BAB 3: KITAR HAYAT
PEMBANGUNAN SISTEM
DKB1343 FUNDAMENTALS OF DATABASE
BY CIK NUR AINI SUZANI BINTI MISLAN
KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN (JASIN), MELAKA
OBJEKTIF DI AKHIR PEMBELAJARAN INI:
1. Mengetahuikitar hayat pembangunan sistem.
2. Me maha mi proses pembangunan sistem pangkalan data.
3. Me mbezakan reka bentuk konseptual,logikal dan fizikal.
Kitar hayat
★ Suatu sistem maklumatialah gabungan perkakasan,
perisian dan data.
★ Sistem berperanan mengumpul,mengurus,mengawal
serta menyebarkan maklumat dalam sesuatu organisasi.
★ Untuk me m bangunkan suatu sistem pangkalan data,ia
me merlukan satu metodologi yang dinamakan kitar hayat
pembangunan sistem atau System Development Life
Cycle (SDLC).
★ SDLC merupakan kitar suatu proses untuk mereka bentuk,
melaksana dan menyelenggara suatu sistem pangkalan data.
★ Keseluruhan proses untuk me mbangunkan sistem pangkalan
data akan melalui pelbagai peringkat sepertiberikut:
i. Perancangan
ii. Analisis keperluan maklumat
iii.Reka bentuk
iv.Pe mbangunan
v. Penyelenggaraan
Perancangan pangkalan data Memilih DBMS
Mengumpul keperluan dan membuat analisis
Fasa-fasa dalam kitar hayat
Reka bentuk konseptual pangkalan data pembangunan pangkalan data.
Reka bentuk logikal pangkalan data
Reka bentuk fizikal pangkalan data
Prototaip Perlaksanaan
Ujian
Operasi
Penyelenggaraan
★ Fasa-fasa dalam kitarini bukanlah suatu proses yang
berurutan secara mutlak sebaliknya bersifatiteratif.
★ Iteratif merujuk kepada pengulangan fasa-fasa tertentu
di mana ia melibatkan beberapa pengulangan bagifasa
sebelumnya.
★ Kekurangan maklumatdalam sesuatu fasa mungkin
dikenal pastiapabilafasa berikutnya dijalankan.
FASA PERANCANGAN
★ Fasa perancangan merupakan suatu fasa yang melibatkan
aktiviti merancang bagaimana langkah-langkah dan fasa-
fasa dalam pembangunan pangkalan data keseluruhannya
dapat dibuat dengan sistematik,efisien dan efektif.
★ Tiga perkara asas yang me mpengaruhi perancangan ialah
seperti berikut:
1. Tugas yang perlu dilakukan
■ Skop bagisistem yang akan dibangunkan sama ada
besar atau kecil mempengaruhitugas yang perlu
dilakukan oleh pembangun sistem.
2. Su mber yang ada untuk melaksanakannya
■ Su mber sepertistaf, perkakasan dan perisian yang
dapat me m bantu perancangan.
3. Peruntukan kewangan yang disediakan
● Peruntukan kewangan perlu merangkumi keseluruhan
sumber pembangunan sistem.
★ Fasa perancangan terdiri daripada aktiviti-aktivitiberikut:
1. Menganalisis situasi semasa organisasi
■ Situasi semasa organisasi perlu dianalisisbagi
mengetahuibagaimana organisasitersebut
beroperasidan berfungsi.
■ Penilaian ke atas sistem maklumat sedia ada perlu
dilakukan untuk mengetahui kekuatan dan
kelemahannya supaya dapat diperbaiki.
★ Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk membuat
analisis dan mentakrifkehendak pengguna.
★ Antaranya ialah menemu bual pengguna,
mengkajilaporan dan dokumen sistem semasa
serta me m buat pemerhatian ke atas sistem
se masa.
2. Mentakrif masalah dan kekangan
● Masalah dan kekangan yang dihadapi bagisistem
semasa perlu dikenalpasti melalui maklumat
formal dan tidak formal.
