The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ajulebor1979, 2022-09-14 10:17:14

MANUAL%20PENGURUSAN%202022%202023%20c

MANUAL%20PENGURUSAN%202022%202023%20c

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023
1

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Isi Kandungan

Bil Perkara Muka Surat
1. Isi Kandungan 2

2 Pendahuluan 3
➢ Kata-kata Aluan Guru Besar 4
➢ Falsafah Pendidikan Negara 5
➢ Misi dan Visi 5
➢ Moto Sekolah & Lencana Sekolah 5-6
➢ Lagu Sekolah 7
➢ Lokasi Sekolah 8
➢ Sejarah Sekolah 9-10
➢ Pelan Sekolah dan Kelas 11
12
➢ Kemudahan
13
➢ Struktur Organisasi
14
➢ Falsafah & Nilai 14
➢ Piagam Pelanggan & Mutiara Kata 15
➢ Matlamat & Objektif SK Salak South 16-17
➢ Senarai Nama Guru SK Salak South 18
19-20
AKP SK Salak South
➢ Takwim Persekolahan & 21-25
➢ Cuti Perayaan 26-31
➢ Maklumat Tugasan Mingguan
➢ JK Tugas-tugas Khas 32
➢ Jadual Induk
33-56
3. Pengurusan & Peranan dan Panduan Am 57
Guru Kelas
Pengurusan Kurikulum 59-66
-Senarai Guru Kelas
-Penyelaras 67-99
-JK Panitia 100-132
Pengurusan Hal Ehwal Murid 133-151
Pengurusan Kokurikulum 152-172
Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) 173-197
Pra Sekolah
Takwim Sekolah

2

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Pendahuluan

Buku panduan ini disediakan oleh pihak sekolah untuk mewujudkan sistem
pengurusan sumber manusia yang cekap, berkesan, terancang dan berkualiti untuk menjamin
keberkesanan pentadbiran serta pengurusan kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan
kewangan sekolah bagi sepanjang tahun 2022/23.

Ia diharap dapat membantu semua pihak di sekolah memahami dan dapat
menjalankan tanggungjawab masing-masing secara jelas ke arah mewujudkan perancangan
aktiviti yang sistematik dan teliti bagi menghasilkan keberkesanan pelaksanaan aktiviti ke arah
pencapaian matlamat organisasi berkualiti dan berkesan.

"Terkadang kita diuji bukan untuk menunjukkan kelemahan kita, tetapi untuk
menemukan kekuatan kita."

3

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Kata-Kata Aluan

Asslamualaikum warahmatullahi wabarakahtuh & Salam Sejahtera
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya kita dapat
meneruskan perjuangan kita sebagai seorang pendidik dalam meneruskan kelangsungan
pendidikan anak-anak walaupun dalam suasana yang amat mencabar ketika ini.

Sebagai pentadbir, saya percaya guru-guru sekolah ini amat komited dan bermatlamat
selaras dengan hala tuju serta sasaran KPI yang telah dirancang selama ini. Dengan adanya
buku pengurusan ini, bermacam jawatankuasa telah dibentuk dan pelbagai program dan
aktiviti telah disusun untuk memudahkan guru-guru memaklumi dan merujuk sebagai panduan
perjalanan sekolah sepanjang penggal ini. Saya percaya barisan guru yang terlatih ini mampu
memikul tanggunjawab dan beban biarpun pelbagai kekangan dan halangan datang silih
berganti. Kekuatan yang ada dalam keluarga kecil ini bukan satu sebab untuk kita mencari
alasan, kekuatan kita perlu hebat bak pepatah Melayu ini ‘Patah sayap bertongkat paruh,
patah paruh bertongkat siku, patah siku bertongkat dagu, patah dagu bertongkat kuku’.
Semangat juang yang digambarkan dalam pepatah ini perlu ada dalam diri setiap guru untuk
kita terus berusaha dan tidak menyerah kalah secara sia-sia.

Harapan saya untuk penggal persekolahan ini, akan ada kejayaan demi kejayaan
bakal kita raih dan kecapi seiring dengan aspirasi KPM serta terserlah kemenjadian murid
SKSS di mata semua orang. Dengan iringan doa, tawakal dan kesehatian antara kita tidak
mustahil kita akan menggapai apa yang kita impikan. Semoga SKSS terus cemerlang dan
terbilang.

“ Kita tidak akan pernah mampu menyeberangi lautan, sehingga kita mampu memiliki
keberanian untuk melupakan pantai”. -Christopher Columbus

Sekian

(SOHARTO BIN BAHAREN)
Guru Besar
SK Salak South, Kuala Lumpur.

4

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Fafsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Visi

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan
Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Moto Sekolah

Mara Terus Mara

Moto di atas direka cipta oleh barisan kepimmpinan dan warga sekolah bagi menyatakan
secara jelas tentang kepentingan ilmu pengetahuan kepada warga sekolah. Moto yang tertera
pada lencana sekolah ini juga merupakan petikan barisan akhir seni kata lagu sekolah yang
juga merupakan judul yabg sama.

Rangkai kata ini membawa aspirasi kemajuan kepada setiap murid yang belajar di SK
Salak South. Moto sekolah ini juga amat mudah difahami dan diingat, di samping dapat
mencerminkan ketegasan dan pendirian sekolah. Semua murid perlulah mempunyai ilmu
pengetahuan yang tinggi dan terkini, mempunyai sahsiah yang baik serta sentiasa berbakti
kepada sekolah, keluarga, masyarakat dan negara.

5

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Lencana Sekolah

Logo ini secara keseluruhannya melambangkan kesepaduan warga sekolah dalam mencapai
kejayaan dan menghasilkan murid yang berkualiti dari segi akademik, sahsiah dan
kokurikulum. Terdapat empat warna iaitu hijau yang melambangkan keceriaan alam semula
jadi sesuai dengan salah satu daripada nilai-nilai estetika yang diterapkan kepada warga
SKSS. Warna kuning pula merupakan warna DiRaja yang selaras dengan Prinsip Rukun
Negara yang kedua iaitu “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara”. Warna merah pula,
melambangkan semangat kegagahan dan keberanian dan warna putih melambangkan
kebersihan serta kesucian yang belum dicorakkan ketika anak-anak mula memasuki alam
persekolahan.

Bentuk Perisai bermaksud pelindung iaitu pendidikan asas yang diperoleh daripada
sekolah khususnya, diharapkan dapat mempertahankan diri insan daripada sebarang
pengaruh negatif dalam kehidupan. Simbol Buku melambangkan ilmu pengetahuan warga
SKSS yang diperoleh melalui pembacaan. Simbol Pelita pula melambangkan ilmu
pengetahuan amat penting sebagai penyuluh kehidupan manusia.

Lambang Bunga Padi pula berasaskan pepatah “ Mengikut Resmi Padi, Semakin
Berisi Semakin Tunduk ke Bumi” yang membawa maksud, orang yang semakin berilmu
semakin tinggi akhlaknya dan semakin jauh daripada sifat sombong. Akhir sekali, ungkapan
Mara Terus Mara merupakan tajuk lagu sekolah dan sesuai dengan fungsi sekolah sebagai
tempat memberi kemajuan kepada insan.

" Tidak ada yang bisa meredupkan cahaya yang bersinar dari dalam." –
Maya Angelou

6

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Lagu Sekolah

MARA TERUS MARA

SK Salak South nama diberi
Kami dididik dipimpin di sini
Menimba ilmu pengetahuan murni

Bernilai kemudian hari

Budi ibu bapa
Takkan kami lupa

Guru Berjasa
Dihormati sentiasa
Mari kita bersama-sama
Agungkan cogan kata sekolah kita
Berdikari bersemangat waja
Mara terus mara
Mara terus mara

Lagu sekolah ini merupakan rentak march dan bertenaga. Lagu ini juga menunjukkan
ciri-ciri yang hendak diterapkan kepada murid-murid setiap hari. Perkara ini penting
agar murid sentiasa fokus dan bermatlamat serta ceria dan berfikiran positif. Lagu ini

juga banyak menerapkan elemen dalam Moto Sekolah.

7

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Lokasi Sekolah

SK Salak South ialah sebuah sekolah Gred A yang terletak di kawasan pinggir bandar iaitu di
jajahan wilayah Pudu dan diselia di bawah Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu.
Sekolah ini berada di dalam Kawasan Taman Salak Selatan dan dihuni oleh pelbagai bangsa
utama Malaysia. Persekitaran sekolah ini juga sangat padat dan dihimpit dengan pusat
perniagaan dan perumahan.
"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu
tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

8

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Salak South telah ditubuhkan pada 16 Januari 1967 dengan nama
Sekolah Rendah Kebangsaan Salak South (SRK Salak South). Oleh kerana sekolah ini tidak
mempunyai bangunan sendiri, makan sekolah ini hanya menumpang bangunan SRJK (C)
Salak South dan beropersai pada sesi petang. Bangunan yang ditumpangi pula hanyalah
sebuah bangunan satu tingkat yang beratapkan zink yang telah dibina pada sekitar tahun 1950
an.

Kakitangan sekolah pada ketika itu, hanyalah terdiri daripada seorang guru besar, lima
orang guru dan seorang kerani. Manakala bilangan murid yang berdaftar pada ketika itu adalah
seramai 182 orang dan dimuatkan ke dalam 4 buah bilik darjah tahun 1. Kebanyakan murid
tinggal di sekitar Kawasan Salak South Bharu di mana majoriti terdiri daripada latar belakang
buruh am.

SRK Salak South hanya mempunyai tapak dan bangunan sendiri menjelang
penghujung tahun yang sama di atas kawasan bukit di Taman Salak South. Berkeluasan 5.376
ekar, premis sekolah ini terletak pada jarak lebih kurang 11km dari Pusat Bandaraya Kuala
Lumpur. Binaannya pula terdiri daripada 3 buah blok bangunan batu berbumbung asbestos
yang dinamakan Blok A, B dan C serta sebuah bangunan kantin.

Bilangan murid yang belajar di sekolah ini terus bertambah dari tahun demi tahun
sehingga sekolah ini perlu beroperasi dua sesi di bawah satu pentadbiran. Melalui
peningkatan murid yang kian bertambah, sebuah lagi blok bangunan satu tingkat telah dibina
menjelang penghujung tahun1983. Bangunan yang bertaraf sementara itu telah dibina dalam
satu program Rancangan Kilat yang menyediakan enam buah lagi bilik darjah. Pada 1997,
bangunan tambahan tersebut telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan
sebuah lagi bangunan baharu empat tingkat yang mengandungi 15 buah bilik darjah.
Bangunan ini mula digunakan sepenuhnya pada Januari 1999. Antara kelengkapan
kemudahan ketika itu ialah bilik computer, pusat sumber, klinik gigi, kedai buku dan bangunan
surau.

