FAHAMAN ATEISME DAN FAKTOR PENYEBARAN DI MALAYSIA MPU31032: Falsafah dan Isu Semasa Mohd Syawal bin Haron (08BFM22F3025) Wan Nabiq Nukman Bin Wan Ahmad Amri (08BFM23F3018) Muhammad Nabil Imran Bin Kamarul Azhar (08BFM23F3025) Muhammad Shukrie Hanafie Bin Muzafar (08BFM23F3026) Nama Pensyarah: Puan Azlina binti Muhammud
ISI KANDUNGAN 08 SINOPSIS MAJALAH 03 PENGENALAN 04 OBJEKTIF 05 MAKLUMAT PENERBIT 06 PEMBAHAGIAN TUGAS 07 KATA ALUAN 13 AKTIVITI 09 SUB TOPIK KESIMPULAN 14 16RUJUKAN
Di zaman era yang kian membangun, telah wujudnya satu perubahan yang besar keapda gaya hidup masyarakat kini. Biarpun kehidupan pada zaman moden adalah serba canggih dan berteknologi, namun zaman moden inilah yang lebih mencabar jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Hal ini demikian kerana, masyarakat perlu berhadapan dengan cabaran yang semakin getir iaitu mempertahankan akidah yang sebenar. Atheisme dapat didefinisikan sebagai satu fahaman dan kepercayaan yang menafikan kewujudan Tuhan sebagai Pencipta dan perlu di sembah oleh seluruh makhluk. Dengan erti kata lain, Atheisme adalah satu fahaman dan pengangan yang tidak mempercayai akan wujudnya Tuhan. PENGENALAN ATEISME
Mengetahui tentang asal-usul kemunculan fahaman Atheisme. Melalui kajian dan pembacaan yang dilakukan kami dapat menyimpulkan bahawa fahaman Atheisme tidak boleh disebarkan kepada masyarakat kerana membawa kepada satu ideologi pemikiran yang terlalu mengfokuskan kepada logic akal sahaja. Hal ini boleh menimbulkan perbalahan sesama masyarakat. Jika fahaman ini disebarkan kepada masyarakat yang kurang dari segi ilmu pengetahuannnya, maka masyarakat akan mudah mempercayai dan menidakkan akan kewujudan Tuhan. OBJEKTIF
Maklumat PENERBIT Menerbitkan majalah berkaitan Fahaman Atheisme dan Faktor Penyebaran di Malaysia Mohd Syawal bin Haron (08BFM22F3025) Muhammad Shukrie Hanafie Bin Muzafar (08BFM23F3026) Muhammad Nabil Imran Bin Kamarul Azhar (08BFM23F3025) Wan Nabiq Nukman Bin Wan Ahmad Amri (08BFM23F3018)
TUGAS Pembahagian tugas ini adalah untuk memberi tugasan kepada setiap individu dalam kumpulan agar sesuatu kumpulan tersebut dapat bekerjasama dalam satu kumpulan Pembahagian 01 Syawal Membuat muka depan, Tajuk dan logo politeknik Membuat isi kandungan bagi yang terdapat dalam majalah Membuat maklumat penerbit setiap ahli dan rujukan berdasarkan majalah tersebut 02 Nabiq Membuat pembahagian tugas bagi setiap kumpulan Membuat kata aluan bagi permulaan majalah Membuat Sinopsis Majalah berdasarkan kesimpulan majalah 03 Shukri mencari dan mengisi Isi Sub topik dalam majalah membuat Kesimpulan membuat Aktiviti dan permainan 04 Nabil Imran mencari dan mengisi Isi Sub topik dalam majalah membuat Kesimpulan membuat Aktiviti dan permainan
