The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

"Bahasa Melayu Kian Terhakis"

Tugasan Individu
SADN1133 Pengantar Antropologi

Disediakan oleh: Nik Puteri Dania binti Nik Mat @ Nik Mohd Nazri (299774)
Dihantar kepada: Dr Naizatul Akma Mohd Mokhtar

23 Jun 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by puteri dania, 2024-06-23 09:00:09

Bahasa Melayu Kian Terhakis

"Bahasa Melayu Kian Terhakis"

Tugasan Individu
SADN1133 Pengantar Antropologi

Disediakan oleh: Nik Puteri Dania binti Nik Mat @ Nik Mohd Nazri (299774)
Dihantar kepada: Dr Naizatul Akma Mohd Mokhtar

23 Jun 2024

Bahasa Nik Puteri Dania binti Nik Mat @ Nik Mohd Nazri 299774 BBaahhaassaa MMeellaayyuu


ISI KANDUNGAN Pengenalan Punca-Punca Penghakisan Bahasa Melayu Isu-Isu Terkini Berkaitan Bahasa Melayu Kesan-Kesan Penghakisan Bahasa Melayu Usaha Mencegah Penghakisan Bahasa Melayu


Kesimpulan dan Rumusan Rujukan


PENGENALAN Sumber daripada Google Images


Apakah itu antropologi? Antropologi, “ sains kemanusiaan ” boleh didefinisikan sebagai satu disiplin yang mengkaji tentang kepelbagaian manusia. Menurut tokoh, antropologi merupakan hasil gabungan dua perkataan Yunani iaitu antropo yang bermaksud “ manusia ” dan logia yang bermaksud “kajian mengenai.” Maka, ilmu antropologi dapat disimpulkan sebagai kajian tentang manusia. Jadi sudah terang lagi bersuluh, ilmu antropologi ini adalah untuk memahami kehidupan manusia dari pelbagai aspek termasuk fizikal dan kebudayaannya. Seperti yang anda semua tahu, setiap daripada kita berasal daripada variasi latar belakang yang membezakan kita semua. Oleh itu, ilmu antropologi ini digunakan untuk membantu memahami masyarakat yang berbeza latar belakang. Ahli antropologi turut mengkaji tentang biologi dan evolusi manusia untuk lebih memahami tentang kehidupan manusia.


Antropologi Linguistik Antropologi linguistik merupakan salah satu sub-bidang antropologi yang mengkaji tentang hubungan antara bahasa, budaya dan masyarakat. Bidang ini bersifat dua disiplin iaitu antropologi dan linguistik. Meskipun begitu, ilmu ini lebih menitikberatkan kajian antropologi berbanding linguistik. Ini bermakna, perkataan ‘linguistik’ hanya sebagai penerangan kepada jenis antropologi. Berbeza dengan ilmu linguistik yang mengkaji tentang bahasa semata-mata, mengikut pandangan ahli antropologi linguistik, bahasa itu adalah saling berhubungan dengan budaya dan sosial sesebuah masyarakat. Terdapat juga dua bidang penyelidikan dalam ilmu antropologi linguistik yang meluas iaitu linguistik struktur dan linguistik sejarah.


Sumber daripada Google Images Hubungan antara Bahasa dan Budaya Bahasa dan kebudayaan, kedua-duanya saling berkaitan dan mempunyai hubungan yang sangat erat. Hal ini dikatakan demikian kerana, bahasa merupakan sebahagian daripada kebudayaan. Bahasa memainkan peranan utama dalam perkembangan budaya. Sekiranya seseorang itu ingin mempelajari budaya sesuatu masyarakat, maka haruslah dia mempelajari bahasanya juga agar ekspresi nilai budaya itu dapat disampaikan dengan lebih baik. Budaya manusia banyak dipengaruhi oleh bahasa. Tanpa bahasa, tidak terjadilah sesuatu budaya itu kerana bahasa yang membentuk kebudayaan.


