ايديسي19 Menarik dalam Al-Kalam edisi kali ini! AL-KALAM 2023 Transisi Tahun 1 Ihtifal Kafa Tahun 2023 Minggu Solidariti Palestin Bulan Matematik dan Sains
TINTA ِحْيم ْحٰمِن الَّر ِبْسِم ِهَّللا الَّر السالم عليكم ورحمة هللا وبركة Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah hidayah-Nya, majalah Al-Kalam ini dapat diterbitkan lagi untuk edisi ke-19. Al-Kalam ini merupakan wadah maklumat menjadi tempat komunikasi di antara sekolah dengan pihak ibu bapa. Saban tahun, Al-Kalam memaparkan isu-isu menarik serta menyiarkan berita-berita tentang aktiviti yang berlangsung di SRIRU sebagai kenangkenangan pada setiap warganya. Selain itu, kami juga memuatkan isu-isu baharu yang pasti menarik dan mencuit hati anda semua. Istimewanya Edisi 19 ini, terdapat beberapa artikel ditulis sendiri oleh murid-murid SRIRU. Semoga Al-Kalam dapat memberi kebaikan pada semua, idea-idea tambahan daripada anda juga dialualukan. Maaf di atas sebarang kelemahan dan kekurangan. Teruskan bersama kami dalam memajukan SRIRU. Kami juga berharap ruangan ini menjadi titik pertemuan untuk idea-idea cemerlang dan inspirasi tanpa batasan. Selamat membaca! Selamat bercuti kepada semua warga SRIRU bermula 9 Februari 2024 sehingga 10 Mac 2024 Noor MaizanFauzi Editor Al-Kalam
34 20 19 18 Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Kelab Badminton Lawatan ke Muzium Tentera Darat 27 24 22 21 Minggu Solidariti Palestin Bulan Matematik dan Sains Ihtifal Kafa 2023 - SRIRU Fly High Stairway to Mumtaz UPKK ISI KANDUNGAN 03 Menguatkan Ukhuwah 08 Melalui Aktiviti di SRIRU 06 05 04 Barisan Tenaga Pengajar & Staff Sokongan SRIRU Barisan Pentadbir SRIRU Kata Alu-Aluan Guru Besar SRI Raudhatul Ulum Kata Alu-Aluan Pengarah Operasi Akademik 15 Pelancaran Bulan 16 Kemerdekaan Drawing Workshop & Stream Exploration 13 Minggu Bahasa 12 11 10 09 Khatam Al-Quran Kuih Raya Baked with Love Ramadan Mendidik Jiwa Program Transisi Lawatan Sambil Belajar Ke Kidzania 28 Program Tunas 29 Persekitaran Sekolah Bersih dan Selamat Permata SRIRU 30 39
Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah Subhanallah Taala. Sidang pembaca sekalian, bersyukur kita terhadap Allah, dengan limpahan rahmat dan keizinanNYA, kita bertemu kembali di ruang berita Sekolah Rendah Islam Raudhatul Ulum. Izinkan saya menajamkan tinta mencoretkan sesuatu buat tatapan semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada editor di atas penerbitan makalah ini. Mudahmudahan medium ini dapat menyampaikan maklumat berkesan berkenaan perkembangan sekolah bagi sesi 2022/2023 ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua warga SRIRU yang berusaha merealisasikan pelbagai program tahunan sekolah. Kami wartakan di sini untuk pengetahuan semua pihak. Saya juga ingin melakar ucapan tahniah, khas kepada murid-murid yang telah berjaya menjulang kejayaan mereka di bidang akademik, hafazan dan sahsiah. Didikan para murabbi & murabbiah sangat memberi kesan yang begitu hebat sehingga mereka mampu menjadi anak-anak yang cemerlang. Semangat juang anak-anak menghadapi hari-hari pembelajaran di sekolah ini juga asbab anak-anak tuan/puan menjadi cemerlang. SRIRU mendahulukan aspek keagamaan, dari yang lain. Apa sahaja matapelajaran yang dipelajari akan dikaitkan dengan kerohanian. Membentuk peribadi anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Namun kami mengambil itu sebagai satu cabaran dengan positif dan teruskan usaha tanpa jemu. Marilah kita bersama-sama mengembleng bahu merealisasikan insan-insan yang berpaksikan kepada agama berasaskan didikan dan pembelajaran mereka di sekolah ini. Ibu bapa/penjaga tidak perlu risau jika anak-anak tidak begitu menyerlah di bidang akademik. Apa yang pasti, anak-anak ini mentaati dan mengikuti setiap ajaran islam dengan iman yang teguh serta amalanamalan baik secara istiqomah. Mereka menjadi anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat, InshaAllah. Semoga suatu hari nanti anak-anak ini mampu mendoakan kita apabila kita tiada nanti. Semoga mereka jualah menjadi waris generasi yang menegakkan islam yang syumul walau dimanapun mereka berada. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa/penjaga yang memberi sepenuh kepercayaan kepada kami,untuk mendidik anak-anak mereka sejak di awal umur persekolahan sehingga mereka tamat sekolah rendah. Sekian saja untuk kali ini. Assalamualaikum , terima kasih. Kata Alu-Aluan Pengarah Operasi Akademik SRIRU Puan Hjh Wafiatunnajihah Binti Hassan 3 .......السالم عليكم ورحمة هللا وبركة Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Kata Alu-Aluan Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Segala puji hanya kepada Allah yang Maha Esa,saya bersyukur yang tidak terhingga kerana masih diberikan ruang dan peluang untuk melakar coretan di dalam Al Kalam edisi kali ini. Kepada para pendidik dan anak-anak yang saya kasihi serta ibu bapa yang saya hormati,semoga anda semua berada di bawah naunganNya dan dapat mengharungi arus pendidikan yang kian mencabar. Warga SRIRU yang dikasihi, Kemunculan Al Kalam ini amat dinantikan dan merupakan satu catatan dan memori sekolah ini sepanjang tahun 2023. Di samping itu, majalah ini juga sememangnya menjadi wadah rasmi sekolah dalam menterjemahkan pelbagai aktiviti dan pencapaian yang digapai oleh warga sekolah sepanjang tahun ini. Justeru,majalah ini juga menjadi landasan murid-murid dan guruguru merakamkan bakat mereka untuk tatapan warga sekolah. Penggunaan teknologi maya dalam penghasilan majalah sekolah amat bertepatan dengan kemajuan teknologi semasa. Kepada para guru,sekalung tahniah dan rantaian penghargaan saya berikan kerana berjaya memimpin tangan anak-anak didik SRIRU di sekolah tercinta ini ke arah kejayaan. Kita bukan sahaja ingin menjadikan anak anak-anak ini cemerlang akademik,malah cemerlang dalam sahsiah peribadi dan mempunyai jati diri yang utuh lagi kental bagi mendepani masa hadapan yang ternyata lebih mencabar. Tiada kata secantik bahasa untuk menyusun kata-kata bagi menggambarkan perasaan penghargaan saya kepada para ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kepada pihak sekolah sehingga kami masih lagi teguh berdiri kukuh meneruskan perjuangan mendidik anak-anak SRIRU. Dengan ingatan tulus ikhlas, saya juga merakamkan sekalung tahniah kepada para guru kerana telah meneruskan tradisi dan berjaya menghasilkan sebuah dokumentasi sekolah untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan. Semoga penghasilan Al Kalam ini akan dijadikan salah satu wadah maklumat kepada ibu bapa dan murid-murid dalam memperkasa pengetahuan mereka tentang sekolah ini. Akhirulkalam, buat seluruh warga SRIRU, semoga kita bersama-sama meneruskan usaha murni dalam memartabatkan nama sekolah agar misi dan visi kita tercapai. Sekian ,terima kasih 4 Guru Besar SRIRU Puan Sarina binti Araifin .......السالم عليكم ورحمة هللا وبركة Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Tn. Haji Mohd Nornashki bin Mohd Daslan Pengarah Urusan SRIRU Puan Hajah Wafiatunnajihah binti Hassan Pengarah Operasi Akademik Puan Sarina binti Araifin Guru Besar SRIRU Pn.Nor Raihan bt Mohd Syafiee Guru Penolong Kanan Kurikulum/ Guru Kelas Tahun 4 Cik Nur Asnida bt Abu Samah Guru Penolong Kanan Pembangunan Insaniah/ Guru Kelas Tahun 6 Cik Nur Hajrah bt Amdan Guru Penolong Kanan Diniah/Guru Kelas Tahun 6 Puan Noor Maizan bt Mohd Fauzi Penyelaras Kokurikulum /Guru Kelas Tahun 3 BARISAN PENTADBIR SRIRU 5
Pn. Suhaila bt Sudirman Penyelaras UPKK Pn. Nur Diniah bt. Daud Guru SBPT Pn. Nurul Sakinah bt Bohari Guru Kelas Tahun 5 Encik. Muhammad Zuhdi bin Mohd Noor Pn. Nur Faizah bt. Sabree Guru Kelas Tahun 3 Cik Nur Syahidah bt Adnan Guru Kelas Tahun 2B Pn. Hanis 'Aqilah bt Hanafi BARISAN TENAGA PENGAJAR SRIRU Guru Praktikum Pn. Nur Suhaidah Pn Siti Mariam binti Shukri bt Kamaludin Guru Kelas Tahun 1 Encik Muhammad Afiq bin Adzman Guru Disiplin/Guru Kelas Tahun 2B Guru Pengawas/ Guru Kelas Tahun 2A Guru Kelas Tahun 2A 6
