PGA101: LEARNER AND LEARNING NEEDS TAJUK PEMBENTANGAN: MOTIVASI DAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR ALI
KONSEP MOTIVASI
DEFINISI MOTIVASI Istilah motivasi berasal daripada perkataan Latin iaitu 'movere' yang bermaksud 'menggerakkan' Motivasi merupakan satu cara yang dapat membantu seseorang individu untuk melaksanakan tugasan dengan cekap serta mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan. Motivasi telah menjadi simbolik yang hebat dalam kehidupan seharian bagi memastikan segala perkara yang dirancang berjalan dengan lancar. Ketiadaan motivasi akan menyebabkan diri seseorang individu mudah putus asa dan berasa kecewa terhadap diri sendiri. Motivasi juga melibatkan dari segi dalaman, iaitu fikiran positif dan luaran individu seperti persekitaran.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002): mendefinisikan motivasi sebagai keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Menurut Moriss & Maisto (1999) : motivasi adalah satu bentuk arahan yang datang daripada dalam diri individu secara paksa untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu yang akhirnya membangkitkan organisma untuk menuju kepada matlamat.
JENIS-JENIS MOTIVASI MOTIVASI INTRINSIK MOTIVASI EKSTRINSIK
Motivasi Intrinsik Diwujudkan secara semula jadi iaitu dari segi dalaman seseorang individu Ia terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap atau meminta ganjaran. Jenis motivasi ini juga dikaitkan dengan faktor dalam diri seperti keperluan, minat, rasa ingin tahu, kepuasan kendiri dan lain-lain. Seseorang itu akan mengalami motivasi intrinsik yang tinggi sekiranya dapat melakukan sesuatu yang digemari.
Jacob Filgona, John Sakiyo, D. M. Gwan and A. U. Okoronka (2020), motivasi intrinsik didorong oleh minat atau keseronokan yang dirasai seseorang dalam melakukan sesuatu tugasan. Ia berada dalam diri individu dan tidak bergantung kepada tekanan luaran. Oleh itu, motivasi instrinsik menjadi motivasi yang positif dalaman seseorang. Hal ini dikatakan demikian kerana tanpa motivasi dalaman,segala perancangan yang dirancang oleh seseorang individu tidak akan dapat berjalan dengan baik. Motivasi instrinsik sukar wujud dalam diri seseorang individu sekiranya mereka tidak menunjukkan sebarang minat atau kegembiraan terhadap sesuatu perkara. Alhaadi Ismail & Norimah Zakaria (2019), motivasi intrinsik merupakan suatu motif yang timbul daripada dalam diri untuk berbuat sesuatu perkara. Tingkah laku individu yang intrinsik dikawal dari dalam dirinya sendiri. Diri secara langsung tidak membenarkan orang lain atau peristiwa luar mempengaruhinya. Orang yang bermotivasi intrinsik menentukan matlamat dan berusaha mencapainya. Tiada paksaan dalam membuat sesuatu.Seandainya berlaku paksaan, maka persepsi akan menurun.
Motivasi Ekstrinsik Berpunca dari rangsangan luaran seseorang individu .Sebagai contoh , apabila kita buat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran. Motivasi ini dipengaruhi dari persekitaran seseorang individu bagi terus bersemangat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Jenis motivasi ini selalunya terpengaruh kepada penghargaan, denda atau hukuman, hadiah, ganjaran. Tujuan motivasi ektrinsik ini adalah untuk menggerakkan orang bagi melakukan sesuatu tingkah laku yang akan membawa faedah kepadanya
Motivasi Ekstrinsik Menurut Kendra Cherry, motivasi ekstrinsik merujuk kepada tingkah laku yang didorong oleh ganjaran luar seperti wang, kemasyhuran,gred, dan pujian. Motivasi jenis ini timbul dari luar individu,berbanding dengan motivasi intrinsik, yang berasal daripada dalaman individu. Motivasi ekstrinsik biasanya ditakrifkan sebagai kecenderungan kita untuk melibatkan diri dalam aktiviti untuk mendapatkan beberapa jenis ganjaran luar yang diketahui.
