F8
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2019)
PERKEMBANGAN KANAK - KANAK
EDUP3023
Disediakan oleh:
Nama: MOHAMAD SALIHIN BIN MISWAN
No. Kad Pengenalan: 010916011121
2020192340149
Angka Giliran: PISMP F8
Kumpulan/ Unit
PUAN NORZETA BINTI ERHAM
Nama Pensyarah:
PENULISAN AKADEMIK
Tajuk Tugasan :
Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada
Pensyarah
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
1.0 PENGENALAN
2.0 PERINGKAT – PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF
KANAK – KANAK JEAN PIAGET
2.1 PERINGKAT SENSORI MOTOR (0-2 TAHUN)
2.2 PERINGKAT PRAOPERASI (2-7 TAHUN)
2.3 PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)
2.4 PERINGKAT OPERASI FORMAL (12- DEWASA)
3.0 KEPENTINGAN GURU MENGUASAI PERINGKAT PERKEMBANGAN
KANAK - KANAK BERDASARKAN TEORI JEAN PIAGET
3.1 MERANCANG PENGALAMAN PEMBELAJARAN
3.2 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEBIH SISTEMATIK
3.3 PANDUAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4.0 RUMUSAN
5.0 SUMBER RUJUKAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi di atas kurnia-Nya, dapat saya
menyelesaikan tugasan yang telah diberikan dengan jayanya dan tepat pada waktu
yang telah ditetapkan.
Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan
kepada pensyarah iaitu yang Puan Norzeta binti Erham telah banyak membimbing
dan memberikan bantuan dalam proses menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga
kepada ibu bapa yang tidak putus-putus memberikan dorongan dan galakan
sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini.
Tidak dilupakan juga buat rakan rakan seperjuangan serta semua individu
yang terlibat secara tidak langsung mahupun tidak langsung dalam membantu
menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Sesungguhnya, segala kerjasama dan
keprihatinan anda tidak akan saya lupakan sama sekali. Semoga semua yang
terlibat diberikan ilmu yang bermanfaat dan membantu mengembangkan potensi diri
demi agama,bangsa dan negara.
Sekian,terima kasih.
PENGENALAN
Setiap orang di dunia ini pastinya akan mengalami proses
pertumbuhan serta perkembangan sejak dari lahir sehingga pada usia
tua. Manusia yang normal akan mengalami pertumbuhan dan
perkembangan dari segi fizikal, emosi dan perasaan serta gaya hidup
dan sebagainya. Proses pertumbuhan dan perkembangan ini berlaku
dengan melibatkan beberapa aspek antaranya ialah fizikal, sosial,
kognitif dan juga emosi (Santrock, 2014 dalam Wong Kiet Wah et.al,
2016). Hal ini telah menjelaskan bahawa pertumbuhan sesorang
dapat dikenal pasti secara fizikal seperti dari segi berat badan dan juga
dari segi ketinggian.
Seseorang yang bergelar guru hendaklah mempunyai
pengetahuan tentang perkembangan kanak - kanak berdasarkan teori
- teori perkembangan contohnya teori perkembangan kognitif Jean
Piaget dan teori Lev Vygotsky dalam usaha meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini demikian
kerana teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan Lev Vygotsky
menjadi kuasa dominan dalam metodologi dan pemikiran berkaitan
dengan psikologi kognitif (Wong Kiet Wah et al, 2016). Oleh itu,
sebagai guru hendaklah mengetahui dan memahami mengenai teori -
teori pendidikan seperti berkaitan dengan perkembangan dan
pertumbuhan kanak – kanak seperti teori perkembangan kognitif Jean
Piaget dan teori Lev Vygotsky untuk digunakan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran.
