The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by santhi_muttiah, 2019-04-03 10:02:35

perancangan strategik

perancangan strategik

Keywords: perancangan strategik

PERPAM22NU0O011D9P9H//2U2U00O22A00NNAN

TTAARRIIKKHH PPEENNTTIINNGG •• PPEEKKEELLIILLIINNGG TTEERRBBAARRUU 22001199//22002200
•• TTIIPP PPEERRMMOOHHOONNAANN •• KKRRIITTEERRIIAA PPEEMMIILLIIHHAANN

INFO E-BOOK

E-book Panduan Permohonan UPU

E-book Panduan Permohonan UPU 2019/2020 ini
diterbitkan bertujuan untuk berkongsi pelbagai info penting
dalam permohonan UPU 2019/2020 termasuklah tarikh, tip
permohonan, pembaharuan terkini dan sebagainya sekaligus
menjadi panduan kepada pemohon yang ingin memohon
kemasukan ke universiti awam/politeknik/Kolej Komuniti/
ILKA.

UPU

UPU dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) pada
awal 1970-an hingga 10 Oktober 1995. Mulai 01 Januari
2005 - dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan
Pelajar (BPKP). BPKP adalah satu Bahagian dalam Sektor
Pengurusan IPTA, Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian
Pendidikan Tinggi Malaysia yang bertanggungjawab untuk
mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Universiti
Awam (UA) tempatan/ Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA.

Afterschool

Afterschool.my merupakan sebuah laman pendidikan tinggi
nombor 1 di Malaysia. Laman pendidikan ini berkongsi
pelbagai info terkini berkaitan hala tuju pendidikan dan
kerjaya, biasiswa dalam dan luar negara, soal jawab berkaitan
permasalahan pendidikan dan banyak lagi perkongsian lain.
Misi afterschool adalah untuk membimbing pelajar membuat
pilihan yang tepat demi masa depan mereka dan negara
secara keseluruhannya.

INFO E-BOOK PANDUAN PEMOHONAN UPU 2019/20

KANDUNGAN

Halaman Halaman Halaman

0 Info e-book 4 Tarikh Penting 4 Laman Rasmi
Permohonan
Halaman Halaman
Halaman
5 Kategori 6 Tip pemilihan
Permohonan kursus pengajian 7 Kemaskini
Permohonan

Halaman Halaman

7 Pekeliling Terbaru 8 Kriteria Pemilihan

TEAM Pereka Grafik
Ainna Nurzulla
Editor
Norma Razak

KANDUNGAN PANDUAN PEMOHONAN UPU 2019/20

TARIKH PENTING

Set tarikh penting UPU dalam kalendar telefon anda

Lepasan SPM/Setaraf Lepasan STPM/Setaraf

Siaran Iklan Siaran Iklan
24 Februari 2019 dan 24 Mac 2019 24 Februari 2019

Jualan No. Unik ID Jualan No. Unik ID
24 Februari 2019 hingga 01 April 2019 25 Februari 2019 hingga 01 April 2019

Permohonan Permohonan
25 Februari 2019 hingga 02 April 2019 25 Februari 2019 hingga 02 April 2019

Semakan Panggilan Temu Duga Pilihan Program (Dibuka)
Minggu Ke- 3 April 2019 15 Mac 2019

Hebahan Keputusan Semakan Panggilan Temu Duga
Minggu Ke- 2 Mei 2019 (Bukan Pendidikan) dan Ujian MEdSI
Minggu Ke-2 Mei 2019 *
Permohonan Rayuan
Minggu Ke- 2 Mei 2019 Semakan Panggilan Temu Duga (Pendidikan)
(Rayuan dalam tempoh 5 hari) Minggu Ke-3 Mei 2019

Hebahan Keputusan Rayuan Hebahan Keputusan
Minggu Ke-4 Jun 2019 Minggu Akhir Julai 2019

“Bookmarks” Permohonan Rayuan
laman web rasmi Minggu Akhir Julai 2019 (Rayuan dalam
permohonan UPU tempoh 10 hari bekerja)

yang betul Hebahan Keputusan Rayuan 1
Minggu Akhir Ogos 2019
http://upu.mohe.gov.my/web/
Hebahan Keputusan Rayuan 2
* Tertakluk kepada perubahan UPU (BPKP) Minggu Ke-3 September 2019

4 TARIKH PENTING PANDUAN PEMOHONAN UPU 2019/20

Pastikan kategori permohonan yang betul
sebelum membeli nombor Unik ID
UPU BSN (SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf)

