F8
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2019)
PERKEMBANGAN KANAK - KANAK
EDUP3023
Disediakan oleh:
Nama: MOHAMAD SALIHIN BIN MISWAN
No. Kad Pengenalan: 010916011121
2019192310081
Angka Giliran: PISMP F8
Kumpulan/ Unit
PUAN NORZETA BINTI ERHAM
Nama Pensyarah:
PENULISAN AKADEMIK
Tajuk Tugasan :
Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada
Pensyarah
ISI KANDUNGAN 1
2
PENGHARGAAN 2
1.0 PENGENALAN
2.0 PERINGKAT – PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF 2
3
KANAK – KANAK JEAN PIAGET 3
2.1 PERINGKAT SENSORI MOTOR (0-2 TAHUN) 3
2.2 PERINGKAT PRAOPERASI (2-7 TAHUN) 4
2.3 PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)
2.4 PERINGKAT OPERASI FORMAL (12- DEWASA) 4
3.0 KEPENTINGAN GURU MENGUASAI PERINGKAT PERKEMBANGAN 5
KANAK - KANAK BERDASARKAN TEORI JEAN PIAGET 5
3.1 MERANCANG PENGALAMAN PEMBELAJARAN 6
3.2 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEBIH SISTEMATIK 7
3.3 PANDUAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4.0 RUMUSAN
5.0 SUMBER RUJUKAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi di atas kurnia-Nya, dapat saya
menyelesaikan tugasan yang telah diberikan dengan jayanya dan tepat pada waktu
yang telah ditetapkan.
Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan
kepada pensyarah iaitu yang Puan Norzeta binti Erham telah banyak membimbing
dan memberikan bantuan dalam proses menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga
kepada ibu bapa yang tidak putus-putus memberikan dorongan dan galakan
sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini.
Tidak dilupakan juga buat rakan rakan seperjuangan serta semua individu yang
terlibat secara tidak langsung mahupun tidak langsung dalam membantu
menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Sesungguhnya, segala kerjasama dan
keprihatinan anda tidak akan saya lupakan sama sekali. Semoga semua yang terlibat
diberikan ilmu yang bermanfaat dan membantu mengembangkan potensi diri demi
agama,bangsa dan negara.
Sekian,terima kasih.
1
1.0 PENGENALAN
Setiap orang di dunia ini pastinya akan mengalami proses pertumbuhan serta
perkembangan sejak dari lahir sehingga pada usia tua. Proses pertumbuhan dan
perkembangan ini berlaku dengan melibatkan beberapa aspek antaranya ialah fizikal,
sosial, kognitif dan juga emosi (Santrock, 2014 dalam Wong Kiet Wah et.al, 2016).
Seseorang yang bergelar guru hendaklah mempunyai pengetahuan tentang
perkembangan kanak - kanak berdasarkan teori - teori perkembangan contohnya teori
perkembangan kognitif Jean Piaget dan teori Lev Vygotsky dalam usaha
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini
demikian kerana teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan Lev Vygotsky menjadi
kuasa dominan dalam metodologi dan pemikiran berkaitan dengan psikologi kognitif
(Wong Kiet Wah et al, 2016).
2.0 PERINGKAT – PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK – KANAK
JEAN PIAGET
Jean Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang berbangsa Swiss dan beliau ini
begitu terkenal dalam bidang pendidikan. Beliau memulakan kajiannya terhadap
perkembangan kanak - kanak selepas berjaya memperolehi Ijazah Doktor Falsafah
(biologi) seawal umur 25 tahun (Mok Soon Sang, 2009). Piaget juga berpendapat
bahawa pemikiran kanak - kanak akan berkembang melalui beberapa peringkat.
Peringkat tersebut merupakan peringkat perkembangan kognitif bergerak sehala yang
terdiri daripada empat peringkat iaitu:
a) Peringkat Sensori Motor
b) Peringkat Praoperasi
c) Peringkat Operasi Konkrit
d) Peringkat Operasi Formal
2.1 PERINGKAT SENSORI MOTOR (0-2 TAHUN)
Pada peringkat ini, bayi dipengaruhi oleh kebolehan deria mereka seperti
kebolehan memerhati dengan menggunakan mata, mendengar dengan telinga
dan menyentuh dengan tangan. Menurut Piaget, kanak - kanak seharusnya
didedahkan dengan aktiviti penerokaan persekitaran mereka. Hal ini kerana aktiviti
tersebut dapat meningkatkan daya intelektual mereka (Suppiah Nachiappan et.al,
2017).
2
Piaget beranggapan bahawa pemerolehan proses kognitif yang nyata pada
peringkat sensori motor ialah pengekalan objek. Pada peringkat akhir sensori
motor iaitu pada 10 bulan, bayi sudah mempunyai pengekalan objek. Misalnya
jika seseorang menunjukkan mainan kepada bayi kemudian menyembunyikan di
belakang, bayi tersebut akan bergerak untuk mencari mainan tersebut.
