The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUHAMMAD IKHWAN BIN HAMIN
PJMS3092-W11-2021242340183

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PJ20621 Muhammad Ikhwan Bin Hamin, 2023-04-04 12:10:09

LAPORAN REFLEKTIF KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

MUHAMMAD IKHWAN BIN HAMIN
PJMS3092-W11-2021242340183

Keywords: PJMS3

1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN PJMS3092 PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN – TUGASAN 2 Nama : MUHAMMAD IKHWAN BIN HAMIN No. K/P : 020616110397 Angka Giliran : 2021242340183 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : W11 Nama Pensyarah : MOHD FOAZI BIN MD NOR Tarikh Hantar : 21 MAC 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ 21 MAC 2023


2 PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim, Alhamdulilah, bersyukur ke atas dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa, dan tenaga yang kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah, En Mohd Foazi Bin Md Nor kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang sentiasa mendorong dan memberi semangat kepada saya untuk rnenyiapkan kerja kursus ini. Mereka juga telah memberikan segala kemudahan dan sokongan moral sepanjang saya membuat tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu dalam usaha mencari maklumat berkaitan tajuk tugasan yang diberikan. Jasa mereka tidak dapat saya balas dan saya doakan Allah turut memudahkan urusan rakan-rakan. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih. Muhammad Ikhwan Bin Hamin, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh, 31150 Perak [email protected]


3 ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 4 2.0 NAMA PERTANDINGAN 4 3.0 BUTIRAN PELAKSANAAN 4 4.0 SENARAI NAMA PESERTA DAN PASUKAN 4 5.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN 6 6.0 FORMAT PERTANDINGAN 7 7.0 EVIDEN PENGELOLAAN PERTANDINGAN 7 8.0 ISU-ISU SEMASA YANG DIHADAPI 11 9.0 RUMUSAN DAN PENAMBAHBAIKAN 12 RUJUKAN 13


4 1.0 PENGENALAN Karnival Permainan Tradisional anjuran siswa guru teras Pendidikan Jasmani ambilan Jun 2021 telah diadakan pada 19 Mac 2023 bertempat di gimnasium Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Karnival ini dianjurkan bagi menyempurnakan tugasan Pentaksiran Berterusan bagi kod kursus PJMS3092 iaitu Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan. Kurniati (2016) berpendapat bahawa permainan tradisional merupakan satu stimulasi bagi masyarakat dalam mempelajari nilai kerjasama, toleransi, meningkatkan kemahiran komunikasi dan menghargai rakan-rakan. Pelbagai permainan yang dianjurkan dalam karnival ini, antaranya ialah tarik upih, tating lawi, baling selipar, konda-kondi dan banyak lagi. Permainan tradisional direka dengan kreativiti bertujuan bagi melatih kanak-kanak untuk yakin kepada diri sendiri dalam menceburi bidang sukan (Mulyana & Lengkana, 2019). Karnival ini dianjurkan kepada siswa guru elektif teras Pendidikan Jasmani ambilan Jun 2022 iaitu seramai 61 orang. Seramai 5 orang pengelola telah mengelolakan permainan konda-kondi pada karnival tersebut. Pasukan yang mengumpul mata paling banyak akan memenangi sesebuah perlawanan konda-kondi dan pasukan yang mengumpul mata paling banyak dalam setiap perlawanan bakal digelar sebagai pemenang petandingan. Menurut Valentine dan McKendrck (1997), pertandingan mewujudkan persaingan bersiri dan para peserta yang mendapat skor tertinggi mengikut kriiteria-kriteria tertentu akan dinobatkan selaku pemenang. 2.0 NAMA PERTANDINGAN Konda-Kondi 3.0 BUTIRAN PELAKSANAAN Tarikh : 19 Mac 2023 Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Tempat : Gimnasium IPG Kampus Ipoh 4.0 SENARAI NAMA PESERTA DAN PASUKAN Semua peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Kampung Buntung, Kampung Pening Lalat, Kampung Jalan Bahaya dan Kampung Durian Runtuh. Senarai nama peserta bagi setiap kumpulan ialah seperti Jadual 1 hingga Jadual 4.


