1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43657 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama : NABIHAH HUDA BINTI AHMAD RAZALI No. K/P : 031124-08-0180 Angka Giliran : 2022202310078 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : T1S2.09 Nama Pensyarah : DR. MAISARAH BINTI YAACOB Tarikh Hantar : 28 FEBRUARI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar_______nabihah_____Tarikh : 28/2/2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:________nabihah______Tarikh : 28/2/2023
2 Kandungan Bil Perkara Muka surat Penghargaan 3 1.0 Konsep Sastera 4 2.0 Fungsi Sastera 5 3.0 Akal Budi Gurindam Didiklah Anakmu 6 4.0 Rumusan 10 Rujukan 11
3 Penghargaan Bismillahirrahmanirahim, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan iaitu, Pentaksiran Berterusan bagi subjek Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BMMB1104) ini dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Tanpa bantuan dan berkat-Nya, saya mungkin tidak dapat menyelesaikan tugasan ini. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Dr. Maisarah binti Yaacob selaku pensyarah bagi kursus ini di atas kesudian beliau memberi tunjuk ajar dan penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam, Bangi atas kemudahan yang telah disediakan kepada saya seperti kemudahan pusat sumber bagi mendapatkan buku rujukan yang berkaitan dengan tugasan dan kemudahan Wifi bagi memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan tugasan ini. Tanpa sokongan dan dorongan mereka mungkin saya tidak dapat menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Seterusnya, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan pentaksiran berterusan ini. Akhir sekali, pelbagai ilmu dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Harapan saya agar segala ilmu yang saya peroleh sepanjang menyiapkan tugasan ini dapat saya praktikkan dalam kehidupan seharian saya lebihlebih lagi setelah saya bergelar pendidik.
4 1.0 Konsep Sastera Dalam tradisi sastera Melayu, maksud kesusasteraan itu sendiri merepresentasikan sifat indah yang ada pada karyanya. Awalan “su” yang terhimpun dalam perkataan kesusasteraan bermaksud baik dan indah. Kata sastera pula bermaksud huruf, buku, karya atau teks. Justeru itu, kesusasteraan boleh disimpulkan sebagai segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran.
5 2.0 Fungsi Sastera Fungsi sastera Melayu mewujudkan manusia berpemikiran arif dan sentiasa memimpin manusia lain untuk mencapai kemajuan dalam hidup. Justeru itu, pemikiran dalam sastera Melayu ini jelas telah membina sosialisasi antara masyarakat dengan baik. Fungsi sastera Melayu ialah sebagai alat pendidikan buat masyarakat. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila Malaysia mula memperkenalkan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sejak tahun 1957. Dengan berbuat demikian, Malaysia mampu melahirkan masyarakat yang berseni, kreatif dan cekap mengkaji dan menguasai kemahiran berbahasa Melayu. Selain itu, pengajaran perpaduan nasional dalam kesusasteraan Melayu menjadi fokus utama dalam pendidikan. Hal ini bagi melahirkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat dalam usaha mewujudkan sebuah negara bangsa yang seragam sebahu. Seterusnya, secara umumnya sastera Melayu dapat dijadikan alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian. Anggota masyarakat diberitahu tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan melalui cerita rakyat umpamanya. Natijahnya, masyarakat akan sentiasa ingat cerita cerita rakyat yang didengarinya dan nilai moral yang terdapat dalam cerita rakyat tersebut. Kemudian, sastera juga menjadi tonggak berlakunya dakwah. Melalui sastera, kita dapat mengangkat darjat sastera sekaligus mempertahankan khazanah kesusasteraan Melayu-Islam. Di samping itu, fungsi sastera Melayu ialah sebagai medium protes dan kritik sosial. Karya sastera biasanya lebih berfokus pada masyarakat, kehidupan dan manusia. Oleh itu, tindakan dan susila adab akan dipengaruhi bagi tujuan menegur, menilai mahupun menyampaikan mesej. Setiap masyarakat memainkan peranan masing-masing dalam masyarakat. Akhir sekali, karya sastera mestilah membawa keseronokan yang indah dengam memerlukan hiburan. Hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata diungkapkan, irama atau rentak yang artistik. Hiburan menjadikan karya sastera mudah diterima masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai.
