The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AMIRA_LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 2024 (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AMIRA BINTI SUBHI KPM-Guru, 2024-06-10 05:28:33

KAJIAN TINDAKAN NUR AMIRA

AMIRA_LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 2024 (1)

1 ‘TEKNIK KOTAK’ SEBAGAI KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ESEI GEOGRAFI STPM DALAM KALANGAN PELAJAR NUR AMIRA BINTI SUBHI SMK TELOK PANGLIMA GARANG nuramirasubhi@gmail.com ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran dan pemahaman pelajar bagi menghurai isi atau fakta dalam menjawab soalan esei Geografi. Tinjauan awal didapati pelajar tidak mampu menghuraikan perkaitan fakta dan huraian dengan proses yang terlibat yang perlu disertakan dengan bukti dan contoh. Pelajar hanya mampu menyatakan fakta tanpa huraian yang baik. Kesannya pelajar tidak mencapai gred yang bagus dalam peperiksaan sebenar. Buktinya daripada keputusan peperiksaan Semester 1 yang memperoleh gred A hanya 2 orang pelajar dan 11 orang pelajar sahaja yang lulus daripada jumlah keseluruhan 26 orang. Objektif utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu meningkatkan keupayaan pelajar bagi mengingati dan menghuraikan kehendak soalan esei dengan baik dan jelas. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui kaedah pemerhatian, soalan pra dan pasca dengan berpandukan soalansolan sebenar tahun yang lepas. Teori yang diambil sebagai rujukan adalah berdasarkan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Kajian ini melibatkan sampel yang kecil iaitu 12 orang pelajar Geografi STPM daripada kelas 6AK3. Fokus kajian menumpukan kepada kaedah “elemen KOTAK” iaitu kaedah pembahagian isi, huraian dan contoh menggunakan jadual bagi mengatasi kelemahan penulisan esei Geografi. Ia berbentuk “penulisan berkotak” bagi memudahkan pelajar, mengasingkan fakta dengan proses yang berlaku dalam aktiviti Geografi berserta kesan atau bukti proses tersebut. Dapatan daripada KOTAK Geografi, pelajar mampu memperoleh markah yang lebih baik bersama dengan penulisan huraian yang baik. Kata Kunci: Penulisan esei, Geografi, menghurai fakta, penulisan berkotak, jadual 1.0 PENGENALAN Saya merupakan seorang tenaga pengajar bagi matapelajaran Geografi Tingkatan Enam di SMK Telok Panglima Garang. Pelajar-pelajar di dalam kelas saya terdiri daripada pelajar lepasan SPM yang berlatar belakangkan keputusan yang sederhana dan terdiri daripada pelajar aliran sains dan sastera. Daripada pengamatan dan fasa ujian yang telah dijalankan semasa pelajar di Tingkatan 6 Bawah Kemanusiaan 3, saya mendapati bahawa pelajar-pelajar ini tidak dapat menghurai dengan


