SKEMA MERANCANG PROGRAM 1.Pada pertamanya perlu menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan KRS. Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan KRS dan menghebahkan kepada guruguru dan pelajar-pelajar. 2. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan kegiatan KRS yang terdiri daripada guru-guru penasihat. 3. Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan KRS pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan. 4. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan KRS yang telah dirumuskan. 5. 6.Menyediakan keperluan asas pentadbiran. Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-kemudahan asas. 7. 8.Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan. Memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat dan harta modal bidang kokurikulum. 9. 10.Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah. 11.Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-guru. 12.Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan KRS. 13.Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan program. 14.Melaksanakan Skema Penilaian Program KRS untuk setiap pelajar. 15.Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan. Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kegiatan KRS di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 16. PRINSIP MERANCANG PROGRAM Menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum. 1. 2.Merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti. Semua program yang dirancang diberi penekanan secara sedar kepada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah. 3. 4.Menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi. Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan kepimpinan. 5. 3.2 PERANCANGAN PROGRAM
6. Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat. 7. Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk memperagakan bakat dan kebolehan masing-masing di khalayak ramai. 8. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang. 9. Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi untuk memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum 10. Mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan daya saing dan daya tahan masing-masing. 11. Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti kegiatan kokurikulum yang dianjur. JENIS PROGRAM PROGRAM JANGKA MASA PENDEK PROGRAM JANGKA MASA PANJANG Program jangka pendek merupakan perancangan terperinci yang dilakukan oleh pengurus peringkat bawahan. Jangka masanya paling pendek kurang daripada satu tahun. Program ini menekankan pada tugas-tugas rutin dan dilakukan secara berulang-ulang seperti kerja harian, mingguan, dan bulanan. Antara contoh program jangka pendek ialah persediaan untuk pertandingan kawad kaki daerah dan sekolah, perujian dan pentauliahan pangkat kadet, perkhemahan, rombongan atau program perdana dan lain-lain. Manakala program jangka panjang pula bertujuan untuk meningkatkan peratus markah aspek kehadiran setiap ahli. Jangka masanya adalah panjang sekurang-kurang tiga tahun. contohnya seperti perjumpaan Unit Beruniform Kadet Remaja 100% pelajar menghadiri aktiviti badan beruniform.
RANCANGAN TAHUNAN KRS
Masa Aktiviti Catatan TAJUK : KAWAD LOKASI : ASTAKA IPGKTAA JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL & EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH KETUA PLATUN : MUHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ORANG PENULISAN LOG HARIAN BIL: 3 TARIKH : 24 JANUARI 2024 8.00 pagi hingga 11 pagi 4. Kawad Kawad asas kaki bahasa hukuman
BAHASA HUKUMAN 1. Baris, baris sedia... 2. Baris, senang diri.... 3. Rehatkan diri....., 4. Baris….. 5. Buka barisan, Gerak..., 6. Ke kanan lurus, 7. Pandang depan...., 8. Bergerak ke kiri, kiri pusing..., 9. Bergerak ke kanan, belakang pusing..., 10. Menghadap ke belakang, kanan pusing.., 11. Menghadap ke hadapan, belakang pusing..., 12. Bergerak ke kenan, kanan pusing.., 13. Menghadap ke hadapan, kiri pusing..., 14. Tutup barisan, Gerak..., 15. Keluar........Baris 4.1 KAWAD ASAS KAKI 4.0 KAWAD LOG PENULISAN PELAJARAN BIL : 3 TARIKH : 24 JANUARI 2024 HARI : RABU
Masa Aktiviti Catatan TAJUK : KAWAD LOKASI : ASTAKA IPGKTAA JURULATIH : ENCIK NIK ZAIDI BIN ISMAIL & ENCIK SHAIFUDDIN BIN SALLEH KETUA PLATUN : MUHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ORANG PENULISAN LOG HARIAN BIL: 4&5 TARIKH : 31 JANUARI 2024 7 FEBRUARI 2024 8.00 pagi hingga 11 pagi 4. Kawad Kawad asas kaki bahasa hukuman kawad statik kawad dinamik
