MANUAL
RAKAN NIAGA
Platform KiitosNiaga
KIITOS WEBSTORE
PENDAHULUAN
MANUAL ini disediakan dengan tujuan membantu Rakan Niaga memahami
Platform KiitosNiaga seterusnya berurusniaga secara berkesan seiring dengan
sistem operasi Kiitos Webstore.
MANUAL ini diterbit dalam edisi Cloud dan Rakan Niaga boleh merujuk
pada bila-bila masa dengan LINK yang tertera dalam Kumpulan Sokongan
Facebook dan Email pengesahan pendaftaran Rakan Niaga anda.
Salam Berniaga dan Berjaya bersama KiitosNiaga
Penerbit : Kiitos Webstore
Edisi : Versi Jan 2017
PLATFORM KIITOSNIAGA
PLATFORM KIITOSNIAGA
Program anjuran Kiitos Webstore untuk membantu para pengusaha bisnes
online kecil dan sederhana memperluaskan pasaran dan mempertingkatan
bisnes mereka.
Rakan Niaga berdaftar adalah Reseller ( Ejen Jualan ) kepada Kiitos Webstore.
Anda boleh berurusan dengan Kiitos Webstore sebagai Ejen jualan runcit
atau membeli secara borong.
Perkhidmatan DROPSHIP turut disediakan kepada semua Rakan Niaga.
KIITOS WEBSTORE
Kelebihan Rakan Niaga KiitosNiaga :
SIAPAKAH KIITOS WEBSTORE
Kiitos Webstore merupakan syarikat pengusaha bisnes online berpengalaman
yang terlibat dalam urusniaga bisnes online di Malaysia dan antarabangsa.
Di Malaysia, kami mengusahakan laman web shopping www.kiitos.my dan
www.kiitosniaga.com.
Kiitos Dot My merupakan platform untuk Shopper (Pembeli) manakala
Kiitosniaga Dot Com adalah platform untuk Reseller (Ejen ).
Kiitos Webstore turut mengusahakan e-kedai di platform marketplace utama
seperti Ebay, Amazon, Lazada, 11 Street. Logon, Lelong dan Shoppu.
Kini Kiitos Webstore mempunyai senarai SKU barangan melebihi 3000 jenis.
RAKAN NIAGA KIITOS
RAKAN NIAGA KIITOS
Untuk menjadi Rakan Niaga Kiitos, pengusaha bisnes online mesti mendaftar
di KiitosNiaga Platform – www.kiitosniaga.com dan mendapat kelulusan dari
Kiitos Webstore.
Rakan Niaga yang berjaya akan diberikan ID Rakan Niaga.
KATEGORI RAKAN NIAGA
RAKAN NIAGA KIITOS
KEISTIMEWAAN RAKAN NIAGA KIITOS
Rakan Niaga dibekalkan dengan barangan berkualiti dan pelbagai dengan
harga menarik.
Rakan Niaga dibekalkan dengan gambar produk yang jelas, tiada “watermark”,
penerangan lengkap dan mesra Facebook, Instagram dan WhatsApp.
Rakan Niaga dibekalkan dengan Shopping Kart yang lengkap, sistematik
dan senang dirujuk.
Rakan Niaga dibekalkan dengan kempen-kempen promosi, insentif dan
ganjaran yang menarik.
Rakan Niaga boleh menetapkan harga jualan mereka.
RAKAN NIAGA KIITOS
KELEBIHAN TAMBAHAN RAKAN NIAGA DROPSHIP
Rakan Niaga tidak perlu sediakan modal besar.
Rakan Niaga tidak perlu menyimpan stok.
Rakan Niaga tidak perlu membuat penghantaran / kiriman.
Rakan Niaga hanya perlu tumpukan masa dalam membuat promosi barangan.
Rakan Niaga boleh menetapkan harga jualan, menentukan berapa
keuntungan ingin diperolehi.
Identiti bisnes Rakan Niaga dijaga. Hanya nama dan bisnes Rakan Niaga
dimaklumkan kepada pembeli.
KREDIT PRABAYAR
KREDIT PRABAYAR
Rakan Niaga kategori Perak dan Emas perlu mempunyai Kredit Prabayar
di dalam akaun keahliannya untuk menikmati diskaun tambahan dari setiap
urusniaga di KiitosNiaga.
PENGENDALIAN KREDIT PRABAYAR
Kredit Prabayar perlu didepositkan dalam akaun ahli Rakan Niaga sebelum
bermula berurusniaga.
Rakan Niaga Perak : RM50 hingga RM140
Rakan Niaga Emas : RM150 ke atas.