Pada 2008, sebuah lagi bangunan baharu dua blok telah dibina di Kawasan padang
sekolah. Blok baharu itu terdiri daripada 12 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, pejabat
pentadbiran, makmal sains, pusat sumber, bilik kesihatan, bengkel RBT, Pra Sekolah, Bilik
J-Qaf dan Bilik Kaunseling. Sebuah padang yang sederhana besar juga telah disediakan di
atas tapak lot bangunan lama yang telah dirobohkan.

Pada awal 2009, perpindahan warga sekolah ke bangunan baharu telah dijalankan.
Melalui perpindahan tersebut, warga SKSS dapat belajar dalam keadaan lebih selesa dan
sempurna, sejajar dengan perkembangan semasa.

Encik Chang Siew Tuck adalah guru besar pertama yang berkhidmat sehinggga 1973
sebelum ditukarkan di sekolah lain. Perpindahan beliau adalah atas dasar pertukaran setara.
Kemudian Encik Artur Manuel telah mula memegang jawatan guru besar seterusnya sehingga
1981.

9

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Berikut merupakan senarai tampuk pimpinan pentabir utama (Guru Besar) sehingga setakat
ini :

Bil Nama Guru Besar Tahun
1 Encik Chang Siew Tuck 1967-1973
2 Encik Arthur Manuel 1973-1981
3 Encik Baharin Bin Mohd Lazim 1982-1983
4 Encik Yeong Kum Meng 1983-1988
5 Encik L. A. Fernandez 1989-1990
6 Puan Phua Ser Chew 1990-1996
7 Encik Chong Wan 1996-1997
8 Enxik Goh Yin Fun 1997-1999
9 Encik Zakaria Bin Jana 1999-2000
10 Puan Hajah Fadzilah Mohd Pilus 2000-2005
11 Puan Hajah Rashidah Mohd Taib 2005-2007
12 Puan Zamzarinah 2007-2008
13 Encik Tan Lim Siew 2008 ( 6 bulan)
14 Encik Mohd Amin Bin Abu 2008-2011
15 Tn. Haji Rosli Bin Ahmad 2011-2015
16 Encik Abdul Azizi Bin Mohd Said 2015-2017
17 Puan Salmiah Binti Jalil 2017- 10 Jan 2022
18 Encik Soharto Bin Baharen
2022 -

"Tanpa belajar, takkan ada perubahan. Tanpa perubahan, bererti mati."
10

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Pelan Sekolah & Kelas

"Permata tak bisa digilap tanpa gosokan. Manusia tak akan
sempurna tanpa ujian."

11

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Kemudahan/Prasarana Sekolah

Senarai Kemudahan di SK Salak South, Kuala Lumpur

Blok Fungsi
Tingkat Bawah : Bilik Kesihatan/ Bilik Sains// Stor Sukan/Tandas Murid
Tingkat 1 : Pejabat Pentadbiran/ Bilik Mesyuarat/Tandas Guru

A Tingkat 2 : Pusat Sumber/Bilik Media/ Pusat Akses /Tandas Guru
Tingkat 3 : Kelas 2SS1, 2SS2,3SS1, 3SS2/Tandas Murid
Tingkat Bawah : Bengkel RBT/Kelas Pra Sekolah/Tandas Murid
Tingkat 1 : Bilik Guru/Bilik BOSS/Bilik Bimbingan & Kaunseling/Tandas

B guru
Tingkat 2 :Kelas 1SS1, 1SS2/Bilik J-Qaf /Tandas Guru
Tingkat 3 :Kelas 6SS1,6SS2/Bilik Peperiksaan/Tandas Murid
Tingkat Bawah : Dewan Terbuka/Bilik Siar Raya/ Stor
Peralatan/Tandas Guru

C Tingkat 1 : Kelas PPKI/ Kelas Pemulihan/Bilik Sejarah /Tandas Murid
Tingkat 2 : Kelas 4SS1, 4SS2, 5SS1, 5SS2/Bilik Muzik/Tandas Murid
Tingkat 3 : Kelas Kosong / Tandas Murid
Tingkat Bawah : Makmal komputer 1 dan 2

D Tingkat 1: Bilik Serbaguna 1, 2 / Bilik Disiplin
Kantin
Padang
Gelanggang Pelbagai Guna

Kemudahan lain
Tapak Perhimpunan Rasmi
Pondok Keselamatan
Surau
Kemudahan Parkir Kereta

"Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat"

12

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Struktur Organisasi Sekolah

STRUKTUR ORGANISASI
SK Salak South, Kuala Lumpur

GURU BESAR
EN. SOHARTO BIN BAHAREN

GPK PENTADBIRAN GPK HEM GPK KOKURIKULUM
PN.NOR HAYATI TALIB PN. HASLIMAH PAIMIN
EN. WONG CHEONG
WAH

SU KURIKULUM SU HEM SU KOKU SU SUKAN
MOHD ZAIRY FIRDAUS PN NURUL AKMA
PN. NORADIBAH TN.HJ. AHMAD
MOHD SHUID RIZKHAN

PENYELARAS PPKI JK SPBT PASUKAN BADAN PERMAINAN
PN SITI NORZAKIAH BERUNIFORM
JK RMT/SUUS RUMAH SUKAN
PENYELARAS PRA SEKOLAH KELAB & AKADEMIK
PN NORZILA ABU BAKAR JK KANTIN & KEDAI IMIS
BUKU SUKAN&
KETUA-KETUA PERMAINAN MERENTAS
PANITIA JK DISIPLIN DESA
PAJSK
GURU JK BADAN PENGAWAS PROGRAM SEGAK
PEMBANGUNAN
PPM/AKP JK PPDa KECEMERLANGAN

JK APDM PPL
RIMUP
JK SEK PENYAYANG INOVASI
PERKHEMAHAN
JK e-MENENGAH GOTONG ROYONG

JK ORIENTASI KBS
/TRANSISI TH1 KARNIVAL

JK HARI KANAK-
KANAK

JK NIMBINGAN &
KAUNSELING

JK 3K

"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk
diri dan menyakiti orang lain."

13

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Falsafah & Nilai

Falsafah Pendidikan Negara telah diguna pakai sebagai falsafah SKSS. Perkara ini menjadi
panduan kepada semua aktiviti dan perancangan yag dilaksanakan. Nilai dan amalan telah
diterapkan dan menjadi budaya kerja warga SKSS yang berkualiti. Nilai yang diterap ialah :

a. Kerja Sepasukan
b. Bergerak Sederap
c. Permuafakatan
d. kolaboratif

Piagam Pelanggan

Piagam pelanggan mestilah menggunakan garis panduan, PKPA . Pernyataan piagam
hendaklah ditulis berasaskan perkhidmatan yang diinginkan oleh pelanggan, ada bukan
perkara yang organisasi akan buat (sering bertukar menjadi matlamat kepada piagam
pelanggan yang disediakan ). Bagi perkhidmatan yang ada ukuran prestasi perkhidmatannya
seperti tempoh masa, jumlah dan lain-lain lagi, mestilah dinyatakan secara spesifik. Piagam
pelanggan bagi SK Salak South adalah seperti berikut:

Kami warga Sekolah kebangsaan Salak South,Kuala Lumpur, dengan penuh tekad
dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami:

1. Menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif dan peralatan bantu mengajar yang
mencukupi.
2. Memastikan kakitangan akademik dan bukan akademik sentiasa memberikan perkhidmatan
yang cekap, cepat, bersungguh-sungguh, berkualiti dan mesra pelanggan.
3. Memastikan keselamatan,kesihatan dan disiplin murid-murid sentiasa di tahap yang terbaik,
terkawal dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
4. Memastikan semua matlamat perancangan dan pelaksanaan aktiviti untuk murid-mirid
berfokus ke arah pencapaian kesimbangan jasmani ,emosi , rohani dan intelek.
5. Menyelesaikan segala aduan atau masalah pelanggan dengan segera dan sebaik mungkin.
6. Mengeratkan hubungan dan permuafakatan dengan ibu bapa, komuniti setempat dan agensi
melalui pelbagai aktiviti/program yang dijalankan.

Pelanggan yang dimaksudkan di sini ialah murid-murid yang merupakan “ stake-
holder”. Melalui enam perkara tersebut pihak pengurusan pentadbiran bersama guru-guru dan
anggota kakitangan pelaksana (AKP) dengan kerjasama erat PIBG sedaya upaya memenuhi
visi dan misi KPM yang juga merupakan visi dan misi sekolah.

14

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Matlamat Sekolah

1. Mendidik dengan memberikan ilmu pengetahuan berguna kepada semua murid
bertunjangkan Kurikulum KPM untuk membolehkan mereka mencapai kesempurnaan hidup
dengan berkualiti dan harmoni.
2. Membentuk murid dengan keperibadian murni agar terbina sahsiah dan akhlak terpuji
sehingga mampu mendepani cabaran hidup dalam era teknologi yang sofistikated dan pantas.
3. Memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri kokurikulum dengan aktif dan
bersaing hebat bagi mengembangkan bakat dan potensi diri yang mampu menjadi tauladan
dan ikon kepada warga SKSS yang lain.
4. Menjadi sekolah yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan berwatak hingga setanding
dengan KPI yang disarankan oleh KPM.
5. Mewujudkan sistem rangkaian jaringan dan jalinan antara pelbagai pihak yang lebih bersifat
global dan glokal demi kelangsungan kecemerlangan sekolah .
6. Membentuk iklim dan budaya sekolah yang kondusif melalui persekitaran yang selamat,
bersih, ceria serta mesra.
7. Mengeratkan budaya kerja yang dinamik dan progresif dalam kalangan guru untuk
melahirkan warga SKSS yang berketrampilan selaras dengan aspirasi negara dan
kemenjadian murid.
8. Membina model pengurusan yang baik dalam menjalin hubungan antara pemimpin dan
pelaksana demi mencapai matlamat yang sama melalui garis panduan sedia ada.