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL : 4&5 TARIKH : 31 JANUARI 2024 7 FEBRUARI 2024 HARI : RABU KAWAD STATIK Hukuman: "Senang..Diri Perbuatan : Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi, siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak. Kesalahan Biasa : 1. Siku bengkok; 2. Lutut tidak tegap dan tiada bertahan; 3. Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci; 4. Menggerakkan kaki kiri menyebabkan rosak lurus barisan; 5. Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan; 6. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu. 7. Bahu jatuh dan badan mengenjut. Hukuman: "Rehatkan .......Diri" Perbuatan: Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan (1, 2, rehat) Kedudukan kaki tidak berubah. Kesalahan biasa : 1. Kedua kaki bergerak, menyebabkan hilang lurus barisan; 2. Menggeliat dan bercakap-cakap. Ingatan: Dalam keadaan "Rehatkan....... Diri", Skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat pinggang ke atas sahaja. Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri. 1.SENANG DIRI 2. REHATKAN DIRI
Hukuman: "Ke kanan ....... Lurus" Perbuatan: Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak di sebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1).Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2- 1), diikuti dengan hentak kaki "pendek - pendek" sehingga barisan lurus. Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan. Hukuman: "Pandang......depan" Perbuatan: Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan pantas. 3. MEMBETULKAN BARISAN Hukuman : "Dari kanan ......Nombor" Perbuatan : Barisan hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas dari kanan ke kiri. Anggota yang di sebelah kanan sekali bilang "satu", yang lain mengikut bilang "dua" dan seterusnya sehingga habis. Kesalahan Biasa : 1. Tidak mengira nombor dengan cepat. 2. Suara perlahan. 3. Lupa nombor masing-masing Ingatan : Apabila anggota telah tersalah bilang, hendaklah diberi hukuman "Semula", kemudian ulang balik daripada anggota pertama. 4. NOMBOR
Hukumannya: "Buka Barisan ...............Gerak" Perbuatannya : Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah kaki kanan kehadapan 30 inci dan kaki kiri 15 inci, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Barisan belakang ambil dua langkah ke belakang mulai kaki kanan diikuti kaki kiri, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Masa bergerak bilang; (1-2-1) Kesalahan biasa : 1. Kedua-dua tangan tidak rapat ke badan 2. Tidak mengambil langkah cukup ke hadapan dan ke belakang 3. Tangan dan bahu bergerak 4. Mata pandang ke bawah 5. Badan tidak tegak Hukumannya: "Tutup Barisan.......Gerak" Perbuatannya : Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan barisan belakang ambil dua langkah ke hadapan. Pergerakannya adalah serupa seperti "Buka Barisan..... Gerak". Ingatan: Apabila skuad berjalan dalam barisan ke hadapan atau ke belakang (melintang) ketika hukuman buka barisan diberi, barisan hadapan hendaklah jalan terus, barisan tengah hentak kaki dua kali, manakala barisan belakang hentak kaki empat kali dan maju. Kalau hukuman tutup barisan diberi, pergerakan adalah sebaliknya. 5. BUKA TUTUP BARISAN
Hukumannya: "Bergerak ke kanan, kanan ....... Pusing'" Perbuatannya : Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. Kesalahan biasa : 1. Tangan tidak rapat ke badan 2. Hentak kaki tendang kuda. 3. Membongkok 4. Lutut bengkok 5. Angkat peha melebihi 45 darjah Hukumannya: "Bergerak ke kiri, Kiri ......Pusing Perbuatannya: Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kir terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia. Ingatan: 1. Tangan tidak rapat ke badan 2. Hentak kaki tendang kuda. 3. Membongkok 4. Lutut bengkok 5. Angkat peha melebihi 45 darjah 6. BERPUSING KE KANAN, KIRI & BELAKANG
Hukumannya: Menghadap ke belakang, "Belakang.....Pusing". Menghadap ke hadapan, "Belakang ... Pusing" Perbuatannya : Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam (ikut bahu kanan) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai kehala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. Kesalahan biasa : 1. Tangan tidak rapat ke badan 2. Hentak kaki tendang kuda. 3. Membongkok 4. Lutut bengkok 5. Angkat peha melebihi 45 darjah. 6. Badan melonjak ketika berpusing Hukumannya: "Keluar .............. Baris" Perbuatannya : Berbeza dengan bersurai, keluar baris bermaksud aktiviti belum tamat, malah bersurai sementara sahaja dan hormat tidak dikehendaki. Anggota tidak boleh beredar dari padang kawad atau kawasan latihan. 7. KELUAR BARIS