Kredit Prabayar ini akan digunakan semasa membuat tempahan.
RM10 Kredit di tolak bagi setiap tempahan yang bernilai RM10 ke atas.
Dengan ini Rakan Niaga dapat memaximumkan peluang memperolehi
diskaun tambahan dari KiitosNiaga dan tidak perlu sentiasa sibuk membuat
“Top Up” Kredit kerana kehabisan kredit.
KREDIT PRABAYAR
CONTOH :
Rakan Niaga Emas ABC menyediakan RM200 sebagai Kredit Prabayar
diakaunnya dan menikmati diskaun tambahan 10%.
Tempahan : Barangan dengan harga kos RM300 + Caj Penghantaran RM8.
Maka jumlah perlu di bayar oleh ABC kepada KiitosNiaga ialah
RM260 + Caj Penghantaran RM8.
RM260 = RM300 – RM30 (10% Diskaun) – RM10 ( Kredit )
Dengan RM200 Kredit Prabayar, 10% diskaun dan potongan Kredit
dinikmati oleh Rakan Niaga Emas ABC dalam 20 Tempahan.
KREDIT PRABAYAR
Baki Kredit boleh disemak di Profil Rakan Niaga selepas log masuk ahli di Kiitosniaga.com. Nilai Kredit akan
dikemaskinikan setiap 48 jam.
PENGENDALIAN KREDIT PRABAYAR
Rakan Niaga harus membuat “Top Up” sebelum baki Kredit habis digunakan.
KiitosNiaga juga akan memaklumkan Rakan Niaga untuk Top Up sekiranya
baki Kredit tinggal hanya RM20.
Sekiranya Kredit habis digunakan dan tiada Top up dari Rakan Niaga,
Rakan Niaga akan kehilangan peluang diskaun tambahan untuk
Tempahannya, sehingga Kredit Top Up dibuat.
INSENTIF & GANJARAN
INSENTIF & GANJARAN
Insentif dan Ganjaran menarik disediakan oleh KiitosNiaga sebagai
penghargaan kepada Rakan Niaga yang berusaha mempromosikan
produk-produk KiitosNiaga.
Ganjaran adalah sama ada dalam bentuk wang tunai, shopping baucer,
hadiah atau pakej percutian.
Kategori :
Ganjaran Bulanan – Apabila mencapai sesuatu nilai Tempahan dalam
satu bulan.
Insentif Tahunan – Pakej percutian bagi kumpulan Elite Rakan Niaga
Maklumat terperinci mengenai Insentif dan ganjaran semasa akan
dimaklumkan kepada Rakan Niaga melalui saluran komunikasi rasmi
KiitosNiaga.
MARKETING & SOKONGAN
MARKETING
Rakan Niaga diberikan kebenaran untuk mempromosi produk yang
disenaraikan di KiitosNiaga mengikut terma dan syarat yang ditetapkan
oleh Kiitos Webstore.
Rakan Niaga boleh menggunakan gambar dan penerangan yang
dibekalkan dan mempromosinya di saluran-saluran jualan berikut :
1. Media Sosial – Facebook, Instagram & Forum
2. Messenger – WhatsApp, Telegram, WeChat, Line dsb.
3. E-Kedai Rakan Niaga – Blog dan Laman Web
4. E-Kedai Marketplace – Lazada, Lelong, Shoppu, 11 Street dsb.
(Dengan kebenaran dan rujukan dari Kiitos Webstore terlebih dahulu.)
5. Offline – Promosi bersemuka dengan bakal Pembeli
MARKETING & SOKONGAN
SOKONGAN
Kiitos Webstore memandang berat tentang kejayaan para Rakan Niaga
di bawah Platform KiitosNiaga. Sokongan-sokongan berikut disediakan :
1. Produk berkualiti dan pelbagai pada harga menarik.
2. Kumpulan Sokongan Facebook yang juga sebagai saluran komunikasi
rasmi Kiitos Webstore dengan Rakan Niaga.
3. Channel Telegram
4. Shopping Kart yang canggih dan sistematik.
5. E-Katalog bulanan untuk memudahkan aktiviti promosi Rakan Niaga.
6. Nombor telefon khas untuk WhatsApp dan Tempahan manual.
TEMPAHAN
TEMPAHAN
Rakan Niaga boleh membuat Tempahan dengan 2 cara berikut :
1. Tempahan Shopping Kart di laman web www.kiitosniaga.com.
Cara ini adalah cara yang disaran dan disokong oleh Kiitos Webstore,
di mana dengan membuat Tempahan di Shopping Kart, ianya sistematik
dan segala maklumat Tempahan disimpan di sistem kami.