KEPENTINGAN MOTIVASI
Contohnya, murid yang bermotivasi dan bersemangat untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan mengikuti pengajaran dengan sepenuh perhatian terhadap pengajaran MENARIK MINAT MURID BAGI MENGIKUTI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEWUJUDKAN KEGHAIRAHAN UNTUK BELAJAR -Contohnya,pelajar yang bermotivasi akan meningkatkan usaha mereka untuk tidak hanya bergantung pada pengajaran yang disampaikan oleh guru tetapi berusaha untuk menambah pengetahuan MEWUJUDKAN DORONGAN UNTUK BERSAING -Mewujudkan persaingan sihat antara pelajar -Motivasi yang tinggi tidak akan mematahkan semangat pelajar
FAKTOR MEMPENGARUHI MOTIVASI
MINAT Motivasi seseorang pelajar dipengaruhi oleh minat. Motivasi belajar semakin tinggi apabila disertai dengan minat, baik yang bersifat dalaman atau luaran. Menurut D.P. Tampubolon, minat belajar merupakan perpaduan antara keinginan dan kemampuan yang dapat berkembang jika ada minat. Seseorang pelajar yang ingin memperdalam pengetahuan tentang bahasa Melayu tentu akan terarah minat belajarnya untuk membaca buku-buku yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Minat belajar dapat diperoleh melalui belajar, kerana dengan belajar, pelajar yang tidak menyenangi pelajaran tertentu, lama- kelamaan lantaran bertambahnya pengetahuan mengenai pelajaran tersebut. minat belajar pun tumbuh sehingga ia akan lebih giat lagi mempelajari pelajaran tersebut. Hal ini sesuai dengan pendapat Singgih D. Gunarsa dan Ny. Singgih D.G bahawa minat belajar akan timbul dari sesuatu yang diketahun dan kita dapat mengetahui sesuatu dengan belajar, kerana semakin banyak belajar semakin luas pula bidang minat belajar. Dengan meningkatnya minat belajar seseorang, motivasi akan meningkat walaupun walaupun pelajaran tersebut merupakan mata pelajaran yang susah.
Faktor seterusnya yang dapat mempengaruhi motivasi ialah sikap pelajar. Sikap pelajar yang positif terhadap sesuatu pelajaran atau perkara yang boleh menjadi pendorong. Sikap pelajar mempunyai perkaitan rapat dengan pencapaian seseorang dalam pembelajaran. Sikap ialah sesuatu yang abstrak dan hanya dapat dilihat atau dirasa melalui tindakan yang diambil. Dalam pembelajaran, sikap banyak mempengaruhi sejauh mana pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan cepat menurut Zamri Mahmod (2004). Faktor diri sendiri merupakan faktor yang paling mempengaruhi seseorang untuk mempelajari sesuatu. Jika pelajar itu memiliki sikap yang positif seperti kesedaran tentang pembelajaran yang dipelajarinya, maka dia akan termotivasi untuk menguasai pembelajaran tersebut dengan pelbagai cara. Sikap
Faktor ketiga yang dapat mempengaruhi motivasi ialah nilai iaitu nilai diri yang perlu disesuaikan dengan nilai masayarakat. Nilai adalah suatu keyakinan mengenai cara bertingkah laku yang diinginkan individu dan digunakan sebagai prinsip atau standard dalam hidupnya. Nilai penting untuk memahami sikap, motivasi dan perilaku dari seseorang individu dan budaya. Nilai juga dapat mempengaruhi pandangan pelajar tentang segala sesuatu yang ada di sekitar kita seperti gambaran mengenai yang benar dan yang salah. Terdapat dua jenis nilai yang dapat mempengaruhi motivasi iaitu nilai terminal dan nilai instrumental Nilai terminal ialah keadaan akhir yang diinginkan atau tujuan yang ingin dicapai oleh seseorang selama hidupnya manakala nilai instrumental ialah cara bertingkah laku yang lebih disukai dalam mencapai suatu nilai terminal. Nilai