Dalam menempuh arus modenisasi, bahasa Melayu kini menghadapi pelbagai isu dan cabaran. Meskipun bahasa Melayu pernah diangkat sebagai Lingua Franca, iaitu bahasa perantara pada suatu masa dahulu, martabat bahasa kebangsaan negara kita ini juga tidak lari daripada menghadapi ancaman peminggiran. Bahasa Melayu adalah asas kepada identiti kebudayaan masyarakat Melayu. Ia mengandungi elemen-elemen tradisi, adat resam, dan nilainilai yang diwarisi turun-temurun. Apabila bahasa ini terhakis, identiti budaya juga terancam. Bahasa rojak Penggunaan bahasa rojak yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat masa kini sememangnya menimbulkan keresahan. Bahasa rojak ialah campuran lebih dari satu bahasa. Bahasa rojak sudah menjadi lumrah apabila kerap kali digunakan dalam media sosial apatah lagi urusan rasmi oleh orang-orang ternama. Bahasa asing jadi keutamaan Bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris secara tidak sedar perlahanlahan telah mengambil peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Berbanding dengan bahasa Melayu, bahasa Inggeris lebih banyak digunakan dalam pelbagai sektor seperti politik, perundangan, ekonomi, serta pendidikan. Hal ini mengancam martabat bahasa Melayu dalam masyarakat Malaysia.


apew camtu cun blah Bahasa rojak bahasa asing jadi keutamaan slanga penguasaan bahasa melayu slanga penguasaan Bahasa slanga ialah bahasa tidak bahasa melayu rasmi yang digunakan dalam sesuatu kelompok. Penggunaan bahasa slanga yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat patut dihentikan. Bahasa slanga ini boleh mengelirukan dan seterusnya mencemar keaslian bahasa Melayu. Kedengaran pelik, namun terdapat segelintir warganegara Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu. Isu ini sering kali menjadi perbahasan warga masyarakat. Bukan sahaja dalam kalangan bangsa bukan Melayu, ada juga individu yang berbangsa Melayu yang tidak menguasai bahasa Melayu dengan baik.


03 Punca-Punca Penghakisan Bahasa Melayu Bahasa dan budaya ialah dua elemen yang saling berkaitan dalam membentuk identiti sesebuah masyarakat. Peminggiran bahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat moden ialah fenomena kompleks yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Berikut adalah beberapa faktor utama yang menyumbang kepada peminggiran bahasa Melayu: Sumber daripada Google Images


PERSEPSI NEGATIF TERHADAP PERSEPSI NEGATIF TERHADA BAH P BAHASA MELAYU ASA MELAYU Persepsi masyarakat bahawa bahasa Inggeris lebih prestij dan penting untuk kejayaan dalam bidang pendidikan dan pekerjaan juga menyumbang kepada peminggiran bahasa Melayu. Bahasa Melayu mungkin dilihat sebagai kurang relevan atau kurang berguna dalam konteks globalisasi, menyebabkan masyarakat, terutama generasi muda, kurang berminat untuk mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu. Sikap masyarakat kita sendiri yang sering memandang rendah keupayaan bahasa Melayu dan mengagungkan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris turut menyumbang kepada kemerosotan penghargaan terhadap bahasa Melayu. Sikap ini bukan sahaja dalam kalangan rakyat biasa, malah dalam kalangan pemimpin negara.


Pengaruh Globalisasi dan Persaingan dengan Bahasa Asing pelbagai sektor dan urusan antarabangsa. Sebagai contoh, dalam sistem pendidikan Malaysia, bahasa Inggeris sering dijadikan medium pengajaran bagi subjek-subjek seperti sains dan matematik. Ini dilakukan dengan tujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar bagi membolehkan mereka bersaing di peringkat global. Walau bagaimanapun, langkah ini sering kali mengurangkan peranan bahasa Melayu sebagai medium pengajaran utama, khususnya dalam pendidikan tinggi. Hal ini menyebabkan generasi muda lebih cenderung untuk Globalisasi iaitu ‘ global’ bermaksud universal. Dalam era globalisasi ini, dunia tidak dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi. Berbeza dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu kini menghadapi kesukaran bersaing dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris. Walaupun bahasa Melayu dahulu pernah diangkat sebagai Lingua Franca, perubahan aliran zaman telah membawa masuk pelbagai elemen budaya asing yang disebarkan menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, ramai menganggap keperluan untuk menguasai bahasa Melayu itu dianggap kurang relevan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kini bahasa Inggeris lebih banyak digunakan dalam Sumber daripada Google Images


