9.24 Elaun Gantian Kenderaan
Kelayakan
Pekeliling Perbendaharaan WP 4.1: Pengurusan Kenderaan Kerajaan telah menetapkan
Pegawai Yang Layak Dibekalkan Kereta Rasmi Jawatan bagi kategori Pegawai Institusi
Pengajian Tinggi Awam Dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah diperuntukan kepada
pegawai-pegawai seperti berikut:
i. Pegawai Institusi Pengajian Tinggi Awam Gred Utama/Khas B dan ke atas layak dibekalkan
dengan Kereta Rasmi Jawatan;
ii. Bagi pegawai Insititusi Pengajian Tinggi Awam Gred Utama/Khas C, kemudahan kereta
rasmi jawatan hanya diberikan sekiranya pegawai memegang jawatan Timbalan Naib
Canselor, Dekan, Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan;
iii. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred Utama/Khas C yang ditempatkan
di sekolah, kemudahan Kereta Rasmi Jawatan hanya dibekalkan sekiranya pegawai
memegang jawatan Pengetua Cemerlang;
iv. Dalam Pekeliling Perbendaharaan WP 4.1: Pengurusan Kenderaan Kerajaan juga turut
menyatakan Pegawai yang dilantik secara kontrak atau pinjaman Gred Utama/ Khas C dan
ke atas atau setaraf tertakluk kepada terma lantikan kontrak atau pinjaman adalah layak
Layak Dibekalkan Kereta Rasmi Jawatan.
v. Satu analisa berhubung perbandingan kos antara pembayaran Elaun Gantian Kenderaan
dan penyelenggaraan kenderaan Universiti telah dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga
Pengarah Universiti (LPU) Kali Ke -19 Bilangan 3 Tahun 2014 bertarikh 5 Disember 2014;
vi. Hasil daripada dapatan tersebut pembayaran Elaun Gantian Kenderaan lebih menjimatkan
berbanding kos penyelenggaraan kenderaan rasmi. Sehubungan itu, Mesyuarat LPU Kali
Ke -19 Bilangan 3 Tahun 2014 telah bersetuju agar Elaun Gantian Kenderaan diberikan
kepada Pegawai Universiti yang layak bagi menggantikan kemudahan Kereta Rasmi
Jawatan.
Kadar Bayaran
Bil. Jawatan Kadar (RM)
RM4,000.00
1 Naib Canselor RM3,000.00
RM3,000.00
2 Timbalan Naib Canselor RM2,000.00
RM2,000.00
3 Penolong Naib Canselor RM1,500.00
RM2,000.00
4 Pendaftar
RM2,000.00
5 Bendahari
RM1,000.00
6 Ketua Pustakawan
7 Penasihat Undang-Undang
8 Dekan/ Pengarah Pusat Akademi sahaja (staf Akademik
berjawatan Profesor atau Gred VK7/ VK6/VK5)
9 Dekan (staf Akademik Gred 53/54/55/56)
50
Pembayaran
i. Kemudahan ini akan ditarik balik apabila pegawai tidak lagi memegang jawatan/gred di
atas.
ii. Elaun Gantian Kenderaan ini akan dibayar melalui gaji bulanan pegawai mulai dari
tempoh kelayakan pegawai sehingga tamat tempoh tersebut.
iii. Elaun ini adalah termasuk dalam kategori pendapatan/elaun yang bercukai.
Rujukan:
i. Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Kali Ke -19 Bilangan 3 Tahun 2014 bertarikh 5
Disember 2014
ii. Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bilangan 3 Tahun 2018 bertarikh 8 Oktober 2018
iii. Kelulusan Melalui Edaran (KME) Bilangan 3 Tahun 2022 (LPU ke -48)
51
9.25 Elaun Galakan
Tafsiran
“Elaun Galakan” bererti Insentif tambahan yang diberikan oleh UPNM kepada Pensyarah
Perubatan Gred DU yang tidak diperuntukan untuk menerima Bayaran Insentif Pakar (BIP);
“Pewartaan” bererti satu proses seseorang Pegawai Perubatan yang mempunyai kelayakan
pasca ijazah dikehendaki untuk menjalani tempoh pra-warta di bawah pengawasan atau
penyeliaan seseorang pegawai perubatan kanan untuk satu tempoh tertentu;
Pelaksanaan
Pemberian Elaun Galakan adalah:
i. Nilai tambah kepada perkhidmatan Pensyarah Perubatan Gred DU di UPNM yang tidak
layak menerima Elaun Pakar di bawah pekeliling yang berkuatkuasa; dan
ii. Sebagai insentif tambahan untuk menarik minat kepakaran luar untuk berkhidmat di UPNM
(talent attraction).