Objektif Sekolah

SK Salah South telah menetapkan satu matlamat yang jelas sebagai hala tuju organisasinya.
Begitu juga untuk melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan
dan cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Untuk tujuan ini, beberapa
matlamat telah dirancangkan dan dilaksanakan seperti berikut:

1. Melahirkan bangsa Malaysia yang setia dan bersatu padu.
2. Melahirkan insan yang beriman dan berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
3. Menyediakan sumber tenaga untuk keperluan dan kemajuan negara.
4. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

15

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Senarai Guru 2022/2023

SK SALAK SOUTH OPSYEN DOMINAN
JAWATAN
BIL NAMA GRED

1. En. Soharo Bin Baharen Guru Besar DG44 Guru Besar

2. En. Wong Cheong Wah PK Tadbir & Kurikulum DG38 Guru Penolong Kanan
Pentadbiran
3. Pn. Nor Hayati Bt Talib PK Hal Ehwal Murid DG42 Guru Penolong Kanan
HEM
4. Pn. Haslimah Binti PK Kokurikululm DG48 Guru Penolong Kanan
Paimin Kurikulum
Guru Pendidikan
Pn. Siti Norzakiah Bt Md DG44 Khas ) Kelas
5. Hosnan Penyelaras PPKI Integrasi)
Guru Prasekolah
6. Pn. Norzila Bt Abu Bakar Penyelaras Pra DG44 Pendidikan Jasmani
Sekolah dan kesihatan

7. Hj. Ahmad Rizkhan B GDM DG44 Guru penyelaras
Abdul Wahab Zen EMIS/SPSK/SKPMg2 Bestari
KP Pend. Jasmani dan RBT
Kesihatan
Guru PSS
8. En. Mohd Zairy Firdaus Penyelaras 1BNET/ICT DG44
Bin Mohd A’sri Matematik
Guru Pemulihan
En. Syed Mohd Anas Bin Penyelaras Aset DG41 Dunia Sains
9. Syed Mustafa Sekolah/ KP RBT Pendidikan Islam
5SS 1 Matematik
Pendidikan Islam
10. Pn. Nurul Akma Binti Mhd Guru PSS DG44
Deris Pendidikan Islam

En. Mohd Asrol Hizam Penyelaras STEM DG48
11. Bin Ali DG44

Cik Nurul Husna Bt Guru Pemulihan DG44
12. Tajudin DG41
DG41
13. En. Mohd Azwan Bin Abu Guru Disiplin DG44
Bakar
DG41
14. Pn. Nor Atiqah Bt Mohd 1SS 1
Fadzil Penyelaras LDP

15. Pn. Nur Azreen Binti 1SS 2
Abdull Azis KP Matematik

16. Pn. Ikmal ‘Aini Binti Idris 2 SS 1

17. En. Muhammad Adib Afifi 2 SS 2
Bin Nor Hidan

16

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

18. Pn. Marlina Bt Ibrahim 3 SS 1 DG44 Pendidikan Seni
KP Pend. Seni Visual DG41 Pendidikan Jasmani
19. En. Mohammad Safwan 3 SS 2 DG42 Bahasa Melayu
Bin Ab. Rahim DG41 Bahasa Inggeris
4 SS 1 DG44 Bahasa Arab
20. En. Fairizal Ikhwanizam KP Sejarah DG44 Matematik
Bin Zakaria DG44 Bahasa Inggeris
DG44 Bahasa Melayu
21. Cik Chok Pei Wen 4 SS 2 DG42 Bahasa Melayu
Pn. Rafidah Bt Mustafa KP Muzik

22. @ Razali 5 SS 2
KP Bahasa Arab

23. Pn. Kamarul Sharlida Bt 6 SS 1

Busu Piah 6 SS 2
KP Bahasa Melayu
24. Pn. Nor Affizah Bt Abdul SPBT
Ghani

25. Pn. Norhanim Binti Amir

Pn. Nor ‘Azian Binti KP Pend.Moral
26. Ismail

27. Pn. Lizalawati Binti GAB DG42 Bahasa Melayu
Marzuki DG44
KP Sains DG44 Dunia Sains
Pn. Noradibah Bt Mohd Penyelaras KBAT DG44
28. Shuid DG41 Bahasa Inggeris
DG41
29. Pn. Indrani a/p Penyelaras PLC DG44 Bahasa Inggeris
Balasubramaniam
Bahasa Tamil
30. En. Khoo Hoe Kian KP Bahasa Inggeris
Penyelaras HIP Pendidikan Islam
Pn. Kavitha Nair A/P Guru Pendidikan
31. Permallimgam KP Bahasa Tamil SK Khas ) Kelas
Guru B&K Integrasi)
32. En. Mohd Saiful Bin Che Guru Pendidikan
Omar P Pendidikan Islam Khas ) Kelas
Integrasi)
33. Pn. Nur Solihah Bt Hj. Guru PPKI Guru Pendidikan
Rashidi Khas ) Kelas
Integrasi)
34. En. Azhar Afiq Bin Guru PPKI DG41
Zainalabidin

35. Pn. Siti Nurafiqah Binti Guru PPKI DG41
Ahmad Hussain

17

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Senarai AKP

SENARAI ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)
SK SALAK SOUTH, KUALA LUMPUR

Bil NAMA STAF SOKONGAN JAWATAN
1. Pn. Noraini Binti Mohd Yusof Pembantu Tadbir
2. Pn. Noorazlina Binti Noh@Mohd Noh Juruteknik Komputer
3. En. Almu Zaffar Bin Kamarudin Pembantu Operasi
4. Pn. Azmahani Binti Mohamad Shahbudin PPM Pra Sekolah
5. Pn. Lee Nyok Wan PPM PPKI

18

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Takwim Persekolahan 2022/23

19

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Cuti Perayaan 2022/23

20

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

SK SALAK SOUTH, KUALA LUMPUR
JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN

SESI 2022

MINGGU TARIKH KUMPULAN TAJUK MINGGUAN PERHIMPUNAN
BERTUGAS

1 21.3.2022 – KUMPULAN 1 KASIH SAYANG
25.3.2022 ~ Sayang keluarga, komuniti sekolah dan

Cinta Akan Negara

2 8.3.2022 – KUMPULAN 2 HORMAT MENGHORMATI
01.4.2022 ~ Sopan santun terhadap keluarga dan
orang lebih tua

3 04.4.2022 – KUMPULAN 3 BERTANGGUNGJAWAB
08.4.2022 ~ Berdisplin, Rajin

4 11.4.2022 – KUMPULAN 4 KEGEMBIRAAN
15.4.2022 ~ Kebersamaan, Kemesraan dan Interaksi

Sihat

5 18.4.2022 - KUMPULAN 5 KASIH SAYANG
22.4.2022 ~ Pemeliharaan dan Pemulihan Flora dan

Fauna

6 25.4.2022 – KUMPULAN 1 HORMAT MENGHORMATI
29.4.2022 ~ Menghormati Kepelbagaian
Bangsa Budaya dan Bahasa Agama

7 9.5.2022 - KUMPULAN 2 BERTANGGUNGJAWAB
13.5.2022 ~ Bijak Teknologi Maklumat, Rajin

8 16.5.2022 – KUMPULAN 3 KEGEMBIRAAN
20.5.2022 ~ Interaksi Secara Sihat

9 3.5.2022 – KUMPULAN 4 KASIH SAYANG
27.5.2022 ~ Kesetian Kepada Raja dan Negara

10 30.5.2022 – KUMPULAN 5 HORMAT MENGHORMATI
03.6.2022 ~ Menghormati Undang-undang Jalan Raya
21

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2022
04.6.2021 – 12.6.2022
(9 HARI)

11 13.6.2022 – KUMPULAN 1 BERTANGGUNGJAWAB
17.6.2022 ~ Hak Asasi Kanak-kanak

12 20.6.2022 – KUMPULAN 2 KEGEMBIRAAN
24.6.2022 ~ Jasamu Dikenang

13 27.6.2022 – KUMPULAN 3 KASIH SAYANG
01.7.2022 ~ Sayangi Sesama Manusia

14 04.7.2022 - KUMPULAN 4 HORMAT MENGHORMATI
08.7.2022 ~ Mematuhi Peraturan Setempat

15 11.7.2022 – KUMPULAN 5 BERTANGGUNGJAWAB
15.7.2022 ~ Jujur

16 18.7.2022 – KUMPULAN 1 KEGEMBIRAAN
22.7.2022 ~ Bersyukur

17 25.7.2022 – KUMPULAN 2 KASIH SAYANG
29.7.2022 ~ Saya Anak Malaysia

18 01.8.2022 – KUMPULAN 3 HORMAT MENGHORMATI
05.8.2022 ~ Menghargai Golongan Orang Kurang
Upaya

19 08.8.2022 - KUMPULAN 4 BERTANGGUNGJAWAB
12.8.2022 ~ Menghargai dan Menepati Masa

20 15.8.2022 – KUMPULAN 5 KEGEMBIRAAN
19.8.2022 ~ Kemesraan , Interaksi Sihat

21 22.8.2022 – KUMPULAN 1 KASIH SAYANG
26.8.2022 ~ Mengekalkan Warisan Dan Budaya

22 29.8.2022 – Malaysia
02.9.2022
KUMPULAN 2 HORMAT MENGHORMATI
~ Menghormati Warga Sekolah

22

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
3.9.2022-11.9.2022
(9 HARI)

23 12.9.2022 – KUMPULAN 3 BERTANGGUNGJAWAB
16.9.2022 ~ Hindari Rasuah

24 19.9.2022 - KUMPULAN 4 KEGEMBIRAAN
23.9.2022 ~ Sahabat

25 23.9.2022 – KUMPULAN 5 KASIH SAYANG
30.9.2022 ~ Malaysia Tanah Air Ku

26 03.10.2022 – KUMPULAN 1 HORMAT MENGHORMATI

07.10.2022 ~ Menghargai Alam Sekitar

27 10.10.2022 – KUMPULAN 2 BERTANGGUNGJAWAB

14.10.2022 ~ Rajin

28 17.10.2022 – KUMPULAN 3 KEGEMBIRAAN

21.10.2022 ~ Cinta Akan Negara

29 24.10.2022 – KUMPULAN 4 KASIH SAYANG

28.10.2022 ~ Sayangi Komuniti Sekolah

30 1.10.2022 – KUMPULAN 5 HORMAT MENGHORMATI
04.11.2022 ~ Menghargai Alam Sekitar

31 07.11.2022 – KUMPULAN 1 BERTANGGUNGJAWAB

11.11.2022 ~ Menghargai Dan Menepati Masa

32 14.11.2022 – KUMPULAN 2 KEGEMBIRAAN

18.11.2022 ~ Jasamu Dikenang

23

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

33 KUMPULAN 3 KASIH SAYANG
21.11.2022 – ~ Saya Anak Malaysia
25.11.2022

34 28.11.2022 – KUMPULAN 4 HORMAT MENGHORMATI
02.12.2022 ~ Menghargai Warga Sekolah

