The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Aktiviti SainsKu sepanjang 2021 hingga 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitizarith, 2022-09-30 02:49:03

Newsletter SainsKu 2021-2022

Aktiviti SainsKu sepanjang 2021 hingga 2022

SEKOLAH BERASRAMA PENUH | SEKOLAH AMANAH MALAYSIA
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI | SEKOLAH BESTARI

Radar SainsKu

SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING

Sentiasa Berilmu, Berwawasan dan Cemerlang

Jalan Batu Kawa, Off Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak

082-642544 082-642710 [email protected]

Kenali Kami

Barisan Pentadbir SainsKu

Puan Haslinda binti Haji Jedi En. Mohd Subri Tn. Hj. Marselin En. Majid bin Ismail
Pengetua bin Ismail bin Matori PK Kokurikulum
PK HEM
PK Pentadbiran Imbas Kod QR
untuk menonton
Barisan Pendidik SainsKu Video Korporat

SainsKu

ENTER TO GROW IN MIND, BODY AND SPIRIT

SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING

NEWSLETTER

EDISI SEPTEMBER 2021 Pejabat : 082-642544 | Faks : 082-642710

PEMBERIAN VAKSIN MURID SainsKu Murid menanti giliran untuk divaksin

Seramai 68 orang murid Tingkatan 4 dan 5
sekitar Kuching telah menerima vaksin dos
pertama di PPV Christian Ecumenical Worship
Centre (CEWC) di Jalan Stampin, Kuching pada
14 September 2021. Seramai 119 orang murid
Tingkatan 1 hingga 3 pula mendapat dos
pertama pada 30 September 2021. Proses
pemberian vaksin yang bermula seawal pukul
11.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang
itu berjalan dengan lancar.
Bagi murid yang berada di luar kawasan
Kuching, mereka telah mendapatkan vaksin di
PPV berdekatan dengan kediaman masing-
masing.

PROGRAM SANITASI @ SainsKu Tempat pemantauan setelah divaksin

Pada 14 September 2021 telah diadakan
program sanitasi oleh Jabatan Bomba dan
Penyelamat yang melibatkan kawasan pejabat,
makmal, perpustakaan, kantin dan pondok jaga.

Proses sanitasi di kawasan kantin PK HEM dan guru-guru bersama dengan Puan
Mildred, pegawai yang menguruskan PPV CEWC

Penyerahan cenderamata kepada pegawai yang Suasana di PPV
terlibat

NEWSLETTER SainsKu EDISI SEPTEMBER 2021

AKTIVITI SainsKu

ZIARAH CAKNA MaGS5

Pinjaman komputer riba kepada murid Tingkatan 5 untuk membantu PdPR oleh Cikgu Awang
Shamsuri, Cikgu Claudine dan Cikgu Ifwat.

PERSIAPAN PENGOPERASIAN SEMULA SEKOLAH (27 & 28 September 2021)

Bilik Kelas Laluan Blok Akademik Dewan Makan Asrama

PENCAPAIAN SainsKu MALAYSIA INTERNATIONAL
YOUNG INVENTORS OLYMPIAD
1) Scrabble Competition PPD Level

Keputusan : Naib Johan (MIYIO) 2021
Peserta: Mohammad Atiq Zuhaili & Anissa Nature’s Gift 4 Skin
Christy 1.Gold Award (Local)
2.Best Local Teams
2) Dare To Spell Competition 3.Top 10 Overall Award
Keputusan : Naib Johan 4.Top 5 Innovative Science
Peserta: Phildenia Shiavonie ak Paulus 5.Best Entrepreneurship Award
6.Best Presentation Award
3) Article Trailer Competition PPD Level
Keputusan : Johan

Peserta : Ivanna Flovynnia, Nur Khairunisa Imperata Cylindrica as a Plastic Straw
Nabilah & Anissa Christy
Replacement
4) MMU-VEX Robotics Competition National Level 1.Gold Award (Local)
Keputusan : Excellence Award (B-61) 2.Best Local Teams
Peserta : 3.Top 10 Overall Award
B-61 - Mohd. Atiq, Nurul Kamilah & Nis Clatina 4.Top 5 Environmental Science
B-62 - Gilfred, Smith Meribin, Umie Marzieha 5.Platinum Award Environmental

5) Kuiz Anti Dadah Peringkat Negeri Sarawak Science
Keputusan : Saguhati
Peserta : Rozana Lee

6) Senior STEM Coding Challenge Peringkat PPD
Padawan

Keputusan : Naib Johan
Peserta : Nabilah Syahirah. & Darren Samuel
Keputusan : Tempat ke-3
Peserta : Zyinia Zyian, Muhammad Abdul Rahim
& Herlea Titieana

ENTER TO GROW IN MIND, BODY AND SPIRIT Perkongsian "live" Pasukan FRSIS MMU-VEX Robotics Competition -
SainsKu bersama MCKK, SAKURA, SMK Excellence Award

Matang Jaya dan SMK Taee

DEPART TO SERVE BETTER YOUR GOD, YOUR COUNTRY AND YOUR FELLOW MEN

SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING

NEWSLETTER Pejabat : 082-642544

EDISI OKTOBER 2021 | VOL. 1 Faks : 082-642710

SELAMAT KEMBALI
KE SEKOLAH!

Seluruh warga SainsKu mengalu-
alukan semua murid Tingkatan 5
untuk kembali ke sekolah pada

17 Oktober 2021. Semoga
dengan peluang mengadakan
kelas secara bersemuka, para
guru dan murid Tingkatan 5 akan

lebih bersemangat untuk
meneruskan perjuangan dalam
SPM 2021. Dalam keterujaan,
jangan lupa patuhi arahan dan

SOP yang telah ditetapkan
semasa mendaftar nanti.

TAKLIMAT PENGOPERASIAN

PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

Taklimat Pengoperasian Pe
mbukaan Semula Sekolah
telah diadakan pada 9 Oktober 2021 bersama semua ibu

bapa / penjaga murid Tingkatan 5 secara dalam talian
menggunakan platform Google Meet. Tujuan taklimat
dijalankan adalah untuk memastikan proses pendaftaran
nanti berjalan dengan baik dan lancar. Murid diingatkan
untuk menonton sekali lagi Video Penggunaan Kit Ujian
Kendiri Covid-19 sebelum menjalani ujian tersebut di

sekolah nanti.

JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG

Puan Nor-Arfizah binti Rebi, Pembantu Makmal Biologi
Seluruh warga SainsKu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Puan Nor-Arfizah binti Rebi yang telah berkhidmat selama hampir 20 tahun
di SainsKu. Beliau yang mengikut suami berpindah ke Selangor dan akan
meneruskan perkhidmatan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR).
Semoga Puan Nor-Arfizah terus maju dan cemerlang di tempat baharu dan jangan
lupakan warga SainsKu!

Aktiviti @ SainsKu ENTER TO GROW IN MIND, BODY AND SPIRIT
DEPART TO SERVE BETTER YOUR GOD, YOUR COUNTRY AND YOUR FELLOW MEN

Sumbangan warga SainsKu kepada SK Rantau Panjang
diserahkan oleh Puan Haslinda, Pengetua SainsKu kepada

wakil dari PPD Padawan. Terima kasih kepada yang
menyumbang.

Kamar Aspura Bilik Rehat Bilik Dobi

Kawasan asrama dan blok akademik yang bersih, kemas dan ceria menantikan
kehadiran murid pada 17 Oktober 2021

Bilik kelas Makmal Senior Gazebo Asrama

Pencapaian SainsKu

9th Online Fully Residential Schools
International Symposium (FRSIS) 2021

Keputusan : Platinum Award (1st Place)
Peserta : Clance Farrell, Brennan, Angelina &
Cheyanne

2021 SEAMEO- Japan ESD Award
Keputusan : 3rd Winner
Peserta : Peter Mason, Rayvaldo, Aeliya Masniza
& Adrina Adny

Kangaroo Math 2021 SainsKu
Bronze Award : Student Category - Nur Aerina Kangaroo
Honorable Mention : Student Category - Mohd Math Team
Zul Hanis, Ilham Nadhirah, Najwa Farhanah,
Peter Mason 2021
Honourable Mention : Junior Category - Iylia
Izzaty, Shazriel Iman
Honorable Mention : Cadet Category - Danish
Asyraaf, Nabilah Syahirah, Dannish Lian

SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING

NEWSLETTER
EDISI OKTOBER 2021 | VOL.2

Jalan Batu Kawa, Off Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak.
Pejabat : 082-642544 | Faks : 082-642710

Selamat Kembali ke SainsKu Pendafaran murid Tingkatan 5

Setelah hampir 6 bulan menjalani sesi PdPR, Lindungi Diri, Lindungi Semua
murid-murid Tingkatan 5 kembali ke sekolah
untuk menyambung sesi PdPC yang tergendala Pada 21 Oktober 2021, murid Tingkatan 1 hingga 3
apabila sekolah ditutup tempoh hari. Sesi SainsKu yang berada di sekitar Kuching menerima
pendaftaran yang berlangsung pada hari Ahad, 17 suntikan dos kedua di SJK Chung Hua No.2, Kuching.
Oktober 2021 berjalan dengan lancar dengan Bagi murid yang berada di luar kawasan Kuching,
mematuhi SOP yang digariskan. Sebagai langkah mereka menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin
keselamatan dan melindungi murid, guru dan yang berdekatan dengan kawasan kediaman
staf yang terlibat dengan sesi pendaftaran perlu masing-masing. Terima kasih kepada semua ibu
menjalani Ujian Kendiri Covid-19 (RTK) sebelum bapa, guru, sekolah yang terlibat serta semua warga
dibenarkan bertugas. Seramai 72 orang murid KKM yang memastikan proses tersebut berjalan
yang mendaftar pada hari tersebut juga didapati dengan baik dan lancar.
negatif Covid-19 dan dibenarkan untuk mendaftar
masuk ke asrama. Semoga dengan adanya sesi Murid mendaftar untuk menerima vaksin
bersemuka, murid dan guru Tingkatan 5 dapat
meningkatkan momentum untuk menggapai
keputusan yang cemerlang dalam SPM 2021.

Permohonan Kemasukan ke Sekolah
Khusus bagi murid Tingkatan 1 dan

Tingkatan 4 Tahun 2022

Bagi murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
Tahun 2022 yang berminat untuk memohon
ke SainsKu, Permohonan Kemasukan ke
Sekolah Khusus telah dibuka mulai 11
Oktober sehingga 15 November 2021.
Permohonan secara atas talian boleh
diakses di laman web berikut:

1.Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/
2.Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/

Aktiviti @ SainsKu

Pemantauan Hari Pertama Pembukaan Semula Sekolah

LAWATAN PEGAWAI PPD LAWATAN TIMBALAN PENGARAH LAWATAN PEGAWAI IPD
PADAWAN SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH JPN PADAWAN
SARAWAK, EN. OMAR BIN HAJI MAHLI

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan

syabas kepada Puan Haslinda binti

Haji Jedi, Pengetua SainsKu di atas

penerimaan Anugerah Khas

Kepimpinan (Menengah) sempena

Majlis Anugerah Hari Guru Peringkat

Negeri Sarawak 2021. Semoga Puan

Pengetua terus maju jaya dan

memimpin SainsKu ke arah yang lebih

cemerlang.

Pencapaian SainsKu

International Young Scientist Innovation
Exhibition
BR Skincare
Keputusan : Gold Award
Peserta : Peter Mason, Shazriel Iman,
Syarifah Asfa Mu'izzah, Nursyahira &
Patricia Viviana

Mischanthus Nepalensis As A Plastic Straw
Replacement
Keputusan : Gold Award
Peserta : Zyinia Zyian, Edrean Ethan,
Nabilah Syahirah, Alyaa Safiah & Ean
Ivarn

Next-In-Chemistry Challenge (NICC) 1.0
National Level

Keputusan : Tempat Ke-2
Peserta : Erica Ossie dan Peter Mason

2021 Sponge Campaign Under Korean
National Commission for UNESCO (KNCU)

Keputusan : Top 10 Best Entries Video
Submissions
Peserta : Angelina, Cheyanne, Nur
Hanis, Daicyly

NewslterSainsKu
EDISI NOVEMBER 2021

Jalan Batu Kawa, Off Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak.
Pejabat : 082-642544 | Faks : 082-642710

SEMOGA BERJAYA, ARSYN1721! Puan Pengetua memberikan kata-
kata semangat kepada murid
Pada 8 November hingga 8 Disember 2021 berlangsung Peperiksaan
Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi Sekolah Berasrama Penuh 2021. Tingkatan 5 sebelum peperiksaan
Seramai 77 orang calon SPM 2021 SainsKu yang terdiri daripada 49
orang murid perempuan dan 28 orang murid lelaki terlibat dengan
peperiksaan tersebut.
Setakat 15 November 2021, tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Matematik telah selesai kesemua kertas manakala
enam lagi mata pelajaran akan meneruskan perjuangan pada minggu
seterusnya.
Diharapkan Arsyn1721 terus fokus, bersemangat dan berusaha untuk
mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan Percubaan SPM SBP
2021.