"Alhamdulillah, kami merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kunia dan izinNya dapat juga kami menyiapkan e-majalah yang bertajuk Fahaman Atheisme dan Faktor Penyebaran di Malaysia untuk subjek Falsafah dan Isu Semasa (MPU31032) yang perlu disiapkan secara berkumpulan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kami menjulang sepenuh penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Azlina binti Muhammud untuk subjek Falsafah dan Isu Semasa (MPU31032), di atas bantuan dan dorongan beliau yang banyak membantu kami sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini dijalankan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang menyiapkan e-majalah ini lebihlebih lagi yang berkaitan topik kami Fahaman Atheisme dan Faktor Penyebaran di Malaysia. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai dan mendalami pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Akhir kata, kami berharap agar tugasan kami ini dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat serta membuka mata dan minda semua terhadap falsafah dan isu semasa yang berkaitan dengan Atheisme yang kian menular dalam kalangan rakyat di negara kita. Sekian, terima kasih. ALUAN Kata
MAJALAH Sinopsis Menurut Oxford Dictionaries, Atheisme ialah ketidakpercayaan atau kurang percaya akan keberadaan Tuhan. Perkataan "atheism" berasal dari Bahasa Yunani yakni Atheos yang bererti tanpa Tuhan. 'A' bermaksud tanpa manakala "theos" adalah Tuhan atau Tuhan tuhan. Atheisme telah membentuk menjadi suatu fahaman dan aliran pemikiran. Namun jika mendalami dari segi Bahasa Arab, athiesme adalah alMenurut Ibn al-Faris, lam, ha' dan dal merujuk kepada menyimpang(اإللحاد (ilhad bermaksud seorang lelaki الرحل حذَ ْل ا ( daripada pandangan yang lurus. Alhad al-rajul telah menyimpang daripada jalan kebenaran (Ibn Fāris al- Qazwīnī, 2008). Dengan adanya ahli fikir, mereka berterus - terang dan menafi bahawa kewujudan tuhan dengan dalil- dalilnya yang tersendiri adalah tidak wujud. Seperti yang kita tahu, Atheisme ini tidak mengakui adanya Tuhan malah menentang akan adanya Tuhan dalam teori mahupun praktik. Terdapat beberapa pengertian Atheisme antaranya - :ialah 1. Yakin bahawa Tuhan dan Malaikat tidak wujud 2. Keraguan tentang kewujudan ghaib yang seharusnya mempengaruhi alam semesta. .3.Tidak ada kepercayaan khusus kepada Tuhan. Golongan orang Yunani pada zaman dahulu merujuk kepada golongan orang Kristian yang Atheis kerana mereka tidak mempercayai Tuhan itu ada. Manakala, golongan orang Kristian memanggil golongan orang yang Ateis kerana mereka tidak percaya juga kepada Tuhan mereka. 4..Menolak kesemua Agama. Dalam hubungan ini, pantheisme dalam pelbagai bentuknya menolak Tuhan yang transgender dan peribadi tetapi menyedari dan mengenali sesuatu yang mutlak. Pada masa kini mungkin orang ramai masih tidak mengetahui tentang kewujudan fahaman ini. Oleh itu, kertas kerja ini lebih menfokus kepada reality semasa dengan huraian tentang sejarah kedatangan atheisme, ciri-ciri fahaman atheism, factor yang dapat mempengaruhi masyarakat, kesan mengikut fahaman ini dan juga pandangan atheisme dari sudut barat dan juga timur. Dengan itu ia dapat membuka mata dan minda masyrakat diseluruh dunia supaya tidak terikut fahaman yang sememangnya bertentangan dengan ajaran islam.
