The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by freelancersquad.academy, 2022-12-07 09:07:58

Percuma-Bisnes Freelance

Percuma-Bisnes Freelance

BUAT DUIT
USD

BEKERJA
DARI RUMAH

Ditulis Berdasarkan Pengalaman Sebenar
SITI MUNIRAH BINTI ABDUL MALIK

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Penafian :

Terus terang saya beritahu saya bukanlah
sesiapa, saya hanyalah orang biasa yang aktif
melibatkan diri dalam dunia freelancersebagai
penterjemah bebas (B.Inggeris- B.Melayu)
sejak tahun 2013.

Disebabkan Covid-19 ramai yang terjejasmaka
saya buat keputusan untuk membantu dan
memberi pendedahan kepada anda tentang
freelancer tetapi fokus kepadabagaimana dan
di mana anda boleh mendapatkan kerja-
kerja online dari luar negara seterusnya
menjana pendapatan lumayan.

Saya tulis e-book menggunakan bahasa
santai supaya semua mudah faham.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Hak Cipta :

E-book ini ditulis berdasarkan pengalaman
saya sendiri, Siti Munirah Binti Abdul Malikdan
di bawah team saya sendiri iaitu team
Freelancer Squad Academy (FLSQUAD). Ia
tidak melibatkan mana-mana syarikat lain.
Hanya untuk bacaan persendirian anda dan
anda tidak dibenarkan menjual, mencetak
atau menyebarkannya tanpa kebenaran.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Siapa Saya?

Salam ceria. Terima kasih sudi mendapatkan
ebook saya.
Saya Munirah, berumur 29 tahun dan kini
menetap di Kulim, Kedah.
Saya sekarang sudah 4 tahun menjadi
pensyarah dalam bidang IT di kolej vokasional
tetapi dalam masa yang sama saya masih
membuat kerja-kerja online khususterjemahan
secara sambilan cuma tidak seaktif dulu
kerana sibuk dengan kerja hakiki saya.

Sejak tahun 2013 lagi ketika saya berumur 20
tahun, saya sangat aktif membuat kerja-kerja
terjemahan dalam platform international.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Oleh itu, apa yang saya nak kongsikankepada
anda adalah tentang platform international
yang anda boleh dapatkan kerja online dan
terbukti boleh menjana pendapatan
lumayan ribuan ringgit yang masih ramai lagi
orang Malaysia tak tahu.

Sebelum itu, saya ingin kongsikan kepada
anda kisah bagaimana saya mula terjebak
dengan dunia freelancer walaupun saya
langsung tak tahu apa-apa.

Untuk pengetahuan anda, saya mula aktif
menjadi freelancer sejak tahun 2013 lagi ketika
saya berumur 20 tahun dan baru sahaja
melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi
Maklumat) di UPSI.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Alkisahnya, dulu saya cuba-cuba google kerja
online yang saya boleh buat semasa cuti
semester. Tapi kerja online yang saya fikir
waktu itu hanyalah dropship atau apa-apa
bisnes yang saya boleh buat dari rumah.
Semasa tengah google tu lah saya terjumpa
dua platform international yang ada kerja
online.

Saya pun daftar dua platform international
tersebut walaupun ada rasa ragu-ragu takut
ditipu dan masih tak percaya wujudnya kerja
online. Kalau ada pun iklan kerja online
selalunya saya jumpa mesti berkaitan MLMdan
perlu keluarkan modal. Saya tak suka..

Tapi tak apa. Waktu itu saya cuba fikir positif.
Nak takut apa sebab pendaftaran pun

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


percuma. Cuba dahulu, tak rugi pun. Mana
tahu betul-betul wujud kerja online.

Mula-mula daftar dahulu, fokus utama saya
ketika itu adalah untuk mencari kerja yang
boleh beri pendapatan sahaja. Jadi, saya
mencari kerja-kerja mudah yang saya rasa
saya boleh buat seperti kerja copy paste data
dan kerja-kerja menaip. Saya langsung tak
tahu adanya kerja-kerja penterjemahan.

Selepas 3 hari mendaftar, saya berjaya
mendapat kerja pertama saya!

Tahu tak kerja pertama saya apa?

Saya mendapat kerja transcribing Bahasa
Melayu dari satu syarikat Filipina.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Apa saya perlu buat?
Saya hanya perlu mendengar audio
perbualan telefon yang berdurasi 1 jam
antara operator TNB dengan pelanggan
mereka yang mengadu masalah bil elektrik.
Kemudian, saya hanya perlu taip semula
perbualan tersebut ke dalam Microsoft Word
mengikut format yang diminta. Itu sahaja kerja
saya sebagai transcriber.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Tempoh untuk saya siapkan projek tersebut
ialah selama 24 jam (1 hari).