seperti bahasa Inggeris dan Mandarin. Bahasa Melayu kini hanya dianggap kurang penting dalam kebanyakan urusan kehidupan seharian. Selain itu, banyak syarikat multinasional dan institusi pendidikan tinggi menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama telah, mengurangkan penggunaan bahasa Melayu dalam konteks formal dan profesional. Ini menyebabkan bahasa Melayu kurang relevan dalam situasisituasi ini, seterusnya mengurangkan penggunaannya dalam komunikasi harian dan urusan rasmi. Globalisasi memperkenalkan nilai dan gaya hidup baru yang kadang-kadang bertentangan dengan nilai-nilai tradisional. Perubahan dalam nilai dan gaya hidup ini turut mempengaruhi cara bahasa digunakan, di mana bahasa Melayu mungkin dianggap kurang sesuai untuk menyampaikan konsep-konsep baru ini. menggunakan bahasa Inggeris dalam konteks akademik dan profesional, dan kurang menguasai bahasa Melayu dengan baik. Muhammad Salleh (2002), menzahirkan rasa tidak setuju dengan langkah kerajaan ini dan berpendapat bahawa kerajaan perlu mencari pendekatan lain dalam membantu rakyat menguasai bahasa Inggeris. Dalam sektor ekonomi pula, bahasa Inggeris adalah lebih dominan kerana penggunaan bahasa Melayu dalam urusan perniagaan masih tidak meluas melainkan urusan ekonomi peringkat tempatan. Berdasarkan situasi berikut, bahasa Melayu dikatakan sukar bersaing dengan bahasa Inggeris. Dalam era globalisasi ini, mempelajari lebih daripada satu bahasa merupakan satu keperluan. Peluang kerjaya kini banyak memerlukan penguasaan bahasa asing


PENGARUH MEDIA DAN TEKNOLOGI DIGITAL Media massa dan teknologi digital, termasuk media sosial, memberi impak besar terhadap penggunaan bahasa. Kebanyakan kandungan media adalah dalam bahasa Inggeris. Generasi muda yang banyak menghabiskan masa dengan media digital lebih terdedah kepada bahasa Inggeris, mengurangkan penggunaan dan pendedahan kepada bahasa Melayu. Hal ini secara tidak langsung mengubah dinamika budaya, di mana bahasa Melayu semakin kurang digunakan dalam konteks media dan komunikasi harian. Generasi kini juga lebih gemar menggunakan kosa kata moden seperti bahasa rojak dan slanga. Penggunaan secara meluas di media sosial telah mempengaruhi tabiat berbahasa dalam kalangan warga masyarakat. Orang ramai kini banyak menggunakan bahasa ringkas yang mencemarkan budaya berbahasa rakyat Malaysia. Faktor kekerapan golongan muda menggunakan bahasa ringkas ini adalah disebabkan mereka merasakan bahawa ianya lebih mudah dan cepat untuk berkomunikasi. Kebiasaan ini menjadi tabiat negatif apabila ramai pelajar


