The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-06049138, 2021-05-17 13:10:13

MELAWAT ZOO MELAKA

MELAWAT ZOO MELAKA

MELAWAT ZOO MELAKA

Pada cuti persekolahan yang lalu, saya dan
keluarga pergi ke Zoo Melaka.
Kami bertolak dari rumah pada pukul 7. 00
pagi.
Kami tiba di sana pada pukul 9. 00 pagi.
Saya melihat banyak pengunjung datang ke
zoo itu.
Saya melihat keadaan jalan juga agak
sesak.

Selepas ayah meletakkan kereta di tempat
letak kenderaan,
kami menuju ke pintu masuk zoo itu.
Untuk masuk ke dalam zoo,
pengunjung perlu membeli tiket di kaunter
tiket yang disediakan.
Ayah meminta saya, adik dan ibu
menunggunya sebentar.
Dia mahu membeli tiket bagi membolehkan
kami masuk ke dalam zoo itu.

Di dalam zoo, saya dapat melihat pelbagai
jenis haiwan.
Antaranya termasuklah harimau, gajah,
ular, zirafah dan singa.
Saya berasa amat gembira.
Saya dapat melihat haiwan yang
jarang-jarang dilihat dari jarak yang dekat.

Sambil menyelam minum air.
Begitulah perumpamaan yang sesuai
ditujukan kepada kami.
Ibu sempat membelikan cenderamata untuk
saya dan adik.
Apabila hari sudah petang,
ayah dan ibu mengajak kami untuk pulang ke
rumah.
Saya berharap agar dapat melawat ke zoo
lagi.

Penulis : Hematharsini Kumaran


Click to View FlipBook Version