The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Al-Kalam SRIRU adalah sebuah naskhah yang memuatkan perjalanan sekolah sepanjang tahun. Semoga tahun yang berlalu menjadi kenangan terindah buat semua warganya. Selamat membaca.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noor_maizan93, 2023-01-26 23:16:57

Al-Kalam SRIRU 2023

Al-Kalam SRIRU adalah sebuah naskhah yang memuatkan perjalanan sekolah sepanjang tahun. Semoga tahun yang berlalu menjadi kenangan terindah buat semua warganya. Selamat membaca.

l a w a t a n k e m u zi u m te n te r a d a r a t P R A k e L O T U S M e n y u b u r k a n b u d a y a m e m b a c a m u r i d s r i r u L a w a t a n S a m b i l B el a j a r k e A q u a r i a & P et r o s a i n s P e r k h e m a h a n J a ti D i r i ايديسي 18 20 23 AL-KALAM Menarik dalam Al-Kalam edisi kali ini!


ِحْيم ْحٰمِن الَّر ِبْسِم ِهَّللا الَّر السالم عليكم ورحمة هللا وبركة Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah hidayah-Nya, majalah Al-Kalam ini dapat diterbitkan lagi untuk edisi ke-18. Al-Kalam ini merupakan wadah maklumat menjadi tempat komunikasi di antara sekolah dengan pihak ibu bapa. Saban tahun, Al-Kalam memaparkan isu-isu menarik serta menyiarkan berita-berita tentang aktiviti yang berlangsung di SRIRU sebagai kenang-kenangan pada setiap warganya. Selain itu, kami juga memuatkan isu-isu baharu yang pasti menarik dan mencuit hati anda semua. Teruskan membaca Al-Kalam , idea-idea tambahan daripada anda juga dialu-alukan. Maaf di atas sebarang kelemahan dan kekurangan. Teruskan bersama kami dalam memajukan SRIRU. Terima kasih dan salam hormat. TINTA Belajar Dan Terokai Pengetahuan di Luar Bilik Darjah Hasrat sekolah dalam memastikan murid-murid siap siaga menempuhi cabaran dunia luar tidak akan tercapai sekiranya pembelajaran hanya terhad dalam kelas yang bertutup sepanjang hari. Salah satu cara paling mudah untuk memajukan murid adalah dengan menggabungkan pembelajaran dalam kelas dan pengalaman pembelajaran di luar bilih darjah. Selain itu, pembelajaran luar darjah juga dapat membantu menunjukkan aplikasi sebenar teori yang mereka pelajari di sekolah. Ini adalah selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalkan “Four Pillars of Education: Learning to Know, Learning to Do, Learning to Live Together dan Learning to Be”. Alhamdulillah, tahun 2023 ini, beberapa program luar bilik darjah telah berjaya dijalankan melibatkan murid-murid SRIRU dengan kerjasama jitu antara pihak sekolah dan ibu-bapa. Antaranya adalah lawatan sambil belajar, perkhemahan dan aktiviti sukan. Aktiviti sebegini juga telah berbukti memberi impak positif, terutama dalam menyuntik semangat muridmurid. Semoga lebih banyak aktiviti-aktiviti menarik dapat dijalankan pada tahun-tahun mendatang.


ISI KANDUNGAN 1 2 3 4 5 6 7 8 Coretan Pengarah Operasi Akademik Coretan Guru Besar Aktiviti-aktiviti Menarik di SRIRU Karya Kreatif Murid Persekitaran Sekolah Permata SRIRU Barisan Pentadbir SRIRU Jom Mendaftar di SRIRU