6 3.0 Akal Budi Gurindam Didiklah Anakmu Didiklah anakmu menghindari lepak, masa depannya tidak akan tercampak. Didiklah anakmu mengelakkan rempit, semoga dirinya tak berakal sempit. Didiklah anakmu menjauhi vandalisme, dalam jiwanya mekar patriotisme. Didiklah anakmu membenci pornografi, anasir perosak mampu diketepi. Didiklah anakmu memusuhi dadah, terpelihara maruah daripada diludah. Didiklah anakmu tak suka berpelesiran, di usia muda mementingkan pelajaran. Didiklah anakmu tak salah guna IT, di bidang ilmu kegunaannya bererti. Didiklah anakmu tak bergaul bebas, tindakannya terkawal tidak terbabas. Didiklah anakmu dengan kasih saying, masa depannya cerah terbayang.
7 Melalui gurindam ini, pengarang memberi pesan kepada ibu bapa agar menasihati anak-anak untuk tidak membudayakan diri dengan melepak. Hal ini kerana masa depan anak-anak akan lebih terjamin jika budaya melepak tidak ada dalam diri anakanak. Budaya melepak ini hanya akan menbuang masa anak-anak dan membuatkan mereka mengabaikan pelajaran. Contohnya, anak-anak akan ponteng sekolah untuk melepak di luar sekolah. Kesannya pelajaran anak-anak akan terabai dan merosot. Oleh itu, ibu bapa berperanan dalam mendidik anak-anak menjauhi tabiat melepak ini supaya masa depan anak-anak lebih terjamin. Seterusnya, rangkap kedua pengarang memberi pesan kepada ibu bapa agar mengasuh anak-anak untuk menghidarkan diri dari merempit. Hal ini kerana perbuatan merempit ini sangat bahaya dan salah di sisi undang-undang. Ibu bapa mestilah menasihati anak-anak tentang keburukan merempit agar anak-anak sedar dan faham bahawa merempit merupakan satu kesalahan yang besar. Dengan berbuat demikian fikiran anak-anak akan lebih terbuka dan takut untuk melakukan perbuatan tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membacakan isu-isu tentang kemalangan yang melibatkan perbuatan rempit ini di hadapan anak-anak. Dari sini, ibu bapa boleh meminta pandangan dari anak-anak tentang isu itu. Justeru itu, minda anak akan lebih terbuka dan faham perbuatan merempit amat berbahaya. Kemudian, rangkap ketiga pengarang berpesan agar anak-anak menjauhi perbuatan vandalisme. Perbuatan merosakkkan harta benda awam dan juga harta benda orang lain adalah salah. Ibu bapa mestilah mendidik anak-anak untuk menjauhi perbuatan ini dengan menanam sikap patriotisme dan cintakan alam dalam diri anakanak. Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik di hadapan anak-anak. Sebagai contoh, semasa menggunakan pengangkutan awam, ibu bapa mestilah menggunakan dengan cara yang betul dan selamat agar barang tersebut tidak rosak. Hal ini kerana setiap tingkah laku ibu bapa akan dilihat oleh anak-anak dan mereka akan mengikutinya. Oleh itu, ibu bapa mestilah bijak dalam mendidik anak-anak untuk tidak melakukan perbuatan vandalisme di mana-mana tempat.