2.2 PERINGKAT PRAOPERASI (2-7 TAHUN)
Piaget menerangkan pemikiran kanak - kanak sudah mempunyai kemajuan dalam
gambaran mental yang had. Menurut Rohani Abdullah (2003), peringkat intelektual
pada peringkat ini lebih kepada bersifat simbolik. Pada peringkat ini, mereka
kecenderungan mereka untuk berfikir dan berkomunikasi lebih kepada
menggunakan perkataan atau simbolik yang melalui objek atau peristiwa di
sekeliling mereka. Contohnya, kanak - kanak dapat menggunakan perkataan
“mama” untuk menggambarkan ibunya walaupun ibunya tiada.
Menurut Piaget, kanak - kanak dalam peringkat praoperasi adalah bersifat
egosentrik. Mereka bercakap sendiri dan topik perbualan mengenai diri mereka
sendiri. Dari sudut pemikiran, mereka lebih bergantung kepada persepsi dan logik.
Sebagai contoh, mereka dapat merasakan bulan sentiasa mengekori ketika
mereka sedang berjalan.
2.3 PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)
Pemikiran mereka menjadi semakin fleksibel, logikal dan tersusun. Namun
demikian, pemikiran mereka masih terhad. Oleh itu, adalah penting bagi sekolah
rendah untuk membekalkan objek atau yang melibatkan pengalaman langsung.
Akibatnya, mereka akan menggunakan cara pembelajaran hafalan untuk
menyelesaikan masalah dan bukannya secara penaakulan atau pemikiran logik.
Mereka mula memahami konsep pengekalan objek iaitu bilangan, ruang, objek
tidak berubah walaupun diubah bentuk, susunan atau seperti aktiviti kekekalan
yang dijalankan oleh Piaget untuk mengukur pemikiran kanak – kanak.
2.4 PERINGKAT OPERASI FORMAL (12- DEWASA)
Pada peringkat operasi formal, remaja sudah dapat berfikir jauh dan berimaginasi
tinggi. Pendapat ini disokong oleh Fatimah Ibda (2015) yang mengatakan pada
peringkat ini mereka berkemampuan untuk berfikir secara abstrak, saintifik dan
logikal dengan menggunakan prinsip tertentu untuk menyelesaikan semua
masalah. Sebagai contoh, pengekalan, pemikiran gabungan dan konsep
3
pembalikan. Pada peringkat ini, mereka juga dapat menaakul secara hipotetik-
deduktif. Mereka berupaya membina hipotesis bagi memastikan keberkesanan
sesuatu perkara yang mereka perolehi. Sebagai contoh, remaja akan membuat
hipotesis berdasarkan sesuatu eksperimen untuk mengenal pasti pemboleh ubah
yang mempengaruhi kadar ayunan bandul.
3.0 KEPENTINGAN GURU MENGUASAI PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK -
KANAK BERDASARKAN TEORI JEAN PIAGET
Menurut Mook Soon Sang (2009), perkembangan kognitif kanak - kanak dipengaruhi
oleh orang yang lebih dewasa dan lebih berpengalaman serta lebih berilmu
pengetahuan. Berdasarkan pernyataaan ini, guru merupakan seorang pendidik dan
individu yang harus memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan
perkembangan kognitif kanak - kanak untuk mencapai ke tahap yang optimum. Di
samping itu, guru harus menguasai teori – teori perkembangan kanak – kanak agar
perkembangan kognitif dapat dilakukan secara sistematik.
Penguasaan terhadap teori perkembangan kognitif penting kepada guru dalam
konteks proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal ini demikian kerana
teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan Lev Vygotsky menjadi kuasa dominan
dalam metodologi dan pemikiran yang berkaitan dengan psikologi kognitif (Wong Kiet
Wah et al, 2013). Terdapat beberapa kepentingan menguasai teori perkembangan
kognitif kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3.1 MERANCANG PENGALAMAN PEMBELAJARAN
Antara kepentingan penguasaan teori perkembangan kognitif Jean Piaget ialah
guru dapat merancang sesuatu pengalaman pembelajaran. Mok Soon Sang
(2009) mentakrifkan pengalaman pembelajaran sebagai bentuk gerak balas atau
interaksi murid dengan alam sekeliling. Perancangan pengalaman pembelajaran
memerlukan penglibatan aktif dalam kalangan murid ketika aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, guru dapat menyediakan peluang untuk kanak - kanak membuat
penerokaan dan penemuan konsep yang dipelajari dengan menggunakan daya
pemikiran. Ringkasnya, penguasaan terhadap teori - teori perkembangan kognitif
tersebut membantu guru untuk merancang pengalaman pembelajaran bagi
meningkatkan daya kognitif murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang menarik.
