The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AMALAN PEMAKANAN SIHAT DAN SELAMAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Anwar Zunair, 2024-05-31 04:29:59

PENDIDIKAN KESIHATAN

AMALAN PEMAKANAN SIHAT DAN SELAMAT

Keywords: Makronutrien dan Mikronutrien

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH DT50002 TEKNOLOGI DIGITAL DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN TUGASAN 2: E - BOOK LINK E - BOOK: PENSYARAH: PROF. SABARIAH SHARIF NAMA NO. METRIK ANWAR ZUNAIR BIN AHMAD PP2312054T


AMALAN PEMAKANAN SIHAT DAN SELAMAT DISEDIAKAN OLEH: CIKGU ANWAR ZUNAIR BIN AHMAD PENDIDIKAN KESIHATAN (TINGKATAN 1) (MAKRO DAN MIKRO NUTRIEN)


2) Menyatakan 3 daripada 4 fungsi dan kepentingan makronutrien dan mikronutrien. 3) Menyatakan 3 daripada 4 pilihan jenis makanan yang sesuai berdasarkan makronutrien dan mikronutrien untuk menangani obesiti serta kurang berat badan 1) Menjelaskan maksud makronutrien dan mikronutrien. 4) Menilai kepentingan pengambilan makronutrien dan mikronutrien mengikut keperluan. OBJEKTIFPEMBELAJARAN :


Piramid Makanan Malaysia (2020) memberi panduan kepada kita dalam menentukan jenis dan kuantiti makanan yang perlu diambil setiap hari mengikut kumpulan makanan. Kumpulan makanan sayur-sayuran dan buahbuahan diletakkan pada dasar piramid, berbanding Piramid Makanan Malaysia 2010 yang meletakkan makanan sumber karbohidrat. Terdapat 4 aras dalam Piramid Makanan Malaysia, di mana bilangan kumpulan makanan paling banyak yang perlu di ambil diletakkan pada dasar piramid. APA ITU PIRAMID MAKANAN ? Ini bermakna sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil dengan jumlah yang paling banyak berbanding kumpulan makanan lain, iaitu sekurangkurangnya 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari.


Antara fungsi nutrien untuk tubuh badan ialah ianya dapat membantu tumbesaran dan perkembangan badan individu. Selain itu, ianya juga membantu dalam keseimbangan sel dan tisu serta membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti harian. APA ITU MAKRONUTRIEN & MIKRONUTRIEN ? Nutrien yang seimbang serta lengkap melalui amalan pemakan sihat dan selamat membantu membina tubuh badan yang sihat. Nutrien terbahagi kepada dua jenis iaitu makronutrien dan mikronutrien. Pengambilan makanan yang sihat dan selamat berdasarkan makronutrien dan mikronutrien mengikut keperluan diri adalah sangat penting. Pengambilan pemakanan sihat dan selamat dapat menangani masalah obesiti dan mampu mengurangkan masalah berat badan individu.


KARBOHIDRAT PROTEIN LEMAK SIHAT Makronutrien terdiri daripada karbohidrat, protein serta lemak baik. Peranan utamanya adalah untuk membekalkan tenaga dalam kuantiti yang banyak. MAKRONUTRIEN


Mikronutrien pula terdiri daripada mineral dan vitamin. Peranan utamanya adalah untuk mengawal fungsi tubuh badan. MIKRONUTRIEN


FUNGSI DAN KEPENTINGAN MAKRONUTRIEN DAN MIKRONUTRIEN


Jumlah sajian 5 sajian atau lebih. Fungsi Kesan pengambilan jika berlebihan Meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Muntah Mual-mual Lebih vitamin A membuatkan kekejangan otot. vitamin yang tidak larut membuatkan hati dalam bahaya Vitamin A - Gangguan mata Vitamin C - Sawan Kesan pengambilan jika kekurangan VITAMIN


