The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Contemporary issues on education and Islamic education.-- Yala :
Faculty of Education Yala Rajabhat University, 2022.
103 p.
1. Islamic education. I. Title.
297.77
ISBN 978-616-8297-19-3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nursula Cheleh, 2022-07-20 02:53:19

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Contemporary issues on education and Islamic education.-- Yala :
Faculty of Education Yala Rajabhat University, 2022.
103 p.
1. Islamic education. I. Title.
297.77
ISBN 978-616-8297-19-3

Keywords: Islamic Education

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Syarh al-Wajiz al-Kabir li al-Rafi'I, Takhrij al-Hadith Nasyatuh wa Manhajiyyatuh dan Kayfa Nadrus ‘Ilm al-
Takhrij.

Pemeliharaan Hadis Melalui Metode Takhrij Hadis

Pemeliharaan hadis melalui metode takhrij hadis dapat dilihat daripada beberapa aspek. Aspek-
aspek tersebut adalah:

Mengelakkan Penyebaran Hadis Palsu
Apabila takhrij hadis dengan menyatakan sumber asalnya diwajibkan ke atas setiap orang yang ingin
menukilkan hadis dalam sesuatu penulisan, ia secara tidak langsung dapat mengelakkan hadis palsu
daripada disebarkan. Hal ini kerana apabila sumber ambilan hadis perlu dibuktikan, hadis-hadis yang tidak
mempunyai bukti sumber ambilan adalah diragukan dan dapat dielakkan penghujahannya. Selain itu,
melalui takhrij, sumber yang hadis yang bermasalah dapat dikesan dan ditolak penisbahannya kepada Nabi
SAW. Lebih menjamin ketepatan sesuatu kajian riwayat itu ialah apabila takhrij mendedahkan kesilapan
sebahagian kajian sanad yang dibuat secara tidak cermat, sehingga sesuatu sanad yang bermasalah diangkat
ke tahap hasan li gharihi sebegitu mudah semata-mata memiliki banyak jalur sanadnya walhal semuanya
bertaraf dhaif jiddan. Sikap bermudah-mudah ini mencerminkan ketiadaan asas disiplin dalam ilmu hadis
serta memberi implikasi. Melalui proses takhrij hadis Nabi SAW dapat dipelihara secara langsung daripada
dimanipulasikan.

Dapat Memudahkan Pembaca Mengetahui Status Hadis
Takhrij hadis perlu menyatakan status kesahihannya jika ada. Hal ini kerana terdapat hadis yang
status kesahihannya telah dinyatakan dalam sumber asalnya, iaitu oleh pengarang kitab itu sendiri atau oleh
ulama lain yang membuatkajian terhadapnya. Dengan melakukan takhij, iaitu dengan merujuk hadis pada
sumber asalnya, komentar pengarang terhadap status kesahihan sesebuah hadis itu mungkin dapat ditemui.
Dengan status kesahihannya hadis-hadis yang diragukan kesahihannya dapat dielakkan daripada diamalkan
atau disebarkan. Inilah antara tujuan takhrij yang diharapkan oleh pelbagai pihak.

Dapat Mendekatkan Umat Islam Dengan Hadis Nabi SAW
Takhrij hadis dengan mencari sumber asalnya akan mendekat umat Islam kepada hadis Nabi SAW.
Hal ini kerana, takhrij hadis membabitkan beberapa proses. Antaranya proses merujuk dan memahami teks
hadis. Dalam proses mencari sumber asal hadis, bukan sahaja teks hadis yang dicari akan ditemui, tetapi
pelbagai maklumat berkaitan hadis, seperti teks asal, maksud hadis, maklumat sumber, maklumat sanad,
status, tariq dan sebagainya akan ditemui. Justeru, jika setiap orang, terutamanya orang yang ingin
menukilkan hadis diminta untuk melakukan takhrij, secara tidak langsung dia akan lebih mengenali dan
dekat kepada hadis Nabi SAW. Selain itu, pembaca yang membaca maklumat tersebut juga akan menjadi
lebih dekat kepada hadis Nabi SAW jika mereka merujuk sumber-sumber tersebut.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 45

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Dapat Membantu Menyingkap Pengurangan, Idraj, Penambahan atau Percanggahan (Syuzuz) yang
Terdapat Dalam Matan atau Sanad Sesuatu Hadis.

Terdapat hadis yang diriwayatkan dengan terdapat pengurangan, idraj, penambahan, dan
percanggahan (syuzuz) dengan hadis lain sama ada dari sudut matan atau sanadnya. Idraj adalah sesuatu
ungkapan atau perkataan yang bukan daripada hadis Nabi SAW tetapi disebut dalam matan hadis secara
bersambung tanpa terdapat pemisahan.70 Kewujudan pengurangan, idraj, penambahan dan percanggahan
(syuzuz) tersebut dapat dikesan melalui takhrij, iaitu dengan mengumpulkan tariq-tariq lain yang
meriwayatkan hadis yang sama. Setelah tariq-tariq tersebut dibandingkan, akan ditemui pengurangan,
penambahan, idraj atau percanggahan (syuzuz) hadis itu dengan hadis lain. Jika pengurangan, idraj,
penambahan atau percanggahan (syuzuz) tersebut memberi kesan yang besar kepada kesahihan hadis, ia
akan ditolak.

Contoh Terdapat Pengurangan Pada Sanad
‫ " كان رسول الَل‬:‫ قال‬،‫ عن سعيَد بن جبير‬،‫ عن سالم‬،‫ عن شريك‬،‫ حدثنا عباَد بن العوام‬،‫حدثنا عباَد بن موسى‬

71.‫صلى الل عليه وسلم يجهر ببسم الل الرحمن الرحيم‬
Hadis ini adalah mursal disebabkan perawinya yang meriwayatkannya daripada Nabi SAW, iaitu Sa’id
bin Jubair adalah seorang tabii. Maksudnya terdapat seorang sahabat yang digugurkan atau tidak dinyatakan
dalam sanad ini setelah beliau. Namun setelah melakukan takhrij, didapati hadis ini juga diriwayatkan oleh
ulama lain. Daripada riwayat tersebut dapat diketahui bahawa nama sahabat yang digugurkan itu adalah Ibn
Abbas.72 Dengan melakukan takhrij, perkara tersebut dapat disingkap.

Contoh terdapat idraj pada matan.
:‫ نَا ع ْبَد ا ْلح ِمي َِد ْب َن ج ْعفرَ قا َل‬:َ‫ نَا مح َّمَد ْبنَ ب ْك َر ا ْلب ْرسانِيَ قال‬:َ‫ نا أ ْحمَد ْب َن ا ْل ِم ْقدا ِمَ ا ْل ِع ْج ِليَ قال‬:‫ح َّدثنا أ ْحمَد قا َل‬

:‫ س ِم ْع َت رسولَ ّل َّلاَِ ص َّل َى اللَ عل ْي َِه وس ّلَمَ يقو َل‬:‫ ع ْنَ ب ْسرةَ بِ ْن َِت ص ْفوانَ قال َْت‬،‫ ع َْن أبِي ِه‬،‫ح َّدثنِي ِهشامَ ْب َن ع ْروة‬

73".ِ‫ أ ْوَ أ ْنثي ْي ِهَ ف ْليتو َّضَأْ وضوءهَ ِلل َّصَلَة‬،‫ أ ْوَ ر ْفغه‬،‫«م َْن م َّسَ ذكره‬

Dalam hadis ini tedapat kata-kata “‫َ أ ْوَ أ ْنثي ْي َِه‬،‫”أ ْوَ ر ْفغه‬. Kata-kata ini adalah satu idraj sepertimana
yang dinyatakan oleh al-Daruqutni. Idraj tersebut dapat diketahui juga apabila tariq-tariq lain bagi hadis ini

70 ‘Itr, Nur al-Din, Manhaj al-Naqd fi ‘Ulum al-Hadith, Damsyik: Dar al-Fikr (1992). h. 439.
71 Abu Daud. Al-Marasil, Tahqiq Shuaib Al-Arnaut, Beirut:, Muassasah Al-Risalah. (1988). h. 89. Nombor hadis: 34.
72 Al-Tabrani, Ahmad bin Ayyûb. al-Mu’jam al-Kabir." Tahqîq oleh: Hamdî bin ‘Abd al-Hamîd al-Salafî, Mushul: Maktabah al-
‘Ulûm wa al-Hikam, (1983). j. 11. h. 185. Nombor hadis: 11442.
73 al-Tabarani, Abu al-Qasim Sulayman bin Ahmad bin Ayyub. Al-Mu‘jam al-Awsat. Tahqiq: Muhammad Hasan Muhammad
Hasan Isma‘il al-Shafi‘i. ‘Amman: Dar al-Fikr. (1999). j. 2. h. 124. Nombor hadis: 1457.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 46

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

dikumpulkan dan dibandingkan. 74 Melalui tariq-tariq tersebut, didapati bahawa ulama lain yang
meriwayatkannya dengan sanad yang sama tidak meriwayatkannya dengan idraj tersebut.75

Contoh Terdapat Penambahan Pada Matan
Sabda Nabi SAW:
‫ عن أب َي‬،‫ وأبي صالح‬،‫ عن أبي رزين‬،‫ أخبرنا الأعمش‬،‫ حدثنا علي بن مسهر‬،‫حدثني علي بن حجر السعدي‬
76.»‫ «إذا ولغ الكلب في إناء أحدكم فليرقه ثم ليغسله سبع مرار‬:‫ قال رسول الل صلى الل عليه وسلم‬:‫ قال‬،‫هريرة‬

Maksudnya: “Apabila anjing menjilati bejana salah seorang daripada kamu, maka hendaklah dia
membuangnya dan cucilah sebanyak tujuh kali.”

Tedapat perkataan “‫ ”فليرقه‬dalam hadis ini, Perkataan ini adalah satu penambahan sebagaimana
yang dinyatakan oleh Ibn Mandah.77 Hal ini juga dapat diketahui melalui tariq-tariq lain bagi hadis ini yang
dikumpulkan dan dibandingkan. Melalui tariq-tariq tersebut didapati bahawa ulama lain yang
meriwayatkannya dengan sanad yang sama tidak meriwayatkannya dengan penambahan tersebut.78

Contoh Terdapat Percanggahan (Syuzuz)
Sabda Nabi SAW:
‫ "أ ََّن رسو َل ال ِلَ ص َّل َى‬،‫ ع َِن ا ْلم ِغيرَِة ْب َِن ش ْعبة‬،‫ ع َْن هذ ْي ِلَ ْب َِن شر ْح ِبيل‬،‫ ع ْنَ أبِي ق ْيس‬،‫ ح َّدثنا س ْفيان‬،‫ح َّدثنا و ِكي ٌع‬

79".‫اللَ عل ْي ِهَ وسلََّم تو َّضَأ ومس َح على ا ْلج ْورب ْي ِنَ والنَّ ْعل ْي َِن‬

Maksudnya: “Rasulullah SAW berwuduk dan menyapu di atas dua al-jaurab (sarung kaki) dan selipar baginda
SAW.” 80

Hadis ini diriwayatkan dengan mengatakan bahawa Rasulullah SAW mengambil wudhu’ lalu
menyapu air di atas kedua stokin dan selipar baginda SAW. Ia diriwayatkan oleh Huzail bin Syurahbil melalui
al-Mughirah bin Syu’bah. Namun setelah melakukan takhrij, didapati bahawa hadis ini juga diriwayatkan oleh
sekumpulan perawi lain daripada al-Mughirah bin Syu’bah. dengan lafaz:

81.‫أنَّ َه تو َّضأَ ومس َح على خ َّف ْي َِه‬

74 Al-Daruqutni, ‘Ali bin ‘Umar, Sunan al-Daruqutni. Tahqiq: Abdullah Hashim al-Madani. Beirut: Dar al-Ma’rifah. (1966). j. 1.
h. 269. Nombor hadis: 536.
75 Opcit. Ahmad bin Hanbal. j. 45. h. 265. Nombor hadis: 2729, Abu Daud, Sulaiman al-Sajastani. Sunan Abu Daud. Tahqiq:
Izzat Ubayd al-Daas. Hims: (1971). j. 1. h. 46. Nombor hadis: 181.
76 Muslim bin al-Hajjaj, Sahih Muslim. Riyadh: Dar al-Salam, (1419). j. 1. h. 234. Nombor hadis: 279.
77 Ibn Hajar. Ahmad bin Ali al-Asqalani. Talkhis al-Habir. Kaherah: Mu'assasat Qurtubah. (1964). j. 1. h. 29.
78 Opcit. Ahmad bin Hanbal. j. 12. h. 415. Nombor hadis: 7447.
79 Ibid. j. 30. h. 144. Nombor hadis: 18206.
80 Ibid. j. 30. h. 144. Nombor hadis: 18206. Ibn Majah: Muhammad bin Yazid, al-Sunan. Tahqiq: Muhammad Fuad ‘Abd al-
Baqi, Beirut: Dar al-Fikr (t.t.). j. 1. h. 185. Nombor hadis: 559, Abu Daud. j. 1. h. 41. Nombor hadis: 159.
81 Ibid. j. 30. h. 38. Nombor hadis: 150. Al-Tabrani: j. 20. h. 372. Nombor hadis: 867. Al-Bayhaqi, Ahmad bin al-Husin al-
Khurasani. al-Sunan al-Kubra. Tahqiq: Muhammad Abdul al-Qadir ‘Ata’, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmi, (2003). : j. 1. h. 424.
Nombor hadis: 1346, Abu‘Awanah, Ya‘qub. Mustakhraj Abi ‘Awanah. Tahqiq: Ayman ‘Arif al-Damsyiqi. Beirut: Dar al-Ma
‘rifah (1998). j. 1. h. 528. Nombor hadis: 1977.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 47

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Maksudnya: “Sesungguhnya dia (Rasulullah SAW) mengambil wuduk lalu menyapu di atas kedua
khufnya”. Berdasarkan riwayat mereka, didapati bahawa riwayat Huzail bin Syurahbil telah bercanggah
dengan riwayat mereka dengan iaitu dengan mengandungi lafaz yang jauh berbeza. Oleh kerana
percanggahan tersebut memberi kesan yang besar kepada hadis itu, ia dianggap sebagai Syaz dan ditolak.
Dengan melakukan takhrij, kesahihan hadis dapat dipelihara melalui mengesan percanggahan yang berlaku.

Dapat Membantu Menyingkap Kesilapan Hadis Dari Sudut Ejaan (‫ )التصحيف‬dan susunan
(‫)التحريف‬

Terdapat beberapa hadis yang diriwayatkan atau dinukilkan secara silap dari sudut ejaan (‫)التصحيف‬
atau susunan (‫)التحريف‬. Kesilapan tersebut boleh terjadi sama ada pada matan atau sanad hadis.
Kesilapan-kesilapan tersebut bermungkinan tidak disengajakan. Dengan melakukan takhrij, iaitu dengan
mengumpulkan tariq-tariq lain bagi hadis yang sama atau dengan merujuk hadis tersebut pada teks asalnya,
kesilapan-kesilapan tersebut akan dapat disingkap dan diketahui ejaan atau susunannya yang sebenar.

Contoh Kesilapan Hadis Dari Sudut Ejaan
‫ َف َي ْخ ِل ُطو َن‬،‫ َفيُ ِق ُّر َها ِفي أُ ُذ ِن َو ِل ِي ِه َق هر ال ُّز َجا َج ِة‬،‫ يَ ْحفَ ُظ َها ا ْل ِج ُّن‬،‫ «تِ ْل َك ا ْل َك ِل َمةُ ِم َن ا ْل َح ِق‬:‫َقا َل َر ُسو ُل َّلهل ِا َصلهى اللهُ َع َل ْي ِه َو َسله َم‬

82 ".‫ِفي َها أَ ْكثَ َر ِم ْن ِمائَ ِة ِك ْذ َب ٍة‬

Tedapat perkataan “َ‫ ”ق ََّر الزجاج ِة‬dalam hadis ini, Namun perkataan tersebut sebenarnya terdapat
kesilapan pada ejaannya. Apabila dilakukan takhrij, didapati bahawa ejaan sebenar bagi perkataan tersebut
adalah “‫”ق َّرَ الدجاجة‬dan bukannya “‫”ق َّرَ الزجاج َِة‬. 83

Contoh Kesilapan Hadis Dari Sudut Susunan
”84َ‫حدي َث "رجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم يمينه ما تنفق شمالَه‬

Maksudnya: “Seorang lelaki yang bersedekah dengan satu sedekah sehingga tangannya kanannya
tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kirinya.”