Suasana di dalam dewan peperiksan Sesi bacaan doa yang dipimpin oleh
Saudara Awang Nur Haiqal Hakimi

sebelum masuk ke dewan.

SainsKu RUMAHKU Solat hajat di antara waktu Maghrib dan Isyak
Bacaan Yasin pada setiap malam
Rutin harian SainsKu tidak banyak berubah walaupun
hanya murid Tingkatan 5 yang berada di sekolah buat Berbasikal merupakan salah satu aktiviti riadah
masa ini.
Pada pukul 6.30 pagi, sesi akademik bermula dan PencapinSa sKuyangdigemaridalamkalanganmuridTingkatan5
kemudian diikuti dengan kelas-kelas bimbingan yang
diadakan pada sebelah petang dan malam.
Biarpun masa banyak diisi dengan sesi pembelajaran,
aktiviti kerohanian dan riadah tidak dilupakan agar
kesihatan jasmani, emosi dan rohani murid terjaga.

SELAMAT HARI LAHIR, PUAN HASLINDA

Plaque of Recognition - 3rd Prize Winner SainsKu telah berjaya muncul sebagai 3rd Prize
Winner bagi 2021 SEAMEO-Japan ESD Award.
Pasukan yang Projek yang dilaksanakan adalah Mental Support
mewakili Sainsku di dengan mengadakan Mental Health Alleviation
2021 SEAMEO-Japan Programme.

ESD Award. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di bawah
Dari kiri Peter Mason, program ini sepanjang PdPR bagi memastikan
Aeliya Masniza, Puan keadaan mental murid berada pada tahap yang
Haslinda (Pengetua), sihat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah
perkongsian bersama alumni, membaca selama 10
Puan Janice (Guru minit, perjumpaan secara maya bersama murid
Pembimbing), Adrina dan ibu bapa serta cara-cara menangani stres
selepas mengikuti kelas dalam talian.
Adny dan Rayvaldo
Christ Aktiviti tersebut menyokong murid dan
menunjukkan keprihatinan pihak sekolah terhadap
beban dan masalah mereka dalam PdPR sepanjang
pandemik Covid-19.

EDISI DISEMBER 2021

Newsletter SainsKu

JALAN BATU KAWA, OFF JALAN MATANG,

93050 KUCHING, SARAWAK
PEJABAT : 082-642544 | FAKS : 082-642710

Imbas Kod QR untuk menonton Video Korporat SainsKu

LAWATAN RASMI PENGARAH
BPSBP, KPM

Pada 17 November 2021, Puan Faridah binti Yang Puan Faridah dan Encik Muhammad bersama pihak pengurusan SainsKu
Razali, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah
Berasrama Penuh, KPM telah membuat lawatan rasmi Encik Anand bin Baharuddin, Timbalan Pengarah BPSBP memberikan
ke SainsKu. Lawatan beliau bertujuan untuk semangat kepada murid Tingkatan 5 yang akan memasuki dewan
memantau keadaan fizikal sekolah serta menyuntik
semangat kepada seluruh warga SainsKu khususnya peperiksaan sempena lawatan rasmi beliau pada 16 November 2021
guru dan semua murid Tingkatan 5 bagi meneruskan
usaha dalam mencapai keputusan yang cemerlang
dalam SPM 2021 kelak.
Pada hari sebelumnya iaitu 16 November 2021,
SainsKu turut menerima lawatan daripada Encik
Anand bin Baharuddin, Timbalan Pengarah BPSBP.
Semoga segala dorongan dan sokongan dari
Pengarah dan Timbalan Pengarah BPSBP akan
meningkatkan lagi prestasi SainsKu dalam semua
bidang.

LAWATAN RASMI PENGARAH
PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

SainsKu sekali lagi amat bertuah kerana telah

menerima kunjungan daripada Dr. Norisah binti

Suhaili, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak pada 7

Disember 2021. Beliau telah mengadakan sesi

motivasi bersama murid Tingkatan 5 yang baru sahaja

tamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM. Pengetua, guru-guru dan murid Tingkatan 5 bersama Dr. Norisah binti
Suhaili, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak
Terima kasih kepada Pengarah kerana sudi

meluangkan masa bersama warga SainsKu.

SESAAT BERSAMA, SEABAD
TERASA

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Mohamad Azha bin Cikgu Mohamad Azha Sesi motivasi MaGS5 bersama
Abd Wahid yang bakal berpindah ke SM Sains Raja Tun menyampaikan ucapan Dr. Norisah
Azlan Shah (SERATAS), Taiping, Perak. Setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih di atas segala jasa dan
budi yang ditabur di SainsKu dari tahun 2015 hingga
2021. Semoga Cikgu Mohamad Azha terus maju dan
cemerlang di tempat baharu dan jangan lupakan kami
di SainsKu.

Newsletter SainsKu | Edisi Disember 2021

AKTIVITI SainsKu

Hari Profesionalisme bersama Pengetua pada
3 Disember 2021

Puan Faridah binti Yang Razali, Pengarah
BPSBP menyampaikan ucapan sempena
lawatan rasmi beliau ke SainsKu

Perhimpunan Rasmi Akhir tahun secara dalam talian

Puan Faridah bersama pihak
pengurusan, guru dan AKP SainsKu

PENCAPAIAN SainsKu

Olimpiad Matematik 2021 Peringkat Negeri Sarawak

Antara aktiviti semasa Kem
Kecemerlangan Akademik MaGS5
pada 11 hingga 17 Disember 2021

Silver Award Bronze Award
1. Nur Amirah Asila binti Rusnizam 1. Brennan Ricky
2. Shazriel Iman bin Shaharudin 2. Celine Elisha anak Changan
3. Nur Hanis Nasrin binti 3. Mohammad Atiq Zuhaili bin Aziz
4. Nabilah Syahirah binti Rahman
Mohammad

Perasmian Bilik Kuliah oleh Bilik Kuliah berwajah baharu dan dilengkapi dengan
Puan Pengetua green screen, meja mudah alih dan wireless LCD projector

Parkir berturap di kawasan Makmal
Sains Menengah Atas

Landskap di kawasan pintu
masuk utama sekolah

Pondok jaga baharu di Jambatan yang telah Pintu gerbang dan
Asrama Puteri dibaik pulih pondok pengawal

DEPART TO SERVE BETTER YOUR GOD, YOUR COUNTRY
AND YOUR FELLOW MEN

EDISI JANUARI 2022

Newsletter SainsKu

Jalan Batu Kawa, Off Jalan Matang, Imbas Kod QR
93050 Kuching, Sarawak. untuk menonton
Video Korporat
Pejabat : 082-642544 | Faks : 082-642544
Email : [email protected] SainsKu

Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022

Tazkirah subuh bersama Pengetua

Housekeeping MaGS5 bersama PK HEM

Sesi Motivasi Pengetua bersama MaGS4 Setelah bercuti selama 2 minggu, murid-murid Tingkatan 5
telah kembali semula ke sekolah pada 2 Januari 2022. Bagi
mematuhi prosedur operasi standard kemasukan murid ke
sekolah dan asrama, Ujian RTK Covid-19 telah dijalankan
sebelum murid dibenarkan untuk mendaftar.