Cik Eny Nazira Aqilah Binti Mohd Rodzi Pn. Nor Mazilwati bt Mohd Fadzil STAFF SOKONGAN SRIRU Pn. Maimunah bt Sahad Tukang Masak Cik. Hani Balqis binti Mohd Nornaskhi Kerani Akaun SRIRU Pn. Siti Nor Aishah bt Bidin Pembantu Tukang Masak BARISAN TENAGA PENGAJAR PRA SEKOLAH 7
Menguatkan Ukhuwah "Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya." (Riwayat Abu Daud) MELALUI AKTIVITI DI SRIRU Ukhuwah yang kukuh dalam kalangan pelajar bukan sahaja membentuk suasana yang harmoni di sekolah, tetapi juga menjadi teras kepada kejayaan pendidikan. Justeru itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan di SRIRU menggalakkan kepada terjalinnya ukhuwah yang jitu antara semua anak-anak SRIRU. Sukan, perkhemahan, pertandingan, dan pelbagai aktiviti yang dirancang tidak hanyak memberi pengalaman kepada murid, tetapi memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi secara lebih akrab. Semoga usaha ini membuatkan anak-anak SRIRU bukan hanya berjaya dalam pelajaran tetapi memiliki nilai-nilai keinsanan yang kukuh. 8
ProgramTransisi Selamat datang ke SRIRU semua muridmurid! Bagi membantu pelajar baru menghadapi perubahan dari pendidikan tidak formal di rumah atau di Pra Sekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di tahun 1 sekolah rendah, program transisi diperkenalkankepadamurid. Antara aktiviti yang paling disukai oleh murid-murid semasa program ini adalah sukaneka. Comel sungguh gelagat anakanak SRIRU berlumba-lumba untuk memenangi acara sukaneka. Ada juga yang berlari sepenuh hati untuk sampai ke garisan penamat. Alhamdulillah yang pasti semuanyagembiradanseronok. peribahasa Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas Maksud: Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas. 9
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. – (QS. Al-Baqarah: 183) HAFIZ CILIK Mendidik Jiwa RAMADAN Pada 30 Mac 2023, sekolah telah mengadakan pertandingan Hafiz Cilik sempena Program Ihya’ Ramadan. Alhamdulillah, pertandingan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Tahniah kepada semua para peserta yang cukup berani untuk tampil ke hadapan. Semoga anak-anak ini akan membesar menjadi seorang yang karib dengan AlQuran, mencintai isinya dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan mereka. 10
Three of my teachers were supervising to make sure none of us got hurt. Unfortunately, my friend accidentally got hot oil on her hand, but she said she was just fine. When we finished making all the snacks, we put them in tiny plastic bags to give to everyone to enjoy at home. I thought I wouldn't like them since we couldn't taste them during the process, but it turned out to be delicious. I hope we get to do something like this again. KUIH RAYA What do we do when it is almost time to celebrate Raya Aidilfitri? We make traditional baked goods to enjoy with all our friends and family. baked with love! baked with love! It was my first time making cookies at school, and we were fasting while doing it. However, we were surprised at how good they tasted when we ate them at home. It was so much fun to see all my friends bake and have fun together during the baking process. If you are wondering what we were making, it was Honey Crunch Cornflakes and Popia Nestum. I got to help with the cutting and cooking, while my friends took care of everything else. My friend and I were responsible for cooking, and we were excited because we both got to stir the mixture and put it in while ensuring the oil was at the right temperature. 11
KHATAM Al-Quran Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulilah! Pada 17 April 2023 murid-murid telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran. Mereka dengan penuh semangat dan ketekunan telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran dari awal hingga tamat. Tahniah diucapkan pada semua muridmurid dan guru pembimbing. “Aku tinggalkan dua perkara untuk kalian. Kalian tidak akan tersesat selama-lamanya selama kalian mau berpegang teguh pada keduanya, yaitu Kitab Allah (Alquran) dan sunnah Rasul.” (HR Muslim). Semoga dapat beristiqamah dalam amalan membaca Al-Quran ini. 12
