The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiqdany, 2024-05-07 05:58:58

ASSINGMENT INDIVIDU COU3203 S72057

ASSINGMENT INDIVIDU COU3203 S72057

PENYALAHGUNAAN NAMA : MUHAMMAD AFIQ DANIAL BIN ANDY IRWAN NO MATRIK : S72057 PROGRAM : SARJANA MUDA KAUNSELING DK SUBJEK : KAUNSELING PENYALAHGUNAAN BAHAN KOD SUBJEK : COU 3203 / SMK 3233 PENSYARAH : MISS NURUL ATIQAH AB RAJI TUGASAN : LAPORAN INDIVIDU BAHAN PENYALAHGUNAAN BAHAN


Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah dan bahan terlarang secara berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira yang melampau-lampau atau ketagih dan bertujuan lari daripada kenyataan serta boleh memudaratkan melalui pelbagai aspek dalam kehidupan dari segi kesihatan fizikal dan mental,sosial dan ekonomi. Penyalahgunaan dadah ataun bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian. [1] Berdasarkan laporan Berita Harian Online, seramai 60,000 remaja di negara ini dikenal pasti terjebak dalam kegiatan penyalahgunaan dadah manakala kira-kira 106,000 lagi memiliki sejarah pengambilan barangan terlarang itu.Data itu didedahkan dalam laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022 oleh Institut Kesihatan Awam (IKU) Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). [2] PENGENALAN


FAKTOR PENYALAHGUNAAN BAHAN INDIVIDU RISIKO UNTUK MENGGUNAKAN DADAH BOLEH DITINGKATKAN OLEH FAKTOR GENETIK, SEPERTI KECENDERUNGAN GENETIK TERHADAP KECANDUAN. SELAIN ITU, ORANG YANG MENGALAMI MASALAH KESIHATAN MENTAL SEPERTI KECEMASAN ATAU TEKANAN DAN KURANG KEYAKINAN DIRI LEBIH CENDERUNG UNTUK MENGGUNAKAN DADAH SEBAGAI CARA UNTUK MENGATASINYA MASALAH TERSEBUT. INDIVIDU YANG TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN ATAU KESEDARAN TENTANG BAHAYA DADAH JUGA BOLEH MENINGKATKAN KEMUNGKINAN SESEORANG ITU MENYALAHGUNAKAN DADAH. INDIVIDU YANG TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN TENTANG BAHAYA DADAH AKAN MEMPUNYAI PERASAAN INGIN MENCUBA BAHAN TERLARANG TERSEBUT UNTUK MEMASTIKAN DIRI TIDAK KETINGGALAN DENGAN RAKAN-RAKAN SEBAYA YANG TELAH MENCUBA BAHAN TERLARANG TERSEBUT. MENURUT (NOR ET AL., 2014) PERASAAN INGIN MENCUBA SESUATU BAHARU DALAM DIRI INDIVIDU MERUPAKAN FAKTOR UTAMA YANG MENYUMBANG KEPADA PENYALAHGUNAAN BAHAN. TEKANAN DARIPADA RAKAN SEBAYA ATAU TEMAN SEPERGAULAN YANG MENGGUNAKAN DADAH BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA KEPUTUSAN SESEORANG UNTUK MENCUBA DADAH. HAL INI KERANA RAKAN-RAKAN MERUPAKAN PENGARUH YANG PALING BESAR DALAM DIRI SESEORANG INDIVIDU UNTUK MENCUBA SESUATU PERKARA. MENURUT KAJIAN YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ( UPSI ) MENDAPATI BAHAWA PENGARUH RAKAN MERUPAKAN FAKTOR UTAMA SESEORANG INDIVIDU TERLIBAT DENGAN AKTIVITI DADAH (NACHIAPPAN ET AL., 2014).FAKTOR PERSEKITARAN YANG SENANG UNTUK MENDAPATKAN BAHAN TERLARANG .SELAIN ITU, FAKTOR EKONOMI YANG BOLEH MENYEBABKAN PENYALAHGUNAAN BAHAN TERMASUK KETIDAKMAMPUAN KEWANGAN UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN KESIHATAN ATAU BANTUAN PEMULIHAN, TEKANAN EKONOMI YANG MENCETUSKAN STRES DAN RASA BIMBANG YANG MENYEBABKAN INDIVIDU MENCARI JALAN PINTAS MENDAPATKAN WANG TERMASUK KEGIATAN HARAM BERKAITAN PENYALAHGUNAAN BAHAN SEPERTI MENJUAL DADAH, MENCURI DAN SEBAGAINYA . SOSIAL DAN EKONOMI [3] [4]