faktor yang dapat mempengaruhi motivasi ialah insentif. Insentif ialah sesuatu perkara yang sangat dikehendaki seperti kejayaan, gred yang baik, penghormatan dan cita-cita. Motivasi yang diberikan oleh guru kepada pelajar supaya pelajar dapat terdorong untuk belajar di sekolah adalah dengan memberi gred kepada pelajar sebagai simbol atau nilai kegiatan di dalam pembelajaran. Hadiah yang diberikan sebagai penghargaan dapat membuat pelajar termotivasi dalam proses pembelajaran mengarahkan pelajar untuk lebih meningkatkan prestasi. Ego involmen (harga diri) yang dimilki pelajar hendaknya dapat digunakan guru untuk meningkatkan hasil belajar pelajar yang akan dicapai dengan memberi pengulangan sebagai evaluasi dalam mencapai hasil belajar yang dilakukan oleh guru dapat mendorong pelajar untuk termotivasi dan dapat menjawab soalan yang diberikan. Apabila mengetahui hasil belajar dari evaluasi yang diberikan adalah baik, maka ianya dapat meningkatkan semanagal pelajar untuk mendapat sesuatu yang lebih baik. Insentif
Aspirasi Faktor seterusnya ialah aspirasi pelajar untuk berjaya dan berusaha untuk mencapai kejayaan. Motivasi belajar wujud pada diri pelajar sejak kecil lagi seperti keinginan bermain. Keberhasilan untuk mencapai keinginan tersebut menumbuhkan keinginan untuk bergiat aktif dan seterusnya akan menimbulkan cita-cita diikuti oleh perkembangan akal, moral, kemahuan, bahasa dan nilainilai kehidupan. Kesannya, motivasi untuk mencapai sesuatu yang diaspirasikan pelajar akan meningkat.
Keperluan Faktor kedua yang mempengaruhi motivasi adalah keperluan. Setiap tindakan yang merupakan kewujudan dari motivasi adalah dimulakan dengan keperluan. Manusia tidak akan termotivasi untuk mencapai atau melakukan sesuatu tindakan sekiranya tidak menginginkan sesuatu dari tindakan tersebut. Antara contoh keperluan manusia yang dapat menungkatkan motivasi menurut Maslow ialah: a) Keperluan Fisiologi. Keperluan jasmani seperti keperluan terhadap makanan, minuman, tidur, berehat dan kesihatan. Latuk belajar dengan baik, seseorang pelajar haruslah sentiasa dalam keadaa sihat tidak kelaparan dan kehausan yang dapat menganggu kerja otak dalam pembelajaran. b) Keperluan keamanan. Manusia memerlukan ketenteraman dan keamanan jiwa. Perasaan kecewa. dendam. takut akan kegagalan. ketidakseimbangan mental dan gangguan emosi emosi yang lain dapat menganggu pembelajaran seseorang. Untuk meningkatkan motivasi pembelajaran, seseorang pelajar perlulah menjaga keseimbangan emosi sehingga perasaan aman dapat dicapai dan fokus dapat dipusatkan kepada pembelajaran
Keperluan Faktor kedua yang mempengaruhi motivasi adalah keperluan. Setiap tindakan yang merupakan kewujudan dari motivasi adalah dimulakan dengan keperluan. Manusia tidak akan termotivasi untuk mencapai atau melakukan sesuatu tindakan sekiranya tidak menginginkan sesuatu dari tindakan tersebut. Antara contoh keperluan manusia yang dapat menungkatkan motivasi menurut Maslow ialah: a) Keperluan Fisiologi. Keperluan jasmani seperti keperluan terhadap makanan, minuman, tidur, berehat dan kesihatan. Latuk belajar dengan baik, seseorang pelajar haruslah sentiasa dalam keadaa sihat tidak kelaparan dan kehausan yang dapat menganggu kerja otak dalam pembelajaran. b) Keperluan keamanan. Manusia memerlukan ketenteraman dan keamanan jiwa. Perasaan kecewa. dendam. takut akan kegagalan. ketidakseimbangan mental dan gangguan emosi emosi yang lain dapat menganggu pembelajaran seseorang. Untuk meningkatkan motivasi pembelajaran, seseorang pelajar perlulah menjaga keseimbangan emosi sehingga perasaan aman dapat dicapai dan fokus dapat dipusatkan kepada pembelajaran