35 05.12.2022 – KUMPULAN 5 BERTANGGUNGJAWAB
09.12.2022 ~ Menjaga Persekiran Sekolah

CUTI PENGGALl 3
10.12.2022-31.12.2022

(22 HARI)

36 03.1.2023 – KUMPULAN 1 KEGEMBIRAAN
06.1.2023 KUMPULAN 2 ~ Berfikiran Positif

37 09.1.2023 – KASIH SAYANG
13.1.2023 ~ Malaysia Tanah Air Ku

38 16.1.2023 – KUMPULAN 3 HORMAT MENGHORMATI
19.1.2023 KUMPULAN 4 ~ Toleransi
KUMPULAN 5
39 24.1.2023 – BERTANGGUNGJAWAB
27.1.2023 ~ Jenayah Siber

40 30.1.2023 – KEGEMBIRAAN
03.1.2023 ~ Sayangi Sesama Manusia

41 06.2.2023 – KUMPULAN 1 KASIH SAYANG
10.2.2023 ~ Sayangi Sekolah

42 13.2.2023 – KUMPULAN 2 HORMAT MENGHORMATI
17.2.2023 ~ Negaraku Aman

CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2022/2023
8.2.22-12.03.2023
23 HARI)

24

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Senarai Kumpulan Guru Bertugas Mingguan

2022/2023

KUMPULAN 1

1. En. Mohd Saiful Bin Che Omar (Ketua)

2. En. Mohd Asrol Hizam Bin Ali

3. Pn. Nurul Akma Binti Mhd Deris
4. Pn. Rafidah Binti Mustafa@Razali
5. Pn. Marlina Binti Ibrahim

6. Pn. Indrani a/p Balasubramaniam

KUMPULAN 2

1. En. Muhammad Adib Afifi Bin Nor Hidan (Ketua)
2. En. Fairizal Ikhwanizam Bin Zakaria
3. Pn. Kavitha Nair a/p Permallimgam
4. Pn. Nur Solihah Binti Hj. Rashidi
5. Pn. Kamarul Sharlida Binti Busu Piah
6. Pn. Norzila Binti Abu Bakar

KUMPULAN 3

1. En. Mohd Azwan Bin Abu Bakar (Ketua)
2. En. Azhar Afiq Bin Zainalabidin
3. Cik Nurul Husna Binti Tajudin
4. Pn. Ikmal ‘Aini Binti Idris
5. Pn. Nor ‘Azian Binti Ismail
6. Pn. Siti Norzakiah Binti Hosnan

KUMPULAN 4

1. En. Mohammad Safwan Bin Ab. Rahim (Ketua)
2. Hj. Ahmad Rizkhan Bin Abdul Wahab Zen
3. En. Khoo Hoe Kian
4. Pn. Noradibah Binti Mohd Shuid
5. Pn. Norhanim Binti Amir
6. Pn. Nor Atiqah Binti Mohd Fadzil

KUMPULAN 5

1. En. Mohd Zairy Firdaus Bin Mohd A’sri (Ketua)
2. En. Syed Anas Bin Syed Mustafa
3. Pn. Nor Affizah Binti Abdul Ghani
4. Pn. Nur Azreen Binti Abdull Azis
5. Cik Chok Pei Wen
6. Pn. Siti Nurafiqah Binti Ahmad Hussain
7. Pn. Lizalawati Binti Marzuki

25

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

JAWATANKUASA TUGAS-TUGAS KHAS 2022/2023

1. PENGURUSAN PENTADBIRAN

Pengerusi : En. Soharto Bin Baharen (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1
Naib Pengerusi 2 : En. Wong Cheong Wah (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3
AJK : Pn. Nor Hayati Binti Talib (PK HEM)

: Pn. Haslimah Binti Paimin (PK Kokurikulum)

: Pn. Siti Norzakiah Binti Hosnan (Penyelaras PPKI)

Pn. Norzila Binti Abu Bakar (Penyelaras Pra Sekolah)

2. PENGURUSAN LEMBAGA TATATERTIB

Pengerusi : En. Soharto Bin Baharen (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1
Naib Pengerusi 2 : En. Wong Cheong Wah (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3
AJK : Pn. Nor Hayati Binti Talib (PK HEM)

: Pn. Haslimah Binti Paimin (PK Kokurikulum)

: Pn. Kavitha Nair a/p Permallimgam

: En. Mohd Saiful Bin Che Omar

3. PENGURUSAN ISYTIHAR HARTA

Pengerusi : En. Soharto Bin Baharen (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : En. Wong Cheong Wah (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Nor Hayati Binti Talib (PK HEM)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Haslimah Binti Paimin (PK Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Noraini Binti Mohd Yusof (Pembantu Tadbir)

4. PENGURUSAN KEWANGAN

Pengerusi : En. Soharto Bin Baharen (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : En. Wong Cheong Wah (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Nor Hayati Binti Talib (PK HEM)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Haslimah Binti Paimin (PK Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Noraini Binti Mohd Yusof (Pembantu Tadbir)
AJK : Hajjah Nurul Husna Binti Tajudin (Juruaudit Dalaman
SKSS)
Pn. Siti Norzakiah Binti Hosnan (Penyelaras PPKI)
Pn. Norzila Binti Abu Bakar (Penyelaras Pra )
Pn. Kavitha Nair a/p Permallimgam (Guru B&K)
Pn. Nurul Akma Binti Mhd Deris (Penyelaras PSS)
Semua Ketua Panitia

26

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

5. PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN

Pengerusi : En. Soharto Bin Baharen (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1
Naib Pengerusi 2 : En. Wong Cheong Wah (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3
Penyelaras : Pn. Nor Hayati Binti Talib (PK HEM)
Setiausaha
JK : Pn. Haslimah Binti Paimin (PK Kokurikulum)

: En. Syed Mohd Anas Bin Syed Mustafa - Pegawai Aset

: En. Khoo Hoe Kian - Peg Hapus Kira

: En. Mohd Zairy Firdaus Mohd A’sri - Peg. Hapus Kira

En. Fairizal Ikhwanizam Bin Zakaria - Pegawai Pemeriksa

En. Azhar Afiq Bin Zainalabidin - Pegawai Pemeriksa

6. JAWATANKUASA JADUAL WAKTU

Pengerusi : En. Soharto Bin Baharen
Naib Pengerusi 1
Naib Pengerusi 2 : En. Wong Cheong Wah (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3
Setiausaha : Pn. Nor Hayati Binti Talib (PK HEM)
Naib Setiausaha
: Pn. Haslimah Binti Paimin (PK Kokurikulum)

: En. Mohd Zairy Firdaus Bin Mohd A’sri

: Hj Ahmad Rizkhan Bin Abdul Wahab Zen

7. JAWATANKUASA TUGAS-TUGAS KHAS

Pengerusi : En. Soharto Bin Baharen (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1
Naib Pengerusi 2 : En. Wong Cheong Wah (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3
JK : Pn. Nor Hayati Binti Talib (PK HEM)

: Pn. Haslimah Binti Paimin (PK Kokurikulum)

Pn. Siti Norzakiah Binti Hosnan (Penyelaras PPKI)

Pn. Norzila Binti Abu Bakar (Penyelaras Pra Sekolah)

7.1 PENCATAT MESYUARAT DAN TAKLIMAT GURU
Pecatat: Pn. Nor Atiqah Bt Mohd Fadzil
Pn. Siti Nurafiqah bt. Ahmad Hussain

7.2 MAKMAL KOMPUTER
Ketua : En. Mohd Zairy Firdaus Bin Mohd A’sri
JK : Pn. Noorazlina Binti Noh@Mohd Noh
(Juruteknik Komputer)

7.4 MAKMAL SAINS
Ketua : En. Mohd Azwan Bin Abu Bakar
JK : Pn. Noradibah Binti Mohd Shuib

7.5 BENGKEL REKABENTUK
Ketua : En. Syed Mohd Anas Bin Syed Mustafa
JK : Hj. Ahmad Rizkhan Bin Abdul Wahab Zen

27

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

7.6 BILIK MUZIK
Ketua : Cik Chok Pei Wen
JK : Pn. Kavitha Nair a/p Permallimgam

7.7 SURAU SEKOLAH
Ketua : Ustaz Mohd Saiful Bin Che Omar
JK : En. Muhammad Adib Afifi Bin Nor Hidan

7.8 STOR PENDIDIKAN JASMANI
Ketua : Hj. Ahmad Rizkhan Bin Abdul Wahab Zen
JK : En. Syed Mohd Anas bin Syed Mustafa

7.9 BILIK KESIHATAN
Ketua : Pn. Ikmal ‘Aini Binti Idris
JK : Pn. Siti Nurafiqah Binti Ahmad Hussain

7.10 BILIK BOSS (SPBT)
Ketua : Pn. Norhanim Binti Amir
JK : Pn. Rafidah Bt Mustafa@Razali

7.11 BILIK j-QAF
Ketua : Pn. Nor Atiqah Binti Mohd Fadzil
JK : Pn. Rafidah Bt Mustafa@Razali

7.13 BILIK BIMBINGAN & KAUNSELING
Ketua : Pn. Kavitha Nair a/p Permallimgam
JK : En. Mohd Saiful Bin Che Omar

7.16 BILIK PEMULIHAN
Ketua : Hajjah Nurul Husna Binti Tajudin
JK : Pn. Marlina Bt Ibrahim

8. JAWATANKUASA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN

PENDIDIKAN (PBPPP)

