Di sebuah hutan, tersebutlah kisah seekor rubah yang malang. Rubah itu bernama Felix. Rubah itu sentiasa berjalan seorang diri tanpa hala tuju dalam hidupnya. Felix hidup dalam kesedihan setelah kehilangan keluarganya lima tahun yang lalu. Felix telah kehilangan adik-adiknya dalam satu peristiwa pembunuhan di dalam hutan itu. Rubah itu sering merayaurayau di dalam hutan untuk menghilangkan rasa sedihnya.
Lima tahun yang lalu, Felix hidup bahagia bersama keluarganya di dalam hutan. Felix merupakan abang sulung dalam kalangan adik-beradiknya. Dia sentiasa keluar mencari makanan dengan gigih sehingga selalu pulang lewat ke rumah. Felix mempunyai tiga orang adik iaitu Jerry, Tom dan Anna. Mereka sering bermain bersama-sama pada setiap hari. Felix amat menyayangi adik-adiknya. Mereka suka menghabiskan masa dengan meneroka keindahan hutan dan mengembara.
Namun, pada suatu hari terdapat beberapa orang pemburu haram yang telah menceroboh hutan itu. Felix pula telah keluar untuk mencari makanan sementara adik-adiknya tinggal di rumah. Felix pulang agak lewat dan berasa amat terkejut apabila melihat rumahnya telah hancur dan ranap. Felix terus berlari masuk ke dalam rumahnya dengan tergesagesa. Dia cuba mencari adik-adiknya namun tiada.
Felix berasa sangat sedih dan menyalahkan dirinya kerana telah meninggalkan adik-adiknya tadi. Alangkah hancur hatinya saat melihat hanya kesan darah yang tersisa di atas lantai rumahnya. Pada masa itu, si arnab datang bersama haiwan-haiwan yang lain untuk memberitahu Felix tentang apa yang telah berlaku. “Felix, sebenarnya keluarga kau telah dibunuh tadi oleh beberapa orang pemburu. ” Arnab memberitahu Felix tentang kejadian itu.
“Mereka telah menembak keluarga kau sehingga mati. Kami tidak dapat menyelamatkan keluarga kau kerana kami sangat takut akan keganasan mereka semasa membunuh. ” Felix berasa sangat sedih. Dia tidak menyangka bahawa hidup bahagianya akan berakhir dengan nasib yang malang begini. Sejak kejadian itu, Felix sering menyendiri. Dia hidup dalam kesedihan yang melarat. Kesihatannya semakin merosot malah dia juga tidak berselera untuk memburu sehingga badannya menjadi kurus.
Akhirnya, mereka memutuskan untuk membantu Felix mencari keluarga baharunya. “Aku pernah mendengar cerita tentang seorang gadis yatim piatu yang tinggal di sebuah kampung. Gadis itu juga telah kehilangan keluarganya kerana sebuah kebakaran yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Gadis itu sangat sedih kerana hidup berseorangan. Dia juga ingin mencari teman bagi merawat luka di hatinya. Namun, tiada sesiapa yang sudi menjadi temannya kerana dia seorang gadis yang buta. ”
“Gadis itu hidup seorang diri kerana tiada sesiapa yang sudi menjadi temannya. Jadi, kami ingin membantu kau untuk menemukan gadis itu agar kau dapat memiliki keluarga baharu bersamanya. ” Jelas si arnab. Felix tersenyum mendengar cadangan itu. Hatinya berasa girang. “Baiklah, aku setuju! Jadi, ayuh kita mulakan perjalanan ini. ” Si arnab dan haiwan-haiwan yang lain turut bersemangat untuk membantu Felix si rubah bagi mencari keluarga baharunya. Mereka pun memulakan perjalanan.
Sepanjang perjalanan, mereka bertemu dengan si merak yang telah mendengar berita tentang kematian keluarga Felix. Si merak memiliki sikap yang sangat angkuh dan bangga diri. Si merak memandang sinis dan mencerca Felix. Si merak yang angkuh dan sombong pun berkata, “Kasihan si Felix yang berseorangan tanpa keluarganya. Lihatlah tubuhnya yang telah berubah kurus kering pasti hidupnya sangat sengsara sekarang. Semoga kamu sentiasa bertabah wahai Felix si rubah yang malang. ”
Si arnab pun bersuara, “Hei si merak, janganlah kamu merendahkan orang lain kerana balasan Tuhan itu ada. Jangan sampai nasib yang sama menimpa ke atas dirimu sendiri kerana mulutmu. Bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa. ” Si merak yang angkuh hanya menjeling Felix dan si arnab sebelum berlalu pergi. Mereka meneruskan perjalanan sehingga bertemu dengan seekor burung kakak tua yang baik hati. Burung kakak tua itu mempunyai bulu yang berwarna-warni dan sangat cantik.