MINGGU أسبوع BAHASA اللغة LANGUAGE WEEK “Bahasa terbina dari nurani bangsa bangsa besar kerana keutuhan bahasanya.” ― Rahimidin Zahari, Bayang Beringin Teruja betul murid-murid menyaksikan gimik perasmian oleh Puan Sarina sempena Minggu Bahasa yang dijalankan pada 13 hingga 21 Jun 2023. Minggu Bahasa ini amat ditunggu-tunggu kerana pelbagai pertandingan dan aktiviti dijalankan untuk mencungkil bakatbakat terpendam anak-anak SRIRU. Murid-murid turut tidak lepaskan peluang untuk mengambil tempat dalam pertandingan yang dijalankan, seperti mendeklamasikan sajak dan bercerita. Aktiviti seperti forum, drama, dan sketsa juga membantu meningkatkan keyakinan diri murid-murid. 13
MINGGU أسبوع BAHASA اللغة LANGUAGE WEEK Aktiviti dan pertandingan yang dijalankan sepanjang minggu bahasa ini merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Aktiviti di dalam kelas turut dijalankan untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa dan meluaskan kosa kata murid-murid di samping menggalakkan mereka menghasilkan karya kreatif. If we spoke a different language, we would perceive a somewhat different world. - Ludwig Wittgenstein 14
Drawing Workshop & STREAM EXPLORATION Pernah dengar tentang Uneh Raja Pensel Warna? Untuk pengetahuan semua, Uncle Uneh adalah seorang pelukis yang sangat berbakat dalam bidang mewarna. Teknik yang digunakan adalah UNik dan anEH, apabila digabungkan, jadilah namanya yang disebut-sebut sebagai UNEH. Drawing workshop ini dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS), bertempat di Mydin Seremban 2. Beruntung sangat murid-murid Tahun 6 yang dapat belajar teknik mewarna bersama Uncle Uneh. Belakang parang jika diasah lagikan tajam, begitulah bakat kita. Selepas sesi mewarna, murid-murid berpeluang untuk membeli belah di beberapa gerai jualan buku dan juga mencuba pelbagai permainan yang dianjurkan oleh PPANS. 15
Selepas solat Zohor, murid-murid berkumpul semula di lobi Mydin Seremban untuk aktiviti Stream Exploration. Murid dapat mencuba sendiri pengalaman menghasilkan sabun menggunakan kit yang diberi. Mereka juga boleh mencipta warna dan wangian mengikut kreativiti mereka sendiri. Bagi aktiviti kedua, murid melukis corak yang mereka suka sebelum memasukkan material tersebut ke dalam ketuhar. Dalam masa 10 saat sahaja, material tersebut bertukar menjadi sebuah keychain yang sangat comel. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh pelajar Universiti Sains Malaysia (USM). Terdapat dua aktiviti yang dijalankan iaitu membuat sabun dan juga ‘shrink key chain. 16
PELANCARAN Bulan Kemerdekaan Merdeka ! Merdeka Merdeka ! Laungan yang pasti akan didengari pada bulan Ogos. Sempena bulan kemerdekaan, panitia elektif telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang mampu menyemaikan rasa patriotik dan cinta yang tinggi terhadap negara. Antara aktiviti yang dijalankan adalah kraft tangan raga jalur gemilang, reka bentuk tanjak, kad pop-up kemerdekaan, pertandingan sketsa kemerdekaan, poster montaj kemerdekaan dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Tunku Abdul Rahman melaungkan pengisytiharan ‘MERDEKA’ sebanyak 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat di Stadium Merdeka di Stadium Merdeka. 17
Assalamualaikum, nama saya Fayyadh. Pada 3 Oktober yang lalu, saya dan kawan-kawan telah pergi melawat ke Muzium Tentera Darat yang terletak di Port Dickson. Lawatan kami diiringi oleh 3 orang guru. Saya menaiki bas untuk pergi ke muzium tentera darat. Pengalaman saya di Muzium Tentera Darat ialah saya dapat berjumpa dengan seorang abang askar. Abang askar itu ialah pengiring bagi lawatan kami pada hari itu. Sepanjang lawatan, abang askar itu banyak berkongsi maklumat-maklumat mengenai pahlawan Melayu dahulu. Selepas puas menjelajah ke dalam bangunan muzium, saya dan kawan-kawan berpeluang untuk masuk ke dalam terowong komunis. Terowong komunis itu ialah terowong sebenar pada zaman dahulu, tentunya agak menyeramkan. Tetapi jangan risau, terowong itu tidak sempit dan gelap, kerana ada lampu yang dipasang. Sebelum pulang, kami membeli buah tangan di kedai cenderamata di situ. Saya juga gembira dapat memberi ikan di dalam kolam makan dan mencuba sendiri pengalaman menaiki jambatan gantung. Kemudian, saya menaiki bas untuk balik ke sekolah. Lawatan ke Muzium Tentera Darat 18