● Selain daripada itu, penyelesaian yang
dicadangkan juga perlu berada dalam lingkungan
kekangan yang wujud dari segikos, kakitangan
dan masa yang diperuntukkan.
❖ Bagi sesetengah klinik yang masih menggunakan kaedah
manual dalam pengurusannya, beberapa masalah yang
mungkintimbulialah seperti berikut:
➢ Capaian maklumat yang lambat
➢ Masalah pengemaskinian data
➢ Tiada backup
3. Menentukan objektif
● Objektif bagi sistem yang akan dibangunkan perlu
dinyatakan dengan jelas supaya ia boleh dinilai di akhir
pembangunan sistem.
● Objektif boleh dikenalpasti melalui soalan-soalan berikut:
○ Apakah objektif awalsistem yang dicadangkan?
○ Adakah sistem ini akan berinteraksi dengan sistem yang
lain pada masa sekarang atau akan datang?
● Adakah sistem akan berkongsi data dengan sistem
atau pengguna lain?
● Bagaimanakah data dikumpul dan apakah peraturan
yang perlu diikuti?
● Contoh objektif bagisistem pengurusan klinikialah:
○ Me mudahkan carian maklumat pesakit.
○ Me mudahkan pengemaskinian data pesakit.
4. Menentukan skop
● Skop dan sempadan perlu ditentukan dengan
terperinci.
● Ini penting supaya sistem dapatdibangunkan dengan
sempurna berdasarkan kekangan masa kewangan
dan pembangun sistem.
● Skop bagipengurusan kliniktermasuklah:
○ Maklumat pesakit
○ Maklumat pembayaran
5. Menentukan kajian kemungkinan
● Kajian kemungkinan yang terlibat dalam fasa
perancangan merangkumi kesesuaian aspek-aspek
berikut:
○ Teknologi- seperti perkakasan dan perisian sama
ada ia sesuai dan menjimatkan kos
○ Ekonomi - adakah sistem yang dibangunkan dapat
menjimatkan kos operasi organisasi dalam
jangka masa panjang
● Operasi - keperluan staf yang sesuai untuk
mengoperasikan sistem perlu dikenal pasti
● Jadual - masa yang diperlukan untuk menyiapkan
sesuatu sistem
ANALISIS KEPERLUAN
● Dalam fasa analisis keperluan, keseluruhan maklumat
berkaitan sistem pangkalan data yang akan dibangunkan
akan dikumpul.
● Beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengumpul
data berkaitan keperluan sistem ialah sepertiberikut:
○ Mengadakan sesitemu bual dengan kakitangan yang
terlibat untuk menentukan data dan prosedur yang
terlibat.
● Mengedarkan borang soal selidik kepada semua pihak
yang terlibat. Kaedah ini membolehkan maklumat yang
menyeluruh dan terperinci mengenai pelbagai aspek
diperolehi.
● Bagi mengetahui proses perjalanan sesuatu operasi
secaralangsung, pemerhatian boleh dijalankan.
● Kaedah lain seperti membuat penyelidikan dan document
review.
FASA REKA BENTUK
★ Tujuan akhirfasa reka bentukialah menghasilkan suatu model yang dapat
me menuhi kehendak dan keperluan pengguna terhadap sistem.
★ Data dan perhubungan antara data perlu diwakilkan dalam fasa ini.
★ Reka bentuk boleh dihasilkan menggunakan pelbagaiteknik dan prinsip
dengan tujuan mentakrifalat, proses dan sistem perincian yang mencukupi
bagi membenarkan realisasifizikal.
★ Fasa reka bentuk dibahagikan kepada reka bentuk konseptual,logikal,fizikal
dan aplikasi.
★ Sebelum reka bentuklogikal dijalankan, DBMS yang bersesuaian perlulah
ditentukan.