5 KUMPULAN KAMPUNG BUNTUNG BIL NAMA 1. MUHAMMAD AMIRUL AMRI BIN MD SAAD 2. MUHAMMAD ANAS FAIZ BIN MF FAUDZI 3. MUHAMMAD ALIFF BIN YAHYA 4. SITI HAWA FAIZAH BINTI EMBONG 5. NUR SYAFAWATI HUSNA BINTI SOBRI Jadual 1 KUMPULAN KAMPUNG PENING LALAT BIL NAMA 1. MUHAMMAD IQBAL DINI BIN MOHD KHAIRUDIN 2. MUHAMMAD IRFAN SHAMIR BIN KADIR 3. MUHAMMAD AZIM IZZUDDIN BIN ROSLI 4. MOHAMAD ALIF NAJMI BIN MOHD IMAN NAHMI SUBRA ABDULLAH 5. MUHAMMAD AFIQ BIN ABD RAHMAN Jadual 2 KUMPULAN KAMPUNG JALAN BAHAYA BIL NAMA 1. AHMAD IRFAN BIN ROSENIZAM 2. WAN NABIHAN BIN WAN ZAIRUDIN 3. AKMAL MUKHRIZ BIN ASBANIZAM 4. SYIRAJ SYAHMIE BIN SYALIHUDDIN 5. AHMAD HAIRIE BIN RAMLI Jadual 3


6 KUMPULAN KAMPUNG DURIAN RUNTUH BIL NAMA 1. NIMROD MORGAN ANAK RANTIS 2. WAN KHAIRUL HAMIZAN BIN WAN KASWADI 3. AHMAD DANISH MIRZA BIN AHMAD REZAUDIN 4. AIRIEL AFFAN BIN AMRAN 5. MOHAMAD HAIKAL IKHWAN BIN MAZLIN Jadual 4 5.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN Keputusan pertandingan ialah seperti Jadual 5 yang berikut: PASUKAN KG JALAN BAHAYA KG BUNTUNG KG PENING LALAT KG DURIAN RUNTUH JUMLAH MATA KEDUDUKAN KG JALAN BAHAYA 33 – 28 25 – 20 3 – 5 6 2 3 3 0 KG BUNTUNG 28 – 33 15 – 17 7 – 10 0 4 0 0 0 KG PENING LALAT 20 – 25 17 – 15 15 – 15 4 3 0 3 1 KG DURIAN RUNTUH 5 – 3 10 – 7 15 – 15 7 1 3 3 1 Jadual 5


7 6.0 FORMAT PERTANDINGAN Format Sistem Liga 1 pusingan. 1. Setiap pasukan akan bertemu sekali sehaja dengan kesemua pasukan yang lain. 2. Setiap pasukan akan mempunyai 3 perlawanan secara keseluruhan. 3. Kiraan mata bagi setiap perlawanan ialah: • Menang : 3 mata • Seri : 1 mata • Kalah : 0 mata 4. Kedudukan akhir pertandingan ialah berdasarkan jumlah keseluruhan mata setelah tamat kesemua perlawanan bagi setiap pasukan. 7.0 EVIDEN PENGELOLAAN PERTANDINGAN Rajah menunjukkan banting Karnival Permainan Tradisional. Rajah menunjukkan persiapan tempat oleh penganjur.


8 Rajah menunjukkan sesi pendaftaran peserta. Rajah menunjukkan aktiviti senamrobik sebelum permainan bermula. Rajah menunjukkan taklimat tentang karnival dan permainan Konda-Kondi.


9 Rajah menunjukkan permainan Konda-Kondi sedang berlangsung. Rajah menunjukkan ‘Photo Booth’ yang telah disediakan semasa karnival. Rajah menunjukkan ucapan daripada penasihat dan pengerusi karnival.


10 Rajah menunjukkan keputusan akhir bagi setiap pertandingan. Rajah menunjukkan sesi penyampaian hadiah oleh Encik Foazi. Rajah menunjukkan sesi bergambar siswa guru bersama pensyarah.