Terdapat kesilapan susunan pada hadis ini. Lafaznya yang sebenar adalah “Seorang lelaki yang
bersedekah dengan satu sedekah sehingga tangannya kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh
tangan kanannya” sepertiman yang diriwayatan oleh ulama lain.85 Kesilapan seperti ini akan dapat dikesan
dengan melakukan takhrij dan hadis Nabi SAW dapat dipelihara.

82 Ibn Wahb, ʻAbd Allah̄ al-Jam̄ iʻ fī al-Ḥadit̄ h. Tahqiq: Musṭ ạ fá Ḥasan Ḥusayn Muhạ mmad Abū al-Khayr. Riyadh: Dār Ibn al-
Jawzi.̄ (1996). h. 771. Nombor hadis: 692.
83 Opcit. Muslim. j. 1. h. 1750. Nombor hadis: 2228.
84 Ibid. Muslim j. 2. h. 715. Nombor hadis: 1031.
85 Opcit. Al-Bukhari. . j. 1. h. 133. Nombor hadis: 660. Ahmad bin Hanbal. j. 15. h. 414. Nombor hadis: 9665.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 48

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Dapat Mengenalpasti Status Hadis
Terdapat hadis yang status kesahihannya telah dinyatakan dalam sumber asalnya, iaitu oleh
pengarang kitab itu sendiri. Dengan melakukan takhij, iaitu dengan merujuk hadis pada sumber asalnya,
komentar pengarang terhadap status kesahihan sesebuah hadis itu mungkin dapat ditemui.

Dapat Membantu Meyingkap Identiti Perawi.
Terdapat perawi yang indentitinya tidak dinyatakan secara jelas atau ia disebutkan secara samar
dalam sesebuah sanad hadis, iaitu sama ada hanya disebutkan gelaran, kunyah, nisbah atau nama perawi
sahaja tanpa menyebutkan nama bapanya )‫(المهمل‬, atau semua perkara tersebut tidak disebutkan langsung
tetapi hanya terdapat ungkapan yang samar tentang identitinya )‫ (المبهم‬. Nama sebenar perawi terkadang
perlu dikenalpasti terutamanya bagi mengetahui status kredibilitinya bagi tujuan melakukan kajian terhadap
status kesahihan hadis. Dengan melakukan takhrij, iaitu dengan mengumpulkan tariq-tariq lain, nama
sebenar perawi mungkin dapat diketahui. Hal ini kerana kemungkinan salah satu tariq yang meriwayatkannya
ada menyatakan nama perawi secara lengkap dan jelas.
Contoh perawi muhmal yang tidak disebut namanya dengan lengkap:
،‫ عن عبد الرحمن بن أبي ليلى‬،‫ عن ثابت البناني‬،‫ حدثنا حماد‬:‫ حدثنا حجاج قال‬:‫حدثنا عبد القدوس بن محمد قال‬
‫ "إذا دخل أهل‬:‫ وقال‬،]26 :‫ {للذين أحسنوا الحسنى وزيادة} [يونس‬:‫ هذه الآية‬ ‫ تلا رسول الله‬:‫ قال‬،‫عن صهيب‬
‫ وما‬:‫ فيقولون‬،‫ يا أهل الجنة إن لكم عند الّل موعدا يريد أن ينجزكموه‬:‫ نادى مناد‬،‫ وأهل النار النار‬،‫الجنة الجنة‬
‫ فينظرون‬،‫ فيكشف الحجاب‬:‫ وينجنا من النار؟ قال‬،‫ ويدخلنا الجنة‬،‫ ويبيض وجوهنا‬،‫هو؟ ألم يثقل الّل موازيننا‬

86.َ"‫ ولا أقر لأعينهم‬- ‫ يعني إليه‬- ‫ فوالّل ما أعطاهم الّل شيئا أحب إليهم من النظر‬،‫إليه‬
Dalam sanad hadis ini terdapat nama seorang perawi yang tidak lengkap, iaitu Hammad. Nama
beliau tidak lengkap kerana tidak dinyatakan nama bapanya. Justeru, tidak dapat dipastikan indentitinya
yang sebenar. Namun, setelah dilakukan takhrij, iaitu dengan mengumpulkan tariq-tariq lain bagi hadis ini,
didapati bahawa nama lengkap beliau adalah Hammad bin Salamah sepertimana yang terdapat dalam
sanad riwayat berikut.
،‫ عن ثابت البناني‬،‫ حدثنا حماد بن سلمة‬،‫ حدثني عبد الرحمن بن مهدي‬:‫ قال‬،‫حدثنا عبيد الله بن عمر بن ميسرة‬
‫ يقول الّل تبارك‬:‫ قال‬،‫ " إذا دخل أهل الجنة الجنة‬:‫ قال‬ ‫ عن النب ّي‬،‫ عن صهيب‬،‫عن عبد الرحمن بن أبي ليلى‬
‫ فيكشف‬:‫ وتنجنا من النار؟ قال‬،‫ ألم تبيض وجوهنا؟ ألم تدخلنا الجنة‬:‫ تريدون شيئا أزيدكم؟ فيقولون‬:‫وتعالى‬

87"َ.َ‫ فما أعطوا شيئا أحب إليهم من النظر إلى ربهم عز وجل‬،‫الحجاب‬
Dengan melakukan takhrij, identiti perawi dapat dikenalpasti seterusnya jika dia seorang perawi yang bersifat
bermasalah, riwayat-riwayatnya dapat elakkan daripada disebarkan atau diamalkan.

86 Opcit. Ibn Majah. j. 1. h. 61877. Nombor hadis: 1980. 49
87 Opcit. Muslim. j. 1. h. 163. Nombor hadis: 297.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022)

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Kesimpulan

Takhrij hadis merupakan suatu metode yang mampan dan relevan dalam memelihara hadis Nabi
SAW di zaman ini. Hal yang demikian kerana, melalui takhrij, kewujudan hadis dalam mana-mana sumber
Islam perlu dibuktikan. Dengan itu, ia akan terselamat daripada dimanipulasi. Selain faedah ini, terdapat
pelbagai faedah lain yang dapat diperolehi melalui takhrij hadis. Faedah-faedah tersebut sama ada berkaitan
dengan hadis secara umum atau berkaitan dengan matan atau sanadnya sahaja. Faedah-faedah tersebut
seperti dapat membantu pengurangan, idraj, penambahan atau percanggahan (syuzuz) yang terdapat dalam
matan atau sanad serta pelbagai lagi. Faedah-faedah ini membuktikan bahawa takhrij merupakan satu
metode yang sangat mustahak untuk diketahui dan dimanfaatkan bukan sahaja oleh mereka yang dalam
terlibat dalam bidang hadis atau penyelidikan, tetapi juga semua umat Islam.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 50

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Chapter 6

PENDIDIKAN TAFSIR SURAH YASIN PASCA COVID 19 : TEMPUAN KEPADA PENULISAN
OSMAN BIN SYAHABUDIN

Abdulloh Salaeh1*, Amran Abdul Halim2, Syed Najihuddin Syed Hassan3,
Mohd Zohdi Mohd Amin4, Adnan Mohamed Yusof5, Mahsor Yahya6, Nidzamuddin Bin Zakaria7, Ahmad

Kamel Mohamed8, Mesbahul Hoque9

1Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
2-7Kolej Univisiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Pendahuluan

Pendidikan tafsir merupakan faktor utama dalam mengenalkan kedaan baik dan buruknya pribadi
manusia kusus memahami ayat-ayat quran. Pendidikan agama Islam juga dilihat amat signifikan dalam
menghadapi era yang penuh cabaran ini. Pengajian al-Qur’an adalah antara bidang pendidikan yang amat
diambil perhatian di malaysia. Tidak terkecuali tafsir al-Qur’an diajarkan di sekolah-sekolah atau institusi
pengajian tinggi termasuk pendekatan pedagogi baharu seperti penggunaan bahasa, perubahan gaya
pengajaran, perkembangan teknologi dan sebagainya88, Ini selaras dengan Maqasidal-Qur’an sebagai hidayah
dan panduan bagi seluruh kehidupan alam89.

Pernyataan Masalah

Pengajaran Pendidikan Islam masih menggunakan pendekatan yang lama. Ini kerana sumber utama
ilmu Islam ialah al-Qur’an dan al-Sunnah. Begitu juga tafsir al-Qur’an yang merupakan satu bahan dalam
Pendidikan Islam di peringkat universiti. Walaupun pelajaran Pendidikan Islam ini secara amnya diajarkan
pada pelajar pondok, ilmu tentang tafsir bagi surah yasin tidak terdedah kepada pelajar-pelajar, kusus kitab
yang di karang oleh Osman Bin Syahabudin.

88 Norullisza Khosimi, Hayati Hussinii& Abdulloh Salaehii, 2018. Bentuk Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek
Tafsir Maudu’i Dalamkalangan Pelajar Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, Usim, Journal of Fatwa Management and
Research. H 646.
89 Ajah Sarinah Binti Haji Yahya, 2015. Kaedah Pengajaran Tafsir Al-Qur’an Di Peringkat Menengah Negara Brunei Darussalam,
The International Conference On Language, Education, Humanities & Innovation, Brunei, h 174.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 51

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Objektif Kajian

Kajian ini bermatlamat untuk mencapai objektif berikut:
(1) Mengenal pasti dan memperluaskan ilmu berkaitkan dengan kitab pedidikan tafsir bagi surah yasin yang
ajar masa covid 19.
(2) mengunakan kaedah baru dalam didikan tafsir bagi surah yasin masa covid 19.

Metodologi Kajian

Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang berbentuk pemerhatian dan
dokumentasi. Buku-buku dan artikel-artikel yang berkaitan digunakan untuk perbincangan. Manakala, kaedah
untuk menganalisis data adalah dengan menggunakan pendekatan induktif dan deduktif bagi mencapai
objektif yang ditetapkan

Pengertian Tafsir

Pengertian tafsir di sudut bahasa

Pengertian tafsir maka kalau lihat perkataan ‘tafsir’ adalah perkataan arab yang berasal daripada
kalimah (‫ ف َّسر‬- َ‫ يف ِسر‬- َ‫ )تف ِسيرا‬Al-Khalll bin Ahmad Al Farahidi menyatakan
)...َ‫ البيان‬:‫ (الفسر التفسير‬yang bermaksud keterangan90. Sementara itu, menurut Jalaluddin al-Suyuti tafsir
adalah masdar (kata terbitan) mengikut wazan (‫ )ت فعيل‬berasal daripada perkataan (‫ )ف َّسر‬yang bermaksud
terang dan nyata, dinyatakan juga ia pembalikan daripada perkataan (‫ )سفر‬, yang bermaksud bersinar 91
Manakala al-Zarkashi berpendapat perkataan tafsir berasal daripada perkataan (َ‫ )ت فسرة‬iaitu alat yang
digunakan doktor untuk mengetahui punca sesuatu penyakit, demikian juga dengan ahli-ahli tafsir, mereka
dapat mengetahui keadaan ayat, kisah-kisahnya, makna-maknanya dan sebab-sebab turunnya sesuatu ayat92
(al-Zarkashi 1988: 147).

Tafsir Dari Sudut Istilah

Menurut Ibn Ashur ia adalah suatu ilmu menerangkan makna-makna lafaz al-Quran dan apa yang
boleh diambil faedah daripada lafaz-lafaz tersebut secara ringkas ataupun secara meluas93. Ilmu yang

90 Al-Khalll bin Ahmad Al Farahidi, t.t. Kitab al-'ain, daru wamaktabah al hilalu, juz 7, h 247. Ibn Manzur.1968. h 55. Nur
ZaiNatul Nadra ZaiNolMuhd Najib abd Kadirlatifah abd. Majid.2014. Konsep Tafsir al-Quran Menurut Nasr Hamid Abu Zayd,
Islamiyyat: International Journal of Islamic Studies, UKM. h 40.
91Abdulrahman bin abu bakar al-Sayuti, 1974. Al-Itqan Fi 'Ulum al-Qur'an, Haiatulal Misriah Al Amah Lilkutub, juz 4, h
192.
92 al-Zarkashi, 1988. Al-Itqan Fi 'Ulum al-Qur'an, Haiatulal Misriah Al Amah Lilkutub, juz 4, h 192.
93 Ibn Ashur, Muhamad Al Thahir Bin Muhmad Thahir, 2000. Al tahrir wa tanwir, Beirut, Muasasah Al Tarhik Al Arabi, Juz1, H
10.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 52

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

dengannya dapat memahami (kandungan) Kitabullah yang diturunkan kepada Nabi-Nya Muhammad
shallAllahu ‘alaihi wa sallam, dapat diketahui penjelasan makna-maknanya serta bisa dikeluarkan hukum
dan hikmah yang terkandung didalamnya”94, berkata al-Zarqani, tafsir ialah suatu ilmu yang membahaskan
tentang al-Quran al-Karim dari segi dilalahnya (yang berkenaan dengan pemahaman maknanya) terhadap
kitab Allah SWT sesuai dengan kadar kemampuan manusia itu sendiri95, MAManakala Jalaluddin al-Suyuti
pula berpendapat tafsir ialah ilmu yang berkaitan dengan turunnya sesuatu ayat dan persoalannya, kisah-
kisahnya, sebab-sebab turunnya sesuatu ayat, kemudian turutan makkiyyah dan madaniyyah, muhkam dan
mutashabihat, nasikh dan mansukh, khas dan am, mutlak dan muqayyat, mujmal dan mufasir, halal dan
haram, janji baik dan janji buruk, suruhan dan larangan, ibrah dan contoh-contoh yang terdapat dalamnya
(al-Suyuti t. th.: 169)..

Pengertian yang dibuat oleh al-Zarqani ini lebih jelas dan ringkas tetapi memberi gambaran yang
menyeluruh mengenai maksud perkataan tafsir iaitu dengan meletakkan tujuan utama tafsir adalah untuk
menzahirkan hidayah al-Quran dan pengajarannya serta menerangkan maksud yang dikehendaki oleh Allah
SWT (Mazlan 2002: 3)

Penting belajar Ilmu Tafsir

Hukum belajar ilmu tafsir wajib dan berkata Musaid bin Sulaiman “ mempelajari tafsir wajib kepada
umat Islam…”96. dan telah berkata Az-Zarkasyi dalam kitab Al-Burhan fi ‘Ulumul Qur`an mendefinisikan tafsir
sebagai berikut.

‫علم يعرف به فهم كتا َب الل المنزل على نبيه محمَد صلى الل عليه وسلم وبيان معانيه واستخراج أحكامه‬
‫وحكم َه‬

Maksudnya:
“Ilmu yang dengannya dapat diiketahui (kandungan) Kitabullah yang diturunkan kepada Nabi-Nya

Muhammad S.WA, dapat diketahui penjelasan makna-maknanya serta Mengeluarkan hukum dan hikmah
yang terkandung didalamnya” (Al-Burhan fi ‘Ulumul Qur`an, hal. 22, Nganim Kuduru Hamad Salah, 2003.
hal 1 6 4 ).Tafsir merupakan salah satu bagian penting dalam mempelajari Al-Qur’an. Hal ini sesuai dengan
firman Allah SWT.

