The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SUHAIDA BINTI ISMAIL KPM-Guru, 2023-10-29 06:24:57

PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH

PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH

Majlis Pelancaran DUTASAHSIAH PEMANGKIN KARAKT ER KARAMAH INSANIAH


LATAR BELAKANG Kerjasama antara KPM dan PDRM dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak PDRM dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah. OBJEKTIF Memantapkan kerjasama antara pihak PDRM dengan KPM dan pihak sekolah dengan PPS. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang, tidak bermoral. Menggagaskan optik lebih jelas mengenai hala tuju sahsiah di peringkat sekolah dengan melantik murid sebagai Duta Sahsiah dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.


06.50 PAGI PENGAWAS PRS, GURU BERTUGAS DAN GURU B&K MENANTI KETIBAAN MURID DI PAGAR SEKOLAH 07.30 PAGI KETIBAAN GURU DAN BARISAN PENTADBIR 07.45 PAGI KETIBAAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH & YDP PIBG SK SENTUL 2 08.00 PAGI MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH ~ NYANYIAN LAGU NEGARAKU ~ NYANYIAN LAGU WILAYAH ~ NYANYIAN LAGU SEKOLAH ~ IKRAR RUKUN NEGARA ~ BACAAN DOA ~ UCAPAN SARJAN MOHD YASIRUDDIN BIN HAJI SARDI PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) ~ UCAPAN PUAN NORHAYATI BINTI MUSTAFA GURU BESAR SK SENTUL 2 ~ PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023 GIMIK PELANCARAN PENYARUNGAN SELEMPANG DUTA SAHSIAH BACAAN NOTA/MESEJ BERKAITAN GANGGUAN SEKSUAL & BULI PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA PPS 09.00 PAGI BERSURAI TENTATIF PROGRAM MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH


NOTA / MESEJ Dalam masyarakat kita, gangguan seksual adalah satu realiti yang tidak boleh diabaikan. Setiap individu berhak merasa selamat dan dihormati, tanpa menghadapi ancaman atau perlakuan seksual yang tidak diingini. Gangguan seksual merosakkan kepercayaan diri, menjejaskan kesihatan mental dan boleh membawa kepada trauma seumur hidup. 1. 2. Kita perlu bersama-sama membentuk masyarakat yang mengutamakan keadilan dan keselamatan. Oleh itu, mari kita tingkatkan kesedaran tentang isu gangguan seksual dan berikan sokongan kepada mangsa untuk melaporkan kes tersebut. Hal ini, menjadi tanggungjawab kita bersama-sama untuk menjauhkan diri daripada budaya yang membenarkan gangguan seksual. 3. Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali menjadi mangsa gangguan seksual, jangan berdiam diri. Minta bantuan dari pihak berkuasa terutama PDRM, organisasi sokongan atau keluarga. Kita semua boleh berperanan untuk menghentikan gangguan seksual dan membina masyarakat yang selamat dan berkeadilan. Sehubungan dengan itu, mari bersama-sama melindungi hak asasi setiap individu Adakah anda tahu bahawa buli adalah masalah serius dalam masyarakat kita? Buli tidak hanya merosakkan individu yang terlibat, tetapi juga memberi impak negatif kepada masyarakat secara keseluruhan. Setiap tindakan buli meninggalkan kesan mendalam pada mangsa, meningkatkan risiko masalah kesihatan mental dan boleh mengakibatkan peningkatan kadar ketidakhadiran ke sekolah. 1. 2. Kita semua memiliki tanggungjawab untuk menghentikan buli. Mari kita bersama-sama membentuk masyarakat yang menggalakkan kebaikan, menghormati perbezaan dan memberi sokongan sesama insan. 3. Jika anda menyaksikan atau mengetahui tentang sebarang kejadian buli di sekolah atau asrama, jangan berdiam diri. Laporkan kepada guru untuk tindakan awal atau membantu mangsa dengan memberikan sokongan moral. 4. Oleh itu, mari kita bersatu hati bertindak sebagai masyarakat yang prihatin supaya kita bebas daripada buli. Sekecil-kecil tindakan kita boleh menghalang buli daripada terus berleluasa. Hentikan buli sekarang!


Click to View FlipBook Version