Nak tahu berapa bayaran yang saya dapat?

Saya mendapat bayaran sebanyak 140 USD
bersamaan lebih kurang RM500!

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Boleh bayangkan tak bagaimana perasaan
seorang pelajar berjaya menjana pendapatan
sebanyak RM500 dalam masa 1 hari sahaja!

Paling seronok, kerja itu saya buat 100%
online dari rumah sahaja. Tak perlu keluar
rumah pun. Masih ingat lagi teruja betul saya
semasa keluarkan wang daripada bank.

Jadi, sejak itu lah saya percaya dan mula aktif.

Bagi saya, kerja pertama saya sangatlah
istimewa kerana kerja itu lah yang berjaya
membuka mata saya tentang wujudnya
peluang menjana pendapatan lumayan
dengan kerja-kerja online yang kini saya

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


boleh kongsikan ilmunya dengan orang
lain.

Kemudian, saya terjumpa pula kerja
terjemahan. Walaupun saya bukan daripada
bidang terjemahan dan Bahasa Inggeris saya
pun tidak lah hebat mana tapi, waktu itu saya
rasa saya ingin cuba buat kerja terjemahan.

Lagipun, terjemahan kepada Bahasa Melayu
dan teks yang perlu diterjemah general sahaja
tentang produk kecantikan.

Saya cuba mohon dan Alhamdulillah, dapat.

Sejak daripada itu, saya sangat aktif membuat
kerja-kerja terjemahan dan semakin minat
dengan bidang ini. Saya juga banyak

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


mengajar kawan-kawan walaupun mereka
daripada bidang yang lain seperti graphic
design, web design dan data entry.

Pada tahun 2016, MDEC mula buka mata
tentang peluang menjana pendapatan begini
dan mula buat training kepada rakyat Malaysia
di bawah program eRezeki.

Pada tahun yang sama juga, saya telah
menamatkan pelajaran saya di UPSI dan terus
saya join program MDEC selama 3 bulan di
USM bersama 2 orang kawan saya.

Kemudian, saya dilantik menjadi trainer untuk
mengajar orang ramai termasuklah kawan-
kawan saya.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Alhamdulillah, 2 orang kawan saya juga
berjaya menjana pendapatan dan kami
menjadi Top 3 mingguan dalam program
MDEC.
Kami memang rapat dari UPSI lagi jadi, kami
banyak habiskan masa bersama dan belajar
walaupun semasa dalam asrama luar waktu
training. ILMU perlu sentiasa dicari.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Ini kawan saya yang masih aktif dalamplatform
walaupun buat kerja online secara sambilan
sahaja.

Kami yang tak tahu apa-apa tentangfreelancer
pun boleh berjaya, mustahil anda tak boleh
kan? Yang penting perlu ada ILMU.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Sempatlah saya menimba pengalaman
menjadi trainer MDEC selama 7 bulan danbagi
training kepada pelajar-pelajar universiti serta
orang awam seluruh Malaysia sebelum saya
mendapat tawaran guru pada Mei 2017.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Semasa menjadi trainer MDEC, saya dan team
mengajar platform yang fokus kepada pelbagai
kemahiran seperti graphic design, video
editing, web development, translation dan
kemahiran-kemahiran lain.

Sepanjang menjadi trainer, banyak juga
masalah teknikal platform yang kami hadapi
dan selesaikan. Jadi, Alhamdulillah saya lebih
mendalami platform semasa menjadi trainer.

Sekarang saya dan partner saya yang juga
seorang freelancer serta bekas trainer MDEC
telah memulakan training kami sendiri di
bawah Team Freelancer Squad Academy
(FLSQUAD) yang fokus kepada pelbagai
kemahiran.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Kami berdua mengambil inisiatif menulis e-
book dan mengadakan training kerana
memikirkan keadaan semasa yang semakin
merunsingkan. Dijangka semakin bertambah
syarikat yang akan outsource kerja kepada
freelancer kerana ingin mengurangkan kos
operasi dan gaji pekerja. Jadi, ilmu yang akan
diberikan kepada anda ini sangatlah ‘mahal’
dengan situasi dunia sekarang.

Semua kandungan e-book dan video akan
dikongsi mengikut pengalaman saya sendiri
menjadi freelancer serta trainer. Harap
bermanfaat untuk semua!

SILA BACA EBOOK INI SAMPAI HABIS!
Jom kita mula..

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Apa Itu Freelancer?