Dengan ini kesilapan dapat diminimumkan dan proses penghantaran
dapat dipercepatkan.
2. Tempahan Manual melalui WhatsApp
TEMPAHAN
TEMPAHAN MELALUI SHOPPING KART
1. Log Masuk ke Kawasan Ahli
TEMPAHAN
TEMPAHAN MELALUI SHOPPING KART
2. Pilih Barangan
TEMPAHAN
TEMPAHAN MELALUI SHOPPING KART
3. Klik & Tempah
Klik & Tempah
Pastikan Kuantiti dan Design ( jika ada ) di pilih sebelum KLIK untuk
menempah.
TEMPAHAN
TEMPAHAN MELALUI SHOPPING KART
4. Checkout – Bersedia Untuk Membuat Bayaran
Klik Untuk
Buat BAYARAN
TEMPAHAN
TEMPAHAN MELALUI SHOPPING KART
5. Penggunaan KREDIT
Masukan ID Rakan Teruskan
Niaga anda & Klik Proses
“Gunakan Baucer” CHECKOUT
RE1867#
Tanpa ID Rakan Niaga shopping kart tidak akan memotong Kredit RM10
dari Tempahan anda.
TEMPAHAN
TEMPAHAN MELALUI SHOPPING KART
6. Alamat PENERIMA
Pastikan Butiran Penerima
adalah BETUL & TEPAT untuk
mengelakkan kelewatan &
kehilangan.
TEMPAHAN
TEMPAHAN MELALUI SHOPPING KART
7. Menentukan Cara Penghantaran
TEMPAHAN
TEMPAHAN MELALUI SHOPPING KART
8. Pengesahan Tempahan
Pastikan Butiran Tempahan adalah BETUL & TEPAT sebelum teruskan
untuk Bayaran.
TEMPAHAN
TEMPAHAN MELALUI SHOPPING KART
9. Membuat BAYARAN
Klik & Pilih
Cara Pembayaran
Nyatakan Butiran
Bayaran di sini.
Klik HANTAR
Tempahan di hantar
kepada Kiitos Webstore
TEMPAHAN
TEMPAHAN MANUAL MELALUI WHATSAPP
Butiran berikut adalah WAJIB untuk Tempahan manual melalui WhatsApp :
1. ID Rakan Niaga
2. Tempahan Dropship : YA / BUKAN
3. SKU Barangan
4. Nama Barangan
5. Kuantiti + Warna + Saiz + Design
6. Harga Barangan
7. Nama Pembeli
8. Alamat Penerima
9. Telefon Penerima
Staff Kiitos Webstore akan menghubungi Rakan Niaga untuk pengesahan.
Nombor WhatsApp : 018-962 8988
PEMBATALAN TEMPAHAN
PEMBATALAN TEMPAHAN
Pembatalan Tempahan dibenarkan selagi Barangan yang ditempah belum
dihantar untuk penghantaran.
Tempahan tanpa Bayaran akan dibatalkan secara automatik selepas 48 jam.
Rakan Niaga yang sering membatalkan Tempahan atau pembatalan
automatik kerana tiada Bayaran akan disenarai-hitamkan.
Bayaran yang telah dibuat akan dipulangkan kepada Rakan Niaga
dengan potongan RM5.00 sebagai caj perkhidmatan bank & pembatalan.
BAYARAN
BAYARAN
Rakan Niaga hanya perlu membayar harga kos barangan dan caj
penghantaran kepada KiitosNiaga. Sebarangan bayaran lebihan dari
Pembeli adalah untung dan disimpan oleh Rakan Niaga.
KiitosNiaga akan mengeluarkan Invois Tempahan kepada Rakan Niaga
dan jumlah perlu dibayar ( termasuk caj penghantaran dan GST ) akan
dinyatakan dalam Invois Tempahan.
CARA MEMBUAT BAYARAN :
ATM / Pindahan Terus Online / Pindahan Online Antara Bank ( IBG )
BUTIRAN AKAUN BANK :
Bank Penerima : CIMB
Nombor Akaun: 8602824470
Nama Pemegang Akaun: Kiitos Webstore
Email Penerima: [email protected]
Kemudahan Bayaran dengan Kad Kredit / Kad Debit akan disediakan
tidak lama dari sekarang
BAYARAN
NOTIS PEMBAYARAN
Untuk Tempahan melalui Shopping Kart, sila tinggalkan komen di dalam
“Notis Pembayaran” pada peringkat Pembayaran di Checkout, nyatakan
kaedah pembayaran anda dan anggaran bila bayaran akan dibuat.