Murid-murid Tingkatan 5 diminta untuk balik lebih awal ke
sekolah bagi membolehkan mereka menyertai Kem
Akdemik Fasa 2 sebelum sesi persekolahan rasmi bermula
pada 10 Januari 2022.

Pada 9 Januari pula, murid-murid Tingkatan 4 mendaftar
masuk ke sekolah bagi meneruskan sesi pembelajaran
secara bersemuka setelah hampir dua tahun menjalani
proses pembelajaran secara dalam talian.

Proses pendaftaran kedua-dua sesi tersebut telah berjalan
dengan lancar dan semua murid yang mendaftar masuk
adalah bebas dari Covid-19.

Enter to grow in mind, body and spirit.
Depart to serve better your God, your country and your fellow men

Aktiviti SainsKu sepanjang Januari 2022

Pemantauan dan Bimbingan Pengoperasian Pembukaan Sekolah oleh Pegawai dari PPD Padawan
11 & 12 Jan 2022

Lawatan Pegawai SBP pada 26 Jan 2022 Pemantauan bilik dan persediaan sekolah untuk
PKSK oleh Pegawai dari PPD Padawan

Pasukan Robotik bersama Pengetua bagi sesi Mohd. Nawawi yang menyertai Dato Sri Persediaan di e-Lab bagi menerima murid yang
simulasi sebelum pertandingan Abdul Rahman Hamzah 2021 Cycling akan menduduki PKSK
Cup

Pencapaian SainsKu

Dato Sri Abdul Rahman Hamzah 2021 Cycling Cup
Keputusan:

Jarak 15 KM (15.1.2022) mendapat tempat ke 9
Jarak 34 KM (16.1.2022) mendapat tempat ke 8
Peserta:
1.Mohd Nawawi bin Zakaria (4 Delta)

Pertandingan Robotik SBP
Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 2021
Keputusan: Penyertaan
Peserta :
1.Arina Izzati Binti Mohammad Amin (2 Delta)
2.Christine Anak Junet (2 Delta)
3.Awg Ahmad Rasyidi Bin Awg Ahmad Sallehin (3 Gama)
4.Muhammad Abdul Rahim Bin Abdullah (3 Gama)

Newsletter SainsKu | Edisi Januari 2022

Aktiviti SainsKu sepanjang Januari 2022

Perasmian Bilik Bilik Kuliah
Kuliah oleh SainsKu
berwajah
Puan Pengetua baharu

CPD 1/2022 - Siri CPD 1/2022 pada 21
Sekolah Amanah Januari 2022 diadakan
SBC & CoRT Thinking
di Bilik Kuliah
Skills
Aktiviti Murid
Aktiviti Guru
Perjumpaan pelajar
Sinar Pagi puteri bersama
6:30 - 7:00 pagi Pengetua

Inspection asrama :
kebersihan dan

kekemasan asrama

Prep Berfokus
8:30 - 9:30 malam

Newsletter SainsKu | Edisi Januari 2022

EDISI FEBRUARI 2022

Newsletter SainsKu
Jalan Batu Kawa, Off Jalan Matang,
93050 Kuching, Sarawak. Imbas Kod QR
untuk menonton
Pejabat : 082-642544 | Faks : 082-642544 Video Kepimpinan
Email : [email protected]
Pengetua
SainsKu

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2021

Arsyn 1721

Lawatan Jemaah Nazir Negeri Sarawak
pada 3 Februari 2022

Kata-kata motivasi dari Ketua Nazir Sarawak, Puan Siti Zulaiha
binti Ibrahim, Mantan PK HEM SainsKu kepada MaGS5

Program Solat Hajat, bacaan Yasin dan Majlis Sokongan Moral dan ceramah Majlis Restu Ilmu yang
ceramah motivasi di Surau Darul Faizin motivasi di Dewan Sri Gemilang pada 17 diadakan sejurus selepas

pada 17 Februari 2022 Februari 2022 Majlis Graduasi

NEWSLETTER SainsKu | EDISI FEBRUARI 2022

Sekalung Tahniah, Arsyn1721!

Penerima Anugerah Khas Majlis Graduasi 2021

Acara tahunan SainsKu iaitu Majlis Graduasi tahun 2021 yang dianjurkan oleh Rumah Diamond telah diadakan pada 25
Februari 2022. Majlis tahunan ini diadakan bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid Tingkatan
5 yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, kepimpinan dan sahsiah, di samping meraikan semua murid
Tingkatan 5. Majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh pihak pentadbir, guru, staf dan murid Tingkatan 5 ini tetap meriah
biarpun tanpa kehadiran tetamu kehormat dan ibu bapa. Semoga dengan pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan
akan menaikkan lagi semangat batch Arsyn1721 untuk melakar keputusan yang cemerlang dalam SPM kelak.

ANUGERAH IBNU SINA ANUGERAH KHALID AL-WALID ANUGERAH MUHAMMAD ANUGERAH SUMAYYAH
MOHAMAD ZUL HANIS BIN MOHD NAQIUDDIN ADIB BIN AL-FATEH KHAYYAT
NAHAR
MOHD FADZLI ANIQ IMRAN BIN NURUL AMIN NURUL IZZAH BINTI TUKIREN

ANUGERAH IBNU KHALDUN ANUGERAH KHAWLA AL-AZWAR ANUGERAH SAIDATINA AISYAH ANUGERAH USAHA GIGIH (L) ANUGERAH USAHA GIGIH (P)
PETER MASON ANAK DAVIES NUR NAJLA HIFZA BINTI NUR AIN ADAWIYAH BINTI CLINTON ANAK MACORON ERICA OSSIE ANAK JUSTIN
NORMALIS BARAWI