َ ‫ولَاَي ۡأتون َكَبِمث َلَإِلََّاَ ِج ۡئَن َكَبِٱۡلح َِقَوأ ۡحس َنَت ۡف ِسي ًرَا‬

94 Muhammad bi bahdr Al zarkasyi , 1391. Al-Burhan fi ‘Ulumul Qur`an, Beirut, Al Daru Al Makrifah, Juz1, H 10. 53
95 Muhamad abdul azim al-Zarqani, 1996. Manahil Al Irfan fi Ulumul Qur`an, Beirut, Darul Fikri, Juz2,H 4.
96 Musaid bin Sulaiman Bin Nasir Al Taiyar, 1423h. Fusul Fi Usul Tafsir, Darul Ibnu Jauzi, t.3, juz 1. H 173.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022)

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Maksudnya:
Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untukb menentangmu)

melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis
segala yang mereka katakan itu. (Surah al furqan ayat 33.)

Hukum Mepelajari Ilmu Tafsir
Tafsir memang sangat dianjurkan dalam Islam demi mendapatkan ilmu yang lebih bermanfaat dan
pengetahuan yang lebih dalam mempelajari Al-Qur’an. Telah ijmak ulama bahawa belajar ilmu tafsir fardhu
kifayah kepada umat Islam dan bahawasanya sepenting - penting ulum syar’i. Dan bagi mereka yang tiada
kemahiran dalam ilmu tafsir haram menafsirkan dengan hawa nafsu seperti sebeda nabi S.W.A:

‫من فسر القرآن برأية فليتبوأ مقعده من النا َر‬

Maksudnya:

Sesiapa yang berkata sesuatu pada Al-Quran dengan menggunakan pendapatnya sendiri maka

bersiap sedialah tempatnya di dalam neraka. Riwayat Al-Tirmizi H 199,(2951).

Ujian Allah SWT kepada Manusia dengan penyakit Taun Atau Penyakit Covid 19
Manusia itu salah satu daripada penciptaan Allah SWT Maka tidak akan terlepas daripada terkena
ujian. Ada di antara mereka yang diuji dengan kesakitan, kesusahan hidup, kematian dan sebagainya
berdasarkan kepada tahap mereka. Antara tujuan utama Allah SWT menimpakan ujian kepada hamba-Nya
adalah untuk mengetahui dan uji siapakah di antara hambanya yang baik amalannya. Firman Allah SWT:

٢ ‫ٱلَّ ِذي خلقَ ٱۡلم ۡو َت وٱۡلحيوَة ِلي ۡبلوك َۡم أيك ۡمَ أ ۡحسنَ عم َٗ اَل وهوَ ٱۡلع ِزيزَ ٱۡلغفو َر‬

Maksudnya:
Dia lah yang telah menjadikan dan mentakdirkan adanya mati dan hidup

(kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya
Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun . (Surah Al-Mulk ayat 2) dan Firman Allah SWT dalam surah
lain:

Maksudnya: ٣٥ َ‫ون ۡبلوكم ِبٱل َّش ِرَ وٱۡلخ ۡي َِر ِف ۡتن َٗة وإِل ۡينا ت ۡرجعون‬

dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-

benarnya). dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Surah al anbiya’ ayat 35) dapat simpulkan

Daripada ayat 35 diatas bahawa Allah SWT menguji hamba- hambanya sama ada yang mukmin dan yang

kapir dengan perkara yang buruk atau yang baik dan berkata imam al mawardi dalam tifsirnya maksud ayat

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 54

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

“ ‫ “بِٱل َّش َِر‬ialah fakir dan sakit dan maksud “ َ‫ “ وٱۡلخ ۡي ِر‬ialah kaya dan sihat97. Manakala fakrudi al razi
mengatakan maksud “ buruk” ialah segala kemudharatan didunia seperti fakir dan sakit dan segala musibah
perkara ini belaku diatas hamba – hamba oleh kerana Allah SWT nak cuba yang manakah nak bersyukur
kepadanya kalau di timpa bala handaklah kita sabar (Abu al Fadhl Muhammad Ibnu Umar ar Razi, T.T. juz
1, h 339 ). dalam maksud buruk dan baiak ini maka ibnu asyur berpendapat “bahawa kihidupan manusia
akan berjumpa dengan ujian sama ada baik atua buruk dan bahawa Allah SWT mengajarkan setiap bernapas
itu tertulis akan menemui mati, da nada setengah dari sahabah seperti saidina omar mengagapkan bahawa
nabi muhamad RA itu kekal tiada mati, berkata omar seseapa yang mengatakan nabi mati aku akan putong
tangan dan kaki iai. Sehingga datanglah saidina abu bakar dan menerangkan bahawa nabi dah wafat
baharulah hati omar tenang” 98. Dan berpendapat oleh Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi “ maka
tiada baik dalil diatas karim dan tiada jahat maka dalil kata ihanah” firman Allah SWT :

‫ وأ َّماَ إِذا ما‬١٥ ‫فأ َّما ٱ ۡۡ ِلنسنَ إِذا ما ٱ ۡبتلىَه ربهۥ فأ ۡكرمهۥ ون َّعمهۥ فيقولَ ر ِب َي أ ۡكرم َِن‬
١٦ َ‫ٱ ۡبتلىَه فقدرَ عل ۡي َِه ِر ۡزقهۥ فيقولَ ر ِب َي أهن ِن‬

Maksudnya:
Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakannya dan diberinya kesenangan,

maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku". Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi
rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku". (Surah al fajar ayat 15-16) daripada Abu Hurairah
RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

"‫"ما أ ْنز َل ّل َّلَا دا ًءَ إِلََّا أ ْنز َل لهَ ِشفا ًَء‬

Maksudnya:
“Allah SWT tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” 99

Hadith diats berkata Zakariya Al-Anshori dalam kitab Tuhfat al-Bari “ maksud inzal ialah takdir dan maksud
al syifa’ ialah dawa’ yakni ubat” 100

97Ibid. juz 3, h 446.
98Ibid. ibnu asyur, juz 17, h 47.
99 Abu 'Abdullah Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah al-Rab'i al-Quzwaini, T.T. Sunan Ibnu Majah, darul fikri, Beirut,
number hadith 3439, juz 2, h 1138. Sahih.
100 Zakaria Al Anshori , 2005. Tuhfat al-Bari Bi Syarh Shahih al-Bukhari, al-Maktabah Rasyad Tauzik,, number hadith 3439, juz
9, h 7.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 55

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Pengenalan Penyakit Covid

Penyakit Virus covid-19 atau yang lebih dikenal dengan virus corona menjadi topik yang paling
banyak dibicarakan semua kalangan di semua negara di dunia saat ini menjadi isu yang hangat hangat.
Bagaimana tidak, kehadiran pandemi virus covid-19 mengubah gaya hidup nyaris semua orang, baik yang
terkena dampak langsung maupun tidak. Perubahan yang tiba-tiba dan tanpa persiapan tersebut tidak sedikit
menimbulkan kecemasan. Menurut Dr. Jiemi Ardian SpKj, perasaan cemas yang muncul dalam menghadapi
pandemi ini sebenarnya tidak selalu berarti mereka mengalami gangguan kejiwaan atau gangguan kesehatan
mental. Cemas dalam menghadapi suatu kondisi yang baru tersebut merupakan bentuk adaptasi normal
seseorang. (Chodijah, Medina, Nurjannah, Dian Siti, Yuliyanti, Ai Yeni, Kamba 2020 ).

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengisytiharkan Perintah Kawalan
Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020 iaitu mulai Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa
mulai jam 12.00 tengah malam101. positif terinfeksi virus korona baru, atau terkena penyakit COVID-19,
di malaysia. Selepas beberapa bulan telah lalu berlaku jangkitan pula yang memerimbuk lagi di kawasan
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, maka Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan
bermula tengah malam 14 hingga 27 Oktober ini berikutan peningkatan kes COVID-19
(https://www.bharian.com).

Gambar number 1: (PKPB) Pemeriksaan Polis Tidak
dibenarkan keluar masuk Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya

101 https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyatan-media-mkn-18-mac-2020 56
ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022)

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Adapun prosedur bagi SOP pada 1 April 2022 adalah kena Ujian RTK –Ag professional dan lain- lain
Contoh Rajah SOP Sbagai dibawah ini:-

Rumusan Korona

Apabila kita lihat kepada kelimah “ KORONA” maka kita boleh Mentafsirkan beberapa maksud
sebagaimana dijelaskan dibawah ini huruf atau rumusan Dari perkataan Korona” ‫“ كورونا‬
Hruf Kaf “ ‫ ك‬Kathiran iaitu memperbanyakan sebut dengan nama Allah SWT, Firman Allah SWT

َ‫وا ْذكروا ّل َّلَا ك ِثي ًرا لَّع َّلك َْم ت ْف ِلحون‬

Maksudnya:
dan ingatlah akan Allah banyak-banyak mudah mudahan kamu beruntung (Surah al anfaal ayat 45)

Huruf wau “ ‫ “ و‬Virus iaitu diberi makna penyakit ( Abdulloh, et al, 2020, h 76 ) Firman Allah SWT:

Maksudnya: ٨٠ َ‫وإِذا م ِر ۡضتَ فه َو ي ۡش ِفي ِن‬

dan apabila aku sakit, maka Dialah (Allah) yang menyembuhkan penyakitku (al-Shu’ara: 80)

Huruf Ra “ َ‫ “ ر‬Rezeki iaitu maknusia perlu mencari rezeki yang halal diatas muka bumi firman

Allah SWT:

Maksudnya: َ‫يا أيها ا ّلَ ِذينَ آمنوا كلوا ِم َْن ط ِيبا ِتَ ما رز ْقناك ْم‬

Wahai orang-orang yang beriman Makanlah kamu rezeki yang baik yang Kami berikan

kepada kamu. (Surah Al Baqarah, Ayat 72).

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 57

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Huruf Nun “ ‫ “ ن‬maknanya nafsu oleh kerana manausia sekarang mengikut nafsunay sepuas- puas tiada
ada batasan dan nafsu mutmainah sahaja dijamin oleh Allah SWT, Firmannya:

Maksudnya: ٢٨ َ‫ ٱ ۡر ِج ِعيَ إِل َى ر ِب َِك را ِضي َٗة َّم ۡر ِضيَّ ٗة‬٢٧ َ‫يأيَّتها ٱل َّن ۡفسَ ٱۡلم ۡطمئِ َّنة‬

Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-

Nya.(surah al fajar, ayat 27-28)

Zahir dalam ayat ini bahawa nafsu mutmainnah itu munurut Ahmad bin Muhammad bin Ahmad
bin Ibrahim al Naisaburi (1422)‘ Dia redha dengan apa yang ditetap oleh Allah S.W.A mengetahui bahawa
apa yang menimpanya tidak akan merinduinya dan apa yang merinduinya tidak akan menimpanya’102. Dan
berkata Syekh Ibn Atha'illah ‘ yang Al-Arif billah bukan yang sekadar sabar daripadanya sekelip mata
sahaja’.103 Berkata al mawardi dalam tafsirnya berkata makatil bahawa makna Nafsu Mutmainnah ialah Nafsu
Radhiyah104. Maka nafsu ini mereka yang dapat nur al tauhid dalam hatinya105.

Huruf alif atau hamzah (َ‫ )إ‬makna Iman dan kita sebagai manusia wajab beriman apa yang di utus
kepada kita segala galanya seperti solat dan lain-lainberiman apa yang di turun kepada utusan Allah dan
beriman kepada apa yang di turun kepada umat umat dahulu . Firman Allah SWT:

َ‫وٱ ّلَ ِذينَ ي ۡؤ ِمنون‬ ٣ َ‫ون‬٤‫ِبوٱۡلمَاغ ۡيأن َِِبزوَلي ِقِميمنوق ۡب ِنَل ٱَكل و َّصِبلٱ ۡلوأةَ ِخورِمةَِ َّماه َۡمريز ۡوققِننه ۡومَنَين ِفق‬ ‫ٱ َلّ ِذي َن ي ۡؤ ِمنو َن‬
َ‫ِبمَا أن ِز َل ِإل ۡيك‬

Maksudnya:
(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan

sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka, dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al
Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka
yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. (Srah Al Baqarah Ayat 3,4) Dari penyakit Korona atau COVID-19
Terdapat hadith yang menyatakan pasal Thaun yang munasabah dan berkaitan dengan penyakit sekarang
(COVID-19 ), dari Aisyah RA:

‫رسو َل‬ ‫ازل ْو َّطاَِجعالوَّن ِبِنَ َيِفأ ْخصب ّلَر ِنى ايلأَل َّنهَعل ْيع َِهذاو ٌَبس ّلَي ْبَمعقثالَه ْاتَلَلسأعْللىَت‬ ‫ع ْنَ عا ِئشةَ ر ِضيَ الَل ع ْنها‬
َ‫م ْن‬ ‫ال َِل ص َّلى الَل عل ْي َِه وس َلَّم ع َِن‬

102 Ahmad bin Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim al Naisaburi.1422. al-Kasyfwa al-bayan, Dar Ihya Al-Turas Al-A'rabi.
Beirut, T.1 Juz 10, h.203.
103 Ibid.

104 Abu Ḥasan al-Mawardi.t.t. Nukat wa-al-uyun, darul al kitab al ilmiyah, Beirut.Juz 6, h 272.
105 Muhammad bin Ali bin al-Hasan,2005. Riyadhotun-nafsi, darul al kitab al ilmiyah, Beirut, Juz 1, h 35.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 58

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

‫يشا َء وأ ََّن الَل جعلهَ ر ْحمةًَ ِل ْلم ْؤ ِم ِنينَ ل ْيسَ ِم ْنَ أحدَ يقعَ ال َّطاعو َن في ْمَكثَ فِي بل ِد َِه‬
َ‫صا ِب ًرا م ْحت ِس ًبا ي ْعلمَ أ َّنَه لاَ ي ِصيبهَ ِإلَّاَ ما كتبَ الَل لَه إِلََّا كا َن لهَ ِم ْثلَ أ ْج ِرَ ش ِهيد‬

Maksudnya:

Dari Siti Aisyah RA, ia berkata, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW perihal thaun, lalu Rasulullah
SAW memberitahukanku, dahulu, thaun adalah azab yang Allah kirimkan kepada siapa saja yang Dia
kehendaki, tetapi Allah menjadikannya sebagai rahmat bagi orang beriman. Maka tiada seorang pun yang
tertimpa thaun, kemudian ia menahan diri di rumah dengan sabar serta mengharapkan ridha-Nya seraya
menyadari bahwa tha’un tidak akan menimpanya selain telah menjadi ketentuan Allah untuknya, niscaya
ia akan memperoleh ganjaran seperti pahala orang yang mati syahid”. (Riwayat Bukhari, Number Hadis
3474, juz 4, h 213, Imam Ahmad, Number Hadis 24403, juz 6, h 64)

Jelas mengenai hadith diatas bahawa Allah SWT hantar satu penyakit yang dinamakan penyakit
thaun pada masa dahulu kepada mereka yang di kehandaki, nisbah kepada mereka yang kufur di angkap
azab dan nisbah kepada mereka yang beriman menjadi rahmat.

Begitu juga pada masa sekarang Allah SWT hantarkan penyakit COVID 19 sebagai nak percubaan
terhadap hamba hambanya yang beriman sepaya mendapat kelebihan dan rahmat tetapi sebaliknya bagi
mereka yang tidak percahya dengan qada dan qadar mereka menjadi tambah kufur dan serius sebagai mana
berlaku di setengah Negara Negara.