SELEPAS MEMBUAT BAYARAN
Email Slip Bayaran ( bank-in slip ) bersama-sama dengan Nombor Invois
Tempahan anda kepada [email protected],
ATAU
Mengambil Gambar dan WhatsApp ke 018-9628988 bersama-sama dengan
Nombor Invois Tempahan.
STOK BARANGAN
STOK BARANGAN
Pertanyaan Stok sesuatu Barangan tanpa butiran Tempahan tidak akan di layan.
Tiada Booking dibenarkan, kecuali menempah secara PUKAL.
# Menempah sekurang-kurangnya 6 unit Barangan yang sama dalam satu
Tempahan
Booking PUKAL juga akan dibatalkan jika tiada Bayaran dalam masa 48 jam.
Pembelian Barangan adalah atas prinsip “Siapa Cepat Dia Dapat” dengan
keutamaan diberikan kepada Tempahan dengan Bayaran.
Sekiranya Kehabisan Stok, Rakan Niaga boleh menundakan Tempahannya
sehingga Stok ada semula atau memohon Bayaran yang telah dibuat
dikembalikan.
PENGHANTARAN
PENGHANTARAN
Produk Kiitos Webstore adalah dalam stok ( Ready Stock ) melainkan
dinyatakan sebaliknya.
Penghantaran setiap hari kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Persediaan penghantaran bermula pada hari yang sama jika bayaran disahkan
Sebelum 12.00 tengah hari.
Pengesahan Bayaran Selepas 12.00 tengah hari, persediaan penghantaran
bermula pada hari bekerja berikutnya.
PENGHANTARAN
TEMPOH ANGGARAN PENGHANTARAN
Semenanjung Malaysia : 2 hingga 7 hari bekerja.
Sabah & Sarawak : 5 hingga 10 hari bekerja.
Barangan Pre-Order : Anggaran penghantaran 14 hingga 21 hari berkerja.
Penghantaran Domestic – melalui POSLAJU, GDEX dan CITY LINK atau
mana-mana perkhidmatan kurier yang kami rasakan sesuai.
Kiitos Webstore mempunyai hak sepenuhnya dalam menentukan
perkhidmatan kurier yang diguna dalam penghantaran Parcel anda.
Penghantaran Antarabangsa – Sila hubungi kami.
PENGHANTARAN
CAJ PENGHANTARAN
Caj minimum penghantaran untuk setiap Tempahan adalah RM8.00
untuk Semenanjung Malaysia, RM11.00 untuk Sabah dan Sarawak.
Pengiraan caj penghantaran adalah berasaskan BERAT Parcel dan LOKASI
Penerima.
Kemudahan penghantaran percuma mungkin diadakan untuk jenis Barangan
tertentu atau semasa kempen promosi.
PENGHANTARAN
ALAMAT PENGHANTARAN
Alamat Pengirim :
DROPSHIP : Nama dan alamat perniagaan Rakan Niaga akan digunakan
Sila berhubung dengan kami jika anda ingin nama dan alamat Kiitos
Webstore digunakan sebagai Alamat Pengirim.
Alamat Penerima :
DROPSHIP : Nama dan alamat Pelanggan Rakan Niaga
Untuk penghantaran ke alamat Rakan Niaga, nama dan alamat Kiitos
Webstore akan digunakan sebagai Alamat Pengirim.
Sila pastikan alamat penghantaran dan nombor telefon pengirim dan
penerima dinyatakan dengan TEPAT.
Kiitos Webstore tidak bertanggungjawab ke atas kelewatan atau kehilangan
Parcel kerana maklumat penghantaran yang salah diberikan oleh Rakan Niaga.
PENGHANTARAN
NOTIS PENGHANTARAN & NUMBOR TRACKING
Notis Penghantaran di EMAIL kepada Rakan Niaga sebaik saja Parcel
dihantar ke syarikat kurier. Maklumat seperti Rujukan Tempahan, Nombor
Tracking dan perkhidmatan kurier dilantik semuanya tertera dalam Notis
Penghantaran.
Dengan Nombor Tracking, Rakan Niaga atau Pembeli boleh menyemak
status penghantaran melalui laman web atau aplikasi mudah alih yang
disediakan oleh perkhidmatan kurier selepas 24 jam.
PENGHANTARAN
KELEWATAN PENERIMAAN
Kiitos Webstore akan memaklumkan kepada Rakan Niaga sekiranya sebarang
Tempahan di jangka tiba lewat dari tempoh masa anggaran penghantaran.
Sila hubungi Kiitos Webstore melalui email [email protected] sekiranya
Tempahan tidak sampai-sampai selepas 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan
anggaran dan tiada notis dari pihak Kiitos Webstore.