REKA BENTUK KONSEPTUAL
★ Reka bentuk konseptual bertujuan me mbangunkan
model data berdasarkan maklumat yang diperolehi
daripada spesifikasi keperluan pengguna.
★ Aktivitiutama dalam fasa iniialah me modelkan data.
★ Model konseptual memberi gambaran sebenartentang
organisasi.
★ Model yang dibangunkan mesti bebas daripada DB MS
dan strukturfizikal pangkalan data.
★ Modelini perlu diterjemahkan kepada reka bentuklogikal.
★ Seseorang juruanalisa sistem perlu memahami
keseluruhan maklumatorganisasidengan menyeluruh
supaya model data yang dibangunkan adalah tepat.
★ Permodelan data boleh dilaksanakan berdasarkan
maklumat-maklumat berikut:
○ Keperluan maklumat
■ Maklumat output yang diperlukan daripada sistem.
★ Su mber maklumat
○ Di mana dan bagaimana sesuatu maklumatboleh
diperolehi.
★ Kandungan maklumat
○ Apakah ciri-ciri data yang diperlukan untuk
menghasilkan maklumattersebut. Contohnya atribut,
saiz, bilangan, kekerapan data dan hubungan antara
data.
★ Pengguna maklumat
○ Siapakah yang akan menggunakan datatersebut dan
apakah pandangan pengguna yang diperlukan.
★ Seseorang juruanalisis sistem akan mentakrif entiti,
atribut dan hubungan antara entitiuntuk menghasilkan
model perhubungan entiti.
★ Modelini digunakan secara meluas dalam reka bentuk
konseptual pangkalan data.
★ Model perhubungan entitiakan diuji dan ditentusahkan
oleh pengguna.
★ Ia menjadisumber maklumat bagifasa seterusnya iaitu
reka bentuklogikal.
REKA BENTUK LOGIKAL
★ Dalam reka bentuklogikal, model konseptual yang
diperolehimelaluireka bentuk konseptualdipetakan
kepada DBM S yang dipilih.
★ Pe metaan reka bentuk konseptualkepada reka bentuk
logikal bermakna menterjemahkan setiap entiti,atribut
dan perhubungan kepada bentuk perwakilan data yang
serasi dengan modelDB M S.
★ Jika model data DBMS yang dipilih adalah berasaskan
model hubungan, semua objek dalam model data
konseptual akan ditukar kepada bentuk jadual yang
terdiridaripada lajur dan baris.
★ Selain daripada menukarkan model kepada bentuk
jadual,iaturut mentakrifkan pandangan,tahap autoriti
capaian dan had capaian menggunakan DDL.
REKA BENTUK FIZIKAL
★ Reka bentuk fizikal melibatkan aspek fizikal data yang disimpan
dalam storan.
★ Ini bermakna modelfizikal bergantung kepada perisian DB MS.
★ Ciri-ciristoran bergantung kepada perkakasan sementara ciri-ciri
capaian bergantung kepada Sistem Pangkalan Data dan DB MS.
★ Ia turut membenarkan capaian yang efisien terhadap data.
★ Reka bentuk fizikal memfokus kepada persoalan bagaimana
pangkalan data akan diimplementasikan.
PEMILIHAN DBMS
★ Sebelum proses reka bentuklogikal dijalankan,
pemilihan DB M S yang akan digunakan bagiimplementasi
pangkalan data perlu dibuat.
★ Ini kerana reka bentuklogikal bergantung kepada model
DB M S yang akan digunakan.
★ Pe milihan ini penting dalam SDLC kerana ia me mberikan
kesan langsung kepada prestasi pangkalan data.
★ Terdapat beberapa langkah yang boleh diikuti dalam
me mbuat pemilihan DB MS termasuk:
○ Tentukan objektif,skop dan had kajian pemilihan
DB M S.
○ Dapatkan spesifikasi kehendak pengguna dan
penggunaan.
