat pelaras yang ada pada produk yang boleh menggerakkan naik turun pemegang mata alat. Ini boleh memudahkan dan menyingkatkan lagi masa ketika melakukan pelarasan mata alat. 5.2.3 Pengujian Keselamatan Setelah melakukan penelitian pada produk, pengkaji mendapati produk tersebut tidak mempunyai getaran ketika proses pemotongan dijalankan. Pengkaji juga mendapati produk tersebut tidak mudah tertanggal ketika digunakan. Produk ini juga mudah dikendalikan oleh pengendali mesin. Dengan pengujian ini dapat dipastikan bahawa produk ini mempunyai keselamatan yang terjamin ketika produk ini digunakan pada mesin larik. 5.3 PENILAI PAKAR Penilaian pakar dilakukan dengan menggunakan borang pengesahan pakar dan borang soal selidik yang mengandungi beberapa soalan dan perlu dijawab oleh pakar. Ianya adalah untuk memastikan produk yang dihasilkan selamat dan boleh digunakan. Borang pengesahan pakar adalah bertujuan untuk mengetahui Cadangan dan penambahbaikan yang disarankan oleh pakar terhadap alat yang dibangunkan.


54 Borang pengesahan pakar perlu diisi selepas pemegang mata alat boleh laras diuji lari. Borang soal selidik pula adalah bertujuan untuk memastikan pemegang mata alat boleh laras dapat digunakan untuk memegang mata alat pada mesin larik. Borang soal selidik ini mengandungi empat bahagian Dimana setiap bahagian mempunyai beberapa soalan yang perlu dijawab. Antaranya ialah kajian demografi, reka bentuk, Pembangunan dan kebolehfungsian. Jadual 5.2 menunjukkan hasil kajian demografi yang telah dijalankan. Jadual 5. 2 Kajian Demografi Demografi Respon Pakar Jantina Lelaki 3 Perempuan Umur 21-30 tahun 31-40 tahun 1 41-50 tahun 1 >50 tahun 1 Jawatan Pensyarah 3 Juruteknik Pengalaman dalam bidang berkaitan 1-5 tahun 6-10 tahun 1 11-15 tahun 16-20 tahun 20-40 tahun 2 Dalam bahagian kajian demografi, terdapat beberapa item yang disoal seperti jantina, umur, jawatan dan pengalaman dalam bidang berkaitan. Jadual 5.2 menunjukkan 3 orang pakar telah menjawab soal selidik dan pakar-pakar tersebut terdiri daripada pensyarah-pensyarah pemesinan industri di Kolej Vokasional Labuan.


55 5.3.1 Reka Bentuk Pemegang Mata Alat Boleh Laras Terdapat 3 item yang disoal dalam bahagian B untuk peringkat pembangunan pemegang mata alat boleh laras ini. Item yang disoal adalah berkenaan reka bentuk pemegang mata alat setelah pembangunan. Kesemua item ini merupakan perkara yang kritikal dan penting pada pencetak supaya ia dapat berfungsi secara optimal. Pada item pertama dan kedua , kesemua pakar bersetuju pada item tersebut tetapi pada item ketiga, 2 daripada pakar bersetuju bahawa ukuran saiz pemegang mata alat boleh laras bersesuai dengan saiz pada mesin larik. Manakala, seorang lagi berpendapat bahawa produk ini sesuai digunakan untuk 1 jenis pemegang mata alat sahaja. Jadual 5.3 menunjukkan tentang respon pakar terhadap reka bentuk pemegang mata alat boleh laras. Jadual 5. 3 Reka Bentuk Pemegang Mata Alat Boleh Laras Bil. Item Ya Tidak 1. Saiz rangka Pemegang Mata Alat Boleh Laras adalah praktikal pada pengguna 3 2. Pemilihan bahan untuk Pemegang Mata Alat adalah bersesuaian 3 3. Ukuran saiz pemegang mata alat boleh laras bersesuaian dengan saiz pada mesin larik. 2 1 5.3.2 Pembangunan Pemegang Mata Alat Boleh Laras Terdapat 3 item yang disoal pada pakar yang berkaitan dengan pembangunan pemegang mata alat boleh laras. Item-item yang dibina adalah bagi mengetahui sekiranya pemegang mata alat dibangunkan dengan baik. Ketiga-tiga bersetuju dengan kesemua item yang disoal dan menunjukkan bahawa pemegang mata alat dibangunkan dengan baik. Jadual 5.4 pula menunjukkan item yang ada pada bahagian C, Pembangunan pemegang mata alat boleh laras.