2 baik bagi soalan esei. Semester 1 mengambil masa selama enam ke tujuh bulan dan setelah melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah secara kuliah tutorial dan latihan di rumah, didapati masih kurang berkesan untuk meningkatkan keputusan prestasi pelajar-pelajar. Setelah dianalisis pelajar-pelajar ini kurang menguasai topik dan juga tiada kemahiran untuk menghurai soalan dengan baik dan aras silibus yang agak berat menyukarkan pelajar untuk memahami isi kandungan pelajaran. Selain itu, masalah ini berlaku dalam kalangan pelajar terutamanya disebabkan sikap pelajar yang kurang faham dan tidak boleh menggambarkan bagaimana proses-proses geografi berlaku. Guru juga perlu membuat penambahbaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi geografi fizikal. Guru telah memperbaharui kaedah dan teknik pengajaran. Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan menegaskan dan memfokuskan beberapa kaedah yang mudah untuk pelajar aplikasikan dalam praktis terbimbing dan juga peperiksaan nanti. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) mengesan antara kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah kegagalan untuk membantu murid mencari perkaitan antara maklumat baru dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Guru yang berkesan dapat menggunakan pelbagai strategi pembelajaran supaya pengajarannya menjadi lebih menarik. Pada umumnya, strategi pengajaran yang berpusatkan pelajar seperti perbincangan, sumbangsaran, main peranan, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah adalah lebih interaktif (Burden & Byrd, 1994). Pemilihan strategi pengajaran yang sesuai untuk sesuatu pengajaran dipengaruhi oleh perubahan zaman, kehendak masyarakat, persekitaran, budaya sekolah, situasi pelajar juga guru yang mengaplikasikannya. Menurut Graaff dan Kolmos (2003) dalam mempelbagaikan pengajaran supaya dapat memenuhi gaya pembelajaran pelajar, pembelajaran berasaskan masalah (PBM) merupakan salah satu alternatif daripada pembelajaran aktif. Berdasarkan daripada masalah yang telah disenaraikan, saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar berlarutan memandangkan murid-murid saya akan menghadapi peperiksaan semester 2 dan semester 3. Bagi membantu menyelesaikan masalah ini saya menggabungjalinkan pengajaran dan pembelajaran kepada penggunaan ICT, grafik dan teknik huraian mudah ingat dalam menguasai dan meningkatkan kefahaman pelajar. Pada masa kini terdapat dua jenis aplikasi perisian yang digunakan dalam pendidikan. Pertama, penggunaan aplikasi perisian multimedia yang sedia ada, kedua, penggunaan aplikasi perisian yang dibangunkan oleh pendidik itu sendiri. PdPc Geografi melalui multimedia secara talian dipercayai akan dapat melahirkan generasi baru yang berfikiran kritis dan kreatif (KBKK) kerana ciri utama pembelajaran melalui Internet adalah bersifat kolaboratif and koperatif (Spencer Kagan, 1993).


3 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah menghurai dengan baik yang dihadapi oleh murid dalam menghuraikan isi dan fakta bagi soalan-soalan esei. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan dan menyelidik sejauh manakah kaedah penggunaan teknik kotak dapat membantu meningkatkan keupayaan murid dalam menulis huraian dengan lebih tepat, menepati spesifikasi skema serta menjadikan pengajaran lebih berkesan dan menarik. Objektif kajian tindakan ini adalah: 1) Membantu meningkatkan keupayaan pelajar bagi mengingati dan menghuraikan kehendak soalan esei dengan baik dan jelas. 2) Meningkatkan pemahaman pelajar bagi subtopik dalam sukatan Semester 2 dengan baik disamping meningkatkan prestasi penulisan pelajar khususnya dalam soalan esei. 3) Menambah baik teknik PdPc dalam menghuraikan sesuatu tajuk dengan lebih berkesan dan tidak membosankan serta menggunakan teknik pengajaran yang baru suapaya pelajar lebih mudah memahami dan mempelbagaikan kaedah pengajaran. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk memembantu pelajar mengingat fakta dan memberikan huraian yang sesuai dengan baik khususnya bagi soalan esei. Rajah di bawah menunjukkan Model Kemmis dan McTaggart (1988) yang dijadikan sebagai garis panduan utama pengkaji dalam merancang, melaksanakan, dan menilai tindakan kajian yang dijalankan. Menurut Kemmis dan McTaggart (1988), bagi sesetengah kumpulan/individu yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 1.


4 Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) Fasa perancangan kajian ini akan merangkumi Langkah-langkah berikut: 1. Pengenalpastian Objektif: Menetapkan objektif kajian yang jelas, iaitu membantu meningkatkan keupayaan pelajar bagi mengingati dan menghuraikan kehendak soalan esei dengan baik dan menepati skema. 2. Penentuan sampel: Menentukan kumpulan pelajar sasaran yang terlibat dalam kajian ini berdasarkan kriteria tertentu seperti tahap pembelajaran dan keperluan sokongan tambahan di mana murid yang terlibat ialah 12 orang pelajar 6 Atas Kemanusiaan 3 3. Merancang Aktiviti: Merancang dan menyediakan modul latihan, dan cara penulisan esei menggunakan kaedah ‘Kotak Geografi’ berdasarkan kepelbagaian bentuk soalan-soalan peperiksaan sebenar. 4.0 PERANCANGAN 4.1 Tinjauan awal masalah: Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:


5 a. Keputusan Peperiksaan Semester 1 Keputusan yang kurang memuaskan iaitu hanya 2 orang calon yang mendapat gred A. Pelajar yang lulus sebahagian iaitu bagi gred C-, D+ dan D mewakili 11 orang dan terdapat 5 orang mendapat gred F iaitu gagal. b. Pemerhatian Saya perlu mengubah kaedah dan teknik pengajaran. Seterusnya memperbanyakkan latih tubi, ujian ringkas dan memberi teknik menjawab kepada pelajar menggunakan koleksi soalan-soalan lepas kerana daripada pemerhatian, kata kunci soalan tidak berubah dari tahun ke tahun dan pelajar perlu menguasai kata kunci dan kehendak soalan sahaja. Latihan yang dibuat oleh pelajar perlu disemak oleh guru bagi mendapatkan gambaran dan guru dapat mengenal pasti kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. 4.2 Analisis Tinjauan Masalah Hasil tinjauan mendapati : a. Peperiksaan Semester 1 Berdasarkan daripada markah Peperiksaan Semester 1, STPM 2023, Jadual 1: Peratusan markah dan gred pelajar dalam ujian pengesanan pada Semester 1 STPM 2023 bagi keseluruhan pelajar 6AK3, sebelum teknik KOTAK Geografi diperkenalkan. GRED MARKAH PENCAPAIAN MURID Bil % A 80-100 2 7.7 A- 70-79 - - B+ 60-69 1 3.8 B 55-59 1 3.8 B- 50-54 2 7.7 C+ 45-49 1 3.8 C 40-44 4 15.4 C- 35-39 3 11.5 D+ 30-34 5 19.2 D 25-29 2 7.7 F 0-24 5 19.2 LULUS 11 42.3% GAGAL 15 57.7%


6 Jadual 2: Pencapaian markah kumpulan sampel pelajar dalam ujian pengesanan Geografi STPM SEM 1/2023 BIL NAMA PELAJAR GRED/MARKAH SEBELUM TEKNIK DIPERKENALKAN BIL NAMA PELAJAR GRED/MARKAH SEBELUM TEKNIK DIPERKENALKAN 1. ALIA MAISARAH D+ 9. NAZA SHAIQMAL C2. AMEERA FARZANA C- 10. NISHA F 3. DASWINA F 11. NURIN F 4 INTAN SAFIA D 12. NURUL AIN C5. LAILA ATIQAH D 13. NURUL AISYAH D+ 6. LAVANEYYA D+ 14. SRI F Jadual 1.2 menunjukkan gred pencapaian markah pelajar dalam ujian Pengesanan Geografi STPM Sem1 sebelum pendedahan “KOTAK Geografi” amat rendah. Kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Geografi telah menggerakkan saya untuk mendedahkan “KOTAK Geografi” supaya peratusan pelajar gagal semakin kecil. Keseluruhan hasil pengesanan telah menggambarkan masalah kurang memahami kehendak soalan dan kurang mahir teknik menulis jawapan, iaitu fakta tanpa huraian, fakta tanpa perkaitan huraian kesan atau contoh. Huraian pelajar lemah dengan purata satu markah daripada dua atau tiga markah sahaja diperoleh. b. Pemerhatian Saya perlu mengubah kaedah dan teknik pengajaran yang baru supaya pelajar lebih mudah memahami, merasakan pembelajaran yang menyeronokkan dan mendapat gambaran yang jelas tentang topik yang dibincangkan. Selain daripada memperbanyakkan latih tubi kepada pelajar dengan menggunakan koleksi soalan-soalan lepas. c. Temu bual Saya telah menjalankan temu bual kepada beberapa orang pelajar secara tidak langsung dengan menanyakan pendapat dan meminta pelajar memberi komen dan maklumbalas terhadap teknik pengajaran, masalah yang dihadapi tentang subjek Geografi. Temu bual ini berperanan untuk mengenal pasti apakah punca dan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mendapatkan skor yang baik untuk mata pelajaran Geografi. Saya akan menggunakan hasil temu bual dengan pelajar bagi mengukur perubahan dari segi keputusan murid terhadap subjek ini.