Introduction Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Donec sed condimentum eros, vitae egestas lectus. Quisque tellus est, tristique sit amet arcu eu, varius varius magna. Morbi hendrerit massa et nisl molestie ullamcorper sed nec lorem. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nam elementum magna enim, eu fermentum elit fringilla vel. Vestibulum ullamcorper auctor ante, sed tempor orci pellentesque id. Cras pulvinar ligula nec tempus ullamcorper. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Suspendisse non dapibus sapien, in ultricies dolor. Praesent ultricies cursus urna, eget rhoncus nibh pretium in. Nam nec nulla lectus. Sed tortor dui, auctor dictum vulputate ac, porttitor vitae augue. Coretan Pengarah Operasi Akademik SRIRU Hjh Wafiatunnajihah Binti Hassan .......السالم عليكم ورحمة هللا وبركة Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah Subhanallah Taala. Sidang pembaca sekalian, bersyukur kita terhadap Allah, dengan limpahan rahmat dan keizinanNYA, kita bertemu kembali di ruang berita Sekolah Rendah Islam Raudhatul Ulum. Izinkan saya menajamkan tinta mencoretkan sesuatu buat tatapan semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada editor di atas penerbitan makalah ini. Mudah-mudahan medium ini dapat menyampaikan maklumat berkesan berkenaan perkembangan sekolah bagi sesi 2022/2023 ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua warga SRIRU yang berusaha merealisasikan pelbagai program tahunan sekolah. Kami wartakan di sini untuk pengetahuan semua pihak. Saya juga ingin melakar ucapan tahniah, khas kepada murid-murid yang telah berjaya menjulang kejayaan mereka di bidang akademik, hafazan dan sahsiah. Didikan para murabbi & murabbiah sangat memberi kesan yang begitu hebat sehingga mereka mampu menjadi anak-anak yang cemerlang. Semangat juang anak-anak menghadapi hari-hari pembelajaran di sekolah ini juga asbab anak-anak tuan/puan menjadi cemerlang. SRIRU mendahulukan aspek keagamaan, dari yang lain. Apa sahaja matapelajaran yang dipelajari akan dikaitkan dengan kerohanian. Membentuk peribadi anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Namun kami mengambil itu sebagai satu cabaran dengan positif dan teruskan usaha tanpa jemu. Marilah kita bersamasama mengembleng bahu merealisasikan insan-insan yang berpaksikan kepada agama berasaskan didikan dan pembelajaran mereka di sekolah ini. Ibu bapa/penjaga tidak perlu risau jika anak-anak tidak begitu menyerlah di bidang akademik. Apa yang pasti, anak-anak ini mentaati dan mengikuti setiap ajaran islam dengan iman yang teguh serta amalan-amalan baik secara istiqomah. Mereka menjadi anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat, InshaAllah. Semoga suatu hari nanti anak-anak ini mampu mendoakan kita apabila kita tiada nanti. Semoga mereka jualah menjadi waris generasi yang menegakkan islam yang syumul walau dimanapun mereka berada. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa/penjaga yang memberi sepenuh kepercayaan kepada kami,untuk mendidik anak-anak mereka sejak di awal umur persekolahan sehingga mereka tamat sekolah rendah. Sekian saja untuk kali ini. Assalamualaikum , terima kasih.