PENDEKATAN MOTIVASI
PENDEKATAN BEHAVIOURISME Motivasi dari pendekatan behaviorisme amat berkait rapat dengan prinsip, di mana tingkah laku yang telah diberikan peneguhan akan berlaku berbanding dengan tingkah laku yang tidak diberikan peneguhan, sebaliknya dendaan. Untuk memotivasikan pelajar, kita mesti mengiktiraf dan memberikan peneguhan kepada kejayaan mereka serta membantu mereka mengimbangkan nilai dan manfaat peribadi terhadap pembelajaran mereka.. Motivasi dalam kes ini ialah ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik dapat dikategorikan kepada dua iaitu ganjaran dan insentif GANJARAN : objek atau peristiwa yang diberi akibat kelihatan atau manifestasi sesuatu tingkah laku yang diingini. INSENTIF : objek atau peristiwa yang menggalakkan tingkah laku positif atau menghindarkan tingkah laku yang tidak diingini
PENDEKATAN HUMANISTIK(maslow) Pendekatan ini menekankan kebebasan peribadi, pilihan, kegigihan kendiri dan menuju ke arah pertumbuhan kendiri. Semua manusia mempunyai keinginan dalaman mencapai segala yang diinginkan oleh mereka. Antara pengkaji teori Humanistik adalah Maslow (1997) yang membuat kajian mengenai peranan keperluan dalam menentukan motivasi. Pendekatan ini juga meninjau ciri-ciri peribadi seseorang seperti kompetensi kendiri, harga diri, kegigihan kendiri, pencapaian kendiri dan autonomi serta memberi penekanan terhadap individu yang mempunyai kawalan dalaman tentang prosesproses hidup sendiri. terdapat 5 keperluan yang di kemukakan oleh Maslow
1. KEPERLUAN FISIOLOGI Keperluan fisiologi merupakan keperluan asas. Hal ini termasuk perkara-perkara yang penting untuk kelangsungan hidup kita. Contoh keperluan fisiologi termasuk makanan, air, bernafas dan homeostasis. 2. KEPERLUAN KESELAMATAN keperluan keselamatan menjadi utama. Oleh itu, keperluan untuk keselamatan banyak menyumbang kepada tingkah laku pada tahap ini. Pencarian pekerjaan, mendapatkan insurans kesihatan, penjagaan kesihatan, menyumbang wang ke akaun simpanan dan perpindahan ke kawasan yang lebih selamat merupakan contoh tindakan yang dimotivasi oleh keperluan keselamatan. 3. KEPERLUAN SOSIA Setiap individu perlu merasakan bahawa mereka dihargai oleh orang lain dan merasakan bahawa mereka memberikan sumbangan kepada dunia. Penyertaan dalam aktiviti profesional, pencapaian akademik, penyertaan olahraga atau pasukan dan hobi
5. KEPERLUAN PENCAPAIAN HASRAT DIRI Keperluan pencapaian hasrat diri telah diberikan kepada individu yang menyedari diri sendiri, prihatin dengan pertumbuhan diri, kurang mementingkan pendapat orang lain dan berminat untuk memenuhi potensi mereka. 4. KEPERLUAN PENGHORMATAN keperluan untuk hubungan emosi akan mendorong kelakuan manusia. , keperluan ini amat penting bagi individu untuk merasa disayangi dan diterima oleh orang lain. Hubungan peribadi dengan rakan sebaya, keluarga dan kekasih telah memainkan peranan penting, begitu juga penglibatan dalam kumpulan lain seperti kumpulan agama, pasukan sukan, kelab buku dan aktiviti kumpulan lain.