Syabu, Pil Kuda, Ecstacy tergolong dalam kumpulan Dadah Stimulan yang merupakan dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindak balas bahan-bahan kimia. Stimulan Sejenis tumbuhan meliar yang dikenali sebagai Marijuana dan berasal dari Portugis iaitu Mariguango yang bermaksud memabukkan. Ganja 03 JENIS DADAH Heroin, Morfin, Kodein adalah Kumpulan Dadah Opiat dari campuran Yang diperolehi daripada pokok Popi. Opiat 01 02 05 04 06 07 Merupakan kumpulan Dadah Depresen ataupun penenang yang digunakan dalam perubatan sebagai ubat penenang dan masalah mental. Depresen Mitragyna Speviosa Korth merupakan sejenis pokok malar hijau, berdaun hijau berkilat dan berbunga kuning kecil. Ketum Sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah deria, tahap kesedaran dan pandangan visual . Halusinogen Bahan hiduan yang mudah meruap melalui bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan dari pelarut organik namun disalahgunakan dengan menghidu melalui hidung atau mulut. Inhalan


JENIS DADAH Opiat berasal dari candu (opium) yang diperolehi dari sejenis tumbuhan iaitu Papaver Somniferum. Diasingkan dan diproses menjadi Morfin seterusnya Kodein. Selain opiat, bahan ini dikenali dengan banyak nama jalanan yang lain. Kesan pengambilan bahan ini akan membuatkan penggunanya menjadi khayal(euphoria), ketagihan dan akhirnya menjejaskan kehidupan seharian. 01. OPIAT Sekumpulan jenis dadah perangsang yang memberikan kesan kepada Sistem Saraf Pusat atau Central Nervous System(CNS). Perangsang ini dikenali dengan nama nama lain seperti ice , yaba , xtc dan sebagainya [5] 02. STIMULAN 03. GANJA 04. DEPRESEN Ganja terdiri daripada tiga jenis iaitu Kanabis herba, Resin getah Kanabis dan minyak Hashish. Ganja mengandungi bahan kimia bersifat psikoaktif iaitu delta-9-tetrahydrocannabinol yang memberikan kesan euphoria atau high kepada penggunanya. Ganja juga dikenali dengan nama Mary Jane, Fif, Dimba, Dam dan Kanabis Dadah kumpulan Depresen sering disalahguna terumatanya pil tidur dan pil penenang ( tranquilizer ) . Ia sering dijual dalam pasaran gelap, kegunaan rekreasi dan dikenali ‘softdrug’ serta digunakan sebagai club drug dan diambil dengan alkohol, ecstacy atau methamphetamine. Bahan ini menekan sistem saraf pusat sehingga seseorang itu tidak sedarkan diri jika diambil secara berlebihan.