Apabila kita lihat berita Malaysia menyatakan bahawa Ketakutan atau kebimbangan melampau
mengenai penyakit boleh mendatangkan kesan emosi yang serius bagi sesetengah individu. Dan terdapat
"Berita terkini mengenai petugas kesihatan di luar negara yang disyaki menghidap COVID-19 membunuh diri
adalah contoh bagaimana ia boleh mendatangkan tekanan serta kesan emosi yang ketara106. daripada Anas
bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ فتداو ْوا‬،‫ خلقَ ال َّدواء‬،‫إِ َّنَ الَل ح ْيثَ خلقَ ال َّداء‬

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka berubatlah

kamu107. Apabila kita lihat sejarah awal jangkitan covid 19 di Malaysia sebagaimana telah maklum bahawa
penyakit makin hari makin meribok dari awal bulan januari 2020 sampai bulan mac 2020 terdapat banyak
sangat kes covid 19 maka kemeterian bermusyawarat untuk mengadakan langkah langkah pencegahan dan

106 http://www.astroawani.com tarikh melawat web ini pada 21/7/2020. 59
107 Idib, number hadith 12595, juz 20, h 50.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022)

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

kawalan wabak jangkitan penyakit corona, maka mulai 18 mac 2020 KKM mengadakan PKP dan diharap
Sosial masysarakat Malaysia dapat mematuhi sepanjang (PKP) dilaksanakan oleh kerajan malaysia108.

Lata Belakang Pengarang Kitab Tafsir Surah Yasin

Nama Tuan Guru
Beliau adalah nama penuh ialah Utsman bin Syihabuddin al-Banjari, dan kebanyakan menggunakan
istilah ‘al-Funtiani’ pada hujung nama sebagai mana terdapat dalam bukunya “ Risalah tafsir surah yasin’
(Utsman bin Syihabuddin.2019) di kulit buku. Dan Apa yang dimaksudkan dengan ‘al-Funtiani’ pula ialah
Pontianak, kerana ayahnya tinggal di Pontianak, Kalimantan Barat. Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Banjari
pula dilahirkan di Pontianak bukan tempat lainnya. Istilah ‘al-Funtiani’ pada konteks ulama yang
diriwayatkan ini hendaklah dinisbahkan atau dibangsakan kepada ‘Pontianak’, kerana di kemudian hari
jangan jadi keliru jika dinisbahkan atau dibangsakan kepada Pontian yang berada di Johor. Terdapat
kekeliruan bahawa ada penulis yang menisbahkan kepada Syeikh Utsman dipanggil juga dengan ‘al-
Sarawaki’ (lihat Tarekat Naqsyabandiyah, Penerbit Mizan, Bandung, Safar 1413/Ogos 1992, hlm. 120).

Pendidikannya
Beliua mendapat pendidikan mngikut Wan Mohd. Shaghir Abdullah (2006) pendidikan awal dari
lingkungan keluarga sendiri dan selanjutnya belajar kepada beberapa orang ulama di Pontianak. Di Pontianak
pada zaman beliau masih kanak-kanak memang ramai ulama bangsa Arab terutama keturunan Saiyid, Beliau
sangat fasih dalam bertutur mengunakan bahasa Arab akibat daripada suasana berkomunikasi di
Kampung Arab berdekatan dengan Istana Sultan Pontianak yang sering menggunakan bahasa Arab
dalam percakapan seharian berbanding bahasa yang lain. Terdapat ramai ulamak yang berketurunan
Sayyid dan berbangsa Arab semasa di zaman kanak-kanak beliau di Pontianak ( Nor Shakirah Azizan, Che
Zarrina Sa`ari, 2018).

Karya Penulisannya
Setengah contoh daripada karyanya ialah:-
1. Tajul 'Arus, diselesaikan 24 Ramadan 1304 H. Kandungannya mengenai tasawuf, merupakan
terjemahan dari kitab At-Tanwir fi Isqathit Tadbir karangan Syeikh Ibnu Athaullah as-Sakandari.
2. Fat-hul Mekah, diselesaikan 1310 H. Kandungan mengenai sejarah Nabi Muhammad s.a.w.
bersama sahabat-sahabatnya dapat menaklukkan kota Mekah.

108 Nuriha Basir, 2020. Analisis Tingkah Laku Sosiologi Masyarakat Berasaskan Teori Interaksionisme Melalui Perangkaan Data
Kes Covid 19 di Malaysia, PENDETA Journal of Malay Language Endocation And Literature, h 11.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 60

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

3. Tanwirul Qulub fi Isqati Tadbiril 'Uyub, diselesaikan 12 Sya'ban 1311 H. Kandungan mengenai
tasawuf, merupakan terjemahan dari kitab At-Tanwir fi Isqatit Tadbir karangan Syeikh Ibnu Athaullah as-
Sakandari.

4. Ashal Khutbah, tidak diketahui tarikh selesai penulisan kerana beberapa halaman bahagian akhir
belum ditemui. Kandungan membicarakan berbagai-bagai bentuk khutbah yang ditulis dalam bahasa Arab
yang diberi gantungan maknanya dalam bahasa Melayu. Tebal (halaman yang dijumpai) 318 halaman.
Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1314 H.

5. Judul sebenar belum diketahui kerana hanya dijumpai mulai halaman sembilan hingga halaman
akhir, iaitu halaman 16. Pada halaman akhir terdapat nama Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani sebagai
pengarangnya. Diselesaikan pada hari Ahad, 19 Syaaban 1317 H.

6. Fadhilat Mekah Dan Adab Ziarah Madinah Dan Fadhilat Negeri Thaif, diselesaikan 30 Rabiulawal
1319 H. Kandungan menceritakan keadaan Mekah, Madinah dan Thaif. Cetakan yang kedua oleh Mathba'ah
al-Miriyah al- Kainah, Mekah, 1319 H.

7. Nurul Anwar, diselesaikan 16 Rejab 1324 H. Kandungan membicarakan peperangan Nabi
Muhammad s.a.w. sesudah hijrah, peperangan Saiyidina Ali sesudah menjadi khalifah Islam, dan lain-lain.
Rujukan utama penyusunan kitab ini ialah Nurul Abshar. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah Mekah, 1324 H

8. Fat-hul Mutafakkirin Supaya Bertempat Iman dan Yaqin, diselesaikan 16 Rejab 1324 H, di Taif.
Kandungan membicarakan tafsir beberapa ayat al-Quran yang bersangkutan dengan tasawuf. Dipetik dari
karya Saiyid Ahmad Zaini Dahlan daripada hadis Jami'us Shaghir as-Suyuthi.

9. Risalah Bergantung Maknanya Di Bawahnya Maulid al-Barzanji, tanpa dinyatakan tarikh selesai
penulisan. Kandungan merupakan Kitab Barzanji bergantung makna dalam bahasa Melayu. Cetakan yang
pertama Mathba'ah al-Miriyah, Mekah al-Mahmiyah, 1324 H.

10. Irsyadul 'Ibad, tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisan. Kandungan merupakan terjemahan
hadis Nabi s.a.w., petikan dari kitab Munabbihatul Qulub. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah, Mekah, 13
Syawal 1324 H.

11. Risalah Tafsir Surah Yasin, Risalah Tafsir Surah Yasin ini adalah penting, kerana banyak isu semasa
dalam masyarakat sekarang, ada golongan yang membidaahkan membaca surah Yasin, terjawab dalam kitab
tersebut. Sebagai contoh yang dibidaahkan, bahawa bidaah membaca surah Yasin malam Jumaat. Syeikh
Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani menulis hadis lengkap dengan lafaz Arabnya, lalu beliau terjemah,
“Barang siapa membaca ia akan surah Yasin pada malam Jumaat, nescaya ber-Subuh-Subuh ia diampun
baginya [oleh] Allah.” (Wan Mohd Shaghir Abullah, “Nadwah Ulama Nusantara, 2003. Nor Shakirah Azizan,
Che Zarrina Sa`ari, 2018).

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 61

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Ulama Sezaman Dengannya

Terdapat tiga orang ulama yang hidup sezaman dan sama- sama dikenali serta mempunyai nama
`Uthman dan pernah mengajar di Masjid al-Haram Mekah iaitu `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani, `Uthman
`Abdul Wahab al-Sarawaki, dan `Uthman Haji `Abdul Wahid al-Sambasi (Nor Shakirah Azizan, Che Zarrina
Sa`ari, 2018 ). Dan ada beberapa Ulama yang tida sebut disini hidup sezaman dengannya.

Pengenalan Biografi Risalah Tafsir Surah Yasin

Penulis telah mengkaji sedikit tetang Biografi buku ini dan Jodulnya ialah nama “Risalah Tafsir
Surah Yasin” karangan al alimu al alamah al Syaih Uthman Shihab Al-Din Al- Funtiani, diselesaikan 12
Rabiulakhir 1312 H, di Mekah. Cetakan yang kedua oleh Mathba'ah al-Miriyah Mekah, 1330 H. (Nor Shakirah
Azizan, Che Zarrina Sa`ari, 2018 ) dan terdapat Cetakan yang dikeluarkan oleh khazanah fathaniyah pusat
penyelidikan dan penyebaran khazanah islam klasik da moden di malayu 2019 M/1440 H. Kandungan
merupakan terjemahan dan tafsir surah Yasin yang dipetik daripada Tafsir Jamal dan Tafsir Jalalain, Pada
muka surat 2 mulai tulis dengan basmalah, mukadimah kitab dan pada baris yang kedua mulai tuan
pengarang mengterjemah dan hurai tetang makna murad, pada muka surat yang ketiga terdapat juga
pengarang mengdatang hadis hadis tentang kelebihan membaca surah yasin, upasan yang di tulis oleh syih
Usman sangat menarit ambil dari awal sampai akhir sangat menarik. Terdapat isi kandungan yang dicetakan
oleh khazanah fathaniyah sebanyak 40 muka surat dan pada muka surat 39 pada bahagian akhir selepas
dari khatam surah pengarang menyebut sedikit doa dan terjemahanya sepaya memberi munafaat dan
berekati bagi dirinya dan sekelian muslimin dan muslimat.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 62

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Gambar no 2: Contoh doa dan terjemahanya pada muka surat
39 selaepas pada khatam surah yasin

Buku ini panjang ialah 28 CM libarnya 19.6 CM dan tebalnya 0.5 CM. Warna kulit yang cetak pada kali ini
ialah warna biru dan dihadapan kilit ini terdapat loco khazanah fathaniyah, di tepi kulit itu di hiyaskan
dengan senian-senian, kulit sebelah belakang tiada apa apa senian kosong sahaja.

Gambar no 3: kulit buku tafsir surah yasin bagi 63
Utsman bin Syihabuddin al-Banjari

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022)

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Pengnalan Surah Yasin

Telah maklum bahawa Surah Yasiin merupakan surah yang ke 36 dalam al Quran, mengandungi 83
ayat dan telah merupakan surah Makkiyyah dangan ijmak109. Tiga perkara asasi dalam surah ini ialah
keimanan tentang hari kita dibangkit dan dihimpunkan, sejarah penduduk negara Antakiyyah, serta bukti-
bukti keesaan Allah (wahdaniyyah) pentadbir alam ini110.

Surah ini bermula dengan sumpahan pada al Quran bahawa wahyu itu benar dan risalah
Muhammad itu benar. Kemudian membicarakan tentang kuffar Quraisy yang menolak kebenaran dan kekal
dalam kesesatan. Kemudian dibicarakan tentang Antakiyyah yang mendustakan Rasul-rasul dan Islam yang

dibawa dalam bentuk penceritaan. Di sini kita melihat pendirian pendakwah Habib al Najjar, pejuang
mukmin yang menasihati kaumnya lalu mereka membunuhnya. Habib dimasukkan ke dalam syurga dan

kaumnya diserang dengan satu pekikan yang menghancurkan mereka.

Kelebihan Membaca Yasin
Kelebihan surah yasin ini disebut dalam hadith Rasululah SAW iaitu:

111‫ وق ْل َب الق ْرآ َِن ي َس‬، ‫إِ ََّن ِلك ِلَ ش ْيءَ ق ْل ًبا‬

Maksudnya

Setiap sesuatu ada jantungnya. Jantungnya Al-Quran adalah surah Yasin (Riwayat Tarmizi, No,
hadith ,2887) dan datang pada hadith lain dengan sabdanya;

112‫ا ْقرءوا على م ْوتاك َْم ي َس‬
Maksudnya

Bacalah surah Yasin kepada orang yang meninggal di antara kamu (Riwayat Ali al-Nasa'I, No,
hadith , 10913)

Daripada Jundub bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

109 Muhammad Mahmud Hijazi, t.t. Tafsir Al-Wadih, darul al jaili al jaded, juz 3. H 173.
110 Muhammad Ali as-Sabuni, t.t, Shafwah al-Tafasir, daru al Sabuni, juz 3, h 83.
111 Abu Isa Muhammad ibn Isa al-Tirmizi.1998. Sunan At-Tirmizi, darul Ngarbi Al-Islami, Beirut, juz 5. H12, No Haith 2887.
Hadith Gharib.
112 Ahmad bin Syu'aib bin Ali al-Nasa'I, 1991. Sunan Al Nasa’I Al Kubra, darul al kitab al ilmiyah, Beirut, juz 6. H 265, No Haith
10913,

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 64

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

113َ‫م ْنَ قرَأ يس فِي ل ْيلةَ ا ْب ِتغا َء و ْج َِه ّل َّلَِا غ ِفرَ ل َه‬
Maksudnya

Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari untuk mencari redha Allah maka akan
diampunkan dosanya. (Riwayat Ibn Hibban, no. hadith 2574) dapat disimpulkan bahawa surah yasin ini
banyaknya kelebihan dari segi membaca atua lain dan menjadi kekuatan bagi umat islam sama ada jismani
dan ruhani munuru Yohan Kurniawan telah nyata dalam artekelnya “Bagi umat Muslim, kekuatan daripada
mendengar Surah Yasin adalah bersesuaian dan selari dengan tujuan Allah S.W.T menurunkan surah ini iaitu
untuk menambahkan keyakinan kepada Allah S.W.T dan untuk me nambah ilmu ” 114. Dan surah ini dapat
mejadi panawar serta rawatan bagi mereka yang hidup begitu juga dapat syafaat bagi mereka yang dalam
kubur.

Contoh Pembelajaran Kitab Tafsir Surah Yasin Pasca Covid 19
Semasa dalam pasca covid 19 ini masih terjejas berkenaan dalam kehidupan ekonomi dan tidak
terkecuali juga dalam bidang pembelajan dan pendidikan keilmuan, masyarakat kita menempuh kesusahan
covid 19 selama 2 tahun lebih sampai sekarang, maka setangah dari contoh Pembejaran Kitab Tafsir Surah
Yasin Pasca Covid 19 ialah keadaan pelajar yang minat dan menyertai tidak berapa ramai kerana kekurangan
nisbah kemudahan kegunaan Internet bagi mereka yang tinggal jauh daripada bandar menyebabkan Line
lemah, adapun bagi mereka yang tinggal berhampiaran bandar mudah mendapat Line Internet.

Mendapati selama 3 semester pelajar yang hadir serta dalam majlis talaqi kitab tafsir surah yasin
berbeza beza oleh beberapa sebab seperti :-

1. Setengah pelajar yang berminat belajar tetapi bertemu dengan subjek jadual lain dengan masa
yang sama.

2. Setengan pelajar yang ada berminat tetapi oleh kerana sibuk dengan urusan kerja membantu
keluarga.

3. Setengah pelajar yang pernah sertai dalam majlis talaqi ini tetapi tidak menjadi istiqamah atau
berterusan oleh kerana kena selesaikan kerja kerja khusus yang di beri oleh tenaga pengajar.