Hukumannya: "Dari kanan/kiri, cepat jalan" Perbuatannya : Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit ke tumit mulai kaki kanan, dengan memacakkan tumit ke bumi, lutut lurus serta lenggangkan tangan separas bahu, tangan kanan ke belakang, jari genggam, ibu jari di bahagian atas menghala kehadapan, keduadua lengan lurus. Masa berjalan badan tegak, buka dada, serta pandang ke hadapan 200 meter. Kesalahan biasa : 1. Jalan mengenjut; 2. Lutut kendur; 3. Lenggang tangan tidak lurus dan tidak separas bahu ke hadapan dan tidak semaksima ke belakang. 4. Hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit. 5. Pinggang lemah; pandang ke bawah dan membengkok, dan mengheret tumit semasa berjalan. 6. Semasa berjalan satu tangan tidak lenggang dan lenggang tangan tidak sama. 7. Mendongak secara keterlaluan. 1.BERHENTI DAN BERJALAN KAWAD DINAMIK 2. BERHENTI Hukumannya: "skuad..........Henti" Perbuatannya: Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa amaran dan "henti", semasa beri tumit kaki kiri mencecah bumi di hadapan kaki kanan. 'Check' atas kaki kanan. Hentak kaki kiri diikuti kaki kanan dan pada masa yang sama kedua - dua tangan dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia. Kesalahan biasa : 1. Bergoyang selepas berhenti. 2. Badan tidak cukup tegap dan tetap selepas berhenti. 3. Mengangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan ke tumit kiri. 4. Lurus, jarak, bersetentang tidak betul selepas berhenti. 5. Turun tangan terlalu lambat. 6. Antara tumit tiddak rapat dan antara hujung kaki tidak 30 darjah. 7. Angkat peha melebihi 45 darjah. 8. Perbuatan 'check' menjadi hentak kaki.
3. TUKAR LANGKAH 4. BERPUSING SEMASA BERJALAN Hukumannya: 'Tukar langkah masa berjalan, tukar langkah" Perbuatannya : Hukuman " tukar" diberi semasa kaki kanan jejak tanah. Hukuman "langkah" di beri atas kaki kiri Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri, Hentak kaki kiri disebelah kaki kanan. Langkah kaki kanan ke hadapan dan terus cepat jalan. Kesalahan biasa : Dalam masa berjalan : i. Tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga. Dalam masa hentak kaki : i. Badan membongkok. ii. Terlalu pantas. KE KANAN PUSING Hukumannya: "Menghadap ke hadapan / belakang, kanan ....... pusing" "Bergerak ke kanan/ kiri, kanan..........pusing" Perbuatan: Hukuman "pusing" diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan . Dalam masa yang sama halakan kaki kanan ke sebelah kanan dan terus berjalan. Hukumannya: " Menghadap ke hadapan / belakang, kiri........pusing" "Bergerak ke kanan / kiri, kiri...... pusing" Perbuatan: Hukuman "pusing" diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri. Dalam masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri dan terus berjalan KE KIRI PUSING
KE BELAKANG PUSING Hukumannya "Bergerak ke kanan / kiri, belakang......... pusing!" Perbuatan Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ketanah,'check' kaki kiri, tarik kaki kanan di belakang tumit kaki kiri dalam keadaan menghala ke kanan (in), hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dengan pantas langkah kaki kanan dan terus berjalan (maju). Peringatan: Tangan dirapatkan ke sisi semasa pergerakan "in" Kesalahan Biasa: 1. Semasa berpusing lutut bengkok. 2.Membiarkan tangan terhayun-hayun dari kedudukan sedia. 3. Tidak mengekalkan jarak langkah. 4.Tidak berpusing tepat dengan kepala,badan,bahu dan kaki. 5. Pergerakan berpusing tidak serupa dengan masa berjalan. 6. Tidak mengangkat peha 45 darjah. 7. Hujung kaki menjunam ke bumi. 8. Seret kaki ketika pergerakan 'in'. Hukuman: hormat, hormat ke hadapan.....hormat Perbuatan: Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan, turun tangan kemudian hormat sekali lagi, turun tangan, pusing ke belakang, berjalan dengan cepat jalan. Kesalahan Biasa : Melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan HORMAT KE HADAPAN
HORMAT SELAKU MENERIMA SIJIL Hukuman: "Hormat selaku terima sijil........Hormat" Perbuatan : Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan, turun tangan satu langkah kaki kanan ke hadapan dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia. Hulurkan kedua-dua tangan dalam keadaan siku lurus. Tangan kanan atas tangan kiri, tekup (tidak ditepuk) dan tarik ke dua-dua belah tangan ke sisi, kemudian langkah kaki kanan ke belakang hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hormat sekali lagi, turun tangan, pusing ke belakang, berjalan dengan cepat jalan.