KELAB BADMINTON -KOKURIKULUM SRIRUMurabbiah, kita pergi Michael tak? Itulah soalan yang kerap berulang di telinga murabbiah seminggu sebelum minggu permainan waktu kokurikulum. Murid-murid SRIRU memang suka pergi main badminton di gelanggang Michael’s Badminton Academy sebab seronok dapat main dengan mengaplikasikan peraturan permainan yang betul. Seronok tengok murid-murid SRIRU dapat menonjolkan bakat terpendam dalam bersukan. Masa inilah murabbiah boleh mengenalpasti muridmurid yang berpotensi dalam sukan Badminton. In shaa Allah tahun 2024 ni kita akan adakan lagi pemilihan murid untuk menjadi wakil MSSD dalam pertandingan badminton ya :) Murabbiah Faizah 19
Pada 29/9/2023, Sambutan Maulidur Rasul telah dijalankan pada peringkat sekolah. Pada awal pagi kira kira pukul 9.00 pagi. Kami mengadakan perarakan serta berselawat ke atas nabi di perkarangan sekolah sambil membawa sepanduk. Selepas rehat, semua murid dan guru berkumpul di dalam dewan. Murid-murid dari tahun 1 dan 5 membuat pembentangan mengikut tajuk bertemakan Sirah Nabi Muhammad S.A.W. Beberapa wakil dari kelas saya, Tahun 5 membuat pembentangan slaid di atas pentas. Kelas lain juga membuat pembentangan yang sangat bagus! Saya sangat suka dengan hasil kerja mereka. Seterusnya, program diteruskan dengan kuiz secara lisan bagi tahap 1. Murid berebut-rebut untuk menjawab soalan-soalan yang menguji minda. Pada penghujung program kira kira pukul 3.00 petang, semua berkumpul semula di dewan sekolah untuk menyaksikan persembahan Qasidah yang dibawakan oleh murid tahap 1 dan murid tahap 2. Saya berharap program seperti ini akan dianjurkan lagi pada tahun 2024. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 20
UPKK Pada tarikh 9.11.2023 hari Khamis, sekolah telah mengadakan bengkel STAIRWAY TO MUMTAZ UPKK untuk murid murid tahun 5 yang akan menduduki ujian UPKK. Ini ialah salah satu usaha pihak sekolah untuk memastikan muridmurid calon UPKK lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Kami sebagai calon UPKK yang menyertai bengkel tersebut berasa puas hati kerana program ini membuatkan saya mengetahui bentuk soalan dan teknik menjawab soalan UPKK yang akan datang pada 16.1.2024. Ustaz Arif a.k.a Ustaz Roket memberi penekanan dan memberi banyak tips untuk menjawab soalan bagi subjek Lughatul Quran, Jawi dan Ulum Syariah. Selain itu, Ustaz Arif juga mengajar kami dengan cara yang seronok dan mudah difahami. Sepanjang kelas berlangsung, Ustaz Arif mengadakan beberapa permainan yang membuatkan kami lebih fokus,cergas dan bersemangat untuk meneruskan lagi program UPKK ini. 21
SRIRU FLY HIGH IHTIFAL KAFA 2023 Alhamdulillah, murid-murid banyak mencapai kejayaan luar biasa dalam pertandingan-pertandingan yang disertai pada tahun 2023 ini. Kejayaan ini mencerminkan komitmen guru, sokongan ibu bapa serta semangat gigih para pelajar dalam mengharumkan nama sekolah. Nasyid Nasyid Lelaki: Johan Peringkat Daerah Ketiga Peringkat Negeri Nasyid Perempuan: Johan Peringkat Daerah Ketiga Peringkat Negeri 22 Pada 24 Jun 2023 yang lalu, SRIRU telah menyertai Ihtifal KAFA 2023 Peringkat Daerah, bertempat di SK Taman Intan Perdana, Port Dickson. Antara pertandingan yang disertai adalah Nasyid, Jawi & Khat, Bercerita, Hafazan, dan Tadarus. Kejayaan pasukan nasyid lelaki dan perempuan SRIRU sebagai JOHAN Peringkat Daerah amatlah membanggakan seluruh warga SRIRU. Pasukan ini telah dilatih dengan gigih oleh Murabbi Zuhdi, Murabbiah Faizah & Murabbiah Diniah, tanpa mengenal penat dan jemu. Seperti kata pepatah, “Genggam bara api, biar sampai jadi arang.”