○ Kenal pasti beberapa produk DBM S yang sesuai.
○ Penilaian berdasarkan faktor yang dikenal pasti.
● Pe milihan berdasarkan faktor yang dinyatakan
berdasarkan penilaian yang telah dibuat.
● Menulislaporan.
Antara pertimbangan lainialah dari aspek belanjawan,
kesesuaian dengan perisianlain dan adakah ia boleh
dioperasikan pada perkakasan lain.
REKA BENTUK APLIKASI
★ Reka bentuk aplikasi adalah berkaitan reka bentuk
transaksi dan reka bentuk antara muka pengguna.
★ Transaksime wakilitindakan atau siritindakan yang boleh
dilakukan oleh seseorang pengguna apabila mengakses
sesuatu sistem.
★ Sesuatu transaksi yang boleh dilakukan oleh seseorang
pengguna dalam suatu modul mungkin berbeza daripada
pengguna lain.
★ Initermasuklah capaian dan kemas kiniterhadap
pangkalan data.
★ Reka bentuk antara muka pula bertujuan menghasilkan
sistem yang mesra pengguna dan mudah digunakan.
★ Antara perkara yang perlu dipertimbangkan dalam mereka
bentuk antara muka ialah sepertiberikut:
○ Tajuk yang sesuai.
○ Arahan yang mudah difahami.
○ Warna yang konsisten dan bersesuaian.
● Pergerakan cursor yang mudah.
● Mesej kesalahan atau pembetulan.
● Isyarattamat bagi sesuatu proses yang dijalankan.
pembangunan
★ Fasa pembangunan direalisasikan selepas fasa reka
bentuk.
★ Pe mbangunan sistem melibatkan pembinaan antara muka
dan pengekodan berdasarkan model dalam fasa reka
bentuk.
★ Sebelum proses pembangunan dijalankan, DBMS dan
bahasa pengaturcaraan perlu dipasang terlebih dahulu.
★ Pe mbangunan sistem boleh dicapai menggunakan
bahasa DDL atau menggunakan GUI.
★ Pe mbangunan boleh dibuat secara kecil-kecilaniaitu
menggunakan prototaip atau melaksanakan sistem
sepenuhnya.
★ Prototaipialah modelyang berfungsi untuk menguji
fungsi asas operasi sepertiyang dirancang sebelum
sistem digunakan sepenuhnya.
★ Pe mbangun akan membangunkan modul yang tertentu
sahaja didalam sistem tetapi modultersebut
mengandungi semua fungsi yang diperlukan bagi
keseluruhan sistem.
★ Kos yang terlibat bagi membangunkannya tidaklah mahal
dan tidak me merlukan banyak masa.
★ Tujuan utama me mbangunkan prototaipialah untuk
me mbenarkan pengguna mengenal pastifungsi sistem,
seterusnya mencadangkan sebarang penambahbaikan
pada prototaiptersebut.
★ Dalam proses pengekodan, sesepengaturcara akan
mengintegrasi DBMS dengan bahasa pengaturcaraan
untuk menghasilkan sebuah sistem.
★ Sebahagian daripada aplikasiinimerupakan transaksi
pangkalan data yang diimplementasikan menggunakan
Bahasa Manipulasi Data(DML) DB MS tertentu, yang
diintegrasikan menggunakan bahasa-bahasa
pengaturcaraan sepertiVisual Basic(VB), Python, Delphi,
C, C++, C# dan sebagainya.
PENGUJIAN
★ Pengujian merupakan proses mencari kesilapan dalam sistem
yang dibangunkan supaya dapat diperbaiki.
★ Sebelum sesuatu sistem digunakan,ia perlu diuji secara
keseluruhannya melalui perancangan yang strategik dan
menggunakan set data sebenar.
★ Sekiranya sesuatu proses pengujian dijalankan dengan baik,
ia dapat mengenal pastikesalahan yang wujud dalam
program aplikasi mahupun struktur pangkalan data.