TEORI PERKEMBANGAN
KOGNITIF JEAN PIAGET
1896 - 1980 2.0 PERINGKAT – PERINGKAT
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK –
KANAK JEAN PIAGET
Jean Piaget merupakan seorang ahli psikologi
yang berbangsa Swiss dan beliau ini begitu
terkenal dalam bidang pendidikan. Beliau
memulakan kajiannya terhadap perkembangan
kanak - kanak selepas berjaya memperolehi
Ijazah Doktor Falsafah (biologi) seawal umur 25
tahun (Mok Soon Sang, 2009). Piaget juga
berpendapat bahawa pemikiran kanak - kanak
akan berkembang melalui beberapa peringkat.
Peringkat tersebut merupakan peringkat
perkembangan kognitif bergerak sehala yang
terdiri daripada empat peringkat iaitu:
a) Peringkat Sensori Motor
b) Peringkat Praoperasi
c) Peringkat Operasi Konkrit
d) Peringkat Operasi Formal
2.1 PERINGKAT SENSORI MOTOR (0-2 TAHUN)
Pada peringkat ini, bayi dipengaruhi oleh kebolehan
deria mereka seperti kebolehan memerhati dengan
menggunakan mata, mendengar dengan telinga dan
menyentuh dengan tangan. Menurut Piaget, kanak -
kanak seharusnya didedahkan dengan aktiviti
penerokaan persekitaran mereka. Hal ini kerana aktiviti
tersebut dapat meningkatkan daya intelektual mereka
(Suppiah Nachiappan et.al, 2017).
Piaget beranggapan bahawa pemerolehan proses
kognitif yang nyata pada peringkat sensori motor ialah
pengekalan objek. Pada peringkat akhir sensori motor
iaitu pada 10 bulan, bayi sudah mempunyai pengekalan
objek. Misalnya jika seseorang menunjukkan mainan
kepada bayi kemudian menyembunyikan di belakang,
bayi tersebut akan bergerak untuk mencari mainan
tersebut.
2.2 PERINGKAT PRAOPERASI (2-7 TAHUN)
Piaget menerangkan pemikiran kanak - kanak sudah
mempunyai kemajuan dalam gambaran mental yang
had. Menurut Rohani Abdullah (2003), peringkat
intelektual pada peringkat ini lebih kepada bersifat
simbolik. Pada peringkat ini, mereka kecenderungan
mereka untuk berfikir dan berkomunikasi lebih kepada
menggunakan perkataan atau simbolik yang melalui
objek atau peristiwa di sekeliling mereka. Contohnya,
kanak - kanak dapat menggunakan perkataan “mama”
untuk menggambarkan ibunya walaupun ibunya tiada.
Menurut Piaget, kanak - kanak dalam peringkat
praoperasi adalah bersifat egosentrik. Mereka bercakap
sendiri dan topik perbualan mengenai diri mereka
sendiri. Dari sudut pemikiran, mereka lebih bergantung
kepada persepsi dan logik. Sebagai contoh, mereka
dapat merasakan bulan sentiasa mengekori ketika
mereka sedang berjalan.
2.3 PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)
Pemikiran mereka menjadi semakin fleksibel, logikal dan tersusun. Namun
demikian, pemikiran mereka masih terhad. Oleh itu, adalah penting bagi sekolah
rendah untuk membekalkan objek atau yang melibatkan pengalaman langsung.
Akibatnya, mereka akan menggunakan cara pembelajaran hafalan untuk
menyelesaikan masalah dan bukannya secara penaakulan atau pemikiran logik.
Mereka mula memahami konsep pengekalan objek iaitu bilangan, ruang, objek
tidak berubah walaupun diubah bentuk, susunan atau seperti aktiviti kekekalan
yang dijalankan oleh Piaget untuk mengukur pemikiran kanak – kanak.
