JASON DENGAN
DATUK YANG
TERSAYANG
CERITA KANAK-KANAK BY WONG MIN ZHI
Jason merupakan seorang anak yatim yang berumur lima
tahun. Sejak kecil lagi, dia tinggal bersama dengan datuknya yang
sudah berusia tinggi di sebuah kampung yang kecil bernama
Kampung Hapi. Jason seorang budak yang sangat nakal dan amat
suka bergantung kepada datuknya manakala datuk juga sangat
sayang Jason serta membesarkan dan menjaganya dengan penuh
kasih sayang. Walaupun mereka tinggal di kampung yang kecil
sahaja, tetapi datuk sudah berasa syurkur kerana mempunyai
seorang cucu yang menemaninya.
Dalam hati diri datuk, dia seorang yang percaya adanya
Tuhan di dunia ini tetapi Jason tidak percaya. Jason hanya
percaya akan datuknya dan fikirlah di dunia ini, dia mempunyai
datuk sudah cukup untuk kehidupannya. Datuk bimbang jika
suatu hari nanti dia sudah meninggal dunia, Jason akan
kehilangan sokongan dan kepercayaan. Oleh itu, datuk sentiasa
mengajar Jason agar Jason mempelajari cara untuk berdoa
kepada Tuhan dengan ikhlas. Walaubagaimanapun, Jason enggan
belajar kerana dia tidak percaya kepada Tuhan.
Selepas dua tahun, datuk sudah meninggal dunia kerana
usianya yang tinggi. Jason sangat sedih dan tidak dapat
menerima berita kematian datuknya. Jason kemudian dihantar
ke rumah penghulu kampung yang sudi menjaganya. Pada masa
itu, Jason telah sampai umur yang sesuai untuk pergi ke sekolah
rendah. Penghulu pun hantarkan Jason ke sekolah rendah yang
berdekatan dengan kampung mereka.
Di sekolah, Jason sentiasa berdiam diri sahaja dan tidak sudi
bercakap dengan orang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana
Jason tidak pernah berkomunikasi dengan budak yang sama
umur dengannya dan dia tidak tahu bagaimana untuk berkawan
dengan orang lain. Hal ini turut menyebabkan Jason sentiasa
bersendirian sahaja dan tidak mempunyai seorang kawan di
sekolah. Sikap Jason yang takut dan malu ini menyebabkan
pembuli di sekolahnya suka membulinya kerana dia sentiasa
berseorangan dan tiada orang akan membantunya. Pembuli itu
sentiasa ketawakan Jason bahawa dia macam tikus yang lemah
dan pengecut.
Pada suatu hari, Jason kena buli lagi oleh pembuli itu.
Pembuli itu tuang air ke dalam beg sekolah Jason dan
menyebabkan buku-buku dan begnya menjadi basah semasa
Jason pergi ke tandas. Jason sangat marah apablia dia balik dari
tandas dan lihat keadaan beg sekolahnya.
“Ei! Siapa yang buat ni?! Melampau betul!” jerit Jason.
“Saya yang buat, apa yang boleh kamu buat dengan saya? Kamu
mahu pukul saya? Hahahaha! Kamu begitu lemah tak dapat
pukul saya pun.” jawab dari pembuli dengan sindiran.
Jason berasa sangat marah tetapi dia tahu dia memang akan
kalah jika mereka bergaduh kerana pembuli itu sangat tinggi
dan kuat manakala Jason kurus dan lemah.
“Jangan kamu fikir nak beritahu cikgu, saya akan bawa abang
saya untuk pukul kamu jika kamu beritahu cikgu!” amaran dari
pembuli kepada Jason.
Jason ingin minta tolong dari rakan dalam kelas, tetapi tiada
seorang pun yang berani untuk tolong dia kerana semua orang
juga takut dibalas dendam oleh pembuli. Jason berasa sangat
sedih dan marah tetapi dia tidak tahu apa yang boleh buat
untuk menyelesaikan perbuatan pembuli yang semakin
melampau. Jason lari balik ke rumah dan menangis di bawah
selimut. Pada masa itu, betapa dia berharap datuk akan muncul
untuk melindunginya dari perbuatan pembuli.
