RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM : TAHUN 6 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) PENDIDIKAN ISLAM : TAHUN 6 1. MATA PELAJARAN Pendidikan Islam 2. KELAS 6 Mahir 3. TARIKH / HARI 21 Januari 2023 / 28 Sha'ban 1444 (Selasa) 4. MASA 10.40 - 11.40 pagi (60 minit) 5. BILANGAN MURID 36 orang (20 lelaki dan 16 perempuan) 6. TAJUK Rukhsah Solat Ketika Sakit 7. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid-murid telah mengetahui tentang kewajipan solat dan tatacara solat yang sempurna. 8. STANDARD KANDUNGAN 4.2 Merumus konsep solat ketika sakit serta mengamalkannya secara beradab dan istiqamah. 9. STANDARD PEMBELAJARAN 4.2.1 Menyatakan maksud solat ketika sakit. 4.2.2 Memperincikan tatacara melaksanakan solat ketika sakit. 4.2.4 Menganalisis kepentingan menunaikan solat ketika sakit. 10. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Selepas proses Pengajaran dan Pembelajaran, murid dapat: 1. Menyebut maksud solat ketika sakit dengan betul selepas penerangan daripada guru. 2. Menerangkan tatacara melaksanakan solat ketika sakit dengan betul selepas aktiviti tunjuk cara 3. Menyenaraikan 3 kepentingan menunaikan solat ketika sakit dengan betul selepas aktiviti soal jawab. 11. KEMAHIRAN BERFIKIR Kemahiran berfikir reflektif dan kritis Kemahiran membanding dan membezakan 12. GABUNG JALIN Al-Quran : Dalil naqli kewajipan solat 13. PENYERAPAN Sains : Sains Hayat (Manusia) 14. PENERAPAN NILAI Bersyukur, Taat, Bertangungjawab 15. AMALAN PEDAGOGI MASA KINI Pembelajaran Kontekstual 16. KEMAHIRAN INSANIAH Kemahiran komunikasi. Kemahiran menyelesaikan masalah 17. EMK Kreativiti : Menggunakan imaginisasi dan menjana idea cara solat dalam keadaan sakit
Bahasa : Penggunaan laras bahasa yang sesuai dengan tahap murid dalam komunikasi Teknologi maklumat dan komunikasi : Penerapan elemen TMK dalam PdP dengan aplikasi-aplikasi interaktif 18. PENILAIAN PDP 1. Lisan 2. Tulisan 3. Pemerhatian 19. BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Papan putih 2. Projector slide 3. Komputer riba 4. Pembesar suara 5. Kertas mahjong
LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Muqaddimah (3 minit) Bacaan doa : Bacaan Syahadah : - Seorang murid diminta oleh guru mengetuai bacaan doa. - Murid-murid lain diminta mengikut bacaan doa bersama-sama, mengaminkan bacaan doa - Semua murid melafaz kalimah syahadah bersama-sama. Penerapan nilai : - khusyuk - tawakal - adab berdoa LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Set Induksi (5 minit) Menonton video berkaitan rukhsah solat ketika sakit. Soalan : 1. Apakah video yang kamu lihat? 2. Ceritakan secara ringkas apa yang kamu tahu tentang solat dalam keadaan sakit. 3. Adakah kita wajib solat walaupun dalam keadaan sakit ? 1. Guru menayangkan video youtube berkaitan topik Rukhsah solat ketika sakit 2. Murid menonton tayangan video dan menganalisis tentang video yang ditonton 3. Sumbang saran murid tentang perkara yang dianalisis. 4. Guru memberi soalan untuk mendapat respon murid dalam aplikasi HotPotatoes. 5. Murid menjawab soalan yang disediakan sebagai respon permulaan pembelajaran 6. Guru membuat rumusan dan mengaitkan isi pembelajaran tersebut dengan pembelajaran pada hari ini iaitu Rukhsah Solat Ketika Sakit. Kaedah : - Soal jawab Bahan Bantu Mengajar : - Video Youtube - Projektir - Komputer - Pembesar suara Aplikasi interaktif : - Video Youtube - Game HotPotatoes Penerapan Nilai : - Taat - Bersyukur Penyerapan : - Teknologi dan Maklumat: menggunakan teknologi dalam PdP. LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Langkah 1 (10 minit) Menyebut maksud solat ketika sakit dengan betul selepas penerangan daripada guru. 1. Guru memaparkan skide powerpoint nota berkaitan maksud Rukhsah Solat Ketika Solat. Kaedah : - Soal jawab - Penerangan