Pengerusi : En. Soharto Bin Baharen

Setiausaha : En. Wong Cheong Wah

AJK 1 : Pn. Nor Hayati Binti Talib

AJK 2 Pn. Haslimah Binti Paimin

AJK 3 : En. Mohd Asrol Hizam Bin Ali

Urusetia : Pn. Noraini Binti Mohd Yusof

28

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

9. JAWATANKUASA STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPMg2)

Pengerusi : En. Soharto Bin Baharen

Naib Pengerusi : En. Wong Cheong Wah

N.Pengerusi Bersama : Pn. Nor Hayati Binti Talib

Pn. Haslimah Binti Paimin

Setiausaha : Hj. Ahmad Rizkhan Bin Abdul Wahab Zen

AJK : Standard 1

GB, GPK T&K

: Standard 2

GB, GPK T&K, HEM, KOKURIKULUM

: Standard 3

GPK T&K, HEM, KOKURIKULUM

Semua Ketua Panitia & Ketua Unit-unit

: Standard 4

GB, GPK T&K & Semua Guru

: Standard 5

GPK T&K, HEM, KOKURIKULUM

10. JAWATANKUASA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK)

Pengerusi : En. Soharto Bin Baharen

Naib Pengerusi : En. Wong Cheong Wah

N.Pengerusi Bersama : Pn. Nor Hayati Binti Talib

Pn. Haslimah Binti Paimin

PQS : Hj. Ahmad Rizkhan Bin Abdul Wahab Zen

Setiausaha : En. Fairizal Ikhwanizam Bin Zakaria

AJK : Semua Ketua Panitia

11. JAWATANKUASA ICT - SSQS/ AKSES ROOM

Pengerusi : En. Soharto Bin Baharen

Naib Pengerusi : En. Wong Cheong Wah

N.Pengerusi Bersama : Pn. Nor Hayati Binti Talib

Penyelaras : Pn. Haslimah Binti Paimin
: En. Mohd Zairy Firdaus Bin Mohd A’sri

Setiausaha : Pn. Noorazlina Binti Noh@Mohd Noh

AJK : En Mohd Asrol Hizam Bin Ali

Pn. Siti Norzakiah Binti Md Hosnan

En. Mohd Saiful Bin Che Omar

29

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

12. JAWATANKUASA LATIHAN DALAM PERPKHIDMATAN (LDP)

Pengerusi : En. Soharto Bin Baharen

Naib Pengerusi : En. Wong Cheong Wah

N.Pengerusi Bersama : Pn. Nor Hayati Binti Talib

: Pn. Haslimah Binti Paimin

Penyelaras : Pn. Nor Atiqah Binti Mohd Fadzil

Setiausaha : Pn. Siti Nurafiqah Binti Ahmad Hussain

AJK : Pn. Marlina Binti Ibrahim

Pn. Azreen Bt Abdull Azis

13. JAWATANKUASA PELAKSANA SARANA IBU BAPA, SARANA SEKOLAH DAN

PIBK

Pengerusi : En. Soharto Bin Baharen

Naib Pengerusi : En. Wong Cheong Wah

N.Pengerusi Bersama : Pn. Nor Hayati Binti Talib

: Pn. Haslimah Binti Paimin

Penyelaras : Pn. Kavitha Nair a/p Permallimgam (B&K)

Setiausaha : Pn. Rafidah Bt Mustafa@Razali (SU PIBG)

AJK : JK Guru Dalam PIBG 2021/2022

14. JAWATANKUASA PELAKSANA STEM SEKOLAH

Pengerusi : En. Soharto Bin Baharen

Naib Pengerusi : En. Wong Cheong Wah

N.Pengerusi Bersama : Pn. Nor Hayati Binti Talib

: Pn. Haslimah Binti Paimin

Penyelaras : En Mohd Asrol Hizam Bin Ali

Setiausaha : Pn. Noradibah Bt Mohd Shuid

AJK : Semua guru subjek Matematik & Sains

15. JAWATANKUASA PSO

Pengerusi : En. Soharto Bin Baharen
Naib Pengerusi : En. Wong Cheong Wah
N.Pengerusi Bersama : Pn. Nor Hayati Binti Talib
: Pn. Haslimah Binti Paimin
Setiausaha : En. Mohd Zairy Firdaus Bin Mohd A’sri
AJK : Pn. Nurul Akma Binti Mhd Deris

Pn. Noradibah Binti Mohd Shuid
Semua Ketua Panitia

30

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

16. JAWATANKUASA KECERIAAN SEKOLAH

Pengerusi : En. Soharto Bin Baharen

Naib Pengerusi : En. Wong Cheong Wah

N.Pengerusi Bersama : Pn. Nor Hayati Binti Talib

: Pn. Haslimah Binti Paimin

Penyelaras : Pn. Nurul Akma bt Mhd Deris

Setiausaha : Cik Hajah Nurul Husna Binti Tajudin

AJK : Pn . Lizalawati Binti Marzuki

En. Syed Mohd Anas Bin Syed Mustafa

En. Mohd Saiful Bin Che Omar

En. Mohamad Safwan Bin Ab. Rahim

En. Muhammad Adib Afifi Bin Nor Hidan

“ Successful people don't fear failure but understand that it's necessary to learn and grow
from." – Robert Kiyosaki

31

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

JADUAL WAKTU INDUK PERSEKOLAHAN 2022/23

Waktu Perhimpunan /

TAHUN Hari Masa Aktiviti Tambahan Waktu Tempat
Rehat
Persekolahan Aktiviti Kesihatan Rasmi Harian
7.30 – 8.00 a.m. 10.00 –
Pra Isnin - 10.30 a.m.
Sekolah / 7.30 – 12.00 p.m.

PPKI Jumaat

Isnin 7.30 – 12.30 p.m.

Tahun Selasa 7.30 – 12.30 p.m. KOKURIKULUM 9.30 am – Isnin Selasa –
1, 2 & 3 Rabu 7.30 – 12.30 p.m. (TAHUN 3) 10.00am Jumaat
(Tahap 1) 7.30 – 8.00
Tahun 1.30 – 3.30 p.m. a.m. 7.20 – 7.30
4, 5 & 6 a.m.
Khamis 7.30 – 12.30 p.m. TASMIK Tahap 1 & 2 (Dataran @
Jumaat 7.30 – 12.00 p.m. (Jumaat) Dewan (Dataran @
Dewan
7.30 – 8.30 a.m. Gemilang)
Perhimpun Gemilang)
Isnin 7.30 – 1.00 p.m. an Rasmi

Selasa 7.30 – 1.00 p.m.

Rabu 7.30 – 3.30 p.m. KOKURIKULUM
1.30 – 3.30 p.m.

Khamis 7.30 – 1.00 p.m. 10.30 –
11.00 am
(Tahap 2)

Jumaat 7.30 – 12.00 p.m.

KOKURIKULUM: RABU
1.30 – 3.30 p.m.

(bergilir-gilir setiap minggu bermula dengan Unit Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Permainan/Sukan)

Rumah Sukan
1.30 – 3.30 p.m.

*Tertakluk kepada perubahan semasa”

32

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Panduan Am

PERATURAN AM SEKOLAH 2022/23

1. Aktiviti Sebelum Dan Selepas Persekolahan
1.1. Guru bertugas harian bersama-sama pengawas hendaklah memastikan semua murid
yang berada di sekolah berkumpul.
Di Dataran SKSS
➢ Hari Isnin - Perhimpunan rasmi
➢ Sebelum perhimpunan Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis adalah untuk aktiviti
CETUSAN MINDA mengikut Panitia (7.20 – 7.3 0)
➢ Bacaan Yassin akan diadakan setiap Jumaat sebelum perhimpunan di Dewan
Seri Gemilang.
1.2. Murid Prasekolah dan PPKI juga digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti dengan
melakukan aktiviti membaca di dalam kelas Prasekolah dan di Dewan SKSS di bawah
pengawasan guru prasekolah, pembantu pengurusan murid dan pengawas.
1.3. Aktiviti Nilam : Membaca senyap 10 minit semasa perhimpunan rasmi hari Isnin : 7.20 –
7.30 pagi .
1.4. Program Tasmik dan aktiviti Pendidikan Moral akan diadakan setiap hari Jumaat :
Tahap 1 & 2 mulai jam 7.30 – 8.30 pagi

2. Perhimpunan
2.1. Loceng akan dibunyikan:
Waktu sebelum dan selepas rehat
Waktu balik
2.2. Perhimpunan Rasmi Mingguan ( Isnin 7.30 – 8.00 pagi ):
Aturcara
➢ Nyanyian lagu Negaraku, Maju & Sejahtera (Wilayah Persekutuan) dan
Lagu Sekolah (6 minit)
➢ Bacaan Ikrar (1 minit )
➢ Bacaan Doa (1 minit)
➢ Ucapan Aluan Guru Bertugas (1 minit)
➢ Laporan Guru Bertugas Minggu Sebelum ( 4 minit )
➢ Pengumuman Guru Bertugas Minggu Semasa ( 5 minit )
➢ Penyampaian Hadiah / Aktiviti Panitia / 5 minit Ceramah Anti dadah (5 minit)
➢ Ucapan GB ( 7 minit )
2.3. Perhimpunan harian:
Hari Selasa, Rabu dan Khamis
➢ Di dataran - 7.2 0 pagi – 7.30 pagi
▪ Aturcara Perhimpunan
- Doa dan Ucapan Aluan Guru Bertugas

33

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

3. Peringatan Penting Tentang Waktu Perhimpunan Rasmi
3.1. Semua murid dan guru diwajibkan hadir dan berada di tempat perhimpunan sepanjang
tempoh perhimpunan.
3.2. Guru bertugas bertanggungjawab mengurus aturcara perhimpunan dan mengawalselia
disiplin murid termasuk memastikan tiada murid yang berada di kelas atau lain-lain
tempat.
3.3. Semua guru memakai blazer dan murid lelaki diwajibkan memakai tali leher.
3.4. Semua pengawas diwajibkan memakai pakaian pengawas yang lengkap..
3.5. Guru Muzik dikehendaki memimpin nyanyian pada setiap kali perhimpunan mingguan
diadakan. Manakala perhimpunan harian boleh dipimpin oleh murid
3.6. Semua guru digalakkan menyanyi lagu-lagu rasmi dan membaca ikrar bersama-sama
murid.

4. Peringatan Penting Tentang Waktu Perhimpunan Harian
4.1. Semua murid mesti beratur di dewan mulai 7.30 pagi.
4.2. Guru bertugas hendaklah meronda dan mengawal murid seawal jam 7.20 pagi bagi
memastikan disiplin terkawal dan guru waktu pertama berada bersama murid-murid .
4.3. Semua guru subjek waktu pertama mesti berada dengan murid-murid di kelas masing-
masing mulai jam 7.30 pagi. Guru hendaklah memastikan murid-murid berpakaian kemas
dan lengkap dan berdisiplin.
4.4. Ketua kelas mesti berada di hadapan barisan sambil menjaga disiplin murid dibantu
pengawas bertugas .
4.5. Pengawas hendaklah berada di tangga setiap tingkat dan di kelas yang ditetapkan mulai
jam 7.25 pagi bagi memastikan murid-murid senyap. Aturcara perhimpunan harian akan
bermula mulai jam 7.30 pagi.
4.6. Kelas pengajaran dan pembelajaran akan bermula pada jam 7.30 pagi.

