MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM PUAN NOR HASNIATI BINTI ABDULLAH @ MAHMUD SESI 1 2023 / 2024 EDISI MEI 2023 Pemotongan Usus Untuk Kurang Berat Badan Tanpa Diet • Kaedah Pandangan Islam • Kaedah Fiqh • Kesan Pemotongan Usus
Maklumat Kumpulan IZZAT IRFAN BIN MUHAMMAD 13DTK20F2009 MUHAMMAD ZULHAKIMIE BIN MAT ZAID 13DTK20F2026 DTK5A PENULIS KETUA EDITOR & KETUA GRAFIK
Isi Kandungan Perkara Halaman Pengenalan 1 Objektif 2 Penghargaan 3 Kaedah Pandangan Islam 4 Kaedah Al Qawaid Fiqhiyyah 5 Aplikasi Kaedah Al Qawaid Fiqhiyyah 6 Fiqh Islam 7 Kesan Selepas Pemotongan Usus 8 Hadis pemotongan Usus Dalam Islam 9 – 10 Kesimpulan 11 Rujukan 12
Pengenalan ● Pemotongan usus atau operasi bariatrik merupakan tindakan perubatan yang dilakukan untuk mengurangkan berat badan. Namun, kaedah ini tidak disyorkan dalam Islam kerana ia melibatkan merosakkan tubuh dan potensi untuk membahayakan kesihatan. ● Dalam Islam, kesihatan dan kesejahteraan tubuh dianggap sebagai anugerah dari Allah SWT. Oleh itu, seseorang harus menjaga kesihatan tubuhnya dan memelihara kecukupan nutrisi melalui pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat.
● Pemotongan usus atau operasi bariatrik dilakukan untuk mengurangkan berat badan pada individu yang mengalami masalah kesihatan yang serius akibat kegemukan (obesiti). Operasi ini bertujuan untuk mengurangkan jumlah makanan yang dapat dicerna oleh perut, dengan memotong dan mengurangkan ukuran perut, atau mengubah saluran pencernaan untuk mengurangi jumlah makanan yang diserap oleh tubuh. ● Tujuan utama operasi bariatrik adalah untuk mengurangkan berat badan secara berkesan bagi individu yang mengalami obesiti. Selain itu, operasi ini juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan obesiti, seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan gangguan pernafasan. Objektif
Penghargaan Bismillahirrahmanirrahim ِل ُم َح َّمٍد َو َعلَى آ َعلَى ُم َح َّمٍد ُهَّم َص ِلِّ َّ الل Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan oleh Allah kepada saya dan ahli kumpulan iaitu zulhakimie,dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah saya, PN. NOR HASNIATI BINTI ABDULLAH @ MAHMUD kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan efolio Mei 2023 ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan efolio Mei 2023 ini.Terima kasih.
Kaedah Pandangan Islam Tentang Pemotongan Usus Hukum membuang atau memotong mana-mana bahagian tubuh samada bagian luar tubuh atau bahagian dalam tubuh adalah pada asalnya diharamkan melainkan dua sebab : 1. Ia disuruh oleh syarak seperti memotong kuku atau rambut atau tempat khitan atau seumpamanya. Maka memotong atau membuang barang yang disuruh syarak tiadalah termasuk dalam perbuatan yang dilarang. 2. Kerana berubat yakni bertujuan menolak mudarat yang ada pada seorang seperti penyakit seperti memotong jari akibat penyakit kencing manis atau membuang buah pinggang yang rosak atau seumpamanya. Maka membuang anggoota badan seperti ini tidaklah dilarang kerana masuk dalam kategori berubat.
Kaedah Al Qawaid Fiqhiyyah Kaedah ini bermaksud “Kemudharatan itu harus dihilangkan”.Sesuatu yang mudharat yang terjadi atau perkara yang mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan.Jesteru itu tidak boleh melakukan kerosakan yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada diri sendiri dan orang lain (al-Hariry:1998) 3 Cara menghilangkan kemudharatan: ● Menjauhkan kemudharatan yang bermula dari permulaannya. ● Wajib menghilangkan kemudharatan apabila ia berlaku. ● Menolak kemudharatan mengikut kemampuan.