8 Seterusnya, rangkap keempat pengarang berpesan supaya ibu bapa mendidik anak-anak membenci pornografi. Ini bagi mengelakkan anasir-anasir perosak mempengaruhi anak-anak. Hal ini boleh tercetus apabila anak-anak mula mendekati pornografi. Nafsu akan menguasai diri mereka dan mereka akan buat apa sahaja untuk memenuhi nafsu mereka. Natijahnya, anak-anak akan melawan kata ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mestilah mempersiapkan diri dengan ilmu agama yang teguh bagi mendidik anak-anak menjauhi pornografi. Sebagai contoh, mengajar anak untuk solat seawal usia 7 tahun. Dengan berbuat demikian solat itu akan menjadi pendinding untuk anak-anak ketika melakukan kesalahan. Justeru itu, ibu bapa mestilah membekalkan ilmu agama yang cukup dalam diri anak-anak agar mereka menjauhi perbuatan pornografi ini. Di samping itu, rangkap kelima pengarang menasihati untuk mendidik anakanak memusuhi dadah. Hal ini bagi mengelak maruah diri tercalar dan dihina masyarakat. Apabila anak-anak mula mendekati dadah, masyarakat akan mula memandang serong mereka. Maruah anak dan ibu bapa akan tercalar. Oleh itu, ibu bapa berperanan memberikan kasih sayang dan perhatian secukup terutama mereka yang masih kecil dan muda remaja. Hal ini bagi mengelakkan anak-anak stress dan berasa kurang kasih sayang dari ibu bapa. Kurang kasih sayang dari ibu bapa merupakan satu daripada faktor anak mula terjebak dengan dadah. Justeru itu, ibu bapa mestilah bijak dalam mendidik anak-anak menjauhi dadah agar maruah diri tidak tercalar dan dihina masyarakat. Selain itu, rangkap keenam pengarang ada berpesan agar ibu bapa menasihati anak-anak untuk tidak berfoya-foya dan mengutamakan pelajaran. Hal ini demikian kerana pelajaran sangat penting tambahan lagi anak-anak masih di usia muda. Tanggungjawab anak-anak ialah hanya belajar dan membanggakan ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mestilah mendidik anak-anak untuk tidak membuang masa dengan perkara yang sia-sia dan mengisi masa lapang dengan membuat perkara yang berfaedah. Lain daripada itu, rangkap ketujuh pengarang menasihati ibu bapa untuk mendidik anak-anak bijak menggunakan teknologi dan IT. Hal ini kerana banyak kelebihan yang dapat ditelusuri untuk bidang ilmu melaluinya. Anak-anak boleh menggunakan teknologi untuk mencari maklumat berkaitan subjek yang dipelajari. Anak-anak juga dapat menghubungi guru jika ada perkara yang tidak faham melalui atas talian sahaja. Jelaslah bahawa ibu bapa perlu mendidik anak-anak menggunakan teknologi kini dengan sebaik-baiknya.
9 Dalam pada itu, rangkap kelapan pengarang juga berpesan untuk mendidik anak agar tidak terjebak dengan pergaulan bebas. Hal ini bagi mengelakkan nafsu mengawal diri. Apabila nafsu mula mengawal diri anak-anak, terjadi kejadian yang tak diingini seperti sumbang mahram dan zina. Justeru itu, ibu bapa mestilah mengawal pergaulan anak-anak tentang dengan siapa mereka berkawan dan sentiasa memperhatikan gerak geri anak-anak tanpa membuatkan anak-anak rasa terkongkong. Perkara ini perlu dititikberatkan lebih-lebih lagi pada masa kini. Banyak kejadiankejadian yang tak diigini berlaku di luar sana yang masih remaja. Oleh itu, ibu bapa mestilah mengambil langkah yang bijak dalam mendidik anak-anak agar anak-anak terhindar dari pergaulan bebas ini. Akhir sekali, rangkap kesembilan pengarang berpesan agar mendidik anak dengan kasih sayang agar masa depan lebih cerah. Hal ini kerana anak-anak akan merasa diri mereka penting bagi ibu bapa mereka. Justeru itu, anak-anak akan cuba untuk membalas jasa ibu bapa dengan membuatkan ibu bapa bangga dengan diri mereka. Satu daripada langkah-langkah yang anak-anak buat ialah dengan fokus dalam pelajaran. Apabila anak-anak fokus dalam pelajaran masa depan anak-anak akan lebih terjamin dan cerah. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa yang memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak akan melahirkan anak yang mempunyai masa depan yang cerah dan lebih terjamin.