Kadar
Gred Jawatan Pensyarah Kadar (RM)
Perubatan (DU)
VK5 1,240.00
VK6 1,240.00
VK7 1,240.00
DU55/56
DU53/54 -
DU51/52 1,120.00
1,000.00
Pemberhentian
Elaun Galakan diberhentikan semasa melanjutkan pengajian (Cuti Belajar Bergaji Penuh / Cuti
Belajar Separuh Gaji) di dalam atau di luar negara
Rujukan:
i. Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Naib Canselor Bilangan 2/2011 bertarikh 31 Mac 2011
ii. Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bilangan 1/2016 bertarikh bertarikh 26 Februari 2016
iii. Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bilangan 3/2019 bertarikh 5 Ogos 2019
52
LAMPIRAN A
SENARAI ELAUN YANG DIBAYAR DI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
BIL. ELAUN
1 Imbuhan Tetap Perumahan
2 Imbuhan Tetap Khidmat Awam
3 Imbuhan Tetap Keraian
4 Imbuhan Tetap Jawatan Utama dan Gred Khas
5 Bayaran Imbuhan Sara Hidup
6 Bayaran Imbuhan Perumahan Wilayah
7 Bayaran Imbuhan Pembantu Rumah
8 Bayaran Imbuhan Menyelenggara Rumah (setahun)
9 Bayaran Insentif Wilayah
10 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
11 Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor
12 Bayaran Insentif Tugas Kewangan
13 Bayaran Insentif Pakar
14 Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan
15 Bayaran Insentif Ikhtisas Kumpulan Pengurusan Tertinggi
16 Bayaran Insentif Bertugas di Bilik Mayat
17 Bayaran Insentif Trengkas Dwi Bahasa
18 Elaun Pembantu Khas
19 Elaun Pemangkuan
20 Elaun Penangunggan Kerja
21 Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu
22 Elaun Tugas Khas Pentadbiran di Universiti
23 Elaun Telefon
24 Elaun Gantian Kenderaan
25 Elaun Galakan
53
LAMPIRAN B
SENARAI ELAUN YANG TERTAKLUK KEPADA PEMAKAIAN SYARAT UMUM KELAYAKAN
PEMBAYARAN ELAUN
BIL. ELAUN
1 Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan dan Pergigian
2 Bayaran Insentif Bertugas Di Bilik Mayat
3 Bayaran Insentif Ikhtisas Kumpulan Pengurusan Tertinggi
4 Bayaran Insentif Tugas Kewangan
5 Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor
6 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
7 Bayaran Insentif Trengkas Dwi Bahasa
8 Elaun Pembantu Khas
9 Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu
10 Elaun Tugas Khas Pentadbiran di Universiti
Senarai elaun yang disenaraikan hanya elaun yang di bayar di UPNM sahaja. Senarai keseluruhan
elaun adalah seperti di Lampiran D dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019-
Pengukuhan Pelaksanaan Pemberian Elaun Dalam Perkhidmatan Awam (berkuat kuasa 1 Januari
2020)
54
10.0 PENUTUP
Buku Panduan Pemberian Elaun Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ini
adalah yang pertama dihasilkan sebagai salah satu usaha Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia untuk memaklumkan dan menyampaikan kelayakan elaun bagi semua staf yang
berkhidmat di UPNM selaras dengan pelaksanaan oleh Kerajaan.
Dasar, peraturan serta kadar bagi pemberian elaun yang dinyatakan di dalam buku panduan ini
akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA), Surat Pekeliling Perkhidmatan JPA, Surat Edaran JPA, Pekeliling
Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Akta 239 serta Pekeliling Pejabat Pendaftar yang
sedang berkuatkuasa.
Buku panduan ini juga dihasilkan hanya sebagai rujukan staf yang berkhidmat di UPNM
sahaja dan sekiranya staf meletak jawatan, maka buku ini tidak boleh dipanjangkan ke
pihak badan melantik yang baharu.
55
SIDANG EDITOR
Penasihat
Puan Fazielah binti Mohamad
Ketua Editor
Puan Norhanum binti Abdul Halim
Penolong Editor
Cik Akmar Nurul Ffariha binti Azmi
Puan Nur Ain binti Md San
Puan Khuzaimah binti Nat Jemi
56
UNIT PERKHIDMATAN DAN SARAAN
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
57