4. Beberapa pelajar yang kekangan dan sukar menadapatkan line atau Internet oleh sebab cuaca.

113 Muhammad ibn Hibban al-Busti, 1993. Sahih ibn Hibban, Mua'sasah Ar-Risalah, Beirut, juz 6. H 312, No Haith 2574,
114 Yohan Kurniawan, Hishamuddin Md Som dan lain, 2020. Aplikasi Teknologi Moden Terhadap Bacaan Al-Qur’an: Tumpuan
Kajian Terhadap Energi Surah Al-Fatihah Dan Surah Yasin, Jurnal Al Siraj, University (Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad
Shah (UnIPSAS). H 20.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 65

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Dalam pembelajaran ini diadakan setiap hari selasa jam 11 pagi sampai 12 tengahari masa satu jam
sahajah dan dlam seksi itu juga di bagi peluang untuk pelajar atau peserta mensoal sama ada masa tertentu
atau masalah umum, bagi mereka ada kemesykilan sampai mensoal dua atau tiga masalah bagi seoarang,
dan ada juga bagi nereka yang tiada pernah soal masalah. Sebelum daripada majlis talaqi berlangsung akan
dibagikan gambar tajuk kitab yang akan di ajar pada hari itu. Kebiasaan Gunakan program untuk ajar sampai
kepada peserta ialah program Microsoft Stem setiap minggu. Kemudahan guna program ini ialah dapat kita
rakam Vidio dan tuliskan nas-nas yang nak di sampaikan dan lagi, adapun bagi mereka yang tidak dapat join
itu boleh buka rakaman yang telah dirakam tersebut.

Gunakan program Microsoft Stem setiap mingguan
Pada tahun 2021

Pembelajaran tafsir secara Online menggunakan
program Microsoft Stem pada tahun 2022

Cara mengajar dalam kitab tafsir surah yasin ini memuli pada mukadimah hinga seterusnya dan
akan baca beberapa baris sahaja dan berapa ayat sahaja dan akan huraikan pada masaalah tertentu berulang
ulang pada satu masaalah untuk memudahkan faham dan ikut tarikah tarikah tuan guru - tuan guru yang

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 66

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

dahulu, baca perlahan lahan bukan baca secara cepat, dan akan huraikan dan terang dengan kisah dan dalil
dali pada tajuk dan ayat ter tentu kalua ayat itu berkaitkan dengan hokum pun di yatakan juga hinga tida
terlepas, inilah car acara yang di guna atau di ajarkan di pondok pondok.

Muka Surat (11) becara pasal ayat 36

Selama 3-4 semesetaer baru samapai pada muka surat 11 sahaja pada bahagian muka surat ini baru
mengajar pada tarikh 7 desember 2021 pada tahun yang lepas ayat berbuyinay firman Allah S.W.T :

‫س ۡبحنَٱلَّ ِذيَخلقَٱ ۡلأ ۡزوجَكلَّهاَ ِم َّماَت ۢن ِبتَٱ ۡلأ ۡرضَو ِم ۡنَأنف ِس ِه ۡمَو ِم َّماَلاَي ۡعلمو َن‬

Maksudnya
«Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada

dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak
mengetahuinya»

َ‫َڽَدرڤد‬2َ‫َمهاَسوجيَتوهنَيڠَمنجديكنَسكلينَبڠساَتيف‬11َ‫نصَترجمهنَمعنىَدرفدَموكَسورة‬
َ‫ََدان‬2َ‫سواتَيڠَمنمبوهكنَبومَدرڤدَبيچيَݢندومَدانَيڠَلينڽَدانَدرڤدَنفسوَمريكئيتَلاك‬
َ .َ..‫فرمفوانَدانَمنجديكنَايَدرفدَسواتَيڠَتيادَمڠتهويَمريكئيتَاكنديَدرفدَمخلوقَيڠَعجيب‬

Berkata pengarang dalam syarahan ayat ini “ maha suci tuhan yang menjadikan sekelianya bangsa
tiap-tiapnya daripada suatau yang menumbuhkan bumi daripada biji gandum dan yang lainnya dan daripada
nafsu mereka itu laki-laki dan perumpuan dan menjadikan ia daripada suatu yang tiada mengetahu’i mereka
itu akan dia daripada mskluk yang ajib…

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 67

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Apabila lihat terjemahan diatas yang diterjemah makna ayat dalam surah yasin ini pengarang bukan
sekadar terjemah sahaja bahkan serta tafsirkan ayat dengan jelas dan serta taklik sedikit mengikut padangan
beliua yang di ilham Allah S.W.A kepada hamba yang suci denganmnya.

Penutup

Sebagai kesimpulan, inovasi dalam metod pengajaran dan pembelajaran tafsir surah yasin adalah
suatu yang penting kerana berhadapan dengan pelajar yang pelbagai dari sudut minat, kepintaran dan
kemahiran. Terdapat beberapa bentuk inovasi yang diperkenalkan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran kitab Tafsir surah yasin iaitu; lakonan, atau wayang kulit atau animasi, multimedia, muzik atau
lirik lagu, dan choral speaking. Dengan pendekatan baru yang diguna pakai sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran didapati bahawa pelajar terbahagi kepada beberapa bagai seperti penglibatan dan minat,
yang bermasaalah internet atau teknologi, kemahiran indovidu seperti mesoal, kalua dapat diningkatkan
terlebih baik dan surah yasin juga dapat merawati jismani dan ruhani peserta, dengan pembeljar seca maya
dan teknologi menjadi satu kemudahan bagi masyarakat Islam.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 68

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Chapter 7

MANIFESTASI SULAM DALAM PROJEK EMANSIPASI UMMI KE ARAH PEMBANGUNAN
KELESTARIAN USIM

Noornajihan Jaafar*, Norakyairee Mohd Raus, Mohd Nur Adzam Rasdi, Nurul Syala Abdul Latip

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Pendahuluan

Program Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) merupakan satu inisiatif terkini
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menggabungkan objektif pembelajaran dengan khidmat
komuniti.115 SULAM juga merupakan satu pendekatan pengajaran yang merangkumi aspek perkhidmatan
masyarakat dalam kursus akademik dengan arahan, refleksi dan objektif untuk memperkaya pengalaman
pembelajaran mahasiswa.116 Terdapat banyak lagi definisi tentang pembelajaran berasaskan khidmat
komuniti antaranya ia merupakan salah satu bentuk pendidikan pengalaman di institusi yang lebih tinggi.
Pembelajaran berasaskan khidmat komuniti adalah berbeza daripada pendidikan pengalaman lain seperti
latihan industri, khidmat masyarakat, pendidikan lapangan, sukarelawan atau kerja klinikal. Pembelajaran
berasaskan khidmat komuniti juga menyediakan pengalaman yang saling menguntungkan bagi kedua-dua
pihak iaitu mahasiswa dan organisasi dan pembelajaran berasaskan khidmat masyarakat memberi tumpuan
sama rata pada kedua-dua perkhidmatan yang disumbangkan oleh mahasiswa dan pembelajaran berasaskan
khidmat komuniti yang dipupuk kembali di dalam kelas.

Sulam adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan mahasiswa dengan komuniti
dalam aktiviti berorientasikan perkhidmatan dengan tujuan untuk memperkayakan pengalaman
pembelajaran mahasiswa secara individu dan akademik. Mahasiswa dijangka mengambil bahagian dalam
menganjurkan aktiviti perkhidmatan yang dikenal pasti memenuhi keperluan komuniti, menggunakan
pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan kursus, disiplin dan aktiviti perkhidmatan.

Program pembelajaran berasaskan khidmat komuniti ini telah dikenal pasti sebagai salah satu
strategi utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. 117 Kementerian Pengajian Tinggi telah membangunkan kurikulum yang lebih holistik dan

115 Retrieved from https://www.moe.gov.my/en/menumedia/electronic-media/news-and-activities/sulam-2019
116 Musa, N., Ibrahim, D. H. A., Abdullah, J., Saee, S., Ramli, F., Mat, A. R., & Khiri, M. J. A. (2017). A methodology for
implementation of service learning in higher education institution: A case study from faculty of computer science and
information technology, UNIMAS. Journal of Telecommunication, Electronic and Computer Engineering (JTEC), 9(2-10), 101-
109.
117 https://bendahari.uthm.edu.my/v2/PPPM/Ringkasan-Eksekutif-PPPM-2015-2025.pdf

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 69

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

terintegrasi melalui penerapan pengalaman pembelajaran dan perkhidmatan pembelajaran. Program
pembelajaran berasaskan khidmat komuniti adalah salah satu komponen dalam Amalan Pendidikan
Berimpak Tinggi (HIEPs) dalam keperluan Pelan Pendidikan Malaysia.118 Objektif utama program SULAM ini
adalah untuk membolehkan mahasiswa dan mahasiswi menyumbang kepada komuniti umum melalui
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di bilik kuliah atau makmal diaplikasikan bagi membantu
menyelesaikan permasalahan masyarakat setempat (Yusuf et. al, 2020). 119 Program ini akan melahirkan
graduan yang holistik, berkeusahawanan dan seimbang di mana setiap graduan akan mempunyai
pengetahuan, kemahiran, moral dan tingkah laku yang baik, minda yang cerdas, budaya dan tamadun yang
sesuai untuk memajukannnya ke tahap yang lebih tinggi.

Sulam Dan Pembangunan Komuniti Oku

Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik dalam Amanat Menteri Pendidikan 2019
melalui Hala Tuju Pertama “Pendidikan Berteraskan Nilai” ada menekankan konsep dan fungsi universiti
untuk masyarakat demi mempersiapkan mahasiswa menjadi sarjana awam yang mampu menggalas
tanggungjawab sebagai penyelesai isu masyarakat. SULAM telah dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif
untuk memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat tersebut serta inisiatif pembelajaran
berasaskan khidmat masyarakat ini bertujuan memberi pengalaman pembelajaran yang menghubungkaitkan
teori dan praktis dengan penyelesaian permasalahan sebenar dalam komuniti.120

Selain itu, pembelajaran berasaskan khidmat komuniti merupakan satu kaedah pembelajaran
mengikut disiplin yang menggabungkan objektif pembelajaran dengan khidmat komuniti bagi memberi
pengalaman pembelajaran yang praktikal dan progresif kepada mahasiswa yang berteraskan elemen kasih
sayang, kegembiraan and saling menghormati.121 Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menjelaskan perkhidmatan pembelajaran adalah bentuk pembelajaran pengalaman yang berlaku melalui
kitaran tindakan dan refleksi sebagai mahasiswa apa yang mereka sedang belajar untuk menangani keperluan
masyarakat sebenar.

Setakat ini, terdapat banyak kerangka pembelajaran dan model pembelajaran yang sedia ada yang
dibangunkan oleh institusi, kolej, sekolah dan agensi kerajaan yang lebih tinggi untuk pelaksanaan
pembelajaran berasaskan khidmat komuniti di institusi mereka. Sebagai contoh apa yang telah dijalankan di

118 https://ir.unimas.my/id/eprint/25495/1/BUKU%20HIEPs-MPU%2024.5.19.pdf
119 https://www.ppukm.ukm.my/hejim/pengenalan-khidmat-masyarakat/
120 https://www.thestar.com.my/news/education/2019/04/21/sulam-initiative-to-be-expanded-to-other-institutions/
121 Retrieved from https://news.utm.my/2019/04/utm-bangunkan-komuniti-pulau-tanjung-surat-melalui-pendekatan-sulam/

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 70

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

UTM122, UiTM123, UTHM124, UKM125 dan UNIMAS,126 Malah, terdapat juga pelbagai cabaran dalam pelaksanaan
program SULAM ini, dengan penglibatan banyak pihak berkepentingan dan budaya tempatan dan sifat
komuniti tertentu. Walau bagaimanapun, setiap institusi mempunyai misi dan visi mereka untuk mencapai
pembelajaran mahasiswa dan mematuhi keperluan dasar pendidikan negara.

Surah ‘Abasa ayat 1-11 memperingatkan tentang kewajipan menyantuni komuniti OKU terutamanya
dalam aspek penyampaian kefahaman dalam beragama. Ketidakupayaan mereka sebenarnya perlu dilihat
dan diteroka dari aspek kekuatan dan kelainan cara belajar mereka. Banyak kajian telah menunjukkan
terdapatnya kelompangan dalam medan penyampaian ilmu agama kepada OKU. Yayasan Pendidikan al-
Quran bagi Anak Istimewa (FAQEH) contohnya, telah menggariskan beberapa isu dan cabaran OKU beragama
sama ada dari sudut individu OKU, ibu bapa, guru, masyarakat, kurikulum, penilaian dan tanggungjawab
institusi-institusi agama. Selain isu kelainan upaya belajar individu OKU, isu yang selalu menjadi kekeliruan
dalam kalangan ibu bapa dan guru adalah persepsi Taklif (tanggungjawab fardu sebagai Muslim). Hal ini
membawa kepada kesan keciciran anak-anak istimewa diberi pendedahan awal dalam rutin beragama
seawal usia. Begitu juga dengan latihan dan kemahiran guru Pendidikan Islam yang terhad serta kurikulum
dan penilaian yang perlu kepada kesesuaian tahap dan latarbelakang OKU. Dalam konteks, tanggungjawab
institusi agama pula, kekurangan sekolah agama bagi OKU di bawah jabatan agama Islam negeri turut
memberi impak kepada perkembangan beragama dalam kalangan OKU. Antara faktor utamanya adalah
pembangunan guru agama yang berpengetahuan dan berkemahiran mengajar OKU masih belum
dibangunkan secara berstruktur. Ke arah itu, usaha memperkasa masyarakat cakna OKU dan mengupaya
komuniti OKU perlu digerakkan semua peringkat.

Dalam konteks sumbangan unversiti, salah satu daripada sebab kelompangan ini terbentuk kerana
kurangnya pendedahan dalam kalangan mahasiswa terutamanya yang berlatarbelakangkan pengajian Islam
dalam aspek menyantuni komuniti OKU. Untuk melaksanakan tanggungjawab ini para mahasiswa perlu
mempunyai jiwa yang sedar, kemahiran yang khusus, motivasi yang tinggi serta minda yang bermaklumat
berkaitan dunia OKU. Keempat-empat aspek inilah yang ditangani secara optimum melalui projek
Emansipasi UMMI ini. Sesuai dengan misi Universiti Sains Islam (USIM) iaitu menjadi institusi Pendidikan Islam
terkehadapan dalam menyelesaikan isu semasa masyarakat, justeru projek Imansi UMMI yang merupakan
kerja kursus bagi subjek Aplikasi Braille dalam Pengajian Quran dan Sunnah telah dikenal pasti sebagai salah
satu subjek di USIM yang mengaplikasikan konsep SULAM khusus bagi komuniti OKU.

122 https://corporateaffairs.utm.my/corporatepublication/wp- content/uploads/sites/9/2017/01/8.Memasyaraktkan-
Universiti.pdf
123 https://suaramerdeka.com.my/program-sulam-uitm-shah-alam-di-felda-sungai-tengi-selatan/
124 https://bendahari.uthm.edu.my/v2/PPPM/Ringkasan-Eksekutif-PPPM-2015-2025.pdf
125 https://www.ppukm.ukm.my/hejim/pengenalan-khidmat-masyarakat/
126 https://ir.unimas.my/id/eprint/25495/1/BUKU%20HIEPs-MPU%2024.5.19.pdf

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 71

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Hasil program ini adalah untuk mahasiswa memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir peringkat
tinggi dan kemahiran asas. Sejak membina perkongsian antara universiti dan komuniti menjadi tugas yang
mencabar untuk universiti, rangka kerja kesediaan telah dibangunkan oleh para penyelidik untuk
menentukan sama ada universiti-universiti yang disediakan sepenuhnya dalam perkongsian komuniti
universiti. Di bidang kesihatan dan perubatan, pembelajaran perkhidmatan dilaksanakan secara meluas
dalam institusi yang lebih tinggi. Sebagai contoh, dalam program kejururawatan, rangka kerja pembelajaran
perkhidmatan telah dibangunkan untuk memastikan proses pembelajaran perkhidmatan pembelajaran
kolaboratif ke arah mengukur keberkesanan manfaat projek kejuruteraan mahasiswa kejururawatan ijazah
pada agensi komuniti dan orang yang mereka berkhidmat melalui perkongsian komuniti akademik kerjasama.
Oleh itu, penglibatan dan sokongan pentadbiran adalah penting dalam membangun dan mengekalkan
program pembelajaran perkhidmatan.