10 4.0 Rumusan Kesimpulannya, melalui gurindam ini, pengarang banyak berdakwah dan menasihati ibu bapa agar bijak dalam mendidik anak-anak. Hal ini demikian kerana anak ialah satu amanah, ujian dan anugerah yang sangat berharga kurniaan dari Allah kepada hambanya. Kelahirannya adalah suatu amanah yang akan dipertanggungjawabkan bagi semua yang bergelar ibu dan bapa. Anak-anak dipinjamkan kepada kita yang mana harus dipelihara, dijaga dan dididik dengan sebaik-baiknya termasuk memastikan keselamatannya di dunia dan di akhirat. (1230 patah perkataan)
11 Rujukan A. Hamid, R., & Low Abdullah, N. F. (2017). Akal Budi dalam Sastera Rakyat Naratif dan Bukan Naratif. Universiti Sains Malaysia. https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=emRoDwAAQBAJ&oi=fnd&p g=PT5&dq=akal+budi+gurindam&ots=Rw3iira2u_&sig=hsQ_QE4ztElovaKgQA 4E-6_CSSk&redir_esc=y#v=onepage&q=akal%20budi%20gurindam&f=false Akmal. (2015). Kebudayaan Melayu Riau ( Pantun, Syair, Gurindam). Jurnal Risalah. https://ejournal.uin-suska.ac.id/index.php/risalah/article/view/1283/1149 Ali, A. H. (2013). Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1109/794 Mohd Subari, N. (2022). Gurindam Bunga Bangsa. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mohd Tahir, U. M. (2006). Pemahaman dan Penerapan Sosiologi Sastera dalam Sastera Melayu Moden. Jurnal Akademik 69. http://journalarticle.ukm.my/4293/2/akademika65%5B02%5D.pdf Othman, S., Md Sabil, A., & Lateh, G. (2015). Pemikiran Akal Budi dan Sosiobudaya Melayu dalam Pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and Training, 1-10. http://www.injet.upm.edu.my/images/journal/issue2/Pemikiran%20Akal%20Budi %20dan%20Sosiobudaya%20Melayu%20dalam%20Pendidikan%20Kesusaster aan%20Melayu.pdf Peng, C. F. (2009). Sastera Melayu dan Prasangka Etnik: Isu-Isu dan Persoalan. Jurnal Masalah Pendidikan. https://www.researchgate.net/profile/FongChew/publication/251620566_SASTERA_MELAYU_DAN_PRASANGKA_ETNI K_ISU-ISU_DAN_PERSOALAN/links/0f3175305ba88c4c53000000/SASTERAMELAYU-DAN-PRASANGKA-ETNIK-ISU-ISU-DAN-PERSOALAN.pdf
12 Rahmat, H. (2017). Sastera dan Manusia Melayu Baru. Majlis Pusat Pertubuhanpertubuhan Budaya Melayu Singapura. https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18672/1/BC-DB-1991-175.pdf Sung, C. M., & Hussein, M. Z. (2020, April 1). Fungsi Pantun Melayu Tradisional Dilihat Dari Perskpektif Budaya dan Alam Pemikiran Masyarakat Melayu. Jurnal Puitika, 16. http://jurnalpuitika.fib.unand.ac.id/index.php/jurnalpuitika/article/view/106/91 Zakaria, N. (2014). Konsep Kepengarangan Melayu Tradisional dan Peranan Penceritaan. Jurnal Pengajian Melayu, 25. file:///C:/Users/User/Downloads/12062%20(2).pdf