POLISI PENGHANTARAN
Rujukan Polisi Penghantaran Kiitos Webstore :
PULANGAN & GANTIAN
PULANGAN & GANTIAN
Barangan yang dijual tidak boleh dipulangkan atau diganti melainkan
jika menerima Barangan yang salah, cacat atau yang rosak dalam
penghantaran.
Kiitos Webstore sentiasa memeriksa dan memastikan Barangan adalah
dalam keadaan baik sebelum penghantaran. Walau bagaimanapun, jika
Pelanggan mendapati bahawa Barangan dihantar kepadanya adalah rosak,
pecah atau koyak, sila kembalikan kepada kami untuk siasatan dalam
tempoh 7 hari dari penerimaan.
Jika Barangan yang diterima adalah salah, cacat atau rosak, sila EMAIL
atau hubungi kami dalam masa 24 jam selepas menerima Barangan tersebut.
Dalam notis anda sila sertakan butiran berikut:
Nama Anda
Nombor Telefon
Alamat Email
Nombor Tempahan
Alamat penghantaran
Sebab Pulangan
Bukti dengan Foto
PULANGAN & GANTIAN
PULANGAN & GANTIAN
PERINGKATAN : Kiitos Webstore HANYA berurusan dengan Rakan Niaga
dalam sebarang isu Pulangan dan Gantian. Rakan Niaga harus berkomunikasi
dengan Pelanggan anda untuk menyelesaikan keadaan sedemikian.
Jika permintaan pulangan diterima, Rakan Niaga akan menerima Notis
Pengesahan Pulangan Produk dari Kiitos Webstore.
Barangan pulangan mesti sampai kepada kami dalam masa 7 hari dari
tarikh Notis Pengesahan Pulangan Produk dikeluarkan.
PULANGAN & GANTIAN
SYARAT - SYARAT
1. Barangan pulangan mestilah sama sebagaimana yang diterima dan
dalam bungkusan asal bersama-sama dengan semua aksesori (termasuk
manual, kad jaminan, sijil pengesahan) dan hadiah percuma yang diterima
dengannya (jika ada).
2. Barangan yang telah kotok, dicalar, dibasuh, dipasang atau digunakan
adalah TIDAK LAYAK untuk dikembalikan.
3. Kos pemulangan adalah ditanggung oleh Pembeli, manakala caj semula
penghantaran Barangan adalah pada kos Kiitos Webstore.
Kiitos Webstore mempunyai hak untuk menolak penggantian jika kami
mendapati Barangan yang dikembalikan:
Rosak disebabkan oleh pemasangan yang tidak mengikut arahan
Tidak dalam bungkusan asal
Bukan Barangan yang kami hantar
Spesifikasi sepadan dengan Barangan yang kami hantar walaupun
Pembeli mendakwa spesifikasi tidak betul.
PULANGAN & GANTIAN
WARNA & UKURAN
Segala usaha telah dibuat untuk mencerminkan warna produk seberapa
tepat yang mungkin. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh perbezaan
dalam tetapan monitor komputer, kami tidak dapat menjamin bahawa
warna yang anda lihat di monitor anda 100% sama dengan warna sebenar
produk. Ukuran yang dinyatakan mungkin juga berbeza antara 1cm - 3cm
memandangkan produk dihasilkan secara besar-besaran.
Dalam kes sedemikian, ia tidak akan dipertimbangkan sebagai Barangan salah
atau kecacatan dan tiada pulangan atau pertukaran akan dibenarkan.
POLISI PULANGAN & GANTIAN
Rujukan lanjut Polisi Pulangan & Gantian Kiitos Webstore :
NOTA PERINGATAN
PERINGATAN
Kiitos Webstore hanya berurusan dengan Rakan Niaga dan tidak dengan
Pelanggan Rakan Niaga. Rakan Niaga harus berkomunikasi dengan Pelanggan
dan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang bermutu.
Gambar dan maklumat product yang dibekalkan oleh Kiitos Webstore adalah
hak milik Kiitos Webstore sepenuhnya. Rakan Niaga tidak dibenarkan
membuat pindaan atau menggunanya dengan cara yang boleh mendatangkan
kesan negative kepada imej dan kepentingan Kiitos Webstore.
Kiitos Webstore berhak menuntut ganti rugi dari Rakan Niaga sekiranya
keadaan ini berlaku.
Kittos Webstore berhak untuk membuat pindaan dan mengemaskini syarat-
syarat dan polisi dalam Manual ini pada bila-bila masa tanpa notis.
Salam dari Kiitos Webstore