JENIS DADAH Gamma-Hydroxybutyrate (GHB), Lysergic Acid Diethylamide (LSD) , mushroom , Dimethyltryptamine (DMT), Phencyclidine (PCP) , Meskalin , Psilosibin & Psilosin merupakan kumpulan dadah Halusinogen . Disosiatif ( Ketamin, GHB ) merupakan sejenis dadah halusinogen yang menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan realiti dan fantasi manakala Psikedelik ( LSD & Mushroom ) merupakan sejenis dadah halusinogen yang merubah tahap kesedaran. 05. HALUSINOGEN Bahan ini didapati dalam kebanyakan produk yang biasa digunakan di rumah atau industri seperti cat dan pelarut cat, bahan pelindung fabrik, penanggal gris, bahan pengilat, minyak petrol, gam, pelekat, cecair pemadam dan dakwat pen. Kebiasaannya bahan ini dianggap tidak merbahaya tetapi produk ini mengandungi bahan pelarut organik beracun. Apabaila disalahguna dengan menghidu atau disedut wapnya boleh menyebabkan ketagihan atau berpotensi mengakibatkan kematian secara tiba tiba. [5] 06. INHALAN 07. KETUM Ketum digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat sakit belakang, minuman pemulih tenaga bagi wanita baru bersalin. Penyalahgunaan bahan melibatkan penggunaan air ketum dan campuran bahan lain seperti ubat batuk. Ketagihan adalah disebabkan kandungan mitragini iaitu sejenis alkaloid psikoaktif. Ia dikawal dibawah Akta Racun 1952. Ketum juga dikenali sebagai pokok biak , koroi dan kratom


Penurunan berat badan: Orang yang menyalahgunakan dadah mungkin mengalami penurunan berat badan yang signifikan kerana pengaruh dadah terhadap nafsu makan dan metabolisme tubuh. Mata merah: Beberapa dadah, seperti ganja, boleh menyebabkan mata menjadi merah atau terasa kering. Keletihan: Penyalahgunaan dadah biasanya mempengaruhi tahap kecergasan seseorang, menyebabkan keletihan yang teruk. Penurunan kebersihan diri: Seseorang yang menyalahgunakan dadah mungkin tidak lagi memberi keutamaan kepada kebersihan diri, seperti mandi atau menukar pakaian secara berkala. GEJALA PENYALAHGUNAAN BAHAN F I Z I K A L T I N G K A H L A K U Pertuturan dan tingkahlaku terbatas : Orang yang menyalahgunakan dadah mungkin menjadi lebih terbatas tentang aktiviti mereka dan lebih sukar untuk berkomunikasi. Perubahan pola tidur: Penyalahgunaan dadah boleh mengganggu pola tidur seseorang, menyebabkan tidur berlebihan atau insomnia. Agresif: Beberapa dadah boleh menyebabkan perubahan emosi yang drastik, termasuk peningkatan kecenderungan untuk menjadi agresif atau cepat marah. [6]


GEJALA PENYALAHGUNAAN BAHAN Kecemasan: Penyalahgunaan dadah seringkali dikaitkan dengan kecemasan yang meningkat, baik sebagai kesan sampingan dadah itu sendiri atau sebagai tindak balas terhadap kesan penyalahgunaan dadah. Depresi: Beberapa dadah boleh menyebabkan perubahan kimia dalam otak yang mengakibatkan perasaan sedih atau kehilangan minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan. Gangguan perasaan: Penyalahgunaan dadah juga boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami gangguan jiwa dan perasaan seperti skizofrenia atau gangguan bipolar. P S I K O L O G I K A L K O G N I T I F Gangguan Kognitif: Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan gangguan dalam pemikiran, termasuk kesukaran dalam pemprosesan maklumat, kehilangan daya ingatan, dan kesukaran dalam menumpukan perhatian. Daya Kreativiti: Dadah boleh menghalang keupayaan seseorang untuk berfikir secara kreatif dan menyelesaikan masalah dengan berkesan. Kemerosotan prestasi akademik atau pekerjaan: Penyalahgunaan dadah sering dikaitkan dengan penurunan prestasi di tempat kerja atau di sekolah, disebabkan oleh kesulitan dalam menyerap maklumat dan mengekalkan penumpuan yang diperlukan untuk mempelajari atau menyelesaikan tugasan.