PENDEKATAN KOGNITIF Lokus - lokus kawalannya didorong oleh faktor dalaman atau faktor luaran Stabiliti - faktor dalam seperti usaha tidak stabil kerana berubah mengikut keadaan manakala kebolehan pula stabil kerana ia tetap dan tidak berubah kawalan - sama ada sesuatu sebab yang diberi itu boleh dikawal atau tidak boleh dikawal oleh pelajar atau orang lain Menurut Weiner, atribusi boleh wujud dalam tiga dimensi ,iaitu: contoh: faktor dalaman seperti usaha dan kebolehan faktor luaran seperti nasib dan tahap kesukaran soalan -faktor luaran seperti nasib tidak stabil kerana adakalanya nasib baik dan adakalanya nasib buruk -faktor kesukaran soalan pula merupakan stabil kerana setiap soalan yang dijawab mempunyai tahap kesukaran yang tidak berubah - hanya usaha yang dianggap sebab yang boleh dikawal - nasib dan tahap kesukaran tugasan tidak dapat dikawal
TEORI SOSIOBUDAYA ● Pendekatan ini adalah gabungan antara pendekatan behaviorisme dengan kognitivisme. ● Pendekatan ini boleh dikaitkan dengan teori efikasi kendiri dalam memotivasi murid. ● Dalam teori pembelajaran sosial Bandura (1977) , beliau telah menyarankan betapa pentingnya pemerhatian, peniruan, dan peneguhan Vicarious. ● Peneguhan vicarious ialah keadaan apabila murid mengharapkan peneguhan yang sama. Jikamemerhatikan orang lain mendapat ganjaran hasil daripada tingkah laku mereka. ● Peneguhan Vicarious dan peneguhan langsung amat penting dalam meningkatkan efikasi kendiri individu terhadap sesuatu tugas untuk membawa motivasi ke tahap yang lebih tinggi.
MAKSUD PENGAJARAN
Perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan). Segala sesuatu (cara, perbuatan) yang diajarkan, ajaran. Peringatan, pedoman. kamus dewan definisi keempat (2010) Ee Ah Meng (1993) • Motivasi merupakan sesuatu yang Kompleks; malah lebih kompleks daripada yang disedari • Merangkumi pelbagai perkara dan fungsi yang saling berkaitan dan hendaklah betindak secara bersama agar mencapai kejayaan. Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Faridah Binti Che Husain (2008) • Pendekatan pengajaran merujuk kepada kaedah atau cara sesuatu pengajaran diaplikasikan oleh guru kepada para pelajar. • Pendekatan pengajaran ini ditentukan dengan kaedah atau cara sesuatu kandungan itu diolah, melihat sejauh mana penglibatan pelajar dalam proses pengajaran serta teknik pengajaran yang digunakan oleh guru.
OBJEKTIF PENGAJARAN PENENTUAN TOPIK DAN ISI Dari segi pelajaran, guru hendaklah memilih dan menyusun topik - topik terlebih dahulu. Untuk memudahkan pengajaranpembelajaran, isi pelajaran perlulah bersesuaian dengan kebolehan serta minat murid - murid. Dari segi psikologi, guru mestilah mengatur isi pelajarannya mengikut prinsip - prinsip berikut: Daripada yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui. Daripada yang mudah kepada yang kompleks. Daripada yang konkrit kepada yang abstrak. Daripada yang dekat kepada yang jauh. Daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman. Melalui lima prinsip tersebut, belaku peningkatan prestasi kecemerlangan akademik murid.