5. Pergerakan Ke Kelas Selepas Perhimpunan Di Dewan SKSS
5.1. Murid perlu bergerak pantas dan senyap ke kelas masing-masing selepas tamat
perhimpunan.
5.2. Guru subjek waktu pertama dikehendaki mengiringi murid-murid semasa mereka
bergerak ke kelas.
5.3. Murid-murid dikehendaki berbaris lurus dan senyap di luar kelas. Kelas yang mempunyai
guru dibenarkan masuk. Manakala kelas yang tiada guru / guru lewat, murid-murid
diminta berbaris di luar kelas sehingga guru hadir.
5.4. Ketua kelas diingatkan supaya memainkan peranan, peka dengan situasi dan mengawal
kelas manakala guru-guru diingatkan supaya mematuhi masa yang ditetapkan bagi
setiap subjek.
5.5. Semua pengumuman yang hendak dihebahkan pada hari Selasa-Jumaat boleh dibuat
semasa murid-murid berbaris di dataran. Perkara yang hendak diumumkan hendaklah
disebut secara ringkas , padat dan tepat . Elakkan bercakap panjang lebar bagi
menjimatkan masa .

34

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

5.6. Penggunaan pas keluar perlu dilaksanakan dengan berkesan . Murid perlu memakai pas
apabila keluar daripada kelas . Untuk ke tandas hanya 2 orang murid dibenarkan keluar
dalam sesuatu masa . Selain daripada tandas , hanya seorang murid sahaja dibenarkan
.

6. Kawalan Kelas Di Permulaan Setiap Pengajaran Dan Pembelajaran
6.1. Guru dikehendaki memastikan semua murid berdiri tegak dan memandang guru sebelum
mereka memberi salam dan membaca doa.
6.2. Guru memberi arahan supaya murid-murid membersihkan sampah-sarap di dalam meja
atau persekitaran kelas.
6.3. Guru meminta murid-murid meluruskan meja.
6.4. Guru meminta murid-murid duduk tegak dan bersedia untuk belajar.

7. Waktu Rehat
7.1. Murid-murid dikehendaki keluar dari kelas dalam keadaan teratur di bawah pengawasan
guru.
7.2. Pengawas yang bertugas dan murid-murid yang terlibat dengan aktiviti dibenarkan keluar
5 minit lebih awal daripada waktu rehat.
7.3. Pengawas yang bertugas di tangga dan di kantin hendaklah bersedia di tempat masing-
masing sebelum murid-murid turun rehat.
7.4. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan kantin / dewan ataupun berada di
kelas sepanjang masa rehat kecuali urusan ke tandas atau yang dibenarkan oleh guru.
7.5. Murid-murid dikehendaki berbaris semasa membeli makanan.
7.6. Murid-murid hendaklah duduk dengan tertib dan makan dengan cermat.
7.7. Murid-murid dilarang berlari-lari sebelum, semasa, selepas waktu rehat.
7.8. Guru waktu pertama selepas rehat hendaklah berada di dewan bersama-sama
mengawal disiplin murid masing-masing dan mengringi mereka bergerak ke kelas .
7.9. Pengawas yang bertugas di tangga dan di kelas hendaklah berada di lokasi yang
dipertanggungjawabkan sebelum murid naik ke kelas.

8. Waktu Akhir Persekolahan
Apabila loceng waktu balik dibunyikan, perkara-perkara berikut hendaklah dilaksanakan dan
dipatuhi :
8.1. Guru subjek hendaklah memastikan murid-murid membuang sampah yang ada di dalam
semua meja dan di lantai di dalam kelas ke dalam tong sampah.
8.2. Setelah bersih, pastikan mereka meluruskan meja dan memasukkan kerusi di bawah
meja.
8.3. Guru hendaklah berdiri di muka pintu dan bersalaman dengan mereka.
8.4. Guru-guru kelas, guru-guru subjek akhir hendaklah memastikan semua lampu, kipas dan
pintu kelas masing-masing ditutup kemas.

35

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

9. Pergerakan Dari Kelas Ke Bilik-Bilik Khas Atau Sebaliknya Dan Semasa Subjek
Pendidikan Jasmani
9.1. Semua murid mesti berbaris di luar kelas / bilik-bilik khas. Berjalan dengan senyap dan
pantas menuju ke kelas-kelas khas atau kelas sendiri. Guru mesti ada bersama murid
untuk mengawasi pergerakan murid-murid.
9.2. Pada waktu pergerakan antara kelas, semua murid tidak dibenarkan ke tandas / ke kedai
buku / singgah ke tempat-tempat lain kecuali dengan kebenaran guru.
9.3. Ketua Kelas dan Pengawas hendaklah bekerjasama mengawasi disiplin kawan-kawan
mereka.

10. Pakaian semasa Pendidikan Jasmani

10.1. Semua guru dan murid yang terlibat dengan subjek Pendidikan

Jasmani dikehendaki memakai pakaian sukan yang lengkap

semasa aktiviti dijalankan.

10.2. Untuk tujuan menjimatkan masa dan melancarkan proses pengajaran

dan pembelajaran, pakaian sukan dibenarkan dipakai dari rumah

KECUALI pada hari Isnin kerana murid-murid perlu menghadiri

perhimpunan rasmi mingguan.

10.3. Pakaian sukan yang lengkap bermaksud :
Murid: Baju dan trek sukan sekolah.
Guru: Baju berkolar, seluar track dan kasut sukan yang sesuai.
Semasa memakai pakaian sukan, semua murid dan guru lelaki hendaklah
sentiasa memasukkan baju mereka ke dalam seluar.
Semua murid dan guru boleh memakai pakaian sukan yang lengkap ini
sepanjang hari persekolahan yang berkenaan.

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya
sekadar senyuman."

36

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

SENARAI TANGGUNGJAWAB
Guru Besar
1.1. Bidang Tugas

Menjalankan pengajaran sekurang-kurangnya lapan waktu dalam
seminggu.
Menguruskan perkhidmatan perjawatan dan emolumen guru dan
bukan guru.
Pengurusan kewangan sekolah.
Melakukan pemantauan dan pencerapan secara berterusan
terhadap pengajaran dan pembelajaran guru-guru.
Menilai prestasi guru dan bukan guru sepanjang masa
Mengurus penyusunan jadual waktu sekolah.
Mengurus perjalanan ujian/peperiksaan di peringkat sekolah.
Menguruskan kemasukan/pertukaran murid-murid dan guru-guru.
Menguruskan pelaksanaan aktiviti panitia, persatuan, kelab, unit beruniform, sukan
dan
permainan.
Bertanggungjawab terhadap disiplin guru, kakitangan bukan guru dan murid-murid.
Bertanggungjawab melaksanakan arahan-arahan yang dibuat oleh Kementerian
Pelajaran dan Jabatan Pelajaran.
Bertanggungjawab mengkoordinasikan gerakerja dan aktiviti sekolah dengan
jabatan-jabatan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan yang terlibat.
Menjalankan tanggungjawab sebagai Penasihat PIBG

2. Guru Penolong Kanan Tadbiran Dan Kurikulum
GPK Tadbiran/ Kurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu GPK Tadbiran / Kurikulum bertanggungjawab bagi
melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru serta pembelajaran
murid dan menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya matlamat dasar pendidikan
tercapai.

2.1. Bidang tugas
Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran dan
pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.
Membantu Guru Besar dalam aspek perancangan dan pengurusan sekolah
termasuk yang mempunyai sidang petang.
Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Menyelaras semua aktiviti PIBG.

37

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

2.2. Senarai tugas
Kurikulum
➢ Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan lain-lain
➢ Memastikan pengurusan panitia matapelajaran dijalankan dengan berkesan.
➢ Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan
dan pusat sumber
➢ Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber
pendidikan
➢ Membantu serta membimbing guru-guru pelatih dan guru-guru yang baru
mengajar.
➢ Memastikan program televisyen dan radio pendidikan digunakan dengan
berkesan.
➢ Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta
mencadangkan tindakan susulan
➢ Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal berkaitan dengan
ujian, peperiksaan dalaman, peperiksaan awam, penilaian dan mencadang
tindakan susulan.
➢ Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan bimbingan dan pemulihan.
➢ Menyelaras segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, JPNWP
dan Kementerian Pelajaran.
➢ Membantu di dalam penentuan bahan pusat sumber dan lain-lain bacaan
serta kesesuaiannya.
➢ Menyusun jadual waktu kelas dan persendirian guru serta menyediakan
jadual waktu gantian.

2.3. Pentadbiran
Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru.
Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan
kakitangan bukan guru.
Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat perangkaan.
Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan takwim sekolah.
Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.
Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
Menyelaras penyeliaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan.
Menyelaras semua jenis pungutan yuran sekolah.
Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.

2.4. Tugas-tugas lain

Melaksanakan arahan yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke masa.

38

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

3. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk
mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. GPK HEM bertanggungjawab mempertingkatkan
disiplin, kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni.
3.1. Bidang tugas:
Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan GPK
Tadbiran/ Kurikulum.
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal
Ehwal Murid.
Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sesi petang bagi sekolah-sekolah yang
mempunyai sesi petang.
Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal ehwal murid.
Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
Membantu Guru Besar dalam mengadakan latihan kebakaran dan kegiatan-
kegiatan seumpamanya.
Menyelaras semua aktiviti PIBG.

3.2. Senarai tugas:
Disiplin
➢ Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
➢ Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah
dikuatkuasakan.
➢ Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar
peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.
➢ Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.
➢ Sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengawas Sekolah.

Bimbingan dan kaunseling
➢ Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan

kaunseling.
➢ Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan

menyediakan laporan yang diperlukan.
➢ Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-

murid baru.

Kesihatan dan kebajikan murid.
➢ Menguruskan kemudahan rawatan murid.

➢ Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna
seperti menguruskan Kad Kesihatan dan Kad Pemeriksaan Gigi.

➢ Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah dan kedai
buku.

39

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

➢ Menyelaras segala akiviti kesihatan dan kebersihan murid.
➢ Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan RMT / PSS dan KWAPM.
➢ Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah

sentiasa dilaksanakan.
Skim Pinjaman Buku Teks

➢ Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira.
➢ Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok, dan

mengurus Bilik Operasi SPBT (BOSS).
➢ Menyediakan anggaran belanjawan mengurus Skim Pinjaman Buku Teks.

Biasiswa / Baitulmal / KWAPM.
➢ Mengumpul data murid-murid yatim dan miskin.
➢ Menguruskan bantuan untuk murid-murid yatim dan miskin dengan Baitulmal/
pihak lain yang berkaitan.
➢ Mengawal buku bank dan pengeluaran wang sumbangan.

