PAKK2243D SAINS AWAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK SAINS AWAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK (PUAN EMI ANAK DOM) PENSYARAH IPGKTAR
TUGASAN 2 PEMBENTANGAN OLEH: MARRLYNE ANAK BRACKET PDPPAKK21023 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS AWAL AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS AWAL “PROJEK PENAPIS AIR”
1.0 PENGENALAN
Menurut Abrusco (1982), sains merupakan proses melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif untuk memperoleh maklumat berhubung alam semulajadi. Sains juga merupakan pengetahuan yang diperoleh melalui proses saintifik dimana pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh dapat membantu kanak – kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling.
APA ITU SAINS AWAL? Pengajaran dan pembelajaran sains awal pula merupakan pendidikan sains awal yang memfokuskan perkembangan deria atau sensori dan pemahaman dunia persekitaran.
TUJUAN UTAMA PENDIDIKAN SAINS AWAL:- memberi peluang kepada kanak – kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sistematik dalam membuat penaakulan
KEPENTINGAN PENDIDIKAN SAINS AWAL:- menekankan konsep pembelajaran aktif pada peringkat awal seperti aktiviti penerokaan dan penyiasatan melibatkan kanak – kanak dalam penerokaan, penemuan sesuatu yang baru dan penyelesaian masalah adalah sesuatu yang menyeronokkan mengukuhkan perkembangan sosial dan emosi di mana proses sains boleh mengalakkan interaksi, bekerjasama dalam kumpulan dan meningkatkan keyakinan diri
2.0 PERMULAAN (SET INDUKSI)
Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran sains untuk kanak – kanak yang akan saya gunakan adalah pendekatan berasaskan projek.
Menurut Adenan dan Khairuddin (2012), pembelajaran berasaskan projek didefinisikan sebagai pembelajaran berfokuskan tugasan amali secara terancang dan sistematik dalam rangka masa tertentu yang melibatkan pengumpulan maklumat, analisis data dan penyediaan laporan yang tepat. APAKAH PENDEKATAN BERASASKAN PROJEK?
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDEKATAN BERASASKAN PROJEK? Aktiviti pendekatan berasaskan projek yang akan saya laksanakan ialah “Projek Penapis Air ” Pelaksanaan aktiviti berpandukan Kurikulum PERMATA Negara kumpulan sasar ialah kanak - kanak berumur 3 hingga 4 tahun di TASKA Komuniti Kampung Melayu Engkilili
Dalam Kurikulum PERMATA Negara, topik air adalah terkandung dalam bidang pembelajaran deria dan pemahaman dunia persekitaran iaitu di bawah tema Alam Bahan. Pembelajaran berkaitan air dan ciri – ciri air merupakan komponen utama dalam kurikulum ini iaitu “bermain air ”. Oleh itu, projek yang berasaskan konsep air adalah sangat relevan dan bersesuaian dengan peringkat perkembangan kanak – kanak di TASKA
BIDANG PERKEMBANGAN Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran (DPDP) 1. Perkembangan awal matematik dan pemikiran logik (AMPL) 2.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN menggalakkan kanak – kanak menjalankan eksperimen secara saintifik dapat menerangkan sumber air dan ciri – ciri air yang tercemar mengenali teknologi dan fungsi penapis dan cara – cara menapis menggunakan pelbagai alat penapis menghargai teknologi untuk menapis air kotor menjadi bersih
3.0 LANGKAH – LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI
Pelaksanaan projek ini akan melibatkan empat fasa iaitu :- Fasa 1: Inkuiri Fasa 2: Penerokaan Fasa 3: Rekacipta Fasa 4: Refleksi
FASA 1: INKUIRI Kanak – kanak diperkenalkan kepada konsep air dan sumber – sumber air Kanak – kanak disoal – jawab mengenai air dan kepentingan menjaga sumber air supaya tidak tercemar atau dikotori dengan sisa – sisa buangan.