11 8.0 ISU-ISU SEMASA YANG DIHADAPI Pengelolaan sesebuah program seharusnya mempunyai kualiti dan aspek seperti alat, teknik, proses, sumber daya dan pelaksaan idea perlulah ditekankan (Zahari et. al., 2014). Semasa menganjurkan Karnival Permainan Tradisional ini, kami dapat mengenal pasti beberapa isu yang telah dihadapi. Antara isu yang timbul ialah karnival ini kurang mendapat sambutan daripada peserta. Sebilangan besar siswa guru kurang berminat akan permainan tradisional kerana mereka lebih gemar untuk meluangkan masa lapang mereka dengan aktiviti lain seperti bermain permainan e-sukan. Menurut Abdullah et al. (2008), ibu bapa yang tinggal di bandar lebih gemar sekiranya anak mereka meluangkan masa di dalam rumah. Hal ini telah menjadi faktor utama mengapa kurangnya minat siswa terhadap permainan tradisional yang dianjurkan. Lain dari itu, faktor yang menyebabkan karnival ini kekurangan peserta ialah ianya berlangsung pada hujung minggu. Segolongan besar siswa guru sibuk dengan hal peribadi, keluarga serta terpaksa menyertai program lain yang dijalankan pada hari tersebut. Selain itu, isu yang juga timbul ialah kemudahan infrastruktur dan peralatan yang terhad untuk menjalankan permainan. Bagi permainan konda-kondi, kawasan permainan yang sempit telah menjadi kesukaran dalam pengelolaan. Hal ini disebabkan oleh kawasan permainan yang terpaksa dikongsi dengan pelaksanaan permainan yang lain. Walaupun kawasan tesebut masih sesuai untuk permainan ini dilangsungkan, namun ianya masih mempunyai kekurangan dari segi kepuasan bermain. Ianya menjadi halangan yang besar kepada peserta untuk memukul kayu anak dengan sejauh yang mungkin. Kemudian, peralatan untuk menjalankan permainan konda-kondi turut menjadi isu kerana batang kayu yang berkualiti sukar untuk diperolehi. Kesannya, terdapat beberapa batang kayu ibu dan anak telah retak dan patah selepas peserta dari kumpulan menyerang membuat pukulan. Hal ini menyebabkan permainan tergendala kerana pertukaran kayu yang mengambil masa. Kecederaan juga dapat berlaku jika kerosakan alatan tidak dikesan dari awal (Anggita, 2018). Selanjutnya, isu lain yang timbul ialah sumber kewangan yang terhad. Sumber kewangan amatlah penting bagi tujuan perbelanjaan seperti makanan, minuman, peralatan dan bahan. Ianya juga penting untuk menarik minat siswa guru untuk menyertai karnival ini melalui tawaran hadiah serta ganjaran yang menarik. Namun begitu, sumber kewangan yang diperoleh amatlah terhad dan tidak mencukupi daripada pihak pentadbiran. Perkara ini berpunca daripada peruntukan tahunan daripada pihak kerajaan yang lebih memfokuskan kepada program yang lebih besar. Peruntukan yang kami peroleh hanyalah digunakan untuk membeli hadiah dan banting. Isu ini telah menjadi faktor utama kepada penukaran kumpulan sasaran. Bagi perancangan awal, karnival ini diadakan khas untuk siswa guru unit Y iaitu seramai 215 orang. Disebabkan sumber kewangan yang terhad, kumpulan sasaran telah ditukarkan kepada siswa guru elektif teras Pendidikan Jasmani unit X iaitu seramai 61 orang.