ISI-SUBTOPIK Program Westernisasi telah diadakan sejak awal era modenisasi yang telah dirasai dan dialami oleh masyarakat. Maksud Westernisasi ialah perbuatan seseorang yang mengikuti gaya perilaku dan gaya hidup bangsa asing dalam erti kata yang senang meniru gaya kehidupan bangsa lain atau bangsa barat. Namun di Timur juga terkesan dengan program ini tetapi mereka dapat menghadapi situasi ini malah menolaknya. Salah satu program ini ialah Atheisme dimana akan menyebabkan pemecahan keyakinan terhadap Tuhan dan Alam. Kewujudan Atheisme ini disebabkan oleh kebencian terhadap agama dan ingin kebebasan darinya. Menurut Don, kebencian ini merupakan bahagian daripada kesenangan terhadap agama. Hal ini demikian, banyak masyarakat menjadi liberalist iaitu tidak mempunyai matlamat hidup selain daripada mempertingkatkan kesejahteraan lahiriah dan kebendaan atau kebebasan hak asasi manusia. Selain itu, ada masyarakat yang ingkar terhadap Tuhan (Atheis) dan banyak perkara lagi yang menimbulkan seseorang itu adalah Ateis. Kebanyakkanya ada menolak agama, ketidakpercayaan Tuhan, dan menolak wahyu secara intelektual. 1.0 PANDANGAN ATHEISME DARI SUDUT BARAT DAN TIMUR Di dalam budaya Barat, Atheis diandaikan sebagai tidak beragama. Terdapat beberapa contoh agama yang tidak menyatakan tentang istilah Tuhan di dalam upacara ritual. Konsep ketuhanan selalu digunakan di dalam agama, contohnya Agama Buddha. Agama ini disebut sebagai agama Atheistik walaupun definisi ini banyak cenderung dengan erti kata falsafah sekular seperti humanisme, rasionalisme dan naturalisme. Atheis boleh dianggap trend orang barat dan ideologi Ateis ini berfaedah kerana hadirnya kemodenan dalam sikap, kehidupan, dan perbuatan seluruh manusia untuk mempertangunggjawabkan pelbagai tuntutan dan hujah yang lebih munasabah dan pemikiran secara lebih jelas sehingga dapat membezakan antara ilusi, subjektif dan objektif (Kluge, 2009). Atheisme telah tersebar di Barat malah itu bukan suatu isu program Barat dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan. Atheis juga memasarkan konsep dalam bentuk kebebasan yang tidak dimiliki agama dalam hidup yang dikuasai dari kalangan para Atheisme.
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam al-Fiqh al-Awlawiyyat mengkritik fahaman Ateisme dengan menyatakan bahawa penganutnya tidak mempercayai konsep ketuhanan, kenabian dan pembalasan hari kiamat. Mereka sama dengan golongan yang digambarkan oleh firman Allah SWT, َنا الُّدْنَيا َوَما َنْحُن ِبَمْنُعوِنيَن ُن ِإْن ِهَي ِإاَّل َحَيا وا ُل ا َو َق Maksudnya: "Dan tentulah mereka akan berkata pula: "Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati". (Surah al-An'am: 29) 1.2 PANDANGAN ULAMA' KONTEMPORARI TENTANG ATHEISME Penggunaan kata Atheisme berasal daripada bahasa yunani ἄθεος iaitu atheos yang membawa maksud "tanpa tuhan". Dalam erti kata lain, atheisme membawa makna fahaman atau kepercayaan yang tidak mengakui kewujudan Tuhan. Atheisme merupakan ketidakpercayaan atau kurang kepercayaan terhadan kewujudan Tuhan. Dalam Bahasa Arab ateisme ataupun illhad. Dari segi istilah illhad ialah sebuah اإللحاد adalah mazhab falsafah yang menafikan kewujudan Allah sebagai pencipta alam semesta. Perkataan ini diguna pakai oleh golongan yang menafikan Tuhan itu wujud dan perlu di .sembah oleh golongan majoriti dalam sesebuah masyarakat Perkataan-perkataan Bahasa Arab lain yang digunapakai untuk merujuk kepada golongan atheisme ialah mulhid, dahriyyah, zanadiqah, tabi'yyah, la diniyyah dan lain-lain. Atheisme tercetus atas sebab kebencian serta ingin kebebasan sepenuhnya daripada agama. Secara khasnya atheis boleh di klasifikasikan sebagai orang yang tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan manakala atheisme ialah suatu fahaman atau kepercayaan yang tidak mengakui bahawa Tuhan itu wujud. Kata lawan bagi atheisme ialah theism yang membawa maksud fahaman yang mengakui Tuhan itu wujud. DEFINISI