sekolah dan universiti cenderung menggunakan bahasa rojak dalam menyiapkan tugasan mereka. Hal ini dapat dilihat baru-baru ini, dimana berbagai-bagai isu berkaitan penggunaan bahasa singkatan dalam kalangan pelajar sekolah ketika menjawab peperiksaan sentiasa menular. Hal ini semestinya menimbulkan kebimbangan apabila ketulenan bahasa Melayu semakin dilupakan dalam kalangan generasi muda, sekali gus mengancam budaya berbahasa Melayu pada masa akan datang. KURANG PENGHARGAAN TERHADAP BAHASA MELAYU Kurangnya kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu sebagai identiti nasional dan warisan budaya menyebabkan sikap apatis terhadap penggunaannya. Golongan muda khususnya, mungkin menganggap bahasa Melayu hanya sebagai alat komunikasi biasa tanpa memahami nilai budaya dan sejarah yang terkandung di dalamnya. Tanpa usaha yang berterusan untuk mempromosikan dan menghargai bahasa Melayu, generasi muda mungkin tidak melihat nilai dalam memelihara bahasa ini, yang seterusnya membawa kepada penghakisan budaya Melayu yang kaya dengan sejarah dan tradisi.


Tahukah anda bahawa isu penghakisan bahasa Melayu ini jika tidak dibendung dengan kadar segera boleh memberikan kesan yang mendalam terhadap masyarakat dan budaya di Malaysia? Berikut merupakan antara beberapa kesan yang dapat dilihat: Bahasa adalah komponen penting dalam identiti budaya dan etnik sesebuah masyarakat (Kok Seong, 2021). Penghakisan bahasa Melayu boleh menyebabkan kehilangan identiti budaya bagi masyarakat Melayu. Sebagai medium utama untuk menyampaikan tradisi, adat resam, dan nilai-nilai budaya, kemerosotan penggunaan bahasa Melayu membawa kepada pemudaran elemen-elemen budaya tersebut. Dengan penghakisan bahasa Melayu, karya-karya kesusasteraan seperti pantun, syair, peribahasa, dan cerita rakyat mungkin semakin kurang dihasilkan dan dihargai. Ini bukan sahaja menjejaskan warisan sastera Melayu, tetapi juga mengurangkan peluang generasi muda untuk memahami dan menghargai seni bahasa yang berharga dan indah ini. Kemerosotan Kesusasteraan dan Seni Bahasa Melayu Kehilangan Identiti Budaya dan Etnik


Kualiti dan mutu sifat bahasa Melayu ditentukan dari aspek pengetahuan dan penguasaan oleh warganegaranya (Kok Seong, 2021). Apabila ketulenan bahasa Melayu tercemar dan kurang digunakan, ia semakin dianggap sebagai bahasa yang kurang penting dan berprestij. Ini menyebabkan generasi muda lebih cenderung untuk mengutamakan bahasa Inggeris, yang dilihat lebih relevan dalam konteks globalisasi dan peluang pekerjaan. Akibatnya, identiti budaya dan warisan sejarah yang terkandung dalam bahasa Melayu turut terancam, mengakibatkan kehilangan nilai-nilai tradisional yang penting bagi masyarakat. Kesan Terhadap Pendidikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan boleh terjejas, mengurangkan penguasaan pelajar terhadap bahasa ini. Apabila pelajar lebih banyak terdedah kepada bahasa Inggeris, terutamanya dalam subjek-subjek penting, penguasaan mereka terhadap bahasa Melayu mungkin akan merosot. Ini boleh menyebabkan kemerosotan dalam pengetahuan budaya dan sejarah tempatan yang biasanya diajar dalam bahasa Melayu. taraf bahasa melayu menurun Pengurangan Solidariti Sosial Bahasa berfungsi sebagai alat untuk membina solidariti sosial dalam komuniti. Apabila bahasa Melayu kurang digunakan, terutama dalam kalangan generasi muda, ikatan sosial antara ahli masyarakat mungkin menjadi lemah. Ini boleh mengakibatkan pengasingan antara generasi dan mengurangkan rasa kebersamaan dalam masyarakat.