Sebelum itu, anda perlu tahu dahulu maksud
freelancer kerana anda akan menjadi
seorang freelancer.

Maksud freelancer ialah pekerja bebas tanpa
pengawasan yang mana anda tiada had dari
segi masa dan tempat bekerja.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Semuanya bebas di mana sahaja anda mahu
bekerja asalkan kerja yang diberikan siap
mengikut tempoh yang diberikan.

Disebabkan freelancer bebas bekerja di mana
sahaja jadi, sebab itulah ada yang suka travel,
suka check-in hotel, suka lepak di kafe dan ada
juga yang sengaja menyewa co-

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


working space untuk menyiapkan kerja
mereka.
Kenapa? Selalunya kerana ingin mencari
suasana yang berbeza sambil bekerja. Asyik
terperuk di rumah pun tak seronok juga kan.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Freelancer perlu bijak menguruskan masa
sendiri. Menjadi freelancer tak semestinya
anda perlu berhenti kerja jika anda
mempunyai kerja tetap.

Ada yang menjadi freelancer secara
sambilan dan mereka akan menyiapkan kerja
freelance selepas waktu bekerja contohnya,
pada waktu malam atau pada cuti hujung
minggu.

Ada juga yang menjadikan freelancer sebagai
kerjaya tetap. Jika tetap, anda perlu bijak
membahagikan masa antara bekerja,
bersama keluarga dan membuat aktiviti- aktiviti
lain. Anda yang urus sendiri. - Anda adalah
BOS kepada diri anda sendiri!

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Konsep bisnes freelance bermaksud anda
sebagai freelancer akan menjual servis anda
kepada majikan/client yang memerlukan.

Menjual servis? Di mana?
Selalu kita lihat kebanyakan freelancer akan
mempromosikan servis mereka di Facebook
atau Instagram. Tapi sebenarnya, ada
platform lain yang khusus untuk freelancer join
dan menjual servis mereka...

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Platform Kerja Freelance

Platform yang selalu digunakan oleh rakyat
Malaysia untuk mencari kerja ialah JobStreet,
JobsMalaysia dan Indeed.

Selalunya majikan atau wakil syarikat akan
iklankan kerja dalam platform tersebut dan
anda boleh mohon kerja. Kemudian, anda
akan dihubungi dan diminta hadir ke pejabat
untuk ditemuduga oleh syarikat tersebut. Ini
flow yang biasa kita lalui bila menggunakan
platform kerja tersebut.

Adakah flow untuk platform kerja freelance
juga sama?

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Di bawah ini saya gambarkan flow platform
kerja freelance dan bagaimana freelancer
bekerja dalam platform.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Ringkasan Platform Kerja Freelance

1. Daftar Akaun Platform
2. Buat Profile
3. Cari Kerja
4. Mohon Kerja
5. Siapkan Kerja
6. Majikan/Client Bayar Dan Bagi Feedback

Platform kerja freelance berbeza dengan
platform kerja biasa kerana ia 100% online
dan tak perlu menghadiri temuduga di pejabat.

Semuanya berlaku di dalam platform daripada
temuduga, buat kerja, hantar kerja
sehinggalah mendapat bayaran daripada
client/majikan.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Bayaran Upah

Ok bercakap pasal upah. Yang bestnya, anda
akan dibayar dalam mata wang antarabangsa.
Bukan USD sahaja ada GBP, SGD, AUD dan
semua mata wang. Tapi kebanyakannya
dalam USD.

1 USD = RM 4.13 (semasa)
Contohnya, anda mendapat projek berharga
100 USD dan perlu disiapkan selama 2 hari.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


ANDA MENDAPAT UPAH SEBANYAK RM
412 DALAM MASA 2 HARI BEKERJA

Siapa nak bagi kalau kerja kat Malaysia kan.
Dah lah kerja dari rumah.

Kalau kerja SEMINGGU? SEBULAN?

Jadi tak hairanlah pendapatan boleh cecahribu
ringgit sebab kita dapat 4 kali ganda duit
Malaysia.

Tapi, saya tak suka berjanji bulan bintang
sebab banyak juga anda perlu belajar untuk
berjaya dalam dunia freelance ni. Upah yang
anda dapat ikut harga projek yang
majikan/client beri dan berbeza setiap

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


majikan/client.
Saya pernah rasa dapat 500 USD seminggu,
50 USD sehari, 10 USD 1 jam. Macam- macam
nilai bergantung harga projek yangditetapkan.
Ni contoh pendapatan yang saya dapat
daripada platform.
17,387 USD X RM 4.13 = RM 71,808

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Tujuan saya tunjuk ni bukan untuk show off tapi
sebagai bukti saya nak dedahkan kepadaanda
bahawa kerja online ini wujud.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Betul Ke Ada Platform Untuk
Dapat Kerja?