Perarakan masuk Penyampaian cenderahati
murid Tingkatan 5 kepada Pengetua

Imbas kod QR untuk
menonton Majlis
Graduasi 2021 di

Youtube Channel SM
Sains Kuching

NEWSLETTER SainsKu | EDISI FEBRUARI 2022

Pencapaian SainsKu

SainsKu - World's Best School: Malaysian Chapter

SainsKu telah menyertai pertandingan World's Best School: Malaysian Chapter dan telah
berjaya menempatkan diri di dalam Top 10 Finalists bagi World's Best School Prizes:
Malaysian Chapter. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pasukan yang
diterajui oleh Puan Pengetua, Puan Haslinda binti Haji Jedi yang disokong kuat oleh
Cikgu Zarina, Cikgu Norhayati, Cikgu Awang Shamsuri, Cikgu Muhammad Ifwat dan Cikgu
Nurul Munjiah. Terima kasih kepada LeapEd Services Sdn. Bhd. dan Yayasan Hasanah di
atas panduan, bantuan serta sokongan padu terhadap sekolah. Seluruh warga SainsKu
amat berbangga dengan pencapaian ini. SainsKu pasti bangkit!

Pitch Day - 07.02.2022

Pasukan WBS Sesi persediaan
SainsKu dan coaching

Pasukan R&D SainsKu sekali lagi telah
mengharumkan nama sekolah apabila produk
Nature's Gift 4 Skin yang menggunakan beras
Bario telah dipilih sebagai Wakil Negeri Sarawak
ke Peringkat Kebangsaan bagi Pertandingan
International Conference of Young Scientists
(ICYS) Tahun 2022. Selamat maju jaya kepada
Shazriel Iman dan Sharifah Asfa Mu'izzah serta
Cikgu Norshamsiah selaku guru pembimbing.

Semoga beroleh kejayaan dan dapat
mengharumkan lagi nama SainsKu.

EDISI MAC 2022

SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING

Newsletter SainsKu

Jalan Batu Kawa, Off Jalan Matang,93050 Imbas Kod QR
Kuching, Sarawak. untuk

Pejabat : 082-642544 | Faks : 082-642544 menonton
Email : [email protected] Video Korporat

SainsKu

Selamat Datang ke SainsKu

Minggu Silaturahim Tingkatan 1 Sesi Persekolahan 2022 telah pun bermula. Kami di SainsKu
Minggu Orientasi MaGS4 bersama Cikgu Janice amat mengalu-alukan kemasukan murid baharu Tingkatan 1
dan Tingkatan 4 yang telah pun mendaftar dari 21 hingga 25
Mac 2022.
SainsKu menerima seramai 6 orang murid lelaki dan 9 orang
murid perempuan Tingkatan 4 manakala bagi Tingkatan 1,
seramai 51 orang murid lelaki dan 52 orang murid
perempuan telah mendaftar.
Bagi memperkenalkan sekolah kepada murid baharu, Minggu
Orientasi MaGS4 diadakan secara dalam talian pada 28 dan
29 Mac 2022. Murid-murid Tingkatan 1 juga mengikuti
Minggu Silaturahim (MSR) secara dalam talian mulai 21 Mac
hingga 1 April 2022.

SetulSuestBuuludsi. BKuednai,nKgaennAabnagdai n Abadi

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Cikgu Rozita Zin, Ketua Bidang Majlis Setulus Budi, Kenangan
Sains yang telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Abadi bersama Cikgu Rozita pada
SM Sains Kuching Utara (SAKURA). Seluruh warga SainsKu semestinya merasai
kehilangan figura yang telah menaburkan ilmu dan khidmat bakti di SainsKu 25 Mac 2022
selama lebih kurang 25 tahun. Banyak pencapaian cemerlang yang dicapai oleh
Bidang Sains di bawah pimpinan beliau, tidak kira di peringkat kebangsaan Ustazah Wan berucap semasa
mahupun antarabangsa. Majlis Sekalung Budi Sejambak

SainsKu turut kehilangan seorang guru Pendidikan Islam, Ustazah Wan Kasih pada 15 Mac 2022
Nurulhuda Akmal binti Wan Dollah yang berpindah ke SM Sains Hulu
Terengganu (SAHUT) kerana mengikut suami beliau yang turut berpindah di
negeri yang sama. Ustazah Wan telah berkhidmat di SainsKu selama hampir 5
tahun dan 20 tahun di negeri Sarawak. Beliau juga banyak menyumbang dalam
pencapaian akademik mahupun kokurikulum murid-murid di SainsKu. Semoga
Cikgu Rozita dan Ustazah Wan terus maju jaya dan cemerlang di sekolah baharu.

Patah tumbuh, hilang berganti

Ustaz Azrul Amri Cikgu Nur Ishak bin Selamat bertugas di SainsKu kepada dua orang guru baharu, iaitu Cikgu
bin Zainudin Sunpino Nur Ishak bin Sunpino, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Ustaz Azrul
Amri bin Zainudin, Guru Pendidikan Islam yang telah melapor diri pada
2 Mac 2022. Semoga dengan kehadiran guru baharu, SainsKu akan lebih
cemerlang dari segi akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.

Aktiviti SainsKu

Lawatan Dr. Abang Adam bin Abang Deli, Pegawai Pendidikan Daerah Padawan ke SainsKu pada hari kedua
Peperiksaan SPM 2021 iaitu pada 3 Mac 2022.

Dr. Abang Adam bersama pihak Dr. Abang Adam memberikan
pengurusan SainsKu motivasi kepada murid Tingkatan 5

Murid 5 Delta menuju Penyerahan cenderamata daripada Muhammad Bacaan doa & nyanyian lagu sekolah
ke dewan Adib, Ketua MaGS5 kepada Pengetua

Coretan SPM 2021 Calon memasuki dewan peperiksaan

Semoga Arsyn1721 memperoleh keputusan yang cemerlang

PENCAPAIAN
SainsKu

PERTANDINGAN HUFFAZ INTELEK 2021
PROGRAM KHIDMAT BANTU SGE-SSP-SBP
Peserta :
Izz Azizan Bin Asmi (Tempat Ketiga)
Nabilah Syahirah Binti Rahman (Tempat
Ketiga)

Newsletter SainsKu | Edisi Mac 2022

NEWSLETTER EDISI APRIL 2022

SainsKu

Jalan Batu Kawa, Off Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-642544 | Faks: 082-642544
[email protected]

Peserta Majlis Khatam Al-Quran bersama Puan Pengetua dan Panitia Pendidikan Islam

Majlis Khatam Al-Quran Penyediaan bubur lambuk
Pembungkusan bubur lambuk
Sebagai penutup kepada Program Tadarus Al-Quran pada tahun
ini, Majlis Khatam Al-Quran SainsKu telah berlangsung pada 28
April 2022 bersamaan 26 Ramadan 1443H di Dewan Sri
Gemilang. Majlis yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam
dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) ini
merupakan acara tahunan sempena Ihya' Ramadan. Seramai 28
orang murid Tingkatan 5 telah dipilih sebagai peserta khatam pada
majlis kali ini.