“Aku ingin membantu perjalananmu wahai Felix. Aku telah terbang mencari rumah si gadis buta yang sedang engkau cari. Berjalanlah sehingga kamu melihat seorang gadis yang memakai gaun biru muda dan berambut perang. Itulah si gadis buta yang kamu cari. ” “Terima kasih wahai si burung kakak tua. ” Felix mengucapkan terima kasih sebelum melanjutkan perjalanan. Mereka berhenti sebentar untuk berehat sebelum menyambung perjalanan mereka. Akhirnya, mereka tiba di sebuah rumah kayu yang sangat cantik.
Rumah itu dihiasi tumbuh-tumbuhan renek dan bunga-bunga cantik yang mekar berkembang. Felix dan si arnab kagum melihat akan keindahan dan kebersihan rumah itu yang mencerminkan peribadi si gadis buta yang dicari. Felix yakin bahawa itulah rumah gadis buta yang dicari. Si arnab pun bertanya kepada Felix. “Apa lagi yang kau tunggu? Pergilah kau menemui gadis itu. ” Wajah Felix berubah gusar. Tiba-tiba dia berasa bimbang. Dia berasa tidak yakin dengan dirinya.
“Bagaimana kalau dia tidak menyukai aku dan tidak ingin menjadi temanku? Aku risau akan penerimaan gadis itu terhadapku. ” Felix meluahkan rasa bimbangnya. “Yakinlah bahawa dia akan menerima dirimu wahai Felix. Dia juga memiliki kekurangan sebagaimana engkau memiliki kekurangan. Aku yakin bahawa inilah takdir kalian untuk saling bertemu dan hidup bahagia bersamasama. ” Si arnab cuba menenangkan hati Felix.
Akhirnya, Felix pun memberanikan dirinya untuk mengetuk pintu rumah kayu itu. Pintu itu pun terbuka dan muncullah seorang gadis bergaun biru dan berambut perang. “Siapakah kamu?” Soal gadis itu sambil tersenyum. Felix melihat wajah gadis itu dan mendapati gadis itu tidak dapat melihat wajahnya. “Ini aku, Felix si rubah. Aku telah mencarimu wahai si gadis. Aku mendengar khabar tentangmu yang hidup berseorangan tanpa teman kerana telah kehilangan keluargamu. Nasibku juga sama sepertimu. Apakah kamu ingin menjadi temanku?”
Gadis itu tersenyum lebar. “Iya, aku sudi menjadi temanmu. Namun, aku tidak dapat melihat wajahmu Felix. Maafkan aku. ” Ucap gadis itu dengan rasa bersalah. “Tidak mengapa. Aku akan menjadi matamu mulai saat ini. Aku akan sentiasa berada di sisimu. Siapakah namamu?” Gadis itu membuka pintu dengan lebih luas kerana telinganya seakan-akan mendengar suara binatang-binatang yang lain. “Namaku Melissa. Adakah kamu membawa rakanrakanmu yang lain bersamamu?”
“Ya, aku membawa si arnab dan haiwanhaiwan lain. Mereka yang telah membantu aku ke sini. Sudikah kau berkawan dengan mereka juga?” Felix memandang rakanrakannya yang tersenyum di sekeliling mereka. Gadis itu tersenyum lebar dengan matanya yang bercahaya kegirangan. “Sudah tentu! Akhirnya aku memiliki kawan-kawanku. Aku berasa sungguh gembira. ” Felix tersenyum ke arah Melissa. Akhirnya, mereka hidup bahagia bersama-sama.
Nilai murni Sentiasa bersyukur atas setiap pemberian Allah SWT. 1. Sentiasa mengamalkan sikap saling bantumembantu dalam kehidupan. 2. Pengajaran 1.Jangan bersikap sombong. Jangan merendahkan atau menghina orang lain. 2.