SK LKTP AIR TAWAR 4 , KOTA TINGGI JOHOR
DATO’
USMAN
AWANG
SASTERAWAN NEGARA TERBILANG
MUHAMMAD MUSTAQIM
BIN MAZLAN
TAHUN 5 AL-FARABI
[email protected]
SK LKTP AIR TAWAR 4,
KOTA TIGGI JOHOR
Pendahuluan
Biodata Dato’ Usman Awang
Pendidikan Dato’ Usman Awang
Kerjaya Dato’ Usman Awang
Sumbangan Dato’ Usman Awang
Nilai kepimpinan Dato’ Usman
Awang yang boleh dicontohi
Penutup dan lampiran
Sumber rujukan
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Terlebih dahulu, terima kasih kepada pihak sekolah memberi kepercayaan atas
pelantikan saya sebagai Student Leader Board (SLB). Terima kasih cikgu.
Sebagai SLB yang dipilih untuk menyertai pertandingan mencipta buku skrap digital
peringkat Daerah Kota Tinggi, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan dan
mencipta buku skrap digital ini dengan baik dan bersungguh-sungguh.
Saya yakin dan percaya, dengan bimbingan dan sokongan serta tunjuk ajar guru-guru
membantu saya menyiapkan tugasan ini, pasti akan menghasilkan sesuatu yang terbaik. Sekian,
terima kasih.
Muhammad Mustaqim bin Mazlan
SLB SK LKTP Air Tawar 4, Kota Tinggi Johor
Nama sebenar Allahyarham ialah Wan Osman Wan Awang, tetapi menukar namanya
kepada Usman Awang. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili,
Kota Tinggi Johor Darul Takzim.
Beliau telah kehilangan ibu tersayang yang bernama Halimah sejak beliau kecil lagi.
Beliau tinggal bersama ayahnya yang berkerja sebagai nelayan dan menjual rotan pada musim
tengkujuh.
Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah
lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun. Usman meninggalkan empat
orang anak. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Zuhur di Tamana Perkuburan
Islam Jalan Bukit Kiara, Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur di mana bersemadinya dua
Sasterawan Negara, Keris Mas dan kini Tongkat Warrant.
Usman bin Awang, merupakan seorang Dato’ Pejuang Sastera, Sasterawan Negara, Adi
Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, Tongkat Warrant, dan sebagai
U.A, Zaini.
Datuk Usman Awang
Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan
beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja. Pendidikan yang diterima oleh Usman
Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu.
Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam
bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca sejak kecil lagi. Beliau bersekolah di Kuala
Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6.
Ketika Jepun menjajah Malaya bermula dari tahun 1942, Usman Awang ialah seorang
anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di
Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat.
Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian,
beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan,
pihak Jepun menyerah kalah. Usman Awang menjadi anggota polis apabila Inggeris kembali
memerintah semula pada tahun 1946.
Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka.
Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf
dengan Melayu Raya selama enam bulan sebelum menjadi pemberita. Sesudah itu, beliau bekerja di
Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.
Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai
sidang pengarang akhbar Utusan kanak-kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan
majalah Mastika selepas itu. Pada tahun 1957, Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu
berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang
sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibatnya beliau
berhenti dan menganggur seketika.
Pada tahun 1962, Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan.
Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan
pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi
pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang
disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian ditukarkan ke Bahagian
Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga
persaraannya pada bulan Julai 1985.
Selepas bersara daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas
dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina.
Sementara itu dalam tahun 1991, beliau dilantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Perlantikan ini
disifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses
pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini dipegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik
sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.
Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu Moden
dengan menulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan
perikemanusiaan.
Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik. Bukan sahaja di kalangan
masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir di kalangan anak-anak
sekolah pada waktu itu dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup
popular adalah “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, “Bunga Popi”, “Gadis Di
Kuburan”, dan “Salam Benua”.
Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan
harmoni pantun di dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya,
beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan
makna yang hendak disampaikan.
Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan
juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976.
Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau dilantik menjadi
setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat yang tertinggi di tanah air.
Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award. Pada 11
Ogos 1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya.
Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983. Akhbar Berita
Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun 1985 iaitu untuk kategori
Penulis Terkenal (Veteran).
Anugerah ini bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan
sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah air. Dalam tahun 1995 beliau diberi
Anugerah Penyair Johor. Antara karya-karya terkenal beliau adalah :-
Novel : Tulang-Tulang Berserakan
Cerpen : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan lain-lain.
Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny,
Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam dan lain-lain.
Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga Popi dan
lain-lain.
Dalam bidang penulisan beliau lebih terkenal dengan lebih 200 puisi dan drama.
Antara lain judul sajak yang sinonim dengan Usman Awang ialah
• Gadis Kecil
• Kekasih
• Kurang Ajar
• Suara Dari Pusara
Antara lain Dramanya yang terkenal ialah:
• Matinya Seorang Pahlawan
Drama muzikalnya ialah "Uda dan Dara". Hanya ada satu novel karya Usman
Awang iaitu "Tulang-Tulang Berserakan" (terjemahan ke dalam bahasa Rusia oleh Alla
Rozhanskaya dengan judul "Tam Gde Ikh Nastigka Pulya" - Di sana mereka kena peluru -
Moscow, 1984)
Dato' Usman merupakan seorang penulis yang berani menyatakan sikap dalam
hal-hal besar yang menimpa negara. Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis apabila
sudah berani menyatakan sikap. "Kalau tak berani tak payah jadi penulis."
Inilah di antara keistimewaan yang ada pada Usman Awang. Ketokohan Usman
Awang menonjol kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya
terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang. Usman adalah seorang
seniman yang berjiwa rakyat.
Antara lain, Dato Usman pernah berkata “Saya menentang prejudis terhadap
Bahasa Melayu ini. Saya hampa kerana pemimpin negara sendiri yang tidak percaya kepada
kemampuan bahasa kebangsaan.”
Allahyarham merupakan permata intelektual Melayu yang lahir atas semangat
kesedaran untuk memperjuangkan masa depan dan jati diri bangsanya. Kata-kata dalam puisinya
adalah lambang Melayu sejati yang cinta akan akarnya.
Keterpesonaannya tertancap kukuh pada alam yang melahir, membesar dan
mendewasakannya. Jiwa puisinya adalah jiwa Melayu tulen. Cintanya tidak mengenal batas.
Daripada nelayan dan buruh kasar, sehinggalah Melayu yang menduduki kepimpinan tertinggi,
dia menegur menerusi kata-kata lembut dan menusuk.
Tokoh karyawan Usman Awang, namanya tidak hanya sebahagian daripada khazanah
keilmuan Melayu. Tetapi ia juga merupakan permata intelektual yang dimiliki oleh masyarakat
pelbagai kaum di negara ini. Dalam sejarah kepengarangannya, Allahyarham berkarya bukan hanya
di atas nama kaum Melayu semata-mata tetapi juga merentas sempadan etnik dan sistem
kepercayaan. Allahyarham berkarya atas nama kemanusiaan serta kesejagatan.
Membaca karya Allahyarham, terutama puisi-puisinya, tidak menyebabkan kita berasa
marah atau terhina dengan tegurannya itu. Malahan seharusnya kita perlu berterima kasih kerana
Allahyarham memberikan kita rasa untuk berfikir bahawa kita harus menjadi Melayu yang kenal
peribadi sendiri.
Oleh hal yang demikian, karya-karya Allahyarham akan tetap subur sebagai khazanah
bangsa yang begitu berharga. Sememangnya Allahyarham adalah sebutir permata di dalam
kesusasteraan tanah air yang sukar dicari ganti. Hari ini, setelah pemergiannya, perjuangan dan
idealismenya dalam memartabatkan bahasa, kesusasteraan dan kemanusiaan sentiasa hidup dan
mekar mewangi.
Sebagai seorang pelajar, saya juga menjadikan Allahyarham Dato’ Usman Awang
sebagai inspirasi dalam menuntut ilmu pengetahuan. Alhamdulillah.
USMAN AWANG DALAM KENANGAN
USMAN AWANG DALAM KENANGAN
‘USMAN AWANG SASTERAWAN NEGARA’
‘USMAN AWANG SASTERAWAN NEGARA’
‘USMAN AWANG SASTERAWAN NEGARA’
https://ms.wikipedia.org/wiki/Usman_Awang
http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/
view/1200
https://cerpenmelayu10.wordpress.com/2010/1
0/20/tokoh-usman-awang/
Usman Awang : penghubung sastera moden dengan
akar tradisi. Editor, Hamzah Hamdani. Johore Baru:
Yayasan Warisan Johor, 2003. ISBN 9832440041
Pogadaev, Victor. “Bapa Sastera Melayu
Moden”. - in: “Berita Harian”, 5.12.2001.
Zurinah Hassan, Sasterawan negara Usman
Awang. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2006. ISBN 9789 – 8362 – 9164 - 6
Terima