KATEGORI PERMOHONAN

LEPASAN SPM/SETARAF LEPASAN STPM/SETARAF
STPM/STAM
Kategori
• A (SPM 2018) Kategori A
• B (SPM 2017 & 2016) Pemohon Lepasan STPM Tahun 2018
Aliran Sastera
MATRIKULASI KPM,
ASASI SAINS UM & ASASI Kategori S
UITM Pemohon Lepasan STPM Tahun 2018
Aliran Sains
Kategori N
• Aliran Sains BMKPM/ PASUM/ Asasi Kategori T
UiTM Pemohon Lepasan STAM Tahun 2017
Kategori P dan 2018
• Aliran Perakaunan BMKPM
Kategori U DIPLOMA/SETARAF
• Aliran Undang-Undang Asasi UiTM
Kategori K Kategori E
• Aliran Kejuruteraan UiTM • Kelayakan Diploma DKM/ DLKM/ DVM/
Kategori L
• Aliran TESL Asasi UiTM Lain-lain Diploma: (E1) - DKM/ DLKM (E2) -
Kategori J DVM, (E3) - Diploma lain-lain / Diploma ILKA
• Aliran Teknikal BMKPM
Kategori F
5 KATEGORI PERMOHONAN • (F1) - A-Level, (F2) - IB, (F3) - Sekolah Sukan

(F4) - STPM (bukan tahun semasa),
(F5) - Matrikulasi KPM/ ASASI (bukan tahun
semasa), (F6) - STAM (dua tahun sebelum
tahun semasa), (F7) - AUSMAT / SAM/ CPU,
(F8) - Foundation IPTS

Kategori G
• Kelayakan Diploma UA / Politeknik :

(G1) - Diploma UA, (G2) - Diploma Politeknik

PANDUAN PEMOHONAN UPU 2019/20

BERHATI-HATI SEMASA
MEMILIH KURSUS PENGAJIAN

LEPASAN SPM/SETARAF

a. Terdapat 12 pilihan program pengajian di UA/Politeknik Premier & 5 pilihan
program/ kursus Politeknik Konvensional / Metro, Kolej Komuniti dan ILKA

b. Wajib memilih 5 pilihan program pengajian atau boleh gabungkan
kedua-duanya menjadi 12 pilihan program pengajian

c. Jika tidak berminat dengan program pengajian di UA/Politeknik Premier,
tidak perlu mengisi 12 pilihan program tersebut dan terus mengisi 5 pilihan
program/kursus di Politeknik Konvensional /METrO, Kolej Komuniti dan
ILKA dan sebaliknya

d. Bagi pilihan program/ kursus di Politeknik Konvensional/METrO,
Kolej Komuniti dan ILKA, dibenarkan memilih program pengajian yang sama
tetapi berbeza pusat latihan

e. Pemilihan program pengajian bertemuduga ke UA & Politeknik Premier
hanya di pilihan nombor 1- 4.

f. Calon perlu kemaskini pilihan program yang layak, 6 hari selepas keputusan
SPM

g. Susun program pengajian mengikut keutamaan kerana permohonan pertama
akan disaring terlebih dahulu dan semak syarat kelayakan am & khas
program pengajian

h. Pilih program pengajian mengikut bidang kelulusan yang sama tetapi jika
berminat memohon bidang yang berbeza, letakkan di pilihan-pilihan akhir
kerana keutamaan diberikan kepada pemohon daripada kelulusan bidang
yang sama

i. Dibenarkan untuk membatalkan salah satu permohonan untuk permohonan
ke UA/Politeknik Premier atau Program TVET-ILKA dalam UPUOnline tetapi
jika membatalkan salah satunya, tidak akan dipertimbangkan dalam
pemilihan kelak

LEPASAN STPM/SETARAF

a. Terdapat 12 pilihan program pengajian

b. Wajib memilih 5 pilihan program pengajian mengikut susunan keutamaan

c. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh
mengemukakan pilihan pada pilihan 1 hingga 4 sahaja

d. Bagi Program Pengajian bertemu duga (Pendidikan) pada pilihan 1-2 sahaja.

e. Semak syarat kelayakan am & khas program pengajian

f. Susun program pengajian mengikut keutamaan kerana permohonan pertama akan disaring
terlebih dahulu

g. Pilih program pengajian mengikut bidang kelulusan yang sama tetapi jika berminat memohon
bidang yang berbeza, letakkan di pilihan-pilihan akhir kerana keutamaan diberikan kepada
pemohon daripada kelulusan bidang yang sama

6 PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN PANDUAN PEMOHONAN UPU 2019/20

Kemaskini program pengajian pilihan sebaik sahaja keputusan SPM
diumumkan dan bagi lepasan Matrikulasi KPM/Asasi sila kemaskini
apabila permohonan Fasa 2 dibuka