Projek Emansipasi Ummi Inspirasi Dari Al-Quran Bagi Memenuhi Kehendak Maqasid

Syariah

Projek ini mengambil inspirasi daripada Surah ‘Abasa ayat 1 -11 yang memperingatkan tentang
kewajipan menyantuni OKU terutamanya dalam aspek menyampaikan kefahaman beragama. Islam sebagai
cara hidup dibina atas dasar akidah, syariat dan akhlak. Ia bersifat inklusif dan holistik tanpa menafikan hak
manusiawi. Dalam konteks syariat, ‘maqasid’ yang dirujuk sebagai matlamat hidup bersyariat adalah untuk
merealisasi tujuan, makna dan hikmah maslahah (kebajikan) manusia. Ia terdiri daripada tiga elemen yang
disusun mengikut keutamaan (al-Daruriyyat), keperluan (al-Hajiyyat) dan kesempurnaan (al-Tahsiniyat). Dari
sudut keutamaan, Islam meletakkan lima aspek bertujuan untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan
dan harta. Hal ini selaras dengan kewujudan komuniti OKU yang merupakan sebahagian daripada masyarakat
yang perlu disantuni dengan adil. USIM sebagai sebuah universiti Islam yang meneraju pendekatan Ilmu
Naqli dan Aqli komited dalam usaha menawarkan ruang dan peluang OKU bebas halangan dan diskriminasi
bermula dengan usaha memperkasa masyarakat khususnya warga USIM cakna OKU dan usaha mengupaya
komuniti OKU khususnya dalam memenuhi tuntutan al-Daruriyyat (keutamaan).

Perkara ini selaras dengan saranan Allah SWT terhadap konsep al-Ta’aruf (berkenal-kenalan) dengan
meraikan kekuatan dan kelainan setiap individu serta menyempurnakan hak inklusiviti tanpa mengira jantina,
bangsa dan suku puak. Firman-Nya dalam Surah Al-Hujurat 49:13; “Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).” Hasrat
murni ini jelas menunjukkan bahawa USIM mengambil serius isu keperluan pelajar OKU dengan
menyediakan keperluan daripada pelbagai aspek yang bersesuaian dengan kekuatan dan kelainan upaya
mereka agar OKU tidak keciciran dalam menerima pendidikan. Pihak universiti, sama ada daripada peringkat
pengurusan tertinggi hinggalah kakitangan sokongan, amat komited untuk memberikan OKU peluang
pendidikan yang adil untuk semua. Justeru, pihak USIM sedang dalam usaha menambahbaik persekitaran

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 72

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

universiti yang mampu menyokong Pelajar OKU untuk turut sama menuntut ilmu dan berdikari dalam aspek
rohani, sosial, emosi, dan persekitaran agar Pelajar OKU dapat menjalani kehidupan yang terbaik sepanjang
berada di alam kampus. Perkara ini adalah selaras dengan Akta OKU 2008 dan United Nation Convention
on The Rights of Persons with Disabilities (UN CRPD) yang menuntut semua institusi pendidikan di negara ini
untuk memberikan peluang yang sama rata kepada OKU dan menyediakan kemudahan yang boleh dicapai
OKU sepenuhnya.

Manifestasi Sulam Dalam Projek Emansipasi Ummi

Projek Emansipasi UMMI bermula daripada penawaran kursus berstatus wajib fakulti iaitu kursus
Aplikasi Braille Dalam Pengajian Quran dan Sunnah (QNR3013), yang ditawarkan kepada mahasiswa di Fakulti
Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.

Pengalaman pembelajaran imersif ini mampu membuahkan hasil yang meninggalkan kesan
mendalam ke atas diri mahasiswa. Projek ini telah dirangka bagi menerapkan beberapa kemahiran seperti
kemahiran literasi Braille dan kemahiran berinteraksi khas dengan golongan OKU Penglihatan. Di samping itu
projek ini juga memfokuskan kepada penerapan kesedaran dan empati seterusnya membentuk kemampuan
mahasiswa untuk mempersembahkan khidmat yang sesuai dengan keperluan golongan OKU khususnya
dalam hal ehwal keagamaan. Projek ini dilaksanakan menerusi tiga peringkat program iaitu Hari Menyantuni
OKU (HMO), Khidmat Ummah dan Lawatan Ilmiah serta penghasilan produk. Menerusi program pertama di
dalam projek ini iaitu HMO mahasiswa dapat mula mengenali kehidupan dan keperluan golongan OKU. Pada
peringkat kedua pula mereka didedahkan dengan perincian yang lebih mendalam yang mampu membentuk
empati dalam jiwa mereka serta pengetahuan yang mantap berkenaan golongan sasar mereka ini. Setelah
melalui acuan ini mahasiswa kemudiannya mampu mencapai tahap ihsan dan itqan dan ia dibuktikan
dengan kemampuan menjana idea dan produk baru yang mesra OKU untuk diketengahkan sebagai
sumbangan langsung kepada dunia.

Situasi semasa menunjukkan terdapatnya kelompangan di dalam medan penyampaian ilmu agama
kepada OKU. Salah satu daripada sebab kelompangan ini terbentuk kerana kurangnya pendedahan dalam
kalangan mahasiswa terutamanya yang berlatarbelakangkan pengajian Islam. Untuk melaksanakan
tanggungjawab ini para mahasiswa perlu mempunyai jiwa yang sedar, kemahiran yang khusus, motivasi yang
tinggi serta minda yang bermaklumat berkaitan dunia OKU. Keempat-empat aspek inilah yang ditangani
secara optimum di dalam projek ini.

Projek ini mensasarkan kepada beberapa objektif, antaranya:-
1. mendedahkan mahasiswa kepada realiti kehidupan beragama dalam kalangan OKU;
2. menanamkan empati ke dalam jiwa mahasiswa terhadap situasi OKU; dan
3. menginspirasikan mahasiswa untuk berbudi dan menyantuni OKU dengan penganjuran program khidmat
dan penghasilan produk.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 73

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Komuniti Yang Direka Bentuk Melalui Projek
Emansipasi Ummi

Sebagai pengenalan dalam proses menerapkan kesedaran dan pengetahuan tentang dunia OKU,
mahasiswa memulakan projek dengan menganjurkan Hari Menyantuni OKU (HMO). HMO adalah sebuah
program yang dikendalikan 100% oleh mahasiswa dengan pemantauan dari tenaga pengajar kursus.
Program-program yang dijalankan ketika HMO adalah pameran-pameran kesedaran dari pihak NGO OKU
serta open mic dan forum yang para panelnya terdiri daripada golongan OKU dan mereka yang terlibat
secara aktif dalam dunia OKU. Bermula pada tahun 2010 Program HMO dijalankan pada setiap semester,
program ini melibatkan OKU dari kategori OKU penglihatan, OKU Pendengaran, OKU Fizikal dan OKU Masalah
Pembelajaran. Antara agensi yang terlibat iaitu Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak-anak Istimewa
(Yayasan FAQEH), Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Persatuan Orang Pekak Negeri
Sembilan (NESDA), Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Malaysia (POKUAM), KL Braille, Rumah Ngaji Rasah
Kemanyan, AQ Wise, Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Bangi (PKIB). Jadual 1 di bawah menunjukkan kategori
dan anggaran bilangan peserta terlibat bagi Program HMO yang telah dijalankan.

Jadual 1: Kategori dan Anggaran Peserta bagi Program HMO

Kategori OKU Peserta Tahun

OKU penglihatan 100 - 200 2010 - 2013
OKU Pendengaran
OKU Fizikal 200 - 300 2014 - 2015
OKU Masalah Pembelajaran
OKU penglihatan 200 - 300 2016- 2017
OKU Pendengaran
OKU Fizikal 200 - 300 2018
OKU Masalah Pembelajaran
OKU penglihatan
OKU Pendengaran
OKU Fizikal
OKU Masalah Pembelajaran
OKU penglihatan
OKU Pendengaran
OKU Fizikal
OKU Masalah Pembelajaran

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 74

Contemporary Issues on Education and Islamic Education
Gambar 1 dan 2 dibawah menunjukkan suasana Hari Menyantuni OKU yang diadakankan pada di

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah:

Gambar 1: Open Mic Hari Menyantuni OKU pada 25 April 2018

Gambar 2: Aktiviti Hari Menyantuni OKU pada 25 April 2018

Daripada kesedaran dan maklumat yang telah diperolehi melalui program HMO, mahasiswa diberi
peluang untuk menganjurkan program khidmat khusus untuk golongan OKU. Khidmat tersebut merangkumi
aktiviti yang berbentuk lawatan ke komuniti OKU sambil memberikan perkhidmatan untuk OKU seperti klinik
Quran, klinik solat, serta aktiviti-aktiviti yang bersesuaian. Penganjuran Lawatan Khidmat Ummah ini bermula
pada tahun 2010 oleh pelajar ke pelbagai agensi dan sekolah yang mempunyai komuniti OKU. Jadual 2 di
bawah menunjukkan senarai beberapa buah sekolah dan persatuan yang pernah dikunjungi oleh mahasiswa.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 75

Contemporary Issues on Education and Islamic Education
Jadual 2: Senarai Beberapa Buah Sekolah dan Persatuan

Nama Tempat Lawatan Pelajar Tahun

Sekolah Kebangsaan Penglihatan Khas Alma, Pulau Pinang 30 2010, 2012, 2016
Sekolah Kebangsaan Penglihatan Khas Princess Elizebeth, Johor 30 - 50 2011, 2013
Sekolaj Kebangsaan Kajang Utama 30 - 50 2011
Sekolah Kebangsaan Penglihatan Terengganu 30 - 100
Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam MalaysiaTerengganu 30 - 80 2015, 2018, 2019
2014, 2015, 2017,
KL Braille 30 - 80
2018, 2019
2018

Program-program sebegini dijalankan di sekolah-sekolah pendidikan khas atau pusat-pusat NGO
OKU. Seperti gambar Gambar 3 dan 4 dibawah menunjukkan aktiviti yang dilakukan pelajar Ketika
menjalankan

Lawatan Khidmat Ummah oleh pelajar FPQS:

Gambar 3: Lawatan Khidmat Ummah pada 11 Mei 2019 di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
Alma, Pulau Pinang

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 76

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Gambar 4: Lawatan Khidmat Ummah pada 5 November 2019 di Persatuan Orang-Orang Cacat
Penglihatan Islam Malaysia - PERTIS

Setelah melalui fasa kedua tersebut, mahasiswa menjadi lebih bersedia untuk diberi ruang untuk
menghasilkan produk bagi OKU dalam urusan keragamaan. Produk yang dihasilkan adalah sama ada dalam
bentuk perkhidmatan atau alatan kegunaan harian. Bahan-bahan bacaan dalam bentuk tulisan Braille atau
audio yang mesra OKU penglihatan seperti Iqra versi Braille, Buku-buku audio Islami, Buku Panduan Tajwid
Quran Braille, Hadis 40 Braille dan modul-modul pembelajaran agama adalah antara produk yang dihasilkan.
Pada tahun 2015 Iqra versi Braille telah diedarkan ke sekolah- sekolah yang mempunyai pelajar OKU
Penglihatan dan sehingga kini mereka masih menggunakannya sebagai medium pembelajaran. Selain itu,
Perisian buku audio Pendidikan Islam Tingkatan 1 (i-TALK PISMEN) telah diberikan pendedahan tentang
penggunaanya di Sekolah Menengah Penglihatan Khas Setapak. Gambar 5 dan 6 dibawah menunjukkan
contoh produk yang dibangunkan oleh pelajar FPQS:

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 77

Contemporary Issues on Education and Islamic Education
Gambar 5: Iqra versi Braille

Gambar 6: Buku Audio Pendidikan Islam (i-TALK PISMEN)

Projek ini direkabentuk untuk menyediakan pembelajaran bermakna kepada mahasiswa. Ia dimulai
dengan penerapan falsafah integrasi Naqli dan Aqli dengan memfokuskan untuk memberikan kesedaran
dan maklumat asas tentang keberadaan OKU di dalam masyarakat dan bagaimana keadaan dunia kehidupan
serta keperluan mereka beragama. Melalui HMO para mahasiswa perlu berhubung secara langsung dengan
OKU. AJK yang terlibat dengan penganjuran perlu mengenalpasti terlebih dahulu pihak-pihak dan individu-
individu OKU yang ingin dilibatkan bagi mencapai objektif program tersebut. Melalui pameran-pameran yang
dibuat oleh para NGO serta program open mic ketika HMO berlangsung, mahasiswa dapat memahami isu,
cabaran dan keunikan dunia OKU secara hands on dan minds on. Manakala melalui forum yang diadakan
pula, elemen simpati dapat diresapkan ke dalam jiwa mahasiswa melalui pengisian yang dihidangkan oleh
ahli-ahli panel yang berstatus OKU dan yang terlibat secara langsung dengan OKU seperti ibu bapa dan guru
kepada OKU. Antara agensi yang sering terlibat menjadi panel bagi program ini iaitu, Yayasan FAQEH, NESDA,
KL Braille dan sebagainya. Sebagai Contoh Gambar 7, 8 dan 9 di bawah menunjukkan Forum SiQaH yang
dianjurjan oleh pelajar FPQS:

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 78

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Gambar 7: Simposium Khidmat Quran & Sunnah bagi OKU
Gambar 8: Forum Simposium Khidmat Quran & Sunnah bagi OKU

Gambar 9: Peserta Simposium Khidmat Quran & Sunnah bagi OKU

Rentetan daripada kesedaran, simpati dan rasa tanggungjawab yang telah diperolehi daripada fasa
pertama projek ini, mahasiswa diberi pula peluang untuk menggabungkan maklumat dan kemahiran yang
baru mereka perolehi (aqli) dengan apa yang sedia mereka miliki (naqli) untuk menyantuni golongan OKU

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 79

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

sama ada dalam bentuk memberi khidmat keagamaan atau pembangunan produk demi mengupayakan
OKU terutamanya dalam hal ehwal berkaitan agama. Perincian pelaksanaan pendekatan projek yang
sistematik iaitu diilustrasikan seperti Rajah 1 di bawah:-

Rajah1: Carta Alir Projek Emansipasi UMMI

Hari Menyantuni OKU dijadikan sebagai platform untuk para mahasiswa menjalankan tiga aktiviti
utama seperti pameran kesedaran, open mic dan forum. Melalui aktiviti-aktiviti ini, mahasiswa dapat
memahami isu, cabaran dan keunikan dunia OKU secara hands on dan minds on. Contohnya melalui forum
yang diadakan, elemen simpati dan empati dapat diresapkan ke dalam jiwa mahasiswa melalui pengisian
yang dihidangkan oleh ahli-ahli panel yang berstatus OKU dan yang terlibat secara langsung dengan OKU
seperti ibu bapa dan guru kepada OKU.

Daripada hasil pembelajaran yang diperolehi telah memberi impak kepada mahasiswa untuk
menggabungkan maklumat dan kemahiran yang baru mereka perolehi (aqli) dengan apa yang sedia mereka
miliki (naqli) untuk menyantuni golongan OKU sama ada dalam bentuk memberi khidmat keagamaan atau

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 80

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

pun pembangunan produk demi mengupayakan OKU terutamanya dalam hal ehwal berkaitan agama. Rajah
2 di bawah ini menggambarkan gerak kerja pelaksanaan HMO.

Rajah 2 : Carta Alir Penganjuran HMO Berasaskan Model Pengurusan
(Koontz & O’donned, 1976)

Pelaksanaan HMO menggunakan model pengurusan (Koontz & O’donned, 1976). Mahasiswa perlu
merancang, mengorganisasikan, menstrukturkan kakitangan dalam organisasi, memberi arahan dan
mengawasi kelangsungan program supaya segalanya yang berlaku pada hari kejadian sama yang dirancang.