7 5.0 TINDAKAN DAN PEMERHATIAN Isu keprihatinan pengkaji akan berfokus kepada kelemahan pelajar dalam membuat huraian esei yang mantap. Pelajar yang dikenalpasti lemah dalam membuat huraian dan tidak membuat perkaitan antara isi atau fakta serta huraian dengan kesan atau contoh tentang sesuatu isu atau soalan yang dikemukakan. Situasi ini dapat diperhatikan apabila guru menjalankan sesi PdPc di mana pelajar perlu dibimbing dan diberikan clue oleh guru dalam membuat huraian yang mantap. Selain itu hasil daripada latihan yang dihantar oleh pelajar juga dapat dilihat kurangnya gaya penulisan yang baik dari segi huraian. Huraian terlalu ringkas dan tidak mengaitkan isu dengan kehendak soalan. Bagi menangani masalah tersebut saya telah menggunakan ujian pengesanan sebelum ‘Kotak’ diperkenalkan untuk mendapatkan data peratus kekerapan pelajar yang mempunyai markah rendah dan peratus markah yang diperoleh selepas pelaksanaan teknik ini dijalankan. Pelajar dikehendaki menjawab soalan esei tanpa teknik dan kemudian pelajar akan menjawab menggunakan teknik Kotak bersama dengan clue yang diaplikasikan. 5.1 Tindakan (Rawatan) Yang Akan Dijalankan Kajian ini dilaksankan dengan cara pelajar perlu membuat soalan pengesanan sebelum teknik Kotak dijalankan iaitu penulisan esei seperti biasa menggunakan perenggan bagi setiap isi mengikut kehendak soalan. Kaedah ini dilaksanakan untuk mendapatkan keputusan markah ujian pengesanan sebelum. Kemudian teknik Kotak diperkenalkan dan dilaksanakan dalam sesi PdPc semasa penerangan subtopik sepanjang Semester 2 berlangsung. Guru juga telah mendapatkan keputusan Pra Ujian dalam Peperiksaan Percubaan STPM Semester 2. Pelajar yang sama kemudian mengguna pakai teknik Kotak semasa Peperiksaan Semester 2 untuk melihat pencapaian keputusan akhir dan gred pelajar dengan menggunakan penulisan berkotak. 5.1.1 Kaedah Intervensi KOTAK Geografi Teknik Kotak yang digunakan oleh pengkaji telah diubahsuai dan dimurnikan semula merupakan kajian asal yang telah diperkenalkan oleh Mohd Nazri bin Muhammad (Pengetua SMK Mulong, Kota Bharu, Kelantan tahun 2018) dalam teknik ‘HIAS GEOGRAFI’ untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis esei Geografi STPM pelajar prauniversiti Ibnu Rusyd 1 dan Ibnu Khaldun 1 supaya mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan Geografi STPM 2018. Pelaksanaan Aktiviti 1 Berdasarkan daripada teknik yang dihasilkan oleh Mohd Nazri, 2018 menyatakan bahawa penggunaan teknik Kotak menggunakan jadual iaitu kotak pertama digunakan untuk penulisan isi dan fakta. Kotak kedua pula digunakan untuk proses dan juga huraian kepada