Kebolehan sedia ada yang terdapat pada murid - murid merupakan satu komponen penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan ringkasan mengajar. Penyediaan pengajaran mestilah selaras dengan tahap kebolehan murid - murid. Hal ini dikatakan demikian kerana tahap kebolehan murid dapat membantu seseorang guru menentukan prestasi murid - murid. Sebagai contoh, guru mestilah menyediakan aktiviti kuiz atau latihan uji minda, guru dapat mengetahui kebolehan sedia ada seseorang murid. Berdasarkan kebolehan sedia ada seseorang murid, guru tersebut dapat memberi maklum balas dalam membantu peningkatan pencapaian sekali gus mencapai objektif pengajaran Penentuan kebolehan sedia ada
PENENTUAN OBJEKTIF Objektif pelajaran yang disediakan dengan baik akan menggerakkan guru pelatih ke arah pencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid - murid. Dalam merancang sesuatu pengajaran yang berkaitan dengan objektif pengajaran, beberapa perkara berikut dipertimbangkan, iaitu: - O b j e k t if p e l a j a r a n h e n d a k l a h s e h a r u s y a j e l a s . - O b j e k t if p e l a j a r a n h e n d a k l a h d i s u s u n m e n g i k u t p e r i n g k a t y a n g b o l e h d i c a p a i o l e h k e b a n y a k a n m u r i d . - O b j e k t if p e l a j a r a n h e n d a k l a h s e s u a i d e n g a n p e n g e t a h u a n s e d i a a d a , k e m a h i r a n d a n k e b o l e h a n m u r i d m u r i d . • - O b j e k t if p e l a j a r a n h e n d a k l a h m e r a n g k u m i a s p e k a f e k t if i a i t u , m i n a t , n i l a i d a n s i k a p m u r i d - m u r i d .
PEMBELAJARAN
KONSEP PEMBELAJARAN Menurut Ee Ah Meng. (1995), Satu proses yang menghasilkan perubahan tingkah laku seseorang individu, iaitu sebagai suatu reaksi terhadap satu - satu keadaan yang dihadapi. Berlaku apabila seseorang individu telah berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada. menurut Moh Suardi (2018) Pembelajaran adalah proses interaksi peserta didik dengan pendidik dan sumber belajar pada suatu lingkungan belajar. Pembelajaran merupakan bantuan yang diberikan oleh pendidik agar dapat terjadi proses perolehan ilmu dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan pada peserta didik.
PROSES PEMBELAJARAN P E R H A T I A N J A N G K A A N P E R O L E H A N I N G A T A N K E M B A L I P E M I L I H A N P E R S E P S I M E N G E K O D& P E N Y I M P A N A N J A N G K A P A N J A N G G E R A K B A L A S / P R E S T A S I M A K L U M B A L A S D A N P E N E G U H A N P E M I N D A H A N P E M B E L A J A R A N 1 . 2 . 3 . 4 . 5 . 6 . 7 . 8 .
PERHATIAN Perhatian seseorang individu bergantung pada faktor - faktor seperti saiz, dan warna objek, kekuatan bunyi, pergerakan di alam sekeliling, sesuatu yang diulangi, perbandingan, seperti seorang murid yang gemuk dan seorang murid yang kurus, sesuatu luar biasa, dan motif seseorang pemerhati atau pendengar. Perhatian perlu diberi kepada sesuatu rangsangan sebelum sesuatu gambaran dibentuk. Proses pembelajaran mestislah diberi perhatian sepenuhnya oleh murid. Hal ini dikatakan demikian kerana segala penerangan dan demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru akan digunapakai bagi sesi perbincangan serta mampu diingati oleh murid - murid sepanjang hayat.
