The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ten_kaulitz, 2022-04-26 03:30:00

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM & KEMPEN GALAKAN MEMBACA 2022

BUKU PROGRAM PELANCARAN NILAM SK PADANG JAWA 2022

BBA 8203

MAJLIS PELANCARAN
PROGRAM NILAM & KEMPEN
GALAKAN MEMBACA TAHUN

2022

SK PADANG JAWA, SHAH
ALAM

TARIKH: 27 APRIL 2022
TEMPAT: PAVILION LESTARI

MASA: 8.00 PAGI

PENGENALAN

‘NILAM’ adalah singkatan daripada “Nadi Ilmu Amalan
Membaca” dan program NILAM merupakan satu usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina
tabiat membaca di kalangan murid. Program NILAM
adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid
sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping
menjadikan membaca sebagai satu habit yang
berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia.
Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab Pusat
Sumber SK Padang Jawa untuk mengadakan aktiviti-
aktiviti untuk menggalakkan amalan membaca di
kalangan pelajar. Pelancaran Nilam dan Kempen
Membaca Tahun 2022 diadakan untuk merealisasikan
tujuan ini dimana perlaksanaannya akan berjalan
sepanjang tahun demi menggalakkan budaya suka
membaca diterapkan dalam diri semua murid SK
Padang Jawa.

m/s 2

OBJEKTIF

➢ Melestari budaya pembacaan berkualiti, membantu
proses pencarian ilmu pengetahuan, membina
kemahiran, penguasaan literasi maklumat dan digital
sepanjang hayat.
➢ Menyediakan murid Malaysia untuk menjawab
soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT) yang
menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi dan
menilai melalui aktiviti pengayaan
➢ Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah
dalam pelaksanaan program dan aktiviti membaca
merentasi kurikulum
➢ Menggalakkan penglibatan masyarakat/ komuniti
setempat/ pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan
➢ Membina masyarakat yang mempunyai budaya
membaca.
➢ Menggalakkan dan membimbing pelajar membaca
bahan-bahan yang berpengetahuan dan bermutu.

m/s 3

MATLAMAT

Membudayakan amalan membaca di
kalangan murid sepanjang hayat

m/s 4

JAWATANKUASA

PENGERUSI :
EN MOHD SALAHUDDIN BIN NAYAN
NAIB PENGERUSI :
PN NIK NOOR AZILA BINTI NIK MAT
SETIAUSAHA :
CIK NUR HAMIZAH BINTI SHAHARUM
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA :
PN RASHIDAH BINTI AHMAD
PENYELARAS NILAM :
PN IZZAH FADZILAH BINTI AHAMAD FADZIL
BUKU PROGRAM :
PN NOR FATIN IZZATI BINTI YUSOP
PENGERUSI MAJLIS :
EN MUHAMMAD AMIRUL SYAHID BIN JUMALI

m/s 5

JAWATANKUASA

BACAAN DOA :
USTAZ MAHYUDDIN BIN YUNUS
AJK HADIAH:
PN AFIFA RAWIDA BINTI IDERIS
PA SISTEM:
EN HASNAN BIN HASSAN
EN MOHAMED NASIR BIN MOHD YAACOB
GIMIK PERASMIAN:
PN FAUHAH BINTI MD RABAAI
PENYEDIAAN BAHAN:
PN SITI ADYANI BINTI MALIKI
FOTOGRAFI:
EN ZAIZUL AZRI BIN MOHAMAD MAHAYUDIN

m/s 6

TENTATIF PROGRAM

8.00 PAGI
• Murid berkumpul di Pavilion Lestari
• Kata-kata aluan Pengacara Majlis

• Bacaan doa
(USTAZ MAHYUDDIN BIN YUNUS)

• Ucapan Guru Besar
(EN SALAHUDDIN BIN NAYAN)
• Ucapan Guru Perpustakaan dan Media
(PN RASHIDAH BINTI AHMAD)

• Gimik Pelancaran Nilam
• Persembahan Lagu Nilam

• Penyampaian Hadiah
• Sesi Bergambar
• Bersurai

m/s 7

LAGU NILAM

Membaca dan belajar amalan hidup mulia,
Jadikanlah panduan wawasan anda,

NILAM program membaca memberikan semangat,
Membaca dengan jaya budaya kita.

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita,
Ganjaran yang diberi tidak terhingga,

Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari,
Pembaca yang bestari anugerah diberi.

NILAM NILAM anugerah NILAM,
Menerangi Jalan suram,

NILAM NILAM anugerah NILAM,
Idaman pembaca jaya.

Membaca dan belajar amalan hidup mulia,
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita,

Dunia indah sekali pasti lebih berseri,
Amalan membaca menjana minda bestari.

m/s 8


Click to View FlipBook Version