12 9.0 RUMUSAN DAN PENAMBAHBAIKAN Intihanya, pengelolaan Karnival Permainan Tradisional ini secara keseluruhannya berjalan dengan sangat lancar. Kesemua jawatankuasa memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab dengan baik dan bersungguh-sungguh. Kesemua pengelola permainan juga dapat mengelola dengan baik walaupun terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Hal ini bertepatan dengan nukilan Drucker (2017), beliau mengatakan bahawa pemimpin dalam sesebuah organisasi seharusnya menetapkan hala tuju serta mengawal risiko dalam menghadapi sesebuah krisis. Oleh yang demikian, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi mengatasi isu-isu yang timbul. Pertama sekali, bagi mengatasi isu kekurangan sambutan daripada para siswa, pihak penganjur seharusnya membuat promosi yang lebih kreatif dan menarik. Elemen visual yang menarik pada poster dan penghasilan video promosi dapat digunakan bagi memberi keyakinan kepada mereka untuk menyertai karnival ini. Promosi pertandingan semestinya perlu berfokus kepada manfaat daripada penyertaan pertandingan seperti penyediaan hadiah, sijil penyertaan dan penyediaan makanan. Hal ini demikian dapat menarik minat mereka untuk menyertai mana-mana pertandingan dalam karnival ini. Selain itu pihak penganjur juga boleh menetapkan kumpulan sasaran dengan lebih rasional dan sesuai. Kehadiran siswa daripada unit X amatlah mengecewakan. Menurut Foucault (1997), manusia yang tiada disiplin akan gagal menerapkan amalan seperti kehendak masyarakat yang ditetapkan. Oleh yang demikian, pihak penganjur boleh memberikan peluang kepada siswa daripada unit Y bagi menyertai karnival yang seterusnya. Selain itu, bagi cadangan penambahbaikan daripada isu kemudahan infrastruktur dan peralatan ialah penganjur perlulah membalut kayu anak dan kayu ibu dengan pita pelekat. Hal ini dapat mengelakkan kayu tersebut dari keretakan dan patah dengan mudah. Kemahiran kemanusiaan, kemahiran merancang, kemahiran membuat, motivasi kendiri dan inovasi amat penting untuk dikuasai oleh mana-mana pemimpin (Raymond, 1994). Dengan itu, pihak pengelola seharusnya membuat inisiatif yang tepat bagi menyelesaikan isu-isu yang terjadi. Akhir sekali, bagi cadangan penambahbaikan isu sumber kewangan yang terhad pula, pihak penganjur mengenakan bayaran sebanyak RM5 daripada setiap peserta bagi penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, pihak penganjur turut mengumpul duit dalam organisasi sebanyak RM13 seorang bagi tujuan membeli alatan-alatan untuk menganjurkan permainan masing-masing. Secara tidak langsung, jumlah sumber kewangan dapat ditingkatkan dan kekurangan dari segi alatan dan bahan dapat ditampung secukupnya. Selain itu, kertas kerja juga perlu disiapkan dengan lebih awal supaya peruntukan kewangan dapat diminta kepada pihak pentadbiran IPG Kampus Ipoh dengan jaminan kelulusan.


13 RUJUKAN Abdullah, F., Sarnon, N., Hoesni, S. M., & Wan Azreena, W. J. (2008). Dari halaman rumah ke hadapan layar: Pola bermain dan fungsinya kepada perkembangan kanak-kanak. Jurnal Pendidikan, 3(1), 1823-1884. Anggita, G. M. (2018). Eksistensi permainan tradisional sebagai warisan budaya bangsa. Journal of Sport Science and Education, 3(2), 55-59. Drucker, P. (2017). Human Prosperity in a Changing World . The future economic man. Foucault, M. (1997). The Birth of Biopolitics. The New Press. Kurniati, E. (2011). Program bimbingan untuk mengembangkan keterampilan sosial anak melalui permainan tradisional. Skripsi Universitas Muhammadiyah Surakarta. Kurniati, E. (2016). Permainan tradisional dan perannya dalam mengembangkan keterampilan sosial anak. Kencana. Mulyana, Y. & Lengkana, A. S. (2019). Permainan tradisional. Salam Insan Mulia. Raymond, J. (1994). Encyclopedia of Psichology. Intercience Publication. Sutini, A. (2018). Meningkatkan keterampilan motorik anak usia dini melalui permainan tradisional. Cakrawala Dini: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 4(2). Valentine, G., & McKendrck, J. (1997). Children's outdoor play: Exploring parental concerns about children's safety and the changing nature of childhood. Geoforum, 28(2), 219-235. Zahari, Z. A., Desa, M. A. M., & Mohd, N. (2014). Permainan tradisional dan teknologi. Penelitian dan tinjauan terhadap persepsi kanak-kanak.


Click to View FlipBook Version