Introduction Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Donec sed condimentum eros, vitae egestas lectus. Quisque tellus est, tristique sit amet arcu eu, varius varius magna. Morbi hendrerit massa et nisl molestie ullamcorper sed nec lorem. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nam elementum magna enim, eu fermentum elit fringilla vel. Vestibulum ullamcorper auctor ante, sed tempor orci pellentesque id. Cras pulvinar ligula nec tempus ullamcorper. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Suspendisse non dapibus sapien, in ultricies dolor. Praesent ultricies cursus urna, eget rhoncus nibh pretium in. Nam nec nulla lectus. Sed tortor dui, auctor dictum vulputate ac, porttitor vitae augue. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Segala puji hanya kepada Allah yang Maha Esa,saya bersyukur yang tidak terhingga kerana masih diberikan ruang dan peluang untuk melakar coretan di dalam Al Kalam edisi kali ini. Kepada para pendidik dan anak-anak yang saya kasihi serta ibu bapa yang saya hormati,semoga anda semua berada di bawah naunganNya dan dapat mengharungi arus pendidikan yang kian mencabar. Warga SRIRU yang dikasihi, Kemunculan Al Kalam ini amat dinantikan dan merupakan satu catatan dan memori sekolah ini sepanjang tahun 2022. Di samping itu, majalah ini juga sememangnya menjadi wadah rasmi sekolah dalam menterjemahkan pelbagai aktiviti dan pencapaian yang digapai oleh warga sekolah sepanjang tahun ini. Justeru,majalah ini juga menjadi landasan murid-murid dan guru-guru merakamkan bakat mereka untuk tatapan warga sekolah. Penggunaan teknologi maya dalam penghasilan majalah sekolah amat bertepatan dengan kemajuan teknologi semasa. Kepada para guru,sekalung tahniah dan rantaian penghargaan saya berikan kerana berjaya memimpin tangan anak-anak didik SRIRU di sekolah tercinta ini ke arah kejayaan. Kita bukan sahaja ingin menjadikan anak anak-anak ini cemerlang akademik,malah cemerlang dalam sahsiah peribadi dan mempunyai jati diri yang utuh lagi kental bagi mendepani masa hadapan yang ternyata lebih mencabar. Tiada kata secantik bahasa untuk menyusun kata-kata bagi menggambarkan perasaan penghargaan saya kepada para ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kepada pihak sekolah sehingga kami masih lagi teguh berdiri kukuh meneruskan perjuangan mendidik anak-anak SRIRU. Dengan ingatan tulus ikhlas, saya juga merakamkan sekalung tahniah kepada para guru kerana telah meneruskan tradisi dan berjaya menghasilkan sebuah dokumentasi sekolah untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan. Semoga penghasilan Al Kalam ini akan dijadikan salah satu wadah maklumat kepada ibu bapa dan murid-murid dalam memperkasa pengetahuan mereka tentang sekolah ini. Akhirulkalam, buat seluruh warga SRIRU, semoga kita bersama-sama meneruskan usaha murni dalam memartabatkan nama sekolah agar misi dan visi kita tercapai. Sekian ,terima kasih Coretan Guru Besar SRIRU Puan Sarina binti Araifin


AKTIVITI MENARIK DI SRIRU Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat. - Imam Syafie Menimba ilmu bukan setakat terhad di dalam kelas sahaja. Justeru itu, SRIRU sentiasa komited merancang kepelbagaian aktiviti untuk menarik minat murid dalam menuntut ilmu. Alhamdulillah, kerjasama padu dari pihak ibubapa adalah di antara kekuatan SRIRU untuk terus memastikan pelbagai aktivitiaktiviti yang dirancang pada awal tahun telah dapat berjalan dengan begitu lancar.


Ramadan di SRIRU Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'i Kemurahan hati warga SRIRU terbukti dengan jumlah sedekah yang berjaya dikumpul sepanjang Ramadan. Justeru, sumbangan dapat diberikan kepada beberapa keluarga yang layak. Pada 28 April 2022, bersamaan 21 Ramadan 1443H, Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'i telah diadakan bertempat di Dewan SRIRU. Program ini melibatkan murid Tahap 2 dan semua guru dan staf SRIRU. Majlis Khatam Al-Quran ini adalah sempena Program Tadarus yang telah berlangsung sepanjang Ramadan. Selepas solat maghrib berjemaah, murid-murid dan guru-guru dapat meluangkan masa beriftar bersama-sama di dalam dewan. َك ِرْيُم َتَقَّبَلُهَّللا ِمَّنا َوِمْن ُكْم َو َتَقَّبْل يَا Semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian


Sambutan Hari Raya dan Hari Guru menjadi adalah satu daripada acara tahunan yang diraikan di Sekolah Rendah Sri Raudhatul Ulum. Ia merupakan masa dan waktu yang boleh memberi peluang kepada murid untuk meraikan kedatangan bulan Syawal setelah menjalankan kewajipan berpuasa di buan Ramadhan. Pelbagai aktiviti telah diadakan semasa sambutan hari raya dan hari guru yang diadakan pada 25 Mei 2022 yang lalu, seperti aktiviti seni kreatif, sukaneka dan juga yang paling di tunggu-tunggu semua, persembahan antara kelas! Sambutan Hari Raya dan Hari Guru Keakraban dan keramahan itu lahir bila jiwa kita jadi gembira