8 setiap persoalan manakala kotak ketiga digunakan untuk menulis kesan dan juga contoh kepada setiap persoalan. Jadual yang disediakan akan membantu pelajar untuk menghurai esei supaya lebih berfokus, saling berkait dan tidak terpesong daripada kehendak soalan Menggunakan kaedah pembelajaran menggunakan teknik KOTAK dalam latihan subtopik yang diberi kepada pelajar. 1. Pelajar dan guru menggunakan kaedah latihan subtopik, latihan konsep, dan latihan isi tempat kosong kaedah KOTAK Geografi. 2. Mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang kaedah pembelajaran yang baru. 3. Guru membuat penilaian dan pengukuhan selepas tamat sesi pdpc. Pelaksanaan Aktiviti 2 Mengaplikasikan Teknik A.B.M.K iaitu menghurai dengan kaedah Apa, Bagaimana, Mengapa dan Kesannya dalam menulis esei geografi Contoh Soalan: Huraikan bagaimana aktiviti manusia di bandar menyebabkan peningkatan suhu (13m) Jadual 3: Gambaran Pelaksanaan Teknik KOTAK ISI/FAKTA HURAIAN/PROSES KESAN /CONTOH Aktiviti Perindustrian Pembakaran bahan api fosil menyebabkan pembebasan gas …….. Gas memenuhi ruang atmosfera, serakan haba Peningkatan suhu kawasan bandar Pulau Haba bandar APA YANG BERLAKU “ISI UTAMA PADA KEHENDAK SOALAN PERTAMA” BILA BERLAKU MENGAPA MACAM MANA KESAN SELEPAS ITU APA HASILNYA APA AKIBATNYA


9 Cara Penggunaan “KOTAK GEOGRAFI” pada soalan 12 markah 1. Pelajar menulis enam isi atau fakta pada kotak yang pertama. 2. Pelajar menulis enam huraian atau proses yang berkaitan dengan isi atau fakta pada kotak kedua. 3. Pelajar menulis enam kesan atau contoh yang berkaitan dengan isi atau fakta pada kotak ketiga. 4. Pelajar menyemak kesemua penulisan isi atau fakta, huraian atau proses dan kesan atau contoh supaya berkaitan antara ketiga-tiga kotak tersebut. Pelaksanaan Aktiviti 3 1. Guru membuat penilaian dengan menyemak jawapan pelajar, memberikan kata kunci jawapan, dan sebagainya. 2. Guru membuat latihan subtopik, latihan konsep/maksud, dan latihan isi tempat kosong menggunakan teknik Kotak Geografi. 5.1.2 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh lebih kurang empat bulan sehingga Peperiksaan Semester 2 pada bulan September. Dalam tempoh masa tersebut, saya telah cuba menambahbaik pelbagai kaedah pembelajaran supaya pelajar berasa seronok dan objektif pengajaran dapat dicapai. Seterusnya saya menjalankan pelbagai latih tubi dan pengukuhan bagi melihat keberkesanan kaedah pembelajaran yang dijalankan. Bagi setiap aktiviti berkenaan pelajar dkehendaki membentangkan hasil dapatan mengikut kaedah yang diberi. Kaedah yang dilaksanakan dengan teknik seperti yang diajar telah memberi impak terhadap pemahaman pelajar kelas 6AK3 khususnya bagi topik yang memerlukan huraian


10 Jadual 3: Pencapaian merkah pelajar dalam ujian pengesanan pertama iaitu dalam Percubaan Sem 2 2023. BIL NAMA PELAJAR GRED/MARKAH SELEPAS TEKNIK DIPERKENALKAN (PAS 1) BIL NAMA PELAJAR GRED/MARKAH SELEPAS TEKNIK DIPERKENALKAN (PAS 2) 1. ALIA MAISARAH B+ 1. ALIA MAISARAH C2. AMEERA FARZANA C 2. AMEERA FARZANA B+ 3. DASWINA C- 3. DASWINA C4 INTAN SAFIA C+ 4 INTAN SAFIA C+ 5. LAILA ATIQAH C 5. LAILA ATIQAH B 6. LAVANEYYA B+ 6. LAVANEYYA D 7. NAZA SHAIQMAL B 7. NAZA SHAIQMAL A 8. NISHA C+ 8. NISHA C 9. NURIN D+ 9. NURIN D+ 10. NURUL AIN C+ 10. NURUL AIN A11. NURUL AISYAH B- 11. NURUL AISYAH B12 SRI B+ 12 SRI A Selepas kaedah KOTAK diperkenalkan, terdapat 10 orang pelajar daripada sampel 12 orang telah menunjukkan peningkatan daripada soalan pasca pertama dan kedua iaitu pencapaian dalam peperiksaan percubaan Semester 2 dan peperiksaan sebenar Sem 2 bagi tahun 2023 berbanding dengan peperiksaan sebenar STPM Semester 1 tahun 2023.