Program Kasih Ramadan

Pada 22 dan 23 April 2022, Program Kasih Ramadan telah
berlangsung di Dewan Selera Bestari. Antara aktiviti semasa
program ini adalah memasak bubur lambuk, pengagihan barang
keperluan asas dan wang ringgit kepada pengawal keselamatan,
pekerja pembersihan sekolah dan pekerja dewan makan. Bubur
lambuk yang telah disediakan diagihkan ke masjid, surau dan
sekolah berdekatan. Semoga program ini dapat diteruskan lagi
pada tahun akan datang.

Puan Pengetua, Penolong-penolong Kanan bersama penerima sumbangan Pengagihan bubur lambuk
Program Kasih Ramadan

AKTIVITI SainsKu Newsletter SainsKu | Edisi April 2022

AHLI MAJLIS PEMIMPIN MURID (MPM) SESI 2021/2022

Penyampaian Watikah
Pelantikan MPM

Bacaan Ikrar oleh MPM 21/22

Mohd. Atiq Zuhaili bin Aziz,
Ketua Pelajar

Hari Pendaftaran - 3 April 2022

Kaunter Buku Teks Drop-off zone Aspura dan Aspuri

Kaunter Koperasi Kaunter Guru Kelas Makmal Ujian RTK

Enter to grow in mind, body & spirit Depart to serve better your God, your country and your fellow men

Jalan Batu Kawa, Off Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak EDISI MEI
Tel: 082-642544 | Faks: 082-642544 | E-mel: [email protected] 2022

Program Sekolahku Sejahtera telah dilancarkan pada 25 Mei 2022. Program Puan Pengetua merasmikan
ini adalah bertujuan untuk menjadikan SainsKu sebuah sekolah yang Sekolahku Sejahtera
S.E.J.A.H.T.E.R.A (Selamat, Seronok, Sihat; Etika, Empati; Jati Diri; Adab Sopan;
Harmoni; Tekun, Teliti, Terampil; Eksplorasi; Rasional; Artikulasi) selaras
dengan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada hari yang sama, turut
berlangsung Majlis Perpisahan Cik Claudine Kok Hui Yinn diikuti dengan Majlis
Penyerahan Sumbangan kepada murid bukan beragama Islam Tingkatan 2
hingga 5 serta murid Tingkatan 1 yang layak.

Majlis Penyerahan Sumbangan pada 25 Mei 2022 di Dewan Sri Gemilang

Tahniah & Terima Kasih, Cikgu Claudine PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1

Tahniah kepada Cikgu Claudine Kok Hui 16 MEI 2022 | ISNIN
Yinn atas pelantikan sebagai JK
Selamat datang kepada 105 orang murid
Pembukaan SM Sains Alor Gajah, Tingkatan 1 ambilan 1 dan 2 tahun 2022
Melaka. Cikgu Claudine akan
berpindah ke negeri
kelahiran beliau mulai
Jun 2022. Kami di
SainsKu
mengucapkan
setinggi-tinggi
penghargaan dan
terima kasih atas
khidmat bakti di
SainsKu selama 10
tahun. Semoga Cikgu
Claudine terus
cemerlang di tempat
baharu.

NEWSLETTER SainsKu | EDISI MEI 2022

Lawatan Penanda Aras Program TS25

Aktiviti SainsKuSMK Penrissen & SM Sains Kuching

Sesi perkongsian Pengetua
& guru-guru SMK Penrissen

Guru & staf yang terlibat dalam Lawatan Penanda Aras Program TS25 pada 20 Mei 2022
Sesi bersama Cikgu Ifwat dan Cikgu Janice

Kunjungan ke Bilik Mesyuarat dan Perpustakaan

program ziarah cakna mags5

Ziarah Cakna MaGS5 yang dijalankan oleh Kaunselor, Cikgu Rajemah dan
Pengerusi MaGS5, Cikgu Nancy pada 28 Mei 2022

Pencapaian SainsKu

8 orang murid SainsKu telah terpilih
sebagai finalis dan mewakili Malaysia ke
International Applied Biology Olympiad
(IABO) di Bali pada 30 Jun hingga 3 Julai
2022. Semoga pasukan yang dibimbing
oleh Cikgu Norshamsiah dan Cikgu Melson
ini akan mengharumkan nama Malaysia di

persada dunia.

SEMOGA BERJAYA!

NewsleEDtItSIeJUrN S20a22 insKu

Jalan Batu Kawa, Off Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-642544 | Faks: 082-642544
[email protected]



Barisan Pendidik SainsKu

Biarpun Sambutan Hari Guru peringkat Persembahan oleh MaGS5
kebangsaan telah pun berlalu, namun belum Persembahan oleh MaGS2

terlewat bagi anak-anak di SainsKu untuk
meraikan dan mengucapkan terima kasih kepada

guru-guru mereka. Majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat Sekolah yang bertemakan "Jika Aku
Bukan Seorang Guru" telah dianjurkan pada 18

Jun 2022 dengan jayanya oleh semua murid
Tingkatan 5, Idiofyia 1822. Majlis tersebut telah
berlangsung dengan penuh meriah dan diserikan
dengan pelbagai jenis persembahan dari murid-
murid SainsKu yang berbakat. Semoga semua

guru di SainsKu terus bersemangat dalam
mendidik anak-anak SainsKu.

Ramah Tamah Perpaduan Gawai Raya SainsKu

Puan Pengetua dan guru bersama dengan pelajar yang Pada 18 Jun 2022, SainsKu telah menganjurkan
membuat persembahan sempena RTPGR Ramah Tamah Perpaduan Gawai Raya
(RTPGR). Seramai lebih kurang 300 orang
tetamu yang hadir berpakaian tradisional
masing-masing untuk bersama dengan
seluruh warga SainsKu untuk memeriahkan
sambutan RTPGR pada tahun ini. Pertandingan
Khemah Terbaik juga telah diadakan dan telah
dimenangi oleh Rumah Diamond . Semoga
RTPGR akan terus diadakan pada tahun akan
datang supaya dapat mengeratkan lagi
hubungan silaturahim sesama warga Sainsku,
ibu bapa dan alumni.