Usaha Mencegah Penghakisan Bahasa Melayu Pelbagai pihak terutamanya pihak industri perlu mengambil peluang untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dengan cara memaksimumkan penggunaannya dalam aspek industri pelancongan. Hal ini kerana, industri pelancongan mempunyai akses yang paling hampir dengan warga antarabangsa. Oleh itu, usaha industri pelancongan boleh membawa taraf bahasa ke peringkat global (Siti Suriawati Isa, 2022). Salah satu contoh ialah usaha mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengenakan busana baju Melayu lengkap dan berbahasa Melayu ketika berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat. Sumber daripada Google Images Tindakan berani beliau telah mencipta sejarah di persada antarabangsa Memperkasa Penggunaan Bahasa Melayu Memperkasa Penggunaan Bahasa Melayu


apabila dimartabatkan di badan tertinggi dunia iaitu Perhimpunan Agung PBB. Ini menjadi salah satu usaha terbaik mengantarabangsakan bahasa Melayu dan menunjukkan bahawa bahasa Melayu masih relevan dan tidak mengekang kemajuan negara. Menurut Ismail Sabri Yaakob (2022), beliau menegaskan bahawa seluruh rakyat Malaysia perlu mempunyai jati diri dalam memartabatkan bahasa ibunda. Persepsi warga masyarakat yang memandang rendah bahasa Melayu perlu dibuang. Hal ini kerana banyak negara mencapai status maju apabila mendaulatkan bahasa sendiri (Ismail Sabri Yaakob, 2022). Memperkukuhkan Pendidikan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Pendidikan Bahasa Melayu Meskipun bahasa Inggeris perlu diberi lebih perhatian agar rakyat dapat menguasainya dengan lebih baik, bahasa Melayu juga perlu kekal sebagai bahasa ilmu dalam bidang pendidikan (Muhammad Salleh, 2002). Sistem pendidikan perlu memberi penekanan yang lebih besar kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan subjek teras. Kurikulum sekolah harus merangkumi kesusasteraan dan sejarah Melayu, serta menggalakkan pelajar untuk menulis dan berbicara dalam bahasa Melayu secara aktif. Programprogram seperti minggu bahasa, pertandingan penulisan, dan pidato dalam bahasa Melayu dapat meningkatkan minat dan kemahiran pelajar.


Mengadakan kempen kesedaran dan acara kebudayaan yang menekankan pentingnya bahasa Melayu sebagai identiti kebangsaan dan warisan budaya. Ini boleh dilakukan melalui pameran, festival kebudayaan, dan bengkel yang mempromosikan penggunaan bahasa Melayu dalam seni, muzik, dan teater. Media massa dan digital juga boleh memainkan peranan penting dalam menyebarkan kesedaran ini melalui dokumentari, filem, dan program televisyen yang menggunakan bahasa Melayu. Meningkatkan penghasilan konten media dalam bahasa Melayu, termasuk filem, drama, muzik, dan permainan video. Platform digital dan media sosial juga perlu lebih banyak menggunakan bahasa Melayu dalam konten mereka untuk menarik minat generasi muda. Sebagai contoh, menghasilkan tren penggunaan bahasa Melayu di media sosial seperti #CintaiBahasaMelayu boleh menarik minat generasi muda khususnya, untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dengan cara yang lebih menyeronokkan. Cara ini sesuai dengan perkembangan zaman kini. Meningkatkan Kesedaran Budaya Meningkatkan Kesedaran Budaya Menggalakkan Penggunaan Bahasa Melayu dalam Media dan Teknologi Menggalakkan Penggunaan Bahasa Melayu dalam Media dan Teknologi


Menggalakkan kolaborasi dengan negara-negara serumpun seperti Indonesia, Brunei, dan Singapura untuk mempromosikan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Program pertukaran pelajar, seminar, dan konferensi boleh membantu meningkatkan penggunaan dan penghargaan terhadap bahasa Melayu di kalangan masyarakat antarabangsa. Menurut Noraini Ahmad (2022), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) komited menjalankan kerjasama dalam pelbagai aktiviti dengan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di negara-negara ASEAN. Usaha ini adalah untuk melonjakkan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa ekonomi di rantau ini. Ini juga merupakan langkah awal untuk mengembangkan bahasa Melayu ke persada dunia. Kolaborasi Antarabangsa Sumber daripada Google Images Sumber daripada Google Images


K E S I M P U L A N K E S I M P U L A N Isu penghakisan bahasa Melayu merupakan isu serius dengan implikasi mendalam terhadap masyarakat dan budaya. Kemerosotan penggunaan bahasa Melayu akan menjejaskan identiti dan warisan budaya masyarakat Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana, bahasa menggambarkan budaya bangsa. Pengaruh bahasa asing, terutama bahasa Inggeris, telah mengubah nilai dan sikap masyarakat terhadap bahasa kebangsaan ini, menyebabkan ia sering dipandang rendah oleh bangsa sendiri.