RMT / PSS
➢ Mengumpul data-data murid yang layak untuk RMT / PSS.
➢ Menguruskan urusan pemakanan dengan pihak kantin.
➢ Memantau dan menyelia makanan dan pemakanan yang sihat disediakan
oleh pihak kantin.
➢ Menguruskan pengagihan susu kepada murid-murid.
➢ Memastikan susu tersebut adalah baik dan terjamin khasiatnya.

Rancangan Intergrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)
➢ Menubuhkan jawatankuasa bersama dengan sekolah kelompok.
➢ Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
➢ Menyedia dan merancang Anggaran Belanjawan Tahunan.
➢ Menjalankan aktiviti yang diputuskan dalam mesyuarat bersama.
➢ Menyediakan dan menghantar laporan secara berkala ke JPNWP atau KPM.

Pentadbiran
➢ Mengurus dan mengemaskini rekod Pendaftaran Murid.
➢ Mengurus dan mengemaskini Sistem Maklumat Murid (SMM) / Borang
Maklumat Murid (BMM).
➢ Menyemak buku kedatangan harian murid sesi pagi dan sesi petang.
➢ Mengurus kemasukan, penempatan dan pertukaran murid.
➢ Mengurus surat akuan, sijil-sijil murid, surat pengesahan dan pengedaran sijil-
sijil berhenti sekolah.
➢ Melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).
➢ Menyemak dan menandatangani Buku Adab Belajar (Ruangan HEM).
➢ Membantu menyediakan Anggaran Belanjawan Sekolah.

40

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Pertandingan 3K
➢ Sebagai Timbalan Pengerusi JK 3K.
➢ Mengurus program berkaitan kebersihan, kesihatan dan keselamatan serta
sentiasa melakukan proses penambahbaikan.
➢ Bekerjasama dengan semua agensi yang berkaitan dengan 3K.
➢ Berusaha mencapai sasaran Johan 3K Zon Pudu / Negeri pada 2020.

Tugas-tugas lain
➢ Melaksanakan arahan yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

4. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
GPK Ko- kurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan. GPK Koku bertanggungjawab meningkatkan penglibatan dan
penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum.
4.1. Bidang tugas
Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru
Besar, GPK T/K dan GPK HEM.
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar
Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek
Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.
Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.
Menyelaras semua aktiviti PIBG.

4.2. Senarai tugas
Sukan dan Permainan
➢ Merancang takwim kegiatan sukan dan permainan.

➢ Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan
➢ Menyelia kegiatan sukan dan permainan
➢ Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam dan

di luar sekolaH

Unit Badan Beruniform
➢ Merancang kegiatan pakaian seragam.
➢ Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pakaian seragam.
➢ Menyelia kegiatan pakaian seragam.
➢ Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam sekolah di dalam dan di luar
sekolah.

41

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Persatuan dan Kelab
➢ Merancang kegiatan persatuan dan kelab
➢ Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
➢ Menyelia kegiatan pakaian seragam
➢ Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah.

Kelab Permainan
➢ Memilih dan menentukan jurulatih pasukan sekolah
➢ Memilih pasukan sekolah dan pasukan pelapis.
➢ Mengadakan latihan sepanjang tahun.

Penyelenggaraan Bangunan Sekolah
➢ Merancang pembangunan bangunan sekolah.
➢ Menyelenggara kerosakan yang berlaku pada bangunan dan kawasan
sekolah.
➢ Memohon peruntukan daripada JPNWP atau pihak-pihak lain untuk tujuan
penyelenggaran atau naik taraf.
➢ Berhubung dengan pihak JKR untuk sebarang masalah berkaitan mekanikal
atau teknikal sekolah.

Pentadbiran
➢ Menyusun/ menyelaras ko-kurikulum.
➢ Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan peruntukan kokurikulum.
➢ Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum
telah diambil.
➢ Membantu di dalam segala jenis penerbitan majalah sekolah dalam hal
kokurikulum.
➢ Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah.
➢ Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah.
➢ Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta
meningkatkan tahap pencapaian.
➢ Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
➢ Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang
berhubung dengan kokurikulum.
➢ Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan
kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka:
➢ Mengurus hal-hal keperluan kemudahan, fizikal sekolah dan murid-murid.
➢ Melaksanakan arahan yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

42

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

5. Penyelaras Makmal ICT
5.1. Senarai Tugas
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Menyediakan kemahiran ICT guru dan murid.
Merancang ICT sekolah.
Membudayakan ICT sekolah.
Mengurus dan menyelia jadual waktu kelas komputer, kutipan yuran bulanan dan
keceriaan kelas komputer.
Mengadakan pertandingan.
Mewujudkan sistem kawalan terhadap keselamatan penggunaan, keselamatan
diri pelajar dan keselamatan peralatan.
Menyediakan pamplet sekolah bagi setiap unit Kurikulum, HEM, Ko-kurikulum dan
Pra sekolah.
Menyediakan sebuah CD multimedia persembahan tentang sekolah yang
komprehensif.

6. Guru Media / PSS
7.1 Senarai Tugas
Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber
Sekolah bersama-sama Guru besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan
pelajar sekolah.
Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama
AJK Kurikulum sekolah.
Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang
dan kemaskini.
Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan Perkhidmatan
Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran.
Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan
pembudayaan ilmu.
Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program
latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran berasaskan sumber.
Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan
Negeri/PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program
Pusat Sumber Sekolah.
Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber Sekolah.
Memantau dan mengawal selia pelaksanaan porgram Pusat Sumber Sekolah.
Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah
Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah
Negeri

43

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan
Pusat Sumber Sekolah.
Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan,
program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah
Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah
khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG
dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa
ke semasa.
Mengurus buku-buku bacaan / rujukan dan alat pandang dengar di Pusat Sumber.
Mengurus buku stok dan alat bantuan mengajar.
Merangka, merancang, melaksana aktiviti proaktif terhadap Pusat Sumber seperti
TV. Pendidikan, waktu perpustakaan, sistem pulangan dan pinjaman buku,
pertandingan membaca dll.
Meningkatkan keceriaan dan kebersihan Pusat Sumber supaya kondusif untuk
pelanggan.
Mengurus pelantikan pustakawan dan sistem tugasan.
Menganggotai JK Pemulihan Khas.

7. Guru Kelas
7.1. Senarai Tugas
Merekod kedatangan murid di Buku Kedatangan Murid setiap hari persekolahan
dan mengambil tindakan berkaitan jika berlaku ponteng dan memastikan buku
kedatangan dipulangkan semula ke pejabat selewat-lewatnya dalam waktu kedua
persekolahan.
Melantik ketua kelas dan penolong ketua kelas yang berwibawa dan
bertanggungjawab.
Memastikan keceriaan dan kebersihan kelas bagi mewujudkan suasana kondusif
untuk p & p.
Memainkan peranan sebagai pegawai perhubungan antara pihak sekolah dan ibu
bapa.
Mengadakan dan melengkapkan semua keperluan serta kelengkapan seperti di
senarai semak.
Mengurus SPBT : mengagih, memantau keselamatan buku dan memungut
semula buku SPBT di akhir tahun.
Bertanggungjawab masuk ke kelas pada waktu perhimpunan mingguan jika
perhimpunan bagi minggu berkenaan dibatalkan.
Melengkapkan butiran peribadi murid di buku kedatangan, buku rekod mengajar,
kad kesihatan, kad 001, buku adab belajar dan lain-lain dokumen yang diperlukan.
Memastikan peralatan kelas, peralatan pengajaran dan pembelajaran seperti pen
papan putih (marker pen), pemadam, penyapu, bakul sampah dan skrin LCD ada,
dan boleh digunakan.
Memastikan guru-guru subjek menyediakan bahan-bahan untuk ditampal dengan
kemas di papan kenyataan dan sentiasa dikemaskini.

44

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Guru subjek berkenaan mengambil tindakan berkaitan jika carta / pembalutnya
mengalami kerosakan.
Menjaga keselamatan harta benda kelas seperti LCD, lampu, kipas, cermin,
kerusi, meja, almari, skrin, troli dan lain-lain serta melaporkan dengan SEGERA
kepada pentadbir jika berlaku kerosakan, kehilangan dan sebagainya.
Mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh dalam pertandingan
kebersihan kelas.
Mewujudkan JK Papan Kenyataan, JK Sudut Bacaan, JK Sudut Pameran, JK
Kebersihan, JK Alat Bantu Mengajar dan lain-lain di kalangan murid kelas serta
memastikan mereka berfungsi.
Menentukan keselamatan murid-murid di kelas dan harta benda di kelas.
Menganggotai JK Pemulihan Khas.
Bekerjasama dengan guru subjek bagi mewujudkan kelas yang ceria dan kondusif.
Menyemak buku latihan murid.

8. Jawatankuasa Panitia
8.1. Ketua Panitia
Mengadakan mesyuarat dua bulan sekali atau 4 kali setahun dan mengadakan
perjumpaan-perjumpaan “ad-hoc” di mana perlu.
Membantu GPK 1 menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru matapelajaran.
Membantu GPK 1 memperolehi sukatan pelajaran yang kemas kini untuk
kegunaan guru-guru.
Membantu menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-dua semester dalam
tahun persekolahan yang diselaraskan di antara guru-guru di dalam satu aliran.
Membantu dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah, buku teks atau buku
kerja tambahan untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kepada
kesesuaian buku tersebut dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap
kebolehan murid.
Membantu memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan
bacaan untuk murid dan kegunaan guru di Pusat Sumber Sekolah.
Membantu menyelaraskan soalan-soalan dan pemarkahan bagi semua jenis
penilaian, ujian dan peperiksaan serta membantu menubuhkan bank soalan-
soalan bagi semua aliran darjah.
Mengkaji dan menganalisa keputusan-keputusan penilaian, khususnya PKSR dan
UPSR serta memberi rumusan cara-cara mengatasi kelemahan pengajaran dan
pembelajaran.
Bekerjasama dengan lain-lain Panitia dalam usaha ke arah memajukan murid-
murid lemah.
Menyemak buku latihan murid bagi kelas-kelas ahli panitia apabila diarahkan oleh
Guru Besar.
Menyelenggarakan fail-fail Panitia yang berkenaan dengan semua minit
mesyuarat atau laporan mesyuarat, surat menyuarat dan rekod-rekod yang
berkaitan.
Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