Jumlah sajian 3 hingga 5 sajian Fungsi Kesan pengambilan jika berlebihan Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh individu Gula dalam darah meningkat. Obesiti Diabetes Lesu, lemah dan tidak bertenaga Gangguan metabolisma otak Kelaparan Kurus Kesan pengambilan jika kekurangan KARBOHIDRAT


Jumlah sajian 2 hingga 3 sajian Fungsi Kesan pengambilan jika berlebihan Membina sel dan otot dalam tubuh badan individu. Gangguan ginjal Beban terhadap hati individu Busung lapar Mudah sakit Gangguan metabolisme tubuh Kesan pengambilan jika kekurangan PROTEIN


Jumlah sajian 2 sajian Fungsi Kesan pengambilan jika berlebihan Meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Cirit-birit Muntah-muntah Talasemia Gangguan kerja organ Kekurangan zat besi Mudah sakit Kurang nafsu makan Gangguan metabolisme tubuh Kesan pengambilan jika kekurangan MINERAL


Jumlah sajian Kadar yang sedikit. Fungsi Kesan pengambilan jika berlebihan Membantu pembinaan tulang. Obesiti Kolestrol tinggi Pemlunuh darah sempit Sakit jantung Kurang bertenaga Penurunan daya tahan tubuh Kekurangan vitamin larut dalam lemak (A,D,E,K) Kesan pengambilan jika kekurangan LEMAK


PEMILIHAN JENIS MAKANAN BERDASARKAN KANDUNGAN NUTRIEN DALAM MENANGANI OBESITI SERTA KURANG BERAT BADAN Diet ini disediakan berdasarkan makronutrien dan mikronutrien untuk murid yang mengalami obesiti dan kekurangan berat badan.


Healthy Daily Menu SARAPAN PAGI (6:30a.m - 8:30a.m) Susu atau milo Emping jagung Sarapan pagi amat penting. Ia perlu diambil untuk membantu menambah dan membekalkan tenaga sebelum memulakan rutin harian. Murid perlu mengambil sarapan pagi bagi membantu proses pembelajaran di dalam kelas.


Healthy Daily Menu MINUM PAGI (10:00a.m - 10:30a.m) Roti dengan mentega/keju Telur rebus/ kacang merah Soya Minum pagi disarankan mengambil snek ringan. Pemilihan snek yang sihat terdiri daripada makanan yang rendah kalori tetapi tinggi kandungan nutrien.


Healthy Daily Menu MAKAN TENGAH HARI (12:00Pp.m - 2:00p.m) Nasi/ roti/ ikan/ ayam/ keju/ tauhu Salad/ kentang/ sayur Buah-buahan tinggi kalori seperti pisang, mangga, kurma danjambu batu Makan tengah hari membantu membekalkan tenaga, kerana kita memerlukan tenaga yang banyak untuk melakukan aktiviti harian. Elakkan pengambilan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam.


Healthy Daily Menu MINUM PETANG (4:00p.m - 5:30p.m) Susu/ sirap bandung Campuran kacang (30g) Roti bakar dengan madu Keju/ kentang Roti/ gandum/ buah hijau Amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak dan elakkan minum kopi dan minuman tenaga.


Healthy Daily Menu MAKAN MALAM (6:00p.m - 8:30p.m) Nasi/ pasta/ mi/ bijirin Keju/ ikan/ ayam/ jeli atau ais krim Buah-buahan tinggi kalori seperti pisang, mangga, kurma dan jambu batu Sayur-sayuran Makan malam perlu seimbang dan mengandungi protein, karbohidrat kompleks dan lemak tidak tepu.


Bagi menjaga kesihatan dan mencegah penyakit, adalah sangat penting bagi manusia untuk mengambil makanan yang kaya dengan makronutrien dan mikronutrien yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu, memenuhi keperluan makronutrien dan mikronutrien mesti menjadi keutamaan dalam diet harian. KESIMPULAN : Pengambilan makronutrien dan mikronutrien adalah sangat penting untuk kesihatan manusia kerana ia mempunyai peranan yang berbeza dalam mengekalkan keseimbangan badan.


Click to View FlipBook Version