The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afifgoldpower2u, 2021-01-17 23:27:21

Manual Pengurusan SeBaTi 2021 AnyFlip

Manual Pengurusan SeBaTi 2021 AnyFlip

PEM BUDAYAAN PEM BELAJARAN BERM AKNA

SeBaTi
2021

MANUALPENGURUSAN

TEL:03-87063062FAX:03-87060714
[email protected]

ISI KANDUNGAN M/S

BIL TAJUK 1
1 Cetusan Minda Guru Besar 2–3
2 Hala Tuju SKBBST
- Induk, Kurikulum, HEM, KoKurikulum & PPKI -
3 Visi, Misi & Motto 4
4 Bendera & Lencana Sekolah 5
5 Lagu Sekolah 6
6 Sejarah Sekolah 7
7 Maklumat Asas Sekolah 8
8 Pelan Sekolah 9
9 Penggal Persekolahan 10
10 Cuti Perayaan 11
11 Hari Kelepasan Am 12
12 Carta Organisasi 13 – 16
13 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 17
14 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 18 – 21
15 Pembelajaran Abad ke-21 22
16 PLC 23
17 KBAT / I-Think 24 - 25
18 TS25 26 -27
19 Skor SKPMg2 28 – 30
20 Dasar Program Pendidikan 31
21 Peraturan Pegawai Awam 32-33
22 Pengurusan & Pentadbiran 34 – 37
23 Senarai Tugas & Tanggungjawab Guru 38
24 Sasaran Kerja Tahunan Guru 39 – 42
25 Watikah Pelantikan Guru 43
26 Prosedur Kerja Guru Kelas 44 – 45
27 Penyediaan Rekod Pengajaran & Pembelajaran 46 – 48
28 Senarai Tugas Guru Bertugas Mingguan 49 – 52
29 Nilai Murni 53
30 Senarai Nama Guru & Kakitangan 54 – 55
31 Program Kecemerlangan Akademik 56 – 60
32 Analisa UPSR 61
33 Pengurusan Kurikulum 62 – 80
34 Pengurusan Hal Ehwal Murid 81 – 90
35 Pengurusan Kokurikulum 91 – 120
36 Jawatankuasa Program PPKI (Masalah Pembelajaran) 121 – 137
Kalender Akademik
Takwim

SeBaTi2021 |1

CETUSAN MINDA GURU BESAR

‫بِ ْس ِم َّلهل ِا ال هر ْح َم ِن ال هر ِحيم‬

ُ‫ اَل هسََل ُم َعلَ ْي ُك ْم َو َر ْح َمةُ الل ِه َو َب َر َكا تُه‬dan Salam Sejahtera.

Barisan Pentadbir,Guru-guru dan semua staf yang dikasihi dan dirahmati ALLAH
SWT.

Segala puji hanya bagi ALLAH SWT dan selawat serta salam buat junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW.

Bersyukur kehadratNYA kerana dipertemukan lagi untuk sesi persekolahan 2021. Terima kasih
kerana masih bersama-sama saya di SeBaTi, masih setia untuk menjalankan amanah di bidang
pendidikan yang kita sayangi demi KECEMERLANGAN anak-anak didik. Sesungguhnya, kita semua
melalui saat-saat yang sangat mencabar di sepanjang sesi persekolahan tahun 2020. Alhamdulillah
dengan tekad dan semangat semua warga sekolah, kita berjaya menempuhnya bersama-sama. Saya
amat berharap tekad dan semangat ini dapat diteruskan dan dikekalkan pada tahun 2021.

Transformasi pendidikan dan cabaran masa kini menuntut semua pihak terutama pemimpin
sekolah merancang dan memikirkan strategi terbaik bagi menangani perubahan-perubahan tersebut
agar setiap murid akan dapat mempunyai ENAM ASPIRASI yang digariskan serta kemenjadian murid
yang holistik seterusnya berupaya bersaing pada peringkat global.

Sokongan padu dari semua pihak amat diperlukan agar impak yang bakal diperolehi dapat
memberi manfaat dan pulangan yang maksimum terutama dalam kalangan anak-anak didik seiring
dengan kecemerlangan organisasi yang kita sayangi.

KECEMERLANGAN tidak akan tercapai dengan ungkapan “kita yang terbaik”, ataupun ‘We
are the best’. Pecayalah KECEMERLANGAN terhasil dari SIKAP ingin melakukan tugas dan
tanggungjawab dengan usaha yang TERBAIK dan TERHEBAT yang datang dari hati yang TULUS
IKHLAS, tanpa mengenal erti putus asa.

Selamat menjalankan amanah yang diberi dengan penuh TANGGUNGJAWAB dan DEDIKASI
tanpa mengetepikan perasaan Gembira, Hormati Menghormati dan Kasih Sayang dalam pasukan.

Sama-samalah kita berdoa agar setiap perlakuan kita hanya kerana ALLAH
SWT dan dipermudahkan segala urusan.

Moga slogan ini

Hari ini lebih baik daripada semalam
Esok lebih baik daripada hari ini

dan

Biasakan yang betul
Betulkan yang biasa

menjadi pedoman untuk kita melakukan setiap urusan dan tanggungjawab.

TERIMA KASIH CIKGU , TERIMA KASIH SEMUA.

Sekian, terima kasih.

EN. FAIZAM BIN ABD. WAHAB
Guru Besar
SK BANDAR BARU SALAK TINGGI
43900 SEPANG
SELANGOR






























































































Click to View FlipBook Version