56 Jadual 5. 4 Pembangunan Pemegang Mata Alat Boleh Laras Bil. Item Ya Tidak 1. Kaedah pemotongan bahan adalah sesuai. 3 2. Kaedah penyambungan antara bahan dan komponen adalah sesuai 3 3. Penyambungan antara bahan dan komponen adalah kemas 3 5.3.3 Kebolehfungsian Pemegang Mata Alat Boleh Laras Pada bahagian D, iaitu kebolehfungsian pemegang mata alat boleh laras, terdapat 3 item yang disoal pada pakar. Kesemua pakar mempersetujui 3 item yang telah disoalkan pada bahagian D. Jadual 5.5 menunjukkan hasil soal selidik pakar dalam kebolehfungsian pemegang mata alat boleh laras. Jadual 5. 5 Kebolehfungsian Pemegang Mata Alat Boleh Laras Bil. Item Ya Tidak 1. Pemegang Mata Alat Boleh Laras dapat memegang mata alat dengan baik. 3 2. Pemegang Mata Alat Boleh dilaraskan dengan mudah. 3 3. Pemegang mata alat dapat digunakan untuk melakukan proses melarik. 3


57 5.4 PERBINCANGAN Setelah pengujian dilakukan, pengkaji telah membuat perbincangan tentang produk yang telah dihasilkan. Hasil daripada perbincangan pengkaji mendapati produk tersebut mempunyai beberapa masalah iaitu produk yang dihasilkan tidak dapat digunakan untuk memegang mata alat seperti karbida, seramik dan intan. Hal ini demikian kerana produk ini hanya dapat memegang mata alat biasa seperti keluli karbon tinggi dan keluli tahan lasak. Selain itu, masalah yang berlaku pada produk yang dihasilkan juga adalah bahan jenis besi yang mudah berkarat. Oleh itu, produk tersebut jarang digunakan untuk melakukan proses pemotongan. Hasil perbincangan daripada masalah ini adalah dengan menghasilkan pemegang mata alat dengan menggunakan bahan jenis keluli tahan karat. Seterusnya, pengkaji telah membincangkan tentang masalah yang tidak mudah untuk dikendalikan kerana saiz yang besar dan bahan besi yang berat. Hal ini demikian kerana, produk yang telah dihasilkan adalah jenis besi yang berat dan sukar untuk digerakkan atau dikendalikan. 5.5 CADANGAN Setelah perbincangan yang telah dilakukan oleh pengkaji, pengkaji mempunyai cadangan untuk menambahbaik produk tersebut dengan membuat pemegang mata alat yang dapat memegang pelbagai jenis mata alat. Dengan ini, masalah yang didapati ketika membuat perbincangan, pengkaji mendapati masalah tersebut dapat diselesaikan dengan menambahbaikan produk yang telah dihasilkan. Selain itu, pengkaji juga akan meningkatkan kualiti dan keupayaan produk agar produk tersebut dapat digunakan pada mesin yang ada pada industri. Kerana produk yang dihasilkan sebelum ini hanya dapat digunakan pada mesin yang ada di bengkelbengkel kecil. Hal ini, supaya dapat memudahkan pada pihak industri ketika melakukan proses pemotongan di industri mahupun pada bengkel. Pengkaji juga telah memberi cadangan untuk membuat penambahbaikan terhadapa saiz produk yang lebih kecil. Ini kerana, dapat memudahkan pengendali untuk membawa dan memasang produk tersebut pada mesin dengan mudah. Oleh itu, produk ini perlu ditambahbaik supaya dapat memudahkan pengendali.