Atheisme telah menjadi satu pegangan sebahagian manusia sejak zaman dahulu lagi. Pada era tamadun Greek, tokoh-tokoh seperti Diagoras of Melos serta Epicurus telah menyatakan fahaman ateisme tentang ketidakpercayaan kepada Tuhan ataupun dewa, mengingkari metafizik, kebangkitan serta risalah. Golongan ini hanya berpegang kepada logik akal sahaja. Fahaman ateisme bermula semasa dan juga selepas lahirnya zaman humanisme Renaisans, iaitu pada abad ke-14 hingga ke abad ke -16. Fahaman ini tercetus akibat Barat ketika itu hanya menumpukan tentang ilmu kemajuan kebendaan sehingga mereka. melupakan pembangunan kemanusiaan dan kerohanian. Gereja pada ketika itu berlaku penyelewengan dan cengkaman yang keterlaluan pada penganut Kristian. Pada asalnya gereja amat dihormati serta disanjungi masyarakat sebelum era Renaisans. Gereja dahulunya merupakan tempat rujukan utama masyarakat sebelum berlakunya penguasaan serta pengongkongan kepada penganut Kristian secara menyeluruh. Sesetengah masyarakat tidak lagi menganut agama Kristian kerana terdapat banyak penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa dengan menggunakan nama Tuhan sehingga menjatuhkan maruah gereja. Akibat daripada perkara tersebut, masyarakat mula mencari solusi untuk meloloskan diri daripada cengkaman gereja, 1.3 SEJARAH PENCETUS ATHEISME Jadi, mereka bertindak dengan memisahkan diri dan kehidupan daripada ajaran Kristian dengan cara hanya menumpukan kepada kemajuan, kemewahan, kebendaan, kemegahan serta kewangan semata-mata. Kesan daripada isu gereja ini, maka lahirlah tokoh-tokoh ateisme. Tokoh-tokoh ini ialah Baron D' Holbach, Percy Bysshe Shelley, Denis Diderot dan banyak lagi. D' Holbach menyatakan bahawa semua kanak-kanak yang lahir di dunia adalah ateis kerana mereka belum tahu akan kewujudan Tuhan. D' Holbach turut mendakwa bahawa agama adalah suatu bentuk penindasan serta kezaliman yang melemahkan munculnya kebenaran. Tokoh sosialis dan kapitalis iaitu Karl Marx menyatakan bahawa Kristian serta agama lain di dunia ini harus dimusnahkan terlebih dahulu sebagai proses membina manusia menjadi Tuhan. Karl Marx berpendapat lagi bahawa bukan Tuhan yang menciptakan manusia tetapi sebaliknya manusia yang mencipta Tuhan.
Di Malaysia, atheisme mula mendapat perhatian umum apabila media arus perdana melaporkan perjumpaan kumpulan atheis pada tanggal 3 Ogos 2017, The Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur. Anak muda islam ataupun dikenali sebagai "exMuslim" merupakan majoriti di dalam kumpulan ini. Fahaman atheisme di Malaysia juga tersebar dengan adanya media sosial seperti Facebook. Antara laman Facebook yang mendapat perhatian ialah Warung Atheist yang mempunyai 5,000 orang ahli, kumpulan Malaysian Atheist Confessions yang mempunyai 2.000 ahli, Freethinkers, Agnostics and Their Friends dengan 1,900 ahli serta Atheist Republic Malaysia dengan 1,800 ahli. Jumlah ahli ini tidak termasuk lagi dengan pengguna Twitter yang dikatakan lebih lantang berbicara. Di samping itu, terdapat beberapa blog yang turut sama-sama menyebarkan fahaman ateis ini contohnya seperti Melayu Atheist yang aktif menulis sejak tahun 2013 1.4 ATHEIS DI MALAYSIA