Jason tertidur apabila penat menangis. Tiba-tiba, dia telah
jumpa dengan datuknya yang dia amat rindu. Datuk Jason
membawanya ke taman yang mereka selalu pergi sebelum
datuknya meninggal dunia. Di sana, Jason menemani datuk untuk
berjalan-jalan. Datuk mendapati Jason senyap sahaja dan
nampaknya tidur begitu gembira.
“Mengapa masam muka ni? Jason tidak gembirakah berjalan-
jalan dengan atuk?” tanya datuk dengan lemah lembut.
“Bukanlah, Jason sangat menghargai masa bersama dengan atuk.
Tetapi, saya berasa sedih kerana tiada seorang pun yang sudi
berkawan dengan saya. Saya pun berasa takut dan malu untuk
berbual-bual dengan orang lain. Lagipun, ada orang yang buli
saya di sekolah. Pagi tadi, dia menuang air ke dalam beg saya.”
Jawab Jason dengan sedih.
“Janganlah sedih kerana tiada mempunyai kawan. Kamu
hendaklah berani dan cubalah bercakap dengan orang lain.
Mereka akan sudi berkawan dengan Jason yang berani untuk
berkomunikasi dengan orang lain. Jika Jason memang berasa
malu, kamu bolehlah cuba mulakan perbualan dengan senyuman
yang manis.”
“Bagi perbuatam pembuli itu yang buli Jason, patutlah kamu
memberitahu cikgu di sekolah. Jika sentiasa biarkan sahaja, dia
akan semakin melampau kerana dia anggap perbuatannya
adalah tidak salah.” Jawab datuk.
“Saya akan cuba cara yang atuk ajar. Alangkah baiknya jika
atuk masih sentiasa berada di sisi Jason. Jason memang sangat
merindukan atuk.” Cakap Jason.
“Oh, cucu yang saya sayangi, Jason. Atuk juga berharap boleh
sentiasa menemani kamu. Tetapi, setiap orang di dunia ini akan
meninggal dunia apabila sampai masa. Kami hendaklah belajar
untuk menerima perpisahan dengan orang yang tersayang. Jika
Jason merindu atuk, Jason boleh berdoa dan memberitahu Tuhan.
Tuhan akan memberitahu atuk dan atuk akan jumpa Jason di sini.
Macam hari ini, Tuhanlah yang bagi saya untuk jumpa dengan
Jason. Tuhanlah juga akan memberi semangat dan power kepada
Jason untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan. Jadi, Jason
juga mestilah belajar untuk berdoa dan mempercayai Tuhan
yang akan memimpin kamu ke arah yang lebih baik.” Kata datuk
dengan sabar.
Selepas itu, datuk katakan selamat tinggal dengan Jason.
Jason pun bangun dari tidur dan rupa-rupanya Jason jumpa
datuk dalam mimpinya. Jason ingat apa yang datuknya cakap
dan mulai hari itu, dia telah berubah.
Jason mula berdoa dan sembahyang. Dia berasa tenang dan
bersemangat selepas dia berdoa dan memberitahu Tuhan
tentang keadaannya setiap hari. Jason baru tahu apa yang
datuk cakap itu memang betul dan berkesan. Jason menjadi
lebih berani semasa menghadapi dengan orang lain dan dapat
berkomunikasi dengan baik. Dia juga berkenalan dengan banyak
kawan yang ikhlas dalam kelasnya.
Selain itu, Jason tidak lagi biarkan dibuli oleh pembuli. Dia
telah melapor kepada cikgu kelas mereka atas perbuatan
pembuli itu. Pembuli itu didenda oleh cikgu dan berjanji tidak
akan ulang kesalahannya lagi.
Akhirnya, Jason mempunyai banyak kawan di sekolah dan
pembuli juga menjadi kawan Jason. Mereka sentiasa main
bersama dan menjadi kawan baik yang saling menolong. Jason
juga sentiasa berdoa dengan hati yang ikhlas dan kata-kata
datuk diingati oleh Jason dalam hati pada setiap masa.
-TAMAT-