FASA 1: INKUIRI Aktiviti dimulai dengan beramah mesra dan bertanya khabar bersama kanak – kanak 1. Pendidik menayangkan video air sungai yang kotor dan tercemar. 2. Aktiviti ini bagi membangkitkan inkuiri kanak – kanak tentang aktiviti. Bincang dengan kanak – kanak melalui aktiviti soal jawab. 3. i. Mengapa air boleh keruh dan sangat kotor? ii. Apa yang ada dalam air kotor ini? iii. Macam mana air boleh jadi keruh? iv. Bagaimana nak jadikan air ini bersih 4. Kanak – kanak diperkenalkan dengan perkataan “ pencemaran air ” yang merujuk kepada “bagaimana air boleh menjadi kotor?”. LANGKAH - LANGKAH AKTIVITI
FASA 1: INKUIRI 5. Kanak – kanak digalakkan bertanya tentang apa yang mereka ingin tahu mengenai air dan pencemaran air. Pendidik memberikan bimbingan kepada kanak – kanak untuk membina soalan dan menulis soalan tersebut di dalam Peta Minda yang bertajuk “Apa Yang Kami Ingin Tahu Tentang Air dan Pencemaran Air?” 6. Pendidik memberikan pujian kepada kanak – kanak yang suka bertanya dan menunjukkan minat ingin tahu tentang perkara – perkara yang berlaku di sekeliling mereka. 7. Kanak – kanak diberitahu bahawa semua soalan yang mereka tanya dalam peta minda akan dijawab sepanjang mereka melaksanakan projek ini nanti. 8. Peta minda dilekatkan di sudut projek untuk rujukan. LANGKAH - LANGKAH AKTIVITI
AKTIVITI FASA 1 MENONTON VIDEO SUNGAI TERCEMAR SOAL - JAWAB
AKTIVITI FASA 1 GAMBAR KANAK - KANAK DITUNJUKKAN DENGAN PETA MINDA PETA MINDA YANG DIPAMERKAN DI SUDUT KELAS
Kanak – kanak digalakkan meneroka dan mempelajari konsep – konsep air Kanak – kanak turut diterapkan dengan nilai – nilai murni, kerohanian, kemahiran saintifik, kemahiran bahasa dan literasi serta penghayatan terhadap teknologi dan alam sekitar. FASA 2 : PENEROKAAN
Kanak – kanak ditayangkan video mengenai pencemaran air yang bertajuk “How Water Gets Dirty?” 1. Kanak – kanak didorong bersoal – jawab dengan pendidik berkaitan pencemaran air, kesannya dan penyebabnya berdasarkan video yang ditonton 2. Kanak – kanak melakukan eksperimen mencampurkan minyak masak/ terpakai ke dalam air 3. Kanak – kanak digalakkan melihat kejadian minyak dan air yang tidak boleh bercampur kerana minyak tidak larut dalam air. 4. Minyak merupakan salah satu contoh bahan pencemaran air Kanak – kanak dirangsang berfikir mengenai cara untuk menapis bahan – bahan yang tidak dapat larut dalam air seperti minyak dan benda asing dalam air 5. FASA 2 : PENEROKAAN LANGKAH - LANGKAH AKTIVITI
6. Kanak – kanak diberi peluang melaksanakan eksperimen menapis air menggunakan penapis jarang, penapis halus dan penapis kapas 7. Kanak – kanak disoal – jawab tentang hasil tapisan menggunakan beberapa jenis penapis tersebut 8. Kanak – kanak ditunjukkan bagaimana menapis air menggunakan kaedah semulajadi seperti air hujan dari bukit ditapis oleh beberapa lapisan batu, tanah, akar dan pasir, sehingga mengalir keluar melalui mata air dalam keadaan bersih. Proses ini dinamakan penapis air semulajadi 9. Kanak – kanak diberitahu bahawa aktiviti seterusnya adalah membina penapis air sendiri menggunakan kaedah semula jadi 10. Kanak – kanak diberikan pujian FASA 2 : PENEROKAAN LANGKAH - LANGKAH AKTIVITI