KESIMPULAN Dapat disimpulkan bahawa kemasukan ideologi-ideologi yang datang daripada Barat tanpa sebarang tapisan boleh membawa implikasi negatif terhadap iman umat Islam. Ideologi- ideologi seumpama ini, apabila dibiarkan membudaya dalam masyarakat Islam akan melahirkan individuindividu muslim yang berfahaman komunis, humanis, atheis, sekularis, hedonis dan lain-lain. Hal ini sesuai dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: عن أبي سعيد رضي هللا عنه : أن النبي صىل هللا عليه وسلم قال: )التتبعن سنن من قبلكم شيرا .بشير، وذراعا بذراع، حتى لو سلكوا جحر ضب لسلكتموه( .قلنا: يا رسول هللا اليهود والنصارى قال: )فمن( Maksudnya: Daripada AbiSa "id al-Khudri ra., bahawa Nabi SAW telah bersabda: "Kamu akan mengikut jalan-jalan golongan yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggalah jika mereka masuk ke lubang biawak (pasir) sekalipun, kamu akan mengikutinya. Kami berkata: Wahai Rasulullah, Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi? (AbiSa id al-Khudri ra) Menurut al-Qari, ungkapan "Kamu akan mengikut jalan-jalan golongan yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta", adalah menunjukkan kepada betapa kesungguhan umat Islam mengikuti dan mencontohi orang kafir dalam melakukan kemaksiatan dan perkara yang menyalahi hukum syarak. Sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (pasir) yang sempit dan buruk sekalipun maka umat Islam tetap akan mengikutinya. Ini merupakan isyarat jelas tentang keadaan umat Islam di akhir zaman yang gemar meniru bulat-bulat terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh orang kafir tanpa memikirkan samada ia boleh menggugat atau menjejaskan keimanan mereka.. Apa yang kita boleh rumuskan ialah atheisme ini adalah satu sistem kepercayaan dimana ia tidak ada kepercayaan terhadap Tuhan. Percaya akan kewujudan Tuhan atau kepercayaan terhadap Tuhan itu tidak wujud dalam diri mereka. Hal ini boleh dikatakan bahawa golongan atheis ini bukanlah golongan pengamal agama namun lebih kepada sesuatu sistem kepercayaan.
Aktiviti 1.a person who practises naturalism in art or literature. comes from the Latin humanus, thought to be a hybrid relative of homo, meaning “man, ” and humus, meaning “earth. ” 2. a person who bases their opinions and actions on reason and knowledge rather than on religious belief or emotional response. 3. a person who attacks or criticizes cherished beliefs or institutions. 4. a person who renounces a religious or political belief or principle. 5. 6.a person who questions or lacks faith in something; a sceptic. a person who disbelieves or lacks belief in the existence of God or gods. 7. a person who has no religion or whose religion is not that of the majority. 8. more humane, just, compassionate, and democratic society using a pragmatic ethics based on human reason, experience, and reliable knowledge-an ethics 9. 10.not belonging to or connected with a Church. 11.a person inclined to question or doubt accepted opinions. 12.giving out or reflecting much light; shining. 13.a person who thinks freely or independently a person holding religious beliefs other than those of the main or recognized religions. 14. 15.a person believing in or practising orthodox religious 16.a person not respectful of religious practice 17.means not any
SEKIAN TERIMA KASIH
Berita Harian. (2018, July 13). Bendung segera ancaman puak liberal, literalis, atheis. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/07/448889/bendungsegera-ancaman-puak-liberal-literalis-atheis. Astro Awani, Berita Tajuk Utama Hari Ini, Berita Semasa, Berita Terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video, dan Siaran Langsung TV. (n.d.). https://www.astroawani.com/berita-malaysia/media-baharu- antarapunca-gejala-ateisme-berleluasa-161340. RUJUKAN Sumber-sumber rujukan yang diperoleh READ MORE Razif, M. (2019, October 21). BAYAN LINNAS SIRI KE- 107: MENILAI FAHAMAN NEW ATHEISM. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/696-bayan-linnassiri-ke-107-menilai- fahaman-new-atheism. K.S. (2017, December 14). Persoalan ateisme di kalangan anak Melayu. Persoalan Ateisme Di Kalangan Anak Melayu. Published. https://www.malaysiakini.com/news/405410 SProf Wan Mohd Nor Wan Daud. (2016, July 29). Ateis, murtad suatu bentuk penjajahan. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/07/178294/ateismurtad- suatu-bentuk-penjajahan.