Rajah 3: Carta Alir Pembangunan Produk Berasaskan Model ADDIE (Rosset, 1987)

Rajah 3 merupakan carta alir berkenaan dengan pembangunan produk yang menggunakan Model
ADDIE (Rosset, 1987). Dalam model ini, mahasiswa perlu menganalisis isu dan keperluan OKU sebelum
menghasilkan sesuatu produk. Kemudian, mahasiswa perlu mereka bentuk dan membangunkan produk

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 81

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

berdasarkan keperluan OKU. Setelah produk dibangunkan, produk tersebut perlu diaplikasikan kepada OKU
supaya penambahbaikan boleh dibuat. Selepas penambaikan dibuat, produk tersebut akan dinilai dan
disahkan kebolehgunaannya.

Kesan Pembelajaran Berasaskan Komuniti Melalui Projek Emansipasi Ummi Kepada
Mahasiswa

Secara umum kesan pembelajaran berasaskan komuniti melalui projek Emansipasi UMMI kepada
mahasiswa dapat dikenal pasti melalui tiga aspek utama, iaitu kognitif, psikomotor dan afektif.

Dari aspek kognitif mahasiswa berupaya:
1. memahami literasi Braille dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab/Quran; dan
2. mencipta produk yang mesra OKU dengan gabungan unsur Naqli dan Aqli.

Pendekatan projek ini telah meningkatkan pencapaian mahasiswa dari aspek pengetahuan. Perkara ini dapat
dijelaskan melalui pencapaian pada setiap peringkat seperti berikut:-

Peringkat pertama: Hari Menyantuni OKU (HMO) memberikan pendedahan awal kepada mahasiswa
untuk mengetahui latar belakang dunia OKU dan kaitannya dengan pengajian Islam. Ini termasuklah
pengetahuan literasi Braille dan sosiologi komuniti ini.

Peringkat kedua: Khidmat Ummah dan Lawatan Ilmiah memberi peluang kepada mahasiswa untuk
meneroka dan menghayati dengan lebih mendalam kehidupan harian OKU dan memahami keperluan
kehidupan mereka terutamanya dalam hal ehwal beragama.

Peringkat ketiga: Penghasilan Produk Mesra OKU. Mahasiswa menganalisis berdasarkan pengetahuan
yang telah mereka perolehi untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat dan mesra OKU dalam konteks
beragama. Pengetahuan teknologi (aqli) dan agama (naqli) dapat digabungkan dengan matang pada fasa ini.

Manakala dari aspek psikomotor pula mahasiswa berupaya:
1. menguasai sistem tulisan timbul seperti mesin Perkins Brailler dan Duxbury Translator (DBT) bagi

menguasai kaedah penulisan Braille; dan
2. menguasai format dan kaedah penulisan Quran Braille dengan menggunakan Mashaf Quran

Braille dan Surah-surah Pilihan cetakan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).
Pendekatan projek ini telah meningkatkan pencapaian mahasiswa dari aspek kemahiran. Perkara ini dapat
dijelaskan melalui pencapaian pada setiap peringkat seperti berikut:

Peringkat pertama: Hari Menyantuni OKU (HMO) memberikan pendedahan awal kepada mahasiswa
untuk mempelajari kemahiran mengatur program dan asas berkaitan dunia OKU seperti kemahiran
berorganisasi, kemahiran literasi Braille dan kemahiran berinteraksi dengan OKU.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 82

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Peringkat kedua: Khidmat Ummah dan Lawatan Ilmiah memberi peluang kepada mahasiswa untuk
mengasah kemahiran berorganisasi dan kaedah berinteraksi khas dengan golongan OKU secara lebih
terperinci.

Peringkat ketiga: Penghasilan Produk Mesra OKU. Pada fasa ini mahasiswa yang memilih untuk
membangunkan sesuatu produk perlu mempelajari kemahiran yang bersesuaian dengan produk tersebut.
Sebagai contoh untuk menerbitkan bahan bacaan Braille, mahasiswa mempelajari kaedah mentranskrip,
penggunaan perisian, format penerbitan dan kaedah percetakan.

Dari sudut afektif pula, mahasiswa diterapkan nilai:
1. penerimaan dan kesedaran terhadap golongan OKU
2. responsif serta rasa bertanggungjawab ke atas golongan OKU

Pendekatan projek ini telah memberi kesan kepada perubahan sikap dan peningkatan kemahiran
sosial mahasiswa. Melalui projek ini, sikap para mahasiswa terhadap displin integrasi naqli dan aqli dapat
disemai apabila mereka berjaya menghubungkaitkan antara ilmu naqli (Quran dan Sunnah) yang dipelajari
secara teori yang kemudiannya diaplikasi secara praktikal dengan ilmu aqli (kemahiran literasi Braille) untuk
menjayakan ketiga-tiga peringkat projek ini. Perkara ini dapat dijelaskan melalui pencapaian pada setiap
peringkat seperti berikut:

Peringkat pertama: Hari Menyantuni OKU (HMO) menjadikan mahasiswa dapat berkenalan dan mula
bersosial dengan komuniti OKU. Proses ini menjana perubahan sikap daripada tiada keperihatinan kepada
rasa simpati dan melahirkan perasaan ingin berkhimat kepada OKU.

Peringkat kedua: Khidmat Ummah dan Lawatan Ilmiah memberi peluang kepada pelajar untuk
menghayati dengan lebih mendalam kehidupan harian OKU dan memahami keperluan kehidupan mereka
terutamanya dalam hal ehwal beragama. Pada peringkat ini mahasiswa mencapai tahap empati yang akan
merubah sikap dan persepsi mereka terhadap OKU. Kemahiran mereka bersosial dengan golongan OKU juga
meningkat kerana terdapatnya aktiviti yang dijalankan bersama-sama OKU secara langsung. (A5)

Peringkat ketiga: Penghasilan Produk Mesra OKU. Kemahuan, kreativiti dan kemampuan mahasiswa
membangunkan produk mesra OKU pada fasa ini adalah bukti keberhasilan daripada perubahan sikap dan
kemahiran sosial yang diperolehi oleh mahasiswa pada peringkat pertama dan kedua. Pada peringkat ini
mahasiswa diharapkan mencapai tahap ihsan dan itqan dalam kerangka bidang ini.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 83

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Impak Kesan Projek Emansipasi Ummi Kepada Pembangunan Kelestarian Usim

Latihan kepada pelajar USIM untuk terlibatsama di dalam Projek Emansipasi UMMI ini akan boleh
mengukuhkan sistem sokongan universiti kepada kemasukan pelajar-pelajar OKU yang masuk belajar di
universiti ke arah Pembangunan Kelestarian USIM. Pada tahun 2019, Kementerian Pelajaran Malaysia
telahpun melancarkan Garis Panduan Perlaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya di Institusi Pengajian
Tinggi dan ‘Zero Reject Policy’. Ini bertujuan untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada nilai
kasih sayang, kegembiraan dan hormat-menghormati serta membentuk budaya pendidikan inklusif antara
sesama masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana golongan termasuk OKU dan hak mereka untuk
mendapat pelajaran. Tanggungjawab kepada OKU adalah tanggungjawab ummah untuk memastikan hak-
hak OKU sentiasa terpelihara. Ini adalah satu aspek yang sangat penting di dalam mencapai kelestarian
sesebuah universiti.

USIM kini dalam usaha ke arah pembangunan lestari. Salah satu aspek yang sangat penting terkait
usaha pembangunan lestari ini adalah universiti itu perlu inklusif kepada golongan OKU. Inklusif ni
bermaksud bebas halangan untuk semua lapisan masyarakat di USIM yang mana seseorang pelajar OKU itu
akan boleh menjalani kehidupan dan pembelajaran di universiti dalam keadaan yang selesa tanpa ada
keadaan yang membahayakan. Berdasarkan garis panduan MyU OKU (2020) terdapat empat faktor yang
perlu diambilkira dalam menjayakan pembangunan yang inklusif ini iaitu:-

1. Keperluan Tadbir Urus;
2. Keperluan Pengajaran dan Pembelajaran;
3. Keperluan Perkhidmatan Sokongan; dan
4. Keperluan infrastrukur.

Keperluan Tadbir Urus

Untuk mencapai kelestarian universiti, keperluan tadbir urus kampus inklusif yang komprehensif
perlu diadakan dan dilaksanakan terlebih dahulu. Keperluan tadbir urus ini melibatkan rangka kerja
pentadbiran, polisi dan garis panduan terkait kampus inklusif. Rangka kerja pentadbiran akan memastikan
penyusanan modal insan yang akan bertanggungjawab dalam urusan kampus inklusif ini di setiap bahagian
dan Standard Operation Procedure termasuk latihan sumber daya manusia serta peruntukan dana dan
kewangan. Manakala bahagian pengurusan dan perlaksanaan sangat penting untuk pengurusan di bahagian
hal ehwal pelajar, hal ehwal akademik dan pembangunan infrastruktur. Akhirnya semua ini perlu di pantau
melalui proses audit berkala.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 84

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Keperluan Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan manual MyU OKU (2020), tanggungjawab memenuhi keperluan di bahagian pengajaran
dan pembelajaran adalah teras bagi menjamin kelangsungan pembangunan lestari untuk kampus yang
inklusif OKU. Ia melibatkan tiga bahagian utama iaitu perancangan, perlaksanaan dan pentaksiran. Setiap
satu bahagian ini perlu diberikan tumpuan sebagai contoh bahagian persediaan perancangan merangkumi
sumber pengajaran dan pembelajaran bagi setiap kursus, penyediaan bahan bantuan yang menggunakan
teknologi serta penyediaan format bahan kuliah. Ini boleh dijalin dengan aktiviti Projek Emansipasi UMMI
yang menghasilkan produk-produk mesra OKU yang dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Manakala bahagian perlaksanaan merangkumi aspek kaedah pengajaran dan pembelajaran inklusif,
pengendalian kelas, pengurusan kelas serta sokongan pembelajaran. Para pensyarah perlu diberi latihan
yang bersesuai untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran yang inklusif. Projek Emansipasi UMMI
juga boleh diolah untuk menjadi latihan kepada pensyarah untuk menepati matlamat Pembangunan
Mampan (SDG Goals) yang ke empat iaitu pendidikan berkualiti.

Keperluan Perkhidmatan Sokongan

USIM mempunyai kelebihan yang besar dengan adanya Projek Emansipasi UMMI ini kerana ia boleh
menyokong untuk membantu dalam memudahkan bahagian perlaksanaan keperluan Perkhidmatan
Sokongan ini. Contohnya pelajar-pelajar yang telah terlatih dapat dilibatsamakan sebagai buddy kepada
pelajar OKU yang memerlukan perkhidmatan sokongan dalam kedua-dua aktiviti bahagian akademik dan
bukan akademik. Perkhidmatan sokongan ini boleh dijadikan sebagai latihan praktikal untuk semua peserta
Projek Emansipasi UMMI untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

Keperluan Infrastruktur

USIM kini telahpun menerima kemasukan pelajar OKU dalam enam (6) kategori ketidakupayaan
seramai 23 orang setakat kemasukan tahun 2020. Penerimaan kemasukan pelajar OKU memberi maksud,
universiti perlu mengambilkira aspek penyediaan infrastruktur bagi membolehkan pelajar OKU ini dapat
bergerak di dalam kampus dengan mudah dan bebas halangan. Ini adalah aspek yang sangat penting dalam
pembangunan lestari untuk menepati Matlamat Pembangunan Mampan. Setiap infrastruktur baru yang
dibangunkan ataupun jika bangunan lama perlu diaudit supaya memyediakan infrastruktur yang mengikuti
garis panduan rekabentuk sejagat (universal design) dan piawaian yang telah ditetapkan seperti yang
terdapat di dalam Malaysian Standard 1184 (MS1184). Perlaksanaan infrastuktur ini melibatkan tiga faktor
utama iaitu ketersambungan persekitaran kampus, rekabentuk akademik bangunan akademik dan
rekabentuk bangunan bukan akademik. Pencapaian pelaksanaan ini penting dalam menepati matlamat
Pembangunan Mampan (SDG Goals) yang kesepuluh iaitu mengurangkan ketidaksamaan.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 85

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Penutup

Usaha ke arah melahirkan graduan universiti hasil daripada ‘pedagogy of love’ bersulamkan
pendidikan berteraskan nilai merupakan suatu usaha berterusan yang memerlukan keterlibatan semua
pihak. USIM sebagai sebuah universiti yang menerajui pendekatan integrasi Ilmu Naqli dan Aqli turut komited
dalam merealisasikan usaha ‘manusiawi’ iaitu memanusiakan manusia dalam rangka usaha mendepani isu
dan cabaran masyarakat. Projek ‘Emansipasi UMMI’ merupakan manifestasi hasrat USIM sebagai kampus
barakah dengan meletakkan santunan terhadap komuniti OKU sebagai salah satu agendanya. Gelombang
penyelidikan dan inovasi dalam pembelajaran bagi komuniti OKU melalui projek ini telah mendapat
pengiktirafan di peringkat Kebangsaan apabila dinobatkan sebagai Johan dalam kategori Anugerah
Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka) untuk inovasi ’Aplikasi Braille dalam Pengajian Quran &
Sunnah’, di Majlis Anugerah Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif Tahun 2019 (AKRI 2019).
Model projek Emansipasi UMMI ini mampu diketengahkan dalam usaha memartabatkan kurikulum terkini
bagi mencapai insklusiviti dalam kurikulum Pendidikan pengajian tinggi di Malaysia.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 86

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Chapter 8

KAJIAN TENTANG HUKUM MEMANDI MAYAT YANG MENINGGAL DUNIA
KERANA DITIMPA COVID 19

Maseerang Aming1*, Yahya Saema2, Mawaradi Nawae3, Abdulramae Sulong4

1-3 Kolej Islam Syeikh Daud-Al-Fathani-Yala
4 Yala Rajabhat University

Pendahuluan

Dengan berlakunya pendemik COVID 19 pada 2 tahun yang lalu menyebabkan beberapa isu yang
baru dalam Islam lahir di kalangan orang-orang Islam yang perlu mendapat jawapan berbentuk fatwa dari
para ulama. Makalah ini cuba menghimpunkan pandangan-pandangan ulama tentang pengurusan seorang
Islam yang mati ditimpa penyakit wabak tersebut. Khususnya tentang memandi mayat kerana ia merupakan
satu isu atau masalah yang tidak memuaskan hati masyarakat Islam seluruhnya terutama masyarakat di
tempat kita ini. Ini kerana terdapat beberapa cara yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dengan
pengurusan mayat yang ditimpa COVID 19. Sebahagiannya tidak memandikan mayat atau tidak tayamumkan
mayat atau dibungkus dengan plastik kemudian ditayammum ke atasnya. Apakah pengurusan tersebut itu
betul dan benar mengikut ajaran agama Islam? Sekiranya betul apakah alasan-alasan yang menunjukkan
bahawa ianya harus dilakukan sedemikian itu? Dan adakah boleh sembahyang jenazah ke atasnya dengan
keadaan tidak dimandi atau tidak ditayammun? Dan apakah pandangan ulama Islam terhadap perkara itu?

Persoalan-soalan ini perlu dijelaskan kepada masyarakat supaya hilang kekeliruan dan ia merupakan
sebagai tugas ulama dalam memberi penjelasan tersebut. Allah ta'ala berfirman

.‫َفا ْسأَلُوا أَ ْه َل ال ِذ ْك ِر إِن ُكنتُ ْم َل تَ ْعلَ ُمون‬

Maksudnya:
Hendaklah kamu menanyakan ulama jika kamu tidak mengtahui. (Al-Nahl: 43)

Oleh itu pengkaji cuba menghimpunkan dan memungut pandangan-pandangan ulama dalam
beberapa buah kitab dan juga makalah-makalah daripada ijtihad ulama tentang masalah ini supaya dapat
kita bincangkan dengan secara detail agar dapat mengeluarkan dan menjawab masalah-masalah tersebut
kepada masyarakat. Pendapat-pendapat ulama yang berhubung dengan masalah ini dapat dibahagikan
kepada tiga bahagian yang perlu dibincangkan dengan secara detail

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 87

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

Pertama: hukum mandi mayat seorang muslim
Kedua: pengurusan mayat apabila tidak boleh dimandikan
Ketiga: pengurusan mayat apabila tidak boleh dimandikan dan ditayammumkan
Mudah-mudahan kita diberkati oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dapat kita mengambil manfaat
bersama dalam menyebarkan kebenaran kepada masyarakat tentang hukum hakam yang berhubung
dengan agama khususnya isu-isu semasa insya Allah.