Masa Aktiviti Catatan TAJUK : KAWAD DAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS LOKASI : ASTAKA IPGKTAA JURULATIH : ENCIK NIK ZAIDI BIN ISMAIL & ENCIK SHAIFUDDIN BIN SALLEH KETUA PLATUN : MUHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ORANG PENULISAN LOG HARIAN BIL: 7 TARIKH : 21 FEBRUARI 2024 8.00 pagi hingga 9.00 pagi 4. Kawad Kawad istiadat istiadat perhimpunan istiadat naik dan turun bendera 5. Asas Pertolongan Cemas tujuan dan prinsip bantu mula anduh dan balutan 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
•Ianya hendaklah disusun dengan betul • Majlis pembukaan rasmi atau penutupan rasmi mempunyai tatacara yang sama. • Hanya sedikit perbezaan daripada segi kandungan acaranya. TATACARA PERHIMPUNAN 1. Ketibaan tetamu jemputan 2. Ketibaan tetamu kehormat (VIP) 3. Ketibaan Tetamu Utama 4. Tabik hormat dan nyanyian lagu KRS. 5. Lapor 6. Bacaan doa. 7. Ucapan-ucapan. 8. Penyampaian sijil dan lain-lain 9. Penyampaian Cenderamata 10. Nyanyian lagu kebangsaan. 11. Ketua perbarisan melapor 12. Tetamu utama (VVIP), tetamu khas (VIP) dan tetamu meninggalkan majlis. 13. Jamuan 14. Bersurai LOG PENULISAN PELAJARAN BIL : 7 TARIKH : 21 FEBRUARI 2024 HARI : RABU KAWAD ISTIADAT ISTIADAT PERHIMPUNAN
ISTIADAT NAIK DAN TURUN BENDERA 1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanan 3 langkah di belakang tiang bendera. 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera. 3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman "sedia" kepada ahli Kadet Remaja Sekolah. 5. Pemimpin bertugas menghadap pemimpin memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat. 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan "bendera". 7. Ahli Kadet Remaja Sekolah bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 8. Pengakap bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan. 9. Ahli Kadet Remaja Sekolah bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam kiraan 3 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta ahli Kadet Remaja Sekolah lain 10. Selesai memberi hormat, ahli Kadet Remaja Sekolah bertugas kembali ke tempat asalnya. 11. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan "Negaraku", semua ahli pengakap menyanyi lagu Negaraku dikuti lagu 'Kadet Remaja Sekolah' dan doa berturutan. 12. Pemimpin bertugas sekali lagi menghadap pemimpin kanan untuk menjemputnya menyampaikan ucapan ringkas. 13. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan ahli Kadet Remaja Sekolah untuk 'senang diri'. 14. Selepas selesai capan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan memberi hukuman "sedia" kepada ahli Kadet Remaja Sekolah. 15. Pemimpin bertugas sekali lagi menghadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 16. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 17. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 18. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli. ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA
1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera. 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera. 3. Ahli Kadet Remaja Sekolah membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman "sedia" kepada ahli Kadet Remaja Sekolah. 5. Pemimpin bertugas menghadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat. 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan "bendera". 7. 2 orang ahli Kadet Remaja Sekolah bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 8. Kedua-dua ahli Kadet Remaja Sekolah bertugas melipat bendera. 9. Selesai melipat bendera, ahli Kadet Remaja Sekolah bertugas menyerahkan bendera kepada pemimpin bertugas dan kembali ke tempat asal. 10. Pemimpin bertugas menghadap pemimpin kanan untuk menyerahkan bendera sebagai menandakan istiadat menurunkan bendera telah selesai dan memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 11. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 12. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 13. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli. TATACARA MELIPAT BENDERA 1. Dua orang petugas diperlukan semasa melipat satu bendera. 2. Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan kemas, pastikan bendera tidak terbalik. 3. Lipat 2 atau lipat 4 bendera tersebut (saiz lipatan perlu sesuai dengan bendera). 4. Bentukkan lipatan bendera dalam bentuk zip-zap. 5. Lilitkan tali tiang bendera melilit bendera. Seterusnya selitkan tali bahagian bawah ke dalam lipatan tersebut. 6. Naikkan bendera yang diikat ke puncak tiang bendera. ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA
Pertolongan Cemas ditakrifkan atau diertikan sebagai bantuan permulaan dan rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital. 5.1 TUJUAN DAN PRINSIP BANTU MULA 5.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS a. Selamatkan nyawa. -Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi. b. Mengelakkan kecederaan bertambah buruk. -Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk. c. Mengurangkan kesakitan. -Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit. 1. Menyelamatkan nyawa. 2. Mengurangkan kesakitan. 3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk. 4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital. 1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. 2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. 3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. 4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna. Tujuan Pertolongan Cemas Pinsip-prinsip pertolongan cemas: Tindakan serta merta pertolongan cemas
1. Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dan sebagainya. 2. Bertindak berdasarkan DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu: a. Keluarkan mangsa dari kawasan yang berbahaya [D] b. Pastikan mangsa bertindak balas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R] c. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A] d. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR [B] e. Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak melakukan CPR. Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan keemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. la biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. Antara peralatan yang umumnya ialah peti pertolongan cemas. Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahli sukarelawan menyelamat khususnya untuk mengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas. Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula Peti Pertolongan Cemas
5.2 ANDUH DAN BALUTAN Jenis anduh : -Anduh besar -Anduh menaik -Anduh pergelangan tangan -Anduh kecil Jenis balutan anduh : -Anduh lengan -Anduh kepala -Anduh lutut atau siku -Anduh pergelangan tangan -Anduh tapak kaki Kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila: •Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. •Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu • Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas. 1.ANDUH LENGAN
Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas lutut yang tercedera. 1. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gambar rajah di bawah). 2. 3.Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas. 2. ANDUH LUTUT 3. ANDUH KEPALA Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya di atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala. 1. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian bawa ke dahi dan diikat buku sila. 2. 3.Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas.
Letakkan tapak kakitangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kakitangan. (seperti gambarajah di bawah.) 1. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah) 2. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah. 3. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut. 4. 4. ANDUH PERGELANGAN TANGAN/ TAPAK KAKI BALUTAN • Pembalut dilakukan untuk melakukan pembebatan • Pembebatan digunakan untuk menutup dan mengawal luka pendarahan Jenis kain pembalut -Pembalut segi tiga -Pembalut lebar -Pembalut kecil -Pembalut gulung
JENIS BALUTAN Balutan luka tangan Balutan luka siku Balutan luka dada Balutan luka peha Balutan luka lengan Balutan luka lutut Balutan luka jari
Masa Aktiviti Catatan TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS DAN DISIPLIN DAN KEROHANIAN LOKASI : ASTAKA IPGKTAA JURULATIH : ENCIK NIK ZAIDI BIN ISMAIL & ENCIK SHAIFUDDIN BIN SALLEH KETUA PLATUN : MUHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ORANG PENULISAN LOG HARIAN BIL: 8 TARIKH : 28 FEBRUARI 2024 8.00 pagi hingga 10.00 pagi 5. Asas Pertolongan Cemas merawat luka, gigitan dan sengatan serangga patah dan terseliuh pemulihan pernafasan teknik usungan
Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet. 1. Bersihkan luka. 2. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai 3. Balut luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih. Gigitan 1. Digigit Hama rumput Hama-Hama ini adalah didapati,pada rumput panjang, lalang dan belukar. Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat. Rawatan 1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun. 2. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik. 3. Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak. 4. Bagi melegakan rasa gatal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu keras atau minyak anti- histamine. 2.Digigit lintah dan pacat Jangan cuba menarik lepas binatang- binatang ini kerana sebahagian dari sengatnya akan tertinggal pada kulit. Rawatan 1. Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untukmelonggarkan gigitan dan menggugurkannya. 2. Bershkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit. 3. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalukeras ataupun dengan minyak anti-histamine. 4. Tutup dan balut dengan pembalut kering. 5.3 MERAWAT LUKA, GIGITAN DAN SENGATAN SERANGGA LOG PENULISAN PELAJARAN BIL : 8 TARIKH : 28 FEBRUARI 2024 HARI : RABU
Sengatan Serangga Contoh-contoh serangga: Lebah Tebuan Kala jengking Lipan Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut: a)Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya. b)Jika masih ada, keluarkan dengan menggunakan penyepit. Penyepit mestilah disterilkan atau dibakar hujungnya supaya dapat membasmi kuman. c)Sapukan krim antihistamine atau larutan ammonia atau larutan soda bikarbonat boleh digunakan. d) Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulut, beri mangsa seketul ais untuk di hisap. e)Jika ragu-ragu, dapatkan bantuan perubatan seperti berjumpa dengan doktor. PATAH Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak ATAU daya tidak langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan bukannya bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya. Tanda-tanda patah tulang: (i)Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang. (ii) Bengkak dan lebam. (iii)Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel. (iv) Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda- tanda kejutan, ini amat ketara jika patah berlaku di tulang paha atau pelvis. 5.4 PATAH DAN TERSELIUH
Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat. Cara merawat: (i)Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan. (ii)Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah pergerakan. (ii)Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah. (iv) Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah anggota juga harus dicegah pergerakannya. (v)Bawa mangsa ke hospital dengan segera. TERSELIUH Tanda-tanda dan gejala • Rasa kesakitan pada sendi itu. • Bengkak • Lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera. Rawatan Letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa. Ampu bahagian yang tercedera. Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan.