AKTIVITI FASA 2 “How Water Gets Dirty?” Bersoal - jawab bersama kanak - kanak
02. Tuang minyak ke dalam air, kacau menggunakan sudu 01. Sediakan air kosong dalam gelas dan sedikit minyak secara berasingan 03.Perhatikan adakah minyak bercampur dengan air? 04. selepas beberapa minit, minyak kelihatan menutupi permukaan air Eksperimen pencemaran air mengunakan minyak masak AKTIVITI FASA 2
Kanak – kanak akan dibawa melaksanakan aktiviti merekacipta penapis air dengan tujuan menapis air kotor menjadi bersih. FASA 3 : REKACIPTA
Kanak – kanak digalakkan untuk membawa bahan terpakai dan bahan lain dari rumah seperti botol air plastik, botol mineral kosong, batu kecil, pasir halus, kapas dan arang untuk digunakan dalam melaksanakan projek penapis air. 1. Kanak – kanak diperkenalkan dengan bahan – bahan yang digunakan. 2. Kanak – kanak dibimbing untuk memotong botol mineral kosong dengan menggunakan gunting. 3. Pendidik memastikan keselamatan kanak – kanak dengan mengawasi mereka dengan teliti sepanjang aktiviti 4. kanak – kanak ditunjukkan gambar susunan bahan – bahan yang perlu dimasukkan ke dalam botol mineral yang telah siap dipotong tadi Kanak – kanak diberikan peluang memasukkan lapisan demi lapisan bahan – bahan tersebut ke dalam botol mineral masing – masing. Kanak – kanak hanya diberikan bimbingan jika perlu. FASA 3 : REKACIPTA LANGKAH - LANGKAH AKTIVITI
5. Kanak – kanak digalakkan membantu antara satu sama lain untuk menuangkan air kotor ke dalam penapis air dan memerhatikan apa yang berlaku 6. Hasil penapisan menunjukkan bahawa sampah atau bahan – bahan kotor berjaya diasingkan dan air yang keluar didapati lebih bersih dari air yang asal 7. Kanak – kanak diberikan pujian atas usaha mereka tanpa mengkritik atau membezakan pencapaian mereka 8. Kanak – kanak digalakkan bertepuk tangan kerana berjaya menghasilkan alat penapis air masing – masing dan mengucapkan terima kasih kepada pendidik dan rakan – rakan. 9. Semua hasil rekacipta kanak – kanak dipamerkan di sudut projek supaya dapat dilihat oleh ibubapa 10. Kanak – kanak digalakkan untuk menceritakan hasil kerja masing – masing kepada ibubapa mereka. FASA 3 : REKACIPTA LANGKAH - LANGKAH AKTIVITI
AKTIVITI FASA 3 Bahan - bahan “Projek Penapis Air ” Pendidikmenunjukkancara-cara melaksanakanaktiviti
AKTIVITI FASA 3 Kanak - kanak melaksanakan aktiviti “Projek Penapis Air’
Kanak - kanak melaksanakan aktiviti “Projek PenapisAir’ AKTIVITI FASA 3
Tapisan 1 Tapisan 3 AKTIVITI FASA 3 Hasil daripada aktiviti “ projek Penapis Air’ Air kotor Tapisan 2 Tapisan 4 Tapisan 5
Kanak – kanak didorong untuk mengingat kembali apa yang mereka sudah pelajari selama hampir seminggu mengenai air, pencemaran air dan pembinaan penapis air. FASA 4 : REFLEKSI
Kanak – kanak dibawa berbincang tentang hasil projek masing – masing dan warna air yang keluar dari penapis air 1. Kanak – kanak digalakkan memberi pujian terhadap hasil projek yang telah dihasilkan dan mereflek proses yang telah mereka lalui sepanjang melaksanakan projek tersebut 2. kanak – kanak disoal kembali tentang kegunaan penapis air yang mereka bina dalam projek ini 3. Kanak – kanak ditunjukkan dengan gambar tempat – tempat lain yang kurang menerima hujan dan sering kali mengalami masalah kekurangan air bersih 4. Setiap kanak – kanak diminta memberikan pandangan dan menyatakan perasaan mereka tentang projek yang telah mereka laksanakan 5. FASA 4 : REFLEKSI LANGKAH - LANGKAH AKTIVITI