45

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

9. Guru Subjek
9.1. Senarai Tugas
Masuk dan mengajar ke kelas mengikut masa yang ditetapkan.
Memastikan jadual memasuki makmal komputer dan pusat sumber dipatuhi.
Guru-guru yang mengajar sabjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris
mestilah bertutur dalam B. Inggeris semasa mengajar dan menggunakan alat
bantu mengajar seperti CD, laptop dan skrin sekurang-kurangnya satu jam
seminggu bagi setiap sabjek.
Menulis sukatan pelajaran tahunan, mingguan dan harian dalam buku rekod
mengajar.
Mematuhi peraturan penulisan sukatan pelajaran.
Menjalankan ujian topikal dan penggal.
Menyediakan dan merekodkan analisa prestasi murid-murid secara bulanan dan
penggal dalam buku rekod mengajar dan Buku Adab Belajar.
Merancangkan, melaksana, memantau dan menilai strategi ke arah peningkatan
kualiti pengajaran dan pembelajaran dan prestasi murid-murid serta melakukan
proses penambahbaikan dari masa ke semasa.
Menyemak latihan buku rampaian, buku kerja dan lampiran kerja setiap hari.
Menghantar buku latihan untuk semakan oleh Guru Besar / GPK apabila diminta
berbuat demikian. Guru hendaklah memastikan buku yang dihantar telah disemak.
Buku tersebut tidak perlu dicop.
Memastikan kerja kelas serta kerja rumah diberi dan diperiksa.
Melapor prestasi / masalah murid-murid kepada ibubapa secara bulanan atau
penggal menggunakan borang khas.
Memastikan aktiviti pembetulan dilaksanakan.
Memastikan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan perancangan seperti di
dalam buku rekod.
Memastikan ganjaran dan hukuman dijalankan. Hukuman bukan mendera atau
menghina. Hukuman mesti bersifat ke arah pembaikan disiplin dan prestasi murid-
murid.
Mempamerkan tingkahlaku bersopan dan kata-kata yang sesuai terhadap murid-
murid.
Mewujudkan kerjasama erat dengan guru kelas dan guru-guru lain yang mengajar
di kelas yang sama bagi mencari jalan mengatasi masalah seseorang pelajar.
Menjalankan aktiviti pemulihan di kelas terhadap murid-murid yang lambat /
bermasalah.
Bekerjasama dengan guru kelas bagi mewujudkan kelas yang ceria dan kondusif
Menganggotai JK Pemulihan Khas

46

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

10. Guru Pemulihan Khas
10.1. Senarai Tugas
Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah atau lambat
yang terpilih dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberikan
kepada murid-murid Tahun 1, 2 dan 3.
Membantu guru-guru lain dalam hal-hal berikut :
Mengenal pasti murid-murid yang bermasalah menguasai kemahiran asas 3M.
Merancang dan menyediakan aktiviti serta bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran.
Berjumpa dan berbincang dengan sama ada guru subjek, ibu bapa murid, pegawai
perubatan, pegawai kebajikan,atau pihak-pihak lain yang berkenaan untuk
mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang dan biodata murid-murid
yang belum menguasai kemahiran asas 3M yang telah dicalonkan untuk mengikuti
program pemulihan khas.
Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid-murid kelas
pemulihan khas dan merekodkan :

• Kemajuan murid
• Latar belakang murid
• Laporan kesihatan
• Hasil-hasil temubual dan rujukan

Menyediakan fail diri setiap murid pemulihan yang mengandungi
• Borang pencalonan
• Borang Latar Belakang Murid Pemulihan
• Borang Pengumpulan Maklumat
• Ujian Saringan dan Diagnostik
• Hasil-hasil penilaian yang dijalankan
• Maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan murid pemulihan

Menjadi setiausaha JK Pemulihan Khas Sekolah
Menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
Guru Pemulihan Khas mempunyai agihan masa seperti berikut :

• Masa untuk mengajar – 990 minit seminggu
• Masa untuk persediaan dan panduan ialah 120 minit seminggu.
Jumlah masa terlibat dengan program pemulihan ialah 1110 minit seminggu. Masa
untuk persediaan dan panduan hendaklah digunakan untuk :
• Membuat rundingan dan persediaan bahan-bahan pengajaran dan

pembelajaran .
• Mengemas kini rekod-rekod
• Bimbingan kepada murid.
• Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang

perkembangan murid di kelas biasa.

47

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

• Runding cara dengan guru besar untuk meningkatkan mutu pencapaian
murid.

• Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran.
• Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemajuan pencapaian kemahiran

murid.
Faktor penting dalam pengurusan jadual murid :

• Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas.
• Berpandukan jadual waktu induk sekolah.
• Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.
• Catatkan waktu Panduan dan Persediaan.
• Pamerkan jadual waktu Kelas Pemulihan Khas di dalam bilik darjah.
• Edarkan salinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan kepada kelas

yang terlibat
• Bekerjasama dengan JK Jadual Waktu.

11. Guru Disiplin
11.1. Senarai Tugas
Bertanggungjawab mengawasi disiplin semua murid (sidang pagi dan petang)
dengan dibantu oleh pengawas-pengawas sekolah.
Bertanggungjawab sebagai Guru Pengawas sekolah dalam memastikan semua
pengawas bertugas.
Bertanggungjawab mencalon pengawas dan Ketua Pengawas.
Membantu Guru Besar dan Guru Penolong Kanan menjalankan sesi temuduga
pemilihan pengawas.
Setiausaha kepada Badan Pengawas Sekolah
Menguruskan kursus kepimpinan dan pelantikan pengawas.

12. Guru Ganti
12.1. Senarai Tugas
Menggantikan guru-guru subjek yang tidak hadir mengikut masa yang ditetapkan.
Guru ganti yang mempunyai kemahiran untuk subjek dan kelas yang diganti
hendaklah menyambung sukatan semasa bagi kelas yang berkenaan. Jika
sebaliknya, guru hendaklah mengajar berdasarkan kemahiran sedia ada dan
bersesuaian dengan kelas yang diganti.
Mencatat aktiviti yang dijalankan di kelas ganti di dalam Buku Rekod Mengajar.
Memeriksa buku latihan jika ada melibatkan aktiviti latihan semasa kelas ganti.
Mengambil kedatangan murid-murid kelas yang diganti.

48

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

13. Guru Bertugas
13.1. Senarai Tugas
Bertugas dari hari Isnin hingga Jumaat / Sabtu (sekolah ganti).
Mengambil tahu tentang masa dan tempoh bertugas seperti yang ditetapkan
mengikut giliran.
Datang tidak lewat daripada 7.15 pagi.
Dua orang guru bertugas sesi pagi balik 30 minit selepas tamat waktu
persekolahan setiap hari. Guru yang bertugas hendaklah bertugas mengikut
senarai tugas, bukannya duduk di bilik guru.
Menjalankan dan mengawasi aktiviti murid seperti membaca atau bercerita seperti
jadual yang ditetapkan.
Bekerjasama dengan guru Panitia BM & BI, JK Kelab Nilam dan guru bimbingan
untuk menjalankan aktiviti sebelum waktu rehat bermula sesi persekolahan, waktu
rehat mengawasi murid-murid yang terlibat.
Mengelolakan perhimpunan rasmi (Hari Isnin atau hari-hari upacara khas) dan
perhimpunan harian serta menyampaikan pengumuman, termasuk juga
pengawasan disiplin murid dan penyediaan alat pembesar suara.
Guru bertugas hendaklah bertanggungjawab terhadap murid yang mengalami
kemalangan / kecederaan dengan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan
segera. Jika keadaan murid itu merbahaya, guru hendaklah membawa murid
mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Jika sebaliknya murid boleh
direhatkan di bilik sakit atau dihantar balik ke rumah. Guru bertugas hendaklah
mendapatkan kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan untuk tindakan di atas.
Ibu bapa perlu dimaklumkan berkaitan dengan masalah kesihatan / kecederaan
dan tindakan yang akan diambil oleh pihak sekolah.
Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan disiplin murid serta mencatatkan
dalam buku laporan bertugas setiap kali berlaku kes-kes salah laku dan
sebagainya.
Membuat lawatan dan pemeriksaan tempat-tempat yang disyaki terdapat
pembiakan nyamuk Aedes serta mengambil tindakan selanjutnya.
Menulis laporan perjalanan sekolah pada tiap-tiap hari sepanjang masa bertugas
di dalam buku laporan. Guru bertugas akan menyerahkan buku laporan kepada
GPK T&K pada waktu terakhir setiap hari untuk disemak dan ditandatangan.
Laporan hendaklah ditulis pada waktu akhir persekolahan. Laporan yang ditulis
lebih awal atau sebelum sekolah berakhir adalah laporan yang tidak akur dan tidak
dikemaskini.
Menulis laporan khas tentang ucapan Guru Besar atau Guru Penolong Kanan
pada setiap perhimpunan mingguan di dalam buku khas yang disediakan.
Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan barang-barang hilang yang dijumpai.
Membantu guru pengawas / disiplin bagi memastikan pengawas-pengawas
sekolah menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.
Memastikan keadaan lalu lintas dalam kawasan sekolah setiap sesi dalam
keadaan teratur dan baik.

49

MANUAL PENGURUSAN SK SALAK SOUTH 2022/2023

Memantau pergerakan masuk dan keluar murid-murid sewaktu datang dan balik
serta memastikan mereka sentiasa berdisiplin dan mematuhi arahan semasa
melalui Laluan Selamat.
Jika pengawal keselamatan tidak ada, guru bertugas adalah bertanggungjawab
terhadap pintu utama masuk / keluar sekolah dan mana-mana pintu pagar. Pintu
hendaklah ditutup ketika sesi persekolahan sedang berjalan.
Guru bertugas adalah guru disiplin dan mengambil tindakan ke atas murid yang
datang lewat.

14. Guru Data
14.1. Senarai Tugas
Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti
yang ditetapkan oleh Guru Besar.
Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang
diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat
Pelajaran Wilayah Kuala Lumpur dan lain-lain agensi kerajaan.

• Bertanggungjawab mengurus data aplikasi EMIS iaitu melaksanakan

pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan,
pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah
mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan:

I. Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar
II. Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;
III. Staf bukan guru;
IV. Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;
V. Pendaftaran PTK
VI. Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
• Membantu guru dan staf sokongan dalam pengumpulan, pemprosesan,

penyimpanan, pengeluaran, penganalisisan, pelaporan dan penyebaran data
dan pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah
Laku Disiplin Murid (SSDM), peperiksaan, asrama, kokurikulum, dan Buku
teks (SISTEKS/ EMATEK).

• Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer, namun bagi

sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh penyelaras IT.
Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat
peringkat sekolah.
Menjadi setiausaha JK Maklumat Sekolah.
Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari
semasa ke semasa.

50


Click to View FlipBook Version