Asfiksia (Terhenti pernafasan) • Asfiksia adalah satu keadaan di mana sistem pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tius-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi. Punca - punca Asfiksia • Lemas • Keracunan gas dan asap yang merbahaya. • Tersekat saluran udara - tergantung dan tercekik oleh makanan atau bendabenda asing lain. •Tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak kedalam. • Ketika tidak sedarkan diri. •Disambar petir atau kilat • Terhimpit dada-runtuhan tanah. • Serangan penyakit Termakan racun Tanda-tanda - Pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas, dan akhirnya terhenti. - Bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan. - Kebanyakkannya menyebabkan tidak sedarkan diri. 5.5 PEMULIHAN PERNAFASAN Peraturan Am Memulihkan Asfiksia. A - Airways (saluran pernafasan) Terbuka atau tersekat Keluarkan bendasing seperti gigi palsu,rumput, tanah, bahan mentah daripada mulut jika ada
5.5 PEMULIHAN PERNAFASAN B -Breathings (pernafasan) Boleh bernafas atau tidak Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera. C - Circulation (peredaran darah ) Pastikan adakah denyutan nadi atau tidak. Jika tiada, lakukan pemulihan CPR ( Cardiopulmonary Resuscitation) pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar Jenis-jenis pemulihan pernafasan 1.Pemulihan pernafasan mulut ke mulut. 2.Pemulihan pernafasan Holgen Nielson. 3.Pemulihan pernafasan mulut ke hidung. 4. Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (external cardiac compression) 5. Pemulihan kardio-palmonari (Cardio- Pulmonary Risucitation) CPR.
5.6 TEKNIK USUNGAN Usungan Bagi Seorang Pemberi Pertolongan Kaedah Menopang 1. Berdiri di sebelah mangsa, iaitu di bahagian yang tercedera. Letakkan lengan mangsa itu di atas tengkuk anda.Peganglah pergelangan tangan mangsa. 2. Letakkan sebelah lagi tangan anda di sekeliling punggung mangsa itu.Pautlah pinggang atau tali pinggang untuk menopang mangsa. 3. Gerakkan kaki di bahagian dalam.Melangkahlah perlahan-lahan mengikut langkah mangsa tersebut.Satu tongkat mungkin boleh diberi kepada mangsa sebagai sokongan tambahan.Beri keyakinan pada mangsa itu. Kaedah Mengheret atau Menarik 1. Letakkan lengan mangsa pada dadanya.Anda hendaklah mengcangkung di belakang mangsa itu dan letakkan lengan anda di bawah ketiak mangsa tersebut.Teguhkan tangan anda dan heretlah mangsa itu. 2. Jika mangsa itu boleh duduk, silangkan tangannya pada dada, dan letakkan tangan anda di bawah ketiak mangsa tersebut.Kemudian genggam tangannya dengan teguh dan heret mangsa tersebut.
Kaedah Mendukung 1. Anda hendaklah mencangkung di sebelah mangsa kecederaan. Letakkan lengan anda pada tubuh badan mangsa kecederaan iaitu di atas pada pinggang. 2. Letakkan sebelah lagi tangan anda di bawah paha mangsa itu. Rapatkan badan mangsa terhadap anda dan angkat. Kaedah Menggendong 1. Anda hendaklah membongkok di depan mangsa itu. Belakang anda hendaklah mengadap mangsa. Mintalah mangsa itu meletakkan lengannya di sekeliling leher anda. 2. Peganglah dengan erat akan paha mangsa dan bangun perlahan-lahan. Belakang anda hendaklah tegak dan lurus.