★ Pengguna sistem perlu terlibat dalam proses pengujian
sistem.
★ Aktivitipenting dalam fasa iniialah mengujipangkalan
data dan program.
★ Ia merangkumi pengujian unitiaitu menguji setiap
modul dalam sistem secaraindividu.
★ Ke mudian,ujian integrasiiaitu beberapa modul yang
berkaitan diuji secara bersama.
★ Modul perlu diuji untuk me mastikan sama ada ia
beroperasisepertiyang dijangkakan dan boleh
berkomunikasi dengan modullain.
★ Pada peringkat seterusnya, ujian keseluruhan sistem
dijalankan bagi memastikan kelancaran keseluruhan
sistem.
★ Pangkalan data dinilaidengan membandingkan prestasi
sistem dengan piawaian yang ditetapkan.
★ Selepas pengujian dijalankan,prestasi dapat
ditingkatkan melalui beberapa cara sepertifine tuning,
ubah suaireka bentuk logikal dan fizikal serta
peningkatan perkakasan.
★ Selain daripada itu, keselamatan pangkalan data diperlukan
untuk melindungi data daripada dicapai oleh orang yang tiada
autoritike atas pangkalan data.
★ Ia boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:
○ Ketatkan kawalan fizikal
○ Hadkan capaian
○ Gunakan katalaluan
○ Jejak audituntuk mengesan penggunaan
PENGOPERASIAN DAN PENYELENGGARAAN
★ Aktivitipenting dalam fasa pengoperasianialah me mbuat
penilaian dan penambahbaikan untuk penggunaan
sebenar oleh pengguna.
★ Selain daripada itu, pentadbir pangkalan data akan
me mantau dan menyelenggara pangkalan data untuk
mengatasimasalah yang mungkintimbul ketika
penggunaan sistem baru.
★ Pendekatan operasi sistem baru:
○ Rancangan Peralihan Terus: operasiini melibatkan pertukaran serta-
merta darisistem semasa ke sistem baru.
○ Rancangan Peralihan Selari: kedua-dua sistem beroperasi serentak
sehingga jangka masa tertentu.
○ Rancangan Peralihan Perintis: sistem yang barulengkap digunakan
pada bahagian atau jabatan tertentu sahaja di dalam syarikat. Sistem
semasa masih beroperasidan apabila perjalanan sistem barulancar,
keseluruhan sistem baru akan digunakan.
● Rancangan Peralihan Berperingkat: sistem baru
diimplementasikan mengikutfasa atau peringkat. Apabila
sistem tiada masalah, keseluruhan sistem baru akan
digunakan.
● Penyelenggaraan pula perlu dilakukan darisemasa ke semasa
untuk tujuan pembaikan apabila berlaku ralat dalam sistem.
● Ralatini mungkin disebabkan oleh kekurangan maklumat
semasa fasa analisis dijalankan.
● Penyelenggaraan juga diperlukan apabilaterdapat perubahan
dalam pengendalian sesuatu proses atas arahan pihak
berwajib.
LATIHAN
1. Analisisterhadap keperluan pelbagai pengguna
pangkalan data perlu dilakukan sebelum membangunkan
sesebuah sistem pangkalan data. Nyatakan kaedah yang
boleh anda gunakan bagi mengetahui keperluan
pengguna.
2. Fasa reka bentuk merupakan fasa terpenting dalam SDLC.
Terdapat hubungan yang rapat antara reka bentuk
konseptual dan reka bentuklogikal. Terangkan aktivitiyang
dijalankan dalam fasa reka bentuk konseptual dan logikal
serta kaitan antara dua reka bentuk ini.
3. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan
dalam mengeoperasisistem baru. Terangkan dua daripada
pendekatan operasiini.
4. Terangkan kebaikan menggunakan prototaip dalam
mengimplementasi sistem.
SEKIAN TERIM A KASIH