2.4 PERINGKAT OPERASI FORMAL (12- DEWASA)
Pada peringkat operasi formal, remaja sudah dapat berfikir jauh dan berimaginasi
tinggi. Pendapat ini disokong oleh Fatimah Ibda (2015) yang mengatakan pada
peringkat ini mereka berkemampuan untuk berfikir secara abstrak, saintifik dan
logikal dengan menggunakan prinsip tertentu untuk menyelesaikan semua
masalah. Sebagai contoh, pengekalan, pemikiran gabungan dan konsep
pembalikan. Pada peringkat ini, mereka juga dapat menaakul secara hipotetik-
deduktif. Mereka berupaya membina hipotesis bagi memastikan keberkesanan
sesuatu perkara yang mereka perolehi. Sebagai contoh, remaja akan membuat
hipotesis berdasarkan sesuatu eksperimen untuk mengenal pasti pemboleh ubah
yang mempengaruhi kadar ayunan bandul.
KEPENTINGAN GURU MENGUASAI
PERINGKAT PERKEMBANGAN
KANAK - KANAK BERDASARKAN
TEORI JEAN PIAGET
3.0 KEPENTINGAN GURU MENGUASAI PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK -
KANAK BERDASARKAN TEORI JEAN PIAGET
Menurut Mook Soon Sang (2009), perkembangan kognitif kanak - kanak dipengaruhi
oleh orang yang lebih dewasa dan lebih berpengalaman serta lebih berilmu
pengetahuan. Berdasarkan pernyataaan ini, guru merupakan seorang pendidik dan
individu yang harus memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan
perkembangan kognitif kanak - kanak untuk mencapai ke tahap yang optimum. Di
samping itu, guru harus menguasai teori – teori perkembangan kanak – kanak agar
perkembangan kognitif dapat dilakukan secara sistematik.
Guru adalah individu yang amat penting dalam bidang pendidikan dan perlu
memastikan perkembangan kanak – kanak dalam keadaan yang baik. Penguasaan
terhadap teori perkembangan kognitif penting kepada guru dalam konteks proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal ini demikian kerana teori
perkembangan kognitif Jean Piaget dan Lev Vygotsky menjadi kuasa dominan dalam
metodologi dan pemikiran yang berkaitan dengan psikologi kognitif (Wong Kiet Wah
et al, 2013). Terdapat beberapa kepentingan menguasai teori perkembangan kognitif
kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3.1 MERANCANG PENGALAMAN PEMBELAJARAN
Antara kepentingan penguasaan teori perkembangan kognitif Jean Piaget ialah guru dapat
merancang sesuatu pengalaman pembelajaran. Mok Soon Sang (2009) mentakrifkan pengalaman
pembelajaran sebagai bentuk gerak balas atau interaksi murid dengan alam sekeliling. Perancangan
pengalaman pembelajaran memerlukan penglibatan aktif dalam kalangan murid ketika aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, guru dapat menyediakan peluang untuk kanak - kanak membuat penerokaan dan
penemuan konsep yang dipelajari dengan menggunakan daya pemikiran. Ringkasnya, penguasaan
terhadap teori - teori perkembangan kognitif tersebut membantu guru untuk merancang pengalaman
pembelajaran bagi meningkatkan daya kognitif murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang menarik.
3.2 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEBIH SISTEMATIK
Guru dapat menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih
sistematik. Menurut Wong Kiet Wah et al (2013), proses pengajaran dan pembelajaran
harus bermula daripada konkrit kepada abstrak, daripada pengalaman sedia ada kepada
pengalaman baharu, daripada kasar kepada halus mengikut perkembangan fizikal
seseorang individu. Proses akomodasi digunakan dalam pembelajaran yang kompleks
untuk mengubah struktur kognitif individu tersebut agar mengasimilasi maklumat baharu
ke dalam skema yang sedia ada.
Guru hendaklah menggalakkan murid - murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kerana proses akodomasi bertunjangkan kepada
motivasi intrinsik individu. Ringkasnya, penguasaan terhadap teori perkembangan kognitif
dapat membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara lebih
sistematik mengikut peringkat perkembangan kanak - kanak.