Hukum Mandi Mayat Seorang Muslim

Ulama bersepakat bahawa hukum mandi mayat orang Islam itu fardhu kifayah ke atas penduduk
tempatan apabila berlaku kematian iaitu bahawa apabila dikerjakan oleh sebahagian orang Islam maka
gugurlah fardhu kifayah itu ke atas orang lain kecuali mayat orang yang mati syahid pada jalan Allah maka
ia tidak wajib dimandikan. Wahbah al-Zuhaili berkata:

‫يج َب تعبداَ باتفاقَ المذاه َب الأربعة على المسلمين وجوبَ كفاية غسل المي َت غير‬
)1:447 ‫ (وهبة الزحيلي‬.‫شهيَد‬

Maksudnya:
Wajib secara ta’bbudi (semata-mata patuh) ke atas orang muslimin secara fardu kifayah dengan

persetujuan mazhab yang empat bagi memandikan mayat kecuali mayat yang mati syahid (Wahbah al-
Zuhaili: 1:447) Ulama berhujah dengan beberapa hujah antaranya;

‫ اغ ِسلوَه‬:‫ أن النبيَ ص َّلى الل عليه وسلَّم قال في سقط عن راحلته فما َت‬،‫ ع ِنَ اب َِن عبَّا َس ر ِضيَ الَل عنهما‬1.
)‫ (متففق عليه‬.‫ وك ِفنوه في ثوبيَه‬،‫بما َء و ِس ْدر‬

Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas Radhiallahu anhuma bahwasanya Nabi  bersabda bigi

seorang yang jatuh daripada kenderaannya lalu terus mati, hendaklah kamu mandikan dia dengan
air dan bidara dan hendaklah kamu kafankan dia dalam dua helai kain. (HR. Al-Bukhari dan Muslim) Perkataan
“‫ ”اغ ِسلوه‬dan “‫ ”ك ِفنوه‬itu merupakan fi’l amar sebagai arahan terhadap sebahagian mereka yang berada di
situ pada masa itu supaya memandikan mayat dan meng kafan dia.

‫ ا ْغ ِس ْلنها‬:‫َ قالَ ال ّنَبيَ ص َّلى اللَ عليه وس َلّم للنساءَ الَلتي غ َّسلن ابنته‬،‫ حدي َث أمَ عطية رضي اللَ عنها‬2.
)‫ (متفق عليه‬.‫ الحدي َث‬... ‫ أ ْوَ أ ْكث َر ِم َْن ذ ِل َك إِ ْنَ رأ ْيت ََّن ذلك بماء وسدر‬،‫ أ َْو س ْبعًا‬،‫ أ ْوَ خ ْم ًسا‬،‫ثَلثًا‬

Maksudnya:
Daripada Ummu ‘Athiyah radhiyallahu anha Rasulullah  bersabda bagi wanita yang akan

memandikan puterinya yang bernama Zainab binti Rasulullah  hendaklah kamu memandikannya

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 88

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

dengan air dan bidara, tiga kali atau lima kali atau tujuh kali atau lebih banyak daripada itu jika kamu
sekelian nampak akan demikian itu bagus. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Fi’il amar dalam hadis ini juga menunjukan bahawa memadi mayat adalah suatu arahan ke umat
Islam memandi mayat apabila berlaku kematian.

‫ ذه َب جمهور العلماءَ إلى أن تغسيل المي َت المسلم واج َب كفاية بحي َث إذا قام البع َض سقط عن الباقي َن‬.3
‫(البخار َي‬...‫ وك ِفنوه في ثوبي َِن‬،‫ اغ ِسلوه بما َء و ِس ْدر‬: ‫ لقول النبي‬.)209‫ َص‬2‫ (الحطا َب الرعيني المالكي ج‬.

)1206 ‫ ومسلم‬1268

Maksudnya:
Jumhur ulama berpendapat bahawa mandi mayat seorang muslim itu wajib kifayah dengan bahawa

apabila sebahagian muslim mengerjakan urusan itu makan fardu itu gugur ke atas orang yang lain
(Ensiklopedia Kementerian Waqaf dan Urusan Agama Kuwait) kerana Rasulullah  bersabda katanya:
Hendaklah memandikannya dengan air dan bidara dan kafankannya pada dua helai kain… (HR Al-Bukhari
1268 dan Muslim 1206)

Dalam ensiklopedia ini juga menyatakan ada pendapat yang mengatakan mandi mayat itu sunat
iaitu pendapat sebahagian daripada pengikut imam Maliki yang mana didapati kenyataanya dalam kitab ibnu
Haji dan lainnya. (Al-Hatabi al-Ru’aini al-Maliki, 2:209)

Hukum Pengurusan Mayat Apabila Tidak Boleh Dimandikan

Sekiranya terdapat seorang muslim yang mati dan tidak boleh dimandikannya maka bagaimana
cara untuk mengurusankannya. Dalam hal ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertama, tidak
mampu meratakan air ke seluruh badan mayat ketika dimandikannya kerana ada ke’uzuran syar’i dan yang
kedua tidak boleh memandikan mayat kerana uzur daripada mandinya.

1. Tidak mampu meratakan air ke seluruh badan mayat ketika mandinya kerana ada keuzuran syar’i

Sebagaimana diterangkan di atas bahawa mandi mayat seorang muslim itu merupakan fardu
kifayah kerana perintah Allah supaya menjaga hak mayat dan kehormatannya sebagaimana firman Allah
taala yang bermaksud “Sesungguhnya Kami muliakan anak-anak Adam (Al-Isra’: 70). Dengan demikian ulama
Al-Azhar as-Syarif menjelaskan bahawa

َ‫ إلَّا‬-‫مما ذكر‬- ‫ولكننا نؤ ِك َد على أنه لاَ يجوزَ أنَ ينتقل ِمن الأ ْصل إلى صورةَ أخ َف‬
)‫ الخ (المصري اليوم‬.. ‫بضرورة مانعةَ ِمن ِف ْعل الأصل‬

Maksudnya:
Tetapi kami berpendapat bahawa tiada harus memindah daripada hukum asal kepada hukumyang

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 89

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

lebih ringan kecuali apabila ada darurah yang menghalangkan daripada melakukan hukum asal. (Al-Misriy
Al-Yaum) Malah mereka menjelaskan lagi katanya

‫َ فيكفي‬،‫ خوفًا من انتقالَ العدوىَ إلى المغ ِسل ال َّصحيح‬.. ‫إذاَ تعذرَ غ ْسل المتو َّفي بكورونا‬
‫ حفا ًظا على حياة‬.. ‫عندئَذ في غسل المتوفَّي بكورونا مجرَد إسالة الماء عليه ولو من بعيَد‬

.‫ ومن ًعا من انتقال العدوى إليه‬،‫المغ ِسل‬

Maksudnya:
Apabila terdapat keuzuran memandikan mayat CORONA19 kerana takut berpindah penyakit kepada

pemandi mayat yang sihat maka pada ketika itu memadai dengan memandikan mayat itu dengan semata-
mata cucurkan air ke atasnya dari jauh kerana untuk menjaga nyawa yang sihat dan menegah daripada
berpindah penyakit kepadanya.

Adapun kalau ada halangan untuk meratakan air ke seluruh badannya maka buatlah sekadar yang
mampu kerana berdasarkan kepada kaedah:

“َ‫ ”الميسورَ لاَ يسقط بالمعسور‬yang bermaksud: Perkara yang mudah tidak gugur dengan perkara
yang susah. (Al-Subqi, 1: 155). Kaedah ini diambil daripada firman Allah  :

)16 :‫ الآية (التغابن‬.. َ‫ فاتَّقواَ ّل َّلاَ ما ا ْستط ْعت ْم‬Bermaksud: Maka hendaklah kamu takut kepada Allah
kadar kemampuan kamu. Kaedah ini juga diambil daripada hadis Rasulullah :

‫ الحدي َث‬.. َ‫) وما أم ْرتك ْمَ به فا ْفعلواَ منه ما ا ْستط ْعت ْم‬1337 َ،‫ (رواهَ مسلم‬Bermaksud: Dan barang yang
aku perintahkan kamu maka hendaklah kamu lakukannya sekadar yang kamu mamapu. (HR Muslim, 1337)
Dengan demikian imam Burhanuddin bin Muflih al-Hambali (816-884 H) :

‫ (برهانَ الدين إبراهيم بن‬.‫وإنَ تعذرَ غسل بعضه غسل ما أمكن وييمم للباقي في أصح القولين‬
)2:242 َ،‫ م حمد‬Maksudnya: Dan jika ada keuzuran mandi sebahagian badan mayat nescaya dimandikan
apa yang mampu dan di tayamum akan yang selebihnya, ini berdasarkan kepada pendapat yang lebih kuat.
(Burhanuddin Ibrahim bin Muhammad, 2: 242)

Pusat Fatwa Elektronik Antara Bangsa al-Azhar menyatakan:

‫َ فعندئَذ يكتفى بص َِب الماءَ عليه وإمرارهَ فقط بأي‬،‫وإ ْنَ س ِلم المتو َّفى لأهله دونَ غس َل وتكفين‬
)2022 ،‫ (بوابة المصري اليوم‬.‫طريقة كان َت دون تدليكه‬

Maksudnya:
Dan jika diserahkan mayat kepada ahlinya dengan ketiadaan mandi dan tidak dikafan maka ketika

itu cukuplah dengan menuangkan air ke atasnya atau menyiramkan air ke atasnya sahaja dengan apa cara
pun dengan ketiadaan digosoknya. (Bauwabat al-Misri al-Yaum, 2022)
Ini kerana mengikut mazhab Syafi'i bahawa gosak ketika mandi mayat itu ialah sunat sahaja bbukan fardhu:

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 90

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

‫ أو أن يغمس فى‬،‫إن غسل الميت لا يحتاج إلى التدليك ويكفى فقط جريان الماء على عموم الجسد‬
)2020 ،‫ (محمد صبري عبد الرحيم‬.‫ فسنن غسل الميت وهى التدليك والوضوء ونحو ذلك‬،‫حوض به ماء‬

Maksudnya:
Sesungguhnya mandi mayat itu tidak perlu kepada gosok malah memadai dengan melalui akan air

ke atas badan mayat atau diselamkan mayat ke dalam kolam air, maka sunat-sunat mandi mayat itu seperti
menggosok dan mengambil wuduk kepadanya.

2. Uzur Daripada Memandi Mayat

Apabila datang keuzuran daripada mandi mayat kerana sesuatu sebab seperti takut
memindahkan kuman-kuman daripada penyakit wabak yang ada pada mayat itu kepada si memandikannya
atau dengan sebab-sebab lain maka boleh kita menukar daripada mandi kepada tayamum sebagaimana
ada keterangan dalam ketawa al-Nawazil:

‫ نصوا على الانتقال م َن‬،‫وفي حالة تعذر الغسل وعدم إمكان تعميم جميع بدن المي َت أو بعضه بالماء‬
‫ (شوق َي‬.‫ لأنها طهارة متعلقة بالبدن كالوضوء وغسل الجناية‬،‫ فينتقل من الغسل إلى التيمم‬... ‫الأصل إلى البدل‬

)302 :2020 ،‫إبراهيم عَلم‬

Maksudnya:
Dalam keadaan apabila teruzur daripada mandi mayat dan ketiadaan mampu meratakan air ke atas

sekelian badannya atau sebahagiannya, mereka (ulama fiqh) menentukan bahawa perlu ditukar daripada
hukum asal (mandi) kepada tayamum kerana bahawasanya bersuci yang berhubung dengan badan itu
hukumnya seperti mengambil wuduk dan mandi janabah (Shauqi Ibrahim ‘Allam, 2020: 302) Berikut ini
penulis akan membawa nas-nas daripada ulama yang menunjukkan bahawa boleh ditayammumkan mayat
sebagai ganti daripada mandinya ketika ada keuzuran seperti berikut;

)2000:137 ،‫ ومن تعَذر غسله يمم (ابن الحاج َب المالكي‬.1

Maksudnya:
Barangsiapa teruzur daripada mandinya maka ditayammum. (Ibn al-Hajib al-Malikiy, 2000: 137)

‫َ فانتقل فيه إلى التيمَم‬،‫َ لأنه تطهير لاَ يتعلق بإزالة عين‬،‫ وإنَ تعَذرَ غسله لعدمَ الماءَ أوَ غيرهَ يمم‬.2
)137 :2000 ،‫ (أبو إسحاق الشيرازي‬.‫كالوضوء وغسل الجنابة‬

Maksudnya:
Jika teruzur daripada memandikan mayat kerana ketiadaan air atau lainnya maka

ditayammumkannya kerana kebersihan daripada mandi mayat tidak semata-mata berhubung dengan

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 91

Contemporary Issues on Education and Islamic Education

menghilangkan ain itu maka berpindah hukum mandi kepada tayammum seperti wuduk dan mandi junub.
(Ibn al-Hajib al-Malikiy, 2000: 137)

)130 :1417 ،‫ إلخ " (الرافعي الشافعي‬...‫ ولو احترق مسلم ولو غسل لتهرى لا يغسل بل ييمم‬.3

Maksudnya: Dan jika seorang mayat muslim terbakar, kalua dimandikan nescaya dagingnya gugur
maka tidak dimandikan dia malah ditayammumkannya. (Al-Rafi’I, Abdul Karim bin Muhammad, 1417, 5:
130)

،‫ إلخ (ابن قدامة الحنبلي‬..‫ يمم‬..َ‫ إذَ تعذرَ غسل المي َت لعدمَ الماءَ أوَ خيف تقطعه كالمجذوم‬.4
)1414:359

Maksudnya:
Jika teruzur memandi mayat kerana ketiadaan air atau takut terpotong sebahagian anggotanya

seperti yang ditimpa penyakit gusta maka ditayammumkannya….. (Ibn Qudamah, 1414, 1: 359)

)178 :5 ،‫ الخ (النووي‬.. ‫ أو خيف على الغاسل يمم‬.. ‫ إذا تعذر غسل المي َت لفقَد الماء‬.5

Maksudnya:
Jika teruzur memandi mayat kerana ketiadaan air atau bimbang ke atas pemandi mayat maka

ditayammumkannya… (Al-Nawawi, 5: 178)

:2020 ،‫ إلخ (شوقي إبراهيَم عَلم‬...‫ فإنه ينتقل إلى التيمَم‬،‫ فالمي َت إذا لم يستطع تغسيله لعذر شرعي‬.6
)302

Maksudnya:
Maka mayat yang tidak boleh dimandikannya kerana uzur syar’i maka berpindah hukumnya kepada

tayammum… (Shauqi Ibrahim ‘Allam, 2020 5: 302)

Berdasarkan pendapat-pendapat ulama di atas jelaslah bahawa mereka bersepakat dalam ijtihad
mereka tentang masalah ini bahawa kalau tidak mampu memandikan mayat dengan cara keseluruhan
badannya maka kerjakanlah sekadar mampu dan jika tidak boleh memandikannya kerana takut penyakit
pindah kepada si memandi mayat maka boleh tukar kepada tayammum.

ISBN (E-book) : 978-616-8297-19-3 Volum 1 (2022) 92




Click to View FlipBook Version