6. kanak – kanak didedahkan dan ditekankan tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai dan sumber air supaya tidak tercemar. Kanak – kanak ditegaskan supaya tidak membuang sampah sarap ke dalam sungai. Pendidik menegaskan tentang pentingnya mengamalkan nilai berjimat cermat dalam penggunaan air bersih. 7. Kanak – kanak diberikan peringatan supaya sentiasa menjaga kebersihan kawasan selepas melaksanakan aktiviti 8. Kanak – kanak digalakkan akan lebih menghargai alam sekitar terutamanya menghargai sumber air setelah melaksanakan projek ini 9. Kanak – kanak diberitahu bahawa hasil projek mereka ini akan dijadikan sumber air untuk menyiram pokok – pokok bunga yang ada di sekeliling mereka dengan tujuan tidak membazirkan air tersebut. FASA 4 : REFLEKSI LANGKAH - LANGKAH AKTIVITI
AKTIVITI FASA 4
Proses “Projek PenapisAir’ 1.kapas 2. Pasir 3. Arang 6. Penapisan air 4. Batu 5. Air Kotor
4.0 PENUTUP (REFLEKSI)
Dapatan daripada pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan berasaskan projek ini: kanak – kanak menunjukkan reaksi gembira kerana berjaya melaksanakan eksperimen secara saintifik melalui “Projek Penapis Air ” Kanak - kanak berjaya melakukan penerokaan menggunakan kemahiran manipulatif seperti menuang air ke dalam botol, dan menggunakan koordinasi mata – tangan semasa menuang air ke dalam botol Kanak – kanak turut berjaya membina penapis air sendiri dengan tekun dan yakin serta mampu bekerjasama dengan rakan – rakan dan pendidik
Kanak - kanak sudah boleh menyatakan kegunaan air dan sumber – sumber dari mana air diperolehi Kanak – kanak sudah boleh menyatakan bahawa pencemaran air berlaku disebabkan oleh kekotoran Kanak - kanak sudah dapat menerangkan ciri – ciri air tercemar seperti kotor, berbau busuk, berwarna coklat atau keruh dan tidak boleh diminum Kanak - kanak sudah boleh mengucapkan kata syukur kepada Tuhan yang memberikan air kepada kita
kanak – kanak dapat memahami nilai menjaga kebersihan diri dan ruang serta berjimat cermat menggunakan air. Tuntasnya, melalui aktiviti pendekatan berasaskan projek ini dapat dilihat kanak - kanak sangat teruja dan seronok kerana dapat melaksanakan aktiviti secara nyata, merasa sendiri pengalaman serta melakukan penerokaan dan penyiasatan daripada aktiviti yang dilaksanakan. Aktiviti seperti ini juga amat sesuai dan memberikan impak positif kepada kanak - kanak yang berumur 3 hingga 4 tahun.
DALAM PROSES MENGHASILKAN PEMBENTANGAN INI: saya telah menggunakan beberapa aplikasi teknologi digital seperti: 1.rakaman telefon bimbit 2.Photo Editor - Photo Grid 3.Photo Room 4.Capcut 5.Canva 6.Portable Document Format (PDF) 7.Anyflip.com 8.Tiktok 9.Youtube https://youtu.be/RrjXQNc6hQg 10.Google drive https://drive.google.com/file/d/1lK4UXXgwbhGmUP3ZHq3xZ4u LTek-EvQo/view?usp=sharing
“Projek Penapis Air” Aktiviti “Projek Penapis Air’ telah dikongsikan di akaun Tiktok
Aktiviti “Projek Penapis Air’ telah dikongsikan di akaun YOUTUBE
SEKIAN, TERIMA KASIH