SMK (P) SULTAN IBRAHIM
JALAN BENDAHARA, 80100
JOHOR BAHRU , JOHOR
LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2021
TAJUK :
AMALAN KITAR SEMULA DI KAWASAN
KIP SRI NOJA,JLN DAPAT 80100,
JOHOR BAHRU,JOHOR
NURAISYAH FARZANA BINTI MOHD NAZZYR
BIL TARIKH CATATAN AKTIVITI
-Guru menerangkan cara untuk menghasilkan PDPR
1 KHAMIS laporan.
[2/9/2021]
8.55 - 9.30pagi -Guru menunjukkan contoh hasil pembentangan
laporan hasil kajian.
-Saya telah belajar untuk menghasilkan Google
Form dan dapat menjana idea bersama rakan
sekelas.
-Saya telah belajar untuk menghasilkan borang
selidik bagi laporan tingkatan 3.
2 [12/9/2021] -Saya telah menghasilkan senarai kandungan SENDIRI
9.05-11.30 tentang kajian lapangan .
malam SENDIRI
-Saya telah menonton beberapa video di laman SENDIRI
3 [16/9/2021] sesawang mengenai Amalan Alam Sekitar.
9.00-11.45 -Saya telah menghasilkan konsep takrifan dan
malam elemen mengenai amalan sekitar.
4 18/9/2021 -Saya telah menghasilkan Google Form untuk
11.00-12.30 borang soal selidik.
malam
-Saya telah menghasilkan objektif kajian PDPR
5 [23/9/2021] lapangan.
9.00-9.30 -Saya telah menghasilkan kaedah kajian.
pagi
-Saya telah menghasilkan pendahuluan kajian
lapangan di kawasan Kip Sri Noja,Jln Dapat ,Johor
Bahru,Johor.
6 [4/10/2021] -Saya telah menghasilkan graf melalui responden SENDIRI
10.00-11.00 di Google Form iaitu boring soal selidik.
malam
-Saya telah menghasilkan kawasan kajian di SENDIRI
7 [7/10/2021] kawasan Kip Sri Noja,Jln Dapat ,Johor Bahru,Johor
11.00-12.00
malam -Saya telah menghasilkan pelaporan mengenai TUTORIAL
Kawasan kajian Kip Sri Noja,Jln Dapat,Johor SENDIRI
8 [11/10/2021] Bahru,Johor.
8.00-9.00 pagi
-Saya telah menghasilkan rumusan ,rujukan dan
9 [12/10/2021] lampiran mengenai kawasan kajian saya.
5.00-6.50
petang -Saya telah menghasilkan anyflip bagi laporan SENDIRI
Geografi tingkatan 3 ini.
10 [14/10/2021]
10.00-11.32
malam
SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1 1.0 PENGHARGAAN 1
2 2.0 PENDAHULUAN 2
3 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3
4 4.0 KAWASAN KAJIAN 4-5
4.1 PETA KAWASAN KAJIAN
4.1 LOKASI KAWASAN KAJIAN
4.2 LINGKUNGAN KAWASAN KAJIAN 6
5 5.0 KAEDAH KAJIAN
5.1 RUJUKAN
5.2 PEMERHATIAN
5.3 SOAL SELIDIK
6 6.0 JADUAL / GRAF 7
7 7.0 HASIL KAJIAN 8-12
7.1 KONSEP DAN ELEMEN KITAR SEMULA
7.2 JENIS BAHAN YANG TERDAPAT DI
KAWASAN KAJIAN
7.3 KEPENTINGAN AMALAN KITAR SEMULA DI
KAWASAN KAJIAN
7.4 MASALAH AMALAN KITAR SEMULA DI
KAWASAN KAJIAN
7.5 CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH 13
KITAR SEMULA DI KAWASAN KAJIAN 14
15
8 8.0 RUMUSAN
9 9.0 SUMBER RUJUKAN
10 10.0 LAMPIRAN
1.0 PENGHARGAAN
Saya, Nuraisyah Farzana Binti Mohd Nazzyr ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sultan Ibrahim ,iaitu Puan Hajah
Rosliza Binti Taib kerana memberi kebenaran kepada saya dan rakan-rakan yang lain untuk
menjalankan kerja lapangan ini.
Saya juga ingin terima kasih kepada Guru Geografi saya yang dihormati ,iaitu Puan
Normala Binti Haron kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya
sehingga kerja lapangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang
tercinta kerana banyak memberi sokongan kepada saya sepanjang menyiapkan kerja
lapangan ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih juga dituju kepada rakan-rakan seperjuangan saya
dan semua responden serta orang sumber saya di kawasan perumahan saya banyak
memberi bantuan dan kerjasama kepada saya sepanjang kerja lapangan ini dijalankan.
1
2.0 PENDAHULUAN
Saya telah memilih tajuk Amalan Kitar Semula di kawasan Kip Sri Noja,Johor
Bahru ,Johor sebagai tajuk kajian lapangan saya .Hal ini kerana apabila seluruh
negara dilanda pandemik COVID-19 penduduk di kawsan perumahan tidak
keinginan untuk keluar rumah kerana takut akan virus COVID-19 .Selai,
kawasan tersebut tidak diurus dengan baik oleh penduduk perumahan serta di
tempat pembuangan sampah tidak terurus dan kelihatan bersepah. Oleh itu,
saya telah memilih kawasan Kip Sri Noja, Jln Dapat,Johor Bahru,Johor sebagai
kajian lapangan saya kerana ia terletak di kawasan perumahan saya dan ini
memudahkan saya menjalankan kerja lapangan dengan mudah serta mematuhi
SOP walaupun berada di kawsan perumahan sendiri.
Saya diberi tempoh selama empat minggu lima belas hari untuk
menyiapkan kajian ini, iaitu bermula dari awal bulan september hingga
pertengahan bulan Oktober. Saya menjalankan kerja-kerja pengumpulan data
dan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini semasa waktu pdpr telah tamat
dan pada hujung mingu. Manakala kerja-kerja laporan dijalankan pada setiap
hujung minggu.
2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kerja lapangan ini adalah seperti berikut :
( a ) Mendefinisikan konsep dan takrifan kitar semula.
( b ) Melukis dan mentafsir graf tentang kepentingan
kitar semula di kawasan Kip Sri Noja ,Jln Dapat, Johor Bahru,Johor .
( c )Mengenal pasti kepentingan amalan kitar semula di kawasan Kip Sri Noja,Jln
Dapat ,Johor Bahru,Johor.
( d )Mengkaji masalah amalan kitar semula di kawasan Kip Sri Noja ,Jln Dapat ,Johor
Bahru,Johor.
( e )Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi amalan masalah kitar semula di
Kawasan Kip Sri Noja,Jln Dapat ,Johor Bahru,Johor.
3
4.0 KAWASAN KAJIAN
4.1 Lokasi kawasan kajian :
Kawasan kajian saya adalah di sekitar Kip Sri Noja ,Jln Dapat,Johor
Bahru,Johor.
4.2 Lingkungan kawasan kajian :
Lingkungan kawasan kajian saya adalah lebih kurang tiga kilometer
persegi. Kawasan ini adalah di bawah pentadbiran Pejabat
Pendidikan Daerah .Kawasan ini juga terletak dalam daerah Johor
Bahru,Johor.
4
4.1 PETA KAWASAN KAJIAN
-GOOGLE MAPS-
5
5.0 KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpul maklumat
dan data dalam kajian ini. Kaedah-kaedah tersebut ialah :
5.1 Rujukan
Saya telah merujuk pelbagai sumber rujukan seperti buku teks KSSM Geografi
Tingkatan 3 ,buku rujukan Geografi Tingkatan 3 dan laman sesawang tentang
amalan kitar semula untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam
kajian ini.
5.2 Pemerhatian
Pemerhatian dibuat secara langsung di kawasan kajian untuk melihat jenis-
jenis bahan yang telah dikitar semula di kawasan tersebut.
5.3 Soal selidik
Soal selidik dilakukan melalui Google Form kepada 11 orang responden yang
terpilih untuk mendapatkan maklumat tentang kepentingan amalan kitar
semula di kawasan Kampung Bahru,Johor Bahru,Johor .Hal ini dapat
memudahkan para responden mengisi borang melalui Google Form semasa
pandemik COVID-19 yang dilanda di seluruh negara.
6
6.0 JADUAL / GRAF
KEPENTINGAN KITAR SEMULA DI KAWASAN KIP SRI NOJA , JLN BILANGAN RESPONDEN
DAPAT, JOHOR BAHRU,JOHOR
1
Menjana pendapatan 2
Menjimatkan sumber semula jadi 3
Mengurangkan pencemaran 5
Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa
11
Jumlah
Bilangan responden Kepentingan Amalan Kitar Semula Di Kawasan
Perumahan KIP SRI NOJA,JLN DAPAT,
6 JOHOR BAHRU, JOHOR
5
4
3
2
1
0
Kepentingan Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian
Petunjuk :
Menjana pendapatan
Menjimatkan sumber semula jadi.
Mengurangkan pencemaran.
Mewujudkan persekitaran yang
bersih dan selesa.
7
7.0 HASIL KAJIAN
7.1 KONSEP DAN ELEMEN KITAR SEMULA
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan kitar
semula ialah kitaran semula benda seperti surat khabar, botol
kaca yang diproses supaya dapat digunakan semula. Selain itu,
menurut ‘Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
2007 (Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan
mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan produk
yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan diproses dan
menghasilkan produk yang sama. Seterusnya ,kitar semula boleh
mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada
sumber-sumber yang bernilai. Tambahan pula, ia menjadi sumber
kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Contohnya,
bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas yang akan
dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk
ditukarkan kepada produk atau bahan baru. Akhir sekali, kitar
semula mempunyai 3 elemen iaitu 3R (Recycle, Reuse dan Reuse).
Tuntasnya, kitar semula merupakan kaedah pelupusan buangan
yang mesra alam dan dapat menjaga warisan generasi yang akan
datang di masa hadapan nanti.
8
7.2 JENIS BAHAN YANG TERDAPAT DI KAWASAN KAJIAN
Terdapat pelbagai jenis bahan kitar semula yang ada di kawasan
perumahan Kip Sri Noja. Antaranya terdiri daripada kertas ,air,
plastik dan kotak. Kertas dapat dikitar semula sama ada berwarna
berwarna atau tanpa warna seperti akhbar, majalah , buku-buku
lama dan katalog. Selain itu, air pula seperti air basuhan beras
digunakan untuk menyiram pokok. Manakala, botol plastik dan
beg plastik pula merupakan bahan plastik yang juga boleh
digunakan semula. Kotak pula boleh dibentuk menjadi tempat
penyimpanan barang-barangan seperti kotak alat tulis, kotak
menyimpan buku dan kotak juga dapat direka bentuk mengikut
pelbagai idea kreativiti penduduk kawasan kajian.
Akhir sekali, masih terdapat dalam kalangan penduduk di
kawasan perumahan Kip Sri Noja yang mengamalkan 3R di
mereka. Walaupun bukan dalam skala yamg besar, namun mereka
tetap mengamalkan amalan kitar semula untuk melahirkan rasa
cinta akan alam sekitar.
9
7.3 KEPENTINGAN AMALAN KITAR SEMULA DI KAWASAN KAJIAN :
Kepentingan amalan kitar semula di Kip Sri Noja ,Jln Dapat ,Johor
Bahru,Johor adalah seperti yang berikut :
1 ) Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa
Apabila sisa domestik dan sisa pepejal diasingkan serta dilupuskan dengan
kaedah yang betul, persekitaran kawasan perumahan tersebut akan menjadi
lebih bersih. Penduduk di kawasan perumahan akan hidup dengan lebih
selesa dan mempunyai kesihatan yang baik.
2)Mengurangkan pencemaran
Amalan kitar semula dapat mengurangkan sampah di tempat pelupusan
kerana akan diurus dengan sistematik .
Hal ini dapat mengatasi masalah pencemaran bau di kawasan perumahan.
3)Menjimatkan sumber semula jadi
Sikap prihatin terhadap isu-isu alam sekitar akan menjadikan penduduk lebih
mengambil berat kepentingan memelihara dan memulihara sumber semula
jadi, terutamanya sumber hutan. Mereka juga sedar akan kesan yang akan
berlaku sekiranya sumber semula jadi tidak dijaga dengan baik.
10
7.4 MASALAH AMALAN KITAR SEMULA DI KAWASAN KAJIAN :
Masalah amalan kitar semula di Kip Sri Noja ,Jln Dapat ,Johor Bahru,Johor
adalah seperti yang berikut :
1 ) Saluran kumbahan tersumbat
Melalui pemerhatian saya, didapati bahawa penduduk di kawasan
perumahan telah membuang tuala wanita dan lampin pakai buang kanak-
kanak di dalam mangkuk tandas .Hal ini demikian boleh menyebabkan
saluran kumbahan di kawasan kajian telah tersumbat dan memerlukan kos
yang sangat tinggi untuk membaiki saluran kumbahan tersebut.
2)Tempat pembuangan sampah tidak terurus
Melalui pemerhatian saya, tempat pembuangan sampah di kawasan kajian
tidak terurus dan berlaku tempat pembiakan tikus di situ.Hal ini disebabkan
penyakit berjangkit bawaan oleh tikus yang membiak di tempat
pembuangan kawasan perumahan kajian. Seperti contoh,penyakit
Hantavirus dan penyakit kencing tikus atau dikenali sebagai
Leptospirosis.
3)Kekurangan pusat pengumpulan kitar semula
Melalui responden saya iaitu Puan Norasekeen Binti Sulaiman ,oleh kerana
kekurangan pusat kitar semula di sekitar kawasan Kip Sri Noja, penduduk
membuat keputusan untuk tidak mengumpulkan barangan yang boleh
dikitar semula di rumah. Hal ini juga telah menyebabkan tiada sikap
kerjasama antara penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula di
kawasan perumahan.
11
7.5 CADANGAN MENGATASI MASALAH PERLAKSANAAN
AMALAN KITAR SEMULA DI KIP SRI NOJA, JLN DAPAT ,JOHOR
BAHRU,JOHOR :
Berdasarkan beberapa isu yang telah dinyatakan dalam pelaporan
masalah kitar semula mengikut beberapa langkah untuk mengatasi :
1 ) Menguruskan pelupusan lampin pakai buang kanak-kanak dan
tuala wanita
Melalui responden saya iaitu Puan Zainura binti Husin beliau
mencadangkan bagi penduduk di kawasan perumahan perlulah
menguruskan pelupusan lampin pakai buang kanak-kanak dan tuala
wanita dengan cara yang betul dan tidak memudaratkan penduduk di
kawasan perumahan Kip Sri Noja dengan pencemaran bau .Tindakan ini
dapat mengelakkan saluran kumbahan tersumbat dan pencemaran bau
dapat diatasi.
2)Penguatkuasaan undang-undang sistem pengutipan sampah
Melalui pemerhatian saya, pembuangan tin-tin minuman dan
pembuanagn sisa makanan secara tidak teratur telah menyebabkan
kawasan pengutipan sampah kelihatan bersepah dan tidak terkawal .Hal
ini berlaku disebabkan sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab
seperti tidak mengasingkan tin-tin minuman dan sisa makanan .Selain itu,
pihak pengutipan sampah hanya mengutip sampah di kawasan kajian
sebulan dua kali sahaja. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini pihak
berkuasa perlulah menyediakan jadual pengutipan sampah yang
sistematik dan mengenakan denda kepada pihak pengutipan sampah
atas tidakan tidak mengutip sampah mengikut jadual yang disediakan.
3)Memperbanyakkan pusat kitar semula
Melalui responden saya iaitu Cik Amiaty Binti Amri mencadangkan untuk
memperbanyakkan pusat kitar semula di kawasan perumahan Kip Sri
Noja. Hal ini dapat memudahkan penduduk mengamalkan amalan kitar
semula dengan baik dan penduduk tidak bersusah payah untuk
membawa barangan yang berat ke pusat pengumpulan kitar semula.
12
8.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, melalui kajian yang dijalankan, saya dapat
memahami tentang kepentingan amalan kitar semula di kawasan
perumahan saya iaitu Kip Sri Noja. Oleh itu, dengan mengamalkan
kitar semula kita dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar
di kawasan perumahan Kip Sri Noja. Hal ini dapat mewujudkan
persekitaran yang bersih dan selesa . Tambahan pula, kitar
semula juga dapat menjimatkan sumber semula jadi dengan sikap
prihatin oleh masyarakat terhadap alam sekitar.
Dalam menjalankan amalan kitar semula, pelbagai masalah
telah dihadapi oleh penduduk di kawasan perumahan Kip Sri
Noja. Antaranya ialah saluran kumbahan yang tersumbat, tempat
pembuangan sampah yang tidak terurus dan kekurangan pusat
kitar semula di kawasan perumahan ini.
Pelbagai langkah-langkah yang perlu diambil untuk
mengatasi masalah kitar semula di kawasan kajian. Antaranya
adalah dengan mengadakan kempen kitar semula ,mengadakan
jadual yang sistematik bagi pengutipan sampah dan menyediakan
lebih banyak pusat pengumpulan.
Akhir kata, amalan kitar semula ini perlul dipupuk dan
disemai dalam diri bagi setiap lapisan masyarakat di negara kita,
terutamanya generasi muda demi mengekalkan keindahan alam
sekitar ini dan cinta akan kitar semula.
13
9.0 SUMBER RUJUKAN
Buku
Ahmad Ridzuan Bin Abdul Rahman, Rajini Gauri Muthusamy, Pau
Anak Utek (2018). Geografi Tingkatan 3 Johor :IMS Books
Trading Sdn.Bhd.
Internet
-puspatani.blogspot.com
-Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan, edisi ke-4, Kuala
lumpur: Perpustakaaan Negara Malaysia, 2005,hlm.797.
- https://images.app.goo.gl/fkmtRx7dqeFGRtrh7
-https://m.liputan6.com/health/read/2630126/kenali-5-penyakit-
berbahaya-yang-berasal-dari-tikus
Orang Sumber
- Puan Norasekeen Binti Sulaiman, B03-02,Jln Dapat, Kip Sri
Noja, 80100 Johor Bahru,Johor.
- Puan Zainura binti Husin, B04-02,Jln Dapat, Kip Sri Noja,
80100 Johor Bahru,Johor.
- Cik Amiaty Binti Amri, A03-01,Jln Dapat, Kip Sri Noja, 80100
Johor Bahru,Johor.
14
10.0 LAMPIRAN
Borang soal selidik kajian lapangan Geografi Tingkatan 3
15