Kelebihan dan Keburukan konsep preorder (pra-tempah) e-dagang dari perspektif Islam SESI1: 2023/2024 PROGRAM : DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT NAMA PENSYARAH : USTAZAH HAJAH KHODZIRAH BT AHMAD Sains Teknologi dan ICT
Penulis 03DDT22F2009 IEMAN HAKIMI BIN ALI JASMIN 03DDT22F2017 MUHAMMAD ZAMIR AIMAN BIN MOHD ZAMRUL ASWAD 03DDT22F2007 MUHAMMAD RIDZUAN BIN MOHD KHALIL MUHAMAD NORIQMAL BIN MAZLAN 03DDT22F2017 03DDT22F2005
Pengenalan E-DAGANG MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DR. NIK RAHIM BIN NIK WAJIS Jabatan Syariah, Institut Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam PENDAHULUAN Islam adalah agama sempurna. Prinsip-prinsip yang ada di dalam Islam sesuai dan tidak pernah ketinggalan zaman meskipun apa yang dinyatakan hanyalah berbentuk prinsip-prinsip serta kaedahkaedah yang ringkas sahaja. Islam juga bukanlah ugama yang rigid dan beku serta tidak berkembang. Prinsip-prinsip yang ada di dalam Islam boleh disesuaikan dan dipadankan mengikut keperluan semasa. Undang-undang Islam sentiasa berkembang selari dengan perkembangan ilmu dan teknologi. Perkembangan teknologi maklumat (IT) turut membawa perubahan kepada cara transaksi dilakukan. IT digunakan sebagai salah satu media perniagaan yang disebut sebagai Edagang atau E-commerce (Internet Base Business). Perkembangan teknologi di dalam sektor kewangan ini ternyata merupakan elemen yang amat penting di dalam industri perkhidmatan kewangan kerana kewujudan teknologi ini membawa arus perubahan kepada cara perniagaan serta penghantaran barangan kepada para pengguna. Dengan kewujudan revolusi multimedia ini juga, bukan sahaja maklumat yang berbentuk data yang boleh dihantar bahkan grafik, video serta suara juga turut boleh dihantar dari satu tempat ke satu tempat yang lain di seluruh dunia dengan cara yang pantas. Bagi syarikat-syarikat atau agensi samada kerajaan atau swasta, IT mempunyai banyak kelebihan di dalam mengatur dan menyusun pengaliran wang serta perbelanjaan kerana melalui IT ini mereka boleh memantau segala perbelanjaan yang dibuat, menjangka keperluan di masa akan datang, mengatur langkah berjimat cermat dan lain-lain. Bagi sistem perbankan pula selain dari menyediakan perkhidmatan yang lebih efektif kepada pelanggan, pihak institut kewangan juga berkemampuan untuk memantau keperluan pelanggan dari masa ke semasa secara automatik apabila keperluan pelanggan berubah kerana sebab-sebab tertentu seperti bertambahnya pendapatan bulanan, penukaran kenderaan, insuran dan lain-lain.
KELEBIHAN E-Dagang memberikan banyak kebaikan kepada pengguna, terutama dalam aspek kemudahan dan keselesaan. Melalui edagang, pengguna dapat membeli-belah dengan mudah di manamana sahaja dan pada bila-bila masa yang mereka inginkan. Tanpa perlu keluar dari rumah, mereka boleh mengakses pelbagai jenis produk dan perkhidmatan melalui laman web atau aplikasi e-dagang yang disediakan.Selain itu, e-dagang juga memudahkan urusan pembayaran. Pengguna boleh melakukan pembayaran secara dalam talian dengan mudah melalui kad kredit, kad debit atau kaedah pembayaran dalam talian yang lain. Ini menyediakan kemudahan yang besar kepada pengguna, terutamanya bagi mereka yang sibuk dengan kerja atau aktiviti lain.Tidak hanya itu, e-dagang juga memberikan kemudahan dalam aspek penghantaran. Setelah pembelian dilakukan, produk boleh dihantar terus ke rumah pengguna, tanpa perlu pergi ke kedai atau mengambil sendiri di tempat yang ditetapkan. Ini menjimatkan masa dan tenaga pengguna.Oleh itu, adalah jelas bahawa kebaikan e-dagang banyak memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna. Dalam artikel ini, kita akan meneroka lebih dalam kebaikan e-dagang dan bagaimana ia memberi kesan yang positif kepada urusan beli-belah pengguna.