KESAN PENYALAHGUNAAN BAHAN Jangka Pendek: Gejala fizikal jangka pendek termasuk keletihan, mual, muntah, sakit kepala, dan gangguan gastrointestinal. Penggunaan dadah yang berlebihan dalam jangka pendek juga boleh menyebabkan overdos dan mengakibatkan fatal. Jangka Panjang: Penyalahgunaan dadah dalam jangka panjang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan fizikal seperti kerosakan organ dalaman (seperti hati, paru-paru, dan ginjal), gangguan sistem kardiovaskular, penurunan fungsi imunisasi, dan peningkatan risiko penyakit menular seperti HIV dan hepatitis. KESIHATAN FIZIKAL Jangka Pendek: Penggunaan dadah dalam jangka pendek boleh menyebabkan kecemasan, paranoia, halusinasi, dan perubahan mood secara drastis. Jangka Panjang: Penyalahgunaan dadah dalam jangka panjang boleh menyebabkan gangguan kejiwaan seperti depresi, kecemasan kronik, skizofrenia, dan gangguan bipolar. Penggunaan dadah juga boleh mengganggu kesihatan mental jangka panjang dengan menyebabkan penurunan fungsi kognitif dan mempengaruhi keupayaan seseorang untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan seharihari. [9] KESEJAHTERAAN MINDA


KESAN PENYALAHGUNAAN BAHAN Jangka Pendek: Penyalahgunaan dadah dalam jangka pendek boleh menyebabkan peningkatan jenayah, keganasan, dan masalah kesihatan awam seperti penularan penyakit menular. Jangka Panjang: Penyalahgunaan dadah dalam jangka panjang boleh memberi kesan negatif kepada keseluruhan komuniti dengan menyebabkan peningkatan kadar jenayah, pengangguran, kegagalan dalam pendidikan, dan beban sosioekonomi yang tinggi. HUBUNGAN Jangka Pendek: Penyalahgunaan dadah dalam jangka pendek boleh menyebabkan konflik dalam hubungan, kehilangan kepercayaan, dan ketidakstabilan emosi. Jangka Panjang:Penyalahgunaan dadah dalam jangka panjang boleh merosakkan hubungan dengan keluarga, rakan, dan pasangan hidup. Ini boleh mengakibatkan isolasi sosial, kehilangan sokongan, dan perpecahan keluarga. KOMUNITI


1 01. PENDIDIKAN 2 PENCEGAHAN & RAWATAN KEMPEN KESEDARAN Menyediakan maklumat dan kesedaran kepada pelajar tentang risiko dankesan negatif dadah. Contohnya, pihak sekolah boleh melaksanakan program kesedaran dadah dengan mengadakan minggu antidadah setiap bulan, mengundang penceramah atau pakar dalam bidang ini serta menyediakan bahan bacaan dan sumber pendidikan yang berkaitan. PELAN KOKURIKULUM Pelan kurikulum yang menyeluruh juga penting untuk memastikan isu dadah diperbincangkan dalam konteks yang sesuai dan relevan. Untuk rawatan, pendekatan pendidikan boleh membantu individu yang terjerat dalam penyalahgunaan dadah memahami kesannya, mencari bantuan, dan memulakan proses pemulihan. Contoh program rawatan melalui pendidikan termasuk penyediaan sesi kaunseling, sokongan peer, dan program pemulihan yang disesuaikan. [7] [8]


02. PROGRAM REHABILITASI PROGRAM REHABILITASI SECARA HOLISTIK DAPAT MEMBANTU INDIVIDU UNTUK PULIH DARIPADA KEBERGANTUNGAN KEPADA DADAH DENGAN MENYEDIAKAN SOKONGAN SOSIAL, LATIHAN KEMAHIRAN DAN BIMBINGAN KESIHATAN MENTAL DAN FIZIKAL. SEBAGAI CONTOH : PROGRAM REHABILITASI DALAM TEMPAT TINGGAL YANG MENAWARKAN PERUBAHAN PERSEKITARAN, SOKONGAN KESIHATAN MENTAL DAN FIZIKAL SERTA PELBAGAI AKTIVITI YANG MEMBANTU INDIVIDU MENGATASI KEBERGANTUNGAN KEPADA DADAH. PROGRAM REINTEGRASI MASYARAKAT YANG MEMBANTU INDIVIDU YANG PULIH DARIPADA PENYALAHGUNAAN DADAH UNTUK KEMBALI KE MASYARAKAT DENGAN MENYEDIAKAN LATIHAN KEMAHIRAN,BIMBINGAN PEKERJAAN DAN SOKONGAN SOSIAL


