Sejarah Perkembangan Sistem Tulisan Jawi Mari Meneroka AliahI’ rdina Khairul Nizam
Biodata Diri Nama: Kelas: Program: Institut: Angka Giliran: Aliah I’ rdina Bt Khairul Nizam Bahasa Melayu 2 PISMP (Persediaan) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut 2023102310026
Isi Kandungan Tulisan Pallava Tulisan Kawi TulisanJawi PerkembanganEjaanJawi
Tulisan Pallava Kedatangan orang India ke sini telah membawa sistem tulisan Pallavi atau dikenali sebagai Pallava Termasuk dalam era tulisan Melayu lama, Pallavi yang berasaskan kepada masyarakat India dan agama Hindu menyebabkan kesukaran apabila tiba era kedatangan Islam. Tulisan Pallavi merupakan sistem tulisan lama orang Tamil yang datang dari bahagian Selatan India. Tulisan ini diasaskan daripada sistem tulisan abad pertama masyarakat India yang dinamakan Vatteluttu Tulisan yang paling awal digunakan di Kepulauan Melayu. Mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit Bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad di kalangan golongan istana sahaja. Sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalam Bahasa Melayu Kuno.. Bukti penggunaan tulisan Pallava pada yupa (tiang batu persembahan). Yupa tersebut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda pada tahun 1879 dalam huruf Pallava berbahasa Sanskrit. Yupa tersebut berasal dari tahun 400 tinggalan pemerintahan HIndu
Tulisan Pallava Tulisan Pallava ialah suatu sistem tulisan abjad suku kata (abugida) yang berasal daripada tulisan Brahmi dari Selatan India. Bentuk tulisan bulat ini juga digunakan di Kerala untuk menulis Bahasa Tamil dan juga protoMalayalam dan Malayalam. Tulisan ini juga satu tulisan kuno yang digunakan untuk menulis Bahasa Tamil selepas menggantikan tulisan Tamil-Brahmi berdasarkan sistem tulisan Brahmi. Tulisan ini juga dikenali sebagai Vatteluttu atau tulisan bulat. Tulisan ini digunakan untuk menulis sesetengah bahasa Dravidia di India Selatan dan Sri Lanka. Secara asasnya, sistem tulisan Pallavi jauh lebih kompleks berbanding tulisan rumi yang digunapakai pada hari ini. Beberapa buah batu bersurat yang ditemui memaparkan tulisan Pallavi ini. Batu Bersurat tersebut adalah batu bersurat Kedukan Bukti pada 683 Masihi. Batu Bersurat Talang Tuwo (684M) di Palembang, Batu Bersurat Kota Kapur (686M) dan Batu Bersurat Karang Brahi (692M) di Hulu Jambi, Indonesia
Tulisan Pallava
Tulisan Kawi juga dinamakan sebagai tulisan Jawa Kuno ialah sistem tulisan terawal di Kepulauan Melayu. Ia telah wujud pada kurun ke-8 M. Tulisan Kawi Tulisan kawi digunakan untuk menulis dalam Bahasa Kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika itu. Kemudian dibawa masuk ke kawasan lain sekitar Asia Tenggara. Tulisan Kawi diasaskan oleh orang Jawa, jadi tulisan ini turut dikenali dengan nama tulisan lama Jawa. Dua artifak lama yang ditemui memaparkan tulisan Kawi Batu Bersurat dijumpai di daerah Tapanuli, Sumatera. Ia dikenali sebagai Batu Bersurat Joreng (1179M) dan juga Batu Bersurat Padang Lawas (1213M) Jadi, itulah tulisan Melayu Lama yang digunakan oleh nenek moyang kita dahulu. Sistem tulisan ini berubah mengikut peredaran zaman yang berlaku sehinggalah tulisan rumi dan jawi ditemui Tulisan Kawi asalnya adalah dari huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orang-orang Pallava yang berasal dari Coromandel, India. Huruf Kawi ini lenyap pada tahun 1400 Masihi Dengan menggunakan huruf-huruf Kawi, Pallava dan Tencong, orang-orang Melayu Kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu.
Tulisan Kawi
Sejak kedatangan Islam pada abad ke-10, tulisan jawi mula berkembang menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu. Sistem TulisanJawi Perkembangan tulisan jawi di Nusantara seiring dengan penyebaran agama Islam yang menjadi pegangan orang Melayu Peniaga Arab yang juga menyebarkan dakwah Islam menyebabkan kesan penyebaran dakwah Islamiah dengan menggunakan huruf Arab sebagai medium untuk berkomunikasi di Tanah Melayu Pada abad ke-11 hingga abad ke14, tulisan Jawi digunakan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara Perkataan Jawi daripada Bahasa Arab ialah ‘Jawah’. Kemudian, orang Melayu menyelaraskan perkataan Arab tersebut agar sesuai digunakan dalam Bahasa Melayu Perkataan Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara malah merangkumi rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis dan lain-lain.