Ihtifal KAFA 2022 SRIRU MAJU ILMU TINGGI AKHLAK MULIA Ingatkah kalian pada slogan yang sering kita laungkan itu. "SRIRU MAJU, ILMU TINGGI, AKHLAK MULIA", Mudah-mudahan menjadi kata-kata itu akan menjadi sebuah doa yang akan memacu SRIRU untuk terus maju sebagai sebuah sekolah yang berjaya melahirkan insan-insan berilmu serta berakhlak. Pada 15 Jun 2022, SRIRU telah menghantar beberapa wakil mewakili sekolah untuk bertanding dalam Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Sembilan. Naufal - Tahun 3 Amjad - Tahun 5 Damia - Tahun 5 JUARA!!! Alhamdulillah, beberapa murid kita telah berjaya mengangkat nama SRIRU seperti Muhammad Asyrafil Naufal yang berjaya tempat ke 5 dalam pertandingan Tilawah Al-Quran dan Muhammad Amjad Qaweem, tempat ke 3 dalam pertandingan tulisan Khat. Lebih membanggakan, Damia Umairah dari tahun 5 telah berjaya mendapat Johan dalam pertandingan Tulisan Khat seterusnya melayakkan diri mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan. Hebat anak SRIRU!


Bagai menggunakan kapsul masa, di sini murid dapat meneroka kembali sejarah Malaysia bermula dari kegemilangan Zaman Kesultanan, diikuti penaklukan Portugis, Belanda, dan British ke Tanah Melayu. Kemudian, murid di bawa merasai penderitaan nenek moyang apabila masuk ke ruangan Sejarah Pentaklukan Jepun. Malah, mereka dapat melihat sendiri alatan penyiksaan dan juga wajah-wajah perwira yang berputih tulang membela negara ketika zaman itu. Lawatan ke Muzium Tentera Darat Sempena bulan kemerdekaan, pada 17 Ogos 2022 seramai 20 orang murid dari tahun 5 dan tahun 6 mengikuti lawatan ke Muzium Tentera Darat yang terletak di Si Rusa Port Dickson. Objektif program ini untuk menyedarkan pelajar tentang kepentingan mempelajari sejarah, semangat jati diri dan cinta akan bangsa, agama dan negara Sebelum berakhir, murid-murid berpeluang masuk ke terowong komunis dan melihat sendiri keadaan yang sempit dan gelap di bawah tanah. Banyak tinggalan komunis yang masih dapat dilihat di dalam terowong tersebut. Murid juga dapat merasai pengalaman di atas jambatan gantung. "Saya dapat merasai pengalaman masuk terowong dan jambatan gantung." Yusuf, Tahun 6 "Saya dapat lebih mengetahui tentang sejarah Malaysia." Amjad, Tahun 5 "Saya dapat meluangkan masa bersama rakan dan mengenali lebih dalam tentang pahlawan negara." Farisy, Tahun 6


PRA ke LOTUS Lawatan murid-murid Pra SRIRU ke Pasaraya Lotus, Lukut adalah antara sebahagian proses pembelajaran luar bilik darjah. Murid juga belajar mengenai warna sayursayuran dan buah-buahan tersebut. Lawatan tersebut telah diadakan pada 19 Ogos 2022, diiringi oleh dua orang guru PRA dan melibatkan semua murid pra sekolah SRIRU. Murid-murid dapat mengenal jenis sayuran dan buahbuahan tempatan dan luar negara yang terdapat di pasaraya Lotus tersebut. Lebih mengujakan apabila murid dapat menyentuh dan merasai sendiri tekstur sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut.


KE Alhamdulillah, pada 2 Ogos 2022, SRIRU telah berjaya menghantar pasukan Bola Jaring mewakili sekolah ke peringkat daerah. Pasukan ini telah dilatih oleh Puan Hanis, Cik Asnida, dan Puan Diniah selama 3 minggu bertempat di Gelanggang Bola Jaring Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Si Rusa, Port Dickson. Kalah dan menang adat pertandingan, namun pengalaman dan pengajaran sepanjang tempoh latihan dan hari perlawanan adalah amat berharga. Semoga semangat murid-murid akan terus disemai pada tahun yang mendatang.