2. Guru membuat penerangan berkaitan maksud Rukhsah, Solat Ketika Solat dan Rukhsah Solat Ketika Solat. 3. Murid sumbang saran berkaitan maksud rukhsah solat ketika sakit. 4. Murid memahami pengertian rukhsah dan solat ketika sakit. 5. Guru meminta murid memberi respon dan menjawab soalan "mengapakah keringanan solat diberikan kepada orang sakit?" yang terdapat dalam slide powerpoint melalui aplikasi jamboard. 6. Murid memberikan jawapan mereka dalam aplikasi jamboard yang telah disediakan. 7. Guru menggunakan aplikasi HotPotatoes untuk membuat aktiviti pengukuhan bagi sub topik yang telah dipelajari. 8. Murid menjawab kuiz yang disediakan. Bahan Bantu Mengajar : - Papan putih - Kad perkataan Aplikasi interaktif : - Google slides - Jamboard Penerapan Nilai : - Taat - Bersyukur Penyerapan : - Teknologi dan Maklumat: menggunakan teknologi dalam PdP. Langkah 2 (17 minit) Menerangkan tatacara melaksanakan solat ketika sakit dengan betul selepas aktiviti tunjuk cara 1. Guru memaparkan nota berbentuk slide pdf dan powerpoint berkaitan sub topik "tatacara solat ketika sakit" di hadapan murid-murid. 2. Guru menerangkan 6 jenis tatacara solat ketika sakit kepada murid dan bersoal jawab berkaitan sub topik yang dipelajari. Kaedah : - Sumbang saran - Penerangan - Soal jawab Amalan Pedagogi masa kini :
3. Murid membaca nota berkaitan tatacara solat ketika sakit berdasarkan slide yang disediakan. 4. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan seterusnya menyuruh pelajar menjawab soalan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan iaitu menjelaskan jenis-jenis tatacara solat ketika sakit dalam aplikasi padlet dan kertas mahjong. 5. Murid menjawab soalan yang telah diberi mengikut kumpulan masing-masing dalam aplikasi padlet dan membentangkan hasil kerja mereka 6. Guru meminta murid menjawab soalan pengukuhan bagi sub topik ini dalam aplikasi Quizizz. 7. Murid menjawab soalan kuiz yang disediakan secara individu. 8. Guru membuat rumusan secara keseluruhan. - Pembelajaran koperatif Bahan Bantu Mengajar : - Papan putih - Kertas mahjong Aplikasi interaktif : - Google slides - Padlet - Quizizz Penerapan Nilai : - Taat - Bersyukur - Bertangungja wab EMK : - Keusahawana n: murid bekerjasama dan mempunyai daya saing untuk menghasilkan kerja berkumpulan Penyerapan : - Sains: Solat dapat meningkatkan kesihatan Langkah 3 (15 minit) Menyenaraikan 3 kepentingan menunaikan solat ketika sakit dengan betul selepas aktiviti soal jawab. 1. Guru memaparkan poster info grafik berkaitan "Kepentingan Menunaikan Solat Ketika Sakit" Kaedah : - Soal jawab - Subang saran Bahan Bantu Mengajar : - Papan putih
2. Guru membuat penerangan kepentingan menunaikan solat ketika sakit dan bersoal jawab dengan murid. 3. Murid membaca, memahami dan meneliti sub topik berkaitan kepentingan menunaikan solat ketika sakit dan sumbang saran bersama guru. 4. Guru menggunakan aplikasi wordwall untuk menguji tahap kefahaman murid berkaitan sub topik yang dipelajari dan meminta murid menjawab soalan kuiz yang telah disediakan. 5. Murid menjawab soalan yang diberikan 6. Guru membuat pengukuhan dengan menyuruh murid membuat latihan menggunakan aplikasi HotPotatoes. 7. Murid menjawab latihan yang diberi. 8. Murid merumus isi pembelajaran bersama guru. Aplikasi interaktif : - Google slides - Wordwall Penerapan Nilai : - Bersyukur - Bertangungja wab - Sosial Gabung Jalin : - Akhlak : Solat melatih diri berdisiplin LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Penutup (10 minit) 1. Guru mengulangi semula maksud rukhsah solat ketika sakit, tatacara solat ketika sakit dan kepentingan menunaikan solat ketika sakit menggunkan aplikasi youtube, video. Bahan Bantu Mengajar : - Papan putih Aplikasi interaktif :
Penutup kognitif: - Pengertian rukhsah solat ketika sakit - Menyenaraikan jenis-jenis tatacara solat ketika sakit - Kesimpulan kepentingan menunaikan solat ketika sakit. Penutup sosial: - Sentiasa taat kepada perintah Allah dalam melaksanakan solat lima waktu sehari semalam. - Mendirikan solat walau dalam keadaan bagaimana sekalipun - Istiqamah dalam mendirikan solat dapat melatih diri berdisiplin. 2. Guru memberi penutup : 3. kognitif - ulangkaji topik yang dipelajari 4. sosial - menyuruh mengamalkan dalam kehidupan seharian. 5. Murid memahami semula maksud rukhsah solat ketika sakit, tatacara solat ketika sakit dan kepentingan menunaikan solat ketika sakit dan seterusnya mengamalkannya dengan beradab dan istiqamah. - Video Youtube - Reverb voice Penerapan Nilai : - Taat - Bertanggungj awab - Berdiisplin