Oleh sebab itulah, maka para ulama dari Asia Tenggara sering meletakkan nama al-Jawi sebagai gelaran pada hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada suku bangsa berbeza Sistem TulisanJawi Contohnya, Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al-Fatani al-Jawi Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapan-ungkapan. Istilah tulisan Jawi hanya dikenali di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Brunei Darussalam dan Sri Lanka. Tulisan jawi di Indonesia terkenal dengan nama ‘tulisan Melayu Huruf Arab’. Penggunaan jawi digunakan di banyak tempat di Asia Tenggara. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan oleh Orang Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga suku bangsa Melayu yang lain Tulisan Jawa yang menggunakan huruf Arab dikenali sebagai tulisan Pegon iaitu sekarang ini masih dipakai untuk menulis kitab terutama yang digunakan di pondok pengajian agama di Jawa. Contohnya, kitab Tafsir al-Ibriz.
Tulisan Jawi
Seperti yangkita tahutulisan Jawi antara tulisanawal yang wujudsebelum tulisan Rumi. Namun, secaraumumnya, terdapatduaperkembangan ejaanjawi iaituperkembangan tahapIdanperkembangantahap II. (Siti Hajar, 2009) Perkembangan Tulisan Jawi ke Tulisan Rumi Tulisaninidibacadari kananke kiri.Sistem tulisanini tidak ada hurufbesar atauhuruf kecil seperti tulisan Rumi,namun terdapatperubahanbentukbagi beberapahuruf tertentuapabila disambungkan.
1. Sistem Ejaan Arab Digunakan Sepenuhnya Pada tahap ini, cara penulisan bahasa Arab digunakan sepenuhnya iaitu dengan tanda baris atau diakritik. Al-Quran mempengaruhi cara mengeja perkataan bahasa Melayu Asli pada masa itu. Tanda baris yang digunakan mempunyai beberapa jenis antaranya tanda baris yang kerap digunakan iaitu baris atas dan baris bawah serta baris hadapan. Kelebihan bagi sistem ini ialah pembaca dapat membaca seluruh suku kata dalam perkataan tersebut secara betul. Hal ini kerana setiap huruf konsonan jawi ditambahkan dengan tanda baris yang membuatkannya mudah dibaca. Namun, penggunaan tanda baris pada perkataan yang ditulis menyebabkan seseorang penulis mengambil masa yang lama untuk menulis Jawi. Selain itu juga, kekurangan tanda baris menyebabkankekurangan fungsinya pada beberapa perkataan. Hal ini kerana tanda baris yang digunakan masih tidak lengkap. Oleh itu, sistem ejaan Jawi yang baharu diperkenalkan. Perkembangan Ejaan Jawi Peringkat I
Perkembangan Ejaan Jawi Peringkat I 2. Baris pada Ejaan Dihilangkan Pada tahap ini pula, tanda baris pada perkataan tulisan Jawi dibuang lalu menghasilkan satu lagi sistem ejaan yang lain. Berdasarkan Siti Hajar (2009) sistem ejaan ini dikenali sebagai tulisan Arab Gundul. Kelebihan bagi sistem ejaan ini ialah lebih mudah dan penulis tidak akan mengambil masa yang lama untuk menulis satu atau lebih perkataan. Penulis juga lebih mahir menggunakan hurufhuruf Arab ini. Namun, sistem ejaan ini mengalami kesukaran terhadap pembacanya. Ketiadaan tanda baris atau huruf vokal pada perkataan yang dieja menyebabkan pembaca sukar untuk membaca perkataan tersebut. Satu perkataan boleh membawa maksud yang berlainan.