Masa Aktiviti Catatan TAJUK : DISIPLIN DAN KEROHANIAN DAN KEUSAHAWANAN LOKASI : ASTAKA IPGKTAA JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL & EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH KETUA PLATUN : MUHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ORANG PENULISAN LOG HARIAN BIL: 9 TARIKH : 6 MAC 2024 8.00 pagi hingga 9.00 pagi 6. Disiplin dan Kerohanian ketatanegaraan kerohanian/ pendidikan moral pengurusan dan gaya diri 7. Keusahawanan kraftangan 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
• Penting bagi memastikan rakyat Malaysia mempunyai semangat patriotik yang tinggi • Aspek-aspek berikut penting bagi seorang ahli KRS: 1. Rukun Negara 2. Bendera Malaysia 3. Senarai Yang di-Pertuan Agong di Malaysia 4. Kabinet 5. Falsafah Pendidikan Negara 1. Rukun Negara • Ideologi kebangsaan negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1979 yang dikenali sebagai Pengisytiharan Rukun Negara • Rukun Negara harus jadi panduan kepada setiap rakyat yang mengaku warganegara Malaysia • Pada masa ini, Rukun Negara dikehendaki dilafazkan dalam majlis perhimpunan rasmi kerajaan Bahawasanya, Negara Kita Malaysia, mendukung cita-cita hendak, Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya, Memelihara satu cara hidup demokratik, Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak, Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan LOG PENULISAN PELAJARAN BIL : 9 TARIKH : 6 MAC 2024 HARI : RABU 6.0 DISIPLIN DAN KEROHANIAN 6.1 KETATANEGARAAN
Maksud Lambang Bendera Malaysia 14 Jalur berselang seli antara warna merah dan putih membawa maksud gabungan negeri yang terdapat dalam malaysia iaitu 13 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan. Bintang pada Bendera Malaysia mempunyai 14 bucu dimana ia membawa maksud perpaduan kepada semua negeri dan Wilayah Persekutuan. Bulan pada bendera Malaysia melambangkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan negara. Maksud Warna Bendera Malaysia Warna Biru : Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu dan berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi negara. Warna Kuning : Warna kuning adalah warna Diraja. Ia melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunaslunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Warna Merah : Melambangkan keberanian rakyat Malaysia mengharungi pelbagai cabaran demi negara tercinta Warna Putih : Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum. 2. Bendera Malaysia
3. Senarai Yang di-Pertuan Agong Di Malaysia
4. Kabinet Organisasi tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif kerajaan persekutuan atas nama Yang di-Pertuan Agong Diketuai oleh Perdana Menteri dengan menterimenteri sebagai ahli Dibentuk oleh parti-parti yang mendapat majoriti dalam Parlimen Dalam membentuk kabinet, Yang diPertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik Perdana Menteri untuk mengetuai kabinet. Atas nasihat Perdana Menteri, Yang diPertuan Agong hendaklah melantik Menteri-menteri lain dari ahli- ahli mana-mana Majlis Parlimen. Tugas kabinet ►Mengubal dasar dan merangka undang-.undang baru. ►Melaksanakan dasar-dasar yang telah diluluskan. ► Melaksanakan manifesto. ►Bertindak semasa kecemasan. 5. Falsafah Pendidikan negara “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” 6.2 KEROHANIAN/ PENDIDIKAN MORAL • Ahli-ahli kadet yang beragama Islam dikehendaki mempelajari perkara-perkara berikut. 1. Kelas fardhu ain 2. Bacaan Yasin 3. Marhaban dan berzanji 4. Usrah 5. Tamrin 6. Kursus kefahaman islam 7. Hafazan doa-doa dalam kehidupan seharian 8. Kebudayaan islam (nasyid, syair, sajak dan sebagainya) 9. Ceramah agama 10. Akhlak 11. Kisah-kisah sahabat Nabi Muhammad