Ya, betul. Banyak platform yang anda boleh
join untuk dapatkan kerja online tapi dalam
training selalunya saya fokus kepada DUA
platform yang paling popular.

Platform apa?
Upwork dan Freelancer.com.

Kenapa saya fokus dua platform ini? Kerana
dua platform ni menyediakan kerja-kerja
online yang pelbagai. Semua kemahiran ada.

Platform lain? Platform lain ada yang hanya
fokus kerja yang berkaitan design sahaja,
fokus terjemahan sahaja dan ada platform lain

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


yang fokus kerja berkaitan programming
sahaja. Yang itu kami selalunya buat training
asing. Tak sempat nak cover semua sekaligus.
Ok.. berbalik kepada 2 platform popular ni..

Kalau anda nak tahu lebih 50 juta freelancer
dan majikan/client yang berdaftar dalam dua
platform ni.
Jadi mustahil jika langsung tak ada peluang
kerja untuk anda kan? Jadi, jangan takut untuk
mencuba.
NANTI DULU!
Saya tahu anda tak sabar nak join dua
platform ni untuk dapat kerja online kan?
Tolong baca sampai habis dulu ebook ni
dan jangan terburu-buru tanpa ilmu..

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Bagaimana Platform Kerja
Online Berfungsi?

Ringkasnya, platform ni ada dua jenis
pengguna yang berdaftar iaitu Employer
(majikan)/client yang memberi kerja dan
Freelancer (pekerja bebas) iaitu anda yang
mencari kerja.

Jadi, majikan akan buat iklan kerja dalam
platform dan disebabkan anda sudah
berdaftar dalam platform maka platform ni
akan padankan kerja dari majikan dengan

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


anda jika sesuai dengan kemahiran yang anda
ada.

Bagaimana Cara Untuk
Mohon Kerja Dalam
Platform?

First sekali, kalau anda dah jumpa kerja yang
anda minat dan rasa anda boleh buat. Anda
boleh mohon kerja tersebut dengan klik
‘Submit a Proposal’.

Kedua-dua platform menggunakan konsep
bida (bidding) di mana anda perlu membida
kerja.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Anda perlu bersaing dengan freelancer lain
untuk mendapatkan kerja tersebut dengan
menulis cover letter yang ‘menjual diri’ anda
kepada client/majikan supaya dapat menarik
minat mereka memilih anda berbanding
freelancer yang lain.
Contoh iklan kerja ini..

Majikan dah tulis huraian tentang kerja, ada
harga, ada butang Submit a Proposal dan
sebagainya.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Bila anda klik Submit a Proposal anda perlu
menulis cover letter yang menarik minat
majikan untuk pilih anda, ada point penting
yang anda perlu highlight, anda perlu jawab
soalan yang majikan tanya dan anda perlu
tetapkan harga bidaan anda.

Nampak kompleks kan? Tak pun sebenarnya.

Ada tips yang saya dah kaji dan apply sewaktu
saya bid kerja dan sewaktu saya ajarorang lain
bid kerja. Tapi, saya tak explain dalam ebook
ini kerana terlalu panjang.

Cover letter, resume dan portfolio sangat
penting perlu anda sediakan dahulu sebelum
apply kerja. Tapi, saya tak explain dalam
ebook ini juga kerana perlu belajar.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Macamana Nak Berkomunikasi
Dengan Majikan/Client?

Majikan/client datang dari seluruh dunia dan
menggunakan Bahasa Inggeris untuk
berkomunikasi. Sebab itu saya highlight
Bahasa Inggeris itu penting walaupun basic
untuk berkomunikasi.
Bila majikan/client nak pilih anda, mereka
akan hubungi anda melalui ruang chat yang
ada dalam platform seperti ini.

SITI MUNIRAH
Freelancer Squad Academy


Alhamdulillah..Sudah tamat perkongsian saya
dalamebook ini. Sebelum ini ebook ini dijual
dengan harga RM20 tetapi kini saya hanya
berikan secara percuma sahaja.

Jika anda nak belajar dengan lebih mendalam
tentang Freelance, kerja online yang boleh
beri pendapatan USD atau nak belajar buat
Resume, Cover Letter dan Portfolio anda
boleh dapatkan Pakej Pembelajaran yang
saya sediakan di sini :

https://nayrashopp.onpay.my/order/form/pakejshortcourses

Semoga bermanfaat untuk semua!


Click to View FlipBook Version