Perkembangan Ejaan Jawi Peringkat I 3. Huruf Vokal Digunakan Apabila tahap kedua menghadapi kesukaran, maka tahap ketiga ini, huruf vokal diwujudkan untuk memudahkan masyarakat pada masa itu membaca tulisan Jawi. Huruf vokal yang dimaksudkan ialah Alif, Wau dan Ya. Namun, sistem ini mempunyai kekurangan iaitu pembaca masih tidak dapat membaca dengan tepat perkataan yang ditulis dengan tulisan Jawi ini. 4. Huruf Vokal pada Suku Kata Pertama dan Kedua Penambahbaikan pada tahap ini menyelesaikan kekeliruan sistem ejaan Jawi pada tahap terdahulu. Pada tahap ini, penggunaan vokal masih dikekalkan. Namun, cara penggunaannya berubah iaitu huruf vokal digunakan pada suku kata pertama dan suku kata kedua. Hal ini kerana memandangkan perkataan dalam bahasa Melayu pada masa itu kebanyakannya terdiri daripada dua suku kata. Namun, sistem ejaan ini juga mempunyai kelemahan iaitu kekurangan huruf vokal bagi menggantikan huruf vokal dalam bahasa Melayu iaitu a, e, i, o, u. Oleh itu, sistem ejaan pada tahap ini masih mempunyai kelemahan.
Perkembangan Ejaan Jawi Peringkat II 1. Ejaan P.BM.P.B Diraja Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2016), Pedoman Ejaan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor ialah satu buku pedoman ejaan. Pedoman ini juga dikenali sebagai Pedoman Ejaan P.BM.P.B Diraja Johor. Pedoman ini disususn oleh Mejar Dato ’ Haji Muhammad Said Haji Suleimen untuk membakukan dan menyeragamkan ejaan jawi yang digunakan dalam penerbitan bahasa Melayu, khususnya di Johor. Pedoman ini diterbitkan pada tahun 1937 oleh Diraja Johor. 2. Ejaan Jawi Za ’ba Pedoman ejaan Jawi Za ’ba ialah satu sistem ejaan jawi yang diterbitkan pada 1949 digunakan dalam buku karangan Za ’ba yang berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Pada bahagian awal buku ini terdapat kaedah tulisan Melayu dengan huruf jawi atau erti kata lain dikenali sebagai Pedoman Ejaan jawi bagi bahasa Melayu
Perkembangan Ejaan Jawi Peringkat II 3. Sistem Ejaan Dian Sistem ini diperkenalkan oleh majalah Dian yang diterbitkan di Kota Bharu, Kelantan. Pada tahun 1963, Akta Bahasa menetapkan masyarakat Melayu perlu menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi pada masa itu menyebabkan masyarakat pada masa itu tidak dapat membaca tulisan Jawi. Oleh itu, sistem ini diwujudkan supaya ejaan Jawi diselaraskan dan membolehkan masyarakat Melayu pada masa itu membaca tulisan Jawi. 4. Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan Pedoman ini merupakan pedoman ejaan Jawi bagi menggantikan sistem yang sebelumnya diperkenalkan oleh Za ’ba. Sistem tulisan dan ejaan yang digunakan sehingga sekarang ialah sistem yang terkandung dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan diterbitkan secara rasmi pada tahun 1986 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pedoman ini digunakan, disempurnakan dan dimantapkan daripada Kaedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Za ’ba (sebagaimana yang terdaoat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949).
Perkembangan Tulisan Jawi Peringkat II Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989. 4. Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan Pedoman ini dihasilkan daripada rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada dua tahun sebelumnya. Hasil Konvensyen tahun 1984 mengumpul maklumat daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri (1991) dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan (1993). Semua maklumat tersebut disemak dah disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada thun 1993 hingga 1994. Pedoman Umum Ejaan Jawi bahasa Melayu yang termuat dalam buku ini merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan jawi yang disusun daripada dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh DBP dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu diterbitkan:
Perkembangan Ejaan Rumi Menurut Hashim (2006), tulisan rumi datang ke Kepulauan Melayu dikaitkan dengan kedatangan orang Eropah ke Kepulauan Melayu. Hashim juga memetik pendapat Tate (1971) iaitu: “Walaupun orang Eropah yang pertama yang pernah datang ke Kepulauan Melayu ialah Marco Polo (pengembala dari Itali yang telah tinggal di Sumatera selama 5 bulan dalam tahun 1292 hingga 1293 Masihi. ketika dalam perjalanan balik ke eropah setelah melawat China, beliau diikuti pula oleh paderi-pader Franciscan dan pedagang-pedagang Itali yanglain, namun orang Portugis yang mulamula bertapak dan berkuasa di kawasan ini” Oleh itu, dapat disimpulkan bahasa orang Portugis yang menawan Melaka pada 1511 membawa pengaruh bukan sahaja dari segi bahasa malah tulisan. Tulisan rumi merupakan salah satu perkembangan dalam bahasa Melayu selain tulisan Jawi.
Sekian Terima Kasih