03. TERAPI TERAPI PENTING UNTUK MEMBANTU INDIVIDU YANG TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH MNEGATASI MASALAH PSIKOLOGIKAL DAN EMOSI YANG MUNGKIN MENJADI FAKTOR PENDORONG PENYALAHGUNAAN DADAH SEBAGAI CONTOH : TERAPI KOGNITIF TINGKAHLAKU (CBT) UNTUK MEMBANTU INDIVIDU MENGENAL PASTI DAN MENGUBAH PEMIKIRAN DAN TINGKAHLAKU YANG BERKAITAN DENGAN PENYALAHGUNAAN DADAH. TERAPI PENGGANTIAN OPIOID (TOR) BAGI INDIVIDU YANG BERGANTUNG KEPADA OPIOID SEPERTI HEROIN DAN MELIBATKAN PENGGUNAAN UBATUBATAN YANG SAH UNTUK MENGURANGKAN KEINGINAN DAN SIMPTOM KETERTARIKAN


Farhana. (2011, September 7). Isu Penyalahgunaan Dadah. PORTAL MyHEALTH. http://www.myhealth.gov.my/isu-penyalahgunaandadah/ 1. Muzamir, M. Y. (2023, May 30). 60,000 remaja negara ini dikenalpasti terjebak penyalahgunaan dadah. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1108080/60000-remaja-negara-ini-dikenalpasti-terjebak-penyalahgunaan-dadah 2. Azlah, N., Jaafar, M., Singh, N., Awang, M., Mydin, F., & Ahmad, A. (2014). TREN PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN MAHASISWA/I (2008-2013). https://core.ac.uk/download/pdf/42980487.pdf 3. Nachiappan, S., Perumalsamy, S. P., Zulkafaly, F. H. M., & Andi, H. (2014). PENYALAHGUNAAN DADAH DAN LANGKAH MENGATASI DARI SEGI KOGNISI DI PUSAT PENGASIH MALAYSIA: DRUG ABUSE AND WAYS TO OVERCOME IN TERMS OF COGNITVE AT MALAYSIA PENGASIH CENTER. Jurnal Peradaban Melayu, 9, 176–184. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/1997/1457 4. Maklumat Jenis Dadah – Agensi Antidadah Kebangsaan. (n.d.). Www.adk.gov.my. https://www.adk.gov.my/category/maklumat-jenisdadah/ 5. Farhana. (2011, September 7). Penyalahgunaan Dadah - PORTAL MyHEALTH. PORTAL MyHEALTH. http://www.myhealth.gov.my/penyalahgunaan-dadah/ 6. Kempen Kesedaran Awam Dan Antidadah - Agensi Antidadah Kebangsaan. (2021, September 27). Www.adk.gov.my. https://www.adk.gov.my/pencegahan/kempen-kesedaran-awam-dan-antidadah/ 7. Bernama. (2023, November 2). Kempen antidadah kalangan remaja perlu dianjur lebih kerap. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kempen-antidadah-kalangan-remaja-perlu-dianjur-lebih-kerap-444460?amp=1 8. Kesan-kesan Pengambilan Dadah Terhadap Manusia. (n.d.). Penawaracun.usm.my. https://penawaracun.usm.my/bil-19/1317-kesan-kesanpengambilan-dadah-terhadap-manusia 9. RUJUKAN


Click to View FlipBook Version