PENDAHULUAN Tema membincangkan tentang evolusi kad pengenalan
EVOLUSI KAD PENGENALAN Kad pengenalan pada mulanya diperkenalkan oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui Emergency [Registration Areas] Regulation 1948 bagi membendung ancaman pengganas komunis pada tahun 1948. Kad pengenalan ini digunakan untuk tujuan pengecaman dan pengagihan beras pada zaman darurat. Oleh yang demikian, kad pengenalan yang pertama ini juga dikenali sebagai "kad beras" kerana catuan makanan pada zaman darurat memerlukan bukti pengenalan diri untuk mendapatkan beras. Walau bagaimanapun, kad pengenalan telah melalui pelbagai perubahan selari dengan peredaran zaman. Jika dahulu kad pengenalan hanya sekeping kertas biasa tetapi kini kad pengenalan mempunyai pelbagai fungsi dan ciri-ciri keselamatan.
Kad pengenalan Tanah Melayu yang pertama berbentuk kertas diperkenalkan oleh kerajaan British untuk melindungi negara daripada 1948 ancaman komunis. Penggunaan kad ini dilaksanakan di seluruh Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1960. Kad pengenalan ini tidak bersalut serta mengandungi gambar hitam putih, cap ibu jari kanan sahaja, maklumat asal penduduk, dan tiada taraf kewarganegaraan Kad pengenalan plastik mula diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu pada 1 Ogos 1960 sebelum diperluas ke Sarawak pada 30 Mac 1966 dan ke Sabah pada 1 Jun 1972. Kad ini bersalut dan diproses secara 11960 teragih, empat warna bagi menentukan taraf warganegara, mengandungi maklumat 4 terperinci, gambar hitam putih, dan cap ibu jari kiri serta kanan. Kad pengenalan Tanah Melayu yang pertama berbentuk kertas diperkenalkan oleh kerajaan British untuk melindungi negara daripada 1948 ancaman komunis. Penggunaan kad ini dilaksanakan di seluruh Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1960. Kad pengenalan ini tidak bersalut serta mengandungi gambar hitam putih, cap ibu jari kanan sahaja, maklumat asal penduduk, dan tiada taraf kewarganegaraan.
Kad pengenalan pertama yang bermutu tinggi digunakan ole rakyat Malaysia. Penggunaannya menandakan era pengkomputeran data menggunakan sistem separuh automatik di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bermula. Sistem 12 angka nombor unik turut diperkenalkan, iaitu setiap individu di Malaysia mempunyai sistem nombor unik yang berbeza. Kad pengenalan ini mempunyai ciri keselamatan yang tinggi, gambar hitam putih, cap ibu jari kiri dan kanan, mempunyai maklumat terperinci, serta bersalut. Kad pengenalan yang bermutu tinggi mengalami penambahbaikan, iaitu penggunaan gambar berwarna.
Kad pengenalan pelbagai guna kerajaan atau lebih dikenali sebagai MyKad diperkenalkan untuk memenuhi keperluan kad pengenalan sebagai kad pintar. MvKad baharu diperkenalkan dengan reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih. Antara ciri terpenting ialah kad in diperbuat daripada bahan polikarbonat dan menggunakan cip baharu yang lebih berdaya tahan. Kad ini juga mempunyai 2012 imej berbayang yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan.
KESIMPULAN Kita perlulah menjaga kad pengenalan diri dengan sebaik- baiknya kerana ia merupakan lambang jati diri
KENALI SSPN-I PENDAHULUAN Tema membincangkan tentang SSPN-i ,kebaikan SSPN-i dan cara-cara untuk membuka akaun SSPN-i
SSPN-I Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) merupakan satu skim simpanan wang yang telah direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pembiayaan pengajian pendidikan tinggi. Melalui skim ini, pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan. Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di politeknik, pusat pengajian tinggi awam dan swasta wajib mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum seperti yang ditetapkan oleh PTPTN
KEBAIKAN SSPN-I Pelajar yang memiliki akaun ini akan layak memohon pinjaman pendidikan. Selain itu, sebagai pendeposit, ibu bapa memperoleh pelbagai keistimewaan. Antaranya, terdapat pelepasan taksiran cukai pendapatan dan perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang memiliki simpanan RM1000.00 dan ke atas. Di samping itu, simpanan wang dalam skim ini dijamin oleh kerajaan dan mempunyai kadar dividen yang kompetitif. Proses tabungan wang juga mudah kerana terdapat lebih 3000 cawangan ejen skim ini di seluruh Malaysia. CARA MEMBUKA AKAUN SSPN-I Cara membuka akaun ini sungguh mudah. Anda boleh membuka akaun SSPN-i secara dalam talian, atau berurusan di kaunterPTPTN dan bank-bank terpilih.
BILAKAH DAN SIAPAKAH YANG BOLEH MEMBUKA AKAUN INI? Akaun ini boleh dibuka oleh ibu bapa atau penjaga yang merupakan warganegara Malaysia untuk anak atau anak jagaan mereka seawal usia satu hari hingga berumur 29 tahun. Bagi kategori yang kedua pula, warganegara yang berumur 18 tahun hingga 29 tahun diberikan pilihan sama ada membuka akaun individu atau meniadi penerima manfaat daripada akaun yang dibuka oleh ibu bapa atau penjaga mereka. Bagi warganegara yang berumur 29 tahun ke atas, mereka perlu membuka akaun individu. BOLEHKAH WANG SIMPANAN DIKELUARKAN ATAU AKAUN DITUTUP? Pendeposit boleh membuat pengeluaran atau penutupan akaun pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN
KESIMPULAN Kita digalakkan untuk menanamkan sifat menabung dalam diri supaya masa hadapan dapat dijamin
BELIA HARAPAN NEGARA PENDAHULUAN Tema membincangkan tentang perkara-perkara asas yang perlu diberikan perhatian dalam pembangunan belia dan potensi-potensi diri belia untuk diteladani
PERKARA-PERKARA ASAS YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN DALAM PEMBANGUNAN BELIA. Pembangunan kendiri Hubungan sosial Identiti Potensi diri Kesihatan Pendidikan Kesejahteraan ekonomi Keselamatan Sosialisasi penduduk Penggunaan media Waktu senggang Bebas tingkah laku devian
KESIMPULAN Kita haruslah meneladani potensi-potensi diri belia yang diterterakan supaya dapat membangunkan pemimpinpemimpin negara yang berwawasan seterusnya dapat menukarkan status negara daripada negara membangun kepada negara maju