KEBAIKAN DARI SUDUT PENGGUNA BANYAK PILIHAN Pengguna dapat membuat perbandingan dan mempunyai banyak pilihan darisegi harga, kualiti dan juga perkhidmatan. Dengan itu, pelanggan dapatmembuat pilihan yang tepat dan dapat memenuhi kehendak mereka. Edagang, atau membeli-belah dalam talian, mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan perniagaan lain. Perniagaan dalam talian memberikan pengguna pilihan produk yang lebih luas, harga yang kompetitif dan yang paling penting, akses yang mudah kepada maklumat (Khristianto et al., 2012). Dengan kemudahan seperti e-dagang ini, para pembeli atau penggunamempunyai lebih banyak pilihan dan boleh melakukan transaksi jual beliyang berlebihan tanpa had. Menjimatkan masa Membeli-belah melalui Internet memenuhi beberapa keperluan pengguna dengan lebih cekap dan berkesan daripada membeli-belah secara konvensional (Grewaletal, 2002; Chen & Leteney, 2000). Melalui pembelian secara atas talian, pengguna boleh melayari keseluruhan produk dengan usaha minimum, tiada kesulitan dan menjimatkan masa serta dapat menganalisis barangan atau perkhidmatan dengan tidak perlu pergi ke kedai atau premis berkenaan. Pengguna hanya perlu membuat urusan tawarmenawar serta mendapatkan maklumat lanjut berkaitan barangan hanya daripada Internet dan seterusnya membuat pesanan jika perlu. Aplikasi ini memudahkan lagi aktiviti perniagaan dijalankan pada setiap masa tanpa mengira tempat seiring dengan perubahan kehidupan manusia kini yang mementingkan masa (Nik Rahim, 2009). Kenyataan ini menyokong pandangan Grewal et al. (2002) iaitu membelibelah dalam talian menawarkan kemudahan bagi mereka yang mementingkan masa berbanding dengan urus niaga biasa secara konvensional.
KELEMAHAN EDAGANG Tidak berupaya mempamerkan produk sebenar Guoetal (2012) mendapati bahawa ciri barangan mempunykepentingandalam menentukan kepuasan pengguna dan pengalammembeli-belahdalam talian. Maka sudah pasti penggumengharapkan barangan yangdibeli melalui dalam talian ini adaseperti yang dipamerkan semasa iklan.Lopes dan Galletta (200menyatakan bahawa kandungan maklumat yang baik mempengarukesediaan pengguna untuk membeli produk.Peniaga dalam talbiasanya memberikan banyak maklumat produk yang boldigunakan oleh pembeli apabila ingin membuat pembelian (LimDubinsky, 2004), namun masih tidak dapat digambarkan secaterperinci dalam laman sesawang sehingga sesetengah oraberfikir maklumat produk yang disediakan tidak cukup untpengguna membuat keputusan. Maka sudah tentu kelebihan yaterdapat pada sesuatu produk tidak dapat difahami dengan baoleh pengguna. Barangan atau perkhidmatan yang sepatutnya dapmemenuhi kehendak pengguna akan terpinggir dan ditolak olmereka disebabkan maklumat yang sepatutnya tidak jedipamerkan.Jurnal Pengguna Malaysia 71 Kesannya, pengguna akkecewa kerana maklumat produk tidak memenuhi jangkaan mere(Liu & Guo, 2008). Barang pesanan tidak seperti diiklankan Membeli-belah dalam talian mempunyai risiko terhadap produk. Ia merujuk pada kualiti sebuah produk, prestasi, kepalsuan produk dan masalah lain yang 72 Jurnal Pengguna Malaysia berkaitan dengan produk tersebut contohnya sama ada produk mempunyai kualiti yang sama seperti yang kelihatan pada skrin (Bhatnagar et al., 2000) sedangkan pengguna tidak boleh secara fizikal memeriksa kualiti produk atau memantau keselamatan produk (Lee & Turban, 2001). Kadangkala barang yang diterima tidak sama seperti yang telah diiklankan oleh peniaga. Ada antara mereka mendapat produk yang rendah kualiti serta produk yang tidak sepadan dengan apa yang digambarkan (Comegys et al., 2009).