KE Selain pasukan bola jaring, SRIRU juga menghantar wakil untuk perlawanan badminton peringkat daerah pada 13 Julai 2022. Pasukan badminton sekolah telah dilatih oleh Puan Faizah. Lebih membanggakan, Muhammad Amzar Faizi berjaya melayakkan diri ke tahap suku akhir! Kegigihan guru yang melatih dan keazaman murid-murid tidaklah lengkap tanpa doa dan restu ibu bapa. Tahniah kepada semua! It's all about the journey, not the outcome


Hari Interaksi Akademik 2022 Hari interaksi akademik telah diadakan pada 24 Ogos 2022. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai prestasi murid dari segi akademik dan juga kokurikulum serta untuk meningkatkan kesedaran dalam ibu bapa mengenai kepentingan mengikuti perkembangan prestasi murid.


َل َق ِذىَخ َّل ٱ َرِّب َك ِم ْس ٱ ِب ْأ َر ْق ٱ Read! In the name of your Lord who created (all the exists). Surah Al'Alaq 96:1 Menyuburkan Budaya Membaca Murid SRIRU Lawatan seperti ini amat penting untuk mendekatkan diri murid dengan perpustakaan, seterusnya membuang persepsi bahawa perpustakaan itu tempat yang membosankan. Selain dapat melihat koleksi bacaan khazanah negara, murid-murid dapat meneroka ruang multimedia, zon kreatif dan juga mencuba sendiri pelbagai kemudahan edutainment yang disediakan di PPAS. Lawatan Sambil Belajar ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) pada 28 September 2022 yang lalu bertujuan untuk menyuburkan budaya membaca dalam kalangan murid di SRIRU. Semoga pengalaman seperti ini menjadi pemangkin semangat murid-murid dalam meningkatkan prestasi bacaan NILAM mereka.


Lawatan Sambil Belajar ke Aquaria & Petrosains Lawatan sambil belajar ke Aquaria & Petrosains Kuala Lumpur disertai oleh beberapa muridmurid Tahap 1 SRIRU pada 28 September 2022. Keterujaan murid mengenali haiwan laut di Aquaria & meneroka keajaiban dunia sains di Petrosains semestinya memberikan pengalaman yang menakjubkan buat semua peserta. Sains dibentuk oleh pengetahuan. Kebijaksanaan dibentuk oleh kehidupan. Immanuel Kant Semoga murid-murid dapat menghubungkan keajaiban dunia laut dan sains dengan kebesaran Allah S.W.T.


Kem Motivasi UPKK Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) merupakan ujian kendalian Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Ujian ini merupakan kayu pengukur kepada murid yang telah belajar selama 5 dan 6 tahun di sekolah agama di Negeri Sembilan dari segi pencapaian agama iaitu bagi mata pelajaran Tauhid, Feqah, Akhlak, Bahasa Arab, Jawi, Khat, Imlak, Tajwid dan Al Quran. Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka unit kurikulum telah mengadakan satu Program Motivasi Kecermelangan UPKK untuk memastikan para pelajar dapat membuat persiapan yang cukup bagi menduduki peperiksaan tersebut.


Perkhemahan ini merupakan antara saluran pendidikan luar bilik darjah yang sangat berkesan. Perkhemahan ini bertempat di Rantau Agro Park Negeri Sembilan selama 2 hari 1 malam (3-4 Disember 2022). Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, murid akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang sukar diperolehi ketika berada di dalam bilik darjah di samping menanam sifat keberanian dan kepercayaan interpersonal dan intrapersonal. Diharapkan program ini akan dapat memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka disamping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan murid dan guru. Perkhemahan Jati Diri


Perkhemahan Jati Diri Setiap aktiviti dijalankan di dalam kumpulan, mengajar murid-murid untuk erti setiakawan dan bekerjasama. Alhamdulillah murid-murid SRIRU dapat bergaul dengan baik tidak mengira perbezaan usia.