58 5.6 KESIMPULAN Matlamat utama pembangunan pemegang mata alat boleh laras pada mesin konvensional adalah untuk membantu pihak industri terutamanya dalam bidang pemesinan agar dapat menyelesaikan masalah pengendalian dalam proses pemotongan bahan kerja pada mesin larik konvensional. Berdasarkan daripada pihak pakar menerusi borang matrik pemilihan reka bentuk, rata-rata mereka bersetuju dengan reka bentuk dan pembangunan pemegang mata alat boleh laras pada mesin larik konvensional ini dengan harapan dapat memberikan penyelesaian kepada isu yang berbangkit. Secara keseluruhanya, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa reka bentuk pembangunan pemegang mata alat boleh laras untuk mesin larik konvensional ini berjaya mencapai matlamat dan objektif pembangunanya. Walaubagaimanapun, masih terdapat penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi mencapai tahap paling tertinggi dalam kebolehfungsian pemegang mata alat ini. 5.7 PENUTUP pengkaji mendapati bahawa pemegang mata alat yang boleh laras pada mesin larik konvosional ini mempunyai ciri-ciri reka bentuk dan pembangunan yang baik. Produk yang akan dibangunkan ini diharapkan dapat membantu pihak industri terutamanya dalam bidang pemesinan untuk membantu mereka dalam menyelesaikan masalah atau isu proses pemotongan bahan. Walaubagaimanapun, kajian dan pembangunan produk ini masih perlu mempunyai ruang dan peluang untuk ditambahbaikan pada masa yang akan datang supaya menjadi lebih efektif dan lebih berguna. Oleh itu, penambahbaikan diharap dapat dilakukan seta menggunakan cadangan yang telah diberikan untuk menghasilkan sebuah pemegang mata alat yang lebih selamat dan berguna. Pengkaji juga berharap kajian ini dapat memberikan gambaran dengan lebih jelas dan terperinci kepada pengkaji-pengkaji yang akan datang sebagai rujukan mereka sekaligus menambahbaikan kualiti dan fungsi produk ini.


59 RUJUKAN Yusof Ahmad, Azam Hamzah (2002) Teknologi Bahan, Oxford Fajar Sdn Bhd, Shah Alam. Joshi, P. (2010). “Jig and Fixtures” Tata McGraw Hill Education, New Delih, India. Mansor, F. (2010). Desinging and evaluating of jig for holding cylindrical parts for mass production for drilling operation (Doctoral dissertation, UMP). Kundu, P.K (2014). Desing and fabrication of work holding device for a drilling machine (Doctoral desseration). OKEPALA, Charles.Chikwendu. (2015), The Desing and Need for jigs and Fixturesin Manufacturing, Journal of Scientific Research. Sari, S. A., & Azzah Ulya. (2017). The Development of Pop-up Book on the Role Buffer in The Living Md Said Nazipah & Abd Gani, Muhammad Izuan (2015). Model ADDIE dalam proses reka bentuk modul.Pngajaran Bahasa Arab tujuan khas Universiti Sain Islam Malaysia . R.Rossi and P.N. Mustaro,(2013), “Ouality Evaluation of online courses through rubrics and ADDIE Model, Second International Conference on E-Learning and E-Technologies in Education (ICEEE),Lodz,Poland. Haik< Yousef & Shahin, Tamper, (2010). Engineering Design Proses. Richey, Rita & Klein,J.D. (2014) Design and Development research. Hevner, A., & Chatterjee,S. (2010). Design Science Research in Information Systems. Integrated Series in Information Systems Design Research in Infoemation System, ISHAMZURI BIN ABDULLAH. Lukisan Terbantu Menggunkan Invetor 2023 Asoo, Isoji, dkk. 1983. Sejarah Kesusastraan Jepang (Nihon Bungakushi). Jakarta: UI Press Pradopo, Rachmat Djoko. 2012. Pengkajian Puisi. Yogyakarta : Gadjah Mada University Press`