SRIRU FLY HIGH Bercerita Al-Hannan Ketiga Peringkat Daerah Jannah Peserta Peringkat Daerah Ameer Kedua Peringkat Daerah Eryna Kedua Peringkat Daerah Hafazan Peserta Lain Kepetahan Al-Hannan dalam bercerita tentang Nabi Musa dan Nabi Khidir berjaya mencuit hati juri dan para penonton. Jannah juga tidak kurang hebatnya dapat berdiri dan bercerita dengan penuh yakin buat pertama kalinya. Walaupun rezeki tidak berpihak kepada Jannah, pengalaman yang diperolehi itu lebih mahal nilainya. Usaha lagi ya. Tahniah juga kepada guru pembimbing, Murabbiah Suhaidah & Murabbiah Maizan. IHTIFAL KAFA 2023 Khat Khaseef Zahra Alya Jawi Iqbal Qaisara Tilawah Asyraf 23 Tahniah juga kepada Ameer dan Eryna yang berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Hafazan. Mereka dilatih oleh Murabbiah Sakinah. Lurah dituruni, bukit didaki - Gigih tak mengenal lelah
MATEMATIK DAN SAINS BULAN Bulan Matematik dan Sains dilancarkan untuk menggalakkan murid lebih dekat dengan dua subjek yang agak ‘digeruni’ ini. Seperti kata pepatah, tak kenal, maka tak cinta. Pelbagai program dijalankan sepanjang bulan ini bertemakan Matematik & Sains, supaya murid dapat belajar sambil berseronok. Bulan Matematik & Sains ini telah berlangsung dari 6 Oktober 2023 sehingga 1 November 2023. GGiiaannt Bubble t Bubble Murid membancuh sabun sendiri mengikut sukatan yang sebelum bermain Giant Bubble. 24 11 Oktober 2023
WWaaffffllee ini ialah gambar aktiviti pembuatan waffle. Kami belajar cara membuat waffle,timbang-menimbang pelbagai bahan masakan untuk membuat waffle. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan kami dapat merasa waffle buatan kami sendiri. Muhammad Al-Hakim 5 Ar-Razi 25 18 Oktober 2023
P amer a n S a i n s P am er a n S a i n s er a n S a i n s 26 27 Oktober 2023 Antara pameran yang diadakan : Magic Finger - Tahun 2 Solar System - Tahun 3 Litar Elektrik - Tahun 5 Mini Vacuum Cleaner - Tahun 5 Penebat & Kondukter - Tahun 2 Larut & Tidak Larut - Tahun 2 Mistery Box - Tahun 1 Tangan Robot - Tahun 3 E-Kuiz - Tahun 2
Minggu Solidariti Demi menyahut seruan KPM untuk menunjukkan tanda kebersamaan Malaysia dalam konflik Israel-Palestine, SRIRU juga tidak ketinggalan turut serta mengadakan Minggu Solidariti Palestine pada bulan Oktober 2023 yang lalu. Pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi menyemai rasa cinta murid terhadap Palestine. Antaranya adalah tayangan video, kutipan derma, aktiviti mewarna, aktiviti celupan pada baju mengikut warna bendera Palestine, serta persembahan sajak dan nasyid. Kutipan derma berjumlah RM1185 telah berjaya dikumpul dan diserahkan kepada Persatuan Cinta Gaza. Murid-murid kelihatan hiba dan sedih semasa Khadijah dari Tahun 2 Al-Ghazali dan Maisarah dari 5 Ar-Razi mendeklamasikan sajak dengan penuh perasaan. Ini menunjukkan bahawa walaupun anak-anak SRIRU