JANGKAAN Jangkaan merujuk kepada prestasi murid yang diharapkan di akhir pelajaran. Menurut Gagne, murid hendaklah diberitahu terlebih dahulu tentang jangkaan prestasi mereka pada peringkat awal pembelajaran. Sebagai contoh. guru akan memberitahu objektif Pengajaran dan Pembelajaran terlebih dahulu sebelum sesi pembelajaran dijalankan. Guru akan meletakkan jangkaan terhadap murid- murid pada akhir sesi pembelajaran.• jangkaan tersebut dapat menentukan peningkatan prestasi murid - murid bagi mendorong kejayaan murid - murid.
PEROLEHAN INGATAN KEMBALI fasa ini penting untuk memperoleh kemahiran atau pengetahuan yang baru. sbg contoh, sebelum murid tahun 1 boleh menjalankan operasi tambah, dia hendaklah mengingat kembali konsep asas tentang nombor yang telah dipelajarinya terlebih dahulu. ini kerana seseorang murid tersebut mestilah sudah menguasai sesuatu konsep sebelum memahami konsep baru
PEMILIHAN PERSEPSI Pemilihan persepsi merujuk kepada tindakan seseorang untuk membezakan rangsangan2 yang penting dan relevan daripada yang kurang penting. Sebagai contoh, apabila anda duduk di dalam kelas mendengar kuliah anda juga menerima pelbagai rangsangan lain. Rangsangan itu adalah seperti bunyi kipas, bunyi tapak kaki. jika lebih memilih ransangan suara guru dan menolak rangsangan - rangsangan lain. Proses tersebut dikenali sebagai pemilihan persepsi. ini kerana murid mampu membuat keputusan sendiri dalam menentukan keperluan mereka.
MENGEKOD DAN PENYIMPANAN JANGKA PANJANG Peringkat ini meliputi pengetahuan murid membuat kod terhadap maklumat yang diterima untuk disimpan ke dalam sitem saraf pusat. Jika rangka itu bergambar, proses membuat kod disebut imaging. Jika rangka itu berbahasa, proses membuat kod itu adalah bahasa atau simbolik. Rangka bahasa dan rangka imaging mempunyai kaitan antara satu sama lain.
GERAK BALAS/PRESTASI Gerak balas atau prestasi merujuk kepada tingkah laku. Menurut Gagne, apabila perubahan tingkah laku atau prestasi telah dapat diperlihatkan, maka pembelajaran telah pun berlaku. Dalam bilik darjah, prestasi ialah gerak balas murid - murid. Oleh itu, gerak balas atau prestasi mestilah ditunjukkan sama ada guru atau murid - murid bagi pembelajaran dua hala berjaya dilaksanakan di dalam kelas
MAKLUM BALAS DAN PENEGUHAN Maklum balas perlu diberikan kpd setiap pembelajaran yang berlaku cth : guru menyatakan 'baik' , 'bagus ' apabila murid menunjukkan tingkah laku yang baik dalam pembelajaran (peneguhan) mendorong murid menjadi lebih aktif dalam sesi pembelajaran GENERALISASI/PEMINDAHAN PEMBELAJARAN pemindahan pembelajaran dari suatu situasi kepada situasi lain. Sebagai contoh, seseorang guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran terhadap sesuatu mata pelajaran. Melalui kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi , beliau dapat menggunakan kemahiran dan pengetahuan tersebut dalam mana - mana situasi bagi melaksanakan sesi pembelajaran lebih menarik.
KESIMPULAN Motivasi merupakan penggerak sama ada berada dalam diri seseorang ataupun disebabkan sesuatu yang mendorongnya untuk mencapai keinginan dan matlamat dalam kehidupan. namun begitu motivasi ini dapat dipupuk juga dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. hal ini dikatakan demikian kerana proses motivasi perlu menitikberatkan aspek dorongan bagi mewujudkan rasa keperluan dalam diri seseorang.