Untuk mengatasi masalah ini, pendekatan yang komprehensif perlu diambil, termasuk memperkukuhkan pendidikan bahasa Melayu, meningkatkan kesedaran budaya, serta mempromosikan bahasa ini dalam media dan teknologi. Dengan usaha yang bersepadu daripada pelbagai pihak, bahasa Melayu boleh dipelihara dan diperkukuhkan sebagai elemen penting dalam identiti kebangsaan dan warisan budaya kita. Bersama kita memartabatkan bahasa Melayu agar mampu diangkat ke persada antarabangsa. S u m b er d aripad a Google Images


RUJUKAN Sumber daripada Google Images


Abdullah Jumain Abu Samah. (1989). Antropologi Linguistik. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 3-18. Ahmad Zaini Kamaruzzaman. (2022, September 24). Bahasa Melayu catat sejarah dimartabat di Perhimpunan Agung PBB. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/100 3992/bahasa-melayu-catat-sejarah-dimartabat-diperhimpunan-agung-pbb Amir Rashad Mustaffa. (2023, Disember 27). Gunakan media sosial memartabatkan Bahasa Melayu. Life News Agency. https://my.lifenewsagency.com/2023/12/27/gunakanmedia-sosial-memartabat-bahasa-melayu/ Awang Sariyan. (2021, Disember 16). Isu Bahasa Rojak. Dewan Bahasa. https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/12/16/2141/


Kementerian Pendidikan Tinggi. (2022, Mac 7). Kenyataan Media Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu. https://www.mohe.gov.my/hebahan/kenyataanmedia/kenyataan-media-usaha-memartabatkan-bahasamelayu? highlight=WyJwcm9ncmFtIiwiJ3Byb2dyYW0iLCJwcm9ncm FtJ3MiLCJwcm9ncmFtJyIsImtlcmFqYWFuIiwia3B0Iiwia3B 0JyIsImtwdCdzIiwiJ2twdCIsImRhbiIsMjAyMiwia2VyYWphY W4ga3B0Iiwia2VyYWphYW4ga3B0IGRhbiIsImtwdCBkYW4i LCJkYW4gMjAyMiJd Lafamane, F. (2020). ANTROPOLINGUISTIK (Hubungan Budaya dan Bahasa). https://doi.org/10.31219/osf.io/29ckm Mazlina Ahmad. (2021, September 6). Bahasa Melayu Sebagai Identiti Budaya Masyarakat. Dewan Bahasa. https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/09/06/1519/ Noor Azmira Mohamed, Nor Azlili Hassan. (2019). Pengukuhan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(4), 19-28.


Nordquist, R. (2019, Mei 2020). What Is Linguistic Anthropology. ThoughtCo. https://www.thoughtco.com/what-is-linguisticanthropology-1691240 Nurmaizatul Hazirah Musataffa. (2022). CABARAN BAHASA MELAYU DALAM ERA GLOBALISASI. Siti Suriawati Isa. (2022, Oktober 26). Penggunaan bahasa Melayu perlu diperkasakan. Kosmo!. https://www.kosmo.com.my/2022/10/26/penggunaanbahasa-melayu-perlu-diperkasakan/ Tuan Asri Husin. (2020, November 5). Bahasa cerminan budaya bangsa. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/109077/khas/pen dapat/bahasa-cerminan-budaya-bangsa Yusof Ghani (2002, Ogos 12). Bahasa Melayu dipinggirkan bangsa sendiri, kata Sasterawan Negara. malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/12542


Click to View FlipBook Version