Perkhemahan Jati Diri Peserta Lelaki Terbaik Muhammad Yusuf bin Rahizul Peserta Perempuan Terbaik Auni Dhomirah binti Abdul Rahman ِه َواَل َتْع َجْز َّل َحُّب إىلِهللا ِمَن الُمْؤِمِن الَّضِعيِف، وفي ُكٍّل َخْيٌر اْح ِرْصعىَل ما َيْنَفُعَك، َواْسَتِعْن بال ْلُمْؤِمُن الَق ِوُّي، َخْيٌر َوَأ ا Maksudnya: “Orang mukmin yang kuat (segalanya) itu, lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah sedang setiap (mukmin) itu semuanya baik. Utamakanlah (berusahalah) terhadap perkara yang menjamin kemanfaatanmu dan sentiasa bermohon pertolongan Allah tanpa rasa lemah semangat.” Riwayat Muslim (2664) dan Ibn Majah (4168)


Karya Kreatif Murid Ummu Sarah binti Mu'az @ Ahmad Mu'az 6 Al-Khawarizmi Iman Maisarah binti Muhamad Faiz 4 Al-Bukhari


Karya Kreatif Murid Amzar Hanzalah Farisy Shahmi Yusuf Adam Faris Haikal Hafiz Auni Dhomirah binti Abdul Rahman 6 Al-Khawarizmi


Karya Kreatif Murid Projek Penapis Air Grammar Board Game Project Projek Haji Wada' Projek Permainan Sisip Suku Kata Murid-murid sedang menunjukkan demonstrasi cara bermain "Grammar Board Game" yang dicipta oleh mereka.


Karya Kreatif Murid Projek membina istana menggunakan bentuk asas Projek robot yang membantu murid mengenal perkataan antonim Projek Roda Berputar bertemakan subjek Sirah


Karya Kreatif Murid Projek "Speedy Car" Projek organ pernafasan haiwan Murid sedang menerangkan Projek 'Tetingkap Penjodoh Bilangan'.


Persekitaran Sekolah Selamat & Selesa Kelas yang selesa berhawa dingin, dan mempunyai pengcahayaan semula jadi dan lampu yang mencukupi. Perpustakaan sekolah yang selesa dan mempunyai pelbagai bahan bacaan yang menarik dan bersesuaian dengan usia murid.


Persekitaran Sekolah Selamat & Selesa Dewan / Musolla yang luas dan bersih, sesuai untuk solat berjemaah dan menjalankan pelbagai program sekolah. Kantin yang sentiasa terjaga demi memastikan murid-murid dapat menikmati makanan dalam keadaan selesa dan selamat. Bersyukur akan menambahkan nikmat yang sedikit, dan akan melipatgandakan sesuatu yang banyak.


Permata SRIRU PRA SEKOLAH Berdiri (dari kiri): Darwish,Fuad,Aazad,Aqil Izz, Rizqullah Duduk(dari kiri): Aireen, Fathin, Puteri, Sofia, Aisyah, Aqilah


Permata SRIRU 1 AL-BIRUNI Berdiri (dari kiri): Afnan, Aqil, Qeef, Danish, Ammar, Hatim, Iman Duduk(dari kiri): Khayra, Khadijah, Airis, Zahra, Hana


Permata SRIRU 1 AL-FARUQI Berdiri (dari kiri): Umar, Aqashah, Muhammad, Ehan, Shabil, Ali, Fayyad Duduk(dari kiri): Ulya, Khadijah, Saffiya, Zara, Najwe


Permata SRIRU 2 AL-GHAZALI Berdiri (dari kiri): Fatin, Adwa, Rania, Iman, Najla, Jannah, Aleesya, Ayra, Ayesha, Wafa Duduk(dari kiri): Amirul, Danish, Azanri, Iqbal, Qayl, Al-Fateh, Qayyum, Fayyadh


Permata SRIRU 3 AL-BATTANI Berdiri (dari kiri): Najlaa, Qaseh, Qalisya, Husna Duduk(dari kiri): Naufal, Muadz, Taaqif, Irsyad


Permata SRIRU 4 AL-BUKHARI Berdiri (dari kiri): Syakir, Fitri, Asyraf, Ameer, Nadzmi, Hafiz, Hakim, Iqbal Duduk(dari kiri): Qaisara, Eryna, Husna, Alya, Maisarah, Wafa


Permata SRIRU 5 AR-RAZI Belakang (dari kiri): Iman, Amjad Depan (dari kiri): Putri, Hanis, Aleeya, Teh, Husna, Najihah, Zara, Hannan, Damia


Permata SRIRU 6 AL-KHAWARIZMI Belakang (dari kiri): Haikal, Faris, Hanzalah, Yusuf, Shahmi, Farisy, Hafiz, Amzar, Adam Depan (dari kiri): Qalisya, Vee, Sarah, Anisha, Raisya, Auni, Damia