1. Memastikan program pengajian yang dipilih sebelum ini
bersesuaian dengan keputusan akademik yang diperolehi

2. Elakkan permohonan ditolak kerana tidak memenuhi
syarat am & khas program

3. Menyusun semula pilihan program mengikut keutamaan
selari dengan keputusan akademik yang diperolehi

AMBIL TAHU PERUBAHAN/INFO
TERBARU DALAM PEKELILING
PERMOHONAN UPU 2018/2019

Perubahan/info terbaru untuk semua pemohon

a. 12 pilihan program dan wajib memilih 5 pilihan program pengajian

b. Anda hanya boleh memilih program pengajian yang melepasi syarat
am & khas yang ditetapkan oleh UA sahaja

c. Anda yang telah berjaya mengemukakan permohonan boleh
membuat semakan permohonan melalui paparan Dashboard di laman
utama UPUOnline

d. Sekiranya gagal dalam permohonan, anda boleh mengemukakan
rayuan melalui sistem rayuan UPUOnline kelak

e. Pilihan program pengajian rayuan yang dipaparkan adalah program
pengajian yang ada kekosongan dan melepasi syarat am dan syarat
khas yang telah ditetapkan sahaja

f. Calon perlu terima tawaran dalam tempoh 7 hari selepas keputusan
diumumkan

Perubahan/info terbaru khas untuk Lepasan SPM/ Setaraf

a. 12 program pengajian boleh dipilih dan pemohon wajib memilih
sekurang-kurang 5 program pengajian daripada 12 pilihan.

b. Jika calon tidak berminat dengan program pengajian di UA/Politeknik
Premier, calon boleh skip/tidak mengisi 8 pilihan program tersebut.
Calon boleh terus mengisi 5 pilihan program/kursus di Politeknik
Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA dan sebaliknya.

c. Calon perlu mengemaskini pilihan program yang layak 6 hari selepas
keputusan SPM diumumkan

d. Sekiranya gagal, permohonan rayuan boleh dibuat terus ke Politeknik
Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA yang berkenaan.

e. Anda perlu mengemukakan rayuan dalam tempoh 5 hari selepas
keputusan diumumkan dan hanya dibenarkan memilih 2 pilihan
program sahaja

7 KEMASKINI PERMOHONAN/PERKELILING TERBARU PANDUAN PEMOHONAN UPU 2019/20

Perubahan/info terbaru khas untuk Lepasan STPM/STAM
a. Terdapat 12 pilihan program pengajian dan wajib pilih 5
b. Anda hanya dibenarkan untuk memilih program pengajian mulai 15 Mac 2019 iaitu

selepas keputusan STPM 2018 diumumkan.
c. Penentuan aliran bagi calon STPM Sains ialah dengan mengambil mana – mana dua

(2) subjek berikut di peringkat STPM ;- Matematik M/ Matematik T/ Fizik/ Kimia/
Biologi/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT )/ Sains Sukan
d. Anda hanya akan ditawarkan program pengajian dalam pilihan sahaja (Pilihan 1-12).
e. Anda perlu mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan
diumumkan dan hanya dibenarkan memilih 4 pilihan program sahaja
Perubahan/info terbaru khas untuk Lepasan Matrikulasi KPM/Asasi sains UM/Asasi UiTM
a. Anda hanya boleh memilih 12 pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas
sahaja berdasarkan keputusan peperiksaan Semester 1 semasa permohonan fasa 1
dibuka.
b. Anda hanya dibenarkan untuk memilih program pengajian mulai 15 Mac 2019
c. Anda dikehendaki mengemaskini permohonan di fasa 2 dengan memilih pilihan
program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja berdasarkan keputusan
peperiksaan Semester Akhir dengan pencapaian akademik keseluruhan.
d. Anda perlu mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan
diumumkan dan hanya dibenarkan memilih 4 pilihan program sahaja
Diploma/Setaraf
a. Hanya calon yang tamat pengajian sehingga Ogos sahaja yang dibenarkan untuk
mengemukakan permohonan kemasukan pelajar.
b. Calon yang belum tamat dan hanya akan tamat pengajian selepas Jun hingga Ogos
2019 boleh mengemas kini tarikh tamat pengajian dan memuatnaik dokumen
terkini semasa permohonan rayuan untuk dipertimbangkan.
c. Pemohon Lepasan Diploma/Setaraf wajib memuatnaik dokumen dalam format
PDF setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat.
d. Dokumen perlu dimuatnaik dalam UPUOnline sebelum atau pada 09 April 2019.
Kegagalan pemohon memuatnaikkan dokumen yang diperlukan boleh
menyebabkan pemohon tidak dapat dipertimbangkan kemasukan ke UA.
e. Anda perlu mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan
diumumkan dan hanya dibenarkan memilih 4 pilihan program sahaja

KETAHUI KRITERIA PEMILIHAN KEMASUKAN

1. Pencapaian akademik dan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum

2. Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES) (bagi permohonan ke Politeknik
Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA)

3. Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon

4. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan

5. Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti
dan ILKA

6. Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ujian

7. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan

8. Bilangan tempat yang disediakan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

8 KRITERIA PEMILIHAN PANDUAN PEMOHONAN UPU 2019/20


Click to View FlipBook Version