3.3 PANDUAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Teori perkembangan kognitif penting dikuasai oleh guru untuk dijadikan panduan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (Santrock, 2008). Teori perkembangan kognitif
Jean Piaget terbahagi kepada empat tahap mengikut peringkat. Pada setiap peringkat
terdapat cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan kanak – kanak. Sebagai contoh,
guru boleh meminta kanak-kanak menyatakan sesuatu yang diperhatikan atau melukis
dan bersoal jawab tentang sesuatu perkara. Tuntasnya, penguasaan guru dalam teori
perkembangan kognitif penting dalam membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai mengikut kemampuan kanak - kanak dalam
mengembangkan perkembangan kognitif mereka.
Guru dapat membantu murid untuk meningkatkan daya kognitif mereka secara
lebih efektif. Dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget, penggunaan bahan bantu
mengajar yang sesuai mengikut peringkat perkembangan kognitif murid amat
dititikberatkan bagi memastikan murid dapat memahami konsep atau topik yang hendak
diterangkan oleh guru (Wong Kiet Wah et al, 2013). Menurut teori perkembangan kognitif
Jean Piaget, proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah menggalakkan murid agar
menggunakan kaedah penyelesaian masalah untuk memperoleh ilmu dan kemahiran
dengan usaha diri sendiri.
4.0 RUMUSAN
Secara kesimpulan, teori perkembangan kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget
adalah penting untuk dikuasai oleh guru dalam merancang dan melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru memainkan peranan penting untuk menguasai
peringkat perkembangan kanak – kanak berdasarkan teori Jean Piaget. Sebagai
contoh, antara kepentingan guru menguasai teori tersebut adalah dapat merancang
pengalaman pembelajaran, dapat membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
agar lebih sistematik dan dijadikan sebagai panduan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru
hendaklah bertepatan dengan prinsip-prinsip yang terdapat dalam teori
perkembangan kognitif kanak – kanak Jean Piaget.
Teori - teori perkembangan kognitif tersebut menekankan agar guru
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap perkembangan
dan kemampuan pelajar pada masa tertentu agar mereka dapat memahami
kandungan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Teori perkembangan kognitif
kanak - kanak tersebut sepatutnya dijadikan panduan oleh guru dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, guru sewajarnya membuat
perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
teori perkembangan kognitif kanak – kanak oleh Jean Piaget. Penguasaan guru
terhadap teori perkembangan kognitif dapat membantu mereka dalam melaksanakan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam memudahkan
pemahaman murid.
5.0 SUMBER RUJUKAN
Azizi Yahaya. (2010). Bab 2: Teori-teori Perkembangan. Universiti Malaysia Sabah.
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. Cetak Ratu
Sdn.Bhd.
Azizi Yahaya,Asmah Suboh, Zurihanmi Zakaria & Fawziah Yahya. (2005). “Aplikasi Kognitif
dalam Pendidikan” . PTS Professional Publishing.
Fatimah Ibda. (2015). Perkembangan Kognitif : Teori Jean Piaget. Jurnal Intelektualita, 28-38.
John W. Santrock. (2008). Educational Psychology. Mc-Graw Hill. .
John W. Santrock. (2014). Child Development. McGraw Hill.
Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar Psikologi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang. (2009). Educational Psychology & Pedagogy : Learner and Learning
Environment. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2012). Perkembangan Kanak - Kanak. Penerbitan Multimedia.
Rohani Abdullah. (2003). Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio. Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Rohaty Mohd. Majzub. (1992). Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Fajar Bakti.
Salhah Abdullah & Sapora Sipon. (2014). Program Pensiswazahan Guru. Penerbit Universiti
Sains Islam Malaysia.
Suppiah Nachiappan. (2015). Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Teori, Model, Kaedah
dan Aktiviti ke Arah Perkembangan Kognisi. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Suppian Nachiappan, Rachel Mildred Edward Munovah, Norazilawati Abdullah & Sandra
Suffian. . (2017). Perkembangan Kongnisi Kanak-Kanak Prasekolah Melalui Teknik
Bermain. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 34-44.
Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Rashinawati Abd Rashid & Azlina
Ahmad. (2013). Perkembangan Kanak - Kanak. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak- Kanak.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.