4
3.2 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEBIH SISTEMATIK
Guru dapat menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan
lebih sistematik. Menurut Wong Kiet Wah et al (2013), proses pengajaran dan
pembelajaran harus bermula daripada konkrit kepada abstrak, daripada
pengalaman sedia ada kepada pengalaman baharu, daripada kasar kepada halus
mengikut perkembangan fizikal seseorang individu. Proses akomodasi digunakan
dalam pembelajaran yang kompleks untuk mengubah struktur kognitif individu
tersebut agar mengasimilasi maklumat baharu ke dalam skema yang sedia ada.
Guru hendaklah menggalakkan murid - murid untuk melibatkan diri secara aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana proses akodomasi
bertunjangkan kepada motivasi intrinsik individu. Ringkasnya, penguasaan
terhadap teori perkembangan kognitif dapat membantu guru melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran secara lebih sistematik mengikut peringkat
perkembangan kanak - kanak.
3.3 PANDUAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Teori perkembangan kognitif penting dikuasai oleh guru untuk dijadikan panduan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Santrock, 2008). Teori
perkembangan kognitif Jean Piaget terbahagi kepada empat tahap mengikut
peringkat. Pada setiap peringkat terdapat cara yang sesuai untuk berkomunikasi
dengan kanak – kanak. Sebagai contoh, guru boleh meminta kanak-kanak
menyatakan sesuatu yang diperhatikan atau melukis dan bersoal jawab tentang
sesuatu perkara. Tuntasnya, penguasaan guru dalam teori perkembangan kognitif
penting dalam membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai mengikut kemampuan kanak - kanak dalam
mengembangkan perkembangan kognitif mereka.
Guru dapat membantu murid untuk meningkatkan daya kognitif mereka secara
lebih efektif. Dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget, penggunaan bahan
bantu mengajar yang sesuai mengikut peringkat perkembangan kognitif murid
amat dititikberatkan bagi memastikan murid dapat memahami konsep atau topik
yang hendak diterangkan oleh guru (Wong Kiet Wah et al, 2013). Menurut teori
perkembangan kognitif Jean Piaget, proses pengajaran dan pembelajaran
hendaklah menggalakkan murid agar menggunakan kaedah penyelesaian
masalah untuk memperoleh ilmu dan kemahiran dengan usaha diri sendiri.
5
4.0 RUMUSAN
Secara kesimpulan, teori perkembangan kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget
adalah penting untuk dikuasai oleh guru dalam merancang dan melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru memainkan peranan penting untuk menguasai
peringkat perkembangan kanak – kanak berdasarkan teori Jean Piaget. Sebagai
contoh, antara kepentingan guru menguasai teori tersebut adalah dapat merancang
pengalaman pembelajaran, dapat membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
agar lebih sistematik dan dijadikan sebagai panduan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru
hendaklah bertepatan dengan prinsip-prinsip yang terdapat dalam teori
perkembangan kognitif kanak – kanak Jean Piaget.
Teori - teori perkembangan kognitif tersebut menekankan agar guru
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap perkembangan
dan kemampuan pelajar pada masa tertentu agar mereka dapat memahami
kandungan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Teori perkembangan kognitif
kanak - kanak tersebut sepatutnya dijadikan panduan oleh guru dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, guru sewajarnya membuat
perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
teori perkembangan kognitif kanak – kanak oleh Jean Piaget. Penguasaan guru
terhadap teori perkembangan kognitif dapat membantu mereka dalam melaksanakan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam memudahkan
pemahaman murid.
6
5.0 SUMBER RUJUKAN
Azizi Yahaya. (2010). Bab 2: Teori-teori Perkembangan. Universiti Malaysia Sabah.
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. Cetak Ratu
Sdn.Bhd.
Azizi Yahaya,Asmah Suboh, Zurihanmi Zakaria & Fawziah Yahya. (2005). “Aplikasi Kognitif
dalam Pendidikan” . PTS Professional Publishing.
Fatimah Ibda. (2015). Perkembangan Kognitif : Teori Jean Piaget. Jurnal Intelektualita, 28-38.
John W. Santrock. (2008). Educational Psychology. Mc-Graw Hill. .
John W. Santrock. (2014). Child Development. McGraw Hill.
Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar Psikologi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang. (2009). Educational Psychology & Pedagogy : Learner and Learning
Environment. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2012). Perkembangan Kanak - Kanak. Penerbitan Multimedia.
Rohani Abdullah. (2003). Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio. Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Rohaty Mohd. Majzub. (1992). Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Fajar Bakti.
Salhah Abdullah & Sapora Sipon. (2014). Program Pensiswazahan Guru. Penerbit Universiti
Sains Islam Malaysia.
Suppiah Nachiappan. (2015). Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Teori, Model, Kaedah
dan Aktiviti ke Arah Perkembangan Kognisi. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Suppian Nachiappan, Rachel Mildred Edward Munovah, Norazilawati Abdullah & Sandra
Suffian. . (2017). Perkembangan Kongnisi Kanak-Kanak Prasekolah Melalui Teknik
Bermain. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 34-44.
Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Rashinawati Abd Rashid & Azlina
Ahmad. (2013). Perkembangan Kanak - Kanak. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak- Kanak.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
7