KELEMAHAN EDAGANG Maklum Balas Selepas Jualan Pengguna kadang-kadang mempunyai masalah atau kebimbangan mengenai produk, atau mereka mungkin mahu menukar atau mengembalikan produk yang telah mereka beli. Oleh itu, mengembalikan produk dan perkhidmatan pertukaran menjadi perkara yang penting (Liang & Lai, 2002). Peniaga online perlu menyediakan nilai tambah dalam perkhidmatan kepada pengguna (Wang et al., 2005) dan salah satu daripadanya ialah mempunyai saluran maklum balas pengguna di laman web mereka (Yu & Wu, 2007). Maklum balas dan interaksi secara terus antara peniaga dengan pengguna adalah perlu, maka perkhidmatan tersebut hendaklah ada dalam laman web supaya pengguna boleh menghubungi peniaga di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa (Lim & Dubinsky, 2004). Muat turun perisian, e-borang pertanyaan, pengesanan status pesanan, komen pengguna dan maklum balas adalah beberapa contoh yang boleh digunakan oleh peniaga dalam talian untuk memenuhi perkhidmatan dalam talian mereka (Lim & Dubinsky, 2004) Menjual Barang Yang Membahayakan Kesihatan Kebanjiran produk kesihatan ini sangat membimbangkan kerana boleh mendatangkan risiko kepada para pengguna. Malah tidak semua nutrisi sesuai diambil oleh setiap pengguna (Parry et al., 2018). Tiada kajian klinikal ke atas pesakit untuk membuktikan keberkesanannya. Ini kerana ia didakwa sebagai produk kesihatan malah ada dakwaan produk yang mampu merawat penyakit kronik. Dakwaan ini jelas menyimpang. Sedangkan sebagai produk makanan, sewajarnya ia hanyalah produk yang diambil untuk tujuan keperluan zat dan nutrisi tubuh badan. Sebaliknya ia tidak berfungsi sebagai tujuan perubatan misalnya merawat penyakit dan menyembuhkan. Malah terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan makanan tambahan dapat mengakibatkan penyakit kronik dalam kalangan pengguna (Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli, 2018). Perkara ini juga turut dikongsikan oleh respondan seperti“Saya pernah di masukkan ke hospital kerana jantung saya berdegup laju selepas mengambil ubat kurus yang dikatakan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pembuluh darah saya juga hampir pecah garagara ubat tersebut.
KESIMPULAN Perniagaan Internet melalui e-dagang ini bukan sahaja memberikan manafaat kepada pengguna, malah memberikan kemudahan dan kebaikan kepada peniaga. Dari semasa ke semasa, e-dagang akan memberikan peluang dan cabaran yang tidak terkira banyaknya kepada ekonomi dan masyarakat kita. Di samping itu, bukan sahaja rakyat yang menerima kebaikan dan faedahnya, malahan hal ini turut memberikan impak yang besar kepada negara. Keadaan ini menunjukkan bahawa Malaysia kini mampu bersaing dengan negaranegara maju yang lain. Bagi peniaga, e- dagang boleh meningkatkan jualan dan mengurangkan kos pengeluaran serta dapat mengenal pasti pembekal baharu dan rakan kongsi perniagaan selain dapat berinteraksi terus dengan pengguna. Walau bagaimanapun, pengguna juga harus berhati-hati kerana terdapat beberapa risiko yang bakal dihadapi oleh mereka. Persediaan yang lebih teratur perlu jika konsep e- dagang ini hendak dilaksanakan. Justeru, langkah kawalan terutama aspek keselamatan perlu dititikberatkan dalam usaha meningkatkan skop perniagaan berasaskan Internet. Tindakan ini penting supaya keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap perniagaan Internet. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa dan kerajaan haruslah mengawal penggunaan Internet dalam bidang perniagaan, supaya kemudahan ini tidak disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Tegasnya, urus niaga secara dalam talian ini mempunyai kesan negatif dan positif yang tersendiri. Namun, jika dimanfaatkan dengan baik urus niaga ini dapat membawa produk dan imej negara ke persada antarabangsa serta mampu bersaing dalam ekonomi dunia tanpa sempadan. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk menggerakkan ekonomi negara agar lebih maju dan setanding dengan negara luar.
RUJUKAN RUJUKAN https://ecommerce-platforms.com/ms/glossary/ecommerce 02 https://www.researchgate.net/publication/297716212_EDAGANG_MENURUT_PERSPEKTIF_ISLAM https://scholar.google.com.my/scholarhl=en&as_sdt=0%2C5&as_vis=1 &q=kebaikan+e+dagang+dari+perspektif+islam&btnG= https://www.researchgate.net/profile/NikRahimWajis/publication/297716212_EDAGANG_MENURUT_PERSPEKTIF_ISLAM/links/56e151b108ae9b9 3f79d8c5 1/E-DAGANG-MENURUT-PERSPEKTIF-ISLAM.pdf