NILAI- NILAI MURNI Aspek disiplin dan spiritualiti dalam KRS bukan sekadar menitikberatkan pada moraliti, tetapi juga mengukuhkan kesetiaan terhadap negara serta memupuk kedisiplinan yang kukuh dalam diri pelajar. KRS bertujuan bukan hanya untuk menghasilkan generasi pelajar yang mencintai negara, tetapi juga yang memiliki kekuatan diri yang teguh. Selain itu, penubuhan KRS bertujuan untuk membentuk generasi pelajar yang memahami, menghayati, dan mengamalkan nilai-nilai moral yang luhur, serta menyumbang kepada keharmonian keluarga, masyarakat, dan negara. Aspek spiritualiti juga tercermin dalam KRS sekolah rendah tahap dua. Setiap topik dalam KRS diperkukuhkan melalui penyelidikan amalan nilai-nilai suci, dengan tujuan mewujudkan generasi muda yang berpengetahuan, beriman, dan beramal. PENDIDIKAN MORAL waspada sebelum kena kesetiaan kepada negara balasan jujur sahabat setia teguran membina budi bahasa pengorbanan ibu cermat tentu selamat pentingnya keselamatan jalan raya biar lambat asal selamat mengawal pemikiran, pertuturan dan perlakuan
6.3 pengurusan dan gaya diri Tanggungjawab terhadap diri dan keluarga 1. Memelihara kesihatan tubuh badan 2. Penjagaan keluarga Mengurus tempat kediaman 1. Susun atur peralatan rumah 2. Keselamatan di rumah Adab bergaul 1. Keluarga 2. Jiran tetangga 3. Guru atau rakan 4. Majlis rasmi 5. Batas-batas pergaulan Memilih pakaian 1. Majlis rasmi 2. Majlis tidak rasmi dan bersukan 3. Etika berpakaian dalam Islam Peranggu meja 1. Alatan peranggu meja 2. Sajian ala-cina 3. Sajian ala-barat 4. Sajian secara buffet 5. Sajiaan secara tradisiona Etika di meja makan 1. Cara memegang pisau dan garpu 2. Cara meletakkan sudu, garpu dan pisau Tatatertib sebagai tetamu 1. Adab sebagai tetamu 2. Adab menjadi tuan rumah 3. Adab semasa menghadiri jamuan makan 4. Perkara yang perlu dielakkan semasa makan di majlis jamuan Etika makan secara Islam 1. Membaca doa sebelum dan selepas makan 2. Makan bersama keluarga 3. Berhenti makan sebelum kekenyangan
•Definisi Kraf tangan ialah penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraf tangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraf tangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraf tangan Matlamat Memupuk minat di kalangan generasi pelajar agar dapat mengembangkan kreativiti masingmasing dan sikap berjimat cermat serta membenci amalan membazir, di samping membina asas kemahiran pemasaran perniagaan sehingga menjadikan keusahawanan sebagai budaya hidup. Objektif Membina kemahiran reka cipta di kalangan generasi pelajar dengan menggunakan bahanbahan terbuang seperti kayu, logam dan jerami sehingga dapat menghasilkan bahan kraftangan, hiasan, tulisan khat dan lain-lain. Membina kemahiran asas dalam bidang perniagaan, pemasaran dan perakaunan agar dapat memasarkan reka cipta yang dihasilkan. Melahirkan generasi muda yang berwawasan sehingga dapat menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu cara hidup. Contoh kraf tangan dari barangan terpakai : 7.0 keusahawanan 7.1 kraftangan 1. Botol plastik 2. Kertas surat khabar 3. Tin minuman bekas letak pensel bakul bekas lilin
rujukan KRS. (2020). Sejarah Kadet Remaja Sekolah. Kadet Remaja Sekolah: UTAMA. Retrieved May 1, 2024, from https://www.krscyber.org.my/ KRS SMKSASPJ. (2016). Perlembagaan Kadet Remaja Sekolah. Wikipedia. Retrieved May 1, 2024, from https://krssmksaspj.wixsite.com/kadetremajasekolah/perlembagaan-krs Mejar KRS Yusrizal Bin Yusof Sekretriat KRS Johor Bahru. (2018). PEMAKAIAN UNIFORM PEGAWAI & KADET KRS. GuruBesar.my. Retrieved May 1, 2024, from https://gurubesar.my/wpcontent/uploads/2022/04/Pemakaian-Uniform-Kadet-KRSkemaskini.pdf Muhd Muzhar Mohd Gus. (2019). Bahasa Hukuman Kawad Kaki KRS | PDF. Scribd. Retrieved May 1, 2024, from https://www.scribd.com/document/377333430/101709227-BahasaHukuman-Kawad-Kaki-KRS Qistina Fizal. (2021). 9 Sukatan Latihan Krs - SUKATAN LATIHAN KRS 1 DISIPLIN DAN KEROHANIAN 1 MATLAMAT Melahirkan generasi. Studocu. Retrieved May 1, 2024, from https://www.studocu.com/my/document/universiti-pendidikan-sultanidris/guru-kadet-remaja-sekolah/9-sukatan-latihan-krs/10918736 Siaw Ong. (2017, April 22). asas pertolongan cemas | PPT. SlideShare. Retrieved May 1, 2024, from https://www.slideshare.net/petersiaw/asas-pertolongan-cemas75302566
KADET REMAJA SEKOLAH