11 Rajah 2: Graf perbandingan gred selepas melaksanakan teknik Kotak Geografi dan Teknik ABMK 5.1.3 Refleksi Pelaksanaan Kajian Guru telah membuat Ujian pra berformatkan peperiksaan sebenar dalam Penilaian Kurikulum 1 seterusnya mengambil beberapa soalan daripada bank soalan sementara ujian pos ialah soalan daripada peperiksaan STPM Semester 2. Apa yang lebih penting ialah pembelajaran yang lebih berfokuskan pelajar dan kaedah penggunaan teknik yang sesuai yang lebih dekat dengan pelajar lebih memberi keseronokan dan lebih santai. Ini mengelakkan kebosanan seperti mana dalam pembelajaran berfokuskan guru. Berdasarkan pemerhatian yang telah saya catatkan dalam senarai semak PdPc dan lembaran kerja latihan topikal murid semasa aktiviti PdPc pada sesi pembelajaran lalu, saya amat gembira kerana terdapat peningkatan yang ketara dalam pencapaian pelajar dari satu penilaian ke satu penilaian. Skor dan gred markah murid semakin meningkat selepas intervensi dilaksanakan. Mereka telah menunjukkan peningkatan prestasi dengan gred yang semakin meningkat dalam keputusan peperiksaan 6.0 RUMUSAN DAN IMPLIKASI Kajian tindakan ini telah memberikan banyak motivasi kepada saya khususnya untuk lebih kreatif menyampaikan teknik pembelajaran yang berkesan kepada para pelajar. Setiap kali selesai peperiksaan dan keputusan yang diperoleh pasti akan menyebabkan saya untuk mereflek cara pengajaran saya adakah perlu dibaiki atau boleh dikekalkan. Saya dapat melihat banyak perubahan yang berlaku pada pelajar saya dan diri saya sendiri selepas pelaksanaan intervensi ini. Secara keseluruhannya, intervensi yang dijalankan telah memberikan perubahan positif, terutamanya


12 dengan pengenalan teknik ‘Kotak’ kepada pelajar. Daripada kajian yang telah dijalankan, boleh dirumuskan bahawa penggunaan teknik KOTAK dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi penulisan esei Geografi berupaya meningkatkan gred pelajar. Di samping itu, dengan penggunaan kaedah tersebut sebagai alat bantu mengajar juga dapat meningkatkan pencapaian pelajar kumpulan rawatan yang terbukti pada ujian pasca. Ini kerana responden yang terlibat dalam kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan dalam ujian pasca. Akhir sekali, diharap bahawa maklumat-maklumat yang terdapat dalam penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar Geografi dalam usaha untuk meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, diharap juga, hasil kajian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi meningkatkan pencapaian pelajar pada masa akan datang. 7.0 RUJUKAN Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. 2018. Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2018 Jilid 2 Kementerian Pendidikan Malaysia. Burden, R. P. dan D. M. Byrd. 1994. Methods for Effective Teaching. Masachusetts: Allyn and Bacon. Graaff, E. dan A. Kolmos. 2003. Characteristics of Problem-based Learning. International Journal of EngineeringEducation. 19(5): 657-662. Kagan, Spencer, 1993. Cooperative Learning. Resources For Teachers, Inc. California. Kemmis dan Mc Taggart. 1998. Action Research Planner. Gealong Victoria: Deakin University Publisher. Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.


Click to View FlipBook Version