masih lagi kecil, namun hati mereka penuh dengan rasa empati dan kemanusiaan yang tinggi terhadap kesedihan dan kesengsaraan saudara Islam di Palestine. Tambahan pula, mereka juga mempelajari ilmu baharu seperti sejarah Palestine, keistimewaan Masjidil Aqsa serta jenama yang perlu diboikot oleh orang Islam. Alhamdulillah sehingga kini, murid SRIRU masih membaca qunut nazilah di sekolah. Semoga murid SRIRU sentiasa cintakan Islam dan sentiasa mempunyai semangat jihad yang tinggi dalam menegakkan agama Islam. Allahu akhbar ! From the river to the sea, Palestine will be free. Scan QR Code untuk tonton sajak Palestine Murabbiah Faizah 27
Pelbagai pengalaman bidang pekerjaan boleh dipilih dan merasai sendiri bagaimana suasana bekerja serta memperoleh gaji untuk tujuan sara hidup mereka. Beberapa murid yang terpilih untuk program lawatan sambil belajar ini adalah terdiri dari murid pra sekolah, tahun 1, tahun 2, dan tahun 3. 28 LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KIDZANIA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KIDZANIA Lawatan ke Kidzania pada 24 Januari 2024 yang lalu adalah bertujuan untuk member pendedahan kepada murid dalam aspek pengurusan diri dan merasai pengalaman hidup sebenar dalam bidang pekerjaan. Alhamdulillah, banyak maklumbalas positif dari ibu bapa tentang lawatan kali ini. Semoga lawatan ini membawa manfaat kepada semua murid-murid yang terlibat. irfan Fayyad’s mom najla’s mom Aakira’s mom nadhif’s mom
29 TUNASPROGRAMProgram Tunas merupakan usaha pihak sekolah yang berterusan bagi memastikan murid-murid yang tidak boleh membaca dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Jawi akan dibimbing sehingga boleh membaca dengan baik. Murid yang tidak boleh membaca dengan lancar dikenalpasti pada awal tahun dan dikumpulkan dalam kumpulan kecil bersama seorang guru pembimbing. Sistem mentor-mentee juga diperkenalkan pada tahun 2023 sebagai inisiatif untuk menggalakkan murid dapat menguasai pembacaan dengan lebih cepat.
Permata SRIRU PRA SEKOLAH Berdiri (dari kiri): Pn.Mazil, Uwais, Syahmi, Nadhif, Ben, En.Afiq Duduk(dari kiri): Aaqilah, Aisyah, Qayla, Fathin, Amanda, Ayra, Aireen 30
Permata SRIRU 1 AL-BIRUNI Berdiri atas (dari kiri): Aazad, Iman, Aakira, Rizqullah, Faiz, Putra, Harraz, Fuad Berdiri bawah (dari kiri) : Pn Suhaidah, Inas, Aesyah, Putri, Nuha, Sofia, Pn. Diniah Duduk(dari kiri): Ayra, Maryam, Amna, Sharhan, Aqil, Rizki 31
Permata SRIRU 2 AL-GHAZALI Berdiri atas (dari kiri): Aqashah, Hatim, Putra, Ehan, Fitri, Hafiz Berdiri bawah (dari kiri) : Pn.Faizah, Muhammad, Zayn, Farish, Ammar, En. Afiq Duduk(dari kiri): Zara, Najwe, Khadijah 32
Permata SRIRU 2 AL-KHINDI Berdiri atas (dari kiri): Uzair, Afnan, Ali, Akif, Aqil, Al-Hannan Berdiri bawah (dari kiri) : Pn. Hanis, Fayyad, Qeef, Shabil, En.Zuhdi Duduk(dari kiri): Wafa, Aisyah, Airis, Khayra 33
Permata SRIRU 3 AL-BATTANI Berdiri atas (dari kiri): Qayyum, Danish, Shah, Azanri, Nasrullah, Amirul Berdiri bawah (dari kiri) : Khaseef, Arraf, Iqbal, Cik Syahidah, Pn.Maizan, Hurrul, Ain, Adwa Duduk(dari kiri): Wafa, Aleesya, Fatin, Jannah, Najla, Damia, Rania, Aiyra 34
Permata SRIRU 4 AL-BUKHARI Berdiri (dari kiri): Irsyad, Aqil, Thaqif, Pn. Raihan, Ain, Qaseh, Husna 35
Permata SRIRU 5 AR-RAZI Berdiri atas (dari kiri): Iqbal, Asyraf, Ikmal, Hafiz Berdiri bawah (dari kiri) : Al-Hakim, Iman, Nazmi, Ameer, Akhyar, Fayyih, Syakir Duduk(dari kiri): Alya, Eryna, Qaisara, Pn.Suhaila, Pn.Sakinah, Wafa, Maisarah, Husna 36
Permata SRIRU 6 AL-KHAWARIZMI Berdiri atas (dari kiri): Iman, Hadi, Amjad Berdiri bawah (dari kiri) : Zara, Adni, Cik Hajrah, Najihah, Husna Duduk(dari kiri): Aleeya, Hanis, Putri, Hannan, Damia 37
38 Persekitaran Sekolah BERSIH DAN SELAMAT
39 Persekitaran Sekolah BERSIH DAN SELAMAT WAJAH BARU PSS SRIRU
PENDAFTARAN PELAJAR 2024 DIBUKA! SEKOLAH DI BAWAH JHEAINS (JHEAINS: 41-76/2000) KURIKULUM BERSEPADU DAN INTEGRASI SUBJEK AKADEMIK DAN DINIYAH UPKK & UPSRA MAKANAN 3 KALI SEHARI SOLAT ZOHOR & ASAR BERJEMAAH HAFAZAN, AL-QURAN DAN BAHASA ARAB GURU-GURU BERPENGALAMAN DAN BERKELAYAKAN No 15-G, Lot 49, Jalan Lukut Prima 2, Lukut Prima, 71010, Port Dickson, Negeri Sembilan KELAS YANG KONDUSIF DAN BERHAWA DINGIN PUSAT SUMBER KANTIN SURAU YANG LUAS DAN SELESA DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN UNTUK MURID MENGAPA PERLU MEMILIH SRIRU? FASILITI PRA - SEKOLAH RENDAH 5 - 12 TAHUN ISNIN - JUMAAT 8 PAGI - 4.30 PETANG 011-1161 3972 / 019-340 7576 [email protected] SEKOLA H RENDAH ISLAM RAUDHAT U L ULUM
HUBUNGI SRIRU : PPEENNDDAAFFTTAARRAANN SEKOLAH RENDAH ISLAM RAUDHATUL ULUM SESI KEMASUKAN 20 BAGI 24 MENGAPA PERLU MEMILIH SRIRU? Kelas yang kondusif dan berhawa dingin Makan tengah hari Minum petang Solat Zohor dan Asar berjemaah No 15-G, Lot 49, Jalan Lukut Prima 2, Lukut Prima, 71010, Port Dickson, Negeri Sembilan [email protected] Tempat adalah terhad! 011-1161 3972 / 019-340 7576
HUBUNGI SRIRU : Bahasa Arab Jawi dan Khat Feqah Adab Aqidah Sirah Al-Quran PPEENNDDAAFFTTAARRAANN SEKOLAH RENDAH ISLAM RAUDHATUL ULUM SESI KEMASUKAN 20 BAGI 24 MENGAPA PERLU MEMILIH SRIRU? Kelas yang kondusif dan berhawa dingin Makan tengah hari Minum petang Solat Zohor dan Asar berjemaah No 15-G, Lot 49, Jalan Lukut Prima 2, Lukut Prima, 71010, Port Dickson, Negeri Sembilan [email protected] Tempat adalah terhad! 011-1161 3972 / 019-340 7576 Terbuka pada murid Tahun 6 Isnin - Jumaat 2.00 - 4.30 petang UPSRA adalah penilaian bagi memastikan murid Tahun 6 dapat meneruskan pembelajaran KAFA menerusi sukatan yang ditetapkan. UPSRA juga sebagai dokumen sokongan ke Kelas Aliran Agama/Tahfiz/Sekolah Agama Swasta & Kerajaan. BIDANG YANG DINILAI DALAM UPSRA