Pencapaian SainsKu Newsletter SainsKu | EDISI JUN 2022

Tahniah Arsyn 1721 atas pencapaian
cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2021

Peter Mason anak Davies, Keputusan SPM 2021 telah diumumkan pada 16 Jun 2022 Puan Pengetua bersama Peter
Pelajar Cemerlang SPM 2021 dan SainsKu telah mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) Mason & Ilham Nadhirah semasa
2.12. Seorang calon, Peter Mason anak Davies telah
mendapat 9A+ manakala 15 orang calon mendapat pengumuman keputusan SPM
semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil. 2021 di Auditorium JPN Sarawak
Kesemua calon SPM 2021 layak mendapat sijil. Tahniah
dan syabas buat 78 orang calon SainsKu yang
menduduki Peperiksaan SPM 2021.

SAINSKU HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI IABO

Pasukan IABO SainsKu International Applied Biology Olympiad Gold & Grand Prize Winner
(IABO) telah diadakan di Bali, Indonesia Angelina anak Andrew Ragai
pada 30 Jun hingga 3 Julai 2022.
Pasukan SainsKu diketuai oleh Puan

Haslinda, Pengetua SM Sains Kuching, Gold
guru pembimbing; Puan Norshamsiah Anissa Christy anak Mojik
dan Encik Melson serta 8 orang murid Phildenia Shiavonie anak Paulus
telah menggalas nama Malaysia di
IABO. Pasukan ini telah berjaya

merangkul pelbagai anugerah dan Silver
sekaligus mengharumkan nama Nur Zuyyin binti Muhamad Adzhar
Malaysia amnya dan SainsKu Shazriel Iman bin Shahrudin
khususnya. Berikut adalah anugerah
yang diperoleh:

Bronze
Wiro Andy anak Alfred
Theodore Morcelli anak
Lawrence Macwell
Nurul Kamilah binti Abu Bakar

Angelina Anissa Phildenia Zuyyin Shazriel Wiro Theodore Kamilah

penyertaan sainsku dalam bidang sukan
peringkat mss bahagian kuching

PASUKAN BOLA KERANJANG SainsKu telah menghantar 4 pasukan dalam pelbagai pertandingan
PEREMPUAN 18TKB untuk menyertai kejohanan sukan peringkat Bahagian Kuching.
Pertandingan Bola Keranjang yang diadakan di SMK Batu Kawa di
PASUKAN BOLA TAMPAR bawah kategori Perempuan 18TKB telah mendapat tempat ke-4.
LELAKI 1B TKB Pasukan Bola Tampar Lelaki 18TKB yang baru pertama kali
menghantar wakil, layak hingga ke peringkat suku akhir sahaja.
Pasukan Hoki Lelaki dan Perempuan 18TKB juga telah menyertai
Kejohanan Hoki Peringkat MSSB Kuching di Stadium Hoki Negeri
Sarawak.

PASUKAN HOKI PASUKAN HOKI
PEREMPUAN 1B TKB LELAKI 1B TKB

Newsletter SainsKu
EDISI JULAI 2022
Jalan Batu Kawa, Off Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak.

Tel: 082-642544 | Faks: 082-642544 | E-mel: [email protected]

HARI ASRAMA TERBUKA

Ruby Sapphire Diamond Emerald

Hari Asrama Terbuka merupakan acara tahunan di SainsKu namun akibat pandemik Covid-19, acara ini tidak
diadakan selama dua tahun. Pada 2 Julai 2022, Hari Asrama Terbuka (HAT) telah diadakan dengan meriah dan
jayanya. Persiapan untuk acara besar ini telah diadakan selama seminggu bagi memastikan asrama masing-
masing berada dalam keadaan terbaik. Hakim-hakim yang terdiri daripada para guru dari sekolah berdekatan
dan alumni telah dijemput bagi mengadili kamar dan blok asrama yang bertanding. Para ibu bapa juga dijemput
untuk memeriahkan HAT dengan berkunjung ke kamar anak masing-masing sambil beramah mesra serta
menjamu selera bersama dengan ibu bapa yang lain.

Lawatan ibu bapa ke kamar anak masing-masing Para hakim mengadili kamar dan bilik-bilik khas

Lawatan Pengakap Kontinjen Negara Brunei Darussalam & Latihan Kebakaran

Pada 6 Julai 2022, SainsKu telah menerima lawatan dari Pihak Pengurusan bersama Jabatan
Pengakap Kontinjen Negara Brunei Darussalam. Lawatan ini Bomba & Penyelamat
bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli
pengakap selain memperkenalkan kepelbagaian budaya di
negeri Sarawak.

Pada hari yang sama juga, satu latihan kebakaran telah
diadakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia Cawangan Petra Jaya. Tujuan latihan ini diadakan
adalah untuk memastikan semua warga sekolah mengetahui
apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran, laluan
kecemasan, langkah keselamatan yang perlu diambil serta
cara memadam api menggunakan pemadam api.

Lawatan Pengakap dari Negara Brunei Darussalam

Demonstrasi kaedah penyelamatan mangsa dan cara
menggunakan alat pemadam api

Aktiviti SainsKu Newsletter SainsKu | Edisi Julai 2022

Penyampaian Hadiah Pasukan IABO Team Building MaGS5 | 22 Julai 2022

Leadership & Team Building Camp
Pengawas Koperasi | 16-17 Julai 2022 |

Sumiran Eco Park & Resort

Reward MaGS5 | 30 Julai 2022

Pasukan Ragbi SainsKu Pencapaian
SainsKu

National Science Challenge 2022
Keputusan: Top 5 Sarawak State Level
Peserta : Herlea Titieanna, Varcelluna
Isbelle, Mohammad Aimannuddin

Kejohanan Ragbi 10s Bawah 18 Tahun
MSSB Kuching
Keputusan: Tempat ke-2 Kategori Plate

STEM Talent Show Competition Peringkat
Daerah Padawan
Keputusan: Johan
Peserta: Andreas Evans, Gabriel Xavier,
Norbert Ta Ningkan

Bridge Building Competition Peringkat
Daerah Padawan
Keputusan: Tempat ke-3
Peserta : Saafia Insyirah, Celine Elisha, Nur
Syahindah

EDISI OGOS 2022

Newsletter SainsKu

Jalan Batu Kawa, Off Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak
Pejabat : 082-642544 | Faks : 082-642710
E-mel: [email protected]

Rumah Diamond: Naib Johan Keseluruhan RUMAH EMERALD JUARA!