Aplikasi Kaedah Al Qawaid Fiqhiyyah ● Kaedah kemudaratan hendaklah dihilangkan atau ditiadakan adalah sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia.Kemajuan sains,teknologi dan kejuruteraan banyak membantu kehidupan manusia menjadi lebih mudah,selesa,cepat dan melampaui norma kehidupan biasa. ● Andai kita melihat pengurusan kehidupan manusia pada hari ini telah menjadi bukti kukuh bahawa ciptaan sains, teknologi dan kejuruteraan telah banyak membantu menghilangkan kesukaran dan kemudaratan dalam hidup manusia. ● Sebagai contoh hubungan manusiadi mana jua berada menjadi dekat dengan bantuan medium telekomunikasi dan ICT.Kemudaratan yang timbul sebelum wujudnya peralatan tersebut telah dihapuskan.Malah kehidupan manusia bertambah maju dan selesa. ● Namun begitu pelbagai masalah timbul berpunca daripada kerapuhan iman.Akibatnya ciptaan teknologi dan kejuruteraan sekadar memudahkan sementara hidup manusia.
Fiqh Islam dalam satu muktamar yang diadakan pada tahun 2007 telah memutuskan “Tiada harus melakukan pembedahan mencantikkan yang bukan termasuk dalam rawatan perubatan yang bertujuan mengubah kejadian asal manusia kerana mengikut keinginan dan ingin mengikut orang lain seumpama mengubah bentuk wajah supaya tampil dengan wajah yang tertentu atau bertujuan melakukan penyamaran sehingga hilang yang benar dan mengubah bentuk hidung dan membesarkan atau mengecilkan bibir dan mengubah bentuk mata dan mengubah bentuk pipi.”
Kesan Selepas Pemotongan Usus I. Kekurangan nutrisi - Operasi bariatrik mempengaruhi sistem pencernaan tubuh dan mengurangkan kemampuan tubuh untuk menyerap nutrisi. Oleh itu, individu yang menjalani operasi bariatrik mungkin mengalami kekurangan nutrisi tertentu dan memerlukan suplemen makanan atau pengambilan vitamin sepanjang hayat mereka. II. Komplikasi operasi - Operasi bariatrik merupakan prosedur pembedahan yang rumit dan mempunyai risiko komplikasi seperti perdarahan, infeksi, dan komplikasi yang berkaitan dengan anestesia. III. Perubahan dalam pola makan - Operasi bariatrik mengubah saluran pencernaan tubuh dan mengurangkan kapasiti perut untuk menampung makanan. Oleh itu, individu yang menjalani operasi bariatrik perlu mematuhi pola makan yang berbeza dan membatasi jumlah makanan yang mereka makan. IV. Masalah pencernaan - Operasi bariatrik juga boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti mual, muntah, kembung perut, dan diare.
Hadis Pemotongan Usus Dalam Islam Telah diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. Rasulullah saw bersabda : Maksudnya : Allah telah melaknat akan sekelian orang yang membuat tattoo dan yang meminta ditatookan dan yang mencukur bulu kening dan yang meminta dicukurkan bulu kening dan yang menjarangkan giginya kerana mencantikkan diri yang mengubah mereka itu akan kejadian Allah.” (Hadith Imam Muslim)
Berkata Imam Nawawi : Maksudnya : “Dan ada pun sabdanya ‘yang menjarangkan gigi kerana mencantikkan’ itu maka maknanya mereka melakukannya akan yang demikian itu kerana hendak jadi cantik.’ (Kitab Syarah Muslim)
Kesimpulan Dalam kesimpulannya, operasi bariatric (pemotongan usus) tidak disyorkan dalam Islam kecuali dalam keadaan darurat yang diiktirafkan oleh pakar perubatan dan ulama yang berkelayakan. Sebaliknya, seseorang harus menjaga kesihatan tubuhnya melalui pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang aktif. Pembedahan membuang usus atas dasar kecantikan diri untuk lebih kurus samada oleh lelaki atau perempuan adalah haram dan dilaknat kerana mengubah ciptaan Allah.
Rujukan ● https://hellodoktor.com/pemakanan/diet-pengurusan-berat-badan/cara-turunkanberat-badan-bariatrik/ ● https://alkhudhri.com/2020/09/apakah-hukum-seorang-muslim-potong-usus-untukcepat-kurus-ramai-kena-tahu/ ● https://hellodoktor.com/kencing-manis/diabetes-jenis-dua/pembedahan-bariatrikdiabetes/ ● Buku rujukan sains teknologi dan kejuruteraan islam