60 Walts, A. (2020). Inventory Management 101: Helpful Techniques + Methods (2020). Alves, T., Dias, M., & Silva, P. (2014). Applying ISO/IEC 25010 Standard to prioritize and solve quality issues of automatic ETL processes Ware V., Bharathi H. N, 2014. Decision Support System for Inventory Management using Data Mining Techniques. Thinaharan, N., & Chitradevi, B. (2015). Role of Decision Making in Data Mining Systems. Rambely, A. S., Ahmad, R., Majid, N., M-Suradi, N., Din, U., A-Rahman, I., . . . AbuHanifah, S. (2013). Project-Based Activity: Root of Research and Creative Thinking. International Education Studies, 6(6), 66. T. Sauffie, N. F. B. M. (2015). Technical and Vocational Education Transformation inMalaysia: Shaping the Future Leaders. Journal of Education and Practice, 6(22),85-89. U. See, Y. G., & Rashid, A. M. (2015). The Effect of Project Based Learning on Level of Content Knowledge of Pre-Vocational Subject. Mediterranean Journal of SocialSciences, 6(6 S4), 369. V. Yunos, J. B. M. (2008). Technical & vocational education & training (TVET) fromMalaysia perspective. Paper presented at the 2nd International TT-TVET EUAsiaLink project meeting, VEDC Malang


CARTA GANBIL PERKARA 1. PERBINCANGAN TAJUK PTA BERSAMA PENYELIA 2. PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA DAN PEMURNIAN PTA 3. MEMBINA LAKARAN PRODUK 4. MENCARI PENULISAN BERKAITAN DENGAN PRODUK YANG INGIN DIBANGUNKAN 5. MEMULAKAN PENULISAN BAB 1 6. MENYEMAK DAN MEMBUAT PEMBETULAN BERSAMA PENYELIA 7. MEMULAKAN PENULISAN BAB 2


61 LAMPIRAN A TT PTA 1 MINGGU PELAKSANAAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14


8. MENYEMAK DAN MEMBUAT PEMBETULAN BAB 2 9. MEMULAKAN PENULISAN BAB 3 10. MENYEMAK DAN MEMBUAT PEMBETULAN BAB 3 11. MEMBUAT SEMAKAN KESELURUHAN DARI BAB 1 SEHINGGA BAB 3 SEBELUM PEMBENTANGAN 12. MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK PEMBENTANGAN PTA 13. PEMBENTANGAN PTA BERSAMA PENILAI PETUNJUK : P PEL


62 PERANCANG LAKSANAAN


CARTA GANBIL PERKARA 1. MENCARI MAKLUMAT YANG BERKAITAN PADA PENULISAN BAB 4 2. MEMULAKAN PENULISAN BAB 4 3. MENYEMAK DAN MEMBUAT PEMBETULAN PENULISAN BAB 4 BERSAMA PENYELIA 4. MEMBUAT PERSEDIAAN BAHAN 5. MEMULAKAN PEMOTONGAN BAHAN 6. MEMBUAT PEMBANGUNAN PRODUK 7. MEMBUAT PROSES PENYAMBUNGAN PRODUK


63 TT PTA 2 MINGGU PELAKSANAAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14


8. MEMBUAT PENGUJIAN PADA PRODUK 9. MEMBUAT PENULISAN BAB 5 10. MENYEMAK DAN MEMBUAT PEMBETULAN PADA BAB 5 BERSAMA PENYELIA 11. MEMBUAT SEMAKAN KESELURUHAN DARI BAB 4 SEHINGGA BAB 5 SEBELUM PEMBENTANGAN 12. MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK PEMBENTANGAN PTA 13. PEMBENTANGAN PTA BERSAMA PENILAI PETUNJUK : P P


64 PERANCANG ELAKSANAAN


65 LAMPIRAN B


66


67


68


69


70


71


72


73


74


75


76


77 LAMPIRAN C


78


79


80


81


82


83 LAMPIRAN D


84


85


Click to View FlipBook Version