BARISAN PENTADBIR SRIRU Pengarah Urusan SRIRU Puan Hajah Wafiatunnajihah binti Hassan Puan Sarina binti Araifin Mohd Nornashki bin Mohd Daslan Pengarah Operasi Akademik Guru Besar SRIRU Pn.Nor Raihan bt Mohd Syafiee Cik Nur Asnida bt Abu Samah Cik Nur Hajrah bt Amdan Puan Noor Maizan bt Mohd Fauzi Guru Penolong Kanan Kurikulum Guru Penolong Kanan Pembangunan Insaniah Guru Penolong Kanan Diniah Penyelaras Kokurikulum


BARISAN TENAGA PENGAJAR SRIRU Pn. Suhaila bt Sudirman Penyelaras UPKK Pn. Anis Elina bt Shaharin Penyelaras Pra Sekolah Pn. Nur Diniah bt. Daud Guru SPBT Pn. Nur Faizah bt. Sabree Guru Pengawas En. Muhammad Imran b. Abdullah Guru Disiplin En. Muhamad Hafiz b. Mustafa Guru Kelas Tahun 6 Pn. Azlilah bt Adzif Guru Kelas Tahun 5 Guru Kelas Tahun 4 Pn. Sakinah bt Bohari Pn. Nur Farain bt Ahmad Guru Kelas Tahun 3 Encik. Muhammad Zuhdi bin Mohd Noor Guru Kelas Tahun 2 Pn. Hanis 'Aqilah bt Hanafi Guru Kelas Tahun 1A Pn. Nur Suhaidah bt Kamaludin Guru Kelas Tahun 1B


STAFF SOKONGAN SRIRU BARISAN TENAGA PENGAJAR PRA SEKOLAH Pn. Maimunah bt Sahad Tukang Masak Pn. Siti Nor Aishah bt Bidin Pembantu Tukang Masak Pn. Jainty a/p Raja Gopal Pembantu Am Puan Faridah bt Atan Cik. Hani Balqis binti Mohd Nornaskhi Kerani Akaun SRIRU Pembantu Tadbir Pn. Anis Elina bt Shaharin Pn. Nurul Aini binti Johari


PENDAFTARAN PELAJAR 2023 DIBUKA! SEKOLAH DI BAWAH JHEAINS (JHEAINS: 41-76/2000) KURIKULUM BERSEPADU DAN INTEGRASI SUBJEK AKADEMIK DAN DINIYAH UPKK & UPSRA MAKANAN 3 KALI SEHARI SOLAT ZOHOR & ASAR BERJEMAAH HAFAZAN, AL-QURAN DAN BAHASA ARAB GURU-GURU BERPENGALAMAN DAN BERKELAYAKAN No 15-G, Lot 49, Jalan Lukut Prima 2, Lukut Prima, 71010, Port Dickson, Negeri Sembilan KELAS YANG KONDUSIF PUSAT SUMBER KANTIN SURAU YANG LUAS DAN DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DAN BERHAWA DINGIN SELESA UNTUK MURID MENGAPA PERLU MEMILIH SRIRU? FASILITI PRA - SEKOLAH RENDAH 5 - 12 TAHUN ISNIN - JUMAAT 8 PAGI - 4.30 PETANG 06-651 2284 / 011-1161 3972 [email protected] SEKOLA H RENDAH ISLAM RAUDHAT U L ULUM SEKOLA H RENDAH ISLAM RAUDHAT U L ULUM


HUBUNGI SRIRU : PPEENNDDAAFFTTAARRAANN SEKOLAH RENDAH ISLAM RAUDHATUL ULUM SESI KEMASUKAN 20 BAGI 23 MENGAPA PERLU MEMILIH SRIRU? Kelas yang kondusif dan berhawa dingin Makan tengah hari Minum petang Solat Zohor dan Asar berjemaah No 15-G, Lot 49, Jalan Lukut Prima 2, Lukut Prima, 71010, Port Dickson, Negeri Sembilan 06-651 2284 / 011-1161 3972 [email protected] Tempat adalah terhad!


Click to View FlipBook Version