Kejohanan Sukan Tahunan SainsKu telah berlangsung pada 10 hingga 12
Ogos 2022 setelah sekian lama tidak diadakan akibat pandemik Covid-
19. Rumah Diamond telah diamanahkan untuk menggalas tugas sebagai
penganjur kejohanan kali ini. Rumah Emerald mengungguli carta
Sukan Tahunan Edisi Ke-25 ini apabila dinobatkan sebagai juara
keseluruhan. Syabas diucapkan kepada semua atlet serta AJK yang
terlibat dalam menjayakan kejohanan ini dan tahniah kepada Rumah
Sapphire yang telah dipilih sebagai penganjur bagi edisi akan datang.

Tempat ketiga : Rumah Ruby

Tempat keempat : Rumah Sapphire Wajah kegembiraan jelas terpancar di wajah ahli Rumah Emerald setelah
dinobatkan Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan 2022
Peserta kategori perempuan Tingkatan 5 merentas
desa bersama Puan Pengetua dan Penolong Kanan KEJOHANAN MERENTAS DESA

Sebelum Sukan Tahunan diadakan, acara pemanas badan, iaitu
Kejohanan Merentas Desa telah diadakan pada 6 Ogos 2022 yang
melibatkan semua murid tingkatan 1 hingga 5. Kejohanan yang bermula
seawal 6:30 pagi itu telah berlangsung dengan meriah dan Rumah
Emerald sekali lagi menjadi johan keseluruhan apabila mengutip mata
terbanyak bagi kejohanan ini. Tahniah dan syabas!

Peserta kategori lelaki Tingkatan 5 merentas desa
bersama Puan Pengetua dan suami

Puan Pengetua melepaskan peserta mengikut kategori Pemenang tempat pertama hingga ketiga bagi setiap kategori bersama Ketua
Rumah dan Penolong Ketua Rumah Emerald selaku juara keseluruhan

Newsletter SainsKu | Edisi Ogos 2022

AKTIVITI SainsKu

LAWATAN JEMAAH NAZIR PAHANG & SARAWAK Bergambar kenangan di We ❤️SainsKu

Pada 5 Ogos 2022, Jemaah Nazir Pahang dan Sarawak telah
mengadakan lawatan ke SainsKu untuk memberi input untuk
penambahbaikan dari aspek PdPC di SainsKu selain mengenali SainsKu
dengan lebih dekat.

Pasukan IABO turut membuat pembentangan

Jemaah Nazir bersama pihak pentadbir SainsKu Antara aktiviti yang dijalankan: perbincangan,
pembentangan dan penyampaian cenderamata
TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERSARA
KEM
KEPIMPINAN
BELIA eMART
MaGS3 & MaGS4

Puan Khatijah Ustaz Che Nazlie Cik Pan Chui Ing

Selamat bersara kepada Cik Pan Chui Ing (Guru Matematik) Ustaz Che Aktiviti dalam kumpulan
Nazlie bin Che Mahmood (Guru Bahasa Arab) serta Puan Khatijah
Abdullah (Penyelia Asrama). Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan di atas segala jasa, bakti dan sumbangan terhadap sekolah
dan semua murid di SainsKu. Hanya Tuhan yang mempu membalas budi
kalian dan semoga terus sihat serta ceria di samping keluarga tersayang.

KEM BESTARI SOLAT

Pada 20 Ogos yang lalu, Panitia Pendidikan AJK terlibat bersama Puan Pengetua Berjumpa dengan fasilitator untuk menerangkan
Islam dengan kerjasama Angkatan Belia Islam cita-cita
Malaysia (ABIM) telah mengadakan Kem
Bestari Solat bagi 72 orang murid Tingkatan 1 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-65
dengan bertemakan "Ibadah Cemerlang, Pelajar
Terbilang". Antara aktiviti yang dijalankan
adalah cara berwuduk, niat solat, rukun solat,
tasmik surah-surah pilihan serta penghayatan
makna dalam solat.

Aktiviti bersama fasilitator

Newsletter SainsKu | Edisi Ogos 2022

AKTIVITI SainsKu

KEJOHANAN BOLA JARING ZON SQL

Pasukan Bola Jaring Zon SQL; SMEXCEL, SMESH, SEMSALD, SainsRi, SAKURA dan SainsKu

Pada tahun ini, SainsKu telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Zon SQL. Sebanyak 6
buah SBP di Zon SQL terlibat dalam kejohanan ini dan telah mula berkampung di Asrama Yayasan Sarawak pada 27
hingga 30 Ogos 2022. Kejohanan telah berlangsung selama 1 hari iaitu pada 29 Ogos 2022 di Yayasan Sarawak
International Secondary School.
Tahniah diucapkan kepada SM Sains Labuan yang telah bergelar johan, diikuti SM Sains Sabah sebagai naib johan dan
SM Sains Lahad Datu di tempat yang ketiga. Semoga ikatan antara SBP di Zon SQL akan bertambah erat dan jumpa
lagi di kejohanan akan datang!

Pencapaian SainsKu

World Youth STEM Invention Innovation (WYSII)
2022
Nature's Gift 4 Skin

Keputusan : IYSA Semi Grand Award, Gold Award
Peserta: Syarifah Asfa Mu'izzah, Nursyahira

Pasukan IRPrO dan WYSII 2022 International Research Project Olympiad (IRPrO)
1) Nature's Gift 4 Skin

Keputusan: Bronze Award
Peserta: Syarifah Asfa Mu'izzah, Nursyahira
2) Imperata Cylindrica as a Plastic Straw
Replacement
Keputusan: Bronze Award
Peserta: Edrean Ethan, Zyina Zyian

International Mathematics Olympiad Competition
of Southeast Asia (IMOCSEA) - National Round

Keputusan: Bronze Award
Peserta: Shazriel Iman, Cheyanne, Mohd Haziq,
Celine Elisha, Jyx Noble

Science For Youth 2022 Global Esssay
Competition

Keputusan: 3rd Place
Peserta: Muhammad Danish Lian

Pasukan Bola Jaring Zon SQL Pasukan Kriket Zon SQL Kejohanan Bola Keranjang Zon SQL 2022
Pasukan Lelaki: Johan dan akan mewakili Zon
SQL ke Peringkat Kebangsaan
Pasukan Perempuan: Naib Johan

Kejohanan Kriket Zon SQL 2022
Keputusan: Naib Johan

Cabaran Interaktif Pengguna (CIP-KPS) Peringkat
Negeri Sarawak (Zon Selatan)

Keputusan: Tempat ketiga
Peserta: Stefanie Laura, Sherra Maxcy Nibot,
Vanessia Dora

Pasukan CIP-KPS Pasukan Bola Keranjang Zon SQL


Click to View FlipBook Version