The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CWT 4202 SEMINAR ISU SEMASA DALAM WARISAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lindaanuar27, 2023-01-14 10:56:37

CWT 4202 SEMINAR ISU SEMASA DALAM WARISAN

CWT 4202 SEMINAR ISU SEMASA DALAM WARISAN

1978 W A Y A N G K U L I T K E L A N T A N CWT 4202 SEMINAR ISU SEMASA DALAM WARISAN


isi kandungan BIODATA TOKOH LATAR BELAKANG SUMBANGAN TOKOH PELAPIS PAK CU PENULIS 01 02 03 04 05 wayang kulit merupakan persembahan yang berasakan permainan bayang yang telah dihasilkan dengan pancaran cahaya dan diiringi suara dalang serta esembel muzik


EYO HOCK SENG biodata tokoh Eyo Hock Seng atau lebih dikenali sebagai Pak Cu, berketurunan cina dan berasal dari kampung pasir pasit chekok, Pasir Mas kelantan. Pak Cu telahPak Cu meminati wayang kulit semenjak berusia 9 tahun lagi melalui pemerhatian kesenian ini sekitar kampungnya apabila sering mengikuti permainan ini di serata tempat di Kelantan. Permain Wayang Kulit Kelantan


Beliau membesar dalam lingkungan masyarakat Melayu dan seni warisan ini begitu memikat hatinyaBerbekalkan minat yang mendalam, beliau telah, menghafal cerita-cerita yang ditontonnya dan mula meniru setiap gerak-geri dalang yang membuat persembahan ketika itu untuk mendalami ilmu pendalangan ini dan menyimpan hasrat untuk menjadi dalang wayang kulit yang terkenal. Pak Cu telah berguru dengan beberapa Tok Dalang, antaranya seorang Dalang yang mashyur ketika itu iaitu Pak Cik Asin atau nama sebenarnya Hashim Bin Isa. Pak Cik Asin yang menyedari bakat dan kebolehan Pak Cu telah mengambilnya sebagai anak murid. Pak Cik Asinlah yang banyak mencurahkan ilmu kepada Pak Cu. Pak Cu juga berguru dengan Tok Dalang Wayang Kulit tersohor iaitu Allahyarham Abdullah Ibrahim atau Dollah Baju Merah ketika berusia 23 tahun.


Pada tahun 1978, Pak Cu belajar dan mengikut Kumpulan Dollah Baju Merah selama 6 bulan dan berjaya “bersemah” atau menamatkan pengajian secara rasmi dengan Mahagurunya itu. Beliau merupakan dalang berbangsa Cina di Malaysia yang masih aktif mempersembahkan permainan Wayang Kulit Kelantan/Siam dan juga dikenali sebagai Tukang Karut Dikir Barat kerana kepetahannya berbalas pantun semasa menyanyikan lagu Dikir Barat. Beliau menguasai ilmu yang lengkap dalam bidang wayang kulit yang meliputi ilmu pendalangan, muzik, peralatan muzik, pembuatan patung dan juga peraturan dalam wayang kulit. Selain dikenali dalam persembahan wayang kulit dan Dikir Barat, beliau juga mahir dalam persembahan Makyong, Menora dan Main Puteri (bermain alat muzik).


latar belakang Wayang kulit merupakan satu bentuk teater yang tertua di rantau Asia. Kesenian ini telah wujud sejak tahun 1500SM. Namun sehingga hari ini masih belum dapat dikemukakan bukti-bukti yang jelas dari yang jelas dari negara mana asal yang sebenar kesenian tersebut. Wayang kulit dapat ditemui di Turki, India, Burma, Thailand, Kemboja, Malaysia dan juga di beberapa buah negara lain. Cuma yang membezakan wayang kulit ini dengan negara-negara yang lainnya dari segi bentuk patung, cerita, alat-alat muzik dan cara persembahannya sahaja.


Perkataan wayang dalam bahasa Jawa beerti ‘bayangan’ . Dalam bahasa Melayu pula disebut ‘bayang-bayang’ . Dalam bahasa Aceh disebut ‘bayeng’ . Dalam bahasa Bugis disebut ‘ wayang atau bayang’ . Dalam bahasa Bikol pula disebut ‘baying’ yang bermaksud “barang” iaitu "apa yang dapat dilihat dengan nyata” . Terdapat empat jenis wayang kulit di Malaysia iaitu Wayang Jawa, Wayang Kulit Purwo, Wayang Melayu, dan Wayang Siam. Wayang kulit Kelantan dikenali dengan panggilan Wayang Siam iaitu yang mempunyai keistimewaan tersendiri, terutama oleh pengkaji barat dan tempatan yang membuat kajian tentang wayang kulit Kelantan.


Unsur seni yang terdapat pada patung wayang kulit ini memberikan gambaran bahawa seni tradisi ini memerlukan kemahiran dan bakat semulajadi mahupun bakat yang dilatih, untuk menghasilkan sebuah patung wayang kulit berdasarkan dengan watak tertentu. Selain itu, penggiat seni wayang kulit kebiasannya diwarisi oleh ahli keluarga mereka secara turun temurun. Seorang bapa akan mewariskan bakat dan kebolehan bermain wayang kulit kepada anak-anak mereka.


sumbangan tokoh Bagimemastikan seni warisan ini dijunjung dan kekal menjadi seni warisan negara, Pak Cu menubuhkan Kumpulan Wayang Kulit Sri Campuran pada tahun 1983 yang dianggotai pelbagai kaum terdiri daripada Melayu, Cina dan Siam serta memenuhi undangan dalam dan luat negara antaranya Brunei, Indonesia, Taiwan,Thailand,Perancisdanberupayamengangkat seni wayang kulit ke peringkat antarabangsa serta menjadipakar(rujukanparaseniwarisanini).


Pelbagai anugerah telah diperolehi oleh Pak Cu sepanjang penglibatan beliau dalam seni warisan ini, antaranya Tokoh Orang Hidup di bawah Akta Warisan Kebangsaan (Akta 645) yang dianugerahkan oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan 2014, Anugerah Budaya Kelantan2010oleh Majlis KebudayaanNegeri Kelantan, dan Tukang Ulung (Kraf Aneka Wayang Kulit) 2014 oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.


PELAPIS PAK CU Adam merupakan cucu kepada Eyo Hock Seng @ Pak Cu dan berumur 12 tahun. Beliau meminati wayang kulit dan bercitacita ingin menjadi seperti datuknya. Tambahan pula, Adam sentiasa mengikuti Pok Cu dalam setiap persembahan wayang kulit yang dimainkan oleh Pak Cu. Selain itu,beliau juga membuat persembahan wayang kulit di sekolahnya dan perkara ini tidak ditentang oleh Pak Cu sendiri yang merupakan datuk kepada Adam. Di samping itu, Adam merupakan lapisan kepada Pok Cu untuk meneruskan legasi wayang kulit.


ahli kumpulan NUR ASLINDA BINTI MOHD ANUAR C19A0481 SITI MUNIRAH BINTI SAYUTI C19A0754 WAN NUR AKMAL